Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:


·               Konsep Morfologi
·               Bentuk kata Bahasa Melayu
·               Golongan kata Bahasa Melayu

TAJUK 1 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Konsep/Definisi Morfologi

Nik Safiah Karim (1996) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk
perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan
susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang
bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau
hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan
kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi
dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa
Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam
bahasa Melayu.

Abdullah Hassan (2006) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk
perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk
tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan
bahasa manusia.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfologi ialah satu bidang dalam
kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukkannya. Unit-
unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit yang
terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu.
Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi makna yang
lengkap dan dapat berdiri sendiri. 

Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk


perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah,
tinggal dan putih. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk
secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang
dibentuk secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat khabar. Manakala contoh
perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah besar – besar dan baju – baju.
Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar
untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran
dan sisipan. Imbuhan – imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar
membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata kerja
dan kata adjektif.

Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan
bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan
bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan
unsur lain.

Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata


dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau
penggandaan separa. Kata dasar juga boleh diandakan secara berentak, iaitu
berdasarkan rentak bunyi tertentu.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:


1.            menjelaskan konsep Imbuhan.
2.            menjelaskan jenis-jenis Imbuhan.
3.            menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu
1.0         KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep menjelaskan konsep
Imbuhan, menjelaskan jenis-jenis Imbuhan dan menjelaskan konsep Pembentukan
Kata dalam Bahasa Melayu

1.1 Definisi Imbuhan


Apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan?

Tatabahasa Dewan (2004) : Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri


daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang
imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas
bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan yang
dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain
yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah
bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk
fleksi.

Abdullah Hassan (2004) : Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan


pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan,
iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan
dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu
kata kerja, dan kata adjektif.

Nik Safiah Karim dan rakan (1996) : Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa
merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu.
Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfem yang tidak boleh berdiri
dengan sendiri. Di dalam pemakaiannya, imbuhan mestilah dirangkaikan dengan
perkataan. Proses pengimbuhan ialah satu proses membentuk perkataan dengan cara
mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhan-imbuhan tertentu supaya dengan
demikian akan timbullah satu perkataan yang membawa konsep yang baharu.

1.2 Jenis-Jenis Imbuhan


Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur yang
besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan
yang dipinjam daripada bahasa asing.  

1.2.1   Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu


Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan
pula kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

1.2.1.1 Awalalan
 Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam
pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-,
ke-, dan lain-lain. Misalnya ber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil,

1.2.1.2 Akhiran
Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata
dasar) dalam pemakaian. Misalnya –kan  dalam jalan+kan  dan  -i  dalam akhir+i.

1.2.1.3 Apitan
Imbuhan yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan
hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-
an dalam ke+cantik+an dan di-.....-i dalam di+ikut+i,

1.2.1.4 Sisipan
Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu
er-, el-, em- dan in-. Misalnya –el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,-
er- dalam s+er+uling  dan –em-, dalam g+em+uruh.

1.2.2  Imbuhan-imbuhan Pinjaman dalam bahasa Melayu


Umumnya, dapat dibahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan
mengikut asal imbuhan-imbuhan tersebut. tiga kumpulan ini ialah : 

1.2.2.1 Imbuhan Sanskrit


Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama
ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan ini amat produktif
dan telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar dalam bahasa Melayu.
Namun, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada   bahasa Sanskrit  iaitu awalan
dan akhiran.

Awalan Akhiran
maha maharaja man seniman
tata tatabahasa man budiman
pra prakata wan angkawan
swa swadaya wan jelitawan
tuna tunabusana wati olahragawati
eka ekabahasa wati seniwati
dwi dwitahunan nita karyanita
tri tribulan nita biduanita
panca pancaindera
 
1.2.2.2 Imbuhan Arab Parsi
Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam
ke alam Melayu kira-kira abad ke-13 masihi. Sebagai bahasa rasmi agama Islam,
bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan ini
memudahkan proses asimilasi unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu,
terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya. Namun demikian, terdapat
dua jenis imbuhan pinjaman daripada   bahasa Arab-Parsi iaitu awalan dan akhiran.

Awalan Akhiran
bi- biadap -wi duniawi
bilazim -i abadi
binormal -iah lahiriah
-in hadirin
munafikin
-at hadirat
munafikat
-ah qariah
solehah

1.2.2.3 Imbuhan Yunani – Latin - Inggeris


Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal
daripada imbuhan bahasa Yunani – Latin – Inggeris. Tetapi umumnya tersebut tidak
berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali beberapa imbuhan awalan
seperti pro-,anti-, mono-, poli-, auto- dan supra-.
 
Awalan Akhiran
pro- probarat -isme sosialisme
anti- antikerajaan -isme nasionalisme
poli- poliklinik -ik prolifik
auto- autograf -ik saintifik
sub- subbidang -si sensasi
supra- supranasional -si revolusi
hetero- heterograf -al praktikal
heksa- heksagon -al klinikal
hidro- hidrolisis -is potensi
homo- homogen -is praktis
hiper- hiperbola
kilo- kilometer
makro- makrolinguistik
infra- intrajabatan
inter- intervokal
Rajah 1.4 :   Bentuk-Bentuk Imbuhan Pinjaman dalam Bahasa Melayu
Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

1.3   Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu


Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan,
kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses
pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-
proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim

1.3.1   Proses Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata


dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan,
akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata
dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan
kata adjektif. Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan.

Imbuhan (Awalan) Kata dasar Kata terbitan


Pem- bawa pembawa
Memper- kuat memperkuat
-isme nasional nasionalisme
-i dekat dekati
Peng-.....-an isytihar pengisytiharan
Men-.....-i ikut mengikuti
Ke-...-an sihat kesihatan
Ber-....-an lari berlarian
-er- gigi gerigi
-em- gilang gemilang

            Proses pengimbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Pengimbuhan boleh


berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber- + tapa ( bertapa ), ke- + tawa
( ketawa ) dan ke- + mudi ( kemudi ).
           
Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan
kata terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi
kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua. Daripada kata
dasar karang, misalnya, dapat dilahirkan pengarang melalui imbuhan peN-. Pengarang
pula dapat menerima apitan ke-...-an, menerbitkan kepengarangan.

Berikut ialah beberapa contoh lain :


Kata Dasar Imbuhan Kata Terbitan
libat terlibat keterlibatan
lanjur terlanjur keterlanjuran
balik terbalik menterbalikkan
sambung sinambung kesinambungan

1.3.2   PROSES PEMAJMUKAN


Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan
bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai
contoh, kerusi dan malas masing-masing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila
dirangkaikan membentuk kata majmuk kerusi malas. Tidak dapat diselitkan apa-apa
unsur antara dua kata dasar ini; maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak terdapat
ungkapan * kerusi yang malas atau * kerusi dan malas atau * kerusi untuk malas.

1.3.2.1Pengimbuhan Kata Majmuk


Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain. Cara pengimbuhan kata
majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu :

1.3.2.1.1 Apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran, ejaannya


tetap terpisah.
Contohnya :
urus niaga        berurus niaga
cari gali        mencari gali
reka bentuk        direka bentuk
daya serap        daya serapan
1.3.2.1.2 Apabila kata majmuk menerima apitan, ejaannya menjadi
bercantum.
Contohnya :
lipat ganda         melipatgandakan
surat khabar        persuratkhabaran
urus niaga         diurusniagakan
ibu bapa         keibubapaan

1.3.2.1 Penggandaan Kata Majmuk  


Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. Penggandaan kata
majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.
           
Contohnya :
rumah sakit         rumah-rumah sakit
guru besar         guru-guru besar
Raja Muda         Raja-raja Muda
Timbalan Naib Canselor        Timbalan-timbalan Naib Canselor

Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang telah


mantap. Dalam hal ini, penggandaan berlaku kepada keseluruhan perkataan.

Contohnya :
setiausaha          setiausaha-setiausaha
jawatankuasa          jawatankuasa-jawatankuasa
tanggungjawab          tanggungjawab-tanggungjawab

1.3.3   PROSES PENGGANDAAN


            Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama ada
secara penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan
kata lain, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu ;

1.    Penggandaan penuh,
2.    Penggandaan separa, dan
3.    Penggandaan berentak.

1.3.3.1   Penggandaan penuh


Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar. Terdapat dua
jenis penggandaan penuh, iaitu :
 Yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan.
Contohnya :
Sekolah    sekolah-sekolah
makan    makan-makan
besar    besar-besar
baju    baju-baju

 Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan.

Contohnya :
pelari    pelari-pelari
perbualan    perbualan-perbualan
kekasih    kekasih-kekasih
kejadian   kejadian-kejadian

1.3.3.2   Penggandaan separa

Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata dasar sahaja.


Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu :

·         pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata
pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal
dalam bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan, menjadikannya vokal e
pepet. Proses ini dapat digambarkan seperti yang berikut :

jari  jejari jejari


siku sisiku sesiku
sungut susungut sesungut
pohon popohon pepohon
laki lalaki lelaki

·         pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang berlaku hanya
mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlaku pada
kata kerja dan kata adjektif, dan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di
bahagian hadapan kata dasar.
Kata Dasar Berimbuhan Imbuhan
tersenyum tersenyum-senyum
bercakap bercakap-cakap
setinggi setinggi-tinggi
membantu bantu-membantu
mencuit cuit-mencuit
menari tari-menari
mengejar kejar-mengejar

1.3.3.3   Penggandaan Berentak


Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi
tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar
digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan
pengulangan bunyi demikian, penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :

1             Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal


2             Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan
3             Penggandaan Berentak Bebas

·               Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal


Dalam penggandaan ini, bunyi yang diulang ialah vokal, iaitu yang mempunyai ciri-ciri
keharmonian vokal,
Contohnya :
sayur          sayur-mayur
ramah          ramah-tamah
cerai           cerai-berai

·               Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan


Dalam penggandaan ini, penggandaan berlaku pada persamaan bunyi-bunyi konsonan
tertentu,
Contohnya:
kayu        kayu-kayan
tanah            tanah-tanih
simpang            simpang-siur

Penggandaan Berentak Bebas 


Penggandaan yang tidak mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau
konsonan.
Contohnya:
susur susur-galur
sahabat sahabat-handai
tinggi tinggi-lampai

Perhatian:
Kata ganda mesti dieja dengan sempang. Salah, misalnya, jika ditulis *ipar duai.

1.3.4   KATA  AKRONIM


Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal
ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan
menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata
daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.
Contohnya :
                        ABIM              -   Angkatan Belia Islam Malaysia
                        Bernama        -   Berita Nasional Malaysia
                        Kugiran          -   kumpulan gitar rancak

Cara Menulis Kata Akronim


Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara
pembentukkannya.

1.3.4.1   Ditulis dengan huruf besar seluruhnya


Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang
disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.
Contohnya :
ABIM              -           Angkatan Belia Islam Malaysia
UMNO            -           United  Malay  National Organisation

1.3.4.2   Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya


Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis
dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.
Contohnya :
tabika   -    taman bimbingan kanak-kanak
purata    -    pukul rata
kugiran  -   kumpulan gitar rancak

1.3.4.2   Ditulis bermula dengan huruf besar


   Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku
katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf
besar.
Contohnya :
Bernama -           Berita Nasional Malaysia
Intan        -           Institut Tadbir Awam Negara
Proton     -           Perusahaan Otomobil Nasional
#          Perhatian:  Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan
pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu,
proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan
kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu.

                      
BACAAN TAMBAHAN

Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.  Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
Perguruan.  Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

You might also like