Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

MODUL 6

MENYEMAI KERATAN
TANAMAN

PEKERJA AM TANAMAN
AF-010-1
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA PROGRAM /


AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM CODE & NAME

TAHAP / LEVEL L1

NO DAN TAJUK MODUL/


M06 MENYEMAI KERATAN TANAMAN
MODULE NO. AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN


TUGASAN / TASK(S) NO. AND 02.06 SEMAI KERATAN TANAMAN
STATEMENT
SEMAI KERATAN TANAMAN MENGGUNAKAN RANTING,
AKAR DAN DAUN POKOK TERPILIH, SEKATEUR, KAYU
PEMBUAT ALUR/LUBANG, HORMON PENGGALAK AKAR,
KOTAK SEMAIAN, MEDIA PENGAKARAN, RACUN KULAT,
OBJEKTIF MODUL/ MODULE SARUNG TANGAN GETAH DAN MANUAL TANAMAN
OBJECTIVES SUPAYA RANTING DIPOTONG DARI POKOK TERPILIH,
DIKERAT/ RENCUNG, DICELUP DENGAN HORMON
PENGAKARAN, DISEMAI MENGIKUT KEDALAMAN YANG
SESUAI, MEDIA SEMAIAN DIPADAT DAN DIKEMAS
MENGIKUT SOP.

NO. KOD / CODE NO. AF-010-1/M06/P(1/1) Muka : 1 Drp : 12

TAJUK/TITLE: SEMAI KERATAN TANAMAN

TUJUAN/PURPOSE:

Kertas ini menerangkan tentang keratan tanaman, kaedah memotong keratan tanaman
dan semaian serta peralatan dan bahan untuk semaian keratan tanaman.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M06/P(1/1) Muka : 2 Drp : 12

1. JENIS KERATAN BAHAN TANAMAN

1.1 Jenis Keratan Bahan Tanaman

Jenis-jenis keratan tanaman adalah seperti berikut:

i. Keratan tanaman/ ranting


ii. Keratan akar
iii. Keratan daun

1.2 Keratan tanaman/ Ranting

Pembiakan tumbuhan menggunakan bahagian batang/ranting ini boleh


dibahagikan kepada tiga iaitu:

i. Keratan kayu lembut


ii. Keratan kayu sederhana keras
iii. Keratan kayu keras

i. Keratan Kayu Lembut

Keratan diambil daripada bahagian yang masih hijau. Panjang


keratan ialah 10 cm – 15 cm berserta dengan 3 – 5 helai daun
semasa disemai. Keratan kayu lembut sangat sensitif dan mudah
kering. Oleh itu, kelembapan pengakaran perlu dikekalkan dan
persekitaran hendaklah sentiasa lembap.

Contoh tumbuhan yang biasa digunakan untuk keratan kayu lembut


adalah Portulaca sp.(Ros Jepun), Duranta sp.(Duranta), Coleus
sp.(Ati-ati) dan Alternanthera elliptica (Jejari Hantu).

Alternanthera elliptica (Jejari Coleus sp. (Ati-ati) Portulaca sp. (Ros Jepun)
Hantu)
No. Kod / Code No. AF-010-1/M06/P(1/1) Muka : 3 Drp : 12

ii. Keratan Kayu Sederhana Keras

Keratan diambil daripada bahagian dahan yang sihat dan lurus.


Dahan kayu biasanya berwarna perang kehijauan. Panjang keratan
yang sesuai digunakan adalah antara 10 cm – 20 cm berserta 2 – 3
helai daun semasa disemai.

Contoh tumbuhan yang biasa digunakan untuk keratan kayu


sederhana keras adalah Hibiscus sp.(Bunga Raya), Duranta
sp.(Duranta) dan Bougainvillea sp. (Bunga Kertas).

Hibiscus sp. (Bunga Raya) Duranta sp. (Duranta) Bougainvillea sp.(Bunga Kertas)

iii. Keratan Kayu Keras

Keratan diambil daripada bahagian batang yang telah matang.


Dahan yang matang biasanya berwarna perang sepenuhnya.
Panjang keratan kayu keras yang sesuai digunakan adalah antara
30 cm – 200 cm (2m). Semua daun hendaklah dibuang semasa
disemai bagi mengurangkan proses transpirasi yang boleh
menyebabkan kehilangan air.

Contoh tumbuhan yang biasa digunakan untuk keratan kayu keras


adalah Plumeria sp.(Pokok Kemboja), Pterocarpus indicus (Pokok
Sena) dan Baphia nitida (Bapia).

Plumeria sp. (Pokok Kemboja)


No. Kod / Code No. AF-010-1/M06/P(1/1) Muka : 4 Drp : 12

2. PERALATAN DAN BAHAN KERATAN TANAMAN

2.1 Alatan dan Bahan untuk Membuat Keratan Tanaman

Jenis-jenis alatan dan bahan yang digunakan untuk kerja-kerja menyemai


keratan tanaman adalah seperti berikut:

Alatan
i. Sekateur
ii. Gergaji / Parang
iii. Pita ukur
iv. Penyiram/ Paip getah

Bahan
i. Keratan pokok mengikut kesesuaian
ii. Hormon penggalak akar
iii. Kayu cucuk
iv. Bekas semaian berisi medium

2.2 Kegunaan Peralatan dan Bahan Keratan Tanaman

BIL PERALATAN KEGUNAAN

Gunting pokok (sekateur)


memangkas keratan batang/
1.
dahan

Penyiram tangan
2. Untuk menyiram tanaman/
semaian.

Pita ukur
3. - Mengukur panjang keratan
yang ingin dipotong.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M06/P(1/1) Muka : 5 Drp : 12

BIL PERALATAN KEGUNAAN

Gergaji
4.
- Memotong dahan pokok

Paip getah
- Untuk menyiram pokok
5.
- Sesuai untuk menyiram
kawasan yang luas

Parang
- Untuk memotong dan
6.
memangkas dahan pokok

Keratan pokok mengikut


kesesuaian
- Keratan pokok yang ingin
7. disemai melalui kaedah keratan
berdasarkan kesesuaian dan
keperluan semasa

Hormon penggalak akar


- Penggalak akar seperti hormon
pengakaran digunakan untuk
8.
dicelup keratan sebelum
disemai ke dalam bekas
semaian.

Kayu cucuk
- Kayu cucuk digunakan untuk
memudahkan kerja penyemaian
9. keratan dalam kuantiti yang
banyak.
- Saiz kayu cucuk hendaklah
bersesuaian dengan saiz
keratan yang hendak disemai.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M06/P(1/1) Muka : 6 Drp : 12

BIL PERALATAN KEGUNAAN

Bekas semaian berisi media


pengakaran
10. - Bekas semaian yang telah berisi
media digunakan untuk menyemai
keratan.

3. MEMOTONG RANTING/ BATANG UNTUK DISEMAI

3.1 Memilih Jenis Ranting/ Batang


Keratan tanaman yang elok untuk disemai hendaklah mempunyai ciri-ciri
berikut:
i. Panjang 10-15 cm / sekurang-kurangnya 3 ruas
ii. Masih segar (tidak layu)
iii. Tidak cedera / luka
iv. Sihat dan tidak berpenyakit

3.2 Memotong Ranting/ Batang


Prosedur yang perlu dipatuhi semasa menggunakan sekatur:
i. Gunakan gunting yang bersih dan tajam supaya tidak merosakkan keratan.
ii. Pastikan alat dibersihkan dan disimpan selepas digunakan.
iii. Pastikan peraturan keselamatan semasa menggunakan sekatur dipatuhi.

3.3 Kaedah Memotong Keratan


Keratan ranting/batang hendaklah di potong serong.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M06/P(1/1) Muka : 7 Drp : 12

3.4 Saiz Keratan Tanaman

i. Keratan Kayu Lembut

Keratan diambil daripada bahagian yang masih hijau. Panjang


keratan ialah 10 cm – 15 cm berserta dengan 3 – 5 helai daun
semasa disemai.

A: Keratan Kayu sederhana keras


B: Keratan kayu lembut

ii. Keratan Kayu Sederhana Keras

Keratan diambil daripada bahagian dahan yang sihat dan lurus.


Dahan kayu biasanya berwarna perang kehijauan. Panjang keratan
yang sesuai digunakan adalah antara 15 cm – 20 cm berserta 2 – 3
helai daun semasa disemai.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M06/P(1/1) Muka : 8 Drp : 12

iii. Keratan Kayu Keras

Keratan diambil daripada bahagian batang yang telah matang.


Dahan yang matang biasanye berwarna perang sepenuhnya.
Panjang keratan kayu keras yang sesuai digunakan adalah antara
30cm – 200cm (2m). Semua daun hendaklah dibuang semasa
disemai bagi mengurangkan proses transpirasi yang boleh
menyebabkan kehilangan air.

4. MERAWAT KERATAN TANAMAN


4.1 Jenis dan Kegunaan Hormon Pengakaran
i. Jenis hormon pengakaran
Jenis hormon penggalak akar yang terdapat di pasaran adalah seperti
Seradix, Hortomon A, Hortomon B dan lain-lain.

Pelbagai jenama hormon pengakaran dipasaran

ii. Kegunaan hormon pengakaran


Hormon penggalak akar digunakan untuk membantu dan
menggalakkan pengeluaran dan pertumbuhan akar.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M06/P(1/1) Muka : 9 Drp : 12

4.2 Merawat Keratan Tanaman


i. Hormon pengakaran hanya digunakan untuk keratan yang sukar
mengeluarkan akar sahaja.
ii. Keratan yang sudah dicelup hormon tidak boleh dicucuk terus ke dalam
media pengakaran kerana hormon itu akan melekat di permukaan
medium dan tidak akan memberi kesan pada pengakaran keratan.
iii. Lubang semaian keratan tanaman perlu dibuat terlebih dahulu
menggunakan pencucuk yang sesuai.
iv. Keratan tanaman perlu juga dirawat dengan mencelup pangkal batang di
dalam racun kulat bagi menghapuskan sebarang jangkitan kulat sebelum
disemai.

Keratan tanaman dicelup ke dalam hormon pengakaran

5. MENYEMAI KERATAN TANAMAN DI TAPAK SEMAI

5.1 Menyediakan Medium Semaian


a. Medium semaian hendaklah mempunyai saliran baik dan peroi, tidak
mengandungi benih rumpai dan egen penyakit serta seranggga.
b. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan medium semaian ialah:
i. Pasir sungai
ii. Bahan organik
c. Nisbah campuran bahan tersebut adalah (1:1) Satu bahagian pasir sungai
kepada satu bahagian bahan organik (contoh : sabut kelapa, sekam padi)
No. Kod / Code No. AF-010-1/M06/P(1/1) Muka : 10 Drp : 12

5.2 Membuat Lubang Keratan Tanaman


a) Lubang penyemaian keratan tanaman dibuat mengikut saiz keratan yang
dibuat.
b) Lubang semaian keratan tanaman perlu dibuat terlebih dahulu
menggunakan pencucuk yang sesuai supaya hormon penggalak akar
disapu tidak tanggal.

5.3 Menyemai Keratan Tanaman


Sebelum disemai celupkan bahagian bawah keratan dengan hormon
penggalak akar kemudian diletakkan ke dalam lubang yang telah disediakan.

5.4 Memadatkan pangkal keratan dengan medium semaian


Medium dipadatkan dengan menekan di sekeliling pangkal keratan tanaman
setelah diletakkan di dalam lubang.

5.5 Siram dan label semaian


No. Kod / Code No. AF-010-1/M06/P(1/1) Muka : 11 Drp : 12

SOALAN

i. Berikan 2 jenis keratan tanaman.


a. ..........................................................................
b. ..........................................................................

ii. Nyatakan 3 jenis keratan daun.


a. ..........................................................................
b. ..........................................................................
c. ..........................................................................

iii. Berikan 2 bahan membuat keratan tanaman.


a. ..........................................................................
b. ..........................................................................

iv. Nyatakan 3 alat untuk membuat keratan tanaman.


a. ..........................................................................
b. ..........................................................................
c. ..........................................................................

v. Berikan 2 ciri keratan tanaman yang elok.


a. ..........................................................................
b. ..........................................................................

vi. Nyatakan ukuran panjang potongan keratan tanaman yang perlu dibuat
bagi keratan kayu keras.
......................................................................................................................

You might also like