Pop Kuiz 4 M5

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LIM CHIAW CHIA HOOI

LASS3013 PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR

KULIAH ASAL: 16/02/2021; 8.00 - 10.00 am

POP KUIZ 4

4. Pengurusan sisa pepejal merupakan satu cabaran besar di Malaysia.

Perincikan tiga penyelesaian inovatif dan efektif dalam melahirkan negara Malaysia
yang bersih dan cantik.

Sebenarnya bukannya semua sisa pepejal yang dibuang itu tiada kegunaannya.
Disebabkan kekurangan kesedaran tentang idea penggunaan semula dan kitar semula,
sisa pepejal yang dibuang masih mempunyai fungsinya. Jadi, pertama, pihak berkuasa
tempatan boleh menganjurkan penggunaan semula sisa pepejal terbuang yang masih
boleh diubahsuai menjadi bahan lain. Sebagai contoh, menjalankan penghiasan taman
mini dengan bahan sisa pepejal.

Kedua, sisa pepejal plastik boleh diproseskan menjadi biji yang kecil seterusnya
menggunakan teknologi terkini untuk menghasilkan objek baharu yang boleh
digunapakai. Misalnya, biji plastik boleh diproses dan menghasilkan perabot Dengan
warna yang berbeza dalam biji plastic tersebut, produk yang dihasilkan mempunyai sifat
warna-warni yang menarik.

Tambahan pula, kita boleh menggunakan pelbagai gabungan sisa pepejal dan
menghasilkannya pelbagai model 3D atau petunjuk sesuatu tempat. Misalnya pada
bulatan jalan raya, selain daripada menghasilkan model 3D dengan bahan yang baharu,
kita boleh menggunakan sisa pepejal yang sesuai untuk menghasilkan model yang
bersesuaian untuk memberikan kesedaran penjagaan alam sekitar kepada khalayak
ramai.

Keempat, sisa pepejal makanan dan sayur-sayuran boleh dijadikan baja organik.
Dengan cara ini, sisa pepejal tidak akan dibuang begitu sahaja, tetapi ada fungsi lain.
LIM CHIAW CHIA HOOI

You might also like