Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

Panduan Pelaksanaan Kelas Bercantum dan Pengajaran Pelbagai Gred

PANDUAN PELAKSANAAN
KELAS BERCANTUM DAN
PENGAJARAN PELBAGAI GRED

1
Panduan Pelaksanaan Kelas Bercantum dan Pengajaran Pelbagai Gred

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN 3
1.1 Konsep Kelas Bercantum 3
1.2 Ciri-ciri Kelas Bercantum 4
1.3 Peranan Guru 4
1.4 Peranan Pentadbir 5
1.5 Jadual Waktu 5
1.6 Pentaksiran 5

2.0 PENGURUSAN BILIK DARJAH KELAS BERCANTUM 6


2.1 Kemahiran Guru Untuk Pelaksanaan Kelas Bercantum 6
2.2 Aspek-aspek Keberkesanan Kelas Bercantum 7

2.3 Pelan Lantai Kelas Bercantum 7


2.4 Pengurusan Kumpulan bagi Pelaksanaan Kelas Bercantum 8
2.4.1 Kumpulan Tahun Persekolahan 8
2.4.2 Kumpulan Sama Kebolehan 9
2.4.3 Kumpulan Pelbagai Kebolehan 10
2.4.4 Kumpulan Sosial 11
2.5 Pengurusan dan Penyimpanan Bahan Dalam Kelas Bercantum 12
2.5.1 Bahan Peribadi Murid 12
2.5.2 Bahan Pembelajaran 12

3.0 PENGURUSAN KURIKULUM BAGI PELAKSANAAN KELAS BERCANTUM 13

4.0 STRATEGI PENGAJARAN PELBAGAI GRED 14


4.1 Pengajaran Secara Kelas 14
4.2 Pengajaran Secara Kumpulan 14
4.3 Pengajaran Individu 14
5.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21) 15

5.1 Elemen-elemen PAK21 15

6.0 PENUTUP 16

2
Panduan Pelaksanaan Kelas Bercantum dan Pengajaran Pelbagai Gred

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Bercantum dan Pengajaran Pelbagai Gred ini bertujuan untuk
membantu pentadbir dalam pengurusan kelas bercantum. Garis Panduan ini juga digunakan
sebagai rujukan guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred di sekolah
kurang murid (SKM).

1.0 PENGENALAN

lnisiatif #40: Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Sekolah Kurang Murid (SKM) dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah bertujuan untuk meningkatkan
kecekapan guna tenaga guru dan mengoptimumkan sumber yang sedia ada tanpa menjejaskan
kualiti pendidikan. Hasrat kerajaan adalah untuk memberi ruang dan peluang pendidikan yang
berkualiti tinggi serta relevan agar keperluan mereka selaras dengan saranan UNESCO.
Sehubungan itu, pengajaran pelbagai gred perlu dijalankan untuk meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran kelas bercantum dan meningkatkan keberkesanan pengurusan dan
pengoperasian SKM.

SKM ialah sekolah yang berenrolmen 150 dan ke bawah tetapi pelaksanaan kelas
bercantum pada masa kini hanya melibatkan enrolmen 30 dan ke bawah. Namun pelaksanaan
kelas bercantum perlu diteruskan oleh sekolah yang dikenalpasti walaupun enrolmen telah
melebihi 30 tetapi tidak melebihi 50 sehingga tempoh 3 tahun berturut-turut dari tarikh
pelaksanaan. Sekolah yang telah mencapai enrolmen melebihi 50 dikehendaki menghabiskan
pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran pelbagai gred sehingga akhir tahun sesi
persekolahan.

1.1 Konsep Kelas Bercantum

Kelas bercantum merupakan satu bentuk pengajaran iaitu seorang guru mengajar di kelas yang
mempunyai murid lebih daripada satu gred (UNESCO, 2001). Murid yang berbeza umur dan
tahun persekolahan belajar di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru yang sama. Kelas
bercantum turut mempunyai pelan lantai atau susun atur yang tersendiri. Mesyuarat Pengurusan
Tertinggi KPM Bilangan 10/2016 bertarikh 3 Ogos 2016 telah memutuskan bahawa kelas
bercantum dilaksanakan untuk Tahap I (Tahun 2 dan Tahun 3) dan Tahap II (Tahun 4 dan Tahun
5).

3
Panduan Pelaksanaan Kelas Bercantum dan Pengajaran Pelbagai Gred

1.2 Ciri-ciri kelas bercantum


1.2.1 Kelas bercantum hanya berlaku di SKM

1.2.2 Murid di dalam kelas bercantum terdiri daripada pelbagai tahun

persekolahan, umur dan kebolehan;

1.2.3 Seorang guru mengajar murid yang berbeza tahun persekolahan dalam

satu kelas;

1.2.4 Menggunakan kurikulum dan sistem pentaksiran yang sama; dan

1.2.5 Mempunyai pelan lantai/susun atur tersendiri.

1.3 Peranan Guru


Guru memainkan peranan penting bagi memastikan keberkesanan kelas bercantum. Antara
peranan guru di dalam kelas bercantum adalah seperti yang berikut:

1.3.1 Merancang dan melaksanakan;


(i) pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran yang bersesuaian;

(ii) sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai;

(iii) aktiviti kerja kumpulan berdasarkan potensi murid;

(iv) pengajaran pelbagai gred (multigrade teaching); dan

(v) pentaksiran yang bersesuaian dengan murid yang pelbagai aras.

1.3.2 Mengenal pasti perbezaan individu murid;

1.3.3 Memberi peluang kepada murid dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran;

1.3.4 Mengurus masa pengajaran dan pembelajaran dengan baik; dan

1.3.5 Mengurus bilik darjah daripada aspek susunan fizikal, rutin dan peraturan

bilik darjah.

4
Panduan Pelaksanaan Kelas Bercantum dan Pengajaran Pelbagai Gred

1.4 Peranan Pentadbir


Peranan pentadbir dalam kelas bercantum adalah:
1.4.1 menyediakan kemudahan daripada aspek infrastruktur dan infostruktur;

1.4.2 mengenal pasti kepakaran guru dan menyusun jadual waktu kelas

bercantum;

1.4.3 menyediakan latihan dalam perkhidmatan untuk meningkatkan

kemahiran guru dalam mengendalikan kelas bercantum dari semasa

ke semasa; dan

1.4.4 menyebar luas maklumat kepada ibu bapa tentang pelaksanaan kelas

bercantum.

1.5 Jadual Waktu


Waktu pengajaran dan pembelajaran bagi semua mata pelajaran adalah mengikut jam setahun
berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2016.
(Perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara Berperingkat-
Peringkat Mulai Tahun 2017). Penyusunan jadual waktu bagi kelas bercantum adalah tertakluk
kepada pengurusan sekolah masing-masing.

1.6 Pentaksiran
Murid perlu mengikuti pentaksiran pendidikan yang telah ditetapkan oleh KPM bagi membolehkan
proses mendapat maklumat tentang prestasi, perkembangan dan pertumbuhan dalam
pembelajaran. Murid perlu melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi
Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Di samping itu juga murid perlu
menduduki pentaksiran dan peperiksaan awam seperti arus perdana.

5
Panduan Pelaksanaan Kelas Bercantum dan Pengajaran Pelbagai Gred

2.0 PENGURUSAN BILIK DARJAH KELAS BERCANTUM

Kelas bercantum melibatkan pelbagai aktiviti yang berjalan serentak. Oleh itu, pengurusan bilik
darjah memainkan peranan penting dalam membentuk rutin dan prosedur bilik darjah supaya
proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Guru yang mengajar kelas
bercantum perlu berkemahiran untuk menyediakan dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian dengan murid pelbagai kebolehan serta berbeza umur.
Pelaksanaan kelas bercantum memerlukan guru untuk membuat persediaan bagi mewujudkan
suasana pembelajaran yang berkesan dan kondusif. Guru yang mengajar di kelas bercantum
perlu menggunakan kebijaksanaan mereka memikirkan cara-cara yang sesuai dan praktikal
untuk menyediakan bilik darjah kelas bercantum.

2.1 Kemahiran Guru untuk Pelaksanaan Kelas Bercantum

Guru yang mengajar kelas bercantum perlu mempunyai kemahiran berikut:

2.1.1 pengetahuan berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak;

2.1.2 pelbagai strategi dan kaedah mengajar yang sesuai bagi setiap murid;

2.1.3 menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan pelbagai


bagi peringkat yang berbeza dalam kalangan muridnya;

2.1.4 menyediakan persekitaran bilik darjah yang kondusif melalui pengurusan


yang efektif;

2.1.5 melaksanakan aktiviti kumpulan sama kebolehan, kumpulan pelbagai


kebolehan atau kumpulan mengikut tahun persekolahan;

2.1.6 membina kemahiran sosial murid;

2.1.7 membentuk pembelajaran kendiri murid; dan

2.1.8 memilih strategi pentaksiran yang sesuai.

6
Panduan Pelaksanaan Kelas Bercantum dan Pengajaran Pelbagai Gred

2.2 Aspek-aspek Keberkesanan Kelas Bercantum

Aspek-aspek yang menyumbang kepada keberkesanan kelas bercantum ialah:

2.2.1 Bilik darjah yang kondusif

Pembudayaan bilik darjah yang kondusif akan menghasilkan suasana yang


harmonis, ceria dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama
kerana terasa seolah-olah berada di rumah sendiri.

2.2.2 Kawalan bilik darjah dan disiplin

Peraturan dan rutin di bilik darjah perlu dirancang dengan teliti untuk mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang teratur dan murid bersedia untuk melalui proses
pembelajaran.

2.2.3 Pengajaran dan pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran yang dirancang perlu mengambil kira perbezaan


individu daripada aspek keperluan, kebolehan, minat, potensi dan personaliti
murid berdasarkan pemetaan kurikulum yang ditetapkan.

2.2.4 Bimbingan rakan sebaya

Rakan sebaya, iaitu murid-murid yang lebih berpengetahuan boleh digalakkan


membantu murid yang memerlukan bimbingan.

2.3 Pelan Lantai Kelas Bercantum

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di kelas bercantum menggunakan pelbagai kaedah


seperti kaedah kelas, kaedah kumpulan, gabungan kaedah kelas dan kumpulan serta bimbingan
individu. Oleh yang demikian, pelan lantai di dalam kelas hendaklah mengikut kesesuaian
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kemudahan infrastruktur yang sedia ada. Pelan lantai
tersebut juga dapat membantu guru dalam pengawalan kelas, memberi panduan dan bimbingan
kepada murid.

Ruang pembelajaran perlu disediakan supaya aktiviti pembelajaran dapat dipantau dan
berjalan dengan lancar. Guru juga boleh mengadakan ruang bacaan, ruang pembelajaran kendiri
dan ruang sumber pembelajaran.

7
Panduan Pelaksanaan Kelas Bercantum dan Pengajaran Pelbagai Gred

2.4 Pengurusan Kumpulan Bagi Pelaksanaan Kelas Bercantum

Konsep kepelbagaian murid perlu diambil kira dalam pedagogi kelas bercantum kerana setiap
murid mempunyai daya tanggapan, imaginasi, minat dan konsentrasi yang berbeza-beza. Oleh
itu murid-murid lebih sesuai dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil seperti yang berikut:

 Kumpulan Tahun Persekolahan;


 Kumpulan Sama Kebolehan;
 Kumpulan Pelbagai Kebolehan; dan
 Kumpulan Sosial.

2.4.1 Kumpulan Tahun Persekolahan

Kumpulan tahun persekolahan mempunyai lebih daripada satu tahun yang berbeza,
contohnya Tahun 2 dan Tahun 3 bagi Tahap 1 persekolahan atau Tahun 4 dan Tahun 5
bagi Tahap 2 persekolahan. Apabila guru mengajar satu tahun tertentu, kumpulan tahun
persekolahan lain melakukan aktiviti pembelajaran kendiri pada masa yang sama.

Rajah 1: Kumpulan Tahun Persekolahan

8
Panduan Pelaksanaan Kelas Bercantum dan Pengajaran Pelbagai Gred

2.4.2 Kumpulan Sama Kebolehan

Kumpulan yang sama kebolehan ialah kumpulan yang terdiri daripada murid yang
mempunyai aras pencapaian yang sama. Kaedah ini sesuai digunakan untuk mata
pelajaran seperti Matematik dan Bahasa. Guru mengenal pasti pencapaian murid dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kemudian membahagikan mereka kepada
kumpulan tertentu mengikut tahap pencapaian murid.

Rajah 2: Kumpulan Sama Kebolehan

9
Panduan Pelaksanaan Kelas Bercantum dan Pengajaran Pelbagai Gred

2.4.3 Kumpulan Pelbagai Kebolehan

Kumpulan ini terdiri daripada murid yang pelbagai kebolehan dan aras. Dalam kumpulan
ini, murid terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai kebolehan seperti kebolehan
membaca dan melukis. Murid juga boleh terdiri daripada pelbagai aras seperti cerdas,
sederhana dan lemah. Murid yang cerdas akan membantu murid yang lemah dalam
aktiviti kumpulan ini.

Rajah 3: Kumpulan Pelbagai Kebolehan

10
Panduan Pelaksanaan Kelas Bercantum dan Pengajaran Pelbagai Gred

2.4.4 Kumpulan Sosial

Kumpulan ini dibentuk berdasarkan kepada kesesuaian mata pelajaran yang


dilaksanakan pada masa berkenaan atau kecenderungan murid itu sendiri. Sehubungan
itu, murid diberi peluang untuk memilih kumpulannya sendiri berdasarkan minat terhadap
aktiviti yang dijalankan oleh guru semasa PdP itu. Kumpulan ini sesuai untuk aktiviti
seperti permainan, muzik, drama atau seni.

Rajah 4: Kumpulan Sosial

11
Panduan Pelaksanaan Kelas Bercantum dan Pengajaran Pelbagai Gred

2.5 Pengurusan dan Penyimpanan Bahan Dalam Kelas Bercantum

Penyimpanan bahan di dalam kelas bercantum perlu diurus dengan baik supaya dapat
mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.

2.5.1 Bahan Peribadi Murid


Bahan peribadi murid ialah barang kepunyaan murid termasuk beg sekolah, botol air,
buku teks, buku latihan, buku kerja, dan hasil kerja murid. Murid akan memerlukan tempat
untuk menyimpan barang-barang mereka. Sekiranya bilik darjah tersebut mempunyai rak
dan bilangannya mencukupi, maka guru boleh membahagikan ruang pada rak untuk
setiap murid. Setiap ruang harus dilabel dengan nama murid tersebut dengan jelas. Guru
juga perlu menetapkan peraturan tentang kekemasan rak, dan juga peraturan berkaitan
dengan menghormati ruang rak serta harta rakan sekelas. Bilik darjah yang tidak
mempunyai rak, guru perlu memikirkan alternatif seperti menggunakan kotak yang
disusun dengan rapi.

2.5.2 Bahan Pembelajaran

Bahan pembelajaran perlu diurus dengan baik agar boleh digunakan oleh semua murid.
Oleh itu, bahan tersebut boleh disusun di ruang pembelajaran yang disediakan. Perkara
yang perlu ada dalam pengurusan dan penyusunan bahan pembelajaran adalah seperti
yang berikut:

(i) bahan pembelajaran dilabel supaya murid berupaya memperoleh bahan


ini dengan sendiri tanpa dibantu oleh guru. Guru kelas bercantum perlu
mengendalikan beberapa aktiviti pada waktu yang sama. Jika murid dilatih untuk
mengambil bahan pembelajaran dengan sendiri, ini dapat menjimatkan masa guru
dalam aspek pengurusan bahan. Hal ini akan memberi guru masa untuk
membimbing murid dalam proses pembelajaran;

(ii) bahan pembelajaran perlu disimpan di tempat yang mudah dan selamat;

(iii) bahan pembelajaran boleh disimpan mengikut mata pelajaran; dan

(iv) guru harus menyediakan inventori bahan pembelajaran dan inventori


tersebut disemak secara berkala bagi menjamin bahan pembelajaran
sentiasa mencukupi dan juga berada dalam keadaan baik serta masih boleh
diguna pakai.

12
Panduan Pelaksanaan Kelas Bercantum dan Pengajaran Pelbagai Gred

3.0 PENGURUSAN KURIKULUM BAGI PELAKSANAAN KELAS BERCANTUM

Pengurusan kurikulum bagi pelaksanaan kelas bercantum melibatkan proses merancang,


mengorganisasi, memimpin, membimbing, memantau dan menilai pelaksanaan kurikulum
persekolahan dengan menggunakan segala sumber bagi mencapai hasrat kurikulum yang
ditetapkan. Pengurusan kurikulum yang berkesan dapat memastikan kemenjadian murid seperti
yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pemuafakatan semua pihak di sekolah
adalah penting untuk memastikan pengurusan pelaksanaan kurikulum kelas bercantum dengan
lebih berkesan.

Dalam membuat perancangan pelaksanaan kelas bercantum, pemetaan kurikulum perlu


disediakan. Pemetaan Kurikulum bagi pelaksanaan Kelas Bercantum hendaklah berdasarkan
kepada prinsip-prinsip yang berikut:

 setiap murid dalam kelas bercantum mesti mempelajari semua mata pelajaran
mengikut minimum jam setahun yang ditetapkan dalam KSSR;
 setiap murid dalam kelas bercantum mesti mempelajari dan menguasai Standard
Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP);
 guru perlu melaksanakan PdP mata pelajaran berdasarkan matlamat, objektif,
fokus, strategi PdP, Elemen Merentas Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah seperti
yang terdapat dalam DSKP setiap mata pelajaran;
 PdP dalam kelas bercantum boleh dilaksanakan mengikut kaedah iaitu secara
kelas, kumpulan dan/atau kelas dan kumpulan;
 dalam melaksanakan kaedah secara kelas, guru mengajar semua murid yang
berlainan Tahun secara serentak. Kaedah ini sesuai digunakan jika terdapat
bidang/tema/tajuk/kemahiran/nilai yang sama atau hampir sama merentas Tahun
bagi mata pelajaran tertentu;
 dalam melaksanakan kaedah secara kumpulan, murid dikumpulkan mengikut
Tahun persekolahan dan diajar secara berasingan. Kaedah ini digunakan untuk
bidang/tema/tajuk/kemahiran/nilai yang berbeza merentas Tahun bagi mata
pelajaran tertentu; dan
• Pentaksiran sekolah perlu dilaksanakan kepada semua murid mengikut standard
prestasi yang ditetapkan dalam DSKP mengikut Tahun persekolahan.
13
Panduan Pelaksanaan Kelas Bercantum dan Pengajaran Pelbagai Gred

4.0 STRATEGI PENGAJARAN PELBAGAI GRED

Pengajaran pelbagai gred digunakan dalam kelas bercantum untuk menghasilkan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Berikut adalah tiga strategi pengajaran pelbagai gred yang
digunakan dalam kelas bercantum:

4.1 Pengajaran Secara Kelas

Guru menyampaikan pelajaran kepada semua murid yang berada dalam bilik
darjah kelas bercantum pada masa yang sama. Walau bagaimanapun, pengajaran
secara kelas ini hanya sesuai dilaksanakan untuk mata pelajaran seperti
Pendidikan Jasmani, Muzik, Pendidikan Seni dan Moral kerana guru boleh
menyampaikan maklumat am kepada murid.

4.2 Pengajaran Secara Kumpulan

Kaedah ini bermaksud guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan


dan menyampaikan pengajaran kepada kumpulan murid tertentu dalam satu-satu
masa. Setelah guru selesai membimbing satu kumpulan, guru akan berpindah dan
membimbing kumpulan yang lain; dan seterusnya bergilir-gilir sehingga
merangkumi semua kumpulan murid.

4.3 Pengajaran Individu

Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran. Guru mengambil kesempatan untuk membimbing
secara individu. Kaedah individu ini bermaksud pengajaran guru adalah
dikhususkan kepada seseorang murid yang tertentu dengan bahan bantu
mengajar atau lembaran kerja khas untuk murid berkenaan sahaja. Kaedah ini
bertujuan untuk mengembangkan secara optima potensi dan kebolehan murid itu,
dan dalam situasi kelas bercantum di mana bilangan muridnya yang bersaiz kecil,
kaedah ini merupakan kaedah paling efektif.

14
Panduan Pelaksanaan Kelas Bercantum dan Pengajaran Pelbagai Gred

5.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21)

Kaedah pengajaran yang sering diperkatakan masa kini adalah pembelajaran abad ke-21 seiring
dengan arus pembangunan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif
pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan ke seluruh
negara mulai tahun 2015 selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). PAK21 merupakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang mempunyai aspek-aspek berikut:

1) berasaskan murid;
2) pembelajaran koperatif;
3) menekankan kemahiran, proses dan pemikiran aras tinggi;
4) berfokuskan praktikal;
5) menekankan kemahiran hidup;
6) aktiviti berkumpulan;
7) melibatkan komuniti;
8) pentaksiran formatif; dan
9) belajar untuk kehidupan.

5.1 Elemen-elemen PAK21

PAK21 berteraskan enam elemen utama iaitu:

 Komunikasi
Murid digalakkan untuk memahami, mengelola dan menghasilkan satu komunikasi
yang efektif dalam pelbagai bentuk sama ada secara lisan atau tulisan. Murid akan
diberi peluang untuk menggunakan kemahiran komunikasi ketika mengutarakan
pendapat mereka sama ada dalam aktiviti berkumpulan atau pun ketika bersama
guru.

 Pemikiran Kritis
Murid dididik untuk berusaha menganalisa, menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan

 Kolaborasi
Murid akan diberi peluang untuk menunjukkan kemampuannya dalam aktiviti
berkumpulan, bakat kepimpinan, memainkan pelbagai peranan, memikul
tanggungjawab, menghormati pendapat orang lain, bertoleransi dan berempati
dengan orang lain
15
Panduan Pelaksanaan Kelas Bercantum dan Pengajaran Pelbagai Gred

 Kreativiti
Murid digalakkan untuk mencuba menghasilkan sesuatu yang baharu atau membuat
inovasi.

 Pendidikan Nilai
Murid dipupuk dan diterap nilai untuk menjadikan murid bertanggungjawab, prihatin
dan menyumbang bakti.

 Kewarganegaraan
Murid peka dan berhubung dengan persekitaran budaya dan komuniti.

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, murid-murid dalam kelas bercantum perlu didedahkan dengan pelbagai situasi
yang menuntut mereka untuk menyelesaikan pelbagai pemasalahan supaya mereka boleh
menjadi modal insan yang kritis, berdaya saing dan mampu berhadapan dengan cabaran
globalisasi. Mereka juga perlu bijak berkomunikasi dan bekerja dengan orang lain terutama ketika
mereka berada di dalam alam pekerjaan. Oleh itu, sistem pendidikan negara perlu menyediakan
murid dengan ilmu dan kemahiran melalui pengajaran pelbagai gred bersesuaian dengan amalan
terbaik pengajaran dan pembelajaran.

16

You might also like