Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KURIKULUM

SK TAN SRI P. RAMLEE BIL. 03/ 2020.

Tarikh : 11 OGOS 2020 (SELASA).


Masa : 1.30 petang hingga 3.00 petang.
Tempat : Bilik Mesyuarat SKTSPR.

KEHADIRAN :

1. Cik Jamaiah Binti Mahli Guru Besar


2. Pn. Mazlidah binti Mahmud Penolong Kanan Pentadbiran
3. En. Adanan bin Youp Penolong Kanan HEM
4. En. Zool Fadli Ruhaifi bin Salleh Penolong Kanan Kokurikulum
5. En. Ismail bin Man Penolong Kanan PPKI
6. En. Ahmad Dailami bin Mohd Noor
7. Pn. Annie Khoo Swan Ann
8. Pn. Chitradevi a/p Subramaniam
9. Dr. Ahmad Azeyizwadi b. Abdul Wahab
10. En. Abdul Razak b. Ismail
11. Pn. Hasnor Hesya binti Hamzah
12. Pn. Helmiza binti Ahmad
13. Pn. Jasinda K Paavai a/p Balakrishnan
14. Cik Lee Seok Yen
15. En. Mohamat Basri bin Radzali
16. En. Mohammad Ariff b. Rosli
17. En. Mohd Hafiz b. Ridzuan
18. En. Mohd Nidzom bin Mohd Ramlan
19. En. Muadz bin Ahmad Shathari
20. Pn Majdah binti Shamsudin
21. Pn. Nur Hidayah bt. Abdul Aziz
22. Pn. Nur Aifaa Hani binti Ahmad Shukri
23. En. Muhamad Faizol bin Subhi
24. En A. Rajasekaran A/L Arunasalam
25. Pn. Salwa Ima bt. Zamhuri
26. Pn. Shamsiah binti Ahmad
27. Pn. Shuliza binti Shariff
28. Pn. Siti Noor Hasilah binti Mohammad
29. En. Zulfadhli bin Ahmad
30. Pn. Faridah binti Padzil
31. Pn. Wan Norhana binti Wan Talib
32. Pn Rohaini binti Awang
33. Cik Pusparani a/p Ranasimgam

TIDAK HADIR

Tiada
1.0 UCAPAN GURU BESAR

1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke mesyuarat dan


berharap agar semua berada dalam keadaan yang sihat.
1.2 Guru Besar memberi peringatan kepada semua guru mengenai
beberapa perkara seperti berikut:
1.2.1 Kad perakam waktu (punch card)
Guru – guru diminta untuk menepati masa setiap kali
menggunakan kad perakam waktu datang dan pulang. Guru –
guru juga diingatkan agar hanya menggunakan kad sendiri.
1.2.2 Task Force
Guru – guru juga diminta mengikuti jadual Task Force yang
telah disediakan dan memastikan ianya berjalan lancar pada
setiap hari.
1.2.3 RPH
Memastikan buku rancangan pengajaran harian ditulis dengan
lengkap dan dihantar pada setiap hari Jumaat.
1.2.4 Waktu PDP
Memastikan murid – murid tidak berkumpul atau bergerak dari
tempat masing – masing.
1.2.5 Waktu rehat
Memastikan murid RMT/BUDIMAS memulangkan semula bekas
makanan dan minuman setelah selesai makan.
1.2.6 Program Kemerdekaan
Penyelaras program diminta untuk membuat pelancaran bulan
kemerdekaan dan menyediakan aktiviti – aktiviti yang
bersesuaian kepada murid.
(Untuk tindakan : Penyelaras Program Kemerdekaan)

2.0 DISKRIPSI TUGAS (JOB DESCRIPTION)

2.1 PK Pentadbiran memaklumkan bahawa KPM telah meminta dan


mewajibkan semua guru untuk melaksanakan pengisian Deskripsi
Tugas ke dalam akaun Hrmis masing – masing dan perlu dihantar pada
14 Ogos 2020.
2.2 Tapak pengisian bermaklumat telah diberikan melalui aplikasi
Telegram. Guru – guru hanya perlu memasukkan maklumat tersebut
ke dalam Hrmis pada bahagian Deskripsi Tugas.
2.3 Guru – guru boleh menonton video mengenai tatacara pengisian
Deskripsi Tugas di portal Youtube untuk lebih terperinci.

(Untuk tindakan : Semua guru)

3.0 JADUAL WAKTU

3.1 PK Pentadbiran memaklumkan bahawa jadual PDP guru akan ada


sedikit perubahan kerana terdapat perubahan keluar masuk guru yang
lama dan baharu.
3.2 Guru – guru perlu memastikan sentiasa mematuhi jadual yang
diberikan dan masuk ke kelas tepat pada waktunya.

(Untuk tindakan : Semua Guru)

4.0 e-OPERASI

4.1 PK Pentadbiran memaklumkan terdapat beberapa ralat yang dikesan


pada maklumat peribadi beberapa orang guru seperti nombor telefon,
email, sejarah perkhidmatan dan perubahan gaji/elaun. Oleh itu, guru
– guru diminta menyemak kembali sistem e-operasi masing – masing.

(Untuk tindakan : Guru berkenaan)

5.0 KEBERADAAN GURU

5.1 Dimaklumkan bahawa guru – guru tidak lagi boleh mengambil BDR.
Sekiranya sakit atau mempunyai gejala Covid 19 perlu mendapatkan
surat daripada KKM.

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 PK Pentadbiran mengingatkan semua ketua panitia untuk menghantar


pelaporan Dialog Prestasi dan SKPMg2 pada tarikh yang telah
ditetapkan.
(Untuk tindakan : Semua Ketua Panitia)

6.2 Guru – guru diminta mengurus masa dengan baik dan dapat
melaksanakan segala tugasan yang diberikan tepat pada waktunya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh :

………………………………………………….
(WAN NORHANA BINTI WAN TALIB)
Setiausaha Kurikulum 2020,
Sekolah Kebangsaan Tan Sri P Ramlee.

Disahkan oleh :

…………………………………………………………
(JAMAIAH BT. MAHLI)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tan Sri P Ramlee.

You might also like