Kertas Kerja Bilik Tarian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KERTAS KERJA BILIK TARIAN

SK TEMERLOH JAYA

1.0 Pendahuluan

Pasukan Seni Budaya dikelolakan Kelab Kebudayaan SK Temerloh Jaya. Pasukan ini
diwujudkan untuk mencungkil bakat murid dan mengasah bakat ahli kelab dan murid-
murid SK Temerloh Jaya amnya. Selain itu, pasukan ini turut terlibat dalam aktiviti rasmi
sekolah seperti Majlis Anugerah Cemerlang, dan menyertai pertandingan peringkat
sekolah dan lain-lain. Bagi menjayakan aktiviti pasukan tarian ini, sokongan dari Unit
Kokurikulum diperlukan untuk menaiktaraf bilik tarian untuk dijadikan pusat latihan dan
galeri.

2.0 Objektif
2.1 Merangsang penglibatan ahli dalam aktiviti rasmi sekolah dan pertandingan.
2.2 Menarik minat ahli untuk terlibat dengan aktif.
2.3 Menyediakan ruang bilik yang selesa, bersih dan selamat untuk murid
membuat latihan.
2.4 Menyediakan ruang penyimpanan dan galeri pameran kostum tarian dan seni
budaya.

3.0 Pelaksanaan
3.1 Diguna pakai oleh murid yang terlibat dengan persembahan dan
pertandingan.
3.2 Dijadikan ruang pameran hasil kreativiti murid dan guru berkaitan seni
budaya.
4.0 Anggaran belanjawan

Bil Perihal Barang Kuantiti Harga/Unit Anggaran Sumber


Harga Kewangan

1 Cermin 6' x 25' 150 kaki RM 13.00 RM 1950


2 Lantai Vinyl 47 kotak RM 35.00 RM 1645
BKK
JUMLAH RM 3600.00

5.0 Penutup

Diharap kertas kerja ini mendapat kelulusan dari unit Kokurikulum dalam usaha
untuk meningkatkan prestasi sekolah dalam bidang kokurikulum terutama dalam
bidang kesenian dan bakat khasnya.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………. ………………........
(NOR FAIRUS MOHD PARID) (ZAMZURI BIN MD SALLEH)
Penyelaras Kelab Tunas Budaya Penolong Kanan Kokurikulum
Sk Temerloh Jaya Sk Temerloh Jaya

Disokong/ Tidak disokong:

……………………………….
(MOHD ZAINI B. ISMAIL)
Guru Besar
Sk Temerloh Jaya

You might also like