Kertas Kerja Tarian

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN TARIAN IRAMA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH


DAN MENENGAH TAHUN 2012
1. MATLAMAT

Memberi pendidikan asas seni tari kepada pelajar sekolah rendah dan menengah serta
meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras
pembentukan masyarakat berbudaya.

2. OBJEKTIF

2.1 Menggalakkan serta menarik minat pelajar mengenali dan mempelajari asas-
asas seni tari
2.2 Mendedahkan pelajar kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin, inang, joget,
asli serta tarian rakyat yang bersistematik
2.3 Menggalakkan pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni
budaya
2.4 Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian dalam kalangan pelajar sekolah
2.5 Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar
2.6 Menanamkan semangat persahabatan dan menghormati antara satu sama lain

3. PELAKSANAAN
Dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah/gabungan, negeri dan kebangsaan

4. SYARAT PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah kerajaan /
bantuan kerajaan (Tahun 1 hingga Tahun 6) dan sekolah menengah kerajaan /
bantuan kerajaan (peralihan hingga tingkatan 6)
4.2 Pertandingan ini berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 10 orang dan
maksimum 12 orang dalam setiap pasukan.
4.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran.
Pasukan yang mempunyai penyertaan pelbagai kaum (sekurang-kurangnya 2
kaum) akan mendapat markah bonus.
4.4 Tema pertandingan ialah “Irama Malaysia” di mana pasukan boleh memilih
mana-mana muzik atau lagu yang berkonsepkan Irama Malaysia. Contohnya
lagu-lagu nyanyian Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, M. Nasir dan sebagainya yang
mempunyai unsur-unsur lagu inang, zapin, asli,dan joget.
4.5 Setiap pasukan hendaklah menyediakan lagu dalam bentuk CD dan memastikan
CD tersebut boleh berfungsi dengan PA Sistem yang disediakan. Pihak
penganjur tidak akan bertanggungjawab atas CD yang tidak boleh berfungsi.
4.6 Masa yang ditetapkan tidak kurang dari 6 minit dan tidak melebihi 8 minit.
4.7 Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa
yang telah ditetapkan.
5. PAKAIAN

5.1 Pakaian peserta hendaklah sopan dan bersesuaian

6. PEMARKAHAN

6.1 Kareografi : 35
6.2 Pecahan tari dan pola lantai : 20
6.3 Koordinasi muzik dan gerakan : 15
6.4 Kesantunan : 10
6.5 Busana dan tatarias : 20
6.6 Pelbagai kaum (bonus) : 10

7. HADIAH

7.1 Johan : piala dan sijil


7.2 Naib Johan : piala dan sijil
7.3 Ketiga : piala dan sijil
7.4 Kareografi terbaik : piala dan sijil
7.5 Busana terbaik : piala dan sijil

8. PENGHAKIMAN

8.1 Hakim akan dilantik oleh Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Selangor dan
Pengelola

9. TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN

9.1 Tempat Pertandingan Negeri : Sepang


9.2 Tarikh Pertandingan Negeri : Mei 2012
9.3 Tempat/Tarikh Kebangsaan : Kelantan/28-31 Mei 2012 (peserta Sekolah
Menengah sahaja dan konsep program ialah bengkel tari)

You might also like