Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

100
KERJA KURSUS
GAYA HIDUP SIHAT
GHS3013
Nama : MOHD FITRI BIN ZAKARIA
Angka Giliran : 2017202340117
No. Kad Pengenalan : 970306025567
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2017
Kumpulan/Unit : PISMP 8.05
Pensyarah Penilai : PN. HANIFAH BINTI MOHD YUNUS

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Wajaran


PENULISAN 21/1/2021 8/2/2021 40%
PEMBENTANGAN 10/2/2021 11/2/2021 5%
PERANCANGAN PROGRAM 11/2/2021 19/2/2021 20%
PELAPORAN 30/3/2021 6/4/2021 15%
KUIZ 3/4/2021 8/4/2021 20%
JUMLAH 100%

Kami mengaku bahawa kami telah menerima maklum balas daripada pensyarah

Tandatangan pelajar: Tarikh: 8/2/2021


FITRi
PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera,

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnia-Nya saya Mohd Fitri bin Zakaria telah dapat
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya banyak
memperolehi ilmu baru yang selama ini saya tidak tahu.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang banyak membantu sepanjang
saya menjayakan kerja kursus Gaya Hidup Sihat (GHS3013) ini. Terima kasih tidak terhingga
saya ucapkan kepada pensyarah saya Pn. Hanifah Binti Mohd Yunus kerana telah banyak
memberi tunjuk ajar kepada saya.

Seterusnya, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada ahli keluarga saya yang
telah banyak memberi sokongan moral yang amat membantu saya untuk menyelesaikan kerja
kursus ini. Di samping itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan
seperjuangan saya kerana memberi bantuan dan kerjasama dalam usaha menyempurnakan
kerja kursus ini dengan jayanya.

Akhir sekali, terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan tugasan yang diberikan ini. Semoga jasa
dan pengorbanan anda semua dibalas oleh dengan ganjaran yang lebih besar.

i
‘Gaya Hidup Sihat Tanggungjawab Bersama ke Arah Kesejahteraan’.

Masyarakat Malaysia merupakan masyarakat yang aman, damai dan harmoni walaupun tahun
2020 dan 2021 masih dalam keadaan negara dilanda pandemik Covid 19. Selain dari dugaan
semasa menghadapi virus Covid 19 masyarakat Malaysia sebenarnya sedang menghadapi
sesuatu isu yang membimbangkan disebalik perjuangan menghadapi Covid 19 dengan adanya
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Masyarakat terpaksa berada di rumah untuk
mengelakkan daripada keluar menjadikan risiko dijangkiti virus meningkat sebaliknya berlaku
pula masalah sampingan yang dapat meragut nyawa. Oleh itu isu yang ingin dipertengahkan
dalam penulisan ini ialah isu berkaitan kesihatan mental dalam masyarakat Malaysia yang
semakin meruncingkan dan betapa pentingnya amalan gaya hidup sihat untuk mencegah dan
mengubati. Menurut Md. Safian bin Mohd Tajuddin (2007), melalui kajiannya, menyatakan
bahawa kesihatan membawa konsep bahawa seseorang itu berada dalam keadaan yang
sempurna dari segi jasmani, mental, emosi, sosial dan rohani dan bukan hanya tidak
berpenyakit. Oleh itu, salah satu aspek penting dalam penjagaan kesihatan adalah penjagaan
mental.

Kesihatan mental adalah situasi dimana seseorang individu menyedari potensinya


boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh
menyumbang kepada masyarakat (Norliah, 2017). Kesihatan mental juga merujuk kepada
cara kita berfikir, merasa dan cara kita bertindak. Seseorang yang normal tidak semestinya
mempunyai kesihatan mental yang baik pada setiap masa. Laporan Indeks Kesejahteraan
Psikologi Malaysia (IKPM) pada pertengahan tahun 2020 mencatat angka sederhana iaitu julat
7.1 pada tahun ini (Laporan IKPM, 2020), namun kajian tinjauan yang dilakukan Kementerian
Kesihatan Malaysia mendapati bahawa pola kenaikan sebanyak dua kali ganda berlaku yang
melibatkan isu kesihatan mental di Malaysia. Kebanyakan petugas barisan hadapan (frontliner)
yang terdiri dari pegawai perubatan, jururawat dan mereka yang terlibat dalam bidang kesihatan
dilihat telah mengalami ‘burn out’, depresi, stres dan kebimbangan (Nanda et al., 2017). Ini
kerana, mereka terlalu letih kerana terpaksa bekerja lebih waktu untuk merawat pesakit, tidak
dapat pulang ke rumah untuk berjumpa dengan anak-anak, suami dan isteri, ibu bapa dan ahli
keluarga yang akhirnya menyumbang kepada ketidakstabilan emosi.

Rakyat Malaysia juga merasai bebanan dan tekanan berpunca dari apa yang berlaku
ketika pandemik berlaku. Walaupun penjarakan fizikal berkesan dalam mengawal penularan

1
wabak, namun ia telah memberikan pelbagai impak buruk terhadap kesihatan mental individu
seperti kegelisahan, gangguan tekanan pasca trauma (post traumatic disorder) dan gangguan
obsesif-kompulsif (Hemavathi et al., 2020). Selain tekanan emosi, individu juga berasa bimbang
dan marah disebabkan pelbagai faktor sosial seperti masalah pendapatan dan kewangan serta
perselisihan dengan keluarga (Rafidah & Nasaruddin, 2020). Salah satu masalah kesihatan
mental seperti Skizofrenia yang selalunya dianggap sebagai penyakit orang gila. Namun begitu
skizofrenia ini adalah delusi, halusinasi, fikiran celaru, dan perubahan tingkah laku. Hal ini
menyebabkan seseorang susah untuk berinteraksi secara sosial dan melakukan aktiviti rutin.
Menurut Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya, satu daripada 100 rakyat Malaysia menghidapi
skizofrenia. Pesakit ini akan cenderung untuk bertindak mencederakan diri sendiri dan
orang lain. Cara menangani tekanan dan segala masalah kesihatan mental memerlukan
amalan gaya hidup sihat yang sebetulnya. Antaranya ialah dengan melakukan aktiviti fizikal.
Sorotan kajian lepas dari Cambridge University Press yang dikongsikan oleh Fox (1999)
melaporkan bahawa selain memberikan kecergasan badan, aktiviti fizikal juga menyumbang
kepada peningkatan imej kendiri dan keyakinan diri, sekaligus meningkatkan kualiti cara berfikir
dan menstabilkan emosi. Latihan fizikal seperti senamrobik, berjoging, berbasikal, mendaki
gunung dan sebagainya mampu melahirkan mood atau emosi positif dan meningkatkan daya
kognitif bagi orang dewasa. Hal ini juga akan menyebabkan kemampuan emosi, otot, tulang
dan organ seperti jantung berfungsi secara berkesan untuk membolehkan kita bekerja
dalam jangka masa yang panjang tanpa merasa terlalu letih. Hal ini akan menjerumus
kepada kebaikan yang mampu memberikan kesejahteraan kepada diri dan masyarakat.

Seterusnya menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2011), Pemakanan yang


seimbang merupakan kunci utama ke arah amalan gaya hidup sihat. Oleh itu penjagaan
pemakanan merupakan salah satu amalan yang perlu dilakukan setiap individu untuk menjaga
kesihatan mental yang baik. Kajian yang dijalankan oleh Di Renzo et al. (2020), di Itali berkaitan
individu yang terkesan dengan pandemik COVID-19 telah menemui bahawa terdapat separuh
daripada populasi dalam kalangan responden yang berasa resah dan bimbang terhadap corak
pemakanan yang diamalkan apabila mereka bergantung kepada makanan yang menyenangkan
(comfort food) untuk berasa lega. Amalan pemakanan sedemikian lama-kelamaan memberi
kesan negatif terhadap kesejahteraan psikologi individu tersebut. corak pemakanan perlu
seimbang dan makan pada waktu yang ditetapkan. Tidak dinafikan bahawa makan beberapa
jenis makanan adalah suatu aktiviti yang boleh memberi kesan positif terhadap emosi dan
psikologi seseorang. Namun, makan secara berlebihan juga boleh memberi kesan yang tidak
baik terhadap bukan sahaja fizikal, bahkan aspek emosi dan psikologi seseorang.

2
Kesihatan yang baik memerlukan suasana atau keadaan sosial yang baik, sebaliknya
apa yang berlaku di Malaysia telah wujud keadaan sosial yang tidak memberi kesan baik
terhadap kesihatan penduduk. Isu kesihatan mental perlu dilihat keadaan rutin harian, cara
pergaulan dengan masyarakat, cara mengurus hubungan dengan suasana luar dan melibatkan
kebiasaan kita sebagai individu terhadap orang lain. Mungkin kebiasaan isu kesihatan
dibincangkan hanya dari aspek aktiviti fizikal dan pemakanan sebaliknya sosial juga salah satu
aspek kesihatan yang perlu difahami. Menurut American Institute of Stress (2019), pada satu
tahap tertentu komunikasi dua hala mampu memberi manfaat kepada pembentukan psiko-
emosi seseorang.Komunikasi yang efektif memerlukan perhubungan antara individu yang
harmoni tanpa wujudnya salah faham yang boleh menimbulkan konflik (Pietromonaco &
Overall, 2020). Maka jelaslah bahawa aspek sosial memainkan peranan yang penting dan cara
untuk menjaga aspek ini perlulah kepada amalan gaya hidup sihat yang sebetulnya. Sebagai
contoh, kegagalan seseorang untuk berkomunikasi dengan baik dan berkesan terutamanya
ketika tempoh PKP berlangsung akan membawa kepada stress, rasa takut, mudah syak
wasangka, panik, agresif, khuatir dan cepat marah. Dengan meminimumkan konflik, komunikasi
berkesan dan penyelesaian masalah yang lebih sistematik dapat dicapai yang seterusnya dapat
membantu hubungan individu yang bermasalah (Overall, 2018; Overall & McNulty, 2017).
Sekiranya, komunikasi tidak dapat dilakukan dengan berkesan, maka suasana yang baik dan
harmoni sukar untuk diwujudkan dalam sesebuah keluarga, organisasi atau kumpulan
masyarakat.

Demikian, masyarakat perlu membuat tindakan rawatan atau berjumpa dengan pakar
sebagai saringan kesihatan. Saringan kesihatan juga merupakan amalan yang perlu dilakukan
sekurang-kurangnya satu kali setahun sebagai menunjukkan bahawa kita prihatin terhadap
kesihatan. Kebanyakan masyarakat tidak berjumpa pakar untuk masalah mental kerana
beranggapan ia hanya untuk orang yang hilang akal atau gila, justeru, persepsi ini perlu
diperbetulkan segera. Mereka yang mengalami gejala kesihatan mental harus segera
mendapatkan bantuan dan nasihat daripada pihak klinik atau hospital. Jika rawatan diterima
awal, penyakit mental akan sembuh dengan lebih baik. Masyarakat perlu sedar persepsi yang
salah dalam masyarakat begitu menular yang beranggapan atau melabel mereka yang
berjumpa dengan doktor psikiatri dengan pandangan negatif. Persepsi ini sebenarnya tidak
benar, seterusnya menjadi penyumbang pesakit terhadap kelewatan dalam mendapatkan
rawatan, seterusnya menimbulkan tekanan pula kepada golongan ini yang telah pulih dan
bersedia untuk kembali semula dalam masyarakat.

3
Akhir sekali, kebelakangan ini terlalu banyak wujudnya masalah yang menunjukkan
bahawa penduduk di Malaysia terdedah dengan masalah keadaan pemikiran dan emosi yang
sangat keliru dan celaru yang perlu dirisaukan oleh rakyat Malaysia terutamanya umat Islam.
Contohnya wujud golongan LGBT, wujud golongan ajaran sesat dan keadaan penduduk yang
melakukan perkara terlarang di sisi agama. Segala isu ini adalah berpunca daripada keadaan
mental atau dalaman seseorang yang hidup tiada pergantungan dan tersimpang jauh dari
kebenaran dan amalan gaya hidup sihat yang membawa kepada kesejahteraan. Menurut Dr.
Aminah binti Kassim (2008), penulisan beliau di dalam portal MyHealth mengatakan bahawa
kepercayaan yang positif serta ketenangan yang diperoleh dari kerohanian banyak
menyumbang kepada kesejahteraan jiwa dan pandangan hidup yang positif. Mempercayai dan
meyakini tentang kewujudan Yang Maha Kuasa menjadikan seseorang itu sentiasa bersyukur,
bertawakal dan redha. Manusia menjadi lebih bersyukur di saat bahagia dan tenang serta rasa
ada tempat berdoa di kala mengalami duka nestapa. Namun demikian adalah penting untuk
seseorang itu menyedari akan kewujudan perasaan-perasaan yang boleh menyumbang kepada
kecelaruan rohani seperti sombong, bermegah-megah, dan sebagainya. Islam menekankan
agar umatnya bersyukur dan menjaga nikmat yang tiada ternilai harga iaitu kesihatan yang
membolehkan manusia menjalani kehidupan harian, melakukan kerja dan aktiviti dengan
lancar. Dengan asas keimanan inilah al-Qaradawi (2004) mencadangkan supaya fokus utama
pembangunan insan perlu ditumpukan kepada empat dimensi diri manusia, iaitu akal, rohani,
fizikal dan tingkah laku manusia. Oleh itu, keadaan rohani atau kepercayaan perlu dijaga dan
aturan kehidupan yang lebih terurus untuk mengelakkan kita daripada terjebak dengan
kecelaruan dan kejahatan dalam kehidupan.

Rumusan bagi isu kesihatan dan kepentingan amalan gaya hidup sihat yang merupakan
tanggungjawab bersama ke arah kesejahteraan. Menurut Roslan Daud (2010), amalan gaya
hidup sihat merupakan satu siri aktiviti atau program yang mesti dilakukan secara konsisten dan
berterusan dan amat baik dari sudut kesihatan. Ia termasuklah pengambilan makanan yang
seimbang, melakukan aktiviti senaman, tidak menyalahgunakan dadah, rokok dan alkohol,
menjauhi seks bebas serta memastikan kita hidup di dalam persekitaran yang bersih dan aman.
Bagi mencapai dimensi kesihatan dan kesejahteraan terdapat lapan dimensi ke arah
kesejahteraan iaitu fizikal, emosi, spiritual, intelektual, sosial, pekerjaan, persekitaran dan
kewangan. Integrasi kesemua dimensi akan membolehkan pencapaian tahap optimum
kesihatan dan kesejahteraan. Semoga harapan kesejahteraan yang positif menunjukkan
seseorang bebas daripada simptom penyakit, aktif, bersemangat baik dan emosi yang sihat
melalui gaya hidup sihat yang benar.

4
Rujukan

Al-Qaradawi, Yusuf. 2004. Fi Fiqh al-Awlawiyyat: Dirasah Jadidah Fi Daw’ al-Qur’an Wa al


Sunnah. Al-Qahirah: Maktabah Wahbah.

American Psychological Association. (2020). Stress in America: A National Mental Health


Crisis. Capaian pada 12 Oktober di https://www.apa.org/news/press/releases/
stress/2020/sia-mentalhealth-crisis.pdf

Dr. Aminah binti Kassim (2008), Kepintaran & Kesihatan Rohani. Portal Rasmi Kementerian
Kesihatan Malaysia. http://www.myhealth.gov.my/kepintaran-a-kesihatan-rohani/.

Di Renzo L, Gualtieri P, Cinelli G, Bigioni G, Soldati L, Attinà A, Bianco FF, Caparello G,


Camodeca V, Carrano E, Ferraro S, Giannattasio S, Leggeri C, Rampello T, Lo Presti L,
Tarsitano MG, De Lorenzo A. (2020). Psychological Aspects and Eating Habits
during COVID-19 Home Confinement: Results of EHLC-COVID-19 Italian Online Survey.
Nutrients. 12(7):2152. doi: 10.3390/nu12072152.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (2015), Perkhidmatan Kesiahatan Mental Dan Kesan
Psikososial, Kementerian Kesihatan Malaysia Semasa Kejadian Banjir.
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Fox, K. (1999). The influence of physical activity on mental well-being. Public Health Nutrition,
2(3a), 411-418. doi:10.1017/S1368980099000567

Hemavathi Shanmugam, Johan Ariff Juhari, Pritiss Nair, Chow Soon Ken & Ng Chong Guan
(2020). Impacts of COVID-19 Pandemic on Mental Health in Malaysia: A Single Thread
of Hope. Malaysia Journal of Psychiatry Online Early. 29 (1).

Kementerian Kesihatan Malaysia (2012), Petunjuk Kesihatan Health Indicator 2012. Pusat
Informatik Kesihatan Bahagian Perancangan Dan Pembangunan Kementerian
Kesihatan Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (2012), Layout Buku Kesihatan Mental Dan Fizikal.
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Laporan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia IKPM. (2020). Jabatan Perkhidmatan Awam.
Capaian pada 2 Februari 2020 di https://ikpm.jpa.gov.my/

5
Md. Safian Bin Mohd Tajuddin (2007), Kesan Aspek Kesihatan Terhadap Produktiviti
Kerja Dalam Kalangan Pensyarah Maktab Perguruan . Universiti Sains Malaysia.

Norliah Binti Lasemang (2017), Kesihatan Fizikal Dan Mental. Program Hubungan Industri.
Https://Www.Researchgate.Net/Institution/Universiti-Malaysia-Sabah-Ums.

Nanda, A., Wasan, A., & Sussman, J. (2017). Provider Health and Wellness. The Journal of
Allergy and Clinical Immunology, 5(6):1543-1548.

Overall, N. C. (2018). Does partners’ negative-direct communication during conflict help sustain
perceived commitment and relationship quality across time? Social Psychological and
Personality. Science, 9,481–492.http://dx.doi.org/10.1177/1948550617712030.

Overall, N. C., & McNulty, J. K. (2017). What type of communication during conflict is beneficial
for intimate relationships? Current Opinion in Psychology, 13, 1–5.
http://dx.doi.org/10.1016/j.copsyc.2016.03.002.

Pietromonaco, P.R. & Overall, N.C. (2020). Applying Relationship Science to Evaluate How the
COVID-19 Pandemic May Impact Couples’ Relationships. American Psychologist.
Advance Online Publication. http//dx.doi.org/10.1037/amp0000714.

Rafidah Mat Ruzki & Mohd Nasaruddin Parzi. (19 Mei 2020). Covid-19: Masalah Emosi Isu
Utama Kesihatan Mental Rakyat. Berita Harian Online. Capaian pada 1 November 2020
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/690727/covid-19-masalah-emosi-
isuutama-kesihatan-mental-rakyat.

You might also like