Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT

PENDIDIKAN SENI VISUAL


SK PULAU SERAI, 26600 PEKAN
PAHANG.

TAJUK : Minit Mesyuarat PSV


TARIKH : 23 Januari 2017
TEMPAT : Kantin Sk Pulau Serai
MASA : 2.30 PETANG

KEHADIRAN :
KEHADIRAN :
1. Pn. Hjh Zawiah Bt Abu Bakar (PK1)
2. Pn. Norhayati Bt. Mohamed Tah ( Setiausaha)
3. Pn Noriah Bt Abdullah
4. Pn Nurul Huda Bt Abdul Rahim
5. Pn Rubiyatul Addawiyah Bt Kamaruddin
6. Pn Nor Izzah Bt Abd Wahab

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi PK 1 memulakan mesyuarat dengan bacaan Al Fatihah. Seterusnya beliau
mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru.
Pengerusi juga mengharapkan agar mesyuarat Pendidikan Seni Visual dapat berjalan
dengan lancar dan baik.
Tindakan: Semua guru

2. Ketua Panitia
2.1 Pengajaran dan Pembelajaran
- Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.
- Penyediaan DSKP dan rancangan pengjaran tahunan untuk tahun ini mesti
dilengkapkan.
- Format rancangan pengajaran harian seperti tahun lepas kecuali format kssr Tahun 1
2017 ada sedikit pembaharuan.
2.2 Kewangan
- Peruntukan kewangan belum dapat dipastikan lagi
- Namun ucapan Guru Besar dalam mesyuarat awal tahun baru-baru menyatakan
bahawa ketua panitia boleh bagi senarai keperluan barang yang hendak dibeli.
- Projek 2017 ini seperti biasa akan digabungkan bersama Panitia lain

2.3 PBS
- Pentaksiran berasaskan sekolah secara offline perlu dibuat untuk rujukan tentang
tingkah laku murid terhadap tajuk yang dipelajari.
- Manakala PKSR dan Ujian Bulanan perlu dimasukkan dalam SAPS. Ini bertujuan
mengukur pengetahuan dan kekuatan daya ingatan murid.
2.4 Jadual penggunaan Bilik Seni
- Ketua Panitia telah membuat jadual penggunaan bilik seni untuk semua guru.
- Boleh rujuk di dalam bilik seni atau berjumpa dengan Pn Norhayati Bt Mohamed Tah.

3. Penangguhan Mesyuarat
Mesyuarat ditangguh pada 3.30 Petang dengan membaca surah Al- Asr dan tasbih kaffarah.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

………………………………… ………………………………………….
(PN. NORHAYATI BT. MOHAMED TAH) (PN NURUL HUDA ABDUL
RAHIM)
Setiausaha PSV KETUA PANITIA TMK
SK Pulau Serai. SK PULAU SERAI

You might also like