Aktiviti PBS

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Aktiviti PBS

Murid Dan Alam Belajar


a. Lukiskan pelan susun atur bilik darjah dan huraikan kesesuaiannya mengikut kaedah PdP
semasa.
Susun atur bilik darjah mengikut SOP :
Susun atur bilik darjah mengambil kira Ukuran 1 meja + 1 kerusi, jarak dengan meja
belakang (1m), jarak dengan meja hadapan (1m), jarak dengan meja sebelah (1m), jarak
meja dengan tingkap (0.5m) dan jarak meja murid dengan meja guru (1m). Akibat daripada
penularan Covid-19, penyusunan kelas mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang
dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia telah dilaksanakan bagi menjaga jarak
komunikasi antara murid dengan murid dan guru dengan murid supaya keselamatan dapat
dijaga.
b. Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid?

Berdasarkan pemerhatian yang saya buat dalam kelas, saya mendapati bahawa
pelbagai sumber dan bahan pembelajaran disediakan dan digantung di sekeliling bilik darjah
terutama di papan notis bagi memudahkan murid-murid membaca pada waktu lapang.
Terdapat juga peralatan seperti jam permainan disediakan dalam kelas untuk membolehkan
murid belajar tentang konsep masa.

Setiap bilik darjah telah dilengkapi dengan satu papan notis besar yang digantung di
belakang bilik darjah. Papan notis ini telah dilengkapi dengan pelbagai maklumat
berdasarkan mata pelajaran seperti mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina, Matematik, Sains dan sebagainya. Contonya, terdapat contoh karangan
dipaparkan di bahagian Bahasa. Dengan ini, murid-murid dapat mempelajari ilmu
pengetahuan semasa tidak langsung. Selain itu, terdapat juga papan pengumpulan markah
atau bintang pada papan notis di mana murid mempunyai persembahan yang baik boleh
mendapatkan hadiah daripada guru.

Di tepi bilik darjah juga terdapat almari yang mempunyai pelbagai jenis buku
dijadikan sebagai sudut bacaan. Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan seperi majalah,
buku rujukan dan bukua cerita telah disediakan di sudut bacaan tersebut. Murid-murid boleh
membaca buku yang disediakan pada waktu rehat atau waktu lapang. Dengan membaca
buku, murid-murid dapat memupuk amalan membaca di samping memperoleh ilmu
pengetahuan.
c. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan TMK?

Murid-murid di sekolah ini diberi peluang untuk menggunakan sumber pembelajaran


yang berasaskan TMK. Melalui pemerhatian, saya dapati bahawa peralatan TMK yang
canggih seperti Smartboard telah disediakan dalam setiap bilik darjah. Para guru telah
menggunakan peralatan TMK ini semasa menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran. Dengan itu, guru dapat menerangkan sesuatu konsep dengan cara
menunjukkan gambar atau video, guru juga boleh menggunakan audio sebagai bahan bantu
mengajar dan menjadikan PdP lebih seronok dan menarik. Hal ini dapat membantu para
pelajar memahami sesuatu konsep yang abstrak dengan bahan bantu mengajar yang
konkrit. Cara ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan turut meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa
peralatan TMK telah membawa banyak faedah kepada guru dan murid untuk melaksanakan
PdP.
d. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran?

Semasa saya mengikut guru Bahasa Cina memasuki kelas Tahun 4, saya mendapati
bahawa guru mahir dalam menggunakan teknologi dan menggunakan perisian multimedia
seperti gambar, video, audio dan petikan dalam pengajarannya dan menunjukkannya
melalui Powerpoint. Dengan adanya bahan bantu mengajar yang seronok dan menarik ini,
murid telah melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru di
dalam kelas dan mereka menjadi lebih proaktif dalam kelas untuk menjawab soalan guru.
Mereka akan berebut-rebut untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Dengan
adanya gambar-gambar, mereka dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan
melihat kepada gambar yang ditunjukkan. Semasa aktiviti permainan kecil dijalankan
sebagai sesi pengukuhan pengetahuan, guru telah menggunakan aktiviti permainan menarik
minat mereka untuk melibatkan dalam aktiviti tersebut. Bagi murid yang lebih pasif, guru
juga akan memujuk agar mereka turut berserta dalam aktiviti tersebut. Hal ini menyebabkan
suasana pembelajaran menjadi seronok dan semua murid telah menunjukkan keaktifan
mereka dalam aktiviti tersebut. Mereka lebih suka belajar sambil bermain jika berbanding
dengan hanya duduk di tempat masing-masing untuk mendengar penerangan guru.

You might also like