Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

DAYA Topic

Pengenalan Kepada Daya

1. Daya ialah tolakan atau tarikan yang dikenakan pada sesuatu objek.
2. Daya tidak boleh dilihat tetapi kesannya boleh dirasai.
3. Kita tidak boleh melihat angin tetapi kita boleh merasai angin itu bertiup ke
atas muka kita.
4. Kita juga boleh melihat pokok bergoyang apabila ditiup angin.
5. Daya boleh disukat menggunakan neraca spring.
6. Unit ukuran bagi daya ialah Newton (N).

Jenis-Jenis Daya

1. Terdapat 3 jenis daya iaitu

a) Daya tolakan

b) Daya tarikan

c) Daya Geseran
Daya Tolakan

1. Daya tolakan ialah tindakan menggerakkan objek menjauhi pelaku.


2. Contoh daya tolakan ialah

a) Menolak kotak

b) Menyepak bola

c) Melontar bola
d) Menekan span

e) Menutup laci

f) Bermain piano

g) Mengetuk paku
h) Menolak troli

i) Menolak buaian ke hadapan

Daya Tarikan

1. Daya tarikan ialah tindakan menggerakkan objek ke arah kita atau pada arah
yang sama dengan gerakan kita.
2. Contoh daya tarikan ialah

a) Mengangkat kotak
b) Membuka pintu

c) Menarik beban

d) Meregang spring

e) Mencabut rumput
f) Menaikkan bendera

g) Membuka laci

Kesan Daya

1. Daya boleh menggerakkan objek.

a) Bendera bergerak ke atas apabila tali ditarik ke bawah


b) Bola bergerak apabila ditendang

2. Daya boleh menghentikan objek yang sedang bergerak.

a) Penjaga menghentikan pergerakan bola dengan menangkap bola tersebut

3. Daya boleh mengubah arah gerakan objek.

a) Bola tennis yang dipukul melantun kembali apabila terkena dinding simen

b) Daya dikenakan pada pemegang basikal untuk membelok ke arah lain


4. Daya boleh mengubah bentuk atau saiz sesuatu objek.

a) Tin minuman kemek apabila dikenakan daya

b) Batang tebu yang berbentuk silinder menjadi leper apabila diperah dengan
pengguling

c) Belon berubah bentuk apabila dipulas


d) Corak kuih karipap dihasilkan secara memicit atau menekan pastri itu

5. Daya boleh memperlahankan atau menambah kelajuan gerakan objek.

a) Bola yang sedang bergolek bergerak lebih laju apabila ditendang

b) Troli yang sedang menuruni landasan condong bergerak lebih perlahan


apabila ditarik dari arah bertentangan

Daya Geseran

1. Daya geseran ialah daya yang berlawanan dengan arah gerakan objek.
2. Geseran berlaku apabila dua permukaan objek bersentuhan, contohnya

a) Daya geseran berlaku antara tapak tangan dengan gelung


b) Daya geseran berlaku antara permukaan garfu dengan buah epal yang
dicucuk

c) Daya geseran berlaku antara kaki burung dengan ranting kayu

d) Daya geseran berlaku antara tayar lori dengan permukaan jalan tar

e) Daya geseran berlaku di antara permukaan kotak dengan permukaan lantai


f) Daya geseran berlaku di pada permukaan bola yang bersentuhan dengan
permukaan lantai

3. Semakin tinggi daya geseran semakin sukar objek bergerak.


4. Jumlah daya geseran dipengaruhi oleh jisim objek, luas permukaan yang
bersentuhan dan jenis permukaan.

a) Lebih berat sesuatu objek, lebih tinggi daya geserannya

b) Lebih luas permukaan yang bersentuhan, lebih tinggi daya geseran


c) Semakin kasar permukaan semakin tinggi daya geseran

Kesan Daya Geseran

1. Menghasilkan haba
2. Menghauskan permukaan
3. Memperlahankan dan menghentikan pergerakan

Keburukan Daya Geseran

1. Menghasilkan haba yang tidak perlu pada permukaan objek.

a) Geseran dalam enjin menyebabkan enjin kereta menjadi panas

2. Menghauskan permukaan objek.

a) Tapak kasut haus akibat geseran dengan pelbagai permukaan


b) Permukaan tayar kereta haus akibat geseran dengan permukaan jalanraya

3. Memperlahankan gerakan objek.

a) Geseran antara badan pelumba basikal dengan udara melambatkan


gerakannya

Kebaikan Daya Geseran

1. Kedudukan perabot rumah tidak berubah dan tetap kerana wujudnya geseran
antara permukaan perabot dengan permukaan lantai.
2. Seseorang boleh berlari dan berjalan tanpa tergelincir kerana ada geseran antara
permukaan tapak kasut dengan permukaan jalan.

3. Seseorang boleh memegang dan mengendalikan troli dengan lancar kerana ada
geseran antara permukaan tangan dengan troli.

4. Objek boleh dipegang akibat berlaku geseran antara permukaan gelas dengan
tapak tangan.
5. Kurang geseran di antara tayar dengan jalan raya pada hari hujan boleh
menyebabkan kereta tergelincir dan mengakibatkan kemalangan.

6. Pisau menjadi lebih tajam apabila bahagian tepinya menjadi haus akibat
geseran dengan batu pengasah.

7. Tulisan boleh dipadamkan apabila dakwat atau karbon pensel melekat pada
pemadam yang haus akibat geseran dengan permukaan kertas.

8. Geseran antara brek basikal dengan rim basikal dapat memberhentikan gerakan
basikal pada saat-saat yang memerlukan.
9. Geseran pada mancis boleh menyalakan api.

Cara Mengurangkan Daya Geseran

1. Menitiskan minyak pada engsel pintu untuk melicinkan pergerakan pintu.

2. Menyapu gris pada rantai basikal untuk melicinkan pergerakan basikal.

3. Kusyen udara di dasar kenderaan hoverkraf membolehkannya bergerak dengan


mudah di atas berbagai jenis permukaan tanah atau air.
4. Menambah alas pengguling di bahagian bawah objek yang besar dan berat
memudahkannya digerakkan atau dipindahkan ke tempat lain.

5. Meletakkan alas bebola melancarkan pergerakan roda basikal.

6. Menabur bedak di atas papan karom melicinkan pergerakan buah karom.


Eksperimen

1. Masalah : Mengenalpasti jenis permukaan yang mempengaruhi jarak


pergerakan objek.

2. Tujuan : Untuk mengkaji hubungan di antara jenis permukaan dengan jarak


gerakan kereta mainan.

3. Hipotesis : Semakin kasar permukaan, semakin dekat jarak gerakan kereta


mainan.

4. Maklumat dikumpul :

a) Apa yang diubah : Jenis permukaan


b) Apa yang diperhatikan : Jarak gerakan kereta mainan
c) Apa yang ditetapkan : Saiz kereta mainan, ketinggian satah condong

5. Radas : Pita pengukur, kereta mainan, batu-bata, landasan, permaidani,


kepingan kaca dan kepingan kertas pasir.

6. Langkah :

a) Radas disediakan seperti dalam Rajah 1.


b) Kereta mainan dilepaskan dari hujung landasan.
c) Jarak yang dilalui oleh kereta mainan di atas permukaan kaca diukur dan
dicatat.
d) Ulangi aktiviti dengan menggantikan permukaan kaca dengan kertas pasir
dan permaidani.

7. Pemerhatian :
8. Hubungan : Semakin kasar jenis permukaan, semakin dekat jarak pergerakan
kereta mainan.

9. Sebab berdasarkan pemerhatian tentang jarak pergerakan kereta mainan :


Permukaan permaidani mempunyai lebih banyak daya geseran berbanding
permukaan kertas pasir atau kaca.

10.Kesimpulan : Bertambah kasar jenis permukaan, bertambah tinggi daya


geseran.

You might also like