Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/342732463

Prospek dan Cabaran Pendidikan Tahfiz Dalam Sistem Pendidikan Negara.


Seminar Hala Tuju Pengajian Tahfiz Peringkat Kebangsaan

Chapter · June 2020

CITATIONS READS

0 1,865

1 author:

Norazman Alias
USIM | Universiti Sains Islam Malaysia
18 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Sanad of Talaqqi al-Quran View project

Quranic Sanad Talaqqi Recognition Module View project

All content following this page was uploaded by Norazman Alias on 07 July 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ (KBT)
Oleh:

Dr. Norazman Bin Alias1

1
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800 Bandar Baru Nilai,
Negeri Sembilan,
Malaysia. Email: norazman@usim.edu.my

1.0 Pengenalan

Menyoroti konteks pengajian tahfiz arus perdana di Malaysia, ia bermula sejak tahun
1966 yang lalu, di mana Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang
pertama ketika itu telah menyarankan penubuhan ma’ahad tahfiz dengan nama Ma’ahad Tahfiz
al-Quran wal Qiraat di Malaysia. Maahad ini telah beroperasi di Masjid Negara, Kuala Lumpur
dan kemudiannya diletakkan di bawah Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH)1. Bermula
1997, maahad tahfiz ini dinaiktarafkan sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) dan dinamakan Darul Quran beroperasi di Kompleks Darul Quran di Kuala
Kubu Bharu, Selangor yang berorientasikan al-Quran dan akademik. Perkembangan positif ini
berterusan sehinggalah ke hari ini dengan tertubuhnya pelbagai jenis sekolah aliran tahfiz
kerajaan mahupun swasta di seluruh negara.
Pun begitu, kecemerlangan pelajar sekolah aliran tahfiz ini dari sudut akademik
mahupun ko-kurikulum agak kurang disebut dan diperkatakan oleh masyarakat dan media arus
perdana sebelum ini. Dek kerana itu, tiada sebuah pun institusi pengajian tinggi yang melihat
keperluan penawaran program atau kursus aliran tahfiz di peringkat ijazah sarjana muda.
Menurut pandangan Prof. Dato’ Dr. Abdul Halim bin Tamuri, masyarakat dan media arus
perdana mula memperkatakan tentang kecemerlangan pelajar aliran tahfiz ini ialah sekitar pada
tahun 2004 apabila sebuah maahad tahfiz negeri yang berjaya menempatkan nama mereka
sebaris dengan sekolah arus perdana yang lain sehingga mendapat pengiktirafan Sekolah
Agama Negeri (SAN) Cemerlang Malaysia dalam SPM 2003 iaitu Maahad Tahfiz Al-Quran
Wal Qiraat, Pulai Chondong, Kelantan.2 Walhasilnya, pelbagai rekabentuk metode pengajaran

1
Hameed, Afaf Abdul Ghafur. (2003). ‫دالالت األلوان في التعبير القرأني‬. Bandar Baru Nilai: Penerbit USIM. ‘Ulum
Islamiyyah. Ms 134-189.
2
Tamuri, Abdul Halim. (2019). Prospek dan Cabaran Pendidikan Tahfiz Dalam Sistem Pendidikan Negara.
Seminar Hala Tuju Pengajian Tahfiz Peringkat Kebangsaan 2019. Kota Bharu: KIAS. Ms 1-26.
tahfiz al-Quran yang di peringkat kebangsaan pada hari ini sama ada aliran kerajaan mahupun
swasta seperti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT), Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA),
Karantina Tahfiz dan sebagainya.

2.0 Fenomena Tahfiz Arus Perdana

Pengajian tahfiz terus mendapat perhatian dan berkembang pesat di Malaysia. Sehingga
Disember 2017, maahad tahfiz negeri yang berdaftar (sekolah agama negeri tahfiz) ialah
sebanyak 20 buah dengan jumlah murid seramai 4,348 murid di seluruh Malaysia, manakala
maahad tahfiz swasta yang berdaftar pula ialah sebanyak 815 buah sekolah dengan jumlah
murid seramai 47,474 murid di seluruh tanahair.3
Hakikatnya, pengajian tahfiz arus perdana kini dilestarikan dengan menerapkannya
dalam sistem pendidikan nasional di peringkat menengah atas saranan Yang Berhormat Dato’
Seri Idris bin Jusoh. Program ini diletakkan di bawah program Tahfiz Ulul Albab dengan
pelaksanaan awalnya di Sekolah Menengah Imtiyaz Yayasan Terengganu (SMIYT) iaitu di
SMIYT Besut, SMIYT Dungun, SMIYT Kuala Terengganu, SMIYT Kuala Berang, SMIYT
Kemaman, SMIYT Setiu dan SMIYT Kuala Nerus dengan hasrat menjadikan Terengganu
sebagai hub pendidikan Islam utama di Malaysia melalui pemodenan sekolah pondok.4
Atas semangat yang sama Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperkenalkan Tahfiz
Model Ulul Albab (TMUA) yang menekankan elemen Qur’anik, Ijtihadik dan Ensiklopedik
menerusi penawarannya di MRSM Ulul Albab Kota Putra, Terengganu; MRSM Ulul Albab
Gemencheh, Negeri Sembilan; MRSM Ulul Albab Kepala Batas, Pulau Pinang dan MRSM
Ulul Albab Tawau, Sabah.5
Kementerian Pendidikan Malaysia membawa pendekatan yang sama dengan
melaksanakan TMUA di Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Bermula tahun
2014 negeri Pahang (SMAP Bentong), Kuala Lumpur (SMKA Kuala Lumpur) dan Kedah
(SMKA Kedah) telah melaksanakannya dengan dua laluan dan syarat kemasukan iaitu ketika

3
Ibid.
4
Baba, Mohd Shahril Ahmad & Sidek. (2013). Integrating Ulul Albab Education and Science Education in
Development Insan Ta’ Dibi Generation: A Case Study of Mara Junior. WEI International Academic Conference
Proceedings. Ms 96-103.
5
Hamzah, Wan Mariana Wan Mohamad & Mohd Shafiee. (2016, Disember 23). Penerapan Konsep Ulul Albab
Dalam Pendidikan.
Retrieved from www.ipislam.edu.my:
http://www.ipislam.edu.my/%20uploaded/PKPI2012/38%20PENERAPAN%20KONSEP%%2020ULUL%20A
LBAB%20DALAM%20PENDIDIKAN.pdf
tingkatan satu dan empat. Pada tahun 2015 pula telah dilaksanakan secara lebih meluas ke
seluruh negara iaitu: di Selangor (SBPI Rawang); Perak (SMKA Kerian); Johor (SMKA
Maahad Muar), dan Kelantan (SMKA Tok Bachok), tahun 2016 pula dilaksanakan di
Terengganu (SBPI Batu Rakit), Sabah (SMKA Kota Kinabalu), Negeri Sembilan (SMKA Haji
Abu Hassan Sail) dan Pulau Pinang (SMKA Nibong Tebal), manakala 2017 pelaksanaannya di
Melaka (SBPI Selandar), Perlis (SMKA Arau), Wilayah Persekutuan Putrajaya (SMKA
Putrajaya), dan Sarawak (SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab).
Melihat kepada gelombang 1 (Bab 7), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025), dalam perkara “Mengukuhkan laluan pendidikan agama”, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah beriltizam menetapkan sasaran dalam menyediakan pendidikan agama
berkualiti tinggi yang lengkap dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan
berasaskan nilai dan tasawur Islam yang kukuh. Bagi mejayakannya, kementerian
memperkukuhkan pelaksanaan dengan mengangkat Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan
Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) sebagai kurikulum kebangsaan serta menerapkan elemen
agama dalam ke dalam kurikulum kebangsaan.6
Kurikulum ini diselaraskan oleh pihak Jawatankuasa Kurikulum Agama, Lembaga
Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI), dan dilaksanakan di
164 buah sekolah di Malaysia (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA), dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)). Pelajar kini
mempunyai banyak pilihan untuk mengikuti pengajian tahfiz arus perdana di Malaysia dengan
kewujudan KBT ini.7

3.0 Konsep Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)

Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) adalah kurikulum yang digubal berdasarkan


kurikulum tahfiz al-Quran dari pelbagai institusi pendidikan agama yang diselaraskan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jawatankuasa Kurikulum Agama Lembaga
Penasihat Penyelarasan Pelajaran Dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) dan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

6
KPM. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas
Menengah). Ms 7-8.
7
KPM, Bahagian Pendidikan Islam. (2015). Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz.
Retrieved from http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/:
http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT%20Maklumat%20Asas%202015.pdf
KBT menggabungkan dua komponen mata pelajaran tahfiz al Quran dengan sebahagian
mata pelajaran sedia ada dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Rekabentuk KBT ini adalah bermatlamatkan kepada empat objektif iaitu:
1. melahirkan modal insan yang menghafaz dan memahami 30 juzu’ al-Quran;
2. melahirkan modal insan yang boleh menjalinkan hubungan dengan Allah,
sesama manusia dan dengan kejadian alam berdasarkan kepada al-Quran
dan al-Sunnah;
3. melahirkan modal insan yang mahir dalam bidang keagamaan dan
profesional berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah; dan
4. melahirkan modal insan yang berupaya memberi pandangan dalam
menyelesaikan masalah, memaksimumkan keupayaan berfikir serta
berfikiran kreatif dan inovatif. 8
Pengintegrasian komponen ini diharap dapat melahirkan generasi pelajar yang
menghafaz al-Quran (al-hafiz), menguasai dan mengamalkan ilmu-ilmu al-Quran di samping
ilmu-ilmu lain. KBT ini juga akan memastikan pelajar dapat menamatkan hafazan 30 juzuk al-
Quran dalam masa 5 tahun pengajian di peringkat sekolah menengah.
Sehingga tahun 2019, terdapat hampir 11 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA), 4 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan 17 buah Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan (SABK) yang melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dengan jumlah
pelajar yang terlibat berjumlah 12,763 orang pelajar.9

4.0 Sistem Pembelajaran KBT


Berdasarkan kepada konsep KBT ini direkabentuk, pihak KPM telah menetapkan
bahasa pengantar bagi mata pelajaran kurikulum tahfiz ialah bahasa Arab
manakala mata pelajaran KBSM adalah dalam bahasa Melayu atau bahasa
Inggeris.
Jadual waktu persekolahan mesti memenuhi hak peruntukan masa waktu
minimum seminggu bagi setiap mata pelajaran dan juga termasuk waktu tahdhir
bagi mata pelajaran hifz al-Quran. Berikut ialah contoh jadual waktu pelaksanaan KBT. 10

8
Ibid.
9
Ismail, Muhammad Shafie. (2019). Pendidikan Tahfiz Aliran Perdana. Seminar Hala Tuju Pengajian Tahfiz
Peringkat Kebangsaan 2019. Kota Bharu: KIAS. Ms 54-71.
10
KPM, Bahagian Pendidikan Islam. (2015). Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz.
CONTOH JADUAL WAKTU PELAKSANAAN KBT

• Sesi persekolahan bagi KBT adalah bermula jam 6.30 pagi sehingga jam 11.00
malam.
• Mata pelajaran Hifz al-Quran mestilah diletakkan secara tetap seperti dalam
contoh jadual.
• Mata pelajaran Maharat al-Quran mesti diletakkan sebelum sesi qailulah dan
solat Zohor.
• Buku teks akan dibekalkan oleh KPM mengikut syarat dan agihan Skim
Pinjaman Buku Teks (SPBT) sedia ada mengikut mata pelajaran.
• Murid-murid juga akan dibekalkan pakej buku teks tambahan seperti berikut:
5.0 Sukatan dan Metode Hafazan KBT
Setiap daripada murid yang mengikuti program KBT ini hendaklah
menamatkan hafazan mereka sebanyak 30 juzuk sepanjang tempoh pembelajaran di
sekolah tersebut. 11
Berikut ialah silibus pecahan sukatan Hifz al-Quran yang ditetapkan dalam
KBT:

Secara umumnya, subjek Hifz al-Quran ialah mata pelajaran yang menghendaki
murid untuk menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh lima tahun di bawah
bimbingan guru tahfiz. Mata pelajaran ini mengandungi aktiviti seperti berikut:
5.1 Tahriri Hafazan
Tahriri Hafazan ialah aktiviti menulis ayat-ayat al-Quran hafazan baharu
dalam buku yang disediakan bagi persediaan tasmik. Aktiviti ini dilakukan
secara individu selama 30 minit antara jam 7.00 malam – 7.30 malam.
5.2 Hafazan Baru
Hafazan Baharu ialah aktiviti menghafaz ayat-ayat al-Quran yang akan ditasmik
pada keesokan hari. Setiap murid dikehendaki menghafaz sebanyak 1 muka
surat secara individu selama 60 minit antara jam 7.45 malam – 8.45 malam.
5.3 Tahdhir

11
Ibid.
Tahdhir ialah aktiviti mengulang ayat-ayat hafazan baharu bagi persediaan
tasmik. Aktiviti ini dilaksanakan antara jam 6.30 pagi – 7.10 pagi.
5.4 Tasmik
Tasmik ialah aktiviti memperdengarkan ayat-ayat hafazan baharu di hadapan
guru secara individu. Setiap murid dikehendaki memperdengarkan hafazan baru
mereka sebanyak 1 muka surat sehari di hadapan guru secara individu
antara jam 7.30 pagi – 8.10 pagi.
5.5 Murajaah
Murajaah ialah aktiviti mengulang semula ayat-ayat yang telah dihafaz di
hadapan guru secara individu mahupun berkumpulan. Aktiviti boleh
dibahagikan kepada Murajaah Hafazan Baharu, Murajaah Hafazan Lama dan
Murajaah Mingguan.
5.6 Fiqh al- Ayat
Menerangkan intisari ayat-ayat hafazan (fiqh al-Ayat) yang telah dihafaz pada
minggu tersebut sebanyak 4 muka surat di hadapan guru secara individu.

6.0 Mata Pelajaran Tambahan KBT


Selain pembelajaran mata pelajaran akademik dan menghafaz al-Quran, setiap
murid turut didedahkan dengan mata pelajaran tambahan yang mempunyai hubungkait
dengan hafazan mereka iaitu Maharat al-Quran. 12
Maharat al-Quran ialah mata pelajaran yang berkait rapat tentang kemahiran
penguasaan bacaan al-Quran. Para murid akan mempelajari Adab al-Quran, Tilawah,
Tajwid dan Manhaj Qiraat.
6.1 Adab al-Quran
Kandungan bagi komponen adab al-Quran ini ialah pengenalan al-Quran,
kelebihan membaca dan menghafaz al-Quran, tarjih qari al-Quran, kemuliaan
ahli al-Quran, adab guru dan pelajar, adab penghafaz al-Quran, adab bersama
al-Quran, adab terhadap al-Quran, ayat dan surah yang disunatkan membaca
pada waktu dan keadaan tertentu dan hukum menulis dan memuliakan mushaf.
6.2 Tilawah
Setiap murid akan melaksanakan aktiviti ini berdasarkan kepada jadual berikut:

12
Ibid.
6.3 Tajwid
Pembahagian tajuk berdasarkan tingkatan adalah seperti jadual di bawah:

6.4 Manhaj Qiraat


Bagi mata pelajaran Manhaj Qiraat, murid tingkatan empat dan lima sahaja yang
diberi pendedahan berkaitan bacaan imam Qiraat. Pembahagian tajuk
berdasarkan tingkatan adalah seperti jadual di bawah:
6.5 Amali Qiraat
Mata pelajaran ini juga turut diajar kepada murid tingkatan empat dan lima
sahaja. Pembahagian tajuk berdasarkan tingkatan adalah seperti jadual di
bawah:

6.6 Rasm Uthmani


Mata pelajaran ini membicarakan tentang penulisan mushaf al-Quran. Setiap
murid akan didedahkan dengan pengenalan ilmu rasm, sejarah penulisan
mushaf, pembahagian rasm dan kaedah rasm uthmani. 13

13
Ibid.
7.0 Penutup
Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) yang digarapkan oleh pihak KPM adalah
bertujuan untuk melahirkan golongan profesional hafiz yang berdaya
kepemimpinan mantap dan seimbang dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0
yang mencabar. Meskipun Pendidikan tahfiz sering disalahertikan dengan melihat
kurikulumnya hanya berteraskan subjek agam dan tradisional, KBT merupakan suatu
madah baharu dalam mempersiapkan jatidiri anak bangsa yang seimbang dengan
tuntutan duniawi dan ukhrawi. Hasrat KPM juga menerusi KBT ini adalah bagi
memastikan anak-anak lepasan sekolah yang terlibat dapat memberi sumbangan besar
kepada transformasi pendidikan negara. Selain itu, dokongan dan bimbingan semua
pihak adalah amat penting dalam menerapkan objektif pelaksanaannya dan mematuhi
garis panduan yang ditetapkan. Kejayaan pelaksanaan KBT amat bergantung kepada
komitmen yang tinggi dan usaha gigih semua pihak demi kebaikan dan kemanfaatan
agama, bangsa dan negara.

8.0 Rujukan
Baba, M. S. (2013). Integrating Ulul Albab Education and Science Education in
Development Insan Ta’ Dibi Generation: A Case Study of Mara Junior. WEI
International Academic Conference Proceedings, (pp. 96-103).
Hameed, A. A. (2003). ‫دالالت األلوان في التعبير القرأني‬. ‘Ulum Islamiyyah, 134-189.
Hamzah, W. M. (2016, Disember 23). Penerapan Konsep Ulul Albab Dalam
Pendidikan. Retrieved from www.ipislam.edu.my:
http://www.ipislam.edu.my/%20uploaded/PKPI2012/38%20PENERAPAN%2
0KONSEP%%2020ULUL%20ALBAB%20DALAM%20PENDIDIKAN.pdf
Ismail, M. S. (2019). Pendidikan Tahfiz Aliran Perdana. Seminar Hala Tuju Pengajian
Tahfiz Peringkat Kebangsaan 2019 (pp. 54-71). Kota Bharu: KIAS.
KPM. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan
Prasekolah Hingga Lepas Menengah). Ms 7-8.
KPM, B. P. (2015). Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz.
Retrieved from http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/:
http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT%20Maklumat
%20Asas%202015.pdf
Tamuri, A. H. (2019). Prospek dan Cabaran Pendidikan Tahfiz Dalam Sistem
Pendidikan Negara. Seminar Hala Tuju Pengajian Tahfiz Peringkat
Kebangsaan 2019 (pp. 1-26). Kota Bharu: KIAS.

View publication stats

You might also like