ABSF2103 Usul Fiqh 1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 194

Fakulti Sains Sosial Gunaan

ABSF2103
Usul Fiqh I

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


ABSF2103
USUL FIQH I
Prof Madya Datin Dr Noor Naemah
Abd Rahman

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Prof Madya Dr Mohd Yusuf Ahmad
Open University Malaysia

Penulis Modul: Prof Madya Datin Dr Noor Naemah Abd Rahman


Universiti Malaya

Penyederhana: Azman Abd Rahman


Universiti Sains Islam Malaysia

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Disember 2009

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), November 2010, ABSF2103


Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xi ă xvi

Topik 1 Pengenalan kepada Ilmu Usul al-Fiqh 1


1.1 Definisi, Kandungan dan Faedah daripada 2
Pengajian Ilmu Usul Fiqh
1.1.1 Definisi Ilmu Usul Fiqh 2
1.1.2 Kandungan Ilmu Usul Fiqh 4
1.1.3 Faedah Mempelajari Usul Fiqh 6
1.2 Perbezaan antara Usul Fiqh dengan Ilmu-ilmu Lain 7
1.2.1 Perbezaan antara Usul Fiqh dengan Fiqh 8
1.2.2 Perbezaan antara Usul Fiqh dengan Qawaid Fiqh 9
1.3 Perkembangan Ilmu Usul Fiqh 11
1.3.1 Zaman Awal Islam 11
1.3.2 Zaman Penyusunan 13
1.3.3 Zaman Selepas Penyusunan 15
Rumusan 19
Kata Kunci 20
Rujukan 20

Topik 2 Teori Hukum Islam dan Pembahagiannya 21


2.1 Definisi dan Konsep Hukum Islam 22
2.1.1 Definisi Hukum Menurut Bahasa dan Istilah 22
2.1.2 Definisi Hukum Menurut Ulama Fiqh dan 24
Ulama Usul Fiqh
2.2 Bahagian-bahagian Hukum Islam 25
2.2.1 Hukum Taklifi 25
2.2.2 Hukum WadÊi 28
2.3 Perbezaan di antara Hukum Taklifi dan Hukum WadÊi 29
2.4 Pandangan Ulama Mengenai Bentuk Pembahagian 31
Hukum Taklifi dan Justifikasi Masing-masing
2.4.1 Justifikasi Terhadap Perbezaan Ulama dalam 34
Pembahagian Hukum Taklifi
Rumusan 35
Kata Kunci 36
Rujukan 36

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 3 Hukum Taklifi dan Pembahagiannya 37


3.1 Konsep Hukum Taklifi dan Pembahagiannya 38
3.2 Konsep Hukum Wajib 38
3.2.1 Pembahagian Hukum Wajib 39
3.3 Konsep Hukum Sunat 43
3.3.1 Bahagian-bahagian Sunat 43
3.4 Konsep Hukum Haram 45
3.4.1 Bahagian-bahagian Haram 45
3.5 Konsep Hukum Makruh 48
3.5.1 Bahagian-bahagian Makruh 48
3.6 Konsep Hukum Harus 49
Rumusan 50
Kata Kunci 51
Rujukan 51

Topik 4 Hukum Wadi'i, al-Hakim dan al-Mahkun Fih 52


4.1 Konsep Hukum WadÊi dan Pembahagiannya 53
4.2 Konsep Sebab 53
4.2.1 Bahagian-bahagian Sebab 54
4.3 Konsep Syarat 56
4.3.1 Bahagian-bahagian Syarat 58
4.4 Konsep ManiÊ dan Pembahagiannya 60
4.5 Jenis-jenis Hukum WadÊi Tambahan 61
4.5.1 Konsep Sah, Fasad dan Batal 61
4.5.2 Konsep Azimah dan Rukhsah 64
4.5.3 Konsep al-Hakim 65
4.5.4 Konsep al-Mahkum Fih 68
Rumusan 71
Kata Kunci 72
Rujukan 73

Topik 5 Al-Mahkum ÂAlayh 74


5.1 Konsep al-Mahkum ÂAlayh dan Syarat-syaratnya 75
5.2 Al-Ahliyyah dan Jenis-jenisnya 76
5.3 ÂAwarid al-Ahliyyah 82
5.3.1 ÂAwarid Samawiyyah 83
5.3.2 ÂAwarid Muktasabah 86
5.3.3 Kesan Halangan (ÂAwarid) Terhadap Ahliyyah 90
dalam Hukum Syarak
Rumusan 92
Kata Kunci 94
Rujukan 94

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 6 Sumber-sumber Hukum Islam yang Disepakati 95


(al-Quran dan Sunnah)
6.1 Al-Quran 96
6.1.1 Kandungan dan Ciri-ciri Kemukjizatan al-Quran 96
6.1.2 Status Thubut dan Dalalah Kandungan al-Quran 98
6.2 Cara al-Quran Menjelaskan Hukum 98
6.3 Sunnah Rasulullah S.A.W 101
6.3.1 Kategori Sunnah 101
6.4 Status Thubut dan Dalalah Sunnah 105
6.4.1 Cara Sunnah Menjelaskan Hukum 106
Rumusan 108
Kata Kunci 112
Rujukan 112

Topik 7 Sumber-sumber Hukum Islam yang Disepakati 113


(Ijmak dan Qiyas)
7.1 Ijmak 114
7.1.1 Definisi dan Rukun Ijmak 114
7.1.2 Jenis Ijmak dan Kehujahannya 115
7.1.3 Kemungkinan Berlakunya Ijmak 117
7.2 Al-Qiyas 118
7.2.1 Definisi Qiyas 119
7.2.2 Rukun-rukun Qiyas 119
7.2.3 Syarat-syarat Qiyas 120
7.2.4 Cara-cara Penentuan ÂIllah ( ‫) ﻣﺴﺎﻟﻚ اﻟﻌﻠﺔ‬ 123
Rumusan 126
Kata Kunci 127
Rujukan 127

Topik 8 Sumber Hukum yang Diperselisihkan (1) 128


8.1 Definisi al-Istihsan 129
8.2 Jenis-jenis al-Istihsan 130
8.3 Pandangan Ulama Tentang Kehujahan Istihsan 133
8.4 Definisi al-Masalih al-Mursalah 135
8.5 Jenis-jenis Maslahah 136
8.6 Pandangan Ulama Tentang Kehujahan Marsalah Muslahah 139
8.7 Definisi al-ÂUrf 141
8.8 Jenis-jenis al-ÂUrf 141
8.9 Syarat Penggunaan al-ÂUrf 143
Rumusan 144
Kata Kunci 145
Rujukan 145

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Topik 9 Sumber Hukum yang Diperselisihkan (2) 146


9.1 Definisi Mazhab Al Sahabi/Mazhab Sahabat 147
9.2 Jenis-jenis Mazhab Sahabat 147
9.3 Pandangan Ulama Tentang Kehujahan Sahabat 149
9.3.1 Pendapat Pertama yang Melihat ianya sebagai 149
Hujah Syarak
9.3.2 Pendapat Kedua yang tidak Melihatnya sebagai 150
Hujah yang Mengikat
9.4 Definisi al-Istishab 152
9.5 Jenis-jenis Istishab 152
9.5.1 Al-Ibahah al-Asliyyah 153
9.5.2 Al-BaraÊah al-Asliyyah atau al-ÂAdam al-Asli 153
9.5.3 Istishab Sesuatu yang telah dihukumkan 153
oleh Akal dan Syarak
9.5.4 Istishab Sabitnya sesuatu Hukum secara Umum 153
Sebelum Datang Dalil yang Mengkhususkan,
Mengecualikan dan Membatalkan
9.5.5 Istishab Hukum yang Sabit melalui Ijmak dalam 154
Perkara yang Diperselisihkan oleh Para Ulama
9.6 Kaedah Fiqh yang Bersumberkan Istishab 154
9.6.1 Inna al-Asl BaqaÊ Ma Kana ÂAla Ma Kana Hatta 155
Yathbut Ma Yughayyiruh
9.6.2 Al-Asl Fi al-AsyyaÊ al-Ibahah 155
9.6.3 Al-Asl Fi al-Dhimmah al-BaraÊah Min al-Takalif 155
Wa al-Huquq
9.6.4 Al-Yaqin La Yuzal Bi al-Syak 155
9.7 Definisi Sadd al-ZariÊah 156
9.8 Asas Pembentukan Sadd al-ZariÊah 157
9.9 Pandangan Ulama Tentang Kehujahan Sadd al-ZariÊah 158
Rumusan 159
Kata Kunci 160
Rujukan 161

Topik 10 Pengaruh Masa dan Tempat Terhadap Hukum Islam 162


10.1 Konsep Perubahan Hukum Akibat Dipengaruhi 163
Masa dan Tempat
10.2 Pengertian al-BuÊd al-Zamani dan al-BuÊd al-Makani 165
10.2.1 Al-BuÊd al-Zamani 165
10.2.2 Al-BuÊd al-Makani 166
10.3 Pengaruh Masa (al-BuÊd al-Zamani) dan Tempat 167
(al-BuÊd al-Makani) Terhadap Penafsiran Ayat-ayat
al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

10.3.1 Penafsiran Nas yang Tidak Boleh Dipengaruhi 168


oleh Masa dan Tempat
10.3.2 Penafsiran Nas yang Masih Boleh Dipengaruhi 169
oleh Masa dan Tempat
Rumusan 172
Kata Kunci 174
Rujukan 175

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


viii  ISI KANDUNGAN

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Copyright © Open University Malaysia (OUM)
DESKRIPSI PANDUAN KURSUS
Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
ABSF2103 Usul Fiqh I adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti
Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan
3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana
Muda Pengajian Islam (Pengurusan Islam) dengan Kepujian. Modul ini bertujuan
untuk memaklumkan kepada pelajar mengenai asas-asas pembinaan hukum Fiqah
Islam. Modul ini dapat membina kemahiran pelajar mengenai prinsip-prinsip
pembinaan hukum Islam. Lanjutan dari itu, pelajar akan dapat menjelaskan
sesuatu hukum dengan lebih tepat berdasarkan kefahaman dan kemahirannya
mengaplikasikan prinsip pembinaan hukum pada keadaan-keadaan tertentu.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40
jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus
yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Activiti Pembelajaran Jam Pembelajaran

Membaca kandungan kursus dan mengambil


3
bahagian dalam perbincangan awal

Membaca modul 60

Menghadiri 5 sesi tutorial 10

Perbincangan atas talian 12

Ulang kaji 15

Menyiapkan tugasan dan Peperiksaan 20

Jumlah Masa Pembelajaran 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan metodologi hukum Islam yang merupakan subjek paling
asas dalam pengajian hukum.
2. Mengenal pasti sumber-sumber hukum Islam dan susun galur
keutamaannya.
3. Membincangkan sumber hukum yang disepakati para ulama dan yang
tidak disepakati oleh mereka.
4. Mendapat kemahiran tentang konsep hukum Islam dan pembahagiannya,
kuasa perundangan dan kedaulatan hukum, subjek hukum, tindak-tanduk
manusia sebagai objek hukum serta keahlian hukum seseorang mukalaf.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:

Topik 1 membincangkan perkara asas mengenai pengajian ilmu Usul Fiqh. Ia


merangkumi perbincangan tentang definisi, kandungan, faedah pembelajaran
dan perbezaan antara ilmu ini dengan ilmu fiqh. Perbincangan selanjutnya akan
menyentuh sejarah perkembangan ilmu Usul fiqh dalam tiga fasa utamanya iaitu

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

zaman awal Islam, zaman penyusunan dan zaman selepas penyusunan yang
menampakkan ciri perkembangan yang dilalui.

Topik 2 menerangkan secara terperinci tentang konsep hukum Islam yang


terbahagi kepada dua bahagian utama; hukum taklifi dan wadÊi. Namun dalam
topik ini perbincangan secara menyeluruh akan menyentuh bahagian hukum
taklifi, iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Sementara pembahagian
hukum wadÊi secara terperinci akan dikupas dalam topik selanjutnya.
Perbincangan tentang perselisihan pandangan antara ulama mazhab Hanafi dan
majoriti ulama yang lain dalam menentukan konsep wajib dan makruh akan
turut dibincangkan dengan ditentukan apakah yang menjadi faktor utama
perbezaan tersebut boleh berlaku.

Topik 3 dikhususkan untuk membincangkan tentang jenis hukum taklifi: wajib,


sunat, haram, makruh dan harus secara terperinci. Sebelum perbincangan
mengenai jenis-jenis hukum taklifi, topik ini akan menghuraikan tentang bentuk-
bentuk dalil yang boleh menghasilkan hukum wajib, sunat, haram, makruh dan
harus. Kemudiannya perbincangan dilanjutkan dengan perbahasan mengenai
pembahagian jenis-jenis hukum. Jenis-jenis hukum wajib adalah yang paling
banyak dibincangkan. Jenis-jenis hukum sunat, haram dan makruh turut
dibincangkan.

Topik 4 membincangkan tiga perkara penting yang masih menyentuh teori


hukum Islam. Pertamanya hukum wadÊi yang merupakan sambungan kepada
hukum taklifi yang telah dibincangkan dalam Topik 3. Perbincangan tentang
Hukum wadÊi akan menyentuh berkenaan konsep hukum wadÊi dan juga
pembahagiannya seperti sah, fasad, batal, Âazimah serta rukhsah. Bahagian-
bahagian terperinci bagi setiap lima jenis hukum tersebut dibincangkan secara
menyeluruh. Selain itu juga, tajuk ini turut menyentuh konsep al-Hakim iaitu
satu-satunya pihak yang bertanggungjawab menentukan bentuk hukum dalam
kehidupan mukalaf. Perselisihan pandangan para ulama dalam menentukan
sama ada akal juga boleh berperanan untuk menentukan sesuatu hukum
(sebelum daripada kedatangan Rasul) turut dibincangkan. Selanjutnya para
pelajar juga didedahkan kepada perbincangan mengenai konsep Mahkum Fih
iaitu subjek hukum yang akan disabitkan dengan sesuatu hukum syarak. Dari
perspektif hukum taklifi, al-Mahkum Fih hanya merujuk kepada perbuatan yang
mampu dilakukan oleh mukalaf seperti menunaikan solat atau melangsaikan
bayaran zakat daripada hartanya. Namun demikian, perbincangan al-Mahkum
Fih dari perspektif hukum wadÊi tidak hanya merujuk kepada perbuatan
mukalaf semata-mata, bahkan ia turut merangkumi faktor-faktor luaran yang
mempengaruhi perbuatan mukalaf sama ada ianya dalam bentuk sebab, syarat
mahupun maniÊ.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Topik 5 merupakan sambungan kepada teori hukum yang dibincangkan dalam


Topik 2, 3 dan 4. Perbincangan mengenai al-Mahkum ÂAlayh ialah perbincangan
yang menyentuh hal mengenai kapasiti hukum atau keahlian seseorang menjadi
mukalaf. Dalam topik ini perbincangan disusun dengan memulakannya dengan
definisi, syarat dan bahagian kapasiti. Selanjutnya perbincangan dituruti tajuk
halangan kapasiti yang terdiri dari halangan Samawi dan Muktasabi. Halangan
Samawi dan Muktasabi dibahagikan kepada beberapa jenis. Perbincangan
mengenai jenis kedua-dua halangan tersebut turut menyentuh kesan masing-
masing terhadap hukum syarak.

Topik 6 membincangkan tentang sumber hukum Islam yang disepakati oleh para
ulama tentang kehujahannya. Ini kerana sumber hukum Islam itu banyak,
sebahagiannya dipersetujui kehujahannya sementara yang lainnya diperselisihkan.
Al-Quran dan al-Sunnah merupakan sumber utama yang disepakati. Dalam
perbincangan mengenai al-Quran, perkara menyentuh definisi, kandungan dan cara
bagaimana al-Quran menjelaskan hukum disebutkan. Perbincangan menyentuh al-
Sunnah pula merangkumi definisi, jenis al-Sunnah dan cara bagaimana al-Sunnah
menjelaskan hukum.

Topik 7 menjelaskan tentang dua lagi sumber hukum yang disepakati oleh para
ulama: Ijmak dan Qiyas. Perbincangan dimulai dengan tajuk Ijmak. Ia
merangkumi perkara menyentuh definisi, rukun Ijmak dan kemungkinan berlaku
Ijmak di sepanjang zaman. Topik 7 kemudiannya dituruti dengan tajuk Qiyas.
Perbahasan mengenai tajuk ini merangkumi definisi, rukun Qiyas dan syarat-
syaratnya serta cara penentuan illah/sebab hukum yang menjadi rukun paling
utama dalam operasi qiyas.

Topik 8 membincangkan ketiga-tiga sumber di atas secara berasingan dengan


dimulai oleh sumber al-Istihsan. Dalam membincangkan al-Istihsan, topik
mengenai definisi, jenis-jenis Istihsan dan kehujahannya telah disentuh. Hal yang
sama juga turut berlaku pada sumber seterus nya iaitu al-Masalih al-Mursalah.
Sementara sumber terakhir iaitu alÊ-Urf, perbahasan diberikan menyentuh definisi
dan syarat penggunaannya sebagai sumber hukum.

Topik 9 membincangkan tentang tiga lagi sumber hukum yang diperselisihkan


kehujahannya di sisi para ulama. Ia dimulakan dengan sumber Mazhab Sahabat.
Perbincangan mengenai sumber ini merangkumi tajuk definisi, pandangan ulama
mengenai sumber ini dan dalil yang menyokong kehujahannya. Perbincangan
dilanjutkan kepada sumber kedua iaitu al-Istishab yang akan membincangkan
tentang definisi, bentuk-bentuk Istishab dan beberapa kaedah fiqh yang dihasilkan
daripada sumber ini. Seterusnya, sumber ketiga pula dibincangkan dengan
membuat perincian mengenai definisinya, asas pembentukan sumber ini dan
pandangan para ulama tentang kehujahannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

Topik 10 membincangkan tentang pengaruh masa dan tempat kepada beberapa


bahagian hukum Islam. Ia turut menjelaskan maksud yang dikehendaki dengan
konsep BuÊd al-Zamani dan BuÊd al-Makani. Dalam menjelaskan konsep tersebut
beberapa contoh yang berkaitan disertakan bagi memudahkan pemahaman.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan
kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri : Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti : Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

Perkataan Penting: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa


penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat
menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca
topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di
dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian
Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca
bahagian-bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk
mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum memulakan
kursus ini.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Al-Zuhaili, Wahbah,(2004). Usul al-Fiqh al-Islami.Damsyik. Dar al-Fikr

Hasan Ahmad et.al (1998). Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah. Puchong: D.G Gemilang

Mohamad Hashim Kamali (1989). Islamic jurisprudence. Petaling Jaya: The Other
Press Sdn Bhd.

Zaydan, Abd al-Karim (2004). Al- Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Beirut: MuÊassasah
al-Risalah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengenalan
1 Kepada Ilmu
Usul al-Fiqh

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan ilmu usul fiqh secara menyeluruh;
2. Mengenal pasti kandungan ilmu usul fiqh dan faedah
mempelajarinya;
3. Membezakan definisi usul fiqh dengan fiqh dan qawaid fiqh; dan
4. Menghuraikan sejarah perkembangan ilmu usul fiqh.

 PENGENALAN
Topik ini akan membincangkan pengenalan tentang ilmu Usul al-Fiqh dan latar
belakang ringkas pengajiannya. Ia merangkumi definisi Usul al-Fiqh, faedah
serta kandungannya yang bakal diajar sebagai pendedahan awal kepada pelajar
yang ingin mendalami persoalan hukum Islam. Selanjutnya topik ini turut
membincangkan mengenai perbezaan ilmu Usul al-Fiqh berbanding ilmu-ilmu
lain yang mempunyai kaitan dengannya seperti fiqh dan QawaÊid Fiqh. Sebagai
tambahan, para pelajar juga akan didedahkan dengan maklumat mengenai
perkembangan ilmu Usul Fiqh sejak awal kewujudan sehingga zaman
kemuncaknya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU USUL AL-FIQH

AKTIVITI 1.1

Sebelum anda melanjutkan perbincangan, cuba anda kenal pasti


istilah berkaitan usul fiqh yang biasa didengar dan yang tidak biasa
didengar. Kemudian, semak dalam kamus apakah pengertian yang
diberikan kepada istilah-istilah tersebut.

1.1 DEFINISI, KANDUNGAN DAN FAEDAH


DARIPADA PENGAJIAN ILMU USUL FIQH
Perbincangan dalam topik ini akan menyentuh tiga perkara utama yang akan
dibincangkan secara berasingan, iaitu:
(a) Definisi;
(b) Kandungan; dan
(c) Faedah.

1.1.1 Definisi Ilmu Usul Fiqh


Istilah usul fiqh mungkin asing bagi sebahagian daripada anda. Sebaliknya, ada
di kalangan anda pernah mendengar istilah tersebut. Sebenarnya ilmu ini
merupakan antara ilmu asas bagi disiplin pengajian hukum Islam. Apakah yang
dimaksudkan dengan ilmu ini? Untuk penjelasan terperinci tentang maksud usul
fiqh, ia boleh dilihat dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Asal perkataan usul fiqh

Istilah Usul Fiqh adalah gabungan dua perkataan, Usul dan Fiqh. Perkataan fiqh
mungkin biasa didengar, berlainan dengan perkataan usul fiqh. Fiqh sebenarnya
bermaksud hukum fiqh iaitu hukum amali yang berkaitan dengan aktiviti hidup
manusia seharian. Perkataan usul pula bermaksud asas. Jika disebut ilmu Usul

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU USUL AL-FIQH  3

Fiqh ia bermaksud ilmu yang membincangkan tentang kaedah dan asas


bagaimana menentukan sesuatu hukum fiqh. Ia boleh disebutkan juga sebagai
metodologi hukum Islam.

Usul Fiqh ialah ilmu yang membincangkan kaedah bagaimana membuat


kesimpulan hukum syarak daripada sumber/dalil-dalil syarak.

Usul Fiqh sebagai satu istilah pengajian yang tersendiri biasa didefinisikan
sebagai ilmu yang membincangkan tentang kaedah dan cara yang digunakan
untuk merumuskan hukum syarak yang amali daripada sumber dalil yang
bersifat umum (ijmali).

Apabila disebutkan hukum syarak yang amali ia memberi erti hukum-hukum


praktikal seperti solat, puasa, haji dan lain-lain kerana hukum itu mempunyai
tiga bahagian. Pembahagian hukum boleh dilihat dari Rajah 1.2 berikut:

Rajah 1.2: Pembahagian hukum

Tahukah anda apakah kaedah yang digunakan sehingga ditentukan wajibnya


atau haramnya sesuatu tindakan atau perbuatan atau seumpamanya? Ia
sebenarnya ditentukan oleh kaedah-kaedah usul fiqh yang telah disusun oleh
para ulama.
 
Usul fiqh akan hanya melibatkan perbincangan tentang kaedah bagaimana
sesuatu hukum amali itu ditentukan. Bagaimana boleh ditentukan solat lima
waktu itu diwajibkan? Apa kaedah yang digunakan dalam penentuan hukum
tersebut? Oleh itu, usul fiqh menjadi asas penentuan hukum amali, sementara
hukum amali itu sendiri menjadi hasil kepada penggunaan kaedah usul fiqh.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU USUL AL-FIQH

SEMAK-KENDIRI 1.1
1. Berasaskan pemahaman anda, berikan definisi usul fiqh
sebagai satu disiplin pengajian.
2. Apakah hubungan antara hukum amali/ fiqh dengan usul
fiqh.

1.1.2 Kandungan Ilmu Usul Fiqh


Sebagaimana disebutkan dalam subtopik 1.1.1, Definisi Ilmu Usul Fiqh, ilmu
Usul Fiqh adalah ilmu yang membincangkan tentang kaedah bagaimana
membuat suatu kesimpulan hukum syarak yang bersifat amali. Hukum itu pula
diambil dan dirumuskan daripada dalil dan sumbernya. Dengan demikian,
kandungan ilmu ini sudah tentu akan menyentuh dalil-dalil/sumber hukum
syarak dan hukum syarak itu sendiri secara umum/ijmali. Daripada sumber ini,
kaedah usul fiqh akan dirumus dan dibentuk.

Rajah 1.3 menerangkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber kaedah usul
fiqh.

Rajah 1.3: Al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber kaedah usul fiqh

Dengan kaedah yang dibentuk ini, para ulama akan membuat penelitian
terhadap sumber-sumber hukum, sama ada al-Quran atau al-Sunnah untuk
menghasilkan suatu kesimpulan hukum amali. Sebagai contoh, kaedah usul fiqh
menyebutkan setiap ayat perintah biasanya akan mendatangkan hukum wajib.

Contoh-contoh ayat al-Quran yang menunjukkan arahan dan perintah


melakukan sesuatu dapat diperhatikan seperti dalam Jadual 1.1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU USUL AL-FIQH  5

Jadual 1.1: Contoh Ayat al-Quran yang Menunjukkan Arahan dan Perintah Melakukan
Sesuatu Berserta Maksudnya

Ayat al-Quran Maksud


 

‫َﻭﹶﺃﻗِﻴﻤُﻮﺍ ﺍﻟﺼﱠﻼ ﹶﺓ‬ Maksudnya: Dan dirikanlah solat


(al-Baqarah 2:110)
 
 

‫ﻭَﺁﺗُﻮﺍ ﺍﻟ ﱠﺰﻛﹶﺎ ﹶﺓ‬ Maksudnya: Dan tunaikanlah zakat


(al-Baqarah 2:110)
 
 
Maksudnya: Dan sempurnakanlah
‫ﺤ ﱠﺞ ﻭَﺍﹾﻟﻌُ ْﻤ َﺮ ﹶﺓ ِﻟﻠﱠ ِﻪ‬
َ ‫َﻭﹶﺃِﺗﻤﱡﻮﺍ ﺍﹾﻟ‬ ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.
(al-Baqarah 2:196)
 

Ilmu usul fiqh hanya akan menyentuh perbincangan mengenai dalil-dalil hukum
syarak secara umum/ijmali dan tidak menyentuhnya secara terperinci/tafsili
kerana perbincangan yang lebih menyeluruh akan dibincangkan dalam hukum
fiqh. Perbezaan antara kaedah usul fiqh dengan hukum fiqh/amali boleh
dirumuskan melalui Rajah 1.4.

Rajah 1.4: Dalil ijmali sebagai sebahagian daripada kandungan ilmu usul fiqh

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU USUL AL-FIQH

Rajah 1.4 menjelaskan bagaimana kaedah usul fiqh dibentuk berasaskan dalil
ijmali. Penelitian terhadap semua dalil/teks perundangan menunjukkan:
(a) Teks yang mengandungi perintah biasanya akan menunjukkan kepada
hukum wajib.
(b) Teks yang mengandungi larangan biasanya akan menunjukkan kepada
hukum haram.
(c) Teks yang menggunakan lafaz umum/am biasanya akan menghasilkan
hukum yang menyeluruh.

Rajah 1.5: Dalil tafsili sebagai topik perbincangan dalam ilmu fiqh/hukum fiqh

Rajah 1.5 menjelaskan bahawa hukum fiqh akan membincangkan dalil yang
terperinci kepada setiap perbuatan secara khusus. Hukum wajib menunaikan
solat ditentukan kerana ada dalil yang menunjukkan hal tersebut dalam surah al-
Baqarah ayat 110 dan begitulah seterusnya.

1.1.3 Faedah Mempelajari Usul Fiqh


Tahukah anda bahawa penguasaan ilmu Usul Fiqh sangat penting dalam
pengajian hukum Islam? Cuba bayangkan apakah faedah yang akan anda dapati
setelah menguasai ilmu ini?

Usul fiqh menjadi ilmu asas dan kunci utama kepada pelajar pengajian hukum
Islam. Faedah utama penguasaan ilmu ini ialah untuk memberi kemahiran
bagaimana menentukan sesuatu hukum yang terkandung dalam teks

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU USUL AL-FIQH  7

perundangan Islam. Penguasaan ilmu ini memungkinkan pelajar memahami


kehendak teks perundangan dengan tepat dan seterusnya memberi penilaian
terhadap segala tindak tanduk manusia berasaskan neraca kaedah usul fiqh.
Pengembangan hukum Islam akan boleh dilakukan oleh mereka yang menguasai
ilmu ini.

AKTIVITI 1.2
1. Jelaskan apakah kandungan ilmu Usul Fiqh.
2. Bincangkan sejauh mana kepentingan ilmu Usul Fiqh dalam
pengajian hukum Islam.

1.2 PERBEZAAN ANTARA USUL FIQH


DENGAN ILMU-ILMU LAIN
Hubungan antara ilmu adalah suatu yang tidak pelik dan kerap berlaku. Hal
yang sama berlaku kepada ilmu Usul Fiqh. Ia mempunyai persamaan dengan
beberapa ilmu lain yang kelihatan berkaitan. Perbezaan ini wajar dijelaskan bagi
mengelakkan kekeliruan. Antara yang berkaitan dijelaskan dalam Rajah 1.6.

Rajah 1.6: Ilmu yang berhubungan dengan usul fiqh

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU USUL AL-FIQH

1.2.1 Perbezaan antara Usul Fiqh dengan Fiqh


Jadual 1.2 menunjukkan perbezaan antara usul fiqh dengan fiqh.

Jadual 1.2: Perbezaan antara Usul Fiqh dengan Fiqh

Usul Fiqh Fiqh


(a) Membincangkan tentang dalil (a) Membincangkan tentang dalil tafsili.
dan kaedah yang bersifat ijmali.
(a) Istilah hukum di sisi para ulama (b) Istilah hukum di sisi para ulama
usul ialah teks al-Quran atau fiqh ialah kesan hukum yang
al-Sunnah itu sendiri. dihasilkan dari setiap teks al-Quran
atau al-Sunnah.
 
Keterangan (a): Ilmu Usul al-Fiqh membincangkan tentang dalil dan kaedah
yang bersifat ijmali/umum. Ia akan menerangkan metodologi yang mesti diikuti
oleh setiap ulama dalam menentukan dan mengenal pasti sesuatu hukum
syarak. Sebaliknya perbincangan dalam ilmu Fiqh pula lebih tertumpu kepada
penentuan hukum terhadap sesuatu masalah berdasarkan dalil tafsili/terperinci.

Sebagai contoh, ulama Usul al-Fiqh lebih banyak membincangkan mengenai


sesuatu kaedah hukum yang umum atau dalil syarak dalam skop yang lebih luas
seperti perbincangan mengenai kaedah „Semua bentuk arahan memberi maksud
wajib selagimana ia tidak dinafikan oleh dalil syarak yang lain‰, perbincangan
mengenai pengertian al-Quran, Sunnah, jenis dan statusnya, pengertian Ijmak,
konsep al-Qiyas dan aplikasinya dan lain-lain yang seumpamanya.

Sebaliknya, skop perbincangan para ulama Fiqh pula adalah lebih sempit kerana
mereka hanya cuba menganalisa dan memutuskan hukum terhadap sesuatu
masalah berdasarkan sepotong nas atau ayat daripada dalil syarak yang bersifat
tafsili.

Sebagai contoh, mereka cuba menganalisa hukum solat fardu dengan berdasarkan
sepotong ayat al-Quran: „Dan dirikanlah solat...‰. Hasil daripada kefahaman dan
analisa yang dibuat, mereka akhirnya memutuskan bahawa hukum mendirikan
solat fardu adalah wajib memandangkan kandungan ayat tersebut telah
dinyatakan dalam bentuk arahan. Dengan lain perkataan, ulama Fiqh juga perlu
memahami ilmu Usul al-Fiqh sebagai kaedah yang dijadikan panduan bagi
mereka untuk mengenal pasti sesuatu hukum bagi kes-kes yang berkaitan.

Keterangan (b): Hukum pada ulama usul fiqh adalah merujuk kepada ayat
al-Quran itu sendiri, sebagai contoh ayat 110 dari Surah al-Baqarah. Ia biasa
dinamakan dalam pengajian usul fiqh sebagai „Khitab Allah‰. Tetapi hukum

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU USUL AL-FIQH  9

pada ulama fiqh ialah hukum wajib mengerjakan solat hasil dari firman Allah
dalam ayat 110 surah al-Baqarah.

1.2.2 Perbezaan antara Usul Fiqh dengan Qawaid


Fiqh
Tidakkah anda lihat bahawa kedua ilmu ini mempunyai perkataan fiqh di
belakangnya? Ia menggambarkan antara keduanya ada hubung kait.
Bagaimanakah perkaitan antara keduanya berlaku?

Kedua-dua ilmu ini adalah berkaitan dengan kaedah. Perkataan qawaÊid pada
istilah qawaÊid fiqh adalah kata jamak kepada perkataan kaedah mengikut
perkaedahan bahasa Arab. Dalam perbincangan terdahulu telah kita sebutkan
bahawa usul fiqh merupakan ilmu yang membincangkan kaedah bagaimana
penentuan suatu hukum syarak dilakukan. Daripada usul fiqh lahirnya hukum
fiqh. Daripada hukum fiqh pula terbentuknya qawaÊid fiqh. Rajah 1.7
menunjukkan hubung kait antara usul fiqh, fiqh dan qawaÊid fiqh.

Rajah 1.7: Hubungan antara Usul Fiqh, Fiqh dan QawaÊid Fiqh

QawaÊid Fiqh ialah ilmu yang menghimpunkan prinsip umum hukum-


hukum fiqh yang digubal dalam bentuk petikan yang ringkas seperti
perlembagaan. Setiap kaedah ini akan menghimpunkan sebahagian besar
daripada hukum fiqh yang berkaitan.

Keistimewaan qawaÊid fiqh ialah:


(a) Kaedahnya ringkas;
(b) Lafaznya mempunyai maksud yang umum; dan
(c) Mencakupi hukum-hukum fiqh yang luas dan saling berkaitan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU USUL AL-FIQH

Sebagai contoh: kaedah „setiap sesuatu bergantung kepada niat.‰ Kaedah fiqh ini
memenuhi tiga ciri di atas kerana:
(a) Ia ringkas;
(b) Lafaznya boleh menjangkau hukum yang sangat luas dan umum; dan
(c) Ia mencakupi hukum-hukum fiqh yang sangat luas.

Keterangan lanjut kepada kaedah tersebut boleh dibuat dengan menyebutkan


bahawa kaedah „setiap sesuatu bergantung kepada niat‰ boleh dipakai untuk
berbagai-bagai jenis hukum fiqh yang mempunyai persamaan latar belakang. Ia
merangkumi hukum berkenaan hal ibadat, perkahwinan, muamalat dan lain-
lain. Rajah 1.8 boleh menjelaskan hal tersebut:

Rajah 1.8: Keterangan lanjut mengenai kaedah „Setiap sesuatu bergantung pada niat‰

Dengan berpandukan kaedah fiqh, para ulama boleh menjadikannya sebagai


panduan umum dalam membuat ketentuan hukum. Kaedah ini berperanan
menjadi garis panduan untuk para pengkaji hukum Islam. Ia memudahkan
mereka memahami dan menyelaraskan kes-kes yang pelbagai di bawah satu

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU USUL AL-FIQH  11

kaedah yang boleh merangkumi kesemua kes yang bersamaan konsep dan latar
belakangnya sebagaimana disebutkan tadi.

SEMAK-KENDIRI 1.2

Jelaskan hubungan antara ilmu Usul Fiqh dengan ilmu Fiqh dan
QawaÊid Fiqh.

1.3 PERKEMBANGAN ILMU USUL FIQH


Tahukah anda bila agaknya ilmu Usul Fiqh muncul dalam tradisi keilmuan
Islam?

Usul fiqh apabila didefinisikan sebagai kaedah dan metodologi hukum Islam ia
hampir menyamai ilmu lain yang mempunyai proses perkembangan dan
pencetusan awalnya. Secara mudah, proses perkembangan yang dilalui ilmu ini
boleh dibahagikan kepada tiga zaman utama, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
1.9.

Rajah 1.9: Perkembangan ilmu usul fiqh

1.3.1 Zaman Awal Islam


Usul fiqh sebagai satu kaedah penentuan hukum telah lama wujud. Bahkan
menurut Abu Zuhrah ( t.t ) ia telah wujud bersama wujudnya fiqh itu sendiri. Ini
memang benar kerana usul fiqh merupakan asas kepada kewujudan fiqh itu
sendiri. Bagaimana mungkin ada buah jika tidak ada pokoknya? Namun

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU USUL AL-FIQH

kemunculannya sebagai satu cabang ilmu yang tersusun berlaku satu abad lebih
selepas wafatnya Baginda s.a.w.

Zaman awal Islam ini kita dapat bahagikan kepada dua: zaman sahabat dan
zaman tabiÊin. Penerangannya dijelaskan dalam Jadual 1.3.

Jadual 1.3: Penerangan Zaman Sahabat dan Zaman TabiÊin

(a) Zaman Sahabat


(i) Generasi para sahabat misalnya telah menggunakan metodologi dan
kaedah tertentu dalam membuat ketetapan sesuatu hukum.
(ii) Metode dan kaedah tersebut sebenarnya merupakan kaedah usul fiqh.
Namun kaedah tersebut tidak disusun sebagai satu disiplin ilmu yang
tertentu dan tersusun.
(iii) Sebagai contoh, Abdullah Ibn MasÊud sewaktu menentukan tempoh
idah bagi isteri hamil yang kematian suami ialah dengan berlakunya
kelahiran bayi yang dikandung. Beliau telah bersandarkan kepada
Firman Allah dalam surah al-Talaq, ayat 4 maksudnya: „Mereka
(perempuan-perempuan yang hamil), idah mereka ialah setelah
mereka melahirkan kandungan.‰ Beliau menyebutkan bahawa ayat ini
diturunkan kemudian daripada ayat al-Baqarah, ayat 234.
(iv) Ia menunjukkan bahawa beliau beramal dengan prinsip nasakh yang
merupakan salah satu kaedah usul fiqh.
(v) Begitu juga Umar al-Khattab yang berijtihad supaya negeri Iraq yang
ditawan oleh tentera Islam tidak dijadikan harta ghanimah yang
dibahagikan kepada tentera yang berperang. Bahkan ia
dimiliknegarakan kerana menjaga maslahah ekonomi negara pada
waktu itu. Kaedah yang dipakai „apabila bertembung antara maslahah
umum (negara) dengan maslahah khusus (tentera yang berperang dan
layak mendapat harta ghanimah) maka kepentingan umum akan
diberi keutamaan.‰
(vi) Jika demikian, kenapa ilmu Usul Fiqh belum muncul?
(vii) Jawapannya ialah kerana generasi sahabat belum memerlukan satu
penyusunan ilmu yang sedemikian rupa kerana mereka bersama
Rasulullah. Sebarang masalah terus dirujuk kepada Baginda. Setelah
wafatnya Baginda, para sahabat tidak memerlukannya lagi kerana
mereka memiliki kefahaman dan kemahiran yang mendalam tentang
kedua sumber hukum iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Mereka hidup
dan melihat sendiri wahyu diturunkan kepada Baginda s.a.w.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU USUL AL-FIQH  13

(b) Zaman TabiÊin


(i) Menyusul zaman tabiÊin, gerakan ijtihad semakin meluas dan
berkembang disebabkan berlakunya pelbagai perkara baru dalam
masyarakat. Dengan demikian, penerokaan kepada kaedah ijtihad
yang lebih luas dirasai keperluannya.
(ii) Para ulama tabiÊin dalam membuat kesimpulan hukum telah
menggunakan metode dan kaedah tertentu. Namun, mereka belum
menyusun metode dan kaedah tersebut dalam satu bentuk ilmu yang
tersusun.

1.3.2 Zaman Penyusunan


Perkembangan baru telah mula tercetus pada zaman ini yang dikenali dengan
zaman para imam mujtahid. Keperluan penyusunan ilmu usul fiqh telah mula
dirasai kerana beberapa latar belakang yang ada. Ini dijelaskan dalam Jadual 1.4.

Jadual 1.4: Penyususan Ilmu Usul Fiqh

(a) Kemahiran bahasa Arab yang menjadi bahasa pengantar kedua-dua sumber
hukum utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah telah tidak lagi dikuasai dengan
mantap. Penguasaan ini terjejas disebabkan para ulama telah banyak bergaul
dengan orang bukan Arab yang telah banyak menerima Islam. Bahkan mula
lahir ulama yang bukan berbangsa Arab. Dengan ini ilmu bahasa Arab dirasakan
perlu dipelajari secara teratur. Hal yang sama turut berlaku kepada ilmu tentang
al-Quran dan al-Sunnah memandangkan telah berlaku pemisahan jurang
generasi yang agak jauh dengan generasi yang hampir dengan Baginda s.a.w.
(b) Perkembangan tempatan dan semasa yang berlaku menuntut para ulama
mempunyai metode dan kaedah penyelidikan yang mantap untuk
menangani keperluan yang wujud pada waktu itu.
(c) Terpisahnya para ulama di penempatan yang pelbagai telah turut
menyumbangkan kepada kepelbagaian cara dan pendekatan dalam berijtihad
kerana pengalaman hidup yang berbeza-beza.
(d) Metode penentuan hukum/ijtihad pada zaman ini telah terbentuk dengan
begitu luas dan jelas di kalangan para ulama lantaran keperluan realiti hidup
yang berlaku dan perkembangan keilmuan pada zaman tersebut. Mereka
telah mempunyai ciri-ciri metodologi yang tersendiri dan berbeza-beza.
(e) Sebagai contoh, imam Abu Hanifah telah menentukan bahawa sumber
hukum Islam adalah al-Quran dan kemudiannya al-Sunnah dan seterusnya
fatwa-fatwa sahabat. Dalam berijtihad, beliau banyak berpandukan kepada
Qiyas dan Istihsan.
(f) Imam Malik banyak berpegang kepada „amalan penduduk Madinah‰
sebagai sumber hukum.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU USUL AL-FIQH

Hasil dari perkembangan yang berlaku, wujud dua aliran pemikiran hukum
yang jelas, iaitu:
(a) Aliran fiqh Madinah; dan
(b) Aliran fiqh Iraq.

Antara kedua aliran ini, kadangkala berlaku perdebatan yang serius. Hasilnya,
penyusunan ilmu usul fiqh yang teratur sebagai garis panduan yang lengkap
kepada penyelidikan hukum telah dirasai kepentinganya. Inisiatif ke arah cita-
cita tersebut akhirnya menjadi kenyataan.

(a) Imam SyafiÊi Pengasas Penyusunan Usul Fiqh


Imam SyafiÊi merupakan orang pertama yang berusaha mengumpul,
menyusun dan membukukan kaedah-kaedah usul fiqh. Usaha ini dibuat
setelah beliau dapati terdapat berbagai-bagai perdebatan dan perbahasan
antara kedua-dua aliran tadi, dan terkadang ianya sampai ke peringkat
pertembungan yang serius. Oleh yang demikian, adalah menjadi suatu
kewajaran supaya satu disiplin dan kaedah dalam membuat kesimpulan
hukum dibuat bagi membolehkan para mujtahid sama ada aliran Madinah
dan aliran Iraq menjadikan gagasan tersebut sebagai panduan dalam ijtihad
mereka.
 
Sebenarnya usaha pembukuan dan penulisan Usul Fiqh bukan merupakan
perkara yang mudah. Ia memerlukan beberapa kepakaran tertentu. Usaha
tersebut memang layak dilakukan oleh Imam SyafiÊi kerana beliau sendiri
telah dapat menguasai cara dan kaedah kedua-dua aliran tadi. Beliau
sebenarnya telah mengikut perkembangan fiqh aliran Madinah hasil
perguruan dengan Imam Malik, sementara fiqh aliran Iraq pula didapati
melalui pergaulannya dengan Muhammad Ibn Hasan salah seorang murid
terkenal Imam Abu Hanifah.
 
Tambahan pula Imam SyafiÊi merupakan tokoh ulama yang mahir dan
menguasai berbagai-bagai bidang yang menjadi keperluan asas kepada
ilmu Usul Fiqh. Beliau merupakan seorang alim dalam bahasa Arab, arif
tentang hukum-hukum fiqh yang disusun sejak zaman para sahabat
sehingga ke zamannya di samping menguasai titik perselisihan yang
berlaku antara para ulama. Begitu juga kaedah yang digunakan dalam
membuat ketetapan hukum dan lain-lain yang berkaitan. Kemahiran dan
penguasaan ini digunakan sepenuhnya oleh Imam SyafiÊi dalam usahanya
menyusun dan membukukan ilmu Usul Fiqh.

Imam SyafiÊi, apabila disebut sebagai ulama pertama yang menyusun dan
membukukan ilmu Usul Fiqh, ia tidaklah bermakna beliau dianggap

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU USUL AL-FIQH  15

sebagai ulama ulung yang berusaha bagi mengumpul, menyusun dan


membukukan kaedah dan manhaj yang digunakan dalam berijtihad dan
membuat kesimpulan hukum dalam bentuk yang tersusun dan teratur,
sehingga akhirnya beliau mampu mengeluarkan sebuah kitab yang
dinamakan al-Risalah.

Para ulama yang terkemudian telah membuat pengakuan dan


pengiktirafan bahawa apa yang disusun oleh Imam SyafiÊi adalah suatu
yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana ulama sebelumnya.
Sehingga sekarang al-Risalah masih kekal menjadi rujukan terpenting
pengkaji-pengkaji ilmu Usul Fiqh.

1.3.3 Zaman Selepas Penyusunan


Al-Risalah merupakan model penulisan Usul Fiqh yang pertama dan telah
dijadikan asas kepada perkembangan usaha selanjutnya. Selepas tersusunnya
al-Risalah, ulama-ulama terkemudian telah membuat beberapa usaha baru
berasaskan kepada kitab tersebut. Antaranya, usaha-usaha membuat
penghuraian dan ulasan terhadap beberapa konsep dan kaedah yang
dibincangkan. Sesetengah yang lain pula menokok tambah beberapa kaedah lain
yang tidak disebut. Manakala yang lain pula membuat sanggahan terhadap
beberapa konsep dan kaedah yang dikemukakan oleh Imam SyafiÊi.
Kesimpulannya, segala penulisan yang ditulis selepas al-Risalah adalah
merupakan suatu analisis terhadap kandungan dan beberapa konsep yang
dikemukakan oleh Imam SyafiÊi.

Metodologi beliau dalam al-Risalah telah menjadi asas penting kepada


perkembangan penyusunan dan penulisan ilmu Usul Fiqh selepasnya dalam
jangka masa yang agak lama sehingga akhir kurun keempat.

Antara penulisan yang lahir selepas al-Risalah ialah Kitab TaÊat al-Rasul, al-Nasikh
Wa al-Mansukh, Kutub al-Âllal yang dikarang oleh Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Begitu juga kitab-kitab seperti Ibtal al-Taqlid, Ibtal al-Qiyas dan lain-lain yang
ditulis oleh Ibn al-Hazm al-Zahiri.

Dalam kurun keempat ini, terdapat usaha-usaha yang dibuat oleh ulama-ulama
mutakhir yang menghuraikan atau membuat perincian dan ulasan terhadap
al-Risalah. Antaranya:
(a) Syarh ă Abu al Walid al-Naisaburi (m. 439).
(b) Syarh ă Abu Bakar al-Sairafi (m.330).
(c) Syarh ă al-Qaffal al-Syasyi (m.365).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU USUL AL-FIQH

Walau bagaimanapun, ulasan dan komentar ini tidak didapati dalam simpanan
mana-mana perpustakaan pun di dunia hari ini.

Selain daripada ulasan-ulasan tersebut, terdapat beberapa penulisan Usul Fiqh


yang ditulis selepas al-Risalah. Antaranya:
(a) Al-LumaÊ oleh Abu al-Farj bin Muhammad al-Maliki (m.331).
(b) Al-Asyraf ÂAla Usul al-Fiqh oleh Abu Hamid al-Basri, al-SyafiÊi.

Pada akhir kurun keempat dan awal kurun kelima hijrah berlaku perkembangan
baru kepada ilmu Usul Fiqh. Para ulama mazhab Hanafi dan ulama ilmu al-
Kalam telah mula menulis dan menyusun penulisan yang dianggap baru dan
tersendiri dengan membawa metodologi yang tersendiri. Penulisan-penulisan
tersebut disusun berdasarkan kepada unsur-unsur berikut:
(a) Hukum-hukum fiqh;
(b) Dalil dan sumber-sumber hukum tersebut;
(c) Kaedah dan metode dalam membuat ketetapan hukum; dan
(d) Ulama mujtahid.

Kedua-dua aliran tadi telah membuat pendedahan mengenai empat unsur di


atas dengan pendekatan yang berbeza-beza di antara satu sama lain.

(a) Aliran Ahli Ilmu al-Kalam


Aliran ini diwakili oleh para ulama Ilmu al-Kalam daripada ulama mazhab
Muktazilah, kebanyakan ulama mazhab SyafiÊi dan ulama mazhab Maliki.
Antara ciri keistimewaan aliran ini ialah menekankan unsur penetapan
kaedah yang bersifat teori dengan sokongan dari dalil-dalil yang berkaitan.
Mana-mana kaedah yang bersesuaian dengan dalil sama ada aqli atau naqli
akan diterima dan dianggap tepat. Ia dilakukan tanpa mengambil kira
sama ada kaedah itu bersesuaian dan selaras dengan hukum yang ada
dalam mazhab mereka atau sebaliknya. Pendedahan yang dibuat oleh
aliran ini bukanlah terhad kepada pembentukan kaedah usul fiqh yang
menjadi asas pembinaan hukum fiqh. Ia juga turut menyoroti unsur-unsur
falsafah dan logik, yang secara langsung mempunyai hubungan dengan
ilmu al-Kalam.

Menurut aliran ini, kaedah-kaedah tadi menjadi penentu kepada hukum-


hukum fiqh. Oleh itu semasa membuat pengolahan tentang kaedah usul,
jarang sekali dikemukakan hukum-hukum fiqh kecuali hanya dalam
bentuk contoh dan keterangan kepada kaedah yang disebutkan.
Kedudukan ini berlainan sekali dengan aliran penulisan Hanafi yang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU USUL AL-FIQH  17

sangat bergantung kepada hukum-hukum fiqh dalam menentukan kaedah


usul fiqh.

Antara kitab-kitab yang dihasilkan oleh aliran ini ialah:


(i) Al-MuÊtamad oleh Abu al-Husin Muhammad bin Ali al-Basri
(m. 1435H).
(ii) Al-Burhan oleh Imam al-Haramain ÂAbdul Malik bin Abdullah
al-Juwaini (m. 478H).
(iii) Al-Mustasfa oleh Imam al-Ghazzali (m. 505H) dan lain-lain.

(b) Aliran Hanafi


Keistimewaan yang ditonjolkan oleh aliran ini pula ialah penekanan dari
sudut pembentukan kaedah berdasarkan hukum-hukum fiqh cabang yang
diambil dari ijtihad yang dibuat oleh imam-imam mazhab. Mereka akan
mengolah kaedah-kaedah yang dibentuk supaya bersesuaian dengan
hukum-hukum fiqh yang dinukilkan daripada para imam mazhab. Oleh
yang demikian, hukum-hukum fiqh dalam aliran ini menjadi penentu
kepada kesahihan kaedah. Kesimpulannya, pendekatan ini menjadikan
kaedah usul fiqh yang dibina tunduk kepada kehendak hukum-hukum fiqh
yang sedia ada dalam khazanah fiqh mazhab.

Keadaan ini berlaku kerana kaedah-kaedah usul dan prinsip asas tidak
dinukilkan daripada para imam mazhab. Yang ada hanyalah hukum-
hukum fiqh cabang sahaja. Oleh itu, mereka berusaha menetapkan kaedah
yang boleh menyokong hukum-hukum tersebut yang boleh dijadikan
perisai bagi menghadapi perdebatan dengan lawan mereka.

Jika didapati beberapa kaedah tertentu berlawanan dengan hukum fiqh,


maka mereka berusaha sedaya mungkin untuk mengubah kaedah tersebut
supaya selari dengan hukum yang ada.

Antara penulisan yang ditonjolkan oleh aliran ini ialah:


(i) Kitab Usul al-Karkhi oleh Abu al-Hassan al-Karkhi (m. 340H).
(ii) Kitab al-Usul oleh Abu Bakar al-Jassas (m.307H).
(iii) TaÊsis al-Nazar dan Taqwim al-Adillah oleh Abu Zaid al-Dabusi
(m.430H).
(iv) Kanz al-Usul Ila Makrifah al-Usul oleh Fakhr al-Islam al-Bazdawi
(m.482H) dan lain-lain. 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU USUL AL-FIQH

Penulisan-penulisan aliran ini tidak terhad kepada ulama Hanafi sahaja,


tetapi juga turut melibatkan ulama-ulama mazhab lain seperti SyafiÊi,
Maliki dan Hanbali. Antaranya:
(i) Takhrij al-FuruÊ ÂAla al-Usul oleh Syihabud Din al-Zanjani (m.656H).
(ii) Al-Tamhid Fi Takhrij al-FuruÊ Ala al-Usul-Jamaluddin AbdurRahim
al-Isnawi (m. 722H)

(c) Aliran Mutaakhirin


Pada kurun ketujuh hijrah, terdapat usaha bersama antara ulama Hanafi
dan SyafiÊi dalam menggabungkan pendekatan kedua-dua aliran di atas
tadi dengan penekanan dalam pembentukan kaedah usul yang disertakan
dengan dalil dan hujah serta aplikasi kaedah-kaedah tadi ke atas hukum-
hukum fiqh.

Antara kitab yang ditulis dalam aliran ini seperti:


(i) BadiÊ al Nizam, al-JamiÊ Bayn Usul al-Bazdawi Wa al-Ahkam oleh
MuzfirudDin Ahmad bin ÂAli al-Hanafi (m. 694H).
(ii) Tanqih al-Usul oleh UbaidulLah Ibn Mas Âud al-Hanafi (m. 747H).
(iii) JamiÊ al-JawamiÊ oleh TajudDin ÂAbdul Wahhab bin ÂAli al-Subki al-
SyafiÊI (m. 771H).

Perkembangan penulisan ilmu Usul Fiqh terus berlaku dengan muncul


penulisan dalam bentuk baru dengan gaya bahasa yang lebih mudah
difahami. Usaha ini kebanyakannya dipelopori oleh para ilmuan baru yang
secara langsung terlibat dengan tugas pengajaran Usul Fiqh di institusi-
institusi pengajian tinggi.

Antara hasil penulisan yang dilahirkan oleh golongan ini seperti:


(i) Tashil al-Wusul Ila ÂIlmi al-Usul oleh Syeikh AbdurRahman al-
Mahlawi (m.1920).
(ii) Usul al-Fiqh oleh Muhammad al-Khudhari (m. 1927H).
(iii) Usul al-Fiqh oleh Abdul Wahab Khallaf (m. 1955H).
(iv) Usul al-Fiqh oleh Muhammad Abu Zahrah (m. 1978H) dan lain-lain.

Jika dilihat pula kepada perkembangan terkini yang berlaku dalam dunia
umat Islam, didapati pendedahan ilmu ini perlu terus diperkembangkan
sesuai dengan keperluan semasa. Keperluan ini perlu digarap secara serius
oleh para ilmuan Islam sekarang, bagi menjayakan usaha menjadikan
hukum Islam sebagai rujukan kepada penyelesaian masalah ummah kini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU USUL AL-FIQH  19

AKTIVITI 1.3

1. Dengan merujuk kepada kitab al-Mustasfa karangan al-Ghazali


dan kitab Al-Tamhid Fi Takhrij al-FuruÊ ÂAla al-Usul karangan
al-Isnawi, buat perbandingan antara keduanya bagi mengenal
pasti perbezaan pendekatan penulisan yang wujud dalam
kedua-dua buku tersebut.
2. Huraikan sebab kenapa usul fiqh tidak disusun pada zaman
awal Islam.
3. Bincangkan apakah latar belakang dan faktor yang membawa
kepada penyusunan ilmu Usul Fiqh.
4. Bezakan di antara bentuk tulisan Usul Fiqh aliran Hanafi
dengan aliran ahli ilmu al-Kalam.

 Usul fiqh didefinisikan sebagai „ilmu yang membincangkan tentang kaedah


dan metode bagaimana membuat kesimpulan hukum.‰

 Dalil dan hukum yang bersifat ijmali sahaja menjadi topik perbincangan
dalam ilmu usul fiqh.

 Usul fiqh merupakan ilmu asas dalam pengajian hukum Islam.

 Terdapat hubungan yang rapat antara ilmu fiqh, usul fiqh dan qawaid fiqh.

 Ilmu usul fiqh telah mengalami tiga tahap perkembangan: zaman awal,
zaman penyusunan dan zaman selepas penyusunan.

 Setiap tahap tersebut mempunyai beberapa latar belakang dan ciri


perkembangan tersendiri.

 Zaman penyusunan merupakan kemuncak kepada perkembangan ilmu usul


fiqh.

 Imam SyafiÊi menjadi penyusun pertama ilmu usul fiqh.

 Pembaharuan terus dilakukan dalam penyusunan dan penulisan usul fiqh


sehingga hari ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU USUL AL-FIQH

Aliran ahli ilmu al-Kalam Imam mujtahid


Aliran hanafi Metodologi ijtihad
Aliran mutaakhirin QawaÊid fiqh
Dalil ijmali/menyeluruh Sahabat
Dalil tafsili/terperinci TabiÊin
Fiqh Usul fiqh
Ijtihad

Abdul Latif Muda,Rosmawati Ali (1992). Pengantar Usul Fiqh. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam. Bahagian A: Mukaddimah Usul Fiqh

Abu Zahrah, Muhammad (1955). Usul Fiqh. Kaherah: Dar al-Fikr al-ÂArabi. Bab
Pendahuluan: Pengenalan Ilmu Usul Fiqh, Definisi dan Kandungan

Kamali, Muhammad Hashim (1989). Principles of Islamic jurisprudence. Petaling


Jaya: Pelanduk Publications. Chapter 1: Introduction to Usul al-Fiqh

Khallaf, Abd al-Wahhab (1981). ÂIlm Usul al- Fiqh. Kuwait; Dar al-Qalam. Bab
Pendahuluan : Pengenalan Usul Fiqh

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Teori Hukum
2 Islam dan
Pembahagiannya
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan hukum Islam;
2. Mengenal pasti bahagian-bahagian hukum Islam;
3. Membezakan antara hukum taklifi dan hukum wadÊi; dan
4. Menghuraikan perbezaan pandangan para ulama tentang bentuk
pembahagian hukum taklifi dan justifikasi masing-masing.

 PENGENALAN
Sebelum ini, kita telah membincangkan secara umum mengenai latar belakang
ilmu Usul Fiqh serta sejarah perkembangannya. Menerusi perbincangan tersebut,
kita sebenarnya dapat merumuskan bahawa Usul Fiqh mempunyai kaitan yang
sangat rapat dengan persoalan hukum. Ini disebabkan ia merupakan metodologi
kepada penentuan hukum dalam pelbagai isu kehidupan. Justeru itu, topik kedua
ini akan menumpukan perbincangan kepada persoalan teori hukum Islam yang
perlu difahami oleh pelajar pengajian Syariah.
 
Perbincangan dalam topik ini akan menyentuh mengenai definisi hukum sama
ada dari kaca mata ulama Fiqh mahupun ulama Usul Fiqh, huraian mengenai
pembahagian hukum kepada taklifi dan wadÊi serta perbezaan di antara kedua-
duanya. Selain itu juga, para pelajar akan turut didedahkan kepada
perbincangan mengenai bahagian-bahagian hukum taklifi dan hukum wadÊi
secara lebih terperinci seperti yang telah digariskan oleh para ulama usul fiqh.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 TEORI HUKUM ISLAM DAN PEMBAHAGIANNYA

AKTIVITI 2.1
Tentu anda pernah mendengar istilah hukum. Sebelum anda
lanjutkan perbincangan dalam tajuk ini, apakah yang anda faham
mengenai istilah tersebut dalam amalan ibadat harian anda?

2.1 DEFINISI DAN KONSEP HUKUM ISLAM


Dalam topik ini, perbincangan akan menyentuh definisi hukum Islam:
(a) Menurut bahasa dan istilah; dan
(b) Menurut ulama fiqh dan ulama usul fiqh.

2.1.1 Definisi Hukum Menurut Bahasa dan Istilah


Dalam membincangkan definisi hukum, ia boleh dihuraikan berasaskan dua
perspektif yang utama iaitu definisi hukum dari perspektif bahasa dan juga
istilah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Definisi hukum secara umum

Pada penggunaan harian hukum biasa difahami sebagai peraturan, perintah,


kekuasaan atau ketentuan mengenai sesuatu. Jadual 1.1 menerangkan definisi
hukum dari segi bahasa dan juga istilah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TEORI HUKUM ISLAM DAN PEMBAHAGIANNYA  23

Jadual 1.1: Definisi Hukum Dari Segi Bahasa dan Istilah

Bahasa Istilah
Hukum didefinisikan secara Hukum didefinisikan sebagai
mudah sebagai suatu penegahan khitab/perintah Allah s.w.t yang berkait
atau larangan. dengan perbuatan mukalaf sama ada dalam
bentuk iqtidaÊ(perintah atau arahan),
takhyir (pilihan) atau wadÊi (ketentuan).

Khitab Allah s.w.t dalam bentuk iqtidaÊ dan takhyir akan membentuk jenis
hukum yang dikenali sebagai hukum-hukum taklifi manakala khitabNya yang
berbentuk wadÊi pula akan menghasilkan hukum-hukum wadÊi. Ini dapat
digambarkan dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.2: Khitab Allah dan hubungannya dengan hukum


 
Khitab Allah s.w.t di sini bermaksud, mesej daripada Allah s..w.t yang ingin
disampaikan kepada mukalaf menerusi utusanNya, Muhammad s.a.w dalam
bentuk wahyu yang terkandung dalam al-Quran dan juga Sunnah. Secara lebih
tepat, mesej tersebut merangkumi segala ketentuan Allah s.w.t secara mutlak sama
ada ia diturunkan secara langsung daripadaNya seperti al-Quran atau menerusi
perantaraan seperti Sunnah, Ijmak, Qiyas dan dalil-dalil syarak yang lain.

Ini kerana kesemua dalil ini pada hakikatnya merupakan penjelas kepada mesej
yang ingin disampaikan oleh Allah s.w.t kepada para mukalaf. Mesej hukum yang
ingin disampaikan oleh khitab Allah daripada pelbagai dalil tadi memerlukan
tumpuan dan penelitian sehingga sampai kepada ketentuan hukum tertentu.
 
Menurut Prof. Dato Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, bahkan khitab Allah s.w.t
yang terkandung dalam wahyu itu sendiri tidak boleh diketahui dengan jelas
mesej hukumnya melainkan melalui kefahaman yang benar. Oleh yang demikian
ia hanya dikuatkuasakan ke atas individu bertaraf mukalaf sahaja.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 TEORI HUKUM ISLAM DAN PEMBAHAGIANNYA

Kefahaman yang dimaksudkan di atas dikenali sebagai fiqh seperti yang telah
dihuraikan dalam Topik 1 sebelum ini yang merupakan kefahaman mengenai
hukum Islam berdasarkan dalil-dalilnya yang bersifat tafsili.
 
Meskipun fiqh atau hukum Islam itu pada hakikatnya adalah khitab Allah s.w.t
yang dizahirkan menerusi wahyu, namun bentuk dan rumusannya boleh
dipengaruhi oleh beberapa latar belakang terutamanya pada perkara yang tidak
dijelaskan secara pasti oleh nas. Antara faktor yang boleh mempengaruhi
kesimpulan hukum yang dibuat adalah kemampuan intelek para ulama yang
terlibat dalam menafsirkan hukum daripada sesuatu dalil syarak.
 
Antaranya juga adalah faktor persekitaran dan realiti semasa dan setempat.
Dengan lain perkataan, hukum yang dirumuskan oleh para ulama tidak
semestinya akan bersifat kudus daripada sebarang kritikan dan penilaian
(mukaddas) dan kekal abadi seperti wahyu dan Syariat Islam itu sendiri.
Lantaran itu, perubahan dalam fiqh atau hukum yang terhasil dari kefahaman
mengenai sesuatu isu, akan menyebabkan perubahan hukum yang bakal
diputuskan dengan berdasarkan faktor-faktor yang mempengaruhi agar ia
dilihat sentiasa relevan dengan perubahan zaman dan juga tempat.

2.1.2 Definisi Hukum Menurut Ulama Fiqh dan Ulama


Usul Fiqh
Tahukah anda bahawa istilah hukum telah didefinisikan secara berbeza oleh dua
golongan ulama Islam iaitu para ulama fiqh dan para ulama usul fiqh? Yang
akan menjadi fokus perbincangan modul ini adalah merujuk kepada definisi
para ulama usul fiqh.

Perbezaan tafsiran yang diberikan oleh kedua-dua golongan ini adalah merujuk
kepada perbezaan perspektif yang dilihat oleh mereka. Ini kerana kedua-dua
golongan ini menafsirkan istilah hukum dari dua perspektif yang berlainan
mengikut disiplin ilmu masing-masing.

Menurut ulama usul fiqh, hukum ditafsirkan sebagai khitab Allah s.w.t itu
sendiri atau dengan lain perkataan, ia merupakan nas atau dalil-dalil syarak.
Sebaliknya, ulama fiqh pula mentakrifkan hukum sebagai kesan hukum yang
boleh dikeluarkan daripada dalil-dalil syarak tadi mengenai sesuatu perkara
seperti hukum wajib, sunat, haram dan sebagainya.

Sebagai contoh, firman Allah s.w.t: „.. dan janganlah kamu menghampiri zina.‰
sudah dianggap sebagai hukum oleh ulama usul fiqh sedangkan ia dianggap
sebagai dalil oleh ulama fiqh. Ini kerana ulama fiqh menganggap kesan atau

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TEORI HUKUM ISLAM DAN PEMBAHAGIANNYA  25

natijah hukum yang boleh dikeluarkan daripada firman Allah s.w.t di atas tadi
iaitu pengharaman zina adalah hukum yang sebenar. Sementara firman Allah
berkaitan hal tersebut hanya bersifat sebagai dalil dan sumber bukannya hukum.

SEMAK KENDIRI 2.1


1. Berasaskan pemahaman anda terhadap perbincangan di atas,
berikan definisi hukum menurut ulama usul fiqh.
2. Nyatakan perbezaan antara perspektif ulama fiqh dan ulama
usul fiqh terhadap istilah hukum berserta contoh.

2.2 BAHAGIAN-BAHAGIAN HUKUM ISLAM


Ulama usul fiqh telah membahagikan hukum kepada dua bahagian utama, iaitu:
(a) Hukum taklifi; dan
(b) Hukum wadÊi.

2.2.1 Hukum Taklifi


Apakah yang dimaksudkan dengan hukum taklifi?

Hukum taklifi biasa ditakrifkan sebagai hukum tugasan kerana ia berkait


ketetapan dan arahan untuk melakukan sesuatu atau meninggalkan atau
membuat pilihan.

Kenapa ia dinamakan taklifi?


 
Jenis hukum ini dinamakan sebagai taklifi kerana ia mengandungi elemen
pentaklifan atau tanggungjawab agama yang dibebankan ke atas manusia sama
ada tanggungjawab tersebut dinyatakan menerusi arahan agar ia dilakukan
(talab al-fiÊl), atau ditinggalkan (talab al-Kaf) atau sebagai suatu pilihan antara
melakukannya atau meninggalkannya (takhyir).
 
Tidakkah anda merasa aneh kenapa pentaklifan dalam bentuk takhyir juga
dianggap sebagai hukum taklifi ? Jika taklifi itu bermaksud satu bebanan, maka
pentaklifan dalam bentuk takhyir tidak sesuai diletakkan di bawah bahagian

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 TEORI HUKUM ISLAM DAN PEMBAHAGIANNYA

hukum taklifi memandangkan ia hanya bersifat pilihan dan bukannya suatu


bentuk bebanan tanggungjawab yang mesti ditunaikan tanpa ada pilihan
sebagaimana berlaku pada arahan melakukan (sebagai contoh wajib melakukan
solat lima waktu) atau meninggalkan sesuatu (sebagai contoh wajib menjauhkan
diri dari perbuatan zina).

Namun demikian, para ulama usul fiqh tetap memasukkannya ke dalam


bahagian hukum taklifi memandangkan ia masih mempunyai kaitan dengan
mukalaf dan merupakan salah satu bentuk hukum yang wujud dalam
kehidupan beragama bagi seseorang Muslim.

(a) Bahagian Hukum Taklifi


Hukum taklifi boleh dibahagikan kepada lima bahagian seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.3.

Rajah 2.3: Bahagian hukum taklifi

Setiap bahagian hukum taklifi ini diterangkan dalam Jadual 2.2.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TEORI HUKUM ISLAM DAN PEMBAHAGIANNYA  27

Jadual 2.2: Bahagian Hukum Taklifi

Hukum Penerangan
Wajib Dikenal pasti menerusi dalil yang berbentuk iqtidaÊ iaitu dalil
yang mengandungi arahan secara tegas agar sesuatu perkara
dilakukan seperti wajibnya solat fardu, zakat, haji kepada sesiapa
yang berkemampuan dan sebagainya. Oleh itu setiap mukalaf
mesti mengerjakannya secara pasti.
Sunat Dikenal pasti menerusi dalil yang juga berbentuk iqtidaÊ. Tetapi
arahan dalam dalil ini tidak secara tegas. Oleh itu segala yang
berbentuk sunat tidak mesti dilakukan secara pasti. Cukup
sekadar ia digalakkan supaya dilakukan. Antara contoh hukum
sunat ialah sunat mencatatkan hutang, menunaikan solat rawatib,
puasa pada tarikh 13, 14 dan 15 dalam setiap bulan Hijrah dan
sebagainya.
Bezanya dengan hukum wajib hanyalah pada ketegasan sifat
arahan. Jika arahan itu tegas maka ia adalah wajib. Jika sebaliknya
ia adalah sunat.
Haram Dikenal pasti menerusi dalil yang berbentuk iqtidaÊ yang
menyatakan arahan secara tegas supaya sesuatu perkara tidak
dilakukan. Antara contoh hukum haram ialah seperti pengharaman
zina, mencuri, membunuh dan lain-lain. Oleh itu meninggalkan
sesuatu yang haram adalah dituntut secara pasti.
Makruh Dikenal pasti menerusi dalil yang berbentuk iqtidaÊ yang
menyatakan arahan tidak secara tegas supaya sesuatu perkara
tidak dilakukan. Oleh itu meninggalkan perkara makruh adalah
digalakkan dan bukannya satu kemestian. Antara contoh hukum
makruh ialah banyak bertanya pada perkara-perkara yang tidak
perlu.
Harus Dikenal pasti menerusi dalil syarak yang berbentuk takhyir
(pilihan) di mana ia tidak menyatakan tentang arahan mahupun
larangan yang perlu diikuti sama ada secara tegas atau tidak.
Oleh itu, perkara yang telah ditetapkan sebagai harus dianggap
sebagai suatu perkara yang bebas untuk dilakukan atau
sebaliknya.
Antara contoh hukum harus ialah berburu, memakan makanan
yang lazat, makan secara berkumpulan atau bersendirian dan
sebagainya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 TEORI HUKUM ISLAM DAN PEMBAHAGIANNYA

2.2.2 Hukum Wad’i


Apakah yang dimaksudkan dengan hukum wadÊi?

Hukum wadÊi boleh ditakrifkan sebagai hukum ketentuan di mana Allah


s.w.t menjadikan sesuatu perkara sebagai sebab kepada perkara yang lain
atau syarat kepadanya atau halangan (maniÊ) daripadanya.

Rajah 2.4 menunjukkan tiga bahagian hukum wadÊi.

Rajah 2.4: Bahagian hukum wadÊi

Ketiga-tiga perkara ini iaitu sebab, syarat mahupun halangan dianggap sebagai
hukum ketentuan kerana ia akan menentukan sah atau batalnya sesuatu hukum
fiqh. Keadaan ini berlaku menerusi perkaitan yang dibina di antara dua perkara
iaitu di antara sebab dan perkara yang disebabkan olehnya (musabab), syarat
dan perkara yang disyaratkan dengannya serta maniÊ dan perkara yang telah
dihalang kerana kewujudannya.

Jadual 2.3 menerangkan contoh-contoh bahagian hukum wadÊi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TEORI HUKUM ISLAM DAN PEMBAHAGIANNYA  29

Jadual 2.3: Contoh-contoh Bahagian Hukum WadÊi

Bahagian Contoh
Hukum WadÊi
Sebab Antara contoh sebab (bahagian hukum wadÊi yang pertama) yang
boleh menentukan sesuatu hukum ialah seperti firman Allah
s.w.t: „Dan dirikanlah solat dari saat matahari tergelincir⁄‰ di
mana Allah s.w.t telah menjadikan gelincir matahari sebagai
sebab kepada wajibnya solat zuhur. Daripada contoh tadi, gelincir
matahari menjadi sebab wajibnya solat zuhur menjadi musabab.
Syarat Manakala contoh bagi syarat pula ialah seperti firman Allah s.w.t:
„Dan mengerjakan haji di Baitullah adalah kewajipan manusia
terhadap Allah (iaitu) bagi sesiapa yang mampu menyiapkan diri
menuju ke arahnya‰. Dalam ayat ini Allah s.w.t telah menjadikan
kemampuan mengerjakan haji sebagai syarat bagi wajibnya haji.
Dengan maksud sesiapa yang tidak memenuhi syarat
kemampuan maka kewajipan haji tidak tertanggung olehnya.
Halangan Contoh bagi halangan pula dapat diperhatikan menerusi sabda
Rasulullah s.a.w: „Diangkatkan qalam (tidak dikenakan dosa) ke
atas tiga golongan: orang yang tidur sehinggalah dia jaga (dari
tidurnya), kanak-kanak sehinggalah dia baligh dan daripada
orang gila sehinggalah dia sedar (dari gilanya)‰. Menerusi hadis
ini, baginda s.a.w telah menjadikan tidur, kecil (usia muda) dan
gila sebagai maniÊ atau halangan daripada dikenakan dosa
terhadap tindakan yang bersalahan dengan syarak.

AKTIVITI 2.2

Sebutkan dua bahagian hukum dan nyatakan perincian bagi setiap


daripada dua bahagian tersebut.

2.3 PERBEZAAN DI ANTARA HUKUM TAKLIFI


DAN HUKUM WAD’I
Daripada keterangan di atas sudah tentu jelas menunjukkan antara kedua-dua
jenis hukum tersebut terdapat perbezaannya. Antara yang jelas ialah tiga
perbezaan utama seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.4.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 TEORI HUKUM ISLAM DAN PEMBAHAGIANNYA

Jadual 2.4: Perbezaan di antara Hukum Taklifi dan Hukum WadÊi

Hukum Taklifi Hukum WadÊi


(a) Hukum taklifi merupakan hukum (a) Sebaliknya, hukum wadÊi merupakan
tugasan di mana ia menetapkan hukum ketentuan di mana ia
arahan supaya melakukan sesuatu menentukan sejauh mana sah atau
perkara atau arahan batalnya sesuatu hukum berdasarkan
meninggalkannya atau memilih di perkaitan suatu perkara dengan
antara melakukannya atau tidak. sesuatu sebab, syarat atau halangan
yang boleh menentukan hukumnya.
Oleh yang demikian, jika sekiranya
sebab atau syarat kepada suatu
hukum dan kewajipan tidak wujud
maka perkara tersebut boleh dianggap
tidak wujud atau tidak sah. Tidak
akan wujud kewajipan solat zuhur jika
tidak tergelincirnya matahari. Tidak
akan sahnya solat jika dilakukan tanpa
wuduk kerana ia menjadi syarat
kesahan solat yang dikerjakan.
Keadaan yang sama juga berlaku
dalam kes maniÊ atau halangan di
mana kewujudannya dalam sesuatu
perkara akan menyebabkan
hukumnya terhalang dan terbatal.
(b) Al-mukalaf fih atau perkara yang (b) Sebaliknya, perkara yang dibincangkan
berkait dengan perbincangan dalam hukum wadÊi tidak semestinya
hukum taklifi yang terdiri daripada boleh dikawal oleh mukalaf kerana
wajib, sunat, haram, makruh, sunat terdapat sebahagian daripadanya
dan harus mampu dikawal oleh berada di luar kemampuan beliau.
seseorang mukalaf. Di mana dia
Sebagai contoh, antara perkara yang
mampu melakukan atau
boleh dikawal oleh mukalaf ialah
meninggalkan perbuatan yang
perbuatan mencuri dan zina sebagai
disuruh, dilarang atau diberikan
sebab kepada perlaksanaan hukuman
pilihan mengikut keinginannya
hudud, kehadiran saksi sebagai syarat
sendiri.
kesahihan perkahwinan dan
Sebagai contoh, dia mampu perbuatan membunuh sebagai maniÊ
melakukan kewajipan solat. Dia (halangan) kepada hak seorang
juga mampu untuk meninggalkan pembunuh menerima pusaka waris
zina. Ini kerana kedua-dua perkara yang dibunuhnya.
tersebut merupakan perkara yang
Manakala contoh bagi hukum wadÊi
berada di bawah kawalan manusia.
yang berada di luar kawalan mukalaf
Perkara ini berlaku kerana matlamat
pula ialah seperti gelincir matahari
di sebalik hukum taklifi ialah
sebagai sebab kepada kewajipan
supaya mukalaf mampu melakukan
menunaikan solat zuhur, baligh

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TEORI HUKUM ISLAM DAN PEMBAHAGIANNYA  31

perbuatan-perbuatan tersebut sebagai syarat menghentikan hak wali


sepertimana yang diarahkan. Jika untuk menguruskan hal ehwal kanak-
tidak, nescaya pentaklifan yang kanak yang berada di bawah
ditetapkan oleh syarak akan jagaannya dan kewujudan penyakit
dianggap sebagai suatu yang sia-sia gila sebagai maniÊ kepada kesahihan
kerana ia tidak mampu dilakukan akad yang dimeterai olehnya.
oleh para mukalaf.
(c) Hukum taklifi hanya (c) Sebaliknya, hukum wadÊi turut
membincangkan hal-hal berkaitan membincangkan bersama hal-hal yang
dengan mukalaf sahaja. berkaitan dengan individu yang
bukan mukalaf. Contohnya, kanak-
kanak dan orang gila. Sebagai contoh,
hukum wadÊi membincangkan sama
ada tindakan yang diambil oleh dua
golongan tersebut terutamanya dalam
perlaksanaan kontrak jual beli
dianggap sah atau sebaliknya.

SEMAK KENDIRI 2.2

1. Apakah yang membezakan di antara haram dan makruh dan


di antara wajib dan sunat?
2. Berikan contoh kepada setiap bahagian hukum taklifi dan
wadÊi.
3. Berikan dua perbezaan antara hukum taklifi dan wadÊi
berserta contoh yang munasabah.

2.4 PANDANGAN ULAMA MENGENAI


BENTUK PEMBAHAGIAN HUKUM TAKLIFI
DAN JUSTIFIKASI MASING-MASING
Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan tentang pandangan ulama
mengenai bentuk pembahagian hukum taklifi. Dalam hal ini, para ulama telah
berselisih pandangan kepada dua pandangan utama iaitu:
(a) Majoriti ulama; dan
(b) Ulama Hanafiyyah.
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 TEORI HUKUM ISLAM DAN PEMBAHAGIANNYA

Kedua-dua golongan tersebut berselisih pandangan pada menentukan bilangan


hukum taklifi. Menurut majoriti ulama, hukum taklifi terbahagi kepada lima
bahagian, iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus.

Sebaliknya ulama Hanafiyyah telah memperincikan pembahagiannya dengan


menambah hukum fardu sebagai pecahan dari wajib dan hukum makruh tanzihi
dan makruh tahrimi sebagai perincian kepada hukum makruh. Rajah 2.5
menyenaraikan hukum taklifi di sisi ulama Hanafiyyah.

Rajah 2.5: Hukum taklifi di sisi ulama Hanafiyyah

Jadual 2.5 menerangkan bahagian hukum taklifi berserta maksudnya


berdasarkan pandangan ulama hanafiyyah.

Jadual 2.5: Bahagian Hukum Taklifi Berserta Maksudnya Berdasarkan Pandangan Ulama
Hanafiyyah

Hukum Maksud
Takrif Ulama Hanafiyyah berpandangan wujud perbezaan di antara
Fardu hukum wajib dan fardu. Menurut mereka, fardu ditakrifkan
sebagai sesuatu perkara yang telah diputuskan berdasarkan dalil
yang qatÊi (iaitu dalil yang tidak mempunyai sebarang keraguan)
seperti al-Quran dan Hadis Mutawatir atau Masyhur.
Antara contoh perkara yang dianggap fardu seperti beriman
dengan rukun Islam yang lima. Ia dinyatakan menerusi al-Quran.
Begitu juga kefarduan membaca ayat-ayat al-Quran ketika berdiri
dalam solat kerana berdasarkan Hadis Mutawatir dan Masyhur.
Takrif Sebaliknya, hukum wajib ditakrifkan oleh Hanafiyyah sebagai
Wajib perkara yang diputuskan menerusi dalil hukum yang bersifat zanni
di mana ia dianggap mempunyai kemungkinan untuk berlaku
keraguan. Oleh yang demikian, mereka menegaskan bahawa hukum
menunaikan zakat fitrah, solat witir dan solat dua hari raya
dianggap sebagai wajib memandangkan kesemua hukum bagi kes-
kes telah diputuskan menerusi Hadis Ahad iaitu hadis yang
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 TEORI HUKUM ISLAM DAN PEMBAHAGIANNYA  33

diriwayatkan oleh para perawi yang bilangannya kurang daripada


tiga orang pada mana-mana tiga generasi utama (iaitu sahabat,
tabiÊin dan tabi tabiÊin) selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Sehubungan dengan ini, para ulama Hanafiyyah menegaskan
bahawa sesiapa yang dengan sengaja mengingkari amalan yang
telah diputuskan sebagai fardu dia dianggap terkeluar daripada
Islam. Sebaliknya, jika dia mengingkari amalan yang wajib, dia
hanya dianggap fasiq dan masih kekal sebagai seorang muslim.
Takrif  Berkenaan hukum makruh pula, ulama Hanafiyyah turut
Makruh  membahagikannya kepada dua; makruh tahrimi dan makruh
Tahrimi  tanzihi. Menurut mereka, kedua-dua bentuk makruh ini
mempunyai perbezaan.
Makruh tahrimi ditakrifkan sebagai perkara yang diperintahkan
oleh syarak agar ditinggalkan secara tegas berdasarkan dalil zanni
seperti Hadis Ahad. Antara contoh amalan yang dihukumkan
sebagai makruh tahrimi ialah membeli barangan yang telah
ditempah orang lain, meminang tunang orang lain dan sebagainya.
Hukum ini berdasarkan Hadis Ahad yang disabdakan oleh
Rasulullah s.a.w: „Janganlah seseorang individu menjual ke atas
jualan saudaranya dan janganlah (juga) dia meminang atas
pinangan orang lain‰.
Makruh tahrimi boleh berubah menjadi haram sekiranya larangan
daripada melakukan sesuatu amalan dinyatakan menerusi dalil
yang qatÊi seperti ayat al-Quran, Hadis Mutawatir mahupun Hadis
Masyhur. Sebagai contoh, pengharaman mencuri, berzina dan
sebagainya. Sesiapa yang mengingkari hukum haram yang
diputuskan menerusi dalil yang qatÊi maka dia dianggap terkeluar
daripada Islam. Namun demikian, jika dia hanya mengingkari
hukum makruh tahrimi dia dianggap seorang yang fasiq dan
masih bergelar Muslim.
Takrif Manakala makruh tanzihi, ia ditakrifkan oleh ulama Hanafiyyah
Makruh sebagai perkara yang diperintahkan oleh syarak agar ia ditinggalkan
Tanzihi dengan secara yang tidak tegas. Dengan lain perkataan, makruh
tanzihi di sisi ulama Hanafiyyah sebenarnya adalah merupakan
hukum makruh yang difahami oleh jumhur ulama. Antara contoh
kes yang dihukumkan dengan makruh tanzihi di sisi mereka ialah
memakan daging kuda kerana ia diperlukan dalam peperangan,
mengambil wuduk daripada baki air yang diminum oleh kucing dan
burung pemangsa dan sebagainya.

Sebagai kesimpulan, bentuk pembahagian hukum taklifi yang digariskan oleh


jumhur ulama adalah berbeza berbanding apa yang diterima oleh ulama
Hanafiyyah. Ini kerana jumhur membahagikan hukum taklifi kepada lima, iaitu
wajib atau fardu, sunat, haram, makruh dan harus. Sebaliknya, ulama

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 TEORI HUKUM ISLAM DAN PEMBAHAGIANNYA

Hanafiyyah pula membahagikannya kepada tujuh, iaitu fardu, wajib, sunat,


haram, makruh tahrimi, makruh tanzihi dan harus.

2.4.1 Justifikasi Terhadap Perbezaan Ulama Dalam


Pembahagian Hukum Taklifi
Kenapa ulama majoriti dan ulama Hanafiyyah berbeza pandangan dalam
menjumlahkan hukum taklifi? Perbezaan pandangan yang timbul di antara dua
golongan ulama di atas sebenarnya adalah berpunca daripada perbezaan
perspektif yang dilihat untuk menilai sesuatu dalil dan konsep hukum yang
diputuskan daripada dalil tersebut.

Ulama Hanafiyyah contohnya, menilai sesuatu hukum dari perspektif kekuatan


dalil dalam menerangkan arahan atau larangan yang terkandung di dalamnya.
Oleh itu, mereka membezakan di antara fardu dan wajib memandangkan
perbezaan kekuatan dalil di antara yang qatÊi dan yang zanni. Oleh itu, mereka
menganggap hukum yang diputuskan menerusi dalil qatÊi adalah lebih kukuh
maka ia dinamakan sebagai fardu ataupun haram.

Manakala bagi hukum yang diputuskan menerusi dalil zanni, ia dianggap sama
ada sebagai wajib atau makruh tahrimi sahaja memandangkan keautoritian dalil
tersebut tidak cukup kuat untuk menegaskan sesuatu hukum.

Sebaliknya, jumhur ulama pula lebih memberikan penekanan kepada


kandungan yang ingin disampaikan menerusi dalil hukum. Lantaran itu, mereka
kurang membincangkan persoalan kekuatan dalil dari sudut qatÊi atau zanni. Ini
kerana mereka menganggap sesuatu dalil hukum sudah boleh diterima
sekiranya ia telah disahkan sebagai sahih sekalipun statusnya hanyalah zanni
seperti Hadis Ahad. Oleh yang demikian, faktor ini telah mendorong jumhur
ulama untuk tidak membezakan antara fardu dan wajib atau haram dan makruh
tahrimi sekalipun setiap satunya dilihat mempunyai sedikit perbezaan
sepertimana yang telah ditegaskan oleh ulama Hanafiyyah.

SEMAK KENDIRI 2.3


1. Bincangkan asas yang membentuk perbezaan di antara ulama
majoriti dan ulama Hanafiyyah dalam membahagikan hukum
taklifi.
2. Nyatakan perbezaan antara makruh tahrimi dan makruh
tanzihi dan antara fardu dan wajib di sisi ulama Hanafiyyah
berserta contoh.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TEORI HUKUM ISLAM DAN PEMBAHAGIANNYA  35

 Definisi hukum ialah ialah khitab Allah yang berkait dengan perbuatan
mukalaf sama ada bersifat iqtidaÊ, takhyir atau wadÊi.

 Khitab Allah yang berbentuk iqtidaÊ dan takhyir membentuk jenis hukum
taklifi manakala yang berbentuk wadÊi menghasilkan hukum wadÊi.

 Menurut  ulama  usul  fiqh,  hukum  ditafsirkan  sebagai  khitab  Allah  s.w.t  itu 
sendiri  (dalil‐dalil  syarak)  tetapi  sebaliknya,  ulama  fiqh  mentakrifkannya 
sebagai kesan daripada penafsiran terhadap dalil‐dalil syarak. 

 Hukum  Taklifi  ditakrifkan  sebagai  hukum  tugasan  di  mana  ia  menerbitkan 
suatu  tugasan  daripada  arahan  melakukan  sesuatu  perkara  (talab  al‐fi’l), 
arahan  meninggalkannya  (talab  al‐Kaf)  atau  pilihan  sama  ada  untuk 
melakukannya atau tidak (takhyir).  

 Ia  dinamakan  sedemikian  kerana  ia  mengandungi  elemen  pentaklifan  atau 


tanggungjawab  agama  yang  dibebankan  ke  atas  manusia.  Ia  terbahagi 
kepada lima iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. 

 Hukum Wad’i pula ditakrifkan sebagai hukum ketentuan di mana Allah s.w.t 
menentukan  sesuatu  perkara  sebagai  sebab  kepada  perkara  yang  lain  atau 
syarat kepadanya atau halangan (mani’) daripadanya.  

 Hukum  Taklifi  mempunyai  beberapa  perbezaan  jika  dibandingkan  dengan 


Hukum  Wad’i.  Pertama;  Hukum  Taklifi  berperanan  menetapkan  hukum 
menerusi  arahan  atau  larangan  daripada  melakukan  sesuatu  perkara, 
sedangkan Hukum Wad’i merupakan hukum ketentuan kerana ia menentukan 
sejauhmana  sah  atau  batalnya  sesuatu  hukum  fiqh  dengan  berdasarkan 
perkaitan sesuatu perbuatan dengan sebab, syarat atau mani’. Kedua, kesemua 
al‐mukallaf  fih  bagi  Hukum  Taklifi  boleh  dikawal  oleh  mukalaf  sedangkan 
bukan  semua  al‐mahkum  fih  bagi  Hukum  Wad’i  berada  dalam  kawalan 
mukalaf.  Ketiga,  Hukum  Taklifi  hanya  membincangkan  hal‐hal  berkaitan 
mukalaf sahaja, sedangkan Hukum Wad’i turut membincangkan bersama hal‐
hal yang berkaitan dengan individu bukan mukalaf. 

 Menurut  jumhur,  Hukum  Taklifi  terbahagi  kepada  lima  iaitu  wajib,  sunat, 
haram,  makruh  dan  harus.  Sebaliknya,  golongan  Hanafiyyah  telah 
memperincikan  pembahagiannya  di  mana  mereka  memperkenalkan  hukum 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 TEORI HUKUM ISLAM DAN PEMBAHAGIANNYA

fardu  sebagai  pecahan  daripada  hukum  wajib  dan  makruh  tahrimi  serta 
makruh tanzihi yang dianggap pecahan daripada hukum makruh. 

 Perbezaan pembahagian hukum taklifi di antara ulama majoriti dengan


ulama Hanafiyyah adalah merujuk kepada kekuatan dalil yang menjadi
sandaran hukum.

Dalil qatÊie Makruh tahrimi dan makruh tanzihi


Dalil zanni Sebab, syarat dan halangan
Fardu Ulama Hanafiyyah
Hukum Ulama majoriti
Hukum taklifi Wajib, sunat, haram, makruh dan
harus
Hukum wadÊi

al-Zaydan, Abd al-Karim (1994). al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut: Muassasah 


al‐Risalah. Bab 1: al‐Hukm wa Aqsamuh, m.s. 23‐33.

al-Zuhayli, Wahbah (1998). Usul al-Fiqh al-Islami, cet. 2. Damsyik: Dar al-Fikr. 
Bab 1: al‐Hukm, m.s. 37‐114.

Mahmood Zuhdi Hj. Abd Majid (2001). „Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat
Malaysia yang Membangun‰ dlm. Abd Karim Ali dan Raihanah Azahari
(ed.), Hukum Islam Semasa, cet. 2. Kuala Lumpur: Akademi  Pengajian 
Islam. m.s. 1‐12. 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Hukum
3 Taklifi dan
Pembahagiannya
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan bahagian-bahagian hukum taklifi;
2. Mengenal pasti bahagian-bahagian hukum taklifi secara
terperinci; dan
3. Menerangkan contoh yang bertepatan bagi setiap bahagian-
bahagian kecil hukum taklifi.

 PENGENALAN
Sebelum ini, kita telah membincangkan secara umum mengenai definisi hukum,
pembahagiannya kepada taklifi dan wadÊi serta perbezaan yang wujud di antara
kedua-duanya. Justeru itu, sebagai lanjutan kepada perbincangan tersebut, Topik
3 ini akan membawa anda untuk lebih mendalami konsep hukum taklifi dan
pembahagiannya dengan lebih terperinci berdasarkan contoh-contoh yang
diberikan.

Perbincangan dalam bahagian ini akan merangkumi huraian mengenai


pembahagian bagi setiap hukum taklifi; wajib, sunat, haram, makruh dan
bersertakan dengan konsep yang jelas serta contoh-contoh yang relevan bagi
memastikan anda dapat memahami setiap bahagian hukum dan hubung kait
serta perbezaan yang wujud di antaranya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 3 HUKUM TAKLIFI DAN PEMBAHAGIANNYA

AKTIVITI 3.1
Sebelum anda melanjutkan pembacaan terhadap tajuk ini, anda
diminta supaya membuat semakan terhadap beberapa istilah yang
telah dihuraikan maksudnya dalam tajuk yang lepas.

3.1 KONSEP HUKUM TAKLIFI DAN


PEMBAHAGIANNYA
Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam Topik 2, hukum taklifi ditakrifkan
sebagai hukum tugasan yang berkaitan dengan arahan melakukan sesuatu
perkara (talab al-fiÊl) atau arahan meninggalkannya (talab al-Kaf) atau pilihan
sama ada untuk melakukannya atau meninggalkan (takhyir). Hukum taklifi
dinamakan sedemikian kerana ia mengandungi elemen pentaklifan atau
tanggungjawab agama yang dibebankan ke atas manusia seperti yang telah
dihuraikan sebelum ini. Hukum taklifi terbahagi kepada lima, iaitu wajib, sunat,
haram, makruh dan harus. Perbincangan mengenai bahagian-bahagian hukum
taklifi ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut di sub topik seterusnya.

3.2 KONSEP HUKUM WAJIB


Wajib merupakan hukum terhadap sesuatu perkara yang dituntut agar
dilakukan dengan berdasarkan dalil yang tegas dalam bentuk iqtidaÊ. Mukalaf
yang melaksanakan perkara wajib adalah dipuji sedangkan mereka yang
meninggalkannya boleh dikeji dan akan menerima penyeksaan yang setimpal di
akhirat nanti. Lebih berat daripada itu, individu yang mengingkari perkara wajib
yang disabitkan menerusi dalil yang berstatus qatiÊe seperti al-Quran dan Hadis
Mutawatir boleh dianggap sebagai telah keluar daripada Islam dan wajib
bertaubat. Sebaliknya, jika perkara wajib tersebut telah disabitkan oleh dalil yang
berstatus zanni maka individu yang mengingkarinya hanya dianggap menjadi
fasiq dan tetap wajib bertaubat.

Selain itu, perbincangan mengenai wajib turut diperselisihkan di kalangan ulama


terutamanya oleh mereka yang beraliran Hanafiyyah. Ini kerana mereka
mendakwa konsep wajib masih perlu diperincikan kerana ia hanya merujuk
kepada perkara yang dituntut agar dilakukan secara mesti menerusi dalil yang
berstatus zanni seperti Hadis Ahad dan Qiyas.

Sebaliknya, terdapat sejenis lagi hukum iaitu fardu yang mana merujuk kepada
perkara yang dituntut agar ia dilakukan secara tegas oleh dalil yang berstatus

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 HUKUM TAKLIFI DAN PEMBAHAGIANNYA  39

qatÊi seperti al-Quran, Hadis Mutawatir dan Hadis Masyhur. Namun demikian,
dakwaan ini telah ditolak oleh jumhur ulama. Perbincangan mengenai
perselisihan ulama dalam hal ini telah diterangkan dalam Topik 2 sebelum ini.

3.2.1 Pembahagian Hukum Wajib


Para ulama usul fiqh telah membahagikan hukum wajib kepada beberapa
bahagian tertentu. Pembahagian kecil ini penting kerana ia turut memberi kesan
kepada pelaksanaan hukum tersebut. Terdapat empat pembahagian hukum
wajib seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Pembahagian hukum wajib

(a) Pembahagian Wajib dari Sudut Ikatan Waktu Pelaksanaannya


Wajib dari sudut ini boleh dibahagikan kepada dua, seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 3.1, iaitu:

Jadual 3.1: Wajib Mutlaq dan Wajib Muqayyad

(i) Wajib Mutlaq


Wajib mutlaq merujuk kepada perkara yang dituntut oleh syarak agar ia
dilakukan tanpa diikat dengan waktu tertentu. Oleh yang demikian,
seorang mukalaf dibenarkan melakukannya pada mana-mana waktu
yang diingini. Namun begitu, dia digalakkan melakukannya dalam
masa yang terdekat kerana kematian merupakan suatu perkara yang
tidak boleh dijangka.
Antara contoh wajib mutlaq ialah mengqadakan puasa bagi mereka yang
telah meninggalkannya dengan keuzuran dan melunaskan hukuman
kafarah bagi mereka yang melanggari sumpah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 3 HUKUM TAKLIFI DAN PEMBAHAGIANNYA

(ii) Wajib Muqayyad


Wajib muqayyad pula merujuk kepada perkara yang dituntut oleh
syarak agar dilakukan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Seseorang
mukalaf wajib melakukan perkara wajib tersebut dalam masa yang
ditetapkan bagi mengelakkan balasan dosa.
Antara contoh wajib muqayyad ialah solat fardu, puasa Ramadan dan
seumpamanya. Sehubungan dengan ini, jika seseorang mukalaf
melakukan perkara wajib dengan sempurna dalam masanya yang telah
ditetapkan maka amalannya dianggap sebagai tunai (adaÊ). Namun, jika
dia melakukannya buat kali yang kedua (ulangan) dalam masa yang
masih berbaki lantaran amalan yang pertama kali tidak memenuhi
syarat maka tindakan ini dianggap sebagai ulangan (iÊadah). Namun,
jika dia telah melakukan perkara wajib tersebut di luar masa yang
ditetapkan maka amalannya dianggap sebagai qadaÊ.

(b) Pembahagian Wajib Berasaskan Penentuan Kadar


Menerusi pembahagian ini, wajib terbahagi kepada dua seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 3.2, iaitu:

Jadual 3.2: Wajib Muhaddad dan Wajib Ghayr Muhaddad

(i) Wajib Muhaddad


Wajib muhaddad bermaksud perkara wajib yang telah ditetapkan
kadarnya yang jelas oleh syarak. Selagi mana kewajipan yang
dinyatakan gagal dilaksanakan mengikut kadar yang sepatutnya, maka
bebanan tanggungjawab tersebut terus kekal dan dianggap sebagai
hutang yang wajib dilunaskan.
Sebagai contoh, kadar pengeluaran zakat, kadar pembayaran diyat,
kadar bayaran dalam transaksi jual beli yang telah dipersetujui dan
sebagainya.

(ii) Wajib Ghayr Muhaddad


Wajib ghayr muhaddad pula bermaksud perkara yang wajib dilakukan
tanpa ditentukan kadarnya oleh syarak. Sebagai contoh, bersedekah pada
jalan Allah s.w.t di mana kadar sedekah yang wajib disumbangkan dalam
keadaan ini adalah fleksibel, bergantung kepada keperluan semasa dan
boleh berubah-ubah mengikut keadaan individu yang memerlukannya.
Perkara-perkara yang termasuk dalam kategori wajib ghayr muhaddad
tidak boleh dianggap sebagai hutang yang boleh dituntut di kemudian hari
jika hanya diberi dengan kadar yang sedikit kerana ia tidak mempunyai
kadar tertentu seperti mana yang berlaku dalam wajib muhaddad.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 HUKUM TAKLIFI DAN PEMBAHAGIANNYA  41

(c) Pembahagian Wajib Berasaskan Penentuan Jenis


Wajib dari sudut ini terbahagi kepada dua, seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 3.3, iaitu:

Jadual 3.3: Wajib MuÊayyan dan Wajib Ghayr MuÊayyan

(i) Wajib MuÊayyan


Wajib muÊayyan bermaksud suatu kewajipan yang dituntut oleh syarak
agar dilakukan mengikut jenis yang telah ditetapkan tanpa diberi pilihan.
Sebagai contoh, solat dan puasa fardu, membayar zakat, membayar
hutang dan seumpamanya. Selagi mana perlaksanaannya gagal dilakukan
mengikut jenis yang telah ditetapkan, maka tanggungjawab untuk
melakukannya akan terus terbeban.
Sebagai contoh, jika seorang mukalaf belum menunaikan solat fardu
zuhur dalam waktunya tetapi sebaliknya, dia telah mendirikan solat sunat
rawatib dalam waktu yang sama, maka kewajipan untuk menunaikan
solat zuhur tersebut masih kekal menjadi tanggungjawabnya.

(ii) Wajib Ghayr MuÊayyan


Wajib ghayr muÊayyan (atau wajib mukhayyar) bermaksud suatu
kewajipan yang dituntut oleh syarak agar dilakukan tanpa dihadkan
jenisnya. Sebaliknya, syarak telah memberikan hak kepada mukalaf
untuk memilih salah satu kewajipan yang perlu dilakukan mengikut
kemampuan.
Antara contohnya, kewajipan melunaskan salah satu daripada tiga
bentuk kafarah sebagai hukuman akibat pelanggaran sumpah. Kafarah
tersebut adalah sama ada memberikan makanan kepada 10 orang
miskin; atau memberikan pakaian kepada mereka; atau membebaskan
seorang hamba; atau jika dia masih tidak berkemampuan maka sebagai
jalan terakhir, dia diwajibkan berpuasa selama tiga hari.

(d) Pembahagian Wajib Berasaskan Pihak yang Memikul Tanggungjawab


Pembahagian wajib dari sudut ini terbahagi kepada dua, seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 3.4, iaitu:

Jadual 3.4: Wajib ÂAini (Fardu ÂAin) dan Wajib KifaÊi (Fardu Kifayah)

(i) Wajib ÂAini (Fardu ÂAin)


Wajib Âaini merupakan suatu kewajipan yang dikenakan oleh syarak ke
atas setiap mukalaf di mana tanggungjawab untuk melaksanakannya
terbeban di atas bahu masing-masing. Sebarang tindakan mewakilkan
kewajipan ini dianggap terbatal dan tanggungjawab untuk
melakukannya terus kekal di bahu mukalaf yang terlibat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 3 HUKUM TAKLIFI DAN PEMBAHAGIANNYA

Antara contoh bagi kategori ini ialah kebanyakan ibadat-ibadat khusus


seperti solat fardu, puasa di bulan Ramadan, menunaikan Haji dan
sebagainya.

(ii) Wajib KifaÊi (Fardu Kifayah)


Wajib kifaÊi bermaksud suatu kewajipan yang dibebankan ke atas ramai
orang tetapi bukan untuk dilakukan oleh semua. Namun, ianya dikira
mencukupi jika satu kelompok dalam masyarakat telah melaksanakannya
sehingga baki ahli masyarakat yang lain dianggap terlepas daripada
tanggungjawab tersebut. Namun demikian, jika tidak wujud seorang pun
melakukan wajib kifaÊi, dosa akibat meninggalkannya akan ditanggung
oleh seluruh ahli masyarakat kerana mereka dianggap telah mengabaikan
suatu kewajipan.
Contoh bagi kategori ini ialah kepakaran yang diperlukan dalam bidang
peperangan, kehakiman, pengurusan, pengajian agama dan sebagainya.
Walau bagaimanapun sebagai tambahan, status wajib kifaÊi adakalanya
boleh berubah menjadi wajib Âain berasaskan keperluan.
Sebagai contoh, dalam keadaan negara diserang oleh musuh semua orang
berkewajipan mempertahankannya kerana jika tidak, semua penduduk
tanpa mengira peringkat dan pangkat akan menerima kesan negatifnya.

Ringkasan bahagian-bahagian wajib dapat dilihat dalam Rajah 3.2.

Rajah 3.2: Bahagian-bahagian wajib secara ringkas

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 HUKUM TAKLIFI DAN PEMBAHAGIANNYA  43

SEMAK KENDIRI 3.1


1. Jelaskan maksud hukum wajib.
2. Nyatakan pembahagian hukum wajib berasaskan EMPAT
aspek yang telah disebutkan.
3. Bezakan antara kewajipan solat fardu dan puasa Ramadan
jika dilihat dari aspek ikatan masa dan penentuan jenis.

3.3 KONSEP HUKUM SUNAT


Sunat atau juga dikenali sebagai nadb, nafilah, mustahab, tatawwuÊ dan fadilah
dari sudut istilah bermaksud, „perkara yang dituntut oleh syarak agar dilakukan
menerusi arahan yang tidak tegas‰. Justeru itu, individu yang melakukan
perkara sunat akan menerima pujian dan diberikan ganjaran pahala, namun
yang meninggalkannya tidaklah akan dikeji atau dianggap berdosa.

Antara contoh perkara sunat ialah solat rawatib, berpuasa pada hari ke 13, 14
dan 15 pada setiap bulan Hijrah, memberikan sedekah dan seumpamanya.
Namun demikian, adakalanya tindakan meninggalkan perkara sunat secara total
boleh mengundang kejian dan dosa kerana tindakan demikian seolah-olah cuba
menafikan kewujudan suatu amalan keagamaan sedangkan ia telah ditetapkan
oleh syarak menerusi dalil yang jelas.

Antara contohnya meninggalkan solat sunat rawatib terutamanya solat sunat


sebelum solat subuh yang jarang sekali ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.

3.3.1 Bahagian-bahagian Sunat


Sunat apabila dilihat dari sudut berat atau ringannya dengan galakan supaya
mengerjakannya. Ia dapat dikategorikan kepada tiga bahagian seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 3.3.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 3 HUKUM TAKLIFI DAN PEMBAHAGIANNYA

 
Rajah 3.3: Bahagian-bahagian sunat

(a) Sunah MuÊakkadah


Sunnah muÊakkadah bermaksud sunat yang sangat digalakkan daripada
perkara keagamaan yang sering dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan jarang
sekali ditinggalkannya.

Antara contoh bagi kategori sunat ini ialah solat sunat sebelum solat subuh,
suruhan agar azan dilaungkan bagi setiap solat fardu, berkumur dan
memasukkan air ke dalam hidung sewaktu berwuduk dan seumpamanya.

Perkara ini sekalipun dianggap sunat dan tidak membawa kepada kejian
mahupun dosa, namun tindakan meninggalkannya secara total boleh
membawa kepada dosa, kejian dan tindakan undang-undang daripada
pihak kerajaan. Ini kerana sesetengah daripadanya merupakan syiar Islam
serta boleh memberikan kesan negatif terutamanya kepada keharmonian
dalam kehidupan bermasyarakat.

(b) Sunnah Ghayr Muakkadah


Sunnah ghayr muakkadah ialah suatu perkara keagamaan yang dilakukan
oleh Rasulullah s.a.w, namun bukan secara konsisten. Antara contohnya
ialah solat sunat rawatib sebanyak empat rakaat sebelum solat Zuhur dan
Isyak, sedekah sunat, berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis pada
setiap minggu dan sebagainya.

(c) Sunnah al-ZawaÊid


Sunnah al-zawaÊid atau fadilah iaitu suatu tindakan yang cuba mencontohi
perlakuan Rasulullah s.a.w dalam kehidupan seharian baginda sebagai
seorang manusia. Antara contoh bagi kategori sunat ini ialah mencontohi
baginda dalam adab-adab makan dan minum, tidur, berjalan, corak
berpakaian dan sebagainya. 
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 HUKUM TAKLIFI DAN PEMBAHAGIANNYA  45

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Jelaskan faktor yang membezakan tuntutan yang bersifat


wajib dan sunat.
2. Nyatakan kesan dosa dan pahala pada seseorang yang
melakukan perkara yang sunat dan seorang yang
meninggalkannya

3.4 KONSEP HUKUM HARAM


Haram secara istilahnya bermaksud sesuatu perkara yang dituntut oleh syarak
agar ia ditinggalkan secara tegas. Sesiapa yang melakukannya dianggap
penjenayah agama dan berhak menerima kejian dan balasan seksaan di akhirat
kelak. Sebaliknya, sesiapa yang patuh dan tidak melakukan perkara haram maka
layak menerima pujian dan ganjaran pahala.

Maksud haram seperti yang dinyatakan di atas sebenarnya ialah pengertian yang
diberikan oleh jumhur ulama di mana mereka tidak membezakan di antara
perkara-perkara haram yang telah dilarang secara tegas sama ada menerusi dalil
syarak yang berstatus qatÊie seperti ayat al-Quran dan Hadis Masyhur mahupun
menerusi dalil yang berstatus zanni seperti Hadis Ahad dan metode qiyas.

Namun demikian, pandangan ini berbeza dengan apa yang dikemukakan oleh
ulama Hanafiyyah. Mereka telah membezakan di antara dua perkara tersebut. Bagi
mereka, istilah ÂharamÊ hanya akan dilabelkan kepada perkara yang dilarang secara
tegas menerusi dalil syarak yang qatÊie. Sebaliknya, perkara yang dilarang secara
tegas menerusi dalil syarak yang berstatus zanni dikenali sebagai makruh tahrim.
Menurut mereka, status kekuatan dalil zanni kurang diyakini. Perbincangan
mengenai hal ini sebenarnya telah disentuh dalam Topik 2 sebelum ini.

3.4.1 Bahagian-bahagian Haram


Hukum haram boleh dibahagikan kepada dua seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 3.4.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 HUKUM TAKLIFI DAN PEMBAHAGIANNYA

Rajah 3.4: Bahagian-bahagian haram

(a) Haram Lizatihi


Haram lizatihi merujuk kepada perkara yang telah diharamkan pada
asalnya kerana ia boleh memberikan kesan buruk secara total atau jauh
lebih banyak berbanding kesan baik yang mungkin wujud daripadanya.

Sebagai contoh, hukum arak adalah haram lizatihi kerana ia lebih banyak
memberikan kesan negatif kepada peminumnya seperti hilang kewarasan
akal, serta mencetuskan perbalahan dan ketagihan; sekalipun tidak dinafikan
ia boleh memberikan sedikit kebaikan seperti untuk memanaskan badan.
Seperti juga perzinaan, membunuh diri, mengahwini mahram, memakan
riba dan sebagainya.

Sekiranya perkara-perkara haram lizatihi dilakukan tanpa sebarang alasan


yang dibenarkan, maka hukumnya di sisi syarak adalah haram sama sekali.
Sebagai contoh, pembelian barangan yang najis atau haram seperti arak adalah
haram dan transaksi yang telah dilakukan dianggap sebagai tidak sah.

Keadaan yang sama juga dapat dilihat dalam perkahwinan sesama mahram
secara sengaja telah menafikan hak pewarisan pusaka sebagai suami isteri
adalah tidak wujud serta hak pensabitan nasab bagi anak yang lahir
daripadanya serta hak-hak lain kerana persetubuhan yang dilakukan
adalah dianggap zina.

(b) Haram Lighayrih


Haram lighayrih pula merujuk kepada hukum bagi perkara yang pada
asalnya adalah halal kerana ia memiliki kebaikan yang jauh lebih banyak
berbanding keburukan serta tidak pula memberikan sebarang kemudaratan
kepada manusia. Namun begitu, hukum bagi perkara tersebut kemudiannya
berubah menjadi haram dengan sebab wujudnya faktor luaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 HUKUM TAKLIFI DAN PEMBAHAGIANNYA  47

Sebagai contoh, hukum melakukan transaksi jual beli adalah harus namun
ia boleh menjadi haram lighayrih apabila dilakukan sewaktu azan
dilaungkan. Alasannya ialah kerana perlakuannya pada waktu tersebut
akan menyebabkan kelewatan daripada menunaikan solat fardu. Keadaan
yang sama juga berlaku dalam kes peminangan kerana sekalipun ia
merupakan suatu perkara yang disyariatkan (sunat), namun hukumnya
boleh berubah menjadi haram jika ia dilakukan ke atas peminangan orang
lain. Alasannya ialah kerana tindakan ini boleh mengakibatkan perasaan
kurang puas hati dan permusuhan di kalangan mereka yang terlibat dalam
peminangan tersebut.

Kes yang hampir sama juga dapat diperhatikan dalam perlakuan nikah
cina buta bagi membolehkan suami yang telah menceraikan bekas isterinya
dengan talak tiga, kembali kepadanya. Ini kerana sekalipun perkahwinan
dan perceraian adalah suatu perkara yang disyariatkan, namun hukumnya
boleh menjadi haram menerusi perlakuan cina buta. Alasannya, ia boleh
dianggap sebagai suatu tindakan cuba mempermain-mainkan agama untuk
kepentingan sendiri.

Berkenaan perkara yang dihukumkan sebagai haram lighayrih ini, para


ulama telah berselisih pandangan untuk menentukan sejauh mana kesan
yang terhasil jika perkara tersebut dilakukan oleh seseorang. Menurut
segolongan ulama, perkara atau perlakuan haram lighayrih masih boleh
memberikan kesan yang perlu diambil kira.

Sebagai contoh, transaksi jual beli yang dilakukan sewaktu azan


dilaungkan tetap dikira sebagai sah sekalipun hukumnya adalah haram
dan mendatangkan dosa. Justeru itu, pemilikan terhadap barangan dan
bayaran harganya tetap berpindah tangan sebagaimana transaksi yang
dilakukan dalam keadaan biasa. Sebaliknya, segolongan ulama yang lain
pula berpandangan bahawa perkara haram lighayrih yang dilakukan tidak
akan memberikan apa-apa kesan dan dianggap batal kerana ia telah
melanggar peraturan syarak.

Sebagai contoh, perpindahan pemilikan dalam transaksi jual beli yang


dilakukan sewaktu laungan azan adalah terbatal menyamai perkahwinan
yang dilangsungkan dengan niat cina buta.

SEMAK KENDIRI 3.3

Bandingkan ciri-ciri haram lizatihi dan haram lighayrihi dengan


memberikan contoh-contoh berkenaan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 3 HUKUM TAKLIFI DAN PEMBAHAGIANNYA

3.5 KONSEP HUKUM MAKRUH


Makruh merujuk kepada sesuatu perkara yang dituntut oleh syarak agar
ditinggalkan bukan dengan cara yang tegas dan pasti. Individu yang melakukan
perkara yang makruh tidak akan menerima kejian mahupun sebarang dosa.
Namun demikian, individu yang meninggalkannya kerana Allah s.w.t, berhak
mendapat pujian dan pahala kerana dia telah meninggalkan perkara yang
kurang disenangi dalam agama.

3.5.1 Bahagian-bahagian Makruh


Jumhur ulama berpandangan bahawa hukum makruh tidak mempunyai apa-apa
pecahan kecil. Namun, ulama Hanafiyyah menegaskan bahawa makruh boleh
dibahagikan kepada dua seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.5, iaitu:

Rajah 3.5: Bahagian-bahagian makruh

(a) Makruh Tahrimi


Makruh tahrimi ditafsirkan oleh ulama Hanafiyyah sebagai perkara yang
dituntut oleh syarak agar ditinggalkan dengan tuntutan yang tegas
menerusi dalil syarak yang berstatus zanni seperti Hadis Ahad.

Antara contoh makruh dalam kategori ini ialah seperti meminang pinangan
orang lain dan membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Menurut
mereka, makruh tahrimi menyamai hukum wajib kerana kedua-duanya
hanya bersandarkan kepada dalil syarak yang berstatus zanni.
Perbincangan mengenai hal ini sebenarnya telah disentuh dalam Topik 2
sebelum ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 HUKUM TAKLIFI DAN PEMBAHAGIANNYA  49

(b) Makruh Tanzihi


Makruh tanzihi pula di sisi mereka adalah hukum makruh yang sebenar
seperti yang difahami oleh jumhur ulama iaitu suatu perkara yang dituntut
oleh syarak agar ditinggalkan bukan dengan cara yang tegas.

3.6 KONSEP HUKUM HARUS


Harus merujuk kepada perkara yang diberikan pilihan oleh syarak kepada
mukalaf sama ada ingin dilakukan atau ditinggalkan. Justeru itu, mukalaf yang
terlibat dengan perkara yang diharuskan dalam syarak tidak akan menerima
pujian jika dilakukannya atau berhadapan dengan kejian mahupun dosa jika dia
ditinggalkan. Antara contoh perkara harus ialah perbuatan makan dan minum,
bermain, mandi dan lain-lain perkara yang harus.

Namun demikian, seseorang mukalaf yang melakukan perkara harus adakalanya


boleh mendapat pahala atau berhadapan dengan dosa di sebalik tindakannya
jika disertakan dengan niat yang baik atau niat yang buruk.

Sebagai contoh, mukalaf boleh mendapat pahala di sebalik tindakan makan dan
minumnya jika dia meniatkan sesuatu yang baik seperti untuk mendapatkan
tenaga demi menunaikan ibadat. Sebaliknya, dia pula mungkin berhadapan
dengan dosa jika dia berniat jahat seperti dia makan untuk mendapat bentuk
tubuh yang sasa agar dikenali ramai. Selain itu, perkara yang dihukumkan
sebagai harus juga boleh berubah menjadi haram jika ia dilakukan secara
melampau seperti tabiat menyediakan makanan melebihi daripada keperluan
sehingga menyebabkan pembaziran.

Sebagaimana maklum, hukum harus pada hakikatnya tidak termasuk dalam


kategori hukum taklifi. Ini kerana hukum harus tidak memiliki ciri pentaklifan
atau tanggungjawab yang dibebankan ke atas mukalaf seperti mana hukum
wajib, sunat, haram dan juga makruh. Sebaliknya, harus merupakan suatu
pilihan yang diberikan kepada mukalaf sama ada dia ingin melakukan sesuatu
perkara atau tidak.

Namun demikian, para ulama usul tetap menganggap harus sebagai sebahagian
daripada hukum taklifi kerana ia masih mempunyai perkaitan. Perkaitan yang
dimaksudkan ialah hukum harus boleh disabitkan menerusi dalil syarak yang
juga berbentuk arahan atau larangan yang biasanya boleh menghasilkan hukum
wajib, sunat, haram dan makruh namun maksudnya telah dipesongkan kerana
wujudnya qarinah/petunjuk yang menjadikan hukumnya tidak lagi
mengandungi tuntutan yang pasti tetapi telah berubah kepada suatu keharusan.
Sebagai contoh makan, minum, berehat dan lain-lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 HUKUM TAKLIFI DAN PEMBAHAGIANNYA

SEMAK KENDIRI 3.4

1. Kedua-dua hukum makruh dan haram merupakan perkara


yang dilarang. Apakah perbezaan antara keduanya. Nyatakan.
2. Perkara harus diberi pilihan sama ada untuk dilakukan atau
ditinggalkan. Tunjukkan dengan contoh bagaimana perkara
yang diberi pilihan tersebut boleh mendatangkan dosa dan
pahala jika dilakukan.

 Jenis-jenis hukum boleh dibahagikan kepada dua iaitu taklifi dan wadÊi.
Setiap pembahagian ini pula akan dipecahkan lagi kepada beberapa kategori
yang lebih kecil dengan berdasarkan kaitannya dengan perbincangan hukum
dari sesuatu sudut tertentu.

 Hukum taklifi boleh dibahagikan kepada lima, iaitu wajib, sunat, haram,
makruh dan juga harus.

 Wajib boleh dibahagikan kepada empat kategori, iaitu pertama, pembahagian


wajib dari sudut waktu perlaksanaannya (wajib mutlaq dan wajib muqayyad);
kedua, pembahagian wajib dari sudut penentuan kadarnya (wajib muhaddad
dan wajib ghayr muhaddad); ketiga, pembahagian wajib dari sudut penentuan
jenisnya (wajib muÊayyan dan wajib ghayr muÊayyan) dan keempat,
pembahagian wajib dari sudut status perkara yang dituntut agar ia dilakukan
(wajib Âaini dan wajib kifaÊi).

 Sunat terbahagi kepada tiga kategori, iaitu sunat muakkadah, sunat ghayr
muakkadah dan sunat zawaÊid.

 Haram pula terbahagi kepada haram lizatih dan haram lighayrih manakala
makruh terbahagi kepada makruh tahrimi dan makruh tanzihi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 HUKUM TAKLIFI DAN PEMBAHAGIANNYA  51

Haram lighayrih Wajib


Haram lizatih Wajib Âaini
Harus Wajib ghayr muÊayyan
Hukum taklifi Wajib ghayr muhaddad
Makruh tahrimi Wajib kifaÊi
Makruh tanzihi Wajib muÊayyan
QatÊie Wajib muhaddad
Sighah Wajib muqayyad
Sunat ghayr muakkadah Wajib mutlaq
Sunat muÊakkadah Zanni
Sunat zawaÊid

Al-Zuhayli, wahbah (1998). Usul al-Fiqh al-Islami. jld. 1, cet. 2, Damsyik: Dar 
al‐Fikr, h. 42‐114. Bab 1, bahagian 2: Jenis‐jenis hukum.

Zaydan, Abd al-Karim (1994). al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut : Muassasah


al‐Risalah, h. 29‐68. Bab 1, bahagian 2: Jenis‐jenis hukum. 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Hukum WadÊi,
4 al-Hakim dan
al-Mahkum Fih

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan konsep Hukum WadÊi dan pembahagiannya
berdasarkan pelbagai contoh yang diberi;
2. Menghuraikan konsep al-Hakim dan perananNya dalam penentuan
hukum; dan
3. Menjelaskan konsep al-Mahkum Fih serta syarat-syaratnya bagi
menentukan sama ada ia boleh ditaklifkan ke atas mukalaf atau
sebaliknya.

 PENGENALAN
Dalam Topik 3 yang lepas telah dibincangkan mengenai konsep hukum taklifi
dan pembahagiannya berserta contoh yang berkaitan. Antara pembahagian
hukum taklifi yang telah disentuh termasuklah hukum wajib, sunat, haram,
makruh dan harus. Dalam Topik 4, perbincangan akan dibuat menyentuh
konsep hukum wadÊi dan pembahagiannya seperti sah, fasad, batal, Âazimah dan
rukhsah. Selain itu juga, topik ini akan cuba menarik anda untuk memahami
konsep al-Hakim iaitu satu-satunya pihak yang bertanggungjawab menentukan
hukum untuk para mukalaf. Rentetan daripada itu, anda juga akan didedahkan
kepada perbincangan mengenai konsep Mahkum Fih serta syarat-syarat yang
akan menentukan kesahihannya untuk dibebankan ke atas mukalaf.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM WAD’I, AL-HAKIM DAN AL-MAHKUM FIH  53

4.1 KONSEP HUKUM WAD’I DAN


PEMBAHAGIANNYA
Hukum WadÊi sebagaimana yang difahami sebelum ini, bermaksud hukum
ketentuan di mana Allah s.w.t menjadikan sesuatu perkara sebagai sebab kepada
perkara yang lain atau syarat kepadanya atau halangan (maniÊ) daripadanya.
Ketiga-tiga perkara ini iaitu sebab, syarat mahupun maniÊ dianggap sebagai
hukum ketentuan kerana ia akan menentukan sah atau batalnya sesuatu hukum
fiqh menerusi perkaitan yang dibina di antara dua perkara iaitu di antara sebab
dan perkara yang disebabkan olehnya (musabbab), syarat dan perkara yang
disyaratkan dengannya serta maniÊ dan perkara yang telah dihalang dengan
kewujudannya. Justeru itu, perbincangan selanjutnya akan menyentuh mengenai
sebab, syarat dan maniÊ serta pembahagian setiap satu secara terperinci.

4.2 KONSEP SEBAB


Jadual 4.1. menerangkan konsep sebab dari segi bahasa dan juga istilah.

Jadual 4.1: Konsep Sebab dari Segi Bahasa dan Istilah

Bahasa   Istilah 
Dari segi bahasa, sebab bermaksud tali Dari segi istilah, sebab ditakrifkan
penghubung atau suatu perkara yang sebagai suatu perkara yang dijadikan
menjadi perantara kepada kewujudan oleh syarak sebagai elemen yang
perkara yang lain. menjadi penyebab kepada kewujudan
hukum syarak.

Justeru itu, kewujudan suatu sebab menjadi faktor kepada wujudnya hukum
(musabab) yang berkaitan dengannya. Sebaliknya, ketiadaannya akan
menyebabkan ketiadaan hukum. Hubungan ini berlaku sama ada dalam kuasa
dan kawalan para mukalaf ataupun tidak.

Sebagai contoh, syarak telah menjadikan waktu gelincirnya matahari sebagai


sebab kepada kewajipan mendirikan solat fardu zuhur, perlakuan zina sebagai
sebab kepada kewajipan melaksanakan hukuman hudud, penyakit gila sebagai
sebab terhalangnya orang gila daripada menguruskan hartanya.

Menurut jumhur ulama usul fiqh, sebab akan merangkumi kesemua faktor yang
menentukan kewujudan sesuatu hukum atau sebaliknya, sama ada faktor
tersebut dapat difahami secara logik oleh akal manusia atau tidak. Sebagai
contoh, gelincir matahari menjadi sebab kepada kewajipan mendirikan solat
fardu zuhur meskipun kaitan antara keduanya tidak dapat difahami secara logik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 4 HUKUM WAD’I, AL-HAKIM DAN AL-MAHKUM FIH

4.2.1 Bahagian-bahagian Sebab


Sebab terbahagi kepada beberapa jenis mengikut asas pembahagiannya
sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1.
 

Rajah 4.1: Bahagian-bahagian sebab

(a) Sebab Berasaskan Kawalan Mukalaf


Pertama, pembahagian sebab berasaskan kawalan mukalaf terhadapnya
atau tidak. Sebab menurut asas pembahagian ini boleh dibahagikan kepada
dua seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1, iaitu:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM WAD’I, AL-HAKIM DAN AL-MAHKUM FIH  55

Jadual 4.2: Dua Sebab Berasaskan Kawalan Mukalaf

(i) Sebab yang Boleh Dikawal oleh Mukalaf


Sebab yang boleh dikawal oleh mukalaf, merupakan sebab yang terhasil
akibat tindakan yang dilakukan secara sengaja oleh mukalaf tanpa
dipengaruhi faktor lain.
Sebagai contoh, tindakan seorang mukalaf untuk bermusafir.
Permusafirannya menjadi sebab yang mengharuskan dia mendirikan
solat fardu secara qasar atau jamak. Begitu juga tindakan seseorang yang
membunuh dengan sengaja dan bermotif jahat, menjadi sebab kepada
pengenaan hukuman qisas ke atasnya. Bermusafir dan membunuh
secara sengaja dalam contoh di atas merupakan sebab yang terhasil
menerusi tindakan yang mampu dikawal oleh mukalaf, kerana kedua-
duanya mampu dielak jika dia berkemahuan untuk berbuat demikian.

(ii) Sebab yang Tidak Boleh Dikawal oleh Mukalaf


Manakala sebab yang tidak boleh dikawal oleh mukalaf bermaksud
sebab yang berlaku di luar daripada kawalannya kerana dipengaruhi
oleh faktor luaran seperti perubahan cuaca dan alam.
Sebagai contoh, waktu gelincir matahari yang menjadi sebab kepada
kewajipan mendirikan solat fardu zuhur, munculnya anak bulan
Ramadan menjadi sebab kepada kewajipan melaksanakan ibadat puasa,
situasi terdesak (darurat) menjadi sebab kepada keharusan memakan
bangkai, penyakit gila dan umur yang masih kecil menjadi sebab kepada
wujudnya halangan ke atas orang gila dan kanak-kanak untuk
menguruskan sendiri harta masing-masing.
 
(b) Sebab Berasaskan Kesan Terhadap Hukum Taklifi dan WadÊi
Kedua, pembahagian sebab dilihat dari sudut kesannya kepada hukum
taklifi dan wadÊi. Sebab dari sudut ini terbahagi kepada dua seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 4.3, iaitu:
 
Jadual 4.3: Dua Sebab yang Berasaskan Kesan Terhadap Hukum Taklifi dan WadÊi

(i) Sebab yang Memberi Kesan Kepada Hukum Taklifi


Sebab yang memberi kesan kepada hukum taklifi, dapat diterangkan
menerusi tindakan syarak yang menjadikan kemampuan untuk
berkahwin dan kemungkinan berlakunya zina sebagai sebab kepada
kewajipan untuk berkahwin. Dalam hal ini, kewajipan berkahwin
merupakan sejenis hukum taklifi yang mana kewujudannya telah
disebabkan oleh kedua-dua sebab di atas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 4 HUKUM WAD’I, AL-HAKIM DAN AL-MAHKUM FIH

(ii) Sebab yang Memberi Kesan Kepada Hukum WadÊi


Sebab yang memberi kesan kepada hukum wadÊi pula seperti tindakan
syarak yang menetapkan perkahwinan sebagai sebab kepada timbulnya
pelbagai kewajipan yang lain seperti pemberian mas kahwin, nafkah dan
hak pewarisan harta. Dalam hal ini, perkahwinan dianggap sebagai
sebab yang merupakan salah satu jenis hukum wadÊi di mana ia
menyebabkan kewajipan untuk melakukan perkara-perkara lain seperti
yang dinyatakan di atas.

SEMAK KENDIRI 4.1

Hubungan antara sebab dan musabab merupakan perkara yang


biasa berlaku dalam kehidupan harian kita. Hal yang sama turut
berlaku dalam penentuan hukum Islam. Huraikan hubungan
antara sebab dan hukum berserta contoh yang relevan, dan
nyatakan juga dua bahagian utama bagi pembahagian sebab.

4.3 KONSEP SYARAT


Jadual 4.4. menerangkan konsep syarat dari segi bahasa dan juga istilah.

Jadual 4.4: Konsep Syarat dari Segi Bahasa dan Istilah

Bahasa Istilah
Dari sudut bahasa, syarat boleh diertikan Dari sudut istilah, syarat boleh
mewajibkan sesuatu dan kewajipan ditakrifkan sebagai suatu ciri yang jelas
untuk melakukannya, dan perkataan lagi konsisten yang mana kewujudannya
jamaknya adalah al-syurut. tidak mewajibkan wujudnya sesuatu
hukum tetapi ketiadaannya (syarat)
akan menyebabkan hukum tidak wujud.

Sebagai contoh, suci daripada hadas kecil dan besar adalah menjadi syarat
kepada kesahihan melakukan ibadat solat. Dalam hal ini, kewujudan syarat
tersebut dapat menentukan sama ada ibadat yang dimaksudkan menjadi sah
atau tidak. Namun demikian, kewujudannya tidak bermaksud mewajibkan
wujudnya solat. Dengan lain perkataan, seseorang mukalaf yang suci daripada
kedua-dua hadas tidak perlu menunaikan solat fardu kerana semata-mata
disebabkan oleh syarat yang dipenuhi. Ini kerana kewajipan solat sebenarnya
ditentukan oleh kewujudan sesuatu sebab seperti gelincir atau terbenamnya

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM WAD’I, AL-HAKIM DAN AL-MAHKUM FIH  57

matahari. Namun, untuk menjadikan sahnya solat yang dikerjakan semestinya


dengan terlebih dahulu suci daripada hadas.

Syarat mempunyai sedikit perbezaan jika dibandingkan dengan rukun dan sebab
sekalipun ketiga-tiganya mempunyai sedikit persamaan. Antara contoh
persamaan yang dimaksudkan ialah kewujudan ketiga-tiganya seperti
gelincirnya matahari (sebab), wuduk (syarat) dan niat (rukun) akan menentukan
wujudnya sesuatu hukum. Namun, antara ketiga-tiganya terdapat perbezaan.
Rukun meskipun suatu yang mesti ada, ia merupakan sebahagian daripada solat,
sedangkan syarat (seperti wuduk) pula adalah suatu faktor luaran daripada
solat. Sebaliknya, sebab pula berbeza daripada syarat dari aspek kewujudan
sebab akan mewajibkan kewujudan sesuatu hukum seperti gelincirnya matahari
dengan kefarduan zuhur, sedangkan kewujudan syarat tidak mewajibkan
wujudnya solat zuhur.

Selain itu, jumhur ulama juga menegaskan bahawa jika sesuatu amalan
mengalami kepincangan sama ada pada salah satu syarat mahupun rukunnya,
amalan tersebut akan menjadi batal dan tidak memberikan apa-apa kesan
kepada mukalaf yang terlibat. Namun demikian, para ulama Hanafiyyah telah
mengemukakan pandangan yang berbeza di mana mereka mendakwa hanya
amalan yang mengalami kepincangan pada rukunnya sahaja dianggap sebagai
batal. Sebaliknya, bagi amalan yang mengalami kepincangan pada syaratnya, ia
tetap dianggap sebagai sah tetapi dilabelkan sebagai fasid. Pebincangan
mengenai pembahagian ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam
bahagian 4.5 jenis-jenis hukum wadÊi tambahan.

Rajah 4.2 menunjukkan perbezaan antara sebab, syarat dan rukun.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 4 HUKUM WAD’I, AL-HAKIM DAN AL-MAHKUM FIH

Rajah 4.2: Perbezaan sntara sebab, syarat dan rukun

4.3.1 Bahagian-bahagian Syarat


Para ulama telah membahagikan syarat kepada beberapa pembahagian mengikut
aspek yang dilihat. Pembahagian tersebut adalah seperti dalam Rajah 4.3.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM WAD’I, AL-HAKIM DAN AL-MAHKUM FIH  59

Rajah 4.3: Bahagaian-bahagian syarat

(a) Pembahagian Syarat dari Sudut Kesannya Kepada Hukum dan Sebab
Syarat jika dilihat dari sudut kesannya kepada hukum dan sebab akan
terbahagi kepada dua; syarat kepada sesuatu hukum dan syarat kepada
sesuatu sebab.

Contoh bagi syarat kepada hukum seperti cukup haul (tempoh setahun)
kepada hukum wajib mengeluarkan zakat di mana kewujudannya (cukup
haul) akan menentukan wujudnya kewajiban zakat.

Manakala contoh bagi syarat kepada sebab pula seperti status sudah
berkahwin yang menjadi syarat kepada sebab wajibnya perlaksanaan
hukuman rejam ke atas penzina. Ini kerana sekalipun sebab (zina) kepada
kewajipan pelaksanaan hukuman tersebut telah wujud namun ia masih
bergantung kepada syarat status penzina itu sendiri. Sekiranya, dia masih
bujang maka hukumannya adalah 100 kali sebatan, tetapi sebaliknya jika
dia telah berkahwin dia akan dikenakan hukuman rejam.

(b) Pembahagian Syarat dari Sudut Sumber Asal


Syarat jika dilihat dari sudut sumber asalnya boleh dibahagikan kepada
dua, iaitu syarat syarÊi dan syarat jaÊli.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 4 HUKUM WAD’I, AL-HAKIM DAN AL-MAHKUM FIH

Syarat syarÊi bermaksud, syarat yang ditetapkan oleh syarak menerusi


kenyataan dalam dalil. Sebagai contoh, kewajipan berwuduk semasa ingin
menunaikan solat.

Syarat jaÊli pula bermaksud syarat yang ditetapkan oleh seseorang mukalaf.
Antara contohnya seperti syarat yang dikemukakan oleh seorang pembeli
kepada penjual peti ais agar ia dihantar ke rumahnya dengan percuma dan
diberikan jaminan daripada kerosakan selama setahun.

Walau bagaimanapun, keharusan menetapkan syarat jaÊli tetap tertakluk


kepada segala peraturan syarak kerana jika ia didapati bercanggah
dengannya maka ia akan terbatal secara automatik. Sebagai contoh,
penetapan syarat oleh suami agar isterinya boleh terus disetubuhi
sekalipun setelah dia diceraikan adalah suatu syarat jaÊli yang terbatal.

SEMAK KENDIRI 4.2


1. Bezakan sebab, syarat dan rukun.
2. Sebutkan dua pembahagian utama sebab dan bahagian-
bahagiannya secara terperinci berserta contoh.
3. Huraikan bagaimanakah cukup haul dianggap sebagai
contoh bagi salah bahagian syarat kepada hukum.

4.4 KONSEP MANI’ DAN PEMBAHAGIANNYA


ManiÊ ialah suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai halangan sama ada
kepada kewujudan hukum atau kewujudan sebab. Daripada takrifan ini, maniÊ
terbahagi kepada dua seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4.

Rajah 4.4: Bahagian-bahagian maniÊ

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM WAD’I, AL-HAKIM DAN AL-MAHKUM FIH  61

(a) ManiÊ kepada Hukum


ManiÊ kepada hukum bermaksud suatu perkara yang dijadikan oleh syarak
sebagai penghalang kepada wujudnya hukum sekalipun sebab yang
mendorong hukum berkenaan telah wujud. Sebagai contoh, jumhur ulama
menegaskan bahawa hubungan kebapaan boleh menjadi penghalang atau
maniÊ kepada kewajipan melaksanakan hukuman qisas ke atas seorang
bapa yang membunuh sekalipun sebab yang mendorong perlaksanaan
hukuman tersebut iaitu „pembunuhan dilakukan secara sengaja dan
dengan motif jahat‰ telah wujud.

Contoh seterusnya seperti kedatangan haid dan nifas yang menjadi maniÊ
kepada kewajipan menunaikan solat sekalipun sebab kepada kewajipan
tersebut iaitu masuknya waktu telah wujud.

(b) ManiÊ kepada Sebab


ManiÊ kepada sebab pula bermaksud suatu perkara yang dijadikan oleh
syarak sebagai penghalang kepada kewujudan sebab. Sebagai contoh,
hutang adalah maniÊ kepada pemilikan nisab yang merupakan sebab
kepada kewajipan menunaikan zakat. Ini kerana sekalipun harta seseorang
mukalaf pada zahirnya didapati telah mencapai kadar nisab yang wajib
dikeluarkan zakat tetapi oleh kerana tanggungan hutang yang dipikul
olehnya, boleh menjadi penghalang kepada kewajipan tersebut. Alasannya
kerana hutang tersebut akan mengurangkan hartanya sehingga
menyebabkan jumlahnya tidak lagi mencapai kadar nisab zakat yang telah
ditetapkan. Lantaran itu, sebab yang mewajibkan pengeluaran zakat tidak
lagi wujud kerana ia telah dihalang dan dinafikan oleh maniÊ iaitu hutang
yang tertanggung sehingga mengurangkan jumlah nisab hartanya.

4.5 JENIS-JENIS HUKUM WAD’I TAMBAHAN


Selain jenis-jenis hukum wadÊi yang diterangkan sebelum ini, terdapat beberapa
lagi hukum wadÊi tambahan yang turut dikemukakan oleh para ulama usul fiqh
iaitu sah, fasad, batal, Âazimah dan rukhsah. Perbincangan mengenai setiap satu
jenis hukum wadÊi ini adalah seperti berikut.

4.5.1 Konsep Sah, Fasad dan Batal


Apakah yang dimaksudkan dengan sah?

Sah ditakrifkan sebagai suatu keadaan bagi perbuatan yang mana telah
dilakukan menepati kehendak syarak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 4 HUKUM WAD’I, AL-HAKIM DAN AL-MAHKUM FIH

Apabila sesuatu perbuatan dilakukan mengikut segala kehendak dan cara yang
ditetapkan oleh syarak, ia dianggap sebagai perbuatan yang sahih dan
memberikan kesan syarii. Sebagai contoh, jika suatu barang dibeli oleh seorang
mukalaf secara sah maka tindakan ini telah memberikannya hak pemilikan ke
atas barangan tersebut dan dia bebas menggunakannya. Contoh lain pula,
tindakan seseorang mukalaf menunaikan solat fardu zuhur dengan mematuhi
segala rukun dan syarat yang ditetapkan maka solatnya tadi dianggap sebagai
sahih (sah) dan terlepaslah dia dari bebanan menunaikannya.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan di sini bahawa sahih dapat ditafsirkan
sebagai hukum kepada perkara yang dilakukan mengikut cara yang ditetapkan
oleh syarak iaitu dengan melakukan segala rukun dan mematuhi syarat-
syaratnya sehingga kesan-kesan syarii daripada tindakannya dapat diperolehi.

Takrifan ini sebenarnya telah dikemukakan oleh jumhur ulama kerana mereka
menegaskan bahawa mana-mana perbuatan sama ada yang berkaitan dengan
ibadat mahupun muamalat yang mengalami kepincangan sama ada pada syarat
atau rukunnya, dianggap sebagai batal atau fasad. Lantaran itu, mereka
menghukumkan solat yang tidak cukup syarat seperti ia ditunaikan tanpa
wuduk adalah batal dan fasad. Hukum ini samalah seperti solat yang ditunaikan
tanpa rukun seperti tanpa melakukan qiyam atau rukuk.

Namun demikian, golongan Hanafiyyah telah memberikan penjelasan yang


berbeza terhadap istilah batal dan fasad. Bagi mereka, hukum sahih atau batal
diguna pakai dalam perkara berkaitan ibadat. Akan tetapi, penentuan hukum
dalam bidang muamalat boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu hukum sahih, batal
dan fasad.

Sebagai contoh, hukum batal dalam bidang muamalat terhasil apabila


kepincangan berlaku pada asas atau rukun bagi sesuatu akad seperti kecacatan
pada sighah (ijab dan qabul), pada dua pihak yang berakad (pembeli dan
penjual) atau perkara (barangan) yang diakadkan. Amalan berkenaan dianggap
sebagai batil dan tidak akan menghasilkan apa-apa kesan. Antara contoh amalan
yang batal ialah transaksi yang dilakukan oleh orang gila dan kanak-kanak yang
belum mumayyiz; atau melibatkan barangan yang tidak wujud seperti anak
haiwan di dalam rahim ibu dan seumpamanya.

Manakala fasad pula ditakrifkan oleh mereka sebagai hukum yang


diputuskan ke atas suatu perkara yang mengalami kepincangan pada
salah satu daripada ciri atau syarat bagi akad.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM WAD’I, AL-HAKIM DAN AL-MAHKUM FIH  63

Namun demikian, kepincangan yang berlaku kepada syarat dalam sesuatu akad
masih mampu menghasilkan sesetengah kesan syarii jika perkara-perkara rukun
yang berkaitan dengannya telah disempurnakan dengan baik. Sebagai contoh,
pembelian barangan dengan harga yang tidak ditetapkan dianggap sebagai fasid
kerana penentuan kadar harganya tidak wujud. Ini kerana sekalipun rukun bagi
akad tersebut (iaitu harga) wujud namun syaratnya masih pincang disebabkan
kadarnya tidak ditentukan. Akan tetapi, akad ini masih boleh menghasilkan
sesetengah kesan syarii seperti perpindahan hak pemilikan ke atas barang
tersebut daripada penjual kepada pembeli jika pembeli bertindak mengambilnya
setelah mendapat keizinan penjual.

Keadaan yang sama berlaku dalam kes perkahwinan yang berlangsung tanpa
kehadiran saksi yang merupakan syarat sah perkahwinan. Namun demikian,
sekalipun perkahwinan ini dianggap sebagai fasad, ia mampu menghasilkan
sesetengah kesan syarii sekiranya persetubuhan telah berlaku. Kesan syarii yang
dimaksudkan ialah kewajipan suami untuk membayar bayaran mas kahwin
kepada isterinya, kewajipan isteri untuk beriddah setelah dipisahkan dan hak
menasabkan anak yang dilahirkan.

Rajah 4.5 menunjukkan konsep sah dan batal menurut ulama jumhur, manakala
Rajah 4.6 menunjukkan konsep sah, batal dan fasid pada ulama hanafi.

Rajah 4.5: Konsep sah dan batal pada ulama jumhur

Rajah 4.6: Konsep sah, batal dan fasid pada ulama hanafi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 4 HUKUM WAD’I, AL-HAKIM DAN AL-MAHKUM FIH

4.5.2 Konsep Azimah dan Rukhsah


Apakah yang dimaksudkan dengan azimah?

Azimah bermaksud perkara yang disyariatkan sebagai hukum asal yang


umum (kulliyyah).

Ia menjadi suatu peraturan umum ke atas setiap mukalaf dalam semua


urusannya seperti arahan asal supaya menunaikan solat, zakat dan amalan-
amalan lain yang merupakan syiar kepada agama Islam.

Sehubungan dengan ini, kategori bagi perkara yang dianggap sebagai Âazimah
boleh dibahagikan kepada lima hukum iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan
juga harus mengikut kesesuaiannya dalam syarak.

Rukhsah pula ditakrifkan sebagai hukum-hukum pengecualian yang


disyariatkan oleh Allah s.w.t kerana kesulitan yang dihadapi oleh para
hambaNya dalam menunaikan kewajipan yang bersifat azimah.

Antara contoh amalan rukhsah seperti keharusan mengaku kufur ketika mana
dipaksa dan diancam bunuh. Dalam kes ini, faktor yang membenarkan
perlakuan tersebut ialah wujudnya paksaan dan ancaman bunuh ke atas mukalaf
sedangkan hukum asalnya haram melakukan demikian.

(a) Pembahagian Rukhsah


Rukhsah boleh dibahagikan kepada empat, iaitu:
(i) Wajib ă seperti tindakan memakan bangkai oleh individu yang
menghadapi kebuluran demi menjaga nyawanya. Ini berdasarkan
firman Allah s.w.t: „dan janganlah kamu menjerumuskan dirimu ke
arah kebinasaan‰
(ii) Sunat ă seperti tindakan menqasarkan solat fardu oleh musafir apabila
jarak perjalanannya diandaikan melebihi daripada tiga hari. Hukum
sunat bagi kategori rukhsah ini adalah berdasarkan kepada kata-kata
Umar b. al-Khattab: „ia adalah suatu pemberian yang diberikan oleh
Allah s.w.t kepada kamu semua, maka terimalah pemberianNya‰.
(iii) Harus ă seperti tindakan melakukan transaksi al-salm, sewa beli dan
sebagainya. Sekalipun, kategori rukhsah ini pada asalnya dilarang
namun ia telah dikecualikan dan dianggap sebagai harus kerana

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM WAD’I, AL-HAKIM DAN AL-MAHKUM FIH  65

masyarakat perlu mengamalkannya bagi mengelak kesulitan dalam


kehidupan muamalat seharian.
(iv) Khilaf awla atau menyalahi hukum yang lebih patut ă seperti tindakan
seorang musafir membuka puasanya ketika perjalanan sekalipun dia
tidak menanggung sebarang kesulitan untuk meneruskan puasanya.
Hukum ini adalah berdasarkan firman Allah s.w.t: „dan jika kamu
berpuasa maka ia adalah lebih baik bagimu⁄‰

SEMAK KENDIRI 4.3

1. Jumhur ulama dan Hanafiyyah berbeza pendapat dalam


menghuraikan maksud sah, batal dan fasid. Huraikan
perbezaan tersebut berserta contoh.
2. Nyatakan kesan ketidaksempurnaan syarat pada perkara
muamalat di sisi ulama jumhur dan Hanafiyyah.
3. Jelaskan empat bahagian jenis rukhsah berserta contoh.

4.5.3 Konsep al-Hakim


Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini, hukum merupakan khitab Allah
s.w.t yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf sama ada ia dinyatakan dalam
bentuk iqtidaÊ, takhyir mahupun wadÊi. Justeru itu, takrifan ini telah menjelaskan
secara tidak langsung bahawa hak untuk menentukan hukum syarak adalah
menjadi milik mutlak bagi Allah s.w.t sahaja. Ini kerana Nabi Muhammad s.a.w
sendiri hanya berperanan sebagai penyampai mesej Allah s.w.t sama ada
menerusi ayat-ayat al-Quran mahupun Sunnah yang telah diriwayatkan
daripada baginda. Tambahan pula, Sunnah itu sendiri pada hakikatnya
merupakan salah satu bentuk wahyu seperti mana yang dijelaskan oleh firman
Allah s.w.t: „Dan dia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang
berkaitan dengan agama) menurut kemahuan nafsu; (tetapi sebaliknya) segala
yang diperkatakan olehnya itu (sama ada al-Quran mahupun Sunnah) tidak lain
hanyalah merupakan suatu wahyu yang diwahyukan (kepadanya)‰ (al-Najm
53:3-4). Perkara ini telah disepakati oleh para ulama dalam Islam.

Namun demikian, para ulama telah berselisih pendapat dalam menentukan


sama ada akal juga boleh berperanan untuk menentukan sesuatu hukum
ataupun tidak iaitu sebelum daripada kedatangan Rasul. Lantaran itu, persoalan
ini telah menyebabkan pandangan ulama terbahagi kepada tiga iaitu pandangan
yang diutarakan oleh golongan Muktazilah, AsyaÊirah dan juga Maturidiyyah.
 
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
66  TOPIK 4 HUKUM WAD’I, AL-HAKIM DAN AL-MAHKUM FIH

(a) Golongan Muktazilah


Menurut golongan pertama iaitu Muktazilah, akal mampu berperanan
secara bersendirian untuk menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu
adalah baik atau sebaliknya, sekalipun sebelum kedatangan Rasul yang
membawa petunjuk. Dengan lain perkataan, mereka menganggap setiap
perbuatan adalah bersifat logikal secara mutlak di mana baik buruknya
dapat ditentukan oleh akal dengan berdasarkan kepada ciri-ciri perbuatan
itu sendiri dan kesan yang terhasil daripadanya.

Justeru itu, sesuatu perbuatan yang dianggap baik oleh akal akan memberikan
pahala kepada pelakunya dan balasan syurga di akhirat. Sebaliknya,
perbuatan yang dianggap buruk oleh akal pula akan memberikan dosa dan
azab neraka kepadanya. Justeru itu, mereka menganggap sesuatu perbuatan
yang dianggap baik secara logik adalah sememangnya baik juga di sisi Allah
s.w.t dan wajib dilakukan oleh mukalaf.

Sebaliknya, jika perbuatan tersebut dipandang buruk oleh akal maka ia


pastinya juga dianggap buruk di sisi Allah s.w.t dan wajib dijauhi.
Manakala bagi perbuatan yang tidak mampu difikirkan oleh akal
contohnya dalam sesetengah persoalan berkaitan ibadat, maka kenyataan
yang dikemukakan oleh syarak merupakan penjelas kepada sifat perbuatan
tersebut dan kesannya sama ada baik mahupun buruk.

Sebagai kesimpulan kepada pandangan golongan Muktazilah, penentuan


hukum terhadap sesuatu perbuatan mestilah berpadanan dengan logik akal.
Justeru itu, mereka menegaskan bahawa seseorang manusia tetap dianggap
sebagai mukalaf dan boleh dibebankan dengan tanggungjawab agama
sekalipun sebelum kedatangan Rasul atau kedatangan dakwah kepadanya.
Ini kerana akalnya dianggap mampu menentukan kewajaran dan baik
buruknya sesuatu perbuatan seperti yang diterangkan sebelum ini.

(b) Golongan AsyaÊirah


Manakala golongan kedua pula iaitu AsyaÊirah menegaskan bahawa akal
tidak berhak menentukan hukum syarak secara bersendirian. Ini kerana
hukum syarak mesti ditentukan menerusi perantaraan Rasul dengan
berdasarkan petunjuk wahyu yang dibawa. Justeru itu, setiap perbuatan
tidak boleh dikatakan bersifat logikal secara mutlak sehingga boleh
mempengaruhi penentuan hukum.

Sebaliknya, sesuatu perbuatan itu hanya dianggap baik setelah ia diakui oleh
syarak dan mengarahkannya agar dilakukan. Namun, jika ianya dilarang
oleh syarak maka ia pastinya adalah buruk dan wajib dijauhi sekalipun akal
menganggapnya baik atau tidak mampu memahami kewajarannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM WAD’I, AL-HAKIM DAN AL-MAHKUM FIH  67

Lantaran itu, golongan AsyaÊirah menegaskan bahawa pentaklifan hukum


syarak ke atas mukalaf tidak wujud selagi mana Rasul belum diutuskan
atau seruan dakwah masih tidak sampai kepadanya. Balasan pahala dan
syurga atau dosa dan neraka juga tidak akan disabitkan ke atas dirinya
kerana faktor yang mewajibkan pentaklifan adalah tidak wujud.

(c) Golongan Maturidyyah


Golongan ketiga pula iaitu Maturidyyah pula berpandangan bahawa akal
mampu menilai sesuatu perbuatan sama ada baik ataupun buruk
berdasarkan sifat perbuatan tersebut dan kesan yang terhasil daripadanya.
Namun demikian, penilaian yang dibuat oleh akal tidaklah secara automatik
akan mempengaruhi penentuan hukumnya di sisi syarak.

Sebagai contoh, sesuatu perbuatan yang dianggap baik oleh akal tidak
semestinya turut dianggap baik di sisi syarak. Begitulah juga sesuatu
perbuatan yang dianggap buruk oleh akal tidak semestinya juga dianggap
buruk oleh syarak. Ini kerana secerdas mana pun akal, kemampuannya
adalah terbatas. Justeru itu, penentuan baik buruk bagi sesuatu perbuatan
atau natijah pahala mahupun dosa daripadanya adalah tetap menjadi hak
mutlak bagi Allah s.w.t. Oleh yang demikian, golongan ini menegaskan
bahawa pentaklifan ke atas mukalaf tidak wujud selagi mana Rasul belum
diutuskan atau seruan dakwah tidak sampai kepadanya.

Dalam membincangkan ketiga-tiga pandangan ini, pandangan golongan


Maturidiyyah dilihat paling tepat memandangkan ia selari dengan
keterangan daripada al-Quran dan disokong dengan hujah akal. Merujuk
kepada keterangan daripada al-Quran, Allah s.w.t sendiri menyuruh
hambanya agar melakukan perkara yang baik dan menjauhi perkara yang
buruk sekalipun hukum mengenainya belum dijelaskan.

Manakala merujuk kepada hujah akal pula, seseorang mukalaf pastinya


mampu mengenal pasti sesetengah perkara yang baik mahupun buruk
dengan mudah berdasarkan kewajarannya secara logik. Akan tetapi, sekalipun
perkara-perkara di atas mampu dinilai berdasarkan logik, namun ia tetap
tidak boleh ditaklifkan ke atas mukalaf selagi mana Rasul belum diutuskan
atau mukalaf yang terlibat masih belum menerima seruan dakwah.

SEMAK KENDIRI 4.4


1. Bandingkan pandangan Muktazilah, AsyaÊirah dan Maturidiyyah
dalam menentukan peranan akal pada penentuan hukum.
2. Sebutkan syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak bagi
mengesahkan sesuatu taklif.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 HUKUM WAD’I, AL-HAKIM DAN AL-MAHKUM FIH

4.5.4 Konsep al-Mahkum Fih


Al-Mahkum Fih atau al-Mahkum Bih merupakan konsep ketiga selepas hukum
dan al-hakim. Ia dapat didefinisikan sebagai perkara yang ingin disampaikan
menerusi khitab atau perintah Allah s.w.t kepada para mukalaf. Berdasarkan
definisi ini, al-Mahkum Fih boleh dianggap sebagai subjek hukum yang akan
disabitkan dengan sesuatu hukum sama ada ia dinyatakan dalam bentuk iqtidaÊ,
takhyir dan wadÊi.

Sebagai contoh, firman Allah s.w.t: „Dirikanlah solat‰ mengandungi arahan


untuk menunaikan solat fardu yang mana ia merupakan al-Mahkum Fih yang
disabitkan dengan hukum wajib.

Dari perspektif hukum taklifi, al-Mahkum Fih hanya merujuk kepada perbuatan
yang mampu dilakukan oleh mukalaf seperti menunaikan solat atau
melangsaikan bayaran zakat daripada hartanya. Namun demikian, perbincangan
al-Mahkum Fih dari perspektif hukum wadÊi tidak hanya merujuk kepada
perbuatan mukalaf semata-mata, bahkan ia turut merangkumi faktor-faktor
luaran yang mempengaruhi perbuatan mukalaf sama ada ianya dalam bentuk
sebab, syarat mahupun maniÊ. Sebagai contoh, kemunculan anak bulan Ramadan
merupakan al-Mahkum Fih yang mana ia menjadi sebab yang mewajibkan
seseorang mukallaf menunaikan ibadat puasa.

(a) Syarat-syarat al-Mahkum Fih


Dalam membincangkan persoalan al-Mahkum Fih, anda juga perlu
memahami bahawa terdapat sekurang-kurangnya tiga syarat yang perlu
dipenuhi untuk memperakukan sesuatu perbuatan sebagai al-Mahkum Fih
yang boleh ditaklifkan ke atas mukalaf dari kaca mata syarak. Syarat-syarat
tersebut adalah seperti berikut:
(i) Pertama, al-Mahkum Fih atau sesuatu perbuatan yang ditaklifkan
mestilah benar-benar diketahui dan difahami sepenuhnya oleh
mukalaf agar dia dapat melakukannya mengikut cara yang sepatutnya.
(ii) Kedua, mukalaf yang terlibat mestilah mengetahui bahawa perkara
yang ditaklifkan itu datang daripada pihak yang berkuasa untuk
mentaklifkan sehingga segala taklif itu wajib diikuti.
(iii) Ketiga, al-Mahkum Fih atau perbuatan yang akan ditaklifkan mestilah
berada dalam kemahuan dan kawalan seseorang mukalaf. Dengan lain
perkataan, dia mestilah mampu untuk memilih sama ada untuk
melakukan perbuatan tersebut atau meninggalkannya mengikut
keinginan sendiri. Justeru itu, ulama jumhur menegaskan bahawa
pentaklifan yang melibatkan perkara yang mustahil adalah tidak sah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM WAD’I, AL-HAKIM DAN AL-MAHKUM FIH  69

(b) Jenis-jenis al-Mahkum Fih


Al-Mahkum Fih dapat dibahagikan kepada empat bahagian seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 4.5, iaitu:

Jadual 4.5: Jenis-jenis al-Mahkum Fih

(i) Perkara yang menjadi hak Allah


Pertama, perkara yang menjadi hak Allah s.w.t sebenarnya merujuk
kepada hak masyarakat. Namun demikian, hak ini sengaja disandarkan
kepada Allah s.w.t memandangkan ia boleh memberikan kesan yang
menyeluruh kepada umat manusia. Justeru itu, hak ini tidak boleh
diketepi atau digugurkan dengan sengaja sekalipun oleh individu yang
terlibat dengannya.

Antara contoh hak Allah s.w.t seperti yang disenaraikan oleh para ulama
ialah:
 Pertama, ibadat-ibadat khusus seperti yang berkaitan keimanan dan
rukun-rukun Islam.
 Kedua, ibadat yang mengandungi unsur muÊunah (pembayaran)
yang perlu dilunaskan demi menjaga kepentingan nyawa dan harta
iaitu seperti penunaian zakat fitrah.
 Ketiga, muÊunah yang mengandungi unsur ibadat seperti
pembayaran kadar 1/10 atau 1/20 daripada hasil pertanian.
 Keempat, muÊunah yang mengandungi unsur hukuman seperti
pembayaran kharaj atau cukai tanah.
 Kelima, hukuman yang memberi kesan yang maksimum seperti
hudud ke atas penzina, pencuri dan peminum arak.
 Keenam, hukuman yang memberi kesan berbentuk pengurangan
seperti hukuman hilang kelayakan menerima harta pusaka ke atas
pembunuh.
 Ketujuh, hukuman yang mengandungi unsur ibadat seperti kafarah
terhadap perlanggaran sumpah, zihar dan pembunuhan tidak sengaja.
 Kelapan, hak yang tersendiri yang mana tidak mempunyai kaitan
dengan dhimmah (tanggungjawab) hamba iaitu seperti bayaran 1/5
daripada harta ghanimah (rampasan perang), harta karun dan galian.

(ii) Perkara yang menjadi hak hamba


Kedua, perkara yang menjadi hak hamba yang merujuk kepada hak atau
kepentingan seseorang individu. Antara contoh hak ini ialah hak untuk
mendapatkan ganti rugi terhadap barangan yang dirosakkan oleh
individu lain, hak pemilikan terhadap barangan yang dibeli atau bayaran
terhadap barangan yang dijual dan seumpamanya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 4 HUKUM WAD’I, AL-HAKIM DAN AL-MAHKUM FIH

Dalam hal ini, pemilik kepada hak yang tersebut di atas memiliki
kebebasan untuk memanipulasi haknya mengikut kehendak sendiri selagi
mana ia tidak melanggar batasan syarak. Justeru itu, dia berhak sama ada
untuk menggunakan haknya atau menggugurkannya dengan rela.

(iii) Perkara yang mengandungi kedua-dua hak Allah s.w.t dan hak hamba
tetapi hak Allah s.w.t lebih menonjol
Ketiga, perkara yang mengandungi kedua-dua hak Allah s.w.t
(masyarakat) dan hak hamba tetapi hak Allah s.w.t lebih menonjol,
adalah merujuk kepada hukuman hudud terhadap qazaf iaitu sebatan 80
kali rotan yang dikenakan ke atas pesalah yang menuduh individu suci
sebagai penzina. Ini kerana perlaksanaan hukuman ini adalah
bermatlamat untuk menjaga kepentingan kedua-dua hak masyarakat
dan juga hak individu yang dituduh sebagai penzina.
Namun demikian, para ulama melihat hak atau kepentingan masyarakat
adalah lebih menonjol dalam perlaksanaan hukuman qazaf kerana ia
mampu mengelak daripada berlakunya kekecohan dalam kehidupan
bermasyarakat. Sebaliknya, kepentingan hak individu yang dituduh
sebagai penzina dilihat kurang menonjol kerana natijah buruk yang
diterimanya seperti nama baik yang tercemar adalah hanya terhad
kepada dirinya sahaja.
Justeru itu, perlaksanaan hukuman qazaf ke atas pesalah dianggap lebih
mirip sebagai hak Allah s.w.t atau masyarakat dan ia tidak boleh
digugurkan oleh mana-mana individu sekalipun oleh individu yang
telah dituduh sebagai penzina.

(iv) Perkara yang mengandungi kedua-dua hak namun hak hamba yang lebih
menonjol
Keempat, perkara yang mengandungi kedua-dua hak Allah s.w.t
(masyarakat) dan hak hamba tetapi hak hamba lebih menonjol pula adalah
merujuk kepada perlaksanaan hukuman qisas ke atas pesalah yang
melakukan pembunuhan dengan sengaja. Dari satu sudut, perlaksanaan
hukuman ini mengandungi hak Allah s.w.t kerana ia bertujuan untuk
menjaga keamanan dalam masyarakat dan mengurangkan kegiatan
jenayah. Akan tetapi, dari sudut yang lain, perlaksanaannya bertujuan
untuk menjaga hak dan kepentingan hamba iaitu meredakan perasaan
marah dan dendam ahli keluarga mangsa yang dibunuh.
Namun demikian, hak atau kepentingan hamba dalam hal ini dilihat
lebih menonjol berbanding hak Allah s.w.t kerana kesannya lebih
ditanggung oleh individu yang telah dibunuh dan ahli keluarganya. Ini
kerana jika hukuman qisas tidak dilaksanakan ke atas pembunuhnya
maka perasaan marah dan dendam ahli keluarga si mati akan berterusan
dan ini akan mendorong mereka membalas dendam dengan cara sendiri.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM WAD’I, AL-HAKIM DAN AL-MAHKUM FIH  71

Memandangkan qisas dianggap sebagai hak hamba maka perlaksanaannya


hanya boleh dijalankan setelah mendapat permintaan daripada pihak waris
si mati. Sebaliknya, jika mereka memaafkan si pembunuh maka hukuman
qisas boleh digugurkan daripadanya dan diganti dengan hukuman takzir
mengikut budi bicara hakim.

SEMAK KENDIRI 4.5


1. Apakah yang anda faham dengan istilah al-Mahkum Fih?
Nyatakan syarat-syaratnya.
2. Apakah yang membezakan al-Mahkum Fih dari perspektif
hukum taklifi dan hukum wadÊi?
3. Apa yang anda faham tentang hak Allah dan hak manusia?

 Hukum WadÊi dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu sebab, syarat dan maniÊ.
Mengenai sebab, ia terbahagi pula kepada dua kategori iaitu pertama,
pembahagian sebab dari sudut kedudukannya dalam kawalan mukallaf atau
sebaliknya dan kedua, pembahagian sebab dari sudut kesannya kepada
hukum taklifi dan wadÊi.

 Syarat pula boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertama,


pembahagian syarat dari sudut kesannya kepada hukum dan sebab; kedua,
pembahagian syarat dari sudut asal-usulnya. Kategori syarat yang kedua ini
pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu syarat syarÊi dan syarat jaÊli.

 Manakala maniÊ pula terbahagi kepada dua iaitu maniÊ kepada hukum dan
maniÊ kepada sebab.

 Terdapat beberapa hukum wadÊi tambahan iaitu : sah, batal, fasad, Âazimah
dan rukhsah.

 Al-Hakim sebenarnya merujuk kepada Allah s.w.t yang berkuasa mutlak


untuk menentukan hukum syarak. Ini kerana Nabi Muhammad s.a.w sendiri
hanya berperanan sebagai penyampai mesej Allah s.w.t sama ada menerusi
ayat-ayat al-Quran mahupun Sunnah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 HUKUM WAD’I, AL-HAKIM DAN AL-MAHKUM FIH

 Para ulama telah berselisih pendapat dalam menentukan sama ada akal juga
boleh berperanan untuk menentukan sesuatu hukum sebelum kedatangan
Rasul. Lantaran itu, persoalan ini telah menyebabkan pandangan ulama
terbahagi kepada tiga iaitu pandangan yang diutarakan oleh golongan
Muktazilah, AsyaÊirah dan juga Maturidiyyah.

 Al-Mahkum Fih atau al-Mahkum Bih dapat didefinisikan sebagai perkara yang
ingin diutarakan menerusi khitab atau mesej Allah s.w.t kepada para mukalaf.
Ia dianggap sebagai subjek hukum yang akan disabitkan dengan sesuatu
hukum sama ada ia dinyatakan dalam bentuk iqtidaÊ, takhyir dan wadÊi.

 Terdapat tiga syarat yang perlu dipenuhi untuk memperakukan sesuatu


perbuatan sebagai al-Mahkum Fih. Pertama, al-Mahkum Fih atau perbuatan
yang ditaklifkan mestilah benar-benar diketahui dan difahami sepenuhnya
oleh mukalaf agar dia dapat melakukannya mengikut cara yang sepatutnya.
Kedua, mukalaf yang terlibat mestilah mengetahui arahan itu datang
daripada pihak yang mesti ditaati kepatuhan yang ditunjukkan selari dengan
kemahuan Allah s.w.t. Ketiga, al-Mahkum Fih atau perbuatan yang akan
ditaklifkan mesti berada dalam kawalan seseorang mukalaf.

 Al-Mahkum Fih dapat dibahagikan kepada empat bahagian iaitu perkara


yang menjadi hak Allah s.w.t, perkara yang menjadi hak hamba, perkara
yang mengandungi kedua-dua hak tetapi hak Allah s.w.t lebih menonjol dan
perkara yang mengandungi kedua-dua hak namun hak hamba yang lebih
menonjol.

ÂAzimah ManiÊ
Al-Hakim Rukhsah
Al-Mahkum fih Sah
Batal Sebab
Fasad Syarat
Hak Allah Syarat JaÊli
Hak hamba Syarat syarii
Hukum wadÊi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM WAD’I, AL-HAKIM DAN AL-MAHKUM FIH  73

Al-Zuhayli, wahbah (1998). Usul al-Fiqh al-Islami, jld. 1, cet. 2, Damsyik : Dar
al-Fikr, h. 93-157. Bab 1, bahagian 2 : Jenis-jenis hukum, Bab 2 : al-Hakim,
Bab 3: al-Mahkum Fih.

Zaydan, Abd al-Karim (1994). al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut : Muassasah


al-Risalah, h. 29‐68. Bab 1, bahagian 2: Jenis‐jenis hukum. 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Al-Mahkum
5 ÂAlayh

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep al-Mahkum ÂAlayh serta syaratnya yang
perlu dipenuhi;
2. Menjelaskan konsep al-Ahliyyah atau kapasiti seseorang individu
untuk melaksanakan tanggungjawab agama dan peringkat-
peringkatnya;
3. Menghuraikan konsep al-ÂAwarid (halangan pentaklifan) dan
kesannya dalam penentuan hukum ke atas mukalaf; dan
4. Membincangkan pembahagian al-ÂAwarid kepada al-ÂAwarid
al-Samawiyyah dan al-ÂAwarid al-Muktasabah dengan
berdasarkan contoh-contohnya yang sesuai.

 PENGENALAN
Dalam membincangkan mengenai konsep hukum, anda juga perlu memahami satu
lagi konsep yang mempunyai hubungan dengannya iaitu al-Mahkum ÂAlayh atau
latar belakang seseorang yang boleh dianggap sebagai mukalaf. Untuk melayakkan
mereka menjadi mukalaf, mereka perlu memenuhi beberapa syarat yang digariskan
oleh syarak. Dalam topik ini, perbincangan juga turut merangkumi persoalan
al-Ahliyyah atau kapasiti individu untuk melaksanakan tanggungjawab agama.
Lanjutan daripada itu, anda akan didedahkan dengan perbincangan mengenai
al-ÂAwarid, iaitu elemen-elemen yang boleh mempengaruhi dan menghalang proses
pentaklifan ke atas seseorang individu. Al-ÂAwarid pula terbahagi kepada dua iaitu
al-ÂAwarid al-Samawiyyah dan al-ÂAwarid al-Muktasabah. Kesemua persoalan yang
dibangkitkan di atas akan dibincangkan dalam topik ini.
 
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 AL-MAHKUM ‘ALAYH  75

AKTIVITI 5.1

Cuba fikirkan bilakah bermulanya seseorang itu dianggap


bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesan daripada segala
perbuatan yang dilakukan. Apakah tanggungan tersebut berlaku
seumur hidup atau boleh datang dan pergi dengan beberapa sebab.
 

5.1 KONSEP AL-MAHKUM ‘ALAYH DAN


SYARAT-SYARATNYA
Istilah al-Mahkum ÂAlayh merujuk kepada mukalaf atau individu yang layak
dibebankan dengan tanggungjawab agama. Namun begitu, terdapat dua syarat
yang perlu dipenuhi oleh individu berkenaan sebelum dia boleh dianggap
sebagai mukalaf. Syarat tersebut adalah seperti berikut:
 
(a) Syarat Pertama
Individu berkenaan mesti berkemampuan untuk memahami kandungan dalil
syarak atau perintah Allah s.w.t terhadap dirinya. Kemampuan ini diukur dari
kemampuan akal yang dimiliki. Memandangkan kemampuan akal suatu yang
tersembunyi , maka syarak menetapkan had umur baligh sebagai petunjuk
kepada kewujudan akal dan kemampuannya untuk memahami sesuatu.
Justeru, apabila seseorang individu mencapai umur baligh dan akalnya tidak
mengalami sebarang kecacatan, dia dianggap sebagai mukalaf.

Oleh yang demikian, kanak-kanak dan orang gila tidak dianggap mukalaf
kerana akal mereka tidak memiliki kemampuan untuk berfikir secara normal.
Namun demikian, ini tidak bermakna kedua-duanya bebas melakukan
sesuatu tindakan sekalipun boleh memudaratkan individu lain seperti
merampas hak atau memusnahkan barangan milik orang lain. Dalam keadaan
demikian, mereka tetap dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berlaku
kerana ia adalah natijah daripada tindakan mereka sendiri. Cuma
pertanggungjawaban ini tidak ditanggung oleh mereka secara langsung tetapi
ditanggung oleh para wali atau ahli waris yang memegang tanggungjawab
untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul bagi pihak mereka.

Sebagai contoh, jika seorang kanak-kanak kecil merosakkan mainan di


sebuah kedai, maka walinya wajib membayar ganti rugi terhadap mainan
tersebut yang mana bayarannya diambil daripada harta kanak-kanak
sekiranya ada.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 5 AL-MAHKUM ‘ALAYH

Orang yang berada dalam keadaan tidur, terlupa mahupun mabuk juga tidak
boleh dianggap mukalaf kerana kesemua mereka tidak mampu mengetahui
apa yang sedang berlaku. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w sendiri:
„Qalam diangkat (yakni dikecualikan daripada dosa) daripada tiga golongan:
yang tidur sehingga dia terjaga, kanak-kanak sehingga dia baligh dan orang
gila sehingga dia sedar (sembuh daripada penyakit gilanya)‰.

(b) Syarat Kedua


Individu berkenaan hendaklah memiliki al-Ahliyyah atau kelayakan untuk
memikul bebanan atau tanggungjawab agama. Al-Ahliyyah atau kelayakan
ini akan diperoleh oleh seseorang mukalaf menerusi akal dan
kefahamannya terhadap tanggungjawab agama yang dibebankan ke
atasnya. Justeru itu, helaian yang seterusnya akan mengajak anda untuk
memahami konsep al-Ahliyyah dan jenis-jenisnya dari kaca mata syarak.

5.2 AL-AHLIYYAH DAN JENIS-JENISNYA


Jadual 5.1 menerangkan definisi al-Ahliyyah dari sudut bahasa dan juga istilah.

Jadual 5.1: Definisi al-Ahliyyah dari Sudut Bahasa dan Istilah

Bahasa Al-Ahliyyah dari sudut bahasa boleh diertikan sebagai kesesuaian


seseorang individu untuk melakukan sesuatu perkara atau untuk
dituntut melakukan sesuatu.
Istilah Dari sudut istilah, al-Ahliyyah merujuk kepada kesesuaian individu
untuk berhadapan dengan kewajipan atau hak yang boleh menjadi
miliknya atau berhak dituntut daripadanya.

Dalam membincangkan isu ini, para ulama telah membahagikan al-Ahliyyah


kepada dua jenis seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1.

Rajah 5.1: Jenis-jenis al-Ahliyyah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AL-MAHKUM ‘ALAYH  77

(a) Ahliyyah al-Wujub


Ahliyyah al-Wujub dapat ditakrifkan sebagai kesesuaian individu untuk
menerima sesuatu hak dan diwajibkan melaksanakan sesetengah kewajipan.
Jenis ahliyyah ini juga boleh dikenali sebagai dhimmah dan ia dianggap
wujud pada diri setiap manusia sejak dari saat dia mula bernyawa dalam
rahim ibunya sehinggalah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Asas
kepada kewujudan Ahliyyah al-Wujub ialah nyawa yang dimiliki oleh setiap
manusia sekalipun dia masih belum menjadi mukalaf.

(b) Ahliyyah al-AdaÊ


Ahliyyah al-AdaÊ pula boleh diertikan sebagai kesesuaian seseorang dalam
melakukan sesuatu sehingga ia boleh dianggap sah oleh syarak. Jenis
Ahliyyah ini juga boleh dikenali sebagai masÊuliyyah atau tanggungjawab.
Asas bagi kewujudannya adalah al-Tamyiz atau sifat mumaiyiz yang
dimiliki oleh seseorang.

Sebagai contoh, seseorang yang telah menunaikan solat fardu subuh


dengan sempurna akan dianggap telah melaksanakan salah satu
tanggungjawab agamanya yang diambil kira oleh syarak. Sebaliknya, jika
dia melakukan jenayah dia akan berhadapan dengan hukuman yang
ditentukan sama ada hukuman fizikal mahupun kebendaan.

Di samping itu, kedua-dua Ahliyyah al-Wujub dan Ahliyyah al-AdaÊ masing-


masing terbahagi kepada dua, iaitu:
(a) Naqisah (tidak sempurna); dan
(b) Kamilah (sempurna).

Bagi memastikan para pelajar dapat memahami konsep kedua-dua jenis


Ahliyyah serta pengaruhnya kepada penentuan hukum syarak, perbincangan
mengenainya akan dikaitkan dengan Adwar al-Ahliyyah iaitu peringkat-
peringkat kehidupan individu yang berhubungan dengan konsep Ahliyyah.

Adwar al-Ahliyyah boleh dibahagikan kepada empat peringkat seperti yang


ditunjukkan dalam Rajah 5.2.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 5 AL-MAHKUM ‘ALAYH

Rajah 5.2: Empat peringkat Adwar al-Ahliyyah

(a) Peringkat Janin


Di peringkat ini, Ahliyyah al-Wujub memang wujud kerana asas
kewujudannya adalah nyawa. Akan tetapi, status Ahliyyah al-Wujub pada
peringkat ini adalah kurang sempurna atau naqisah. Ini kerana sekalipun
janin tersebut dianggap memiliki nyawa iaitu setelah kandungannya
berusia empat bulan, namun kesinambungan nyawanya masih belum pasti
lantaran masih belum dilahirkan.

Justeru itu, para ulama menegaskan bahawa janin berhak mendapat


sebahagian hak yang menguntungkannya dan tidak memerlukan kepada
persetujuan secara langsung seperti hak mewarisi pusaka, mendapat wasiat
dan menerima harta wakaf. Namun demikian, kesemua hak-hak ini hanya
akan menjadi milik janin jika dia selamat dilahirkan oleh ibunya.

Manakala hak yang memerlukan kepada persetujuan penerimaan seperti


transaksi jual beli misalnya tidak dimiliki oleh janin. Alasannya ialah kerana
hak-hak tersebut boleh memberikan kesan kepada janin dan individu lain
sedangkan dia tidak diwajibkan untuk menanggung sebarang tanggungjawab
terhadap orang lain. Selain itu, dia juga tidak mampu mengungkapkan
sebarang persetujuan dalam transaksi yang berkemungkinan memudaratkan
kepentingannya sendiri.

Sebagai contoh, semua transaksi jual beli, pemberian hibah atau sedekah
yang melibatkan harta seorang janin yang mana dilakukan oleh walinya
adalah dianggap batal kerana persetujuan daripadanya tidak dapat

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AL-MAHKUM ‘ALAYH  79

diperoleh sedangkan transaksi yang sedemikian mungkin boleh


menyebabkan kerugian kepada dirinya.

Antara alasan yang menyebabkan status Ahliyyah al-Wujub bagi janin


dianggap kurang sempurna ialah kerana penilaian terhadapnya dibuat
berdasarkan dua perspektif. Pertama, jika dinilai dari sudut kebergantungan
janin kepada ibu yang sedang mengandungkannya maka dia tidak dianggap
sebagai satu entiti tersendiri. Lantaran itu, dhimmahnya belum sempurna
untuk melayakkannya menerima apa-apa hak atau melaksanakan pelbagai
tuntutan dalam agama.

Namun, jika dinilai menurut perspektif yang kedua, janin boleh dianggap
sebagai entiti yang hidup secara berasingan sekalipun masih berada dalam
kandungan ibunya kerana dia sudah memiliki nyawa yang ditiupkan oleh
Allah s.w.t sejak usianya mencecah empat bulan menurut jumhur ulama.
Oleh itu, janin dianggap memiliki Ahliyyah al-Wujub tetapi dalam bentuk
yang kurang sempurna. Ahliyyah ini melayakkannya untuk menerima
sebahagian hak yang tidak memerlukan persetujuan penerimaan dan tidak
memudaratkannya.

Dari sudut Ahliyyah al-AdaÊ pula, para ulama menegaskan bahawa janin
tidak memilikinya. Ini kerana asas kepada kewujudan jenis Ahliyyah ini
adalah tamyiz sedangkan janin masih belum mencapai peringkat mumaiyiz
bahkan masih belum dilahirkan.

(b) Peringkat Kanak-kanak


Peringkat ini merujuk kepada waktu janin selamat dilahirkan dan
membesar sebagai kanak-kanak sehingga sebelum mumaiyiz. Jika ditinjau
dari sudut Ahliyyah al-Wujub, ia sememangnya wujud pada setiap diri
kanak-kanak secara sempurna kerana dia telah bernyawa dan mampu
hidup seperti insan normal. Justeru itu, dia berhak mendapatkan hak-hak
yang diperuntukkan baginya serta melunaskan sebahagian tanggungjawab
yang dikenakan ke atas dirinya.

Sebagai contoh, jika seorang kanak-kanak terlibat dalam hal yang berkaitan
dengan hak sesama hamba seperti dia merosakkan barangan bukan
miliknya atau melantik seseorang untuk melakukan kerjanya maka dia
berkewajipan untuk membayar ganti rugi terhadap barangan tersebut dan
melunaskan upah kepada pekerja yang telah dilantik. Namun demikian,
pembayaran ini hanya boleh dilakukan oleh walinya bagi mengelakkan
penipuan terhadap kanak-kanak tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 5 AL-MAHKUM ‘ALAYH

Jika kanak-kanak terbabit melakukan jenayah seperti pembunuhan, dia


juga tidak boleh dihukum dengan hukuman qisas. Ini kerana kanak-kanak
tidak boleh dianggap sebagai seorang penjenayah yang mempunyai motif
memandangkan dia belum mampu berfikir secara waras. Dalam hal ini
juga, walinya tidak boleh menjadi wakil untuk menerima hukuman qisas
bagi pihaknya kerana sesuatu jenayah tidak boleh dipertanggungjawabkan
ke atas individu lain yang tidak bersalah. Justeru itu, perlaksanaan qisas
terpaksa diganti dengan ganti rugi iaitu bayaran diyat yang mana
diberikan kepada keluarga si mati oleh pihak kanak-kanak terbabit.

Keadaan yang hampir sama juga dapat diperhatikan dalam kes kanak-
kanak yang terlibat dengan hak-hak Allah s.w.t. Sebagai contoh, kanak-
kanak tidak diwajibkan untuk beriman atau melakukan ibadat khusus
memandangkan dia belum baligh atau layak untuk dibebankan dengan
tanggungjawab agama. Dia juga tidak akan dikenakan hukuman hudud
sekalipun dia telah melakukan kesalahan tersebut kerana pada hakikatnya
dia masih tidak memahami kesalahannya sedangkan hukuman tersebut
juga tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas orang lain.

Manakala dari sudut Ahliyyah al-AdaÊ pula, ia sememangnya tidak wujud


pada diri kanak-kanak kerana dia belum mencapai umur tamyiz serta masih
tidak mampu membezakan antara perkara yang baik atau sebaliknya.
Justeru itu, dia tidak boleh dituntut dalam melaksanakan sesuatu perkara
melainkan dalam sesetengah hak berkaitan Ahliyyah al-Wujub yang mana
boleh diwakili oleh walinya secara sah. Sebaliknya, semua tindakan kanak-
kanak yang dikaitkan dengan Ahliyyah al-AdaÊ seperti persetujuannya
dalam melakukan transaksi jual beli adalah terbatal sama sekali.

(c) Peringkat Mumaiyiz


Peringkat ini bermula apabila seorang kanak-kanak mencapai umur tamyiz
di mana dia sudah mampu membezakan di antara perkara yang baik atau
sebaliknya. Justeru itu, Ahliyyah al-Wujub dianggap telah wujud secara
sempurna pada setiap mumaiyiz kerana dia sememangnya bernyawa.
Natijahnya, dia berhak mendapatkan hak-hak yang diperuntukkan baginya
serta melunaskan sesetengah tanggungjawab yang turut dikenakan ke atas
dirinya.

Manakala Ahliyyah al-AdaÊ pada peringkat ini sebenarnya telah wujud


namun dalam bentuk yang kurang sempurna memandangkan kemampuan
berfikir yang dimiliki olehnya masih lagi terhad. Oleh yang demikian,
kesemua tanggungjawab agama seperti keimanan dan ibadat fizikal yang
dilaksanakan olehnya dianggap sah kerana ia memberikan kebaikan sejati

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AL-MAHKUM ‘ALAYH  81

kepada dirinya. Manakala mengenai tindakan mumaiyiz yang berkaitan


dengan harta, ia dijelaskan oleh para ulama seperti berikut.

Pertama, bagi tindakannya yang boleh memberikan kebaikan sejati kepada


dirinya seperti persetujuannya untuk menerima hibah, sedekah dan wasiat
maka hukumnya adalah sah sekalipun ia dilakukan tanpa keizinan wali
atau penjaga.

Kedua, tindakannya yang boleh memberikan kesan mudarat yang besar


kepada dirinya seperti persetujuannya untuk menghadiahkan sesuatu atau
mewakafkannya kepada orang lain maka hukum bagi tindakan ini adalah
terbatal secara automatik. Ini kerana tindakan ini boleh dianggap sebagai
suatu penganiayaan ke atas dirinya kerana dia melakukan sesuatu perkara
yang merugikan diri sendiri tanpa dapat memahami kesannya secara jelas.
Pembatalan terhadap tindakan mumaiyiz yang sebegini adalah tetap
diambil sekalipun wali dan penjaganya telah membenarkannya. Alasannya
kerana kedua-dua mereka bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan
mumaiyiz yang berada di bawah jagaannya sedangkan tindakan sebegini
telah menyimpang dari matlamat tersebut.

Ketiga, tindakan mumaiyiz yang mempunyai risiko yang seimbang iaitu


sama ada ia memberikan kesan baik atau buruk kepada dirinya seperti
tindakannya dalam jual beli, sewaan dan kesemua transaksi muamalat
maka hukumnya adalah bergantung kepada keizinan walinya. Ini kerana
hal-hal yang sedemikian memerlukan campur tangan daripada individu
yang telah baligh agar mumaiyiz yang terlibat akan memperoleh
keuntungan dan bukannya kerugian di sebalik transaksi yang dibuat.

(d) Peringkat Baligh sehingga ke Akhir Hayat


Pada peringkat ini, individu yang terlibat dikenali sebagai mukalaf. Oleh
itu, dia dianggap memiliki Ahliyyah al-Wujub serta Ahliyyah al-AdaÊ yang
sempurna. Alasannya, kerana seorang mukalaf adalah insan bernyawa dan
memiliki kemampuan berfikir yang sempurna. Oleh yang demikian, dari
sudut Ahliyyah al-Wujub, dia berhak mendapat kesemua hak yang menjadi
miliknya serta wajib melunaskan tanggungjawab yang dikenakan ke atas
dirinya.

Manakala dari sudut Ahliyyah al-AdaÊ pula, dia layak untuk dibebankan
dengan perlaksanaan segala tanggungjawab agama. Selain itu, syarak juga
menegaskan bahawa segala tindakan dan persetujuan akan diambil kira
dan memberikan kesan kepada kesemua transaksi dan akad tanpa
bergantung kepada keizinan mana-mana pihak. Jika dia melakukan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 5 AL-MAHKUM ‘ALAYH

jenayah dan disahkan bersalah maka dia layak dikenakan hukuman yang
sepatutnya kerana dia telah melakukannya secara waras.

Jadual 5.2 merumuskan peringkat kehidupan manusia dan hubungannya dengan


al-Ahliyyah.

Jadual 5.2: Peringkat Kehidupan Manusia dan Hubungannya dengan al-Ahliyyah

Peringkat Ahliyyah al-Wujub Ahliyyah al-AdaÊ


Janin Ada (tidak sempurna) Tiada
Kanak-kanak Ada (sempurna) Tiada
Mumaiyiz Ada (sempurna) Ada (tidak sempurna)
Baligh sehingga ke
Ada (sempurna) Ada (sempurna)
Akhir Hayat

SEMAK KENDIRI 5.1

1. Sebutkan syarat yang mesti dipenuhi oleh seseorang bagi


melayakkannya memikul tanggungjawab agama.
2. Bezakan antara Ahliyyah al-Wujub dan Ahliyyah al-AdaÊ.
3. Apakah perkara yang menjadi asas kepada kewujudan
Ahliyyah al-Wujub dan Ahliyyah al-AdaÊ?
4. Sebutkan peringkat-peringkat ahliyyah/kapasiti hukum secara
ringkas.
5. Huraikan kesan setiap peringkat ahliyyah kepada kelayakan
seseorang dalam Ahliyyah al-Wujub dan Ahliyyah al-AdaÊ.
6. Jelaskan hubungan antara kontrak yang dilakukan oleh seorang
kanak-kanak mumaiyiz dengan keizinan daripada walinya.

5.3 ‘AWARID AL-AHLIYYAH


Seperti yang diterangkan sebelum ini, Ahliyyah terbahagi kepada dua iaitu
Ahliyyah al-Wujub dan Ahliyyah al-AdaÊ. Kedua-dua Ahliyyah ini boleh bersifat
sempurna dan boleh juga bersifat kurang sempurna dengan ukuran sejauhmana
wujudnya asas bagi kedua-dua bentuk Ahliyyah tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AL-MAHKUM ‘ALAYH  83

Bagi Ahliyyah al-Wujub, kewujudannya adalah berasaskan kepada kewujudan


nyawa manakala Ahliyyah al-AdaÊ pula berasaskan kepada kewujudan akal.
Justeru itu, apabila asas bagi sesuatu Ahliyyah telah benar-benar wujud maka
sifat Ahliyyah terbabit dianggap sempurna dan semua hak dan tanggungjawab
agama yang disabitkan dengannya perlu dilaksana dan diambil kira.

Namun demikian, tahukah anda bahawa Ahliyyah yang telah bersifat sempurna
masih boleh terhalang sehingga menyebabkan individu terlibat tidak lagi berhak
ke atas haknya atau layak dibebankan dengan tanggungjawab agama. Dalam hal
ini, halangan yang dimaksudkan dikenali sebagai ÂAwarid dan ia boleh
dibahagikan kepada dua iaitu ÂAwarid Samawiyyah dan ÂAwarid Muktasabah.

5.3.1 ’Awarid Samawiyyah


Apakah yang dimaksudkan dengan ÊAwarid Samawiyyah?

Awarid Samawiyyah boleh diertikan sebagai halangan terhadap


Ahliyyah yang berlaku secara semula jadi dan tidak mampu dipengaruhi
oleh manusia.

Justeru itu, para ulama mengklasifikasikan ÂAwarid ini sebagai samawiyyah


yang bermaksud halangan yang ditetapkan oleh „kuasa daripada langit‰ iaitu
Allah s.w.t. Menurut para ulama, ÂAwarid jenis ini dapat dibahagikan kepada
tujuh seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.3.

Rajah 5.3: Jenis-jenis ÊAwarid Samawiyyah


Copyright © Open University Malaysia (OUM)
84  TOPIK 5 AL-MAHKUM ‘ALAYH

(a) Gila (Junun)


Kewujudannya tidak akan menafikan Ahliyyah al-Wujub kerana setiap
pesakit gila sememangnya masih memiliki nyawa yang merupakan asas
kepada kewujudan jenis Ahliyyah di atas. Sebaliknya, Ahliyyah al-AdaÊ
langsung tidak wujud pada diri pesakit gila kerana hilangnya kewarasan.
Justeru itu, para ulama menegaskan bahawa pesakit gila yang berpanjangan
tidak diwajibkan untuk menunaikan ibadat khusus dan tidak pula perlu
menqadanya memandangkan ia akan mengundang kesulitan kepada dirinya.

Manakala mengenai tindakan yang dilakukan oleh pesakit gila dalam


pengurusan hariannya terutama sekali yang melibatkan harta maka
hukumnya adalah terbatal sekalipun ia secara zahir dilihat memberikan
manafaat kepada dirinya. Ini kerana kesahihan sesuatu tindakan yang
melibatkan harta adalah berasaskan kepada kewarasan akal sedangkan
pesakit gila langsung tidak memilikinya.

(b) Kebodohan Semula Jadi (ÂAtah)


Ia adalah kebodohan semula jadi yang menyebabkan seseorang kurang
memahami sesuatu perkara, bercakap tanpa fokus dan gagal menguruskan
sesuatu. ÂAtah tidak menafikan kewujudan Ahliyyah al-Wujub. Manakala
Ahliyyah al-AdaÊ pada penghidap Âatah dilihat kepada jenis Âatah yang
menimpanya. Jika Âatah yang menimpanya bersifat total di mana ia menyamai
penyakit gila sehingga menyebabkan hilangnya kewarasan akal, maka ia
tentunya akan menafikan kewujudan Ahliyyah al-AdaÊ. Namun begitu, jika
Âatah tersebut hanya bersifat separa di mana dia masih memiliki sebahagian
kewarasan maka hukum dirinya boleh disamakan seperti seorang kanak-
kanak mumaiyiz yang memiliki Ahliyyah al-AdaÊ yang tidak sempurna.

Justeru itu, dia tidak diwajibkan untuk menunaikan ibadat dan tidak akan
dikenakan hukuman berbentuk penyeksaan fizikal jika dia melakukan
jenayah. Sebaliknya, dia akan dikenakan bayaran ganti rugi jika dia
merosakkan harta orang lain dan pembayarannya diuruskan oleh walinya.

(c) Terlupa (Nisyan)


Tidak akan menafikan kewujudan kedua-dua Ahliyyah al-Wujub dan
al-AdaÊ. Ini memandangkan individu yang terlupa pada hakikatnya tetap
bernyawa dan masih memiliki fikiran yang waras. Justeru itu, seseorang
yang terlupa tidak boleh menjadikannya alasan untuk mengelakkan diri
daripada bertanggungjawab terhadap kesalahan merosakkan harta dan hak
milik orang lain.

Namun demikian, sifat terlupa yang berlaku dalam perkara yang


melibatkan hak Allah s.w.t dianggap sebagai keuzuran sehingga

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AL-MAHKUM ‘ALAYH  85

mengecualikan pelakunya daripada dosa. Sebagai contoh, seseorang yang


berpuasa lalu makan dalam keadaan terlupa dianggap sebagai tidak
berdosa ă bahkan puasanya tetap dianggap sah.

(d) Tertidur (Nawm) dan Pengsan (ÊIghma)


Kedua-duanya hanya menafikan kewujudan Ahliyyah al-AdaÊ kerana
individu yang berada dalam keadaan tersebut tidak memiliki kewarasan
akal. Justeru itu, segala perkataan yang keluar daripada mulut individu
yang berada dalam dua keadaan tersebut tidak boleh diambil kira. Akan
tetapi, perbuatan yang dilakukan oleh beliau yang mengakibatkan
kecedaraan kepada individu lain tetap diambil kira dan dikenakan
hukuman yang sewajarnya.

Namun begitu, hukuman yang dimaksudkan adalah berbentuk bayaran


diyat dan bukannya penyeksaan fizikal. Sebagai contoh, jika seseorang
tidur di atas sofa lalu dia jatuh menghempap rakannya sehingga
menyebabkan kematian, hukumannya adalah bayaran diyat kepada ahli
waris si mati. Dengan lain perkataan, dia tidak berdepan dengan hukuman
qisas disebabkan kejadian itu berlaku secara luar kawalan dan tanpa motif.

Walau bagaimanapun, pihak mahkamah sebenarnya masih boleh


mengenakan hukuman berbentuk takzir ke atas dirinya dengan alasan
kecuaian. Jika dibincang dalam konteks ibadat khusus pula, individu yang
tertidur dan pengsan sehingga luput waktu menunaikan sesuatu ibadat
tidaklah dianggap berdosa, namun ia perlu diqadakan sebaik mereka sedar.

(e) Sakit (Marad)


Para ulama menegaskan bahawa ia tidak akan menafikan kewujudan
kedua-dua Ahliyyah al-Wujub dan Ahliyyah al-AdaÊ memandangkan
individu yang sakit masih bernyawa dan berfikiran waras. Walau
bagaimanapun, Islam turut memberikan keringanan kepada pesakit dalam
melakukan sesetengah ibadat. Sebagai contoh, seorang pesakit yang
lumpuh diberikan kelonggaran untuk melakukan solat fardu secara duduk
atau baring sekalipun syarat sahnya adalah berdiri.

Di samping itu, Islam turut menegaskan tindakan seseorang pesakit kritikal


dalam menguruskan hartanya adakalanya boleh disekat apabila ia
mungkin menafikan hak orang lain. Sebagai contoh, seorang pesakit
kritikal tidak dibenarkan untuk menghadiahkan hartanya kepada individu
bukan waris secara sewenang-wenangnya, bahkan harta yang telah
diserahkan boleh ditarik balik setelah kematiannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 5 AL-MAHKUM ‘ALAYH

Larangan ini sebenarnya bertujuan menjaga kepentingan ahli waris agar


tidak diketepikan daripada menerima harta pusaka, di samping menjamin
hak pemiutang untuk mendapatkan balik hutang daripada si mati
sekiranya ada. Antara contoh lain mengenai tindakan pesakit kritikal yang
boleh disekat ialah tindakan menceraikan isteri secara talaq baÊin.

(f) Kematian (Mawt)


Ia adalah ÂAwarid Samawyyah yang terakhir. Ia akan menafikan
kewujudan Ahliyyah al-Wujub dan Ahliyyah al-AdaÊ. Justeru itu, segala
hak dan tanggungjawab yang ditanggung oleh si mati sewaktu hayatnya,
gugur selagi mana ia tidak melibatkan hak-hak orang lain, contohnya
hutang. Oleh yang demikian, jika dia meninggal dunia sebelum sempat
hutangnya dilunaskan maka pembayarannya wajib diambil daripada harta
pusakanya. Jika harta yang ditinggalkan olehnya tidak mencukupi, maka
waris terdekat akan menanggung pembayaran baki hutang tersebut bagi
menjamin kepentingan dan hak pemiutang.

Di samping itu, para ulama juga menegaskan bahawa hutang Allah s.w.t
yang tidak sempat dilunaskan oleh si mati sedangkan dia berkemampuan
sewaktu hidupnya seperti zakat dan haji, maka ahli warisnya boleh
melunaskan bagi pihak beliau.

5.3.2 ‘Awarid Muktasabah


Apakah yang dimaksudkan dengan Awarid Muktasabah?

ÂAwarid Muktasabah pula boleh ditakrifkan sebagai halangan terhadap


Ahliyyah yang berlaku akibat tindakan manusia sendiri.

 
ÂAwarid jenis ini boleh dibahagikan kepada enam seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 5.4.
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AL-MAHKUM ‘ALAYH  87

 
Rajah 5.4: Jenis-jenis ÊAwarid Muktasabah

(a) Kejahilan (Jahl)


Ia tidak menafikan kewujudan kedua-dua jenis Ahliyyah namun, ia boleh
dianggap sebagai keuzuran dalam sesetengah keadaan. Sebagai contoh,
seorang yang baru memeluk Islam yang menetap di negara yang anti Islam
telah meminum arak, lalu dia mendakwa tidak tahu dan jahil mengenai
pengharamannya. Dalam situasi ini, dakwaan kejahilannya tentang
pengharaman arak boleh diterima. Dia tidak dianggap berdosa serta tidak
dikenakan hukuman hudud kerana dia menetap di negara yang asing
daripada pengaruh Islam dan kemungkinan sampainya ilmu mengenai
hukum-hukum Islam adalah tipis.

Namun demikian, sekiranya dakwaan yang sama dikemukakan oleh


seorang Muslim yang menetap di negara Islam maka ia tidak boleh
diterima bahkan hukuman hudud tetap dikenakan. Ini adalah berdasarkan
prinsip fiqh yang utama iaitu: „Tidak diterima dakwaan jahil (daripada
seseorang Muslim terhadap hukum-hukum Islam yang jelas) jika dia
berada di negara Islam‰.

(b) Tersilap (KhataÊ)


Boleh ditafsirkan sebagai perbuatan tidak sengaja dan ia juga tidak
menafikan Ahliyyah al-Wujub mahupun Ahliyyah al-AdaÊ. Alasannya
kerana setiap individu yang tersilap masih memiliki kewarasan akal
sekalipun dia tidak sedar ketika melakukan perkara tersebut. Walau
bagaimanapun, Islam tetap menghukumkan bahawa kesilapan yang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 5 AL-MAHKUM ‘ALAYH

dilakukan oleh seseorang dalam perkara berkaitan hak Allah s.w.t tetap
dikira sebagai keuzuran yang mengecualikannya daripada dosa. Antara
kesilapan yang dimaksudkan seperti kesalahan seorang mufti dalam
memutuskan hukum, kesilapan dalam menentukan arah kiblat dan
kesilapan menilai syubhah dalam menentukan perlaksanaan hukuman
hudud. Kesilapan dalam menangani hak-hak hamba juga turut dianggap
sebagai keuzuran yang dapat mengecualikan hukuman sebenar dan dosa
kepada pelakunya.

Sebagai contoh, seseorang yang tersilap menembak ke arah individu lain


sehingga menyebabkannya mati, tidak dikenakan hukuman sebenar akibat
pembunuhan iaitu qisas. Sebaliknya, dia hanya diwajibkan membayar diyat
kepada ahli waris si mati. Keadaan yang sama berlaku apabila seseorang
melakukan kesilapan sehingga merosakkan harta milik orang lain di mana
dia tidak dianggap berdosa tetapi sebaliknya dia diwajibkan membayar
ganti rugi terhadap kerosakan tersebut.

(c) Kebodohan dalam Menguruskan Harta (Safh)


Boleh ditakrifkan sebagai kebodohan dalam pengurusan harta sehingga ia
dibelanjakan secara boros dan bercanggah dengan batas syarak serta logik
akal sedangkan pelakunya memiliki akal yang waras. Sama seperti hazl,
safh tidak menafikan kewujudan kedua-dua jenis Ahliyyah, namun ia
masih boleh memberikan kesan kepada sesetengah hukum.

Sebagai contoh, hakim boleh menjatuhkan hukuman berbentuk larangan ke


atas kanak-kanak dan individu mukalaf daripada menguruskan harta
masing-masing akibat safh kerana tindakan berbelanja mereka boleh
memberikan mudarat sama ada kepada diri sendiri atau individu yang
berada di bawah tanggungan.

(d) Kemabukan (Sakr)


Boleh ditafsirkan sebagai kemabukan yang diakibatkan oleh tindakan
meminum arak atau seumpamanya sehingga menyebabkan pelakunya tidak
sedar apa yang dilakukan olehnya ketika mabuk. Daripada tafsiran ini, kita
boleh katakan bahawa kemabukan boleh menafikan kewujudan Ahliyyah al-
AdaÊ kerana asas kepada kewujudannya iaitu kewarasan akal sudah hilang.
Walau bagaimanapun, para ulama memperincikan lagi persoalan ini di
mana mereka menegaskan kemabukan yang boleh menafikan Ahliyyah al-
AdaÊ sehingga mengecualikan dosa kepada pelakunya adalah khusus
kepada kemabukan yang berlaku secara tidak sengaja.

Sebagai contoh, jika seseorang individu memakan sejenis ubat kerana


demam atau dipaksa meminum arak sehingga menyebabkannya mabuk

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AL-MAHKUM ‘ALAYH  89

maka hukumnya diibaratkan seperti seseorang yang pengsan. Ini


bermakna, jika dia meninggalkan solat fardu ketika berada dalam keadaan
mabuk maka dia tidak dianggap berdosa dan diwajibkan menqada solat
tersebut sebaik sahaja sedar daripada kemabukannya. Walau
bagaimanapun, jika dia merosakkan harta milik orang lain ketika mabuk
maka dia tetap perlu membayar ganti rugi terhadapnya. Jika dia
melakukan jenayah pula seperti pembunuhan, maka dia akan dikecualikan
daripada hukuman qisas tetapi perlu membayar diyat sebagai ganti.

(e) Sikap Bermain-main (Hazl)


Boleh ditafsirkan sebagai sikap bermain-main atau bergurau dalam kata-
kata di mana pelakunya menuturkan sesuatu perkataan dengan maksud
gurauan. Dengan lain perkataan, seseorang yang bergurau menuturkan
sesuatu dalam keadaan waras dan rela tetapi dia pada hakikatnya tidak
menginginkan perkara yang dituturkan olehnya berlaku. Dalam keadaan
ini, hazl tidak menafikan kewujudan Ahliyyah al-Wujub dan Ahliyyah al-
AdaÊ, namun ia masih memberikan kesan dalam sesetengah hukum. Ini
kerana perkataan seseorang boleh dibahagikan kepada tiga iaitu ikhbarat,
iÊtiqadat dan insyaÊat.

Ikhbarat bermaksud kata-kata yang bersifat pengakuan terhadap kebenaran


sesuatu perkara yang diceritakan seperti pengakuan memiliki harta tertentu.
Justeru itu, jika ikhbarat diceritakan secara gurauan atau hazl maka ia
pastinya tidak boleh diterima dan dianggap sebagai kata-kata bohong.

IÊtiqadat pula bermaksud kata-kata yang berkaitan dengan akidah


seseorang. Hazl dalam keadaan ini juga boleh memberikan kesan di mana
jika seseorang bergurau bahawa dia telah keluar daripada Islam, maka dia
sememangnya dianggap sebagai murtad.

Mengenai maksud insyaÊat pula ialah kata-kata berkaitan akad yang boleh
memberikan kesan hukum seperti dalam kes jual beli, sewaan, perkahwinan
dan sebagainya. Ia terbahagi kepada dua iaitu pertama, kes di mana hazl
atau gurauan tetap dianggap sebagai benar seperti dalam perkahwinan,
perceraian dan rujuk. Kedua, kes di mana hazl akan membatalkan hukum
seperti dalam transaksi jual beli, sewaan dan kesemua transaksi lain yang
boleh ditarik balik jika berlaku ketidakpuasan hati.

(f) Paksaan (Ikrah)


Boleh ditafsirkan sebagai tindakan memaksa seseorang individu untuk
melakukan perkara yang tidak diinginkan dengan cara memberikan
ancaman bunuh kepadanya atau ancaman untuk mengenakan seksaan
fizikal yang teruk. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi sebelum

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 5 AL-MAHKUM ‘ALAYH

sesuatu paksaan boleh dianggap sebagai ikrah yang menjadi ÂAwarid


kepada Ahlliyyah.

Antara syarat tersebut ialah pemaksa mestilah merupakan seseorang yang


mampu merealisasikan ancaman yang dijanjikan, individu yang dipaksa
merasa benar-benar takut serta yakin ancaman tersebut akan berlaku dan
ancaman berkenaan mestilah melibatkan nyawa atau kecederaan parah
kepada fizikal pihak yang dipaksa. Ikrah sebenarnya tidak menafikan
kewujudan kedua-dua jenis Ahliyyah kerana setiap individu yang dipaksa
masih bernyawa dan berfikiran waras. Namun demikian, para ulama
menegaskan bahawa terdapat tiga jenis tindakan yang dilakukan oleh pihak
yang dipaksa yang boleh memberikan kesan kepada penentuan hukum.

Pertama, jika seseorang dipaksa supaya meminum arak atau memakan


bangkai maka dia wajib melakukannya demi menyelamatkan nyawa serta
tidak dianggap berdosa. Kedua, jika dia dipaksa mengaku murtad
sedangkan hatinya masih kuat beriman maka hukum mengaku murtad
dalam situasi ini adalah harus sekalipun mengikut hukum yang
diutamakan, dia sepatutnya berani dan tidak membuat pengakuan murtad.
Ketiga, jika dia dipaksa melakukan sesuatu kemudaratan yang sama atau
lebih berat berbanding ancaman yang dikemukakan seperti pembunuhan
atau perzinaan, maka hukumnya haram dilakukan. Alasannya ialah kerana
kemudaratan yang terhasil tetap sama bahkan mungkin menjadi lebih
teruk sedangkan Islam menegaskan bahawa setiap Muslim tidak boleh
mengorbankan individu lain demi untuk menyelamatkan nyawa sendiri.

Di samping itu, jika tindakan individu yang dipaksa melibatkan hal-hal


berkaitan transaksi dan akad seperti dia dipaksa menyatakan persetujuan
untuk menjual atau membeli sesuatu barangan maka hukumnya adalah
terbatal. Alasannya, kerana persetujuan dalam transaksi atau akad mesti
dilakukan dengan kerelaan sendiri sedangkan individu yang dipaksa tidak
memilikinya.

5.3.3 Kesan Halangan (‘Awarid) terhadap Ahliyyah


dalam Hukum Syarak
Perbincangan mengenai kesan ÂAwarid terhadap Ahliyyah dalam hukum syarak
sebenarnya telah disentuh secara tidak langsung dalam setiap perbincangan
mengenai jenis-jenis ÂAwarid sebelum ini. Namun demikian, bagi menjelaskan
lagi perbincangan mengenai hal ini, para ulama ada membahagikan kesan
ÂAwarid kepada Ahliyyah dan hukum syarak dalam dua bidang utama iaitu
ibadat dan muamalat.
 
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 AL-MAHKUM ‘ALAYH  91

(a) Bidang Ibadat


Dalam bidang ibadat, kebanyakan ÂAwarid terutamanya seperti gila
(junun), kebodohan semula jadi (Âatah), terlupa (nisyan), tertidur (nawm),
pengsan (ighmaÊ) sakit (marad), kematian (mawt), tersilap (khataÊ) dan lain-
lain boleh memberi kesan kepada Ahliyyah.

Sebagai contoh, ibadat khusus seperti solat fardu tidak lagi diwajibkan ke
atas pesakit gila dan Âatah memandangkan mereka tidak memiliki
kewarasan akal yang menjadi asas kepada Ahliyyah al-AdaÊ. Individu yang
tertidur atau pengsan juga turut diberikan keringanan. Mereka
dikecualikan daripada dosa jika meninggalkan solat ketika berada dalam
situasi tersebut; namun, hukum mengqadakannya kekal wajib ke atas
mereka setelah tersedar daripada tidur atau pengsan. Keadaan terlupa,
sekalipun tidak menafikan kewujudan kedua-dua jenis Ahliyyah, namun ia
masih dianggap sebagai keuzuran dalam melakukan ibadat sehingga
mengecualikan dosa pelakunya.

Sebagai contoh, individu yang terlupa menunaikan solat sehingga habis


waktu tidak dianggap berdosa tetapi tetap diwajibkan menunaikannya
sebaik sahaja tersedar dari lupa. Keuzuran yang hampir sama turut
diberikan dalam kes sakit (marad) di mana pesakit dibenarkan untuk
melakukan ibadat mengikut keupayaan sebenar dirinya. Sebagai contoh,
dia dibenarkan melakukan jamak dalam solat dan duduk atau berbaring
apabila tidak mampu berdiri.

(b) Bidang Muamalat


Manakala dalam bidang muamalat, pelbagai ÂAwarid juga turut memberikan
kesan kepada Ahliyyah dan hukum-hukum syarak dalam banyak kes.
Sebagai contoh, ucapan atau tindakan pesakit gila tidak boleh diambil kira
sekalipun ia dianggap memberikan faedah mutlak kepada dirinya.
Alasannya ialah kerana gila merupakan salah satu ÂAwarid yang menafikan
kewujudan Ahliyyah al-AdaÊ yang berasaskan kewujudan akal yang waras.

Selain itu, sakit (marad) juga merupakan ÂAwarid yang sering memberi
kesan kepada sesetengah hukum syarak sekalipun ia pada hakikatnya tidak
menafikan kewujudan kedua-dua jenis Ahliyyah. Sebagai contoh, tindakan
pesakit kronik yang menceraikan isterinya secara baÊin atau
menghadiahkan sejumlah besar hartanya kepada individu bukan waris,
boleh dibatalkan dengan arahan mahkamah sekiranya dia meninggal dunia
akibat penyakit tersebut. Alasannya ialah kerana tindakannya bermotif
jahat kerana ditafsirkan cuba menafikan hak orang lain yang berhak ke atas
hartanya seperti ahli waris dan isterinya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 5 AL-MAHKUM ‘ALAYH

Antara contoh ÂAwarid lain pula ialah seperti gurauan (hazl) di mana ia
juga boleh memberikan kesan kepada hukum sekalipun ia juga tidak
menafikan kedua-dua jenis Ahliyyah. Sebagai contoh, gurauan yang
diucapkan dalam bentuk akad perkahwinan atau perceraian tetap
dianggap sebagai ucapan sebenar sehingga menyebabkan perkahwinan
berlaku atau pasangan tercerai.

Jika dilihat dalam konteks jenayah pula seperti pembunuhan atau kerosakan
yang dilakukan oleh sesetengah individu yang mengalami ÂAwarid, hukum-
hukumnya juga turut dibezakan daripada hukum jenayah yang dilakukan
oleh mukalaf yang normal. Sebagai contoh, pesakit gila atau Âutuh yang
melakukan pembunuhan tidak akan berdepan dengan hukuman qisas
memandangkan ia dilakukan tanpa kewarasan akal. Namun demikian, dia
dikenakan hukuman untuk membayar diyat kepada keluarga si mati sebagai
ganti rugi di mana pembayarannya diuruskan oleh wali.

Pembayaran ganti rugi juga turut dikenakan ke atas dirinya jika dia
merosakkan harta orang lain sekalipun kerosakan tersebut dilakukan tanpa
kewarasan akal. Alasan mengapa hukuman ini tetap dikenakan ialah untuk
menjaga kehormatan harta benda yang dimiliki secara sah oleh mana-mana
individu seperti yang telah diterangkan sebelum ini.

SEMAK KENDIRI 5.2


1. Huraikan maksud ÂAwarid Samawiyyah dan Muktasabah.
2. Bezakan tanggungan tanggungjawab ibadat khusus dan
tanggungjawab jenayah yang dipikul oleh orang gila dan
orang yang terlupa.
3. Bagaimanakah tanggungan ibadat solat, hukum merosakkan
harta orang dan jenayah pembunuhan yang dilakukan oleh
seorang yang mabuk?

 Al-Mahkum ÂAlayh bermaksud mukalaf atau individu yang layak dibebankan


dengan tanggungjawab agama. Namun begitu terdapat dua syarat yang perlu
dipenuhi oleh individu berkenaan sebelum dia boleh dianggap sebagai
mukalaf iaitu berkemampuan memahami kandungan dalil syarak atau mesej
(khitab) Allah s.w.t terhadap dirinya dan memiliki al-Ahliyyah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AL-MAHKUM ‘ALAYH  93

 Al-Ahliyyah secara istilahnya bermaksud kesesuaian individu untuk


berhadapan dengan kewajipan atau hak yang boleh menjadi miliknya atau
berhak dituntut daripada dirinya. Ia terbahagi kepada dua iaitu Ahliyyah al-
Wujub dan Ahliyyah al-AdaÊ.

 Ahliyyah al-Wujub ditakrifkan sebagai kesesuaian individu untuk menerima


sesuatu hak dan diwajibkan melaksanakan beberapa kewajipan. Jenis
ahliyyah ini juga boleh dikenali sebagai dhimmah dan ia wujud pada diri
setiap manusia sejak dia mula bernyawa. Dengan lain perkataan, asas kepada
kewujudan jenis Ahliyyah ini ialah nyawa.

 Ahliyyah al-AdaÊ pula bermaksud kesesuaian seseorang individu dalam


melakukan sesuatu perkara sehingga ia boleh diambil kira pada pandangan
syarak. Jenis Ahliyyah ini juga dikenali sebagai masÊuliyyah atau
tanggungjawab dan asas bagi kewujudannya adalah al-Tamyiz atau
kewarasan akal.

 Setiap Ahliyyah al-Wujub dan Ahliyyah al-AdaÊ terbahagi kepada dua iaitu
naqisah (tidak sempurna) dan kamilah (sempurna). Pembahagian ini wujud
melihat kepada peringkat-peringkat kehidupan manusia iaitu peringkat
janin, kanak-kanak, mumaiyiz dan baligh.

 Ada-kalanya sesuatu Ahliyyah yang telah bersifat sempurna masih boleh


terhalang sehingga menyebabkan individu terlibat tidak lagi berhak ke atas
haknya atau layak dibebankan dengan tanggungjawab agama. Dalam hal ini,
halangan yang dimaksudkan dikenali sebagai ÂAwarid. Ia boleh dibahagikan
kepada ÂAwarid Samawiyyah dan ÂAwarid Muktasabah.

 ÂAwarid Samawiyyah diertikan sebagai halangan terhadap Ahliyyah yang


berlaku secara semula jadi dan tidak boleh dipengaruhi oleh manusia. Ia
boleh dibahagikan kepada tujuh iaitu gila (junun), kebodohan semula jadi
(Âatah), terlupa (nisyan), tertidur (nawm), pengsan (ighmaÊ) sakit (marad) dan
kematian (mawt).

 ÂAwarid Muktasabah pula boleh ditakrifkan sebagai halangan terhadap


Ahliyyah yang berlaku akibat tindakan manusia itu sendiri. Ia boleh
dibahagikan kepada empat iaitu kejahilan (jahl), tersilap (khataÊ), kebodohan
dalam menguruskan harta (safh), kemabukan (sakr), sikap bermain-main
(hazl) dan paksaan (ikrah).

 Terdapat ÂAwarid yang boleh menafikan Ahliyyah seseorang dalam bidang


ibadat dan ada juga yang menafikan Ahliyyahnya dalam bidang muamalat
dan ada pula yang menjejaskan nilai jenayah yang dilakukan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 5 AL-MAHKUM ‘ALAYH

ÂAwarid Hukum wadÊi


ÂAwarid Muktasabah Kebodohan dalam menguruskan
harta (safh)
ÂAwarid Samawiyyah
Kebodohan semula jadi (Âatah)
ÂAzimah
Kejahilan (jahl)
Al-Ahliyyah
Kemabukan (sakr)
Al-Ahliyyah al-AdaÊ
Kematian (mawt).
Al-Ahliyyah al-Wujub
Paksaan (ikrah)
Al-Hakim
Pengsan (ighmaÊ)
Al-Mahkum ÂAlayh
Sakit (marad)
Al-Mahkum fih
Sikap bermain-main (hazl)
Batal
Terlupa (nisyan)
Fasad
Tersilap (khataÊ)
Gila (junun)
Tertidur (nawm)
Hak Allah
Hak hamba

Al-Zuhayli, wahbah (1998). Usul al-Fiqh al-Islami, jld. 1, cet. 2, Damsyik: Dar
al-Fikr, h. 158‐194. Bab 1, bahagian 4: al‐Mahkum ‘Alayh

Zaydan, Abd al-Karim (1994). al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut: Muassasah


al-Risalah, h. 87‐144. Bab 1, bahagian 4: al‐Mahkum ‘Alayh

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Sumber-sumber
6 Hukum Islam
yang Disepakati
(al-Quran dan
Sunnah)
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan definisi al-Quran dan kandungan serta peranannya dalam
menjelaskan hukum;
2. Menerangkan konsep pembahagian sumber-sumber hukum kepada
sumber yang disepakati dan sumber yang diperselisihkan;
3. Membincangkan definisi Sunnah dan jenis-jenisnya serta caranya
dalam menjelaskan hukum; dan
4. Menghuraikan hubung-kait yang wujud di antara al-Quran dan
Sunnah dalam menjelaskan hukum.

 PENGENALAN
Sepertimana yang sedia maklum, penentuan hukum syarak dapat dilakukan
menerusi proses pengistinbatan daripada sumber atau dalil-dalil syarak yang
terpilih. Sumber atau dalil ini boleh dibahagikan kepada dua kategori utama
iaitu sumber hukum yang disepakati oleh para ulama dan sumber hukum yang
diperselisihkan di kalangan mereka. Bagi kategori yang pertama iaitu sumber
hukum yang disepakati oleh para ulama, sumbernya terdiri daripada al-Quran,
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
96  TOPIK 6 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI
(AL-QURAN DAN SUNNAH)

Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Susunan sumber ini adalah: al-Quran, Sunnah, Ijmak
dan Qiyas.

Sementara sumber hukum yang diperselisihkan oleh para ulama akan


merangkumi sumber seperti Istihsan, ÂUrf, Masalih Mursalah, Istishab, Sad
al-DharaÊi, Mazhab Sahabi dan lain-lain. Dalam membincangkan hal ini, anda
sebenarnya mesti memahami bahawa perbezaan pandangan di kalangan ulama
terutamanya dalam menerima atau menolak sesetengah sumber hukum dalam
kategori kedua, tidak akan mencacatkan sistem perundangan dalam Islam.
Alasannya, perbezaan yang timbul adalah disebabkan perbezaan metodologi
yang mereka gunakan dalam menilai sesetengah sumber hukum dengan
berasaskan kepada pegangan dan hujah masing-masing. Tambahan pula,
kesemua mereka masih bersependapat bahawa al-Quran dan Sunnah adalah
sumber hukum teragung dan tidak boleh dipertikaikan.

Justeru itu, mereka menegaskan bahawa mana-mana dalil yang bercanggah


dengan kedua-duanya dianggap akan tertolak dan terbatal secara automatik.
Dalam bahagian ini, anda akan terlebih dahulu didedahkan dengan
perbincangan mengenai sumber hukum dalam kategori yang pertama iaitu al-
Quran dan Sunnah.

6.1 AL-QURAN
Para ulama telah mendefinisikan al-Quran sebagai kitab Allah s.w.t yang
mempunyai mukjizat, diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dalam bahasa Arab,
ditulis dalam bentuk mushaf, dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri
dengan surah al-Nas, disampaikan kepada kita daripada generasi demi generasi
secara mutawatir sehingga ia diyakini bebas daripada sebarang keraguan sama
ada berbentuk tambahan mahupun kekurangan dan tindakan membacanya
sekalipun tanpa niat tetap dianggap sebagai suatu ibadat.

6.1.1 Kandungan dan Ciri-ciri Kemukjizatan al-Quran


Selain daripada takrifan ini, para ulama turut menyenaraikan beberapa ciri
mukjizat yang wujud pada al-Quran. Antara ciri-ciri tersebut:

(a) Bentuk kandungan yang wujud dalam al-Quran sangat komprehensif. Ia


merangkumi segenap persoalan kehidupan manusia. Sifat komprehensif ini
dapat dilihat apabila kandungan atau hukum dalam al-Quran dapat
dibahagikan kepada tiga kategori yang utama iaitu hukum berkaitan
akidah, akhlak dan fiqh.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI  97
(AL-QURAN DAN SUNNAH)

(b) Bagi kategori yang ketiga iaitu fiqh, ia pula boleh dibahagikan kepada dua
iaitu fiqh yang mempunyai kaitan dengan persoalan ibadat dan fiqh yang
berkaitan dengan persoalan Âadat. Tujuan di sebalik pensyariatan ibadat
ialah untuk memperbaiki hubungan individu dengan Allah s.w.t
sedangkan pensyariatan Âadat pula bertujuan memperbaiki hubungannya
sesama manusia. Dalam hal ini, fiqh berkaitan ibadat merangkumi semua
persoalan mengenai ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat, haji dan
umrah. Manakala fiqh berkaitan adat pula merangkumi semua persoalan
mengenai kehidupan harian sebagai manusia seperti urusan muamalat,
munakahat, jenayah, kehakiman, politik, pentadbiran, kewangan, sosiologi,
akhlak dan sebagainya.

(c) Kemukjizatan al-Quran boleh dilihat menerusi kehebatan sastera bahasa


Arabnya serta kefasihan lafaz yang digunakan. Ciri ini sangat menakjubkan
masyarakat Arab kerana kesusasteraan Arab yang ditonjolkan dalam al-
Quran belum pernah disaksikan bahkan ia dianggap mustahil untuk
dihasilkan oleh mana-mana manusia sekalipun mereka pada waktu itu
tergolong daripada kalangan para penyair yang mahir.

(d) Kehebatan mukjizat al-Quran ini sebenarnya telah ditegaskan sendiri oleh
Allah s.a.w dalam al-Quran di mana Dia mencabar umat manusia mahupun
jin untuk menghasilkan walaupun satu surah yang menyamai al-Quran.

(e) Al-Quran menyatakan pelbagai peristiwa sama ada yang telah berlaku
mahupun yang akan datang. Sebagai contoh, ia banyak menyebut tentang
pelbagai peristiwa yang telah berlaku ke atas umat terdahulu seperti kaum
ÂAd, Thamud, Firaun, Namrud, kaum Yahudi (Bani Israel) dan kaum Nasrani
(Kristian). Mengenai peristiwa akan datang, al-Quran ada menyebutkan
tentang peristiwa kekalahan tentera Rom dan kemenangan kembali yang
diperolehi oleh mereka beberapa tahun kemudian. Ayat berkenaan peristiwa
ini dinyatakan pada permulaan surah ar-Rum sewaktu ia diturunkan kepada
Rasulullah s.a.w peristiwa tersebut masih belum berlaku.

(f) Al-Quran menegaskan tentang pelbagai kenyataan saintifik yang langsung


tidak diketahui oleh manusia. Sebagai contoh, ia menerangkan tentang
keajaiban dalam penciptaan makhluk Allah s.w.t seperti penciptaan bumi
dan langit, fenomena kitaran air dari laut ke awan dan kembali ke bumi,
fenomena penyuburan kembali bumi yang gersang setelah disiram air hujan,
fenomena peranan angin sebagai agen pendebunga, fenomena penciptaan
manusia dalam rahim, keajaiban madu dan susu sebagai penawar dan
makanan yang menyihatkan, peranan gunung sebagai pemasak bumi dan
sebagainya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 6 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI
(AL-QURAN DAN SUNNAH)

6.1.2 Status Thubut dan Dalalah Kandungan al-Quran


Status thubut al-Quran adalah qatÊiyyah memandangkan ia disampaikan oleh
generasi demi generasi secara mutawatir sehinggakan tidak wujud sebarang
kemungkinan ia boleh dipalsukan. Manakala dari sudut dalalah, kandungan
atau ayat-ayat al-Quran boleh dibahagikan kepada qatÊiyyah dan zanniyah.

Dalalah al-Quran yang bersifat qatÊiyyah, dapat dilihat contohnya menerusi ayat-
ayat yang menerangkan tentang jumlah atau kadar hukuman hudud yang
dikenakan, kadar pembahagian harta pusaka dan kadar hukuman kaffarah.

Dalalah al-Quran yang bersifat zanniyah pula dapat dilihat menerusi ayat-ayat
yang mengandungi lafaz-lafaz musytarak seperti penggunaan lafaz quruÊ dalam
ayat yang menerangkan tempoh iddah wajib bagi wanita yang dicerai dan masih
kedatangan haid. Dalam ayat tersebut, Allah s.w.t mewajibkan wanita yang
diceraikan wajib beriddah selama tiga kali quruÊ, sedangkan lafaz quruÊ boleh
ditafsirkan dengan dua tafsiran iaitu sama ada suci atau haid.

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Nyatakan definisi al-Quran.


2. Jelaskan dua daripada kemukjizatan al-Quran berserta ulasan
anda.
3. Dengan mengemukakan contoh, bezakan antara ayat al-Quran
yang bersifat qatÊiyyyah dalalah dengan ayat yang bersifat
zanniyyah dalalah.

6.2 CARA AL-QURAN MENJELASKAN HUKUM


Tahukah anda bagaimana caranya al-Quran sebagai sumber hukum utama
menjelaskan hukum syarak?

Allah s.w.t telah menggunakan pelbagai cara untuk menjelaskan hukum dalam
al-Quran. Menerusi kepelbagaian cara ini, para ulama dapat memahami dan
menginstinbatkan hukum yang berbeza berdasarkan metodologi masing-masing.
Umumnya, terdapat tiga cara utama yang digunapakai oleh al-Quran dalam
menjelaskan hukum seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI  99
(AL-QURAN DAN SUNNAH)

Rajah 6.1: Cara al-Quran menjelaskan hukum

(a) Perintah (Wajib, Sunat)


Al-Quran menyatakan hukum wajib atau sunatnya sesuatu amalan
menerusi penggunaan ungkapan atau bentuk petikan ayat bersifat perintah
mutlak atau perintah yang disertai dengan janji balasan yang baik seperti
janji memperolehi pahala atau balasan syurga.

Sebagai contoh, al-Quran mewajibkan sesuatu amalan menerusi penggunaan


ungkapan amr yang pelbagai seperti penggunaan kata perbuatan perintah (fiÊl
amr) dalam firman Allah s.w.t: „dan dirikanlah solat‰, penggunaan kata
perbuatan semasa (fiÊl mudariÊ) yang disertai dengan huruf lam al-amr dalam
firmanNya: „Maka sesiapa yang telah melihat anak bulan (Ramadan) maka
hendaklah dia berpuasa‰, penggunaan perkataan yang menunjukan wajib
dalam firmanNya: „Dituliskan (diwajibkan) ke atas kamu (perlaksanaan
hukuman) qisas‰ dan penggunaan ungkapan yang menjanjikan balasan baik
kepada pelakunya seperti dalam firmanNya: „Dan sesiapa yang mentaati
Allah s.w.t dan RasulNya nescaya Dia akan memasukkannya ke dalam
syurga‰.

(b) Larangan (Haram, Makruh)


Al-Quran menyatakan haram atau makruhnya sesuatu amalan menerusi
penggunaan sighah nahy iaitu petikan ayat yang bersifat larangan mutlak
agar amalan tersebut ditinggalkan atau dijauhi.

Sebagai contoh, al-Quran mengharamkan sesuatu amalan menerusi


penggunaan sighah nahy yang pelbagai antaranya seperti penggunaan
lafaz haram sebagaimana firman Allah s.w.t: „Diharamkan ke atas kamu
(mengahwini) ibu-ibu (kandung) kamu‰, penggunaan lafaz yang
menafikan halalnya sesuatu seperti firmanNya: „Wahai orang-orang yang
beriman, tidak halal bagi kamu untuk mewarisi wanita-wanita dengan cara
paksaan‰, penggunaan sighah nahy yang disertai dengan perintah seperti
firmanNya: „Maka jauhilah najis (syirik) daripada (penyembahan) berhala

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 6 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI
(AL-QURAN DAN SUNNAH)

dan jauhilah perkataan yang dusta‰, penggunaan lafaz larangan yang


disertai dengan janji balasan buruk sama ada dalam bentuk seksaan neraka
atau hukuman dunia seperti dalam firmanNya: „Dan mereka-mereka yang
menuduh wanita-wanita suci (sebagai penzina) sedangkan mereka tidak
membawakan empat orang saksi maka sebatlah mereka dengan 80 kali
sebatan‰ dan juga firmanNya: „Sesungguhnya mereka yang memakan
harta anak-anak yatim secara zalim (maka) sebenarnya mereka menelan api
ke dalam perut mereka dan mereka akan dibakar di dalam neraka‰.

(c) Keharusan (Harus)


Al-Quran menjelaskan hukum harus bagi sesuatu amalan menerusi
penggunaan lafaz-lafaz yang memberi maksud halal seperti firmanNya:
„Pada masa ini, dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang baik-
baik‰, penggunaan lafaz yang menafikan dosa seperti firmanNya: „maka
sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak
mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang
dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa‰, penggunaan lafaz yang
menafikan kesalahan seperti firmanNya: „Dan tidak ada salahnya bagi
kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk
meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam iddah) atau
tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan
mereka)‰, penggunaan lafaz yang menafikan kesulitan seperti firmanNya:
„Tidak ada sulitnya (salahnya) bagi orang buta dan tidak ada salahnya bagi
orang tempang dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-
masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya
menghendaki ia berlaku demikian)‰, penggunaan sighah amr yang disertai
dengan qarinah atau petunjuk yang memesong maksudnya daripada wajib
kepada harus seperti firmanNya: „Dan apabila kamu telah bertahallul
(daripada haji) maka berburulah‰ dan penggunaan lafaz berbentuk
penegasan tentang konsep Istishab yang menegaskan prinsip asal bagi
setiap sesuatu (bahan atau amalan) adalah harus melainkan yang telah
diharamkan oleh dalil. Ini dapat dilihat menerusi firmanNya: „Dialah yang
telah menjadikan bagi kamu segala apa yang berada di bumi (untuk
dimanafaatkan dalam kehidupan)‰.

SEMAK-KENDIRI 6.2

Jelaskan tiga cara bagaimana al-Quran menunjukkan sesuatu


hukum berserta contoh.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI  101
(AL-QURAN DAN SUNNAH)

6.3 SUNNAH RASULULLAH S.A.W


Para ulama usul telah mendefinisikan Sunnah sebagai setiap perkara yang
berasal daripada Rasulullah s.a.w selain daripada al-Quran. Ia boleh berbentuk
perkataan, perbuatan mahupun perakuan baginda yang boleh menjadi asas
kepada penentuan hukum. Keautoritian Sunnah sebagai sumber hukum telah
ditegaskan sendiri oleh Allah s.w.t dalam al-Quran. Allah berfirman bahawa
Sunnah merupakan salah satu bentuk wahyu yang wajib diterima oleh setiap
individu Muslim. FirmanNya: „Dan dia (Muhammad) tidak bercakap (mengenai
soal agama) berdasarkan hawa nafsu; (sebaliknya) ia (kata-katanya) tidak lain
melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya‰ dan firmanNya lagi: „Taatilah
Allah dan taatilah Rasul dan pemerintah di kalangan kamu‰.

Selain penegasan al-Quran, autoriti Sunnah juga ditegaskan menerusi ijmak dan
secara logikal. Menerusi ijmak, seluruh umat Islam sepanjang zaman tanpa
mengira sama ada mereka merupakan golongan ulama mahupun masyarakat
awam telah menerima Sunnah sebagai sumber hukum Islam kedua yang
berautoriti selepas al-Quran. Seluruh umat Islam juga bersepakat bahawa hukum
yang jelas dinyatakan menerusi Sunnah wajib diterima sama seperti hukum yang
dijelaskan dalam al-Quran. Justeru itu, para ulama menegaskan bahawa sesiapa
yang menolak autoriti Sunnah boleh dianggap sebagai murtad dan wajib segera
bertaubat.

Menerusi hujah logik pula, setiap individu yang berfikiran waras semestinya
dapat menerima autoriti Sunnah sebagai sumber hukum di samping al-Quran.
Alasannya kerana tidak mungkin semua kandungan al-Quran dapat difahami
oleh akal manusia yang terbatas lebih-lebih lagi dalam usaha memahami
sesetengah kandungan al-Quran yang dijelaskan secara umum. Ia pastinya
memerlukan perincian lanjut daripada Sunnah. Ini dapat dilihat dalam ayat-ayat
berkenaan solat, puasa, zakat dan haji yang mana keterangannya melalui al-
Quran adalah terhad. Sebaliknya, perincian lanjut tentang cara, rukun dan syarat
bagi ibadat-ibadat di atas hanya dapat diterangkan oleh Rasulullah s.a.w
menerusi Sunnah baginda.

6.3.1 Kategori Sunnah


Para ulama telah membahagikan Sunnah kepada beberapa kategori berdasarkan
aspek yang berbeza. Dari aspek hakikat (mahiyyah) Sunnah, para ulama
membahagikannya kepada tiga kategori seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.2.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 6 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI
(AL-QURAN DAN SUNNAH)

Rajah 6.2: Kategori sunnah berasaskan hakikat (mahiyyah)

(a) Sunnah Qawliyyah


Merujuk kepada ucapan Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dalam
pelbagai situasi, seperti sabda baginda mengenai persoalan niat:
„Sesungguhnya (segala) amalan bergantung kepada niat‰.

(b) Sunnah FiÊliyyah


Manakala Sunnah FiÊliyyah pula merujuk kepada perbuatan yang
dilakukan oleh baginda seperti perlakuannya dalam solat, haji, puasa dan
sebagainya.

(c) Sunnah Taqririyyah


Sunnah Taqririyyah pula merujuk kepada perakuan atau persetujuan
Rasulullah s.a.w terhadap perbuatan sesetengah sahabatnya. Perakuan ini
kadangkala ditunjukkan oleh baginda menerusi kata-kata yang jelas
bersetuju atau menerusi tindakan berdiam diri terhadap perkara yang
berlaku di depan matanya.

Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w pernah memperakukan hukum halal


memakan biawak dab dalam peristiwa baginda dihidangkan dengan
juadah biawak dab tetapi Baginda tidak memakannya sementara para
sahabat memakannya.

Di samping itu, Sunnah juga boleh dibahagikan kepada dua kategori berbeza
dari aspek jumlah perawi yang meriwayatkannya. Dua kategori tersebut seperti
yang ditegaskan oleh jumhur ulama adalah seperti dalam Rajah 6.3.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI  103
(AL-QURAN DAN SUNNAH)

 
Rajah 6.3: Kategori sunnah berasaskan bilangan perawi
 
(a) Sunnah Mutawatirah
Sunnah Mutawatirah ditafsirkan sebagai Sunnah yang diriwayatkan oleh
jumlah perawi yang ramai pada ketiga-tiga tabaqah atau generasi perawi
(tabaqah Sahabat, tabaqah TabiÊin dan tabaqah TabiÊ al-TabiÊin) sehingga
keadaan ini dianggap menghalang mereka untuk berpakat memalsukan
Sunnah berkenaan.

Jika dilihat dalam perbincangan ulama hadis, kebanyakan mereka tidak


menetapkan jumlah perawi hadis yang boleh dianggap sebagai Mutawatir.
Sebaliknya bagi mereka, syarat yang perlu dipenuhi ialah jumlah perawi
tersebut mestilah ramai pada setiap tabaqah sehingga ia tidak
memungkinkan wujud sebarang persepakatan untuk melakukan
pemalsuan terhadap hadis seperti yang ditegaskan di atas.

Status thubut Sunnah Mutawatirah dianggap sebagai qatÊiyyah di mana


setiap individu muslim wajib menerimanya lebih-lebih lagi jika ia
melibatkan persoalan akidah. Sebaliknya, jika diingkari maka dia boleh
dianggap sebagai murtad dan wajib segera bertaubat. Antara contoh
Sunnah Mutawatirah ialah sabda baginda: „Sesiapa yang telah berdusta ke
atasku dengan sengaja, maka dia hendaklah menyiapkan tempatnya di
dalam neraka‰.

(b) Sunnah Ahad


Manakala Sunnah Ahad pula bermaksud Sunnah Rasulullah s.a.w yang
diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang tidak seramai jumlah perawi
Sunnah Mutawatirah. Sebagai contoh, jumlah perawi bagi Sunnah Ahad
mungkin terdiri daripada seorang atau dua perawi pada mana-mana
tabaqah. Ini bermakna sesuatu Sunnah akan masih dianggap sebagai
Sunnah Ahad jika jumlah perawi pada salah satu tabaqahnya masih sedikit
sekalipun jumlah perawi pada dua tabaqah yang lain telah mencapai
jumlah Mutawatir.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 6 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI
(AL-QURAN DAN SUNNAH)

Justeru itu, status thubut bagi Sunnah Ahad dianggap sebagai zanniyah di
mana hukum beramal dengannya dalam persoalan fiqh adalah wajib
melainkan jika ia berkaitan dengan persoalan akidah. Sunnah Ahad adalah
merupakan kategori Sunnah yang paling banyak antaranya seperti sabda
Rasulullah s.a.w mengenai air laut: „Ia (yakni) airnya suci lagi menyucikan
(dan) bangkainya adalah halal (dimakan)‰.

Para ulama turut menyenaraikan beberapa syarat yang perlu dipenuhi


sebelum sesuatu Sunnah Ahad dianggap sahih dan kandungannya boleh
diamalkan. Antara syarat-syarat tersebut seperti yang dikemukakan oleh
jumhur ialah, para perawinya mestilah terdiri daripada mereka yang
dipercayai (thiqah), bermaruah dan berintegriti (Âadil), memiliki ketelitian
dan ketepatan yang tinggi dalam memelihara dan meriwayatkan Hadis
(dabit), rantaian perawi (sanad) bagi ketiga-tiga tabaqah mestilah
berkesinambungan (ittisal al-sanad) dan kandungan (matan) yang
diriwayatkan mestilah tidak shaz dan tidak pula mengandungi Âillah.

Selain daripada syarat-syarat ini, terdapat sesetengah ulama yang


menambah syarat lain iaitu seperti golongan Malikiyyah yang mana
menegaskan bahawa kandungan Sunnah Ahad yang boleh diamalkan
mestilah tidak bercanggah dengan amalan penduduk Madinah. Golongan
Hanafiyyah juga turut menambah beberapa syarat lain antaranya pertama,
Sunnah Ahad berkenaan mestilah tidak menerangkan persoalan hukum
yang diketahui ramai yang mana ia pastinya akan diterangkan menerusi
Sunnah Mutawatirah; kedua, kandungannya mestilah tidak bercanggah
dengan hukum yang diputuskan menerusi Qiyas yang jelas atau prinsip-
prinsip utama dalam syarak dan ketiga, perawi yang meriwayatkannya
mestilah tidak beramal dengan hukum yang berbeza daripada kandungan
Sunnah Ahad yang telah diriwayatkan olehnya.

SEMAK KENDIRI 6.3

1. Nyatakan definisi Sunnah.


2. Jelaskan kategori Sunnah berasaskan aspek hakikat/mahiyyah
berserta contoh.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI  105
(AL-QURAN DAN SUNNAH)

6.4 STATUS THUBUT DAN DALALAH SUNNAH


Berdasarkan huraian lepas, para pelajar pastinya sudah mampu menjangka status
thubut dan dalalah bagi Sunnah Rasulullah s.a.w berdasarkan perbezaan status
qatÊiyyah atau zanniyah bagi kedua-duanya. Justeru itu, dapat disimpulkan di sini
bahawa status thubut bagi Sunnah boleh dibahagikan kepada dua iaitu status
qatÊiyyah bagi Sunnah Mutawatirah dan status zanniyah bagi Sunnah Ahad.

Status dalalah bagi Sunnah pula terbahagi kepada dua kategori iaitu qatÊiyyah
dan zanniyah. Dalalah Sunnah yang bersifat qatÊiyyah merujuk kepada
kandungan Sunnah yang hanya boleh ditafsirkan dengan satu maksud sahaja
dan tanpa boleh ditakwilkan.

Sebagai contoh, bayaran zakat sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: „Setiap lima
ekor unta (diwajibkan bayaran zakat terhadapnya dalam bentuk) seekor biri-
biri‰. Manakala mengenai status dalalah Sunnah yang bersifat zanniyah pula
merujuk kepada kandungan Sunnah yang belum jelas bahkan penafsirannya
boleh diandaikan dengan pelbagai tafsiran. Antara contohnya seperti sabda
Rasulullah s.a.w: „Tiada solat melainkan dengan (membaca) al-Fatihah
(daripada) al-Quran‰. Lafaz „tiada‰ dalam Sunnah ini boleh ditakwilkan dengan
dua maksud yang berbeza: pertamanya, tidak sah dan kedua, tidak sempurna.

Justeru itu, bagi golongan SyafiÊiyyah yang menerima tafsiran pertama, mereka
menganggap solat akan terbatal jika pelakunya tidak membaca al-Fatihah.
Sebaliknya bagi golongan Hanafiyyah yang menerima tafsiran kedua, mereka
menganggap solat sedemikian masih sah tetapi pelakunya tetap berdosa kerana
tidak membaca al-Fatihah lalu menjadikan solatnya kurang sempurna.

Rajah 6.4. menunjukkan kekuatan thubut dan dalalah bagi al-Quran dan Sunnah.

Rajah 6.4: Kekuatan thubut dan dalalah bagi al-Quran dan sunnah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 6 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI
(AL-QURAN DAN SUNNAH)

6.4.1 Cara Sunnah Menjelaskan Hukum


Terdapat kaedah tertentu bagi Sunnah dalam menjelaskan hukum. Para ulama
telah membahagikannya kepada enam cara yang berbeza terutamanya apabila ia
dikaitkan dengan peranan Sunnah dalam menerangkan hukum dalam al-Quran.
Enam cara tersebut adalah seperti dalam Rajah 6.5.

Rajah 6.5: Cara sunnah menjelaskan hukum yang terdapat dalam al-Quran

(a) Menguatkan Hukum yang ada Dalam al-Quran


Cara pertama, Sunnah memperaku dan menguatkan lagi kewujudan
sesetengah hukum dalam al-Quran. Sebagai contoh, Sunnah menguatkan
hukum pengharaman dalam al-Quran mengenai pengambilan harta orang
lain secara batil dalam firmanNya: „Wahai orang-orang yang beriman,
jangan kamu memakan harta sesama kamu dengan (cara) kebatilan‰.
Sunnah yang menguatkan pengharaman tersebut ialah sabda Rasulullah
s.a.w. „Tidak halal (pengambilan) harta seseorang individu Muslim
melainkan dengan kerelaan dirinya‰.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI  107
(AL-QURAN DAN SUNNAH)

(b) Menjelaskan Hukum yang Umum


Cara kedua, Sunnah menerangkan kandungan ayat-ayat al-Quran yang
berbentuk umum dan ringkas seperti dalam persoalan mengenai cara-cara
mendirikan solat, menunaikan zakat dan haji, jenis dan cara transaksi jual
beli yang sahih dan batil dan sebagainya. Sunnah yang memainkan
peranan ini dapat dilihat contohnya menerusi sabda Rasulullah s.a.w:
„(Dirikanlah) solat seperti mana kamu melihat aku (mendirikan) solat‰.

(c) Mengkhususkan Hukum Am


Cara ketiga pula ialah Sunnah memberikan penerangan berbentuk takhsis
terhadap ayat-ayat al-Quran yang berbentuk Âam. Sebagai contoh, Allah
s.w.t berfirman mengenai makanan yang haram: „Katakan (wahai
Muhammad): saya tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan
kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi individu yang ingin
memakannya melainkan jika ia merupakan bangkai, atau darah yang
mengalir atau daging babi‰.

Ayat ini adalah berbentuk Âam di mana penjelasan mengenai makanan


haram dinyatakan dalam bentuk umum. Justeru itu, Sunnah kemudiannya
telah memberikan huraian tambahan atau takhsis terhadap persoalan di
atas apabila Rasulullah s.a.w menyebut tambahan makanan yang haram
menerusi riwayat daripadanya: „Sesungguhnya Nabi s.a.w telah melarang
(mengharamkan) memakan setiap (haiwan) yang memiliki taring dari
kalangan haiwan buas dan (juga mengharamkan memakan haiwan) yang
memiliki cengkaman cakar dari kalangan burung‰.

(d) Mentaqyidkan Hukum yang Mutlaq


Cara keempat, Sunnah memberikan penerangan berbentuk taqyid terhadap
ayat-ayat al-Quran yang berbentuk mutlaq. Sebagai contoh, firman Allah
s.w.t: „Dan pencuri lelaki dan wanita (maka hukumannya) potonglah tangan
kedua-dua mereka‰ adalah berbentuk mutlaq lalu ia ditaqyidkan menerusi
Sunnah berdasarkan riwayat daripada Rasulullah s.a.w yang mengarahkan
supaya tangan pencuri dipotong pada pergelangannya (rusugh).

(e) Menerangkan Pemansuhan Ayat-ayat al-Quran


Menerusi cara kelima pula, Sunnah berperanan menerangkan pemansuhan
hukum yang telah berlaku sesama ayat-ayat al-Quran atau ia sendiri (Sunnah
Mutawatirah) berperanan memansuhkan (nasakh) sesetengah hukum dalam
ayat al-Quran. Antara contoh peranan Sunnah dalam menerangkan
pemansuhan hukum yang berlaku sesama ayat al-Quran ialah dalam kes
pewarisan harta pusaka di mana ayat 11-12 dalam surah al-NisaÊ telah
memansuhkan hukum yang terkandung dalam ayat 180 dalam surah
al-Baqarah. Manakala peranan Sunnah Mutawatirah yang memansuhkan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 6 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI
(AL-QURAN DAN SUNNAH)

hukum dalam al-Quran pula dapat dilihat dalam kes pemansuhan hukum
wasiat kepada waris seperti terdapat pada ayat 180, surah al-Baqarah.
Pemansuh hukum tersebut ialah sabda Rasulullah s.a.w: „Tiada wasiat bagi
ahli waris‰ (yakni mereka tidak berhak mendapatnya).

(f) Menyatakan Hukum yang Baru


Akhirnya, cara keenam dalam peranan Sunnah menjelaskan hukum ialah ia
menyatakan hukum baru yang tidak wujud dalam al-Quran. Penjelasan
mengenai hukum baru ini dapat dilihat menerusi sabda Rasulullah s.a.w
dalam kes pengharaman dalam pemakaian sutera dan emas bagi lelaki,
kewajipan menunaikan zakat fitrah, pengharaman daging keldai jinak,
kewajipan pembayaran diyat ke atas Âaqilah (keluarga pesalah), keharusan
transaksi rahn ketika bermukim dan sebagainya.

SEMAK KENDIRI 6.3

Jelaskan tiga daripada cara bagaimana Sunnah berperanan bagi


menjelaskan hukum syarak. Penjelasan hendaklah disertakan
dengan contoh.

 Sumber atau dalil hukum boleh dibahagikan kepada dua, sumber hukum
yang disepakati oleh para ulama dan sumber hukum yang diperselisihkan di
kalangan mereka.

 Bagi kategori yang pertama iaitu sumber hukum yang disepakati oleh para
ulama, ia terdiri daripada al-Quran dan Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Manakala
kategori sumber hukum yang diperselisihkan oleh ulama akan merangkumi
Istihsan, ÂUrf, Masalih Mursalah, Istishab, Sad al-DharaÊi dan Mazhab Sahabi.

 Thubut boleh ditafsirkan sebagai status kesahihan sesuatu dalil hukum. Ia


terbahagi kepada dua kategori iaitu dalil hukum yang thubutnya bersifat
qatÊiyyah dan dalil hukum yang thubutnya bersifat zanniyah.

 Bagi dalil hukum yang thubutnya bersifat qatÊiyyah, ia boleh diertikan


sebagai dalil hukum yang diyakini kesahihannya sehinggakan tidak wujud
langsung sebarang keraguan dalam menerimanya sebagai sumber hukum.
Dalil hukum yang termasuk dalam kategori ini adalah al-Quran, Sunnah
Mutawatir dan Ijmak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI  109
(AL-QURAN DAN SUNNAH)

 Manakala dalil hukum yang thubutnya bersifat zanniyah pula merujuk


kepada kategori dalil hukum yang memiliki kesahihan yang kurang diyakini
memandangkan terdapat beberapa kekurangan padanya seperti jumlah
perawi yang tidak ramai serta penggunaan akal manusia yang terbatas.
Antara contoh dalil yang termasuk dalam kategori ini ialah Sunnah Ahad
dan Qiyas.

 Dalalah pula boleh ditafsirkan sebagai kejelasan dalam keterangan nas atau
teks bagi sesuatu dalil hukum. Antara contoh dalalah ialah kejelasan dalam
keterangan ayat-ayat al-Quran mahupun Sunnah Rasulullah s.a.w. Dalalah
dalam teks dalil juga terbahagi kepada dua kategori iaitu qatÊiyyah dan juga
zanniyyah.

 Bagi kategori dalalah yang bersifat qatÊiyyah, ia merujuk kepada keterangan


nas atau teks dalil hukum yang sangat jelas sehingga ia tidak boleh ditakwil
lagi. Antara contoh bagi kategori dalalah ini ialah angka atau kadar bilangan
yang dinyatakan dalam ayat al-Quran mahupun Sunnah bagi kes-kes
pewarisan harta pusaka, kadar hukuman hudud dan juga kaffarah.

 Manakala dalalah yang bersifat zanniyyah pula merujuk kepada keterangan


dalam nas atau teks al-Quran mahupun Sunnah yang tidak jelas bahkan
maksud di sebalik nas tersebut masih boleh diandaikan dengan pelbagai
andaian dan takwilan di kalangan para ulama.

 Al-Quran ditakrifkan oleh para ulama sebagai kitab Allah s.w.t yang
mempunyai mukjizat yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dalam
bahasa Arab di mana ia ditulis dalam bentuk mashaf, dimulai dengan surah
al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas, disampaikan kepada kita
daripada generasi demi generasi secara mutawatir sehingga ia diyakini bebas
daripada sebarang keraguan sama ada berbentuk tambahan mahupun
kekurangan dan tindakan membacanya sekalipun tanpa niat tetap dianggap
sebagai suatu ibadat.

 Terdapat beberapa ciri mukjizat yang wujud pada al-Quran.


(a) Pertama, bentuk kandungan yang wujud dalam al-Quran adalah sangat
komprehensif.
(b) Kedua, bentuk kehebatan kesusasteraan bahasa Arab serta kefasihan
lafaz-lafaz yang digunakan dalam al-Quran.
(c) Ketiga, al-Quran menyatakan pelbagai peristiwa sama ada yang telah
berlaku mahupun yang akan datang seperti peristiwa umat-umat
terdahulu. Keempat yang wujud dalam al-Quran ialah ia menegaskan
tentang pelbagai kenyataan bersifat saintifik yang langsung tidak

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 6 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI
(AL-QURAN DAN SUNNAH)

diketahui oleh umat manusia seperti keajaiban dalam penciptaan bumi


dan langit, janin dalam rahim, fenomena kitaran air daripada laut
kepada awan dan sebagainya.

 Status thubut al-Quran adalah qatÊiyyah kerana ia disampaikan generasi


demi generasi secara mutawatir. Manakala dari sudut dalalah al-Quran,
kandungan atau ayat-ayatnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu qatÊiyyah
dan zanniyah. Mengenai dalalah al-Quran yang bersifat qatÊiyyah, contohnya
dapat dilihat menerusi ayat-ayat yang menerangkan tentang jumlah atau
kadar hukuman hudud yang dikenakan, kadar pembahagian harta pusaka
dan kadar hukuman kaffarah. Mengenai dalalah al-Quran yang bersifat
zanniyah pula, contohnya dapat dilihat menerusi ayat-ayat yang
mengandungi lafaz-lafaz musytarak seperti penggunaan lafaz quruÊ dalam
ayat yang menerangkan tempoh iddah wajib bagi wanita yang dicerai.

 Terdapat tiga cara yang digunakan dalam al-Quran dalam menjelaskan


hukum.
(a) Pertama, al-Quran menyatakan hukum wajib atau sunat dalam sesuatu
amalan menerusi penggunaan sighah atau bentuk petikan ayat bersifat
perintah mutlak atau perintah yang disertai dengan janji balasan yang
baik. Contohnya dalam dilihat menerusi penggunaan sighah amr yang
pelbagai seperti penggunaan kata perbuatan perintah (fiÊl amr),
penggunaan kata perbuatan semasa (fiÊl mudariÊ) yang disertai dengan
huruf lam al-amr, penggunaan perkataan yang menunjukan wajib dan
penggunaan ungkapan yang menjanjikan balasan baik kepada
pelakunya.
(b) Kedua, al-Quran menyatakan hukum haram atau makruhnya sesuatu
amalan menerusi penggunaan sighah nahy iaitu petikan ayat yang
bersifat larangan mutlak agar amalan tersebut ditinggalkan atau dijauhi.
(c) Ketiga, al-Quran menjelaskan hukum harus bagi sesuatu amalan
menerusi penggunaan lafaz-lafaz yang memberi maksud halal, lafaz
yang menafikan dosa, lafaz yang menafikan kesalahan, lafaz yang
menafikan kesulitan, sighah amr yang disertai dengan qarinah atau
petunjuk yang memesong maksudnya daripada wajib kepada harus
dan penggunaan lafaz berbentuk penegasan tentang konsep Istishab
yang menegaskan prinsip asal bagi setiap sesuatu (bahan atau amalan)
adalah harus melainkan yang telah diharamkan oleh dalil.

 Sunnah ditakrifkan sebagai setiap perkara yang berasal daripada Rasulullah


s.a.w selain daripada al-Quran. Ia boleh berbentuk perkataan, perbuatan
mahupun perakuan baginda yang boleh menjadi asas kepada penentuan
hukum.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI  111
(AL-QURAN DAN SUNNAH)

 Keautoritian Sunnah sebagai sumber hukum boleh difahami daripada ayat-


ayat al-Quran, Ijmak dan juga logik.

 Sunnah boleh dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan aspek-


aspek yang berbeza. Dari hakikat (mahiyyah) Sunnah, para ulama
membahagikannya kepada tiga kategori iaitu Sunnah Qawliyyah, Sunnah
FiÊliyyah dan Sunnah Taqririyyah. Manakala dari aspek jumlah perawi yang
meriwayatkan Sunnah, ia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
Sunnah Mutawatirah dan Sunnah Ahad.

 Status thubut bagi Sunnah boleh dibahagikan kepada dua iaitu qatÊiyyah
apabila melibatkan Sunnah Mutawatirah dan zanniyah jika melibatkan
Sunnah Ahad.

 Status dalalah Sunnah juga dibahagikan kepada dua kategori iaitu qatÊiyyah
dan zanniyah. Mengenai status dalalah Sunnah yang bersifat qatÊiyyah, ia
merujuk kepada kandungan Sunnah yang hanya boleh ditafsirkan dengan satu
maksud sahaja dan tidak boleh ditakwilkan lagi. Status dalalah Sunnah yang
bersifat zanniyah pula merujuk kepada kandungan Sunnah yang belum jelas.

 Cara Sunnah menjelaskan hukum boleh dibahagikan kepada enam cara.


(a) Pertama, Sunnah memperaku dan menguatkan kewujudan sesetengah
hukum dalam al-Quran seperti ia menguatkan hukum pengharaman
pengambilan harta orang lain secara batil.
(b) Kedua, Sunnah menerangkan kandungan ayat-ayat al-Quran yang
berbentuk umum dan ringkas.
(c) Ketiga, Sunnah memberikan penerangan berbentuk takhsis terhadap
ayat-ayat al-Quran yang berbentuk Âam .
(d) Keempat, Sunnah memberikan penerangan berbentuk taqyid terhadap
ayat-ayat al-Quran yang berbentuk mutlaq
(e) Kelima, Sunnah menerangkan pemansuhan hukum yang telah berlaku
sesama ayat-ayat al-Quran atau ia sesama sendiri (Sunnah
Mutawatirah).
(f) Keenam, Sunnah menyatakan hukum baru yang tidak wujud dalam
al-Quran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 6 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI
(AL-QURAN DAN SUNNAH)

ÂAdil Qiyas
ÂAm Sad al-DharaÊi
Âillah Sanad
ÂUrf Shaz
Al-Quran Sighah Amr
Dabit Sighah Nahy
Dalalah Sunnah
Ijmak Sunnah Ahad
Istihsan Sunnah FiÊliyyah
Istishab Sunnah Mutawatir
Lafaz musytarak Sunnah Qawliyyah
Masalih Mursalah Sunnah Taqririyyah
Matan Takhsis
Mazhab Sahabi Taqyid
Mutlaq Thiqah
Nasakh Thubut
QatÊiyyah Zanniyyah

Al-Zuhayli, wahbah (1998). Usul al-Fiqh al-Islami, jld. 1, cet. 2. Damsyik: Dar
al-Fikr, h. 415-485. Bab 3, bahagian 1 ă 2: al-Quran dan al-Sunnah al-Syarifah.

Zaydan, Abd al-Karim (1994). al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut: Muassasah


al-Risalah, h. 147-178. Bab 2, bahagian 1 ă 2: al-Quran dan al-Sunnah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik Sumber-sumber
7 Hukum Islam
yang Disepakati
(Ijmak dan
Qiyas)
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan ijmak dan qiyas;
2. Menerangkan rukun dan syarat ijmak dan qisas berserta contoh;
3. Menjelaskan bagaimana mungkin berlakunya ijmak di sepanjang
zaman; dan
4. Menghuraikan proses utama yang berlaku dalam ijmak dan qiyas
bagi memperlihatkan peranannya sebagai sumber hukum.

 PENGENALAN
Sebelum ini kita telah membincangkan dua sumber utama hukum Islam iaitu al-
Quran dan al-Sunnah. Lanjutan daripada kedua-dua sumber tersebut, terdapat
dua lagi sumber yang dianggap sebagai sumber yang disepakati kehujahannya
di kalangan para ulama, iaitu Ijmak dan Qiyas yang akan turut dibahaskan
dalam topik ini. Hakikatnya antara keempat-empat sumber tersebut terdapat
hubung kait yang rapat kerana ijmak dan qiyas sebenarnya adalah sumber
terbitan dari dua sumber asas al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Topik 7 ini, kita
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
114  TOPIK 7 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI
(IJMAK DAN QIYAS)

akan melihat pertalian tersebut. Topik ini menumpukan perbincangan kepada


kedua-dua sumber Ijmak dan Qiyas untuk memperlihatkan definisi, kehujahan,
modus operandi dan peranannya dalam penentuan hukum.

7.1 IJMAK
Perbincangan mengenai topik ini akan merangkumi definisi dan rukun ijmak,
jenis ijmak dan kehujahannya serta kemungkinan berlaku ijmak.

7.1.1 Definisi dan Rukun Ijmak


Ijmak menjadi sumber hukum ketiga selepas al-Quran dan al-Sunnah. Ijmak
lazimnya didefinisikan oleh para ulama sebagai:

„Persepakatan para mujtahid pada menentukan hukum bagi isu tertentu


pada sesuatu masa selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.‰

Daripada definisi tersebut, dapatlah kita fahami bahawa ijmak yang diambil kira
adalah yang berlaku selepas wafatnya Baginda s.a.w, pada mana-mana zaman
sekalipun. Persepakatan tersebut disyaratkan berlaku di kalangan para mujtahid
sahaja.
 
Atas kedudukan tersebut, para ulamak menentukan, bagi mengiktiraf sebarang
persepakatan di kalangan para mujtahid sebagai ijmak, ia semestinya memenuhi
beberapa rukun atau keperluan asas. Antara rukun-rukun ijmak dapat dilihat
dalam Rajah 7.1.

Rajah 7.1: Rukun-rukun ijmak

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI  115
(IJMAK DAN QIYAS)

(a) Wujud lebih dari seorang mujtahid


Hendaklah wujud lebih dari seorang mujtahid pada waktu ijmak berlaku
kerana persepakatan tidak akan berlaku pada diri seorang mujtahid.

(b) Persepakatan berlaku sewaktu isu berbangkit


Persepakatan daripada semua mujtahid diperoleh semasa isu sedang berlaku
dalam masyarakat. Jika persepakatan berlaku sebelum atau setelah lama
berbangkitnya isu yang disepakati, ia tidak dianggap ijmak yang sahih.

(c) Persepakatan diperoleh daripada semua mujtahid


Persepakatan berlaku dengan cara semua para mujtahid mengemukakan
pandangan masing-masing secara jelas terhadap isu yang mahu disepakati.

(d) Persepakatan berlaku secara langsung


Persepakatan diperolehi dari semua para mujtahid tanpa pengecualian.

7.1.2 Jenis Ijmak dan Kehujahannya


Ulama telah membahagikan ijmak kepada beberapa jenis berasaskan aspek yang
dilihat. Antara yang paling popular ialah pembahagian ijmak berasaskan
kekuatan hujah. Ijmak dalam bentuk ini terbahagi kepada dua seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 7.2.

Rajah 7.2: Jenis ijmak dan hujahannya


 
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 7 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI
(IJMAK DAN QIYAS)

(a) Ijmak Sarih


Ijmak sarih bermaksud persepakatan yang dicapai oleh para mujtahid
melalui persetujuan secara jelas dengan cara semua para mujtahid meneliti
persoalan yang timbul dan memberikan pandangan secara langsung. Ijmak
ini juga boleh dilakukan dengan cara sebahagian mujtahid mengemukakan
pandangan dan diterima oleh mujtahid lain dengan pernyataan persetujuan
secara jelas.
(i) Hujahnya
Keseluruhan para ulama menerima ijmak sarih sebagai dalil yang
boleh diterima sebagai sumber hukum bahkan ia merupakan dalil
yang kuat kerana ia bukan sahaja berasaskan sandaran yang kukuh
tetapi turut dipersetujui secara persepakatan oleh para ulama.

(b) Ijmak Sukuti


Ijmak sukuti bermaksud persepakatan yang diperolehi dari para mujtahid
secara tidak langsung. Dengan erti sebahagian mujtahid mengemukakan
pandangan bagi sesuatu isu dan ia dimaklumi oleh sebahagian yang lain,
namun mereka tidak memberi sebarang respon tetapi tidak pula
menentangnya.
(i) Hujahnya
Kehujahan ijmak sukuti menjadi titik perselisihan di kalangan para
ulama. Mereka telah berselisih kepada tiga pandangan, iaitu:
 Pertama: Terdapat sebahagian ulama seperti Ibn Hazm, al-Razi
dan sebahagian pengikut mazhab Maliki berpendapat bahawa
ijmak sukuti tidak dianggap ijmak dan tidak boleh dijadikan
hujah kerana diamnya sebahagian ulama tidak semestinya
menunjukkan persetujuan mereka ke atas perkara yang
dibincangkan.
 Kedua: Sebahagian ulama seperti al-Sayrafi dan al-Amidi
berpendapat ijmak sukuti tidak dianggap ijmak tetapi boleh
dijadikan sumber hukum. Ini kerana tidak ada suatu kepastian
yang jelas apakah persetujuan didapati berlaku daripada seluruh
para mujtahid sebagaimana keperluan suatu ijmak. Namun, ia
mempunyai kekuatan yang tersendiri kerana ia merupakan
pendapat sebahagian yang lain dan tidak boleh dinafikan
kewajarannya.
 Ketiga: Imam Ahmad, al-Jassas, al Sarkhasi, al-Syawkani dan
sebahagian pengikut mazhab SyafiÊ berpendapat ijmak sukuti
dianggap ijmak dan boleh dijadikan sumber hukum. Bagi mereka,
sekiranya para ulama yang mempunyai kepakaran yang
mencukupi telah memberikan pandangan hukum bagi suatu isu,

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI  117
(IJMAK DAN QIYAS)

maka ia boleh dianggap hujah yang kuat. Tambahan pula mereka


telah meletakkan piawai bahawa isu yang dibincangkan bukan isu
terpencil tetapi suatu yang tersebar dan diketahui umum.

Rasionalnya, meskipun ijmak sukuti merupakan suatu yang tidak


mendapat persetujuan secara jelas daripada semua mujtahid, namun ia
mempunyai kekuatan kerana biasanya para mujtahid tidak akan berdiam
diri atas keputusan yang dipandang silap oleh mereka.

7.1.3 Kemungkinan Berlakunya Ijmak


Berdasarkan definisi ijmak tadi, timbul persoalan apakah ijmak dengan makna
istilah yang sebenar boleh berlaku kerana ia merupakan kata sepakat daripada
semua para mujtahid.

Majoriti ulama berpendapat ijmak memang boleh berlaku dan secara realitinya
telah berlaku. Namun, segelintir berpendapat ijmak tidak mungkin berlaku
kerana pengenalpastian siapa mujtahid sukar dibuat lantaran tidak terdapat
suatu piawai yang jelas. Buktinya, berkemungkinan seorang yang dianggap
mujtahid di negara tertentu dipertikaikan keahliannya oleh pihak lain di tempat
lain. Bahkan, jika pun mereka mendapat pengiktirafan daripada semua pihak,
namun untuk memungkinkan tersebarnya isu yang ingin disepakati kepada
semua pihak sukar dipastikan. Ini adalah lantaran lokaliti yang berjauhan dan
sulit untuk dipastikan sama ada mereka semua boleh dihubungi bagi
mendapatkan pendapat. Sebagaimana juga sukar ditentukan persetujuan
seorang mujtahid dalam sesuatu isu boleh sampai ke pengetahuan semua
mujtahid dengan cara yang meyakinkan.

Namun majoriti ulama melihat, apa yang disebutkan di atas tadi hanya
merupakan suatu sangkaan yang tidak tepat. Buktinya, ijmak secara nyata
pernah berlaku dalam sejarah perundangan Islam. Malah, ijmak yang banyak
telah berlaku pada zaman para sahabat. Antaranya seperti hukum
ketidakharusan seorang wanita muslimah mengahwini lelaki bukan Muslim,
pemberian 1/6 harta pusaka kepada nenek kematian cucu lelaki dan lain-lain.
Bukti ini jelas menunjukkan ijmak memang pernah berlaku dan boleh berlaku.

Menangani perselisihan pandangan yang lalu, sebahagian ulama mutakhir


memperakui kebenaran wujud pada sebahagian pandangan dari kedua-dua
pihak. Menurut mereka, memang benar wujud ijmak yang banyak pada zaman
sahabat, sebagaimana diriwayatkan. Namun, ijmak yang berlaku lazimnya
sekitar zaman khalifah Abu Bakar dan Umar kerana para sahabat rata-rata
tinggal di sekitar Hijaz dengan bilangan yang tidak terlalu ramai. Oleh itu,

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 7 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI
(IJMAK DAN QIYAS)

mudah bagi mereka untuk berhimpun, berbincang dan memutuskan hukum


secara kolektif.

Tetapi selepas tempoh tersebut, realitinya telah berbeza. Persepakatan


pandangan pada suatu isu sukar diperolehi lantaran para mujtahid telah berada
di penempatan yang berjauhan antara satu sama lain. Sukar bagi mereka untuk
berkumpul, berbincang dan bersepakat. Berkemungkinan apa yang dibincang di
satu tempat tidak diketahui oleh mujtahid di tempat lain. Lalu, bagaimana
mungkin semua para mujtahid boleh bersepakat dalam satu perkara untuk
membentuk ijmak?

Dengan segla kemudahan teknologi perhubungan dan alat komunikasi terkini,


kesulitan berhimpun, menyebarkan isu yang hendak dicari persepakatan hukum
telah boleh diatasi. Menurut sebahagian ulama mutakhir, jika agenda ijmak
ditangani secara serius oleh badan tertentu seperti Akademi Fiqh Antarabangsa
dan seumpamanya, prosedur-prosedur untuk mewujudkan ijmak seperti
penyebaran isu kepada semua, berbincang melalui alat media dan komunikasi,
meminta respon dalam tempoh masa tertentu dan lain-lain boleh dirancang dan
dicapai bagi kepentingan wujudnya ijmak sebagai alat penyatuan umat Islam.

SEMAK KENDIRI 7.1


1. Huraikan maksud ijmak, jenis dan rukunnya.
2. Sebutkan pandangan para ulama terhadap kehujahan ijmak
sukuti.
3. Beri ulasan anda kepada kenyataan „ijmak dengan segala
rukunnya boleh terus berlaku sehingga zaman sekarang‰.

7.2 AL-QIYAS
Kedudukan qiyas sebagai sumber hukum selepas al-Quran, as-Sunnah dan ijmak
telah menyediakan ruang yang luas bagi penggunaan daya fikir dalam
menentukan hukum. Ini kerana syarak telah menetapkan dasar dan kaedah
hukum yang boleh memenuhi keperluan dan maslahah manusia di setiap zaman
dan tempat menerusi penggunaan akal dan panduan dasar dan kaedah syarak
bagi menyelesaikan masalah manusia yang sentiasa berubah-ubah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI  119
(IJMAK DAN QIYAS)

7.2.1 Definisi Qiyas


Apakah yang dimaksudkan dengan qiyas?

Qiyas bermaksud „Menzahirkan persamaan sesuatu perkara yang tidak


ada nas tentang hukumnya kerana kedua-duanya mempunyai
persamaan pada Âillah atau sebab pada hukum‰.

Contohnya, Allah mengharamkan arak diminum dengan dalil nas dan wajib
dikenakan had ke atas peminumnya. Para mujtahid mendapati Âillah dan sebab
pengharamannya ialah „memabukkan‰. Maka diqiyaskan terhadapnya setiap
yang memabukkan selain daripada arak, seperti todi, ganja, dadah dan wiski
adalah haram.

Sebagai satu istilah dalam pengajian Usul al-Fiqh, qiyas dihuraikan sebagai
menerima pakai hukum bagi kes yang dinaskan hukumnya untuk kes yang tidak
dinaskan hukumnya berasaskan kepada persamaan alasan hukum berkenaan
bagi kedua-dua kes ini.

Operasi qiyas bermula daripada proses menganalisis Âillah hukum yang boleh
dikeluarkan daripada nas dalam kes yang disebutkan hukumnya oleh nas syarak.
Langkah tersebut kemudian diikuti dengan penentuan, sama ada Âillah atau sebab
hukum berkenaan ada dalam kes yang tidak dinaskan hukumnya atau sebaliknya.
Jika terdapat persamaan Âillah keputusan akan dibuat bahawa hukum kedua-
duanya perlu sama. Demikian proses yang berlaku dalam amalan qiyas.

AKTIVITI 7.1

Pernahkah anda terbaca mana-mana ayat al-Quran atau mana-


mana hadis daripada Nabi s.a.w yang membincangkan tentang
pengharaman pil ekstasi? Apakah statusnya dalam hukum Islam?
Bagaimana proses penghukumannya berlaku?

7.2.2 Rukun-rukun Qiyas


Qiyas tidak akan berlaku kecuali apabila memenuhi keperluan empat rukun
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.3.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 7 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI
(IJMAK DAN QIYAS)

Rajah 7.3: Rukun-rukun qiyas

(a) Kes Asal (al-Asl)


Kes asal yang menjadi asas perbandingan iaitu kes yang disebutkan oleh
nas tentang hukumnya. Ia biasa disebut oleh para fuqaha dengan istilah
„asal‰ (al-Asl) sahaja.

(b) Kes Baru (al-FarÊ)


Kes baru yang tidak disebutkan hukum oleh mana-mana nas yang
dibandingkan dengan kes asal bagi meneliti sama ada persamaan sebab
hukum antara kedua-duanya berlaku atau tidak. Di kalangan para fuqaha,
rukun ini disebut dengan istilah „cabang‰ (al-FarÊ) sahaja.

(c) Sebab Hukum (al-ÊIllah)


ÂIllah atau sebab hukum. Ia disebut oleh para fuqaha dengan istilah „Âillah‰
(al-ÊIllah).

(d) Hukum Asal (Hukm al-Asl)


Hukum kes asal, iaitu hukum yang dinaskan. Di kalangan para fuqaha ia
disebut sebagai „hukum asal‰ (Hukm al-Asl).

7.2.3 Syarat-syarat Qiyas


Sebelum ini telah dijelaskan bahawa qiyas tidak akan terjadi kecuali apabila
terdapat kesemua rukun-rukun yang diperlukan, iaitu kes asal yang menjadi
asas perbandingan (Al-Asl), kes baru yang dibandingkan dengan kes asal (al-
FarÊu) dan sebab hukum atau Âillah (al-Êillah), hukum asal yang menjadi penentu
kepada hukum baru/al-FarÊ.

Bagaimanapun, kewujudan rukun-rukun di atas tidak dengan sendirinya


menjadikan qiyas itu sah dan terpakai kerana setiap rukun perlu memenuhi
syarat-syarat bagi menjadikannya sesuai sebagai asas kepada qiyas.

Jadual 7.1 menerangkan syarat-syarat qiyas dengan terperinci.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI  121
(IJMAK DAN QIYAS)

Jadual 7.1: Syarat-syarat Qiyas

(a) Kes Asal (al-Asl)


Disyaratkan bukan merupakan kes bandingan (al-FarÊ) kepada kes asal
yang lain. Ini bererti hukum mengenainya mestilah berasaskan kepada nas
atau ijmaÊ, dan bukan berasaskan kepada qiyas ke atas kes lain. Dengan
kata lain, qiyas tidak boleh dilakukan secara berangkai di mana kes
bandingan boleh menjadi asas kepada kes bandingan yang lain. Jika terjadi
banyak kes bandingan (al-FarÊ) yang serupa, semuanya perlu dirujuk
kepada kes asal (al-Asl) yang satu.

(b) Kes Baru (al-FarÊ)


Perlu memenuhi beberapa syarat. Antaranya:
(i) Al-FarÊ mempunyai Âillah yang sama dengan yang wujud pada al-Asl.
(ii) Tidak terdapat nas atau ijmak yang menunjukkan hukum yang
berlawanan dengan hukum yang diqiyaskan antara al-Asl dan
al-FarÊ. Jika terdapat keadaan seperti itu, qiyas berkenaan perlu
ditolak atas alasan menyalahi nas atau ijmak. Antara contoh kes
seperti ini ialah seperti orang musafir harus meninggalkan puasa
berdasarkan firman Allah:

3 tyzé& BΘ$−ƒr& ô⎯ÏiΒ ×Ïèsù 9xy™ 4’n?tã ÷ρr& $³ÒƒÍsΔ tβ$Ÿ2 ⎯tΒuρ
Maksudnya:
Dan sesiapa yang sakit atau dalam keadaan musafir, maka
bolehlah ia berbuka kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak
hari yang ditinggalkannya itu.
(Surah al-Baqarah (2): 185)
Maka jika dikatakan seorang yang bermusafir tidak wajib
menunaikan solat kerana diqiyaskan dengan tidak wajibnya mereka
berpuasa, adalah batal. Ini disebabkan ia menyalahi ijmak, yang
mengatakan bahawa solat tidak boleh ditinggalkan kerana
bermusafir, bahkan wajib ditunaikan dalam apa jua keadaan.
(iii) Al-FarÊ berlaku terkemudian daripada terjadinya kes asal. Dengan
kata lain, dari segi kronologi ia bukan kes yang pernah terjadi
sebelum ada nas atau ijmak tentang hukum kes asal (al-Asl) dalam
qiyas berkenaan.
(iv) Menerima hukum yang sama dengan hukum kes yang asal (al-Asl),
sama ada dalam sifat atau jenis. Antara contoh persamaan sifat ialah
hukum wajib qisas bagi kes pembunuhan dengan menggunakan
benda tumpul berasaskan qiyas kepada hukum yang sama bagi kes
pembunuhan dengan senjata tajam. Dalam contoh ini, kedua-dua
hukum itu berasaskan sifat yang sama, iaitu wajib qisas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 7 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI
(IJMAK DAN QIYAS)

(c) Sebab Hukum atau ÂIllah


Perlu memenuhi syarat-syarat yang lebih banyak. Antara syarat yang
dipersetujui oleh semua fuqaha adalah seperti berikut:
(i) Ia mestilah satu sifat yang jelas dan dapat dikenal pasti dengan
nyata. Antara contoh yang popular ialah sifat „mabuk‰ yang terhasil
daripada perbuatan meminum arak. Ia merupakan suatu yang jelas
dan dapat dibuktikan. Begitu juga sifat „muda‰ (bawah umur) yang
dapat dikenal pasti pada seorang wanita bawah umur.
(ii) Ia suatu sifat yang konsisten iaitu tidak mengalami apa-apa
perubahan disebabkan perubahan orang, keadaan dan masa. Sifat ini
penting bagi memenuhi keperluan persamaan antara kes asal
(al-Asl) dan kes baru (al-FarÊ).
(iii) Ia semestinya merupakan sifat yang munasabah (al-munasib)
dengan hukum berkenaan. Dalam erti ada hubungan
kemunasabahan antara hukum dan illah, seperti haramnya arak
yang sesuai dengan sebab sifatnya memabukkan sehingga
peminumnya akan hilang keupayaan akal.

(iv) Ianya suatu sifat yang transitif (‫ )ﻣﺘﻌﺪﻳﺔ‬iaitu boleh dipindahkan


kepada mana-mana kes yang sesuai dan tidak terhad kepada kes
asal sahaja. Sebagai contoh, sifat sebagai „gandum‰ tidak boleh
dijadikan Âillah kepada pengharaman riba dalam urusan jual beli
bijirin berkenaan kerana sifat seperti ini hanya ada pada gandum
dan tidak boleh diguna pakai pada bijirin lain.

(d) Hukum Kes Asal (Hukm al-Asl)


Hukum kes asal yang akan diguna pakai untuk kes baru (al-farÊ) juga
perlu memenuhi syarat-syarat tertentu. Antaranya ialah :
(i) Ia merupakan hukum amali yang sabit melalui al-Quran atau al-
Sunnah dan ijmak. Yang dimaksudkan dengan hukum amali ialah
hukum-hukum yang berkait dengan perbuatan lahir manusia. Ia
tidak termasuk hukum-hukum mengenai akidah kerana ia tidak
boleh diqiyaskan.
(ii) Ia merupakan hukum yang berasaskan kepada Âillah yang mampu
difahami oleh akal kerana jika akal tidak dapat memahami illahnya
maka pengembangan hukum melalui qiyas tidak akan dapat
dilakukan. Ini kerana qiyas itu sendiri banyak bergantung kepada
memahami Âillah pada hukum asal dan menyedari kewujudannya
juga pada kes baru (al-FarÊ).
(iii) Ia bukan merupakan „hukum khusus‰ bagi kes asal itu sahaja. Ini
kerana qiyas memerlukan pemindahan hukum berkenaan kepada
kes lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI  123
(IJMAK DAN QIYAS)

(iv) Ia merupakan hukum yang lazimnya boleh diqiyaskan. Hukum


yang lazimnya boleh diqiyaskan ialah hukum yang mempunyai
Âillah, sama ada yang dijelaskan oleh nas atau yang disimpulkan
melalui penganalisisan. Di samping itu, hukum ini akan didapati
sabit apabila wujudnya Âillah.
(v) Dalil bagi hukum asal tidak merangkumi hukum bagi kes baru
berkenaan.
(vi) Ia mesti lahir lebih awal dari hukum kes baru (al-FarÊ).

7.2.4 Cara-cara Penentuan ÂIllah ( ‫) ﻣﺴﺎﻟﻚ اﻟﻌﻠﺔ‬


ÂIllah menjadi unsur paling utama dalam amalan qiyas. ÂIllah ini dapat dikenal
pasti melalui beberapa kaedah. Perbincangan mengenai kaedah penentuan Âillah
bertujuan mengetahui sama ada nilai atau sifat kebersamaan antara kes asal
dengan kes baru diambil kira oleh syarak dalam menentukan persamaan hukum
antara keduanya. Para ulama telah menyusun beberapa kaedah berkaitan seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 7.2.

Jadual 7.2: Cara-cara Penentuan ÂIllah

(a) Nas (‫)اﻟﻨﺺ‬


Maksudnya, Âillah berkenaan dinaskan oleh al-Quran atau al-Sunnah sama
ada secara qatÊi atau zanni. Yang dimaksudkan dengan nas secara qatÊi
ialah nas yang menyebut secara jelas sampai tidak mempunyai
kemungkinan makna lain selain menjelaskan bahawa sesuatu sifat itu
menjadi Âillah kepada hukum tertentu. Misalnya dengan menyebut
„berasaskan Âillah (‫)ﻟﻌﻠﺔ آﺬا‬⁄‰ ,„berasaskan sebab (‫)ﻟﺴﺒﺐ آﺬا‬⁄‰ „oleh
kerana (‫)ﻷﺟﻞ آﺬا‬⁄‰ „supaya (‫)آﺬا‬⁄‰ dan sebagainya.

Antara contoh nas seperti ini ialah firman Allah:

4’yϑ≈tGuŠø9$#uρ 4’n1öà)ø9$# “Ï%Î!uρ ÉΑθß™§=Ï9uρ ¬Tsù 3“tà)ø9$# È≅÷δr& ô⎯ÏΒ ⎯Ï&Î!θß™u‘ 4’n?tã ª!$# u™!$sùr& !$¨Β

ãΑθß™§9$# ãΝä39s?#u™ !$tΒuρ 4 öΝä3ΖÏΒ Ï™!$uŠÏΨøîF{$# t⎦÷⎫t/ P's!ρߊ tβθä3tƒ Ÿω ö’s1 È≅‹Î6¡¡9$# È⎦ø⌠$#uρ È⎦⎫Å3≈|¡yϑø9$#uρ

∩∠∪ É>$s)Ïèø9$# ߉ƒÏ‰x© ©!$# ¨βÎ) ( ©!$# (#θà)¨?$#uρ 4 (#θßγtFΡ$$sù çμ÷Ψtã öΝä39pκtΞ $tΒuρ çνρä‹ã‚sù

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 7 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI
(IJMAK DAN QIYAS)

Maksudnya:
„Apa sahaja harta rampasan (faiÊ) yang diberikan Allah kepada
RasulNya yang berasal daripada penduduk kota, maka adalah untuk
Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang
miskin dan orang-orang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan
hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu‰.
(al- Hasyr (59) :7)
Perkataan (‫„ )آﻲ‬supaya‰ dalam ayat di atas hanya digunakan untuk
menyatakan Âillah (‫ )ﻣﻮﺿﻮع ﻟﻠﺘﻌﻠﻴﻞ‬dan tidak pernah digunakan untuk
pengertian lain. Oleh kerana itu tidak ada kemungkinan ia memberi erti
selain dari maksud pernyataan Âillah (‫)اﻟﺘﻌﻠﻴﻞ‬.
Sementara nas secara zanni pula ialah nas yang menunjukkan ada
pernyataan Âillah tetapi tidak sampai ke peringkat tiada kemungkinan
maksud lain langsung. Dengan kata lain, nas tersebut ada menunjukkan
suatu sifat tertentu sebagai Âillah, tetapi terdapat kemungkinan lain yang
lebih kecil iaitu ada sesuatu yang lain bersifat demikian. Sebagaimana
dalam kategori pertama tadi, nas kategori kedua ini juga menggunakan
ungkapan-ungkapan tertentu untuk tujuan tersebut.
Antara perkataan atau ungkapan tersebut ialah „ Lam‰(‫)ل‬, „Ba‰ (‫)ب‬, dan
„In‰ (‫)ان‬. Sebagai contoh, firmah Allah dalam Surah Taha ayat 14 yang
bermaksud: „Dan dirikanlah solat untuk mengingatiku‰. Perkataan
„untuk‰ dalam ayat tersebut dianggap sebagai zanni kerana ia tidak
semestinya menunjukkan sebab/Êillah, bahkan kadang-kadang makna
pemilikan atau kepunyaan.

(b) Isyarat (‫)اﻷﻳﻤﺂء‬


Dalam bahasa Arab, iimaÊ bererti isyarat secara halus. Apa yang
dimaksudkan dalam konteks ini ialah ketentuan Âillah berkenaan bukan
berasaskan kepada pengertian atau maksud zahir ungkapan nas tetapi
daripada isyarat halus yang wujud dalam nas. Ia berbeza dengan kaedah
pertama iaitu „nas‰ kerana ketentuan Âillah dalam kaedah ini difahami
daripada pengertian zahir perkataan itu sendiri.
Sebagai contoh, hukum yang dikaitkan dengan Âillah melalui penggunaan
kata sendi (maka) atau (kerana) iaitu huruf (faÊ). Contohnya dalam ayat
(‫)اﻟﺴﺎرق واﻟﺴﺎرﻗﺔ ﻓﺎﻗﻄﻌﻮا أﻳﺪﻳﻬﻤﺎ‬. Huruf faÊ dalam ayat ini menunjukkan
kaitan antara hukum iaitu „potong tangan dengan perbuatan mencuri‰.
Kaitan ini secara isyaratnya menunjukkan bahawa mencuri menjadi Âillah
kepada hukum potong tangan. Oleh itu pertalian antara hukum dan Âillah
tidak disebutkan secara jelas oleh nas, tetapi ada tanda dan isyarat yang
boleh difahami bahawa antara keduanya ada kaitan dalam bentuk hukum
dan sebab hukum.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI  125
(IJMAK DAN QIYAS)

(c) IjmaÊ (‫)اﻻﺟﻤﺎع‬


Yang dimaksudkan ialah persepakatan para fuqaha pada mana-mana
zaman tentang kedudukan sesuatu sebagai Âillah kepada suatu hukum
tertentu. Sebagai contoh, ijmaÊ para fuqaha menjadikan gabungan pertalian
seibu dan sebapa di antara adik beradik kandung sebagai Âillah untuk
mereka mendapat keutamaan berbanding adik beradik sebapa dalam
masalah pusaka. ÂIllah tersebut kemudiannya digunakan sebagai asas bagi
mengutamakan adik beradik seibu sebapa berbanding adik beradik sebapa
dalam masalah wali perkahwinan dan hadanah berasaskan prinsip qiyas.

(d) Penyaringan (‫)اﻟﺴﺒﺮ واﻟﺘﻘﺴﻴﻢ‬


Maksudnya proses menyaring Âillah bagi sesuatu yang mungkin boleh
dijadikan Âillah bagi kes asal dan kemudiannya sifat-sifat ini akan disaring
dengan menyingkirkan sifat yang tidak sesuai menjadi Âillah sehingga
hanya tinggal sifat-sifat yang sesuai untuk dijadikan Âillah sahaja.
Penyaringan dibuat berasaskan dalil dan bukti bahawa sesuatu sifat itu
tidak sesuai dan tidak menepati ciri-ciri suatu Âillah.
Antara contohnya adalah masalah kuasa mujbir di tangan wali.
Kenapakah wali memiliki kuasa paksaan/ijbar dalam mengahwinkan
anak perempuan yang masih dara? Antara sifat yang boleh disenaraikan
sebagai Âillah adalah kanak-kanak tersebut di bawah umur atau kanak-
kanak tersebut masih dara. Dengan melihat kepada penelitian yang perlu
dibuat dalam menyaring sifat-sifat ini, para sarjana hukum menolak
kemungkinan sifat „masih di bawah umur‰ untuk menjadi Âillah bagi kes
ini. Ini kerana terdapat hadis Rasulullah s.a.w yang bertentangan dengan
sifat tersebut.

Baginda menyebutkan : ‫ اﻟﺜﻴﺐ أﺣﻖ ﺑﻨﻔﺴﻬﺎ ﻣﻦ وﻟﻴﻬﺎ‬maksudnya „Janda lebih


berhak ke atas dirinya berbanding walinya‰. Daripada hadis tersebut, jelas
menunjukkan bahawa janda sama ada sudah baligh ataupun tidak, lebih
berhak membuat keputusan mengenai perkahwinannya berbanding
dengan walinya. Secara tersirat, wali bagi wanita bukan janda (iaitu anak
dara) lebih berhak ke atas diri anak dara tersebut. Justeru sifat sebagai
anak dara menjadi Âillah bagi hukum kuasa ijbar di tangan wali.

(e) Kesesuaian (‫)اﻟﻤﻨﺎﺳﺒﺔ‬


Dalam penggunaan biasa, kesesuaian bererti keselarasan dan kesamaan.
Sebagai satu istilah, ia dihuraikan oleh para fuqaha sebagai keserasian
(‫ )اﻟﻤﻼﺋﻤﺔ‬yang terdapat antara gejala (‫ )اﻟﻮﺻﻒ‬dan hukum. Ianya sampai
kepada peringkat yang boleh menjadi asas kepada penentuan hukum
yang mampu merealisasikan kepentingan (‫ )اﻟﻤﺼﻠﺤﺔ‬yang menjadi objektif
kepada syariat Islam dalam menentukan hukum berkenaan, iaitu
menghasilkan kebaikan dan menolak keburukan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 7 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI
(IJMAK DAN QIYAS)

Antara contoh popular yang selalu disebutkan ialah „mabuk‰. Ia adalah


gejala yang serasi atau sesuai menjadi asas kepada pengharaman arak.
Tambahan pula keserasian tersebut juga boleh mencapai matlamat syarak
dalam pensyariatan hukum iaitu untuk mendapat manfaat dan menolak
mudarat kerana arak boleh merosakkan fungsi akal.
 

SEMAK KENDIRI 7.2

1. Jelaskan definisi qiyas dan nyatakan rukun-rukunnya.


2. Pada pandangan anda, sejauh manakah qiyas boleh berperanan
sebagai sumber hukum Islam?
3. Berikan satu contoh hukum semasa yang boleh diputuskan
melalui kaedah qiyas. Kemudian, tunjukkan satu persatu
rukun-rukunnya.
4. Sebutkan cara penentuan Âillah dengan membuat huraian
terperinci kepada mana-mana dua daripada cara-cara tersebut.

 Ijmak merupakan sumber hukum Islam yang ketiga dan qiyas adalah sumber
yang keempat.

 Ijmak merupakan kesepakatan seluruh para ulama terhadap sesuatu hukum.


Ia mesti memenuhi empat rukun yang ditetapkan.

 Ijmak mempunyai dua jenis iaitu sarih dan sukuti. Ijmak Sarih mempunyai
kekuatan yang lebih berbanding Ijmak Sukuti.

 Terdapat perbezaan pandangan antara para ulama pada persoalan apakah


ijmak masih boleh berlaku di sepanjang zaman.

 Sumber qiyas merupakan antara sumber penting dalam menentukan


pengembangan hukum Islam kerana ia merupakan perluasan penggunaan
nas.

 Untuk menentukan berlakunya qiyas, harus memenuhi empat rukun


utamanya. Setiap rukun seharusnya memenuhi beberapa syarat yang
ditentukan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI  127
(IJMAK DAN QIYAS)

 ÂIllah merupakan unsur utama dalam amalan qiyas kerana ia menentukan


apakah boleh berlaku persamaan hukum antara hukum asal dengan hukum
baru.

 Untuk menentukan Âillah, terdapat beberapa cara. Antara yang utama ialah
nas, ijmak, iimaÊ, penyaringan dan munasabah.

 Perbincangan mengenai kaedah penentuan Âillah bertujuan mengetahui sama


ada nilai atau sifat kebersamaan antara kes asal dengan kes baru diambil kira
oleh syarak dalam menentukan persamaan hukum antara keduanya.

Al-ÂIllah Mujtahid
Al-Asl Nas
Al-FarÊ Penyaringan
Al-IimaÊ/ isyarat halus Persepakatan
Hukm al-Asl Qiyas
Ijmak Rukun
Kehujahan Sarih
Kemunasabahan Sukuti

Abd. Karim Zaidan (2004). Usul al-Fiqh al-Islami. Damsyik: MuÊassasah


al-Risalah, halaman 179-229, Tajuk: al-Ijmak dan al-Qiyas

Abd al-Wahhab Khallaf (1981). Ilm Usul al-Fiqh. Kuwait: Dar al-Qalam. Halaman
55-70, Tajuk: al-Ijmak dan al-Qiyas

Muhammad Abu Zuhrah (t.t), Usul Fiqh (T.T.P): Dar al-Fikr al-ÂArabi. Halaman
190-211 dan 218- 247, Tajuk: al-Ijmak dan al-Qiyas

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Sumber Hukum
8 yang
Diperselisihkan
(1)
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan tiga sumber hukum Islam iaitu al-Istihsan, al-Masalih
al-Mursalah dan al-ÂUrf;
2. Mengenal pasti jenis-jenis tiga sumber tersebut secara terperinci
berserta contoh; dan
3. Menghuraikan pendapat ulama mengenai hujahan setiap tiga
sumber tersebut berserta hujah masing-masing.

 PENGENALAN
Sebelum ini kita telah membincangkan tentang sumber-sumber utama hukum
Islam yang disepakati hujahannya oleh para ulama. Melalui perbincangan
tersebut boleh disimpulkan bahawa hukum Islam terbentuk hasil rujukan yang
dilakukan kepada keempat-empat sumber tersebut. Namun, harus juga
diketahui bahawa terdapat beberapa sumber lain yang bersifat sampingan dan
merupakan serpihan daripada sumber utama di atas yang turut dijadikan
rujukan oleh para ulama dalam membuat ketentuan hukum. Cuma mereka
berbeza pada menentukan kekuatan hujahannya.

Antara sumber yang akan disentuh adalah al-Istihsan, al-Masalih al-Mursalah,


al-ÂUrf, Mazhab Sahabat, Istishab dan Sadd al-Zariah. Dalam topik ini,
perbincangan akan ditumpukan kepada tiga sumber, iaitu al-Istihsan, al-Masalih
al-Mursalah dan al-ÂUrf.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (1)  129

8.1 DEFINISI AL-ISTIHSAN


Apakah yang dimaksudkan dengan al-Istihsan?

Jadual 8.1 menunjukkan maksud al-Istihsan daripada beberapa mazhab dan


ulama yang berbeza.
 
Jadual 8.1: Definisi al-Istihsan Mengikut Mazhab yang Berbeza

Mazhab Hanafi „mengubah suatu perkara yang berasal dari qiyas kepada
qiyas yang lebih baik (lebih kuat)‰ atau „perubahan daripada
qiyas kepada dalil nas yang kelihatan bercanggah dengan
nas yang terang dan nyata‰.
Mazhab Maliki „memilih untuk meninggalkan suatu dalil dan membolehkan
menyalahinya kerana ada dalil lain yang kuat‰.
Mazhab Hanbali „berpaling di dalam menghukum sesuatu masalah dari
masalah-masalah yang sebanding dengannya kerana ada
dalil yang khusus‰.
Mazhab Syafii ‰suatu perkara yang difikirkan baik oleh mujtahid‰.
Ulama Usul Fiqh ‰dalil yang bertentangan dengan qiyas jali (qiyas yang
nyata). Maksudnya para mujtahid menukarkan penentuan
hukum berasaskan qiyas yang nyata (jali) kepada qiyas yang
tidak nyata (khafi) atau dari hukum umum (kulli) kepada
hukum pengecualian (istithnaÊi)‰.
Langkah tersebut dilakukan bukan bertujuan untuk
mengikut kehendak hawa nafsu tetapi berasaskan kehendak
satu dalil yang kuat di sisi mujtahid. Dalil tersebut sama ada
dari al-Quran, al-Hadith, ijmak,qiyas yang tidak jelas,
darurah, maslahah dan Âurf.

SEMAK KENDIRI 8.1

Jelaskan maksud istihsan.

  

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 8 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (1)

8.2 JENIS-JENIS AL-ISTIHSAN


Terdapat enam jenis istihsan yang dibahagikan mengikut dalil yang dijadikan
sandaran. Ianya adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.1.

Rajah 8.1: Jenis-jenis al-Istihsan

(a) Istihsan Berasaskan Nas


Ia berlaku pada masalah yang mempunyai nas tertentu yang menunjukkan
kepada hukum yang bertentangan dengan hukum yang dikehendaki oleh
dalil atau kaedah umum yang ditetapkan bagi masalah yang
seumpamanya.

Sebagai contoh, dihukumkan berkekalannya puasa atau tidak batal puasa


dengan sebab makan atau minum secara terlupa sedangkan kaedah umum
menghendaki batal puasa kerana ia dianggap melanggar prinsip imsak
(menahan diri dari memasukkan sesuatu ke dalam rongga). Dalam hal ini,
ia dikecualikan dari kehendak kaedah umum tersebut kerana terdapat
hadis khusus mengenainya iaitu sabda Rasulullah s.a.w:

."‫ﷲ ﹶﺃﻃﹾ َﻌ َﻤﻪُ َﻭ َﺳﻘﹶﺎ ُﻩ‬


ُ ‫ﺻ ْﻮ َﻣﻪُ ﹶﻓﹺﺈﻧﱠﻤَﺎ ﺍ‬
َ ‫ﺏ ﹶﻓ ﹾﻠﻴُِﺘ ﱠﻢ‬
َ ‫ﺴ َﻲ َﻭﻫُ َﻮ ﺻَﺎِﺋ ٌﻢ ﹶﻓﹶﺄ ﹶﻛ ﹶﻞ ﹶﺃ ْﻭ َﺷ ﹺﺮ‬
ِ ‫" َﻣ ْﻦ َﻧ‬
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (1)  131

Maksudnya:

Barang siapa lupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum
maka hendaklah dia menyempurnakan puasanya, sesungguhnya Allah
memberi makan dan minum kepadanya.

(b) Istihsan Berasaskan Ijmak


Ia berlaku pada masalah yang diberikan fatwa oleh para mujtahid dengan
hukum yang berlainan daripada hukum umum mengenai masalah yang
sebanding dengannya, atau para mujtahid berdiam diri atau tidak
mengingkari apa yang dilakukan oleh orang ramai yang bertentangan
dengan ketentuan dari kaedah umum yang telah ditetapkan.

Contohnya, menempah barang tukangan (istisnaÊ) seperti meja, kerusi dan


sebagainya. Mengikut kaedah umum, ia tidak harus kerana barang yang
diakadkan tidak wujud semasa akad, tetapi ia telah diharuskan kerana
tidak terdapat seorang pun daripada kalangan mujtahidin menolak amalan
ini. Ini merupakan persepakatan mereka tentang keharusannya.
Persepakatan ini sebenarnya berasaskan kepada pengambilkiraan
keperluan masyarakat dan menolak kemudaratan mereka jika perbuatan
ini disekat.

(c) Istihsan Berasaskan Maslahah


Ia berlaku pada masalah yang dihukumkan berlainan daripada hukum
yang umumnya berlaku pada masalah yang seumpamanya kerana
wujudnya maslahah.

Sebagai contoh, mengikut kebanyakan imam mazhab Hanafi, harus akad


jual beli yang mana penjual mensyaratkan pembeli supaya menggadaikan
barang tertentu sebagai cagaran bagi harga bertangguh secara istihsan. Ini
kerana syarat sebegini mengukuhkan kemungkinan mendapat balik harga
jualan demi kepentingan penjual. Mengikut dalil umum, jual beli
seumpama ini tidak sah kerana ia termasuk dalam larangan menjual dan
mengenakan syarat namun telah diharuskan secara istihsan demi menjaga
maslahah pihak penjual.

(d) Istihsan Berasaskan Darurah


Ia berlaku pada masalah yang dihukumkan berlainan daripada hukum
yang umumnya berlaku pada masalah yang seumpamanya kerana
wujudnya keadaan darurah.

Sebagai contoh, membersihkan perigi bernajis. Mengikut kaedah umum,


perigi tersebut tidak akan bersih walaupun ditimba sebahagian atau semua

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 8 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (1)

air di dalamnya kerana telah bercampur dengan najis. Hal ini kerana,
menimba sebahagian air di dalam perigi tersebut tidak akan menyebabkan
baki air yang ada itu bersih. Begitu juga jika ditimba semua air pun tidak
akan membersihkan air yang baru keluar dari mata air dalam perigi
tersebut. Justeru itu, air di dalam perigi tersebut tidak akan bersih
walaupun ditimba semuanya. Mengambil air dari perigi tersebut kerana
terpaksa dan keperluan adalah diharuskan lantaran sukar untuk
membersihkan perigi sehingga suci seluruhnya dengan yakin.

(e) Istihsan Berasakan Qiyas Khafi


Ia berlaku pada masalah yang dihukumkan berlainan daripada hukum
yang umumnya berlaku pada masalah yang seumpamanya kerana
wujudnya qiyas yang lebih tersembunyi dan mengikut mujtahid memakai
qiyas tersebut lebih munasabah dan wajar. Keadaan ini dilakukan kerana
ada dalil pada diri mujtahid dan dia berpuas hati dengannya.

Contohnya ulama Hanafi menyebutkan jika menurut qiyas terang (jali), sisa
burung helang adalah najis dan haram. Ia diqiyaskan dengan sisa binatang
buas lain, seperti harimau dan serigala kerana daging kesemua binatang
tersebut haram dimakan.

Menurut istihsan dengan qiyas khafi pula, sisa burung helang dan burung
menyambar lain bukan najis, kerana binatang tersebut makan dan minum
menggunakan paruh dan paruh adalah suatu yang suci kerana tidak
bercampur dengan air liur. Lalu ia diqiyaskan dengan mulut manusia yang
bersih. Lantaran itu walaupun dagingnya haram dimakan tetapi air liur
yang keluar dari dagingnya tidak bercampur dengan sisa minuman yang
diminumnya kerana ia meminum dengan paruh bukannya lidah.

Walau bagaimanapun, sisa binatang buas tetap haram menurut istihsan


dan qiyas kerana ia minum dengan menggunakan lidah yang bercampur
dengan air liurnya yang najis. Menghukumkan suci pada sisa burung
helang adalah berasaskan qiyas yang khafi dan tersembunyi bukannya
qiyas yang jelas.

(f) Istihsan berasaskan Âurf


Hal ini berlaku pada masalah yang menjadi amalan dan kebiasaan
masyarakat dan ia pada zahirnya bertentangan dengan kaedah umum.

Contohnya, antara prinsip umum harta wakaf hendaklah ia suatu yang


bersifat kekal dan tetap. Berdasarkan prinsip ini, maka tidak harus
mewakafkan harta boleh alih, kerana ia menunjukkan tidak berkekalan. Imam
Muhammad bin al-Hasan dari mazhab Hanafi mengharuskan mewakafkan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (1)  133

apa sahaja yang menjadi kebiasaan dan kelaziman dalam masyarakat seperti
buku. Ia dibolehkan atas dasar istihsan berasaskan urf walaupun menyalahi
prinsip umum dan pegangan Imam Abu Hanifah sendiri.

SEMAK KENDIRI 8.2

Nyatakan jenis-jenis istihsan dengan memberikan contohnya.

8.3 PANDANGAN ULAMA TENTANG


KEHUJAHAN ISTIHSAN
Istihsan merupakan antara sumber hukum yang diperselisihkan kehujahannya.
Terdapat dua pandangan utama dalam menentukan kesahihan berpegang
kepada istihsan sebagai sumber hukum. Pandangan tersebut adalah seperti
dalam Rajah 8.2.

Rajah 8.2: Pandangan ulama tentang istihsan sebagai sumber hukum

(a) Golongan yang Menerima adalah Ulama Hanafi, Hanbali dan Maliki
Menurut mereka berpegang istihsan adalah melebihkan penggunaan qiyas
khafi dari qiyas jali atau memberatkan suatu qiyas dari qiyas lain yang
bertentangan kerana terdapat dalil lain yang menyokongnya. Hal ini pada
mereka adalah suatu yang diterima syarak kerana dengan mengambil
istihsan sebagai hujah syarak, ia bermakna meninggalkan perkara yang
sukar dan mengambil perkara yang lebih mudah dilakukan.

Perkara ini diakui sendiri oleh Allah s.w.t melalui beberapa firmanNya
seperti, firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 185 bermaksud: „Allah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 8 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (1)

menghendaki kepada kamu kesenangan dan tidak menghendaki kepada


kamu kesukaran⁄‰

Mereka juga berhujah dengan kenyataan Ibn MasÊud yang bermaksud:


„Sesuatu perkara yang orang-orang Islam memandangnya baik maka
perkara itu adalah baik di sisi Allah.‰ Lagipun beramal dengan istihsan
bukannya berasaskan neraca nafsu dan kehendak yang tidak terbimbing
bahkan dengan berpandukan dalil-dalil yang diperakui.

(b) Golongan Kedua Pula yang Terdiri Daripada Imam SyafiÊi, Ulama Zahiri,
Ulama MuÊtazilah dan Ulama SyiÊah
Mereka tidak mengakui istihsan sebagai hujah syarak. Imam SyafiÊi dalam
penolakan beliau terhadap kehujahan istihsan telah membuat tiga
kenyataan iaitu:
(i) „Sesiapa menghukum berdasarkan dalil istihsan maka dia telah
mensyariatkan hukum‰.
(ii) „Sesungguhnya istihsan adalah berlazat-lazat dan merupakan
perkataan yang dituturkan mengikut hawa nafsu. Oleh sebab itu,
istihsan tidak harus dijadikan dalil bagi hukum-hukum syarak‰.
(iii) „Istihsan adalah salah (batil)‰.
 
Mereka mengatakan bahawa sekiranya dibenarkan pengambilan hukum dengan
cara istihsan dalam perkara agama akan membuka peluang kepada bukan ahli
agama mengeluarkan hukum berasaskan apa yang dilihat baik pada mereka
sedangkan mereka tidak berkeahlian dalam hal tersebut.

Menurut mereka, asas istihsan adalah akal iaitu berdasarkan kepada apa yang
dikira baik oleh akal. Dalam keadaan ini, orang alim akan menyamai orang jahil.
Tiada beza antara mereka dalam penggunaan akal. Justeru itu, harus bagi orang
awam menetapkan hukum berdasarkan kepada apa yang dikira baik oleh akal
mereka. Keadaan ini tidak harus dengan ijmak ulama, maka begitulah juga tidak
harus bagi mujtahid beristihsan dengan akalnya.

Qiyas bermaksud „Menzahirkan persamaan sesuatu perkara yang tidak


ada nas tentang hukumnya kerana kedua-duanya mempunyai persamaan
pada Âillah atau sebab pada hukum‰.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (1)  135

8.4 DEFINISI AL-MASALIH AL-MURSALAH


Apakah yang dimaksudkan dengan al-Masalih al-Mursalah?

Al-Maslahah bermaksud satu keadaan yang boleh mendatangkan


manfaat atau menolak kemudaratan

Maka setiap perkara yang mengandungi manfaat ă sama ada dengan mencapai
faedah atau menjauhkan kemudaratan ă dikatakan maslahah.
 
Istilah al-masalih al-mursalah didefinisikan oleh para ulama sebagai kepentingan
yang tiada keterangan nas secara langsung sama ada memperakuinya atau
menolaknya.
 
Sebagaimana dimaklumi objektif yang ingin dicapai dalam penentuan hukum sama
ada menarik kebaikan atau menolak kemudaratan atau kedua-duanya sekali adalah
untuk kepentingan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Kepentingan tersebut
tidak terbatas, malah terus menerus berlaku dari semasa ke semasa. Sebagai contoh,
Khalifah ÂUthman Ibn Affan telah mengeluarkan fatwa mengenakan zakat ke atas
kuda walaupun ia tidak berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. Menurut beliau,
pada zaman Rasulullah s.a.w jumlah kuda adalah sedikit dan ia berperanan penting
dalam bidang peperangan; sedangkan pada zaman beliau, jumlah kuda semakin
meningkat dan telah dijadikan barang perniagaan. Oleh itu beliau telah
mengeluarkan fatwa supaya kuda dikenakan zakat berdasarkan kaedah al-masalih
al-mursalah. Ia tidak bersumberkan mana-mana nas yang khusus kerana zakat kuda
tidak disebutkan dalam mana-mana nas.
 
Contoh selanjutnya, para sahabat telah mengadakan penjara untuk
menempatkan orang-orang bersalah, mengecap mata wang sendiri dan lain-lain
lagi yang merupakan perkara-perkara berkepentingan umum, tetapi tidak
ditentukan hukumnya oleh syarak dengan mana-mana nas sama ada yang
menyuruh atau melarangnya.

SEMAK KENDIRI 8.3

Jelaskan maksud al-maslahah al-mursalah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 8 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (1)

8.5 JENIS-JENIS MASLAHAH


Para ulama telah membahagikan maslahah kepada beberapa pembahagian
berdasarkan asas pembahagian yang dilihat. Antara asas pembahagian yang
penting adalah seperti dalam Rajah 8.3.

Rajah 8.3: Jenis-jenis maslahah


 
(a) Berasaskan kekuatan maslahah
Berdasarkan asas ini, maslahah terbahagi kepada tiga, iaitu:
(i) Daruriyyah
(ii) Hajiyyah
(iii) Tahsiniyyah
 
(i) Maslahah Daruriyyah (Maslahah yang merupakan keperluan asasi)
Ia merupakan maslahah yang amat diperlukan oleh manusia secara
pasti dalam kehidupan mereka. Ia merujuk kepada pemeliharaan lima
perkara iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Tanpa maslahah
daruriyyah, kehidupan manusia akan menjadi binasa dan huru-hara.
Bagi memenuhi keperluan daruri ini, syarak telah menentukan
pelbagai hukum demi menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.

Sebagai contoh, penentuan hukum qisas diadakan demi menjaga


nyawa, penentuan kewajipan jihad dibuat demi menjaga agama dan
lain-lain ketentuan hukum lagi yang menyentuh bidang ibadat,
muamalat dan jenayah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (1)  137

(ii) Maslahah Hajiyyah (Maslahah yang dianggap sebagai keperluan bagi


mengelakkan kerumitan)
Ia merupakan maslahah yang diperlukan oleh manusia bagi
menghalang kerumitan serta kesusahan dari kehidupan mereka. Jika
maslahah ini tidak diambil kira, manusia akan mengalami kesulitan
dalam urusan mereka. Jika maslahah ini diabai kesannya tidak
sampai tahap seperti mana kesan ketiadaan maslahah asasi, bahkan
manusia akan mengalami kesulitan dalam urusannya.

Sebagai contoh, pensyariatan hukum-hukum rukhsah seperti jamak


dan qasar bagi orang yang sakit dan perempuan yang menyusukan
anak, kontrak pinjaman, jual beli secara tempahan dan sebagainya.
Keharusan perkara seumpama ini penting bagi menjaga keperluan
hidup manusia. Ia melibatkan bidang ibadat, adat, muamalat dan
jenayah.

(iii) Maslahah Tahsiniyyah (Maslahah yang diperlukan untuk keselesaan


hidup)
Maslahah jenis ini merupakan maslahah yang berkaitan dengan
kemuliaan akhlak, dan kesempurnaan adab dalam kehidupan
manusia. Ketiadaan maslahah ini tidak akan mencacatkan sistem
hidup mereka dan tidak juga menyusahkan mereka, cuma ia merujuk
kepada maslahah yang boleh memberikan keselesaan kepada mereka
untuk menjalani kehidupan.

Ia akan merangkumi bidang ibadat, adat, muamalat dan jenayah


seperti syariat bersuci, menjauhi pembaziran, bersedekah, berpuasa
sunat, larangan berjual beli barang-barang najis dan lain-lain. Dalam
jenayah, Islam melarang membunuh wanita dan kanak-kanak dalam
peperangan, mewajibkan penghormatan ke atas mayat dan lain-lain.
 
(b) Berasaskan Pengiktirafan Syarak
Berdasarkan aspek di atas, para ulama telah membahagikan maslahah
kepada tiga bahagian, iaitu:
(i) Maslahah yang Diterima (MuÊtabarah);
(ii) Maslahah yang Ditolak (Maslahah Mulghah); dan
(iii) Maslahah yang tidak diterima atau tidak ditolak (al-Masalih al-
Mursalah).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 8 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (1)

(i) Maslahah yang Diterima (Maslahah MuÊtabarah)


Maslahah ini merupakan maslahah yang diakui syarak melalui nas
yang memperakuinya sama ada dari al-Quran, al-Sunnah, ijmak atau
qiyas. Maslahah jenis ini boleh dijadikan hujah.

Sebagai contoh, semua hukum syarak ditentukan bagi memelihara


matlamat syarak yang lima iaitu agama, jiwa, akal, harta dan
keturunan. Jihad dan hukuman terhadap orang yang murtad
disyarakkan untuk memelihara tauhid dan agama.

Qisas pula disyarakkan bagi memelihara jiwa. Pengharaman arak dan


unsur-unsur yang memabukkan disyarakkan demi memelihara akal.
Mencuri diharamkan agar harta terpelihara. Manakala zina pula
diharamkan agar keturunan dipelihara.

(ii) Maslahah yang Ditolak (Maslahah Mulghah)


Maslahah ini merupakan maslahah yang tidak diterima oleh syarak
sebagai maslahah sekalipun ia dianggap maslahah oleh manusia dan
memberi manfaat kepada golongan tertentu. Penolakannya diketahui
melalui nas yang jelas.

Misalnya, tindakan yang diambil oleh seorang Kadi di Sepanyol yang


merupakan murid kepada Imam Malik bin Anas iaitu Yahya bin
Yahya al-Laythi. Beliau telah membuat fatwa berdasarkan maslahah
iaitu menghukumkan berpuasa dua bulan berturut-turut ke atas
seorang raja yang telah menyetubuhi isterinya di siang hari Ramadan
sebagai menggantikan hukuman memerdekakan hamba. Beliau
mengambil keputusan sedemikian memandangkan raja seorang yang
kaya-raya dan jika kafarah yang dikenakan ialah memerdekakan
hamba, maka hal tersebut tentu senang baginya dan tidak menjadikan
baginda serik untuk melakukan perbuatan tersebut.

Sekiranya hukum yang dikenakan ialah berpuasa dua bulan berturut-


turut, baginda mungkin tidak akan melakukan perbuatan itu kerana
yang sedemikian merupakan hukuman yang berat bagi beliau jika
dibandingkan dengan hukuman memerdekakan hamba.

Walau bagaimanapun, fatwa Kadi Yahya tersebut tidak boleh


diterima kerana bertentangan dengan nas syarak yang menyatakan
bahawa kafarah bagi orang yang bersetubuh dengan isterinya pada
siang hari di bulan Ramadan ialah memerdekakan hamba, jika tidak
berkemampuan, mereka hendaklah berpuasa selama dua bulan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (1)  139

berturut-turut dan jika tidak mampu, dikenakan kafarah memberi


makanan kepada orang miskin.

(iii) Maslahah yang Tidak Diterima atau Tidak Ditolak (Al-Masalih


Al-Mursalah)
Maslahah yang tidak diterima atau tidak ditolak merupakan maslahah
yang tidak diperkatakan oleh nas sama ada memperakuinya atau
membatalkannya.

Sebagai contoh, penubuhan penjara bagi para banduan. Tidak ada nas
syarak yang mensyariatkan hal tersebut, sebagaimana tidak juga
terdapat nas yang mengharamkannya namun padanya terdapat
maslahah. Perlu difahami bahawa al-masalih al-mursalah merujuk
kepada perkara yang menghasilkan manfaat dan menolak
kemudaratan. Maka segala peraturan dan undang-undang yang
memberi kebaikan kepada manusia diterima sebagai suatu yang
dilakukan berasaskan al-masalih al-mursalah.

Contoh pelaksanaan peraturan hidup berdasarkan al-masalih al-


mursalah pada masa ini seperti peraturan memiliki lesen memandu.
Dengan adanya peraturan ini, dapatlah menolak keburukan seperti
kemalangan jalan raya dan ini memberi kebaikan kepada manusia.

SEMAK KENDIRI 8.4

Nyatakan jenis-jenis maslahah berdasarkan dua asas utama


pembahagiannya dengan memberikan contoh.

8.5 PANDANGAN ULAMA TENTANG


KEHUJAHAN MARSALAH MUSLAHAH
Kebanyakan ulama berpendapat bahawa mengutamakan kepentingan
masyarakat merupakan suatu hujah yang boleh dijadikan dalil hukum. Dengan
ketiadaan nas, ijmaÊ, qiyas atau istihsan pada menyelesaikan sesuatu isu,
menyebabkan kepentingan umum boleh dipegang sebagai asas perhukuman.
Dalam membincangkan sejauh mana al-masalih al-mursalah boleh dijadikan
sumber hukum ia telah menyebabkan berlakunya perselisihan pandangan di
kalangan para ulama.
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 8 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (1)

Terdapat dua pandangan utama dalam menentukan kesahihan berpegang


kepada muslahah sebagai sumber hukum.

(a) Jumhur ulama yang terdiri daripada Imam Malik, Imam Abu Hanifah,
Imam SyafiÊi dan Imam Ahmad Ibn Hanbal berpendapat bahawa al-
masalih al-mursalah merupakan dalil yang boleh dijadikan sandaran
hukum berasaskan dalil-dalil seperti:

(i) Hukum yang diputuskan berdasarkan al-masalih al-mursalah boleh


mendatangkan kebaikan, lalu dianggap mendapat perakuan syarak
kerana kebaikan sentiasa menjadi tujuan utama syarak.

(ii) Kepentingan hidup manusia sentiasa bertambah dan tidak berhenti


dari semasa ke semasa. Jika tidak diadakan peraturan untuk
mengendalikannya, sudah tentu akan mengganggu kepentingan hidup
mereka, sedangkan hal seperti itu bertentangan dengan kehendak
syarak. Oleh itu beramal dengan al-maslahah al-mursalah akan boleh
memberi jaminan kepada kesejahteraan hidup masyarakat.

(iii) Para Sahabat dan TabiÊin sendiri telah menentukan hukum berasaskan
maslahah umum pada perkara yang tidak ada kenyataan yang jelas
daripada nas bagi menentukannya. Contohnya, Abu Bakar telah
mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan memerangi golongan yang
murtad dan enggan membayar zakat. Semuanya itu dilakukan semata-
mata untuk kepentingan masyarakat dan negara amnya, meskipun
tidak terdapat nas yang secara langsung boleh menjadi sandaran.

(b) Menurut Al-Qadi Abu Bakr, al-Ghazzali, al-Amidi, Ibn al-Hajib dan Ibn
Quddamah al-maslahah al-mursalah tidak boleh dijadikan dalil. Mereka
mengemukakan alasan bahawa penggunaan al-maslahah al-mursalah
sebagai dalil akan menyebabkan berlakunya perubahan hukum mengikut
perubahan masa, generasi dan tempat kerana berlainan maslahah. Keadaan
ini akan menimbulkan perubahan hukum yang keterlaluan dan tidak
konsisten dalam semua aspek kehidupan, berdasarkan dakwaan maslahah,
sedangkan ia hanya merupakan anggapan/sangkaan yang tidak kukuh.

AKTIVITI 8.2
1. Bezakan antara al-maslahah al-mursalah dengan istihsan.
2. Pada pandangan anda, apa kewajaran menjadikan al-maslahah
al-mursalah sebagai sumber hukum?
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (1)  141

8.6 DEFINISI AL-’URF


Apakah yang dimaksudkan dengan al-ÂUrf?

ÂUrf bermaksud perkara yang telah tetap berada dalam diri manusia dan
diterima baik oleh tabiat yang sempurna sama ada dalam bentuk
perkataan atau perbuatan

Dengan perkataan lain, Âurf merupakan perkara yang telah tetap dan sebati
dalam jiwa seseorang sehingga mereka merasa selesa dengannya. Lantaran ia
dilakukan berulang kali kerana dianggap baik oleh akal fikiran dan tidak
diingkarkan oleh mereka yang mempunyai perasaan yang sejahtera.

SEMAK KENDIRI 8.5

Jelaskan maksud Âurf.

8.6 JENIS-JENIS AL-’URF


ÂUrf terbahagi kepada enam jenis seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.4.

Rajah 8.4: Jenis-jenis Êurf


(a) ÂUrf Qawli
ÊUrf qawli, iaitu kebiasaan menggunakan perkataan tertentu bagi
menunjukkan kepada makna tertentu, seperti kebiasaan orang ramai tidak
menggunakan perkataan daging kepada ikan. Seperti juga orang Arab,

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 8 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (1)

menggunakan perkataan al-walad untuk dimaksudkan kepada anak lelaki


sahaja.

(b) ÂUrf ÂAmali


ÊUrf Êamali berlaku pada perbuatan tertentu, seperti berjual beli tanpa akad
oleh pembeli dan penjual atau salah seorang sahaja yang menzahirkan
ucapan akad dan lain-lain lagi tetapi akad dianggap sah. Seperti juga
perbuatan menghidangkan makanan kepada tetamu telah dianggap
keizinan kepada tetamu menjamahnya, memasuki rumah jiran yang
ditimpa kebakaran walau tanpa meminta izin.

(c) ÂUrf ÂAm


ÊUrf Êam, iaitu suatu adat resam yang dihayati oleh semua orang dari
berbagai-bagai peringkat dan lapisan masyarakat di seluruh negara atau di
seluruh negara Islam. Contohnya: perkataan „dabbah‰ dipakai pada
binatang yang berkaki empat sahaja, tidak kepada manusia; dan lafaz talak
digunakan bagi merungkaikan ikatan perkahwinan.

(d) ÂUrf Khas


ÊUrf khas, iaitu sesuatu yang menjadi kebiasaan kepada sebahagian
masyarakat atau negeri atau di kalangan ahli profesional atau golongan
tertentu seperti Âurf ahli perniagaan, pertanian, ahli bahasa dan sebagainya.
Termasuk dalam Âurf khas juga ialah lafaz-lafaz yang telah menjadi istilah
di kalangan para ulama dan profesional tertentu yang mana ia hanya
menjadi Âurf yang diterima di kalangan mereka.

(e) ÂUrf Sahih


ÂUrf sahih, iaitu Âurf yang tidak bercanggah dengan nas syarak, tidak
menghilangkan maslahah muÊtabarah, tidak membawa kepada kerosakan,
tidak menghalalkan yang haram dan tidak membatalkan yang wajib.
Contohnya, seperti kebiasaan melakukan akad tempahan (istisnaÊ) dan adat
menganggap pemberian pengantin lelaki kepada pengantin perempuan
seperti pakaian dan lain-lain sebagai hadiah yang tidak termasuk dalam
mas kahwin.

(f) ÂUrf fasid


ÂUrf fasid, iaitu adat yang berlawanan dengan nas syarak atau
menghalalkan yang haram atau membatalkan yang wajib atau
mendatangkan kemudaratan atau menolak kemaslahatan, seperti adat
berhutang dengan riba daripada individu atau institusi kewangan, adat
berjudi dan sebagainya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (1)  143

SEMAK KENDIRI 8.6

Nyatakan jenis-jenis Âurf dengan memberikan contohnya.

8.6 SYARAT PENGGUNAAN ’URF


Para ulama telah mensyaratkan beberapa perkara untuk membolehkan Âurf
digunakan dalam pembinaan hukum seperti:

(a) ÂUrf itu tidak berlawanan dengan nas syarak. Jika ia berlawanan dengan nas,
maka Âurf tersebut tidak boleh diamalkan seperti bermuÊamalah dengan riba,
menghidangkan arak di dalam majlis, pendedahan aurat dan sebagainya.

(b) ÂUrf itu telah diamalkan oleh masyarakat secara menyeluruh dan meluas,
walaupun ada yang tidak mengamalkannya jumlahnya amat sedikit.
Memadailah ia diamalkan oleh majoriti masyarakat.

(c) ÂUrf yang akan dirujuk dalam sesuatu tindakan itu telah wujud ketika hendak
dilakukan tindakan tersebut. Maksudnya, kewujudan Âurf telah mendahului
waktu tindakan dan berterusan sehingga berlakunya tindakan berkaitan.
Contohnya, amalan menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah
dianggap Âurf yang mesti dipatuhi dari dahulu hingga sekarang.

(d) Tidak wujud suatu perkataan atau perbuatan yang terang-terangan


menyalahi Âurf. Apabila kedua-dua pihak yang berakad bersetuju
mengenepikan Âurf maka persetujuan itu akan berkuatkuasa, kerana
keperluan merujuk kepada Âurf hanya ketika kedua-dua pihak yang berakad
diam atau tidak memperincikannya. Maka syarat yang telah dipersetujui
akan diikuti dan Âurf perlu diketepikan. Contohnya, pada Âurf kos
penghantaran perabot ditanggung oleh penjual tetapi penjual dan pembeli
boleh membuat persetujuan untuk tidak mengikut Âurf dengan menetapkan
kos tersebut ditanggung oleh pembeli. Maka persetujuan tersebut akan
terpakai pada mereka walaupun menyalahi Âurf semasa yang berlaku.

SEMAK KENDIRI 8.7

Huraikan syarat-syarat penggunaan Âurf.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 8 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (1)

 Jika dikaji pengertian istihsan pada istilah ulama Hanafi, Hanbali dan Maliki
nescaya didapati bahawa istihsan pada mereka adalah penentuan hukum
yang dibuat berdasarkan dalil-dalil syarak. Manakala istihsan pada istilah
Imam SyafiÊi adalah berlainan dengan istihsan pada istilah ketiga-tiga
mazhab di atas kerana istihsan pada Imam SyafiÊi adalah suatu yang tidak
berasaskan dalil yang boleh dijadikan pegangan. Penelitian kepada contoh-
contoh yang diberikan oleh ketiga-tiga mazhab tidak didapati satu pun
daripada contoh-contoh tersebut sunyi daripada dalil yang dipegang.
Sebagai rumusan boleh disebutkan bahawa jika pengertian istihsan yang
dipegang oleh ketiga-tiga Imam itu menjadi makna kepada istihsan di sisi
Imam SyafiÊI, nescaya beliau juga tidak akan menolaknya kerana ia adalah
suatu yang berasaskan dalil dan hujah yang diiktiraf di sisi syarak.

 Setelah dikaji dalil-dalil dalam perbincangan mengenai al-maslahah al-


mursalah, didapati bahawa mengambil dalil melalui al-maslahah al-mursalah
bukan merupakan penghukum yang tidak diiktiraf oleh syarak atau
menghukum mengikut hawa nafsu, tetapi ia pada hakikatnya terikat dengan
beberapa perkara:
(a) Maslahah tersebut hendaklah sesuai dengan objektif syarak.
(b) Maslahah tersebut hendaklah bertujuan mendatangkan kebaikan dan
menolak keburukan.
(c) Maslahah tersebut bertujuan menjaga kepentingan umum, bukan
golongan atau kumpulan tertentu.

 Pengambilkiraan Âurf sebagai sumber hukum merupakan suatu yang sangat


sesuai kerana ia tidak secara langsung meraikan amalan yang sudah sebati
berlaku dalam masyarakat. Demi mengelakkan berlaku kesulitan dalam
masyarakat, maka Âurf yang terpakai di kalangan mereka dibuat rujukan
dalam penentuan hukum.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (1)  145

ÂUrf IstisnaÊ
ÂUrf Âam Istithnai
ÂUrf Âamali Kulli
ÂUrf fasid Maslahah
ÂUrf khas MuÊamalah
ÂUrf qawli MuÊtabarah
ÂUrf sahih Mujtahid
Al-walad Mulghah
Daruriyyah Mursalah
Hajiyyah Qisas
Istihsan Qiyas jail
IstisnaÊ

Al-Zuhayli, Wahbah (1986). Usul al-Fiqh al-Islami. jld. 2, c. 1, Damsyiq: Dar al-Fikr, 
h. 735 – 914, bahagian 2: Sumber‐Sumber Hukum Yang Diperselisihkan.

Haji Hasan bin Haji Ahmad (1998). Usul al-Fiqh. c. 1, Puchong: D. G. Gemilang
Sdn. Bhd., h. 298 – 361. 

Khallaf, ÂAbd al-Wahhab (1978). ÂIlm Usul al-Fiqh. c. 12, Kuwait: Dar al-Qalam,
h. 79 – 93.

Muhammad al-SaÊid ÂAli ÂAbd Rabbih (1980). Buhuth fi al-Adillah al-Mukhtalaf


fiha Âind al-Usuliyyin. Kaherah: MatbaÊah al-SaÊadah, h. 5 ă 223.

YaÊqub IsmaÊil (1988). Usul al-Fiqh. c. 1, Kuala Lumpur: Pustaka Salam, h. 121 ă 146. 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Sumber Hukum
9 yang
Diperselisihkan
(2)

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan tiga sumber hukum Islam iaitu mazhab sahabat
(mazhab al-Sahabi), istishab dan sadd al-zariÊah;
2. Mengenal pasti jenis-jenis tiga sumber tersebut secara terperinci
berserta contohnya; dan
3. Menghuraikan pendapat ulama mengenai hujahan tiga sumber
tersebut berserta hujah masing-masing.

 PENGENALAN
Setelah kita melihat secara terperinci perbincangan mengenai tiga sumber yang
telah disentuh dalam Topik 8 yang lepas, pada kali ini kita akan meneruskan
perbincangan dengan menyentuh tiga lagi sumber lain iaitu Mazhab Sahabat,
Istishab dan Sadd al-ZariÊah. Perbincangan akan dilihat pada definisi, jenis dan
hujahan setiap sumber tersebut.
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (2)  147

9.1 DEFINISI MAZHAB AL SAHABI/ MAZHAB


SAHABAT
Sebelum membicarakan mengenai Mazhab Sahabat, terlebih dahulu kita perlu
mengetahui pengertian Sahabat mengikut pandangan ulama usul.
 
 
Sahabat bermaksud orang yang sempat menemui Nabi s.a.w, beriman dan
 
mendampingi Baginda dalam tempoh yang sesuai untuk dianggap
 
bersahabat serta mengambil ilmu daripada Baginda.
 
 
 
Mereka adalah seperti para Khalifah al-Rasyidun, isteri-isteri Nabi s.a.w, Abu
Hurayrah, ÂAbdullah bin MasÊud, ÂAbdullah bin ÂAbbas, Zayd bin Thabit dan
lain-lain lagi.

Istilah Mazhab Sahabat atau Mazhab al-Sahabi bermaksud pendapat seseorang


Sahabat di dalam masalah ijtihadiyyah yang tidak didapati sebarang rujukan
daripada al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Mazhab atau pendapat tersebut
dipindahkan kepada kita daripada seorang Sahabat dalam bentuk fatwa atau
hukuman.

SEMAK KENDIRI 9.1

Jelaskan maksud Mazhab Sahabat.

9.2 JENIS-JENIS MAZHAB SAHABAT


Ulama usul telah mengkategorikan Mazhab Sahabat kepada beberapa jenis
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 9 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (2)

Rajah 9.1: Jenis-jenis Mazhab Sahabat

(a) Mazhab Sahabat Dalam Masalah-masalah Ijtihadiyyah yang Telah


Disepakati
Mereka bersepakat mengatakan bahawa mazhab Sahabat dalam masalah
ijtihadiyyah dan mereka telah bersepakat mengenainya adalah suatu yang
menjadi hujah kerana ia dianggap sebagai ijmak.

(b) Mazhab Sahabat Dalam Masalah yang Mereka Mempunyai Perbezaan


Pandangan
Dalam hal ini mereka berpandangan bahawa ia tidak mengikat Sahabat
mujtahid yang lain kerana para Sahabat telah berijmak mereka harus
berlainan pendapat dalam berijtihad. Jika mazhab seseorang Sahabat
menjadi hujah kepada Sahabat yang lain, nescaya seseorang Sahabat itu
tidak harus berselisih pendapat dengan Sahabat yang lain.

(c) Mazhab Sahabat yang Tidak Diputuskan Melalui Pendapat dan Ijtihad
Para ulama usul fiqh seterusnya bersepakat mengatakan bahawa mazhab
Sahabat yang tidak diputuskan melalui pendapat dan ijtihad akan
dianggap sebagai hujah kerana ternyata mazhab yang seumpama ini
adalah suatu yang didengari daripada Rasulullah s.a.w dalam bentuk al-
Sunnah yang merupakan hujah syarak yang kuat. Sebagai contoh,
sesetengah Sahabat meriwayatkan daripada AÊisyah bahawa tempoh
maksimum kehamilan adalah dua tahun dan tempoh minimum haid
adalah tiga hari mengikut riwayat daripada Ibn MasÊud dan Anas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (2)  149

(d) Mazhab Sahabat yang Diputuskan Melalui Pendapat dan Ijtihad


Para ulama usul telah berselisih pendapat mengenai pandangan seseorang
Sahabat tentang hukum yang diputuskan terhadap sesuatu kes melalui
pendapat dan ijtihadnya sendiri. Adakah mazhab Sahabat yang seumpama
ini menjadi hujah kepada ahli-ahli mujtahid selepas mereka (iaitu dari
kalangan TabiÊin dan generasi selepasnya) sehingga tidak boleh sama sekali
menyalahi pandangan mereka? Perbincangan lanjut dalam hal ini akan
disebutkan kemudian.

SEMAK KENDIRI 9.2

Nyatakan jenis-jenis Mazhab Sahabat dengan memberikan contoh.

9.3 PANDANGAN ULAMA TENTANG


KEHUJAHAN SAHABAT
Para ulama tidak sepakat dalam menentukan kehujahan mazhab sahabat.
Terdapat dua pandangan utama dalam hal ini:
(a) Pendapat pertama yang melihat ianya sebagai hujah syarak.
(b) Pendapat kedua yang tidak melihatnya sebagai hujah yang mengikat.

9.3.1 Pendapat Pertama yang Melihat ianya Sebagai


Hujah Syarak
Pendapat pertama telah dipegang oleh mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali. Abu
Hanifah mengambil pendapat Sahabat sebagai hujah dan mendahulukannya dari
qiyas. Imam Ahmad meletakkan fatwa Sahabat di tangga kedua selepas al-
Sunnah al-Sahihah serta mendahulukannya berbanding hadith mursal dan
hadith daÊif.

Pandangan mereka ini bersandarkan kepada beberapa dalil. Antaranya:

(a) Ayat 110 dari surah Al- ÂImran, yang bermaksud: „Kamu adalah sebaik-
baik umat yang diutuskan kepada manusia, kamu menyuruh supaya
melakukan kebaikan dan melarang dari melakukan kemungkaran⁄‰

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 9 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (2)

Menurut mereka khitab ini ditujukan kepada para Sahabat. Ini


menunjukkan bahawa apa yang mereka suruh merupakan perkara yang
baik, sementara suruhan melakukan perkara yang baik wajib diterima.

(b) Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:


(i) „Sebaik-baik kurun ialah kurun yang aku hidup di dalamnya.‰
(ii) „Sahabatku umpama bintang, sesiapa sahaja yang kamu ikut bererti
kamu telah mendapat hidayah.‰
(iii) „Ikutilah dua orang yang selepasku iaitu Abu Bakr dan ÂUmar.‰
 
Hadis-hadis di atas menunjukkan wajib mengikut mazhab para sahabat.
 
(c) Logik akal juga memperkukuhkan hal tersebut kerana pendapat Sahabat
lazimnya merupakan hasil daripada apa yang didengari sendiri daripada
Rasulullah s.a.w kerana ketepatan mereka dalam mengeluarkan pendapat
ekoran dari berkat persahabatan mereka dengan Baginda. Apabila
seseorang Sahabat mengeluarkan pendapat yang bertentangan dengan
qiyas dan dia mempunyai sandaran, maka pendapat tersebut dianggap
kuat kerana ia berasaskan sandaran naqli. Sandaran naqli adalah hujah
yang wajib diikuti. Maka beramal dengan madhhab Sahabi bererti
mengutamakan khabar wahid berbanding qiyas.

9.3.2 Pendapat Kedua yang Tidak Melihatnya


Sebagai Hujah yang Mengikat
Pendapat kedua merupakan pendapat yang dipegang oleh Imam SyafiÊi dan
pengikutnya. Mereka menolak pendapat Sahabat untuk dijadikan hujah kecuali
pendapat yang seiring dengan al-QurÊan, al-Sunnah, al-IjmaÊ dan al-Qiyas.
Pandangan ini disandarkan kepada beberapa dalil. Antaranya:
 
(a) Ayat 2, Surah Al-Hasyr, yang bermaksud: „⁄ maka hendaklah kamu
mengambil pengiktibaran, wahai orang-orang yang mempunyai mata
hati.‰ Allah s.w.t memerintahkan orang-orang yang mempunyai mata hati
agar mengambil pengiktibaran iaitu supaya mereka berijtihad. Suruhan
berijtihad bererti menafikan taqlid kerana ijtihad bermaksud kajian
menggunakan dalil, manakala taqlid bermaksud mengambil pendapat
orang lain tanpa bersandarkan kepada dalil. Jika Mazhab Sahabat wajib
diikuti nescaya wajib mendahulukannya dari qiyas kerana Mazhab Sahabat
bergantung pada naqal/riwayat dan didengari daripada Nabi s.a.w.
Perkara yang bergantung pada naqal sepatutnya didahulukan dari qiyas,
tetapi nyata qiyas diutamakan oleh para ulama dalam pendalilan hukum

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (2)  151

berbanding Mazhab Sahabat, kerana qiyas berada pada tempat yang


keempat selepas al-QurÊan, al-Sunnah dan al-IjmaÊ.

(b) Al-IjmaÊ: Lagi pun para Sahabat telah sepakat bahawa setiap individu
harus berlainan pendapat dengan individu lain. Kalau pendapat seseorang
dari kalangan mereka dijadikan hujah, nescaya setiap individu wajib
mengikut pendapat orang lain. Ekorannya berlaku penolakan pada
individu yang berlainan pendapat.

(c) Logik Akal: Setiap Sahabat adalah ahli ijtihad dan seseorang mujtahid
berkemungkinan melakukan kesilapan. Maka tidak wajib ke atas TabiÊin
yang bertaraf mujtahid dan generasi yang selepas mereka mengamalkan
Mazhab Sahabat. Perkara yang diriwayatkan daripada para sahabat tidak
meningkat ke martabat khabar marfuÊ. Justeru itu, pendapatnya tidak boleh
diutamakan daripada qiyas kerana pendapat tersebut boleh berlaku
kesilapan.

(d) Pengakuan Sahabat Terhadap TabiÊin: Para Sahabat sendiri mengakui


ijtihad TabiÊin yang berbeza pandangan dengan mereka. Jika pendapat
Sahabat menjadi hujah kepada orang lain, nescaya TabiÊin tidak berpeluang
untuk berijtihad dan Sahabat akan mengingkari pendapat TabiÊin yang
berlainan dengan pendapatnya. Sebagai contoh, ÂAli r.a. telah mengangkat
kes baju besinya yang berada di tangan seorang Yahudi kepada Syurayh
yang dilantik oleh ÂUmar al-Khattab menjadi kadi. Syurayh telah berlainan
pendapat dengan ÂAli dengan menolak penyaksian Hasan kerana ada
hubungan qarabah, sedangkan ÂAli berpendapat anak harus menjadi saksi
kepada bapa.

AKTIVITI 9.1
Beri komen anda terhadap perbezaan pandangan para ulama pada
kehujahan Mazhab Sahabat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 9 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (2)

9.4 DEFINISI AL-ISTISHAB


Apakah yang dimaksudkan dengan al-Istishab?

Istishab secara istilah bermaksud melanjutkan hukum yang telah sedia


ada dan kerana sesuatu dalil, sehingga wujud dalil lain yang mengubah
kedudukan hukum tersebut. Dengan perkataan lain, istishab bermaksud
suatu perkara dihukumkan ada pada zaman kedua berdasarkan
kewujudannya pada zaman pertama sehingga wujud dalil lain yang
mengubah kedudukan hukum tersebut.

Ini bermakna bahawa istishab merupakan suatu keputusan yang dibuat oleh
ulama mujtahidin terhadap suatu perkara yang telah dikaji selepas tidak
dijumpai dalil yang boleh mengubah hukumnya. Justeru itu, ulama mujtahidin
telah mengekalkan hukum tersebut kerana tiada dalil yang dapat mengubahnya.

Sebagai contoh, seseorang mendakwa hak milik ke atas sesuatu barang dengan
keterangan bahawa barang itu telah dibelinya. Dalil istishab boleh digunakan
dengan menghukumkan kekalnya hak milik tersebut selagi tiada suatu bukti
yang menunjukkan hak milik itu telah berpindah kepada orang lain. Seorang
perempuan yang telah berkahwin dihukumkan berkekalan dalam keadaan
bersuami selagi tiada bukti suami telah menceraikannya.

SEMAK KENDIRI 9.3

Jelaskan maksud istishab

9.5 JENIS-JENIS ISTISHAB


Istishab boleh berlaku dalam lima jenis, iaitu:
(a) Al-Ibahah al-Asliyyah;
(b) Al-BaraÊah al-Asliyyah atau al-ÂAdam al-Asli;
(c) Istishab sesuatu yang telah dihukumkan oleh akal dan syarak;
(d) Istishab sabitnya sesuatu hukum secara umum sebelum datang dalil yang
mengkhususkan, mengecualikan dan membatalkan; dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (2)  153

(e) Istishab hukum yang sabit melalui ijmak dalam perkara yang
diperselisihkan oleh para ulama.

9.5.1 Al-Ibahah al-Asliyyah


Al-Ibahah al-Asliyyah yang bererti asal sesuatu perkara adalah harus. Ia
bermaksud memakai hukum harus sebagai hukum asal bagi suatu perkara yang
tidak ada keterangan daripada syarak sama ada halal atau haram. Sebagai
contoh, sebarang makanan atau minuman akan kekal harus sebagai hukum asal,
selagi tiada dalil yang mengubahnya.

9.5.2 Al-Bara’ah al-Asliyyah atau al-‘Adam al-Asli


Al-BaraÊah al-Asliyyah atau al-ÂAdam al-Asli yang bererti mengekalkan keadaan
bahawa suatu perkara tidak ada sebarang beban hukum kerana tiada keterangan
daripada syarak. Maksudnya seseorang mukalaf tidak dibebankan dengan
tuntutan syarak sehingga ada dalil yang menentukannya. Contohnya, tidak
wajib berpuasa pada bulan Syaaban dan Syawal kerana tiada dalil yang
menunjukkan wajib. Begitu juga tidak wajib solat yang keenam pada setiap hari.

9.5.3 Istishab sesuatu yang telah Dihukumkan oleh


Akal dan Syarak
Istishab sesuatu yang telah dihukumkan oleh akal dan syarak iaitu mengekalkan
hukum yang telah ditentukan oleh akal dan syarak. Sebagai contoh, seorang
yang yakin dirinya berwuduk kemudian mengesyaki terbatal wuduknya, dia
masih dikekalkan berwuduk berdasarkan istishab kepada hukum yang
terdahulu kerana sabitnya wuduk berlaku dengan yakin. Sesuatu yang diyakini
tidak boleh dihindarkan dengan syak.

9.5.4 Istishab Sabitnya Sesuatu Hukum Secara Umum


Sebelum Datang Dalil yang Mengkhususkan,
Mengecualikan dan Membatalkan
Istishab sabitnya sesuatu hukum secara umum sebelum datang dalil yang
mengkhususkan, mengecualikan dan membatalkan. Ia bermaksud mengekalkan
hukum syarak yang telah sedia ada dalilnya sehingga ada dalil lain yang
mengecualikannya atau mengekalkan hukum nas sehingga datang dalil yang
menasakhkannya atau membatalkannya. Contohnya, seseorang yang telah
berkahwin dengan sah akan dihukumkan masih kekal sebagai suami dan isteri
sehingga terdapat dalil yang mengubahnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 9 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (2)

9.5.5 Istishab Hukum yang Sabit Melalui Ijmak Dalam


Perkara yang Diperselisihkan oleh Para Ulama
Istishab hukum yang sabit melalui ijmak dalam perkara yang diperselisihkan
oleh para ulama ialah apabila para mujtahid sepakat menetapkan suatu hukum
pada suatu keadaan, hukum tersebut akan berterusan. Jika kemudiannya sifat
perkara yang disepakati tersebut telah berubah, maka mereka berselisih
pendapat dalam menentukan hukum pada perkara tersebut.

Sebagai contoh, para fuqaha telah bersepakat sahnya solat orang yang
bertayammum ketika ketiadaan air jika dia boleh menyudahkan solatnya
sebelum melihat air. Persoalan yang timbul ialah apa hukumnya solat beliau jika
dilihat air ketika sedang bersolat? Adakah batal solatnya dan dia perlu
mengulanginya dengan berwuduk ataupun tidak? Dalam keadaan ini, terdapat
dua pendapat ulama iaitu:
(a) Al-SyafiÊi dan Malik mengatakan solat tersebut tidak batal dan boleh
diteruskan dengan alasan beristishab kepada ijmak yang mengesahkan
permulaan solat.
(b) Abu Hanifah dan Ahmad berpendapat bahawa solatnya batal dengan
alasan ijmak semasa ketiadaan air tidak sama dengan ijmak semasa
wujudnya air.

SEMAK KENDIRI 9.4

Nyatakan jenis-jenis istishab dengan memberikan contohnya.

9.6 KAEDAH FIQH YANG BERSUMBERKAN


ISTISHAB
Para fuqaha telah membina beberapa kaedah fiqh yang disandarkan kepada
sumber istishab, iaitu:
(a) Inna al-Asl BaqaÊ ma Kana Âala Ma Kana Hatta Yathbut ma Yughayyiruh;
(b) Al-Asl fi al-AsyyaÊ al-Ibahah;
(c) Al-Asl fi al-Dhimmah al-BaraÊah min al-Takalif wa al-Huquq; dan
(d) Al-Yaqin la Yuzal bi al-Syak.
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (2)  155

9.6.1 Inna al-Asl Baqa’ ma Kana ‘ala Ma Kana Hatta


Yathbut ma Yughayyiruh
Kaedah ini bermaksud: „Sesuatu perkara akan kekal sebagaimana asalnya,
sehingga datang dalil yang mengubah.‰ Sebagai contoh, orang yang hilang akan
dihukumkan masih hidup sehingga datang dalil yang menunjukkan dia telah
meninggal dunia kerana asalnya dia masih hidup. Oleh itu, hartanya tidak boleh
diwariskan dan hartanya yang layak diwarisi daripada orang lain hendaklah
ditangguhkan sehingga ternyata dia masih hidup atau telah meninggal dunia
kerana syarat pewarisan harta ialah waris mesti hidup ketika kematian pewaris.

9.6.2 Al-Asl fi al-Asyya’ al-Ibahah


Kaedah ini bermaksud: „Asal pada setiap perkara itu adalah harus.‰ Berasaskan
kepada kaedah ini, dihukumkan setiap akad itu sah selagi tidak datang dalil
syarak yang menunjukkan batalnya. Begitu juga setiap perkara yang tidak ada
dalil syarak yang menerangkan haramnya, maka perkara tersebut adalah harus;
lalu orang yang melakukannya tidak dicela atau dikeji.

9.6.3 Al-Asl fi al-Dhimmah al-Bara’ah min al-Takalif


wa al-Huquq
Kaedah ini bermaksud: „Pada asalnya seseorang tidak dipertanggungjawabkan
dengan sebarang taklif atau hak.‰ Oleh itu, tidak harus dipertanggungjawabkan
sesuatu perkara kepada seseorang kecuali dengan adanya dalil. Begitu juga
ketika penafian atau menidakkan sesuatu perkara, tidak perlu kepada dalil
kerana keadaan ini adalah keadaan asal.

9.6.4 Al-Yaqin la Yuzal bi al-Syak


Kaedah ini bermaksud: „Sesuatu yang yakin tidak boleh dihilangkan dengan
syak.‰ Contohnya, sesiapa yang yakin dia berwuduk, kemudian dia merasa syak
berhadas, dia dihukumkan kekal berwuduk. Contoh kedua, sesiapa yang makan
pada akhir malam, kemudian dia merasa syak bahawa telah terbit fajar,
puasanya dihukumkan sah kerana pada asalnya malam masih ada. Malam
adalah suatu yang diyakini dan fajar adalah suatu yang disyaki sahaja.

SEMAK KENDIRI 9.5

Huraikan dengan terperinci kaedah-kaedah fiqh yang bersandarkan


kepada istishab.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 9 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (2)

9.7 DEFINISI SADD AL-ZARI’AH


Jadual 9.1 menerangkan maksud sadd al-zariÊah dari segi bahasa dan istilah.

Jadual 9.1: Definisi Sadd al-ZariÊah dari Segi Bahasa dan Istilah

Bahasa Sadd al-ZariÊah berasal dari perkataan sadd (‫ )ﺳﺪ‬dan al-zariÊah


(‫)اﻟﺬرﻳﻌﺔ‬. Dari segi bahasa, sadd memberi makna sekat, sumbat,
halang dan tutup, seperti menutup lubang, menyumbat yang
sumbing, menyekat anak sungai dan seumpamanya. Manakala
perkataan al-zariÊah memberi erti jalan (al-wasilah), atau sebab
berlakunya sesuatu. Ia memberi maksud jalan yang menyampaikan
kepada sesuatu sama ada baik atau buruk.
Istilah Al-zariÊah secara istilah bermaksud penyampai kepada sesuatu yang
ditegah kerana membawa kerosakan seperti memandang aurat bukan
mahram yang mendorong kepada berlakunya zina. Maka tegahan
melihat merupakan sadd al-zariÊah. Mengikut al-Qarrafi, sadd
al-zariÊah ialah menghentikan jalan-jalan yang pada kebiasaannya
menuju kerosakan.

Sebagai rumusannya, segala perbuatan yang boleh membawa ke arah mafsadah


atau kerosakan, sama ada secara langsung atau tidak ditegah dalam syariat
Islam. Manakala mafsadah tersebut terbahagi kepada beberapa tahap, iaitu:
 
(a) Apa yang ditegah nyata membawa mafsadah secara mutlak kepada
masyarakat
Seperti minum arak, merosakkan harta orang lain dan lain-lain yang telah
diharamkan secara ijmak oleh para ulama.

(b) Perkara haram dipergunakan untuk mencapai maksud yang harus


Contohnya, mencuri harta orang lain untuk diberikan sedekah kepada
orang-orang miskin.

(c) Perkara yang ada mafsadah, namun sudut kemaslahatannya lebih menonjol
Mudarat yang khusus ditanggung untuk menolak mudarat yang umum.
Contohnya, dihalalkan memakan bangkai dan melakukan perkara yang
diharamkan sekadar yang mesti untuk menolak kemudaratan.

(d) Perkara yang mempunyai unsur maslahah, namun unsur mafsadahnya


lebih menonjol
Contohnya, sesiapa yang menggunakan hartanya untuk mendapatkan
keuntungan, tetapi tindakannya itu pasti mendatangkan mudarat kepada

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (2)  157

orang lain, maka dia dilarang daripada melakukannya kerana


mafsadahnya lebih menonjol.

SEMAK KENDIRI 9.6

Jelaskan maksud sadd al-zariÊah.

9.8 ASAS PEMBENTUKAN SADD AL-ZARI’AH


Secara umum, perbahasan mengenai sadd al-zariÊah adalah bertolak dari dua
perkara utama, iaitu:
 
(a) Penelitian terhadap faktor pendorong yang menyebabkan seseorang
melakukan sesuatu sama ada ia berhasrat untuk mencapai natijah yang
halal atau yang haram
Dengan melihat kepada faktor pendorong kepada sesuatu perbuatan
seperti seorang yang melakukan suatu kontrak bukan untuk mencapai
maksud sebenar kontrak tersebut. Misalnya, nikah muhallil yang berhasrat
untuk menghalalkan bekas suami kembali kepada bekas isterinya bukan
dengan niat untuk berada dalam ikatan perkehwinan biasa.

Pelaku kontrak dalam hal ini dianggap berdosa kerana mempunyai hasrat
yang tidak murni walaupun zahirnya akad tersebut sah, kecuali jika dapat
dibuktikan secara jelas hasrat yang tidak murni tadi. Oleh itu, penelitian
kepada niat dan faktor pendorong boleh menyebabkan si pelaku berdosa
atau tidak di sisi Allah.

(b) Penelitian terhadap natijah dan kesan kepada sesuatu perbuatan tanpa
dilihat apa faktor pendorongnya atau niat pelakunya
Jika natijahnya membawa kebaikan maka ia dituntut; sebaliknya jika
membawa kerosakan maka ia ditegah. Jika pelaku berniat baik, namun
natijah perbuatannya boleh memudaratkan maka perbuatan tersebut
ditegah kerana natijahnya yang merosakkan.
 
Oleh itu niat menjadi neraca seseorang akan dianggap berdosa atau tidak di sisi
Allah. Dengan natijah pula sesuatu perbuatan dihukumkan boleh atau tidak
dilakukan di dunia kerana kebaikan dan maslahah menjadi neraca kepada
kesejahteraan hidup manusia di dunia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 9 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (2)

Yang diambil kira dalam sadd al-zariÊah adalah penelitian kepada natijah
terakhir kepada sesuatu perbuatan jika natijah kerosakan yang akan lahir dari
suatu perbuatan diniatkan oleh pelakunya. Begitulah sebaliknya, jika suatu
perbuatan baik dan diniatkan untuk kebaikan tetapi boleh membawa natijah
kerosakan, akan turut dihalang dan dilarang melakukannya.

SEMAK KENDIRI 9.7

Nyatakan dengan jelas asas pembentukan sadd al-zariÊah.

9.9 PANDANGAN ULAMA TENTANG


KEHUJAHAN SADD AL-ZARI’AH
Mengambil sadd al-zariÊah sebagai sumber hukum telah diperselisihkan di
kalangan para ulama, iaitu:
(a) Imam Malik dan Imam Ahmad mengakui bahawa sadd al-zariÊah boleh
dibuat hujah atau dalil hukum syarak.
(b) Imam Abu Hanifah dan Imam SyafiÊi pada zahirnya tidak mengakui sadd
al-zariÊah sebagai hujah atau dalil hukum syarak.
 
Imam Malik sering menggunakan sumber sadd al-zariÊah sebagai dalil hukum
dan penggunaan tersebut diikuti oleh Imam Ahmad. Al-Syatibi ulama Mazhab
Maliki mengatakan bahawa: „Melihat kepada hasil sesuatu perbuatan menjadi
objektif syarak.‰

Seterusnya di dalam kitab Tabsirat al-Hukkam beliau menegaskan bahawa:


„Apabila sesuatu perbuatan yang tidak mempunyai unsur keburukan tetapi
boleh menjadi jalan kepada berlakunya keburukan, maka kami menegah
melakukan perbuatan itu.‰

Manakala Ibn Qayyim ahli usul bermazhab Hanbali mengatakan bahawa: „Hukum-
hukum yang ditetapkan melalui sadd al-zariÊah merangkumi satu perempat
agama.‰ Di dalam kitab IÊlam al-MuwaqqiÊin, beliau menegaskan bahawa: „Bab
sadd al-zariÊah berjumlah satu per empat daripada keseluruhan taklif.‰

Taklif terbahagi kepada dua jenis, iaitu suruhan dan tegahan. Suruhan terbahagi
kepada dua jenis iaitu pertama, suruhan itu sendiri sebagai objektif syarak dan
kedua, suruhan itu sebagai jalan untuk mencapai objektif tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (2)  159

Tegahan juga terbahagi kepada dua jenis. Pertama, tegahan terhadap perkara
yang mengandungi keburukan atau kerosakan. Kedua, tegahan kepada perkara
yang dianggap sebagai jalan ke arah berlakunya kerosakan. Maka, sadd
al-zariÊah yang menjurus kepada haram membentuk satu per empat agama.

Penelitian kepada buku-buku usul mazhab Abu Hanifah dan Imam SyafiÊi, tidak
menunjukkan sebarang kenyataan langsung tentang pendapat mereka mengenai
sadd al-zariÊah.

Seterusnya al-Syatibi membuat kesimpulan bahawa secara umumnya al-SyafiÊi


pernah membuat kesimpulan hukum melalui sadd al-zariÊah. Buktinya, dia
menghukumkan harus meninggalkan korban sebagai suatu pemberitahuan
bahawa korban itu tidak wajib. Dalam perkara ini, tidak ada dalil yang jelas dari
al-Quran atau al-Sunnah, cuma merupakan amalan sekumpulan Sahabat sahaja.

Al-Syatibi juga mengatakan bahawa Abu Hanifah dalam satu kenyataannya


mengharuskan hilah dalam urusan jualan bertangguh. Kenyataan ini tidak
bererti dia tidak beramal dengan sadd al-zariÊah, bahkan dia bersepakat dengan
Imam Malik dalam beramal dengan sadd al-zariÊah dalam urusan jualan
bertangguh. Justeru itu, tidak ada lagi kesangsian bahawa mereka berhujah
dengan sadd al-zariÊah.

Daripada kenyataan al-Syatibi di atas, disimpulkan bahawa sadd al-zariÊah


merupakan satu kaedah yang disepakati dan diakui oleh imam-imam yang empat.

AKTIVITI 9.3
Berikan ulasan anda tentang kepentingan dan kewajaran
menjadikan sadd al-zariÊah sebagai sumber hukum.

 Mazhab Sahabat, Istishab dan Sadd al-ZariÊah merupakan sumber


diperselisihkan hujahannya di kalangan para ulama

 Mazhab sahabat terbahagi kepada empat. Setiap satunya mempunyai tahap


kehujahan yang berbeza. Meskipun demikian Mazhab Sahabat mempunyai
kekuatan tersendiri kerana ia lazimnya suatu yang terhasil dari petunjuk
Baginda. Cuma Mazhab Sahabat yang dihasilkan melalui ijtihad tidak boleh
dijadikan dalil syarak yang mutlak kerana seseorang sahabat mungkin
tersilap dalam mengeluarkan pendapatnya dan tiada bukti bahawa para

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 9 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (2)

Sahabat mewajibkan orang lain mengikut pendapat mereka. Martabat


persahabatan dengan Rasulullah s.a.w sekalipun berada pada peringkat yang
sangat mulia, tidak menjadikan pemiliknya maÊsum (terpelihara) daripada
melakukan kesalahan.

 Istishab bermaksud suatu perkara dihukumkan ada pada zaman kedua


berdasarkan kewujudannya pada zaman pertama sehingga wujud dalil lain
yang mengubah kedudukan hukum tersebut.

 Istishab boleh berlaku dalam lima jenis. Daripadanya lahir lima kaedah fiqh
yang sangat berkepentingan dalam penentuan hukum.

 Sadd al-zariÊah ialah menghentikan jalan-jalan yang pada kebiasaannya


menuju kerosakan.

 Perbincangan mengenai sadd al-zariÊah berhubungan dengan persoalan


mafsadah. Pengharamannya diukur mengikut tahap mafsadah yang terhasil.

 Yang diambil kira dalam sadd al-zariÊah adalah penelitian kepada natijah
terakhir kepada sesuatu perbuatan jika natijah kerosakan yang akan lahir
dari suatu perbuatan diniatkan oleh pelakunya. Begitulah sebaliknya, jika
suatu perbuatan baik dan diniatkan untuk kebaikan tetapi boleh membawa
natijah kerosakan akan turut dihalang dan dilarang melakukannya.

Al-ÂAdam al-Asli Khabar wahid


Al-BaraÊah al-Asliyyah MaÊsum
Al-Ibahah al-Asliyyah Maqasid
Al-Sunnah al-Sahihah Mazhab sahabat
Fidyah Mukallaf
Hadith daÊif Naqli
Hadith mursal Nasakh
Ijtihadiyyah Qarabah
Ikhtilaf Sadd al-zariÊah
Istishab Taqlid
Khabar marfuÊ Wasilah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN (2)  161

ÂAli Hasaballah (1976). Usul al-TasyriÊ al-Islami. Kaherah: Dar al-MaÊarif,


h. 169 ă 209.

Al-Zuhayli, Wahbah (1986). Usul al-Fiqh al-Islami. jld. 2, c. 1, Damsyiq: Dar


al-Fikr,  h.  735  –  914,  bahagian  2:  Sumber‐Sumber  Hukum  Yang 
Diperselisihkan.

Haji Hasan bin Haji Ahmad (1998). Usul al-Fiqh. c. 1, Puchong: D. G. Gemilang
Sdn. Bhd., h. 298 ă 361.

Khallaf, ÂAbd al-Wahhab (1978). ÂIlm Usul al-Fiqh. c. 12, Kuwait: Dar al-Qalam,
h. 79 – 93.

Muhammad al-SaÊid ÂAli ÂAbd Rabbih (1980). Buhuth fi al-Adillah al-Mukhtalaf


fiha Âind al-Usuliyyi., Kaherah: MatbaÊah al-SaÊadah, h. 5 ă 223.

YaÊqub IsmaÊil (1988). Usul al-Fiqh. c. 1, Kuala Lumpur: Pustaka Salam, h. 121 ă146. 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengaruh Masa
10 dan Tempat
Terhadap
Hukum Islam
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep perubahan sesetengah hukum akibat
dipengaruhi perubahan masa dan tempat yang diiktiraf dalam
syarak;
2. Menjelaskan pengertian al-BuÊd al-Zamani dan al-BuÊd al-Makani;
dan
3. Menghuraikan sejauhmana pengaruh masa dan tempat terhadap
penafsiran hukum dalam nas-nas al-Quran dan Sunnah Rasulullah
s.a.w.

 PENGENALAN
Dalam pengajian metodologi hukum, anda sewajarnya sudah menyedari bahawa
bentuk hukum Islam adalah dua, iaitu hukum yang tidak boleh ditakwilkan dan
hukum yang masih menerima pentakwilan. Pembahagian ini timbul disebabkan
perbezaan status thubut dan dalalah bagi dalil yang menjadi sandaran sesuatu
hukum seperti yang telah dibincangkan dalam Topik 6 sebelum ini. Jika
dibandingkan di antara kedua-dua bentuk hukum di atas, bentuk hukum yang
boleh ditakwilkan adalah lebih banyak. Faktor inilah menyebabkan hukum Islam
sentiasa berkembang mengikut perkembangan realiti dan perubahan masa serta
tempat. Fakta ini sebenarnya tidak asing kerana syariat Islam itu sendiri
sememangnya bersifat komprehensif dan sesuai sepanjang zaman.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 PENGARUH MASA DAN TEMPAT TERHADAP HUKUM ISLAM  163

Namun demikian, anda perlu memahami bahawa prinsip syariat dan dalil-dalil
hukumnya seperti al-Quran dan Sunnah adalah bersifat muqaddas di mana ia
tidak boleh dikritik mahupun berubah mengikut apa jua perubahan. Sebaliknya,
perubahan atau perbezaan yang berlaku dalam hukum Islam hanyalah
disebabkan perbezaan dalam penafsiran terhadap sesetengah kandungan dalam
kedua-dua sumber hukum di atas. Sehubungan dengan ini, para ulama telah
menggubal satu kaedah fiqh yang selaras dengan kenyataan di atas iaitu,
„hukum (fatwa) berubah akibat perubahan masa dan tempat (suasana).‰ Kaedah
ini menjelaskan betapa hukum Islam mempunyai fleksibiliti disebabkan
keupayaannya untuk berubah apabila aplikasinya tidak lagi sesuai dengan
maqasid al-SyariÊah diihat kepada perubahan masa dan juga tempat.

10.1 KONSEP PERUBAHAN HUKUM AKIBAT


DIPENGARUHI MASA DAN TEMPAT
Konsep perubahan hukum akibat perubahan masa dan tempat, banyak disentuh
dalam perbincangan ulama berkenaan Âurf seperti yang telah dihuraikan dalam
Topik 8.

Secara ringkasnya, Âurf bermaksud nilai semasa atau setempat yang kerap
dilakukan oleh sesebuah masyarakat atau sesetengah golongan sehingga
menyebabkan perkara tersebut perlu diambil kira dalam penentuan
hukum syarak.

 
Dengan lain perkataan, Âurf bukanlah penentu sebenar kepada hukum, tetapi
sebaliknya ia berperanan sebagai garis panduan dalam penentuan hukum agar ia
benar-benar dapat menjamin kemaslahatan manusia.

Sebagai contoh, hukum memasuki tandas awam dengan kadar bayaran tetap
adalah harus sekalipun amalan ini pada zahirnya bercanggah dengan kaedah
umum dalam Islam iaitu kemungkinan berlaku gharar padanya.

Gharar yang dimaksudkan adalah merujuk kepada kekaburan dalam


penentuan kadar penggunaan air serta tempoh masa berada di dalam
tandas awam yang kadangkalanya tidak sepadan dengan kadar bayaran
tetap yang telah dikenakan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 10 PENGARUH MASA DAN TEMPAT TERHADAP HUKUM ISLAM

Namun demikian, para ulama telah bersepakat mengharuskan amalan ini


berdasarkan kaedah masalih mursalah demi mengelak kesulitan yang bakal
ditanggung oleh masyarakat awam jika ia tidak dilaksanakan. Tambahan pula, ia
telah menjadi suatu kebiasaan atau Âurf dalam masyarakat dan telah diamalkan
secara baik tanpa menimbulkan sebarang masalah.

Secara kesimpulannya, para ulama menyenaraikan beberapa syarat terhadap ‘urf


yang boleh diambil kira dalam penentuan hukum, iaitu: 
(a) Ia tidak bercanggah dengan mana-mana nas atau prinsip syarak yang jelas
(qatÊi);
(b) Ia merupakan amalan kebiasaan yang diamalkan secara meluas oleh semua
ahli masyarakat (Âurf muttarid) atau sebahagian besar daripada mereka
(Âurf ghalib);
(c) Ia sudah wujud dan diamalkan semasa berlakunya sesuatu kontrak; dan
(d) Tidak wujud sebarang bukti (tasrih) yang menyanggah kewujudannya.

Sehubungan dengan ini, para ulama juga telah menyimpulkan beberapa kaedah
utama yang menyentuh perubahan hukum akibat perubahan masa dan tempat.
Jadual 10.1 menerangkan kaedah-kaedah tersebut.

Jadual 10.1: Kaedah Utama yang Menyentuh Perubahan Hukum


Akibat Perubahan Masa dan Tempat

(a) Al-ÂAdah Muhakkamah yang bermaksud adat kebiasaan (sesebuah


masyarakat) dijadikan (sebagai garis panduan dalam) penentuan hukum;

(b) Ma raÊahu al-muslimun hasanan fa huwa Âind Allah hasan yang


bermaksud (kebanyakan) perkara yang dianggap oleh umat Islam sebagai
baik maka ia (hukumnya) di sisi Allah (juga) baik;

(c) La yunkar taghayyur al-hukm bi taghayyur al-zaman wa al-makan yang


bermaksud tidak boleh dinafikan perubahan hukum akibat perubahan
masa dan tempat;

(d) Al-MaÊruf Âurfan ka al-Masyrut Syartan yang bermaksud perkara yang


telah diterima menerusi Âurf adalah sama seperti perkara yang telah
dipersetujui secara syarat; dan

(e) Al-ÂIbrah li al-ghalib al-SyaÊiÊ la li al-nadir yang bermaksud penentuan hukum


(berdasarkan Âurf) hendaklah berdasarkan perkara yang biasa (dilakukan)
secara meluas dan bukannya perkara yang jarang-jarang (berlaku).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENGARUH MASA DAN TEMPAT TERHADAP HUKUM ISLAM  165

AKTIVITI 10.1

1. Cuba anda fikirkan apakah boleh berlaku perubahan pada


hukum Islam kerana peredaran zaman? Apakah suatu yang
pernah diputuskan suatu waktu dulu boleh berubah pada
masa sekarang atau akan datang? Jelaskan keadaan tersebut
berserta contoh.
2. Bincangkan  bagaimana  hubungan  antara  kaedah  ‘urf  yang 
dipelajari  dalam  Topik  8  dengan  prinsip  perubahan  hukum 
yang  dipengaruhi  perubahan  masa  dan  tempat. Bawakan
contoh semasa dan tempatan yang boleh dikaitkan dengan
prinsip di atas berdasarkan pemerhatian anda.

10.2 PENGERTIAN AL-BU’D AL-ZAMANI DAN


AL-BU’D AL-MAKANI
Dalam perbincangan ulama berkaitan pengaruh masa dan tempat terhadap
perubahan hukum, mereka telah mengaitkannya dengan dua istilah utama, iaitu:
(a) Al-BuÊd al-Zamani; dan
(b) Al-BuÊd al-Makani.

10.2.1 Al-Bu’d al-Zamani


Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan al-BuÊd al-Zamani?

Al-BuÊd al-Zamani boleh ditakrifkan sebagai peringkat-peringkat masa


yang dialami dalam proses penurunan ayat-ayat al-Quran dan penerangan
hukum-hukum menerusinya dalam tempoh 23 tahun.

 
Selain itu, perbincangan al-BuÊd al-Zamani turut merangkumi peringkat-
peringkat masa yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w dalam menerangkan hukum-
hukum syarak menerusi Sunnahnya kepada para Sahabat, iaitu juga dalam
tempoh 23 tahun. Berkenaan hal ini, para ulama membincangkan sama ada
peringkat-peringkat masa tersebut sama ada yang berkaitan penurunan al-Quran
atau pengucapan sabda Rasulullah s.a.w, dianggap mempunyai sesuatu
signifikan atau sebaliknya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 10 PENGARUH MASA DAN TEMPAT TERHADAP HUKUM ISLAM

Selain itu, mereka turut membincangkan sama ada pengertian dalalah dalam
bahasa Arab yang digunakan sebagai perantaraan dalam al-Quran mahupun
Sunnah boleh dikembangkan mengikut perkembangan semasa sejak dari zaman
awal penurunannya sehingga sekarang atau sebaliknya.

10.2.2 Al-Bu’d al-Makani


Apakah pula yang dimaksudkan dengan al-BuÊd al-Makani?

Al-BuÊd al-Makani pula merujuk kepada perkaitan di antara kedudukan


geografi benua Arab serta cara kehidupan masyarakatnya dengan
penurunan ayat-ayat al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w ketika
Baginda masih hidup.

Perbincangan mengenai al-BuÊd al-Makani cuba menghubungkaitkan di antara


kesan penurunan al-Quran dan Sunnah dengan kehidupan masyarakat Arab
yang mana merangkumi aspek kebudayaan, keilmuan, bahasa, ketamadunan
dan sebagainya.

Dengan lain perkataan, para ulama cuba membincangkan sama ada penurunan
kesemua ayat-ayat al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w di Tanah Arab secocok
dengan kehidupan masyarakatnya atau sebaliknya.

Rentetan daripada ini, para ulama kemudiannya telah membangkitkan persoalan


tentang adakah pemahaman terhadap nas serta pengamalannya mesti
berdasarkan pemahaman dan pengamalannya pada zaman Rasulullah s.a.w
yang bertempat di benua Arab semata-mata atau mengikut zaman sekarang
yang tempatnya mengikut kedudukan negara masing-masing. Justeru itu,
helaian yang seteruskan akan cuba mendedahkan pelajar dengan perbincangan
ulama mengenai sejauh mana masa dan tempat boleh mempengaruhi penafsiran
ayat-ayat al-Quran serta Sunnah Rasulullah s.a.w.

SEMAK KENDIRI 10.1

Nyatakan maksud al-BuÊd al-Zamani dan al-BuÊd al-Makani.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENGARUH MASA DAN TEMPAT TERHADAP HUKUM ISLAM  167

10.3 PENGARUH MASA (AL-BU’D AL-ZAMANI)


DAN TEMPAT (AL-BU’D AL-MAKANI)
TERHADAP PENAFSIRAN AYAT-AYAT
AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH
S.A.W
Umumnya, al-Quran dan Sunnah telah diterima oleh umat Islam sebagai sumber
utama penentuan hukum syarak. Namun demikian, masih terdapat sesetengah
pihak yang cuba mengkritik dan mempertikaikan keautoritiannya dari beberapa
sudut. Sebagai contoh, terdapat sesetengah golongan sesat seperti MuÊtazilah
yang mendakwa al-Quran adalah makhluq dan bersifat hadith yakni ia baru
diciptakan sebagai mukjizat kepada Rasulullah s.a.w. Dakwaan ini jelas
bercanggah dengan pandangan ulama silam yang beraliran Ahl al-Sunnah wa al-
JamaÊah yang menegaskan bahawa al-Quran bukannya makhluq bahkan ia
bersifat qadim kerana merupakan wahyu ilahi. Antara ulama yang terkemuka
menangani hal ini ialah Imam Ahmad b. Hanbal.

Selain perdebatan mengenai al-Quran, para ulama Ahl al-Sunnah wa al-JamaÊah


turut berhadapan dengan golongan anti Hadis yang mana cuba menafikan
kesahihan Hadis sebagai sumber hukum. Antara ulama yang terkenal dalam hal
ini pula ialah Imam al-SyafiÊi di samping Imam-imam Hadis yang lain.

Selain daripada itu, para ulama turut membincangkan tentang sejauh mana masa
dan tempat boleh mempengaruhi penafsiran terhadap nas hukum terutamanya
ayat-ayat al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Justeru itu, mereka telah
membahagikan bentuk penafsiran terhadap nas-nas hukum kepada dua kategori
iaitu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.1.

Rajah 10.1: Bentuk penafsiran nas

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 10 PENGARUH MASA DAN TEMPAT TERHADAP HUKUM ISLAM

10.3.1 Penafsiran Nas yang tidak Boleh Dipengaruhi


oleh Masa dan Tempat
Secara ringkasnya, nas-nas yang berada di bawah kategori yang tidak boleh
ditafsirkan mengikut perubahan masa dan tempat, boleh dibahagikan kepada
tiga bentuk yang utama, iaitu:

(a) Pertama, nas-nas daripada al-Quran dan Sunnah yang menyentuh tentang
persoalan akidah secara jelas dan nilai-nilai akhlak. Antara contoh nas yang
dimaksudkan ialah seperti firman Allah s.w.t dalam surah al-Syura 42:13
yang bermaksud: „Allah telah menerangkan kepada kamu ă di antara
perkara-perkara agama yang Dia tetapkan hukumnya ă apa yang telah
diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah)
wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami
perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu:
Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau
berselisihan pada dasarnya.‰

(b) Kedua, nas-nas hukum yang berstatus qatÊiyyah sama ada pada thubut
mahupun dalalahnya. Sebagai contoh, firman Allah s.w.t yang menyatakan
tentang kadar atau bilangan sesuatu hukuman atau ibadat seperti dalam
ayat mengenai kadar hukuman penzina yang belum berkahwin:
„Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat
tiap-tiap seorang dari keduanya (sebanyak) 100 kali sebatan‰ (al-Nur 24:2).
Penegasan yang sama turut dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w: „Ambillah
(hukum) daripadaku, ambillah (hukum) daripadaku (kerana)
sesungguhnya Allah telah menyatakan penyelesaian (hukum) terhadap
mereka (penzina) (iaitu) teruna dan dara (yang belum berkahwin maka
hukumannya adalah) sebatan (sebanyak) 100 (kali sebatan) dan halau
(dibuang negeri) selama setahun, dan (manakala) janda dengan duda (yang
telah berkahwin maka hukuman adalah) sebatan (sebanyak) 100 (kali
sebatan) dan rejaman (dengan batu).‰

(c) Ketiga, nas-nas hukum yang mana status thubutnya adalah zanniyyah,
namun penafsirannya telah dihadkan oleh ulama kepada beberapa
penafsiran tertentu. Dengan lain perkataan, para ulama hanya berbeza
pandangan untuk memilih penafsiran yang paling tepat di antara
penafsiran yang telah dihadkan menerusi ijmak. Antara contoh nas bagi
kategori ini ialah firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah 2:228 yang
bermaksud: „Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu
dengan menahan diri mereka (beriddah) selama tiga kali quruÊ.‰ Dalam hal
ini, penafsiran terhadap lafaz quruÊ hanya berlegar dalam dua makna
sahaja iaitu sama ada ia ditafsirkan sebagai suci ataupun haid.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENGARUH MASA DAN TEMPAT TERHADAP HUKUM ISLAM  169

Jadual 10.2 menunjukkan contoh hukum yang tidak berubah mengikut


perubahan masa dan tempat.
 
Jadual 10.2: Contoh Hukum yang tidak Berubah Mengikut Perubahan Masa dan Tempat

Kewajipan menutup aurat Kewajipan ini tidak akan berubah meskipun berlaku
perubahan dalam cara berpakaian sepanjang zaman
dan di mana-mana tempat jua pun.
Kewajipan melaksanakan Hukum memotong tangan pencuri yang
hukuman potong tangan mencukupi segala syarat yang telah disyaratkan
kepada pencuri oleh syarak akan berkekalan sepanjang zaman
meskipun pelbagai kemajuan dicapai dalam
kehidupan manusia.
Kewajipan berbuat baik Kewajipan ini berkekalan ke atas anak-anak
kepada ibu bapa meskipun berlaku perubahan kepada budaya dan
cara hidup.
Kewajipan berlaku adil Kewajipan ini akan sentiasa berkekalan meskipun
dalam membuat pengadilan hukuman dilakukan kepada ahli keluarga sendiri.

10.3.2 Penafsiran Nas yang Masih Boleh Dipengaruhi


oleh Masa dan Tempat
Untuk kategori ini pula, para ulama telah membahagikannya kepada empat
bentuk yang utama.
 
(a) Pertama, nas hukum yang menyentuh tentang perkara-perkara yang
dilakukan mengikut kapasiti sebagai seorang manusia biasa. Antara contoh
bentuk nas sebegini ialah firman Allah s.w.t dalam surah al-AÊraf 7:32 yang
bermaksud: „Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang (berani)
mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-
hambaNya‰ di mana bentuk kesesuaian perhiasan boleh berubah dengan
perubahan masa dan tempat.

Sebagai contoh, pakaian jubah untuk lelaki hanya sesuai untuk dipakai
oleh masyarakat Arab, sedangkan baju Melayu dan kemeja pula sesuai
untuk masyarakat Malaysia. Manakala contoh bagi bentuk nas sebegini
juga boleh dilihat menerusi pelbagai Sunnah Rasulullah s.a.w khususnya
yang menyatakan tentang kehidupan Baginda sebagai manusia biasa dalam
gaya pemakanan, pemakaian dan sebagainya.

(b) Kedua, nas atau Sunnah yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w mengikut
pengalaman peribadinya seperti ketika mana dia menegur tindakan
penduduk Madinah yang mendebungakan pohon tamar supaya mereka
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
170  TOPIK 10 PENGARUH MASA DAN TEMPAT TERHADAP HUKUM ISLAM

tidak melakukannya. Lantaran itu, hasil buah kurma yang diperolehi pada
tahun itu telah merosot, lalu mereka bertanya mengenainya kepada baginda.
Rasulullah s.a.w kemudiannya menjawab: „kamu lebih mengetahui dalam
urusan keduniaan kamu.‰ Dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab:
„Sesungguhnya aku (hanya) mengandai tentang (kemungkinan) sesuatu
(dalam urusan dunia) maka janganlah kamu menerima andaian tersebut
(secara mutlak), tetapi sebaliknya jika aku memberitahu kamu tentang
sesuatu (urusan agama) daripada Allah maka terima ia kerana aku tidak
mungkin berdusta kepada Allah.‰

(c) Ketiga, nas-nas hukum (Sunnah) yang boleh ditafsirkan sama ada mengikut
konteks fatwa seorang Rasul, keputusan pentadbiran seorang pemerintah
atau kehakiman seorang hakim. Contoh bagi bentuk penafsiran nas sebegini
sebenarnya dapat dilihat menerusi pelbagai Sunnah, antaranya seperti sabda
Rasulullah s.a.w kepada Hind r.a setelah beliau mengadu tentang sikap
suaminya, Abu Sufyan r.a yang tidak memberikan nafkah yang mencukupi
kepada dirinya dan anak-anak. Baginda menyebutkan: „Ambillah (wang
suamimu secara senyap-senyap) dalam kadar yang mencukupi keperluan
diri dan anakmu.‰

Dalam mengulas hadis di atas, para ulama berbeza pandangan untuk


menentukan status Rasulullah s.a.w sewaktu memberikan kebenaran
kepada Hind untuk melakukan tindakan di atas. Segolongan ulama
berpandangan sabda Baginda itu dibuat atas kapasitinya sebagai Rasul
yang menyatakan hukum dan fatwa. Oleh itu, seseorang isteri berhak
mengambil harta suami dengan cara sembunyi jika nafkah yang diberikan
tidak mencukupi. Akan tetapi, pandangan ini disanggah oleh golongan
ulama lain yang menafsirkan sabda Baginda tadi sebagai keputusan hakim
atau qadi. Justeru itu, seseorang isteri tidak berhak mengambil harta
suaminya sekalipun dia memerlukannya kecuali setelah mendapat
keizinan hakim melalui proses perbicaraan.

Antara contoh lain mengenai penafsiran terhadap bentuk nas sebegini juga
ialah sabda Rasulullah s.a.w dalam kes pemerolehan harta salab tentera
musuh yang berjaya dibunuh oleh tentera Islam. Sabdanya: „Barangsiapa
yang berjaya membunuh tentera musuh, maka dia berhak memiliki hartanya
(yang berada di badan musuhnya).‰ Dalam hal ini, segolongan ulama
menafsirkannya sebagai fatwa dan hukum. Justeru itu, mana-mana tentera
Islam yang berjaya membunuh tentera musuh dengan tangannya sendiri
maka harta yang berada ditubuhnya berhak dimiliki sekalipun tanpa
mendapat keizinan daripada pemerintah atau ketua tentera. Sebaliknya,
segolongan ulama yang lain menafsirkannya sebagai keputusan seorang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENGARUH MASA DAN TEMPAT TERHADAP HUKUM ISLAM  171

pemerintah maka justeru itu, harta salab musuh yang mati dibunuh hanya
boleh dimiliki setelah mendapat persetujuan daripada pemerintah.

(d) Keempat, nas hukum yang mengandungi maksud untuk merealisasikan


kepentingan dan kemaslahatan umum. Antara contoh bagi bentuk dalil ini
ialah sabda Rasulullah s.a.w kepada Sahabatnya apabila mereka bertanyakan
mengenai hukum unta yang sesat dan terlepas daripada tuannya. Baginda
menjawab: „Apa (yang menyusahkan) kamu daripadanya (yakni tidak
perlulah kamu mempedulikannya).‰ Namun demikian, Sayyidina ÂUthman
pada zaman pemerintahannya telah menafsirkan maksud di sebalik larangan
Sunnah di atas sebagai bertujuan menjaga kepentingan pemilik asalnya.
Justeru itu, beliau mengarahkan agar unta tersebut ditangkap dan dijual, di
mana bayaran yang telah diterima akan disimpan dan diberikan kepada
pemilik unta berkenaan setelah berjaya dikenal pasti.

Contoh yang lain juga dapat dilihat dalam sabda Rasulullah s.a.w yang
melarang penyimpanan daging haiwan korban lebih daripada tempoh tiga
hari. Ini kerana larangan tersebut bertujuan supaya ia dapat dinikmati oleh
rombongan-rombongan yang datang ke Mekah dari segenap pelosok
wilayah yang jauh. Alasan ini sebenarnya telah dijelaskan sendiri oleh
baginda: „Sesungguhnya aku telah melarang kamu (menyimpan daging
korban) kerana disebabkan rombongan yang datang (ke Mekah yang mana
mereka memerlukan kepada makanan).‰

Jadual 10.3 menunjukkan contoh hukum yang berubah mengikut perubahan


masa dan tempat.

Jadual 10.3: Contoh Hukum yang Berubah Mengikut Perubahan Masa dan Tempat

Perujukan/Tazkiyyah saksi Abu Hanifah berpendapat perujukan peribadi


bagi saksi yang dipercayai oleh mahkamah tidak
perlu berasaskan bahawa orang Islam itu bersifat
adil dalam urusan sesama mereka. Tetapi apabila
pendustaan berleluasa perujukan peribadi bagi
saksi menjadi perlu di zaman Abu Yusof.
Upah pengajaran al-Quran Abu Hanifah berpendapat pengajaran al-Quran
tidak boleh dilakukan secara berupah kerana ia
merupakan ibadat. Namun demikian, apabila
masyarakat tidak lagi bersedia melakukan hal
tersebut, para fuqaha berfatwa ia dibolehkan
supaya pengajaran al-Quran dapat diteruskan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 10 PENGARUH MASA DAN TEMPAT TERHADAP HUKUM ISLAM

Jenis air mutlak Dalam kitab fiqh klasik, „air paip‰ tidak
dimasukkan sebagai antara jenis air mutlak. Hal
tersebut telah berubah dalam masyarakat hari ini
kerana budaya umum yang terpakai sekarang
ialah berwuduk dengan air paip.
Tafsiran „Hirz‰ bagi jenayah Hirz/penjagaan yang menjadi syarat wajib
kecurian dipotong tangan pencuri telah berubah tafsirannya
yang mengikut perubahan masa. Menyimpan
barang dalam kotak dan meletakkannya di luar
rumah tidak lagi dianggap penjagaan.
Kadar bayaran diyat Bayaran diyat (hukuman alternatif kepada qisas)
adalah 100 ekor unta atau nilainya. Dalam
memberi nilai 100 ekor unta, faktor harga semasa
akan diambil kira.
Pengagihan daging korban Daging korban dianjurkan supaya dibahagikan
kepada fakir miskin sama ada yang mentah atau
yang sudah dimasak. Amalan tersebut telah
berubah masa kini dengan usaha menjual daging
korban secara komersial dan hasilnya didanakan
untuk membiayai pengajian anak-anak fakir miskin.

SEMAK KENDIRI 10.2


1. Sebutkan dua dari bentuk nas yang tidak dipengaruhi
perubahan masa dan tempat berserta contoh.
2. Sebutkan dua bentuk nas yang dipengaruhi perubahan masa
dan tempat berserta contoh.
3. Berikan satu contoh tafsiran semasa terhadap nas sehingga
pentafsirannya berubah kerana pengaruh tafsiran semasa
tersebut.

 Prinsip syariat serta dalil-dalil hukumnya seperti al-Quran dan Sunnah


adalah bersifat muqaddas di mana ia tidak boleh dikritik mahupun berubah
mengikut apa jua perubahan. Sebaliknya, perubahan yang berlaku hanyalah
pada sesetengah hukum disebabkan perbezaan dalam penafsiran kandungan
ayat-ayat al-Quran atau Sunnah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENGARUH MASA DAN TEMPAT TERHADAP HUKUM ISLAM  173

 Para ulama telah menggubal satu kaedah fiqh yang selaras dengan kenyataan
di atas iaitu: „hukum (fatwa) berubah akibat perubahan masa dan tempat
(suasana). Kaedah ini menjelaskan betapa hukum Islam mempunyai
fleksibiliti disebabkan kebolehannya untuk berubah apabila aplikasinya tidak
lagi sesuai dengan maqasid al-SyariÊah dengan melihat kepada perubahan
masa dan juga tempat.

 Konsep perubahan hukum akibat dipengaruhi masa dan tempat, sebenarnya


telah banyak disentuh dalam perbincangan berkenaan Âurf yang bermaksud
nilai semasa atau setempat yang kerap dilakukan oleh sesebuah masyarakat
atau sesetengah golongan sehingga menyebabkan perkara tersebut perlu
diambil kira dalam penentuan hukum syarak.

 Antara beberapa syarat Âurf yang boleh diambil kira dalam penentuan
hukum ialah: pertama, ia tidak bercanggah dengan mana-mana nas atau
prinsip syarak yang jelas (qatÊi); kedua, ia merupakan amalan kebiasaan yang
diamalkan secara meluas oleh semua ahli masyarakat (Âurf muttarid) atau
sebahagian besar daripada mereka (Âurf ghalib); ketiga, ia sudah wujud dan
diamalkan semasa berlakunya sesuatu kontrak dan keempat, tidak wujud
sebarang bukti (tasrih) yang menyanggah kewujudannya.

 Al-BuÊd al-Zamani boleh ditakrifkan sebagai peringkat-peringkat masa yang


dialami dalam proses penurunan ayat-ayat al-Quran dan penerangan
hukum-hukum menerusinya dalam tempoh 23 tahun. Selain itu,
perbincangan al-BuÊd al-Zamani turut merangkumi peringkat-peringkat
masa yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w dalam menerangkan hukum-hukum
syarak menerusi Sunnahnya kepada para Sahabat, iaitu juga dalam tempoh
23 tahun. Berkenaan hal ini, para ulama membincangkan sama ada
peringkat-peringkat masa tersebut sama ada yang berkaitan dengan
penurunan al-Quran atau pengucapan sabda Rasulullah s.a.w, dianggap
mempunyai sesuatu signifikan atau sebaliknya.

 Al-BuÊd al-Makani pula merujuk kepada perkaitan di antara keadaan


geografi benua Arab serta cara kehidupan masyarakatnya dengan penurunan
ayat-ayat al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w ketika baginda masih hidup.
Perbincangan mengenai al-BuÊd al-Makani ini cuba menghubungkaitkan di
antara kesan penurunan al-Quran dan Sunnah dengan kehidupan
masyarakat Arab yang mana merangkumi aspek kebudayaan, keilmuan,
bahasa, ketamadunan dan sebagainya. Para ulama juga cuba membangkitkan
persoalan tentang adakah pemahaman terhadap nas serta pengamalannya
mesti berdasarkan pemahaman dan pengamalannya pada zaman Rasulullah
s.a.w yang bertempat di benua Arab semata-mata atau mengikut zaman
sekarang yang tempatnya mengikut kedudukan negara masing-masing.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 10 PENGARUH MASA DAN TEMPAT TERHADAP HUKUM ISLAM

 Al-Quran dan Sunnah telah diterima oleh semua umat Islam sebagai sumber
utama penentuan hukum, namun masih terdapat sesetengah pihak yang
cuba mengkritik dan mempertikaikan keautoritiannya dari beberapa sudut.
Sebagai contoh, golongan sesat seperti MuÊtazilah cuba mendakwa al-Quran
adalah makhluq dan bersifat hadith. Selain itu, keautoritian Sunnah turut
cuba dipertikaikan oleh golongan anti Hadis dengan mendakwa ia hanyalah
ciptaan manusia di samping kandungannya tidak konsisten.

 Penafsiran terhadap nas-nas hukum boleh dibahagikan kepada dua iaitu


pertama, penafsiran nas yang tidak boleh dipengaruhi oleh masa dan tempat
dan kedua, penafsiran nas yang boleh dipengaruhi oleh masa dan tempat.

 Bagi penafsiran nas yang tidak boleh dipengaruhi oleh masa dan tempat, ia
boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu pertama, nas-nas dari al-Quran
dan Sunnah yang menyentuh tentang persoalan akidah secara jelas dan nilai-
nilai akhlak; kedua, nas-nas hukum yang berstatus qatÊiyyah sama ada pada
thubut mahupun dalalahnya; ketiga, nas-nas hukum yang mana status
thubutnya adalah zanniyyah, namun penafsirannya telah dihadkan oleh
ulama kepada beberapa penafsiran tertentu.

 Manakala kategori penafsiran nas yang boleh dipengaruhi oleh masa dan
tempat pula boleh dibahagikan kepada empat iaitu pertama, nas hukum
yang menyentuh tentang perkara-perkara yang dilakukan mengikut kapasiti
sebagai seorang manusia biasa; kedua, nas atau Sunnah yang dinyatakan
oleh Rasulullah s.a.w mengikut pengalaman peribadinya; ketiga, nas-nas
hukum (Sunnah) yang boleh ditafsirkan sama ada mengikut konteks fatwa
seorang Rasul, pentadbiran seorang pemerintah atau kehakiman bagi
seorang hakim; keempat, nas hukum yang mengandungi maksud untuk
merealisasikan kepentingan dan kemaslahatan umum.

ÂUrf Keanjalan hukum


ÂUrf Ghalib Makhluq
ÂUrf Muttarid Maqasid
al-BuÊd al-Makani Perubahan masa
al-BuÊd al-Zamani Perubahan tempat
Hadith Qadim

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENGARUH MASA DAN TEMPAT TERHADAP HUKUM ISLAM  175

Ab. Karim Ali & Raihanah Hj. Azahari (ed.) (2001). Hukum Islam semasa bagi
masyarakat malaysia yang membangun. Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya, h. 1-46, 55-60.

Al-Zuhayli, Wahbah (1998). Usul al-Fiqh al-Islami, jld. 2, cet. 2. Damsyik : Dar
al-Fikr, h. 828-866. Bab 2, bahagian 3 : al-ÂUrf wa al-ÂAdah.

Buharawah, SaÊid b. Muhammad (2002). al-Nas al-SyarÊi wa Isykaliyyah


al-Zaman wa al-Makan, cet. 2. Gombak : Dar al-Tajdid, h. 19-112, 131-136.

Paizah Hj. Ismail & Ridzwan Ahmad (ed.) (2000). Fiqh Malaysia ke arah
pembinaan fiqh tempatan yang terkini. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya, h. 1-192.

Zaydan, Abd al-Karim (1994). al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut : Muassasah


al-Risalah, h. 252-259. Bab 2, bahagian 8 : al-ÂUrf.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Copyright © Open University Malaysia (OUM)

You might also like