Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

JURNAL PRAKTIKUM

Minggu Praktikum: 2

Bilangan Jurnal: Kedua

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 21/9/2020

Tajuk Jurnal : Kawalan Kelas (kelas bising)

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :

Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas 4B. Saya mendapati
bahawa sepanjang proses pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) dijalankan, kelas sangat
bising, terutamanya semasa aktiviti persembahan dijalankan, saya sukar mengawal situasi
tersebut.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :

Punca kelas menjadi bising sepanjang PdPc dijalankan hasil daripada analisis terhadap isu
yang telah saya kenal pasti ialah guru kurang berpengalaman dan kurang tegas semasa
PdPc dijalankan. Di samping itu, suara persembah yang kecil juga merupakan salah satu
punca menjadi kelas bising. Hal ini kerana murid- murid lain tidak dapat mendengar dan
akibatnya mereka akan kurang menumpukan perhatian dalam kelas, seterusnya melakukan
perkara sendiri.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU


KAJIAN LEPAS) :

Kaedah Ganjaran dan Hukuman ini merupakan sebuah kaedah yang diolah dari Teori
Pelaziman Operan Skinner. B. F. Skinner (1958) mempercayai bahawa sesuatu tingkah laku
itu dipengaruhi oleh faktor peneguhan sama ada ganjaran atau dendaan. Dengan adanya
ganjaran dan hukuman yang sesuai, maka tingkah laku positif dapat dikekalkan manakala
tingkah laku yang negatif murid-murid akan diubah. Menurut Skinner, pelaziman operan
terdiri daripada empat konsep utama iaitu, peneguhan, denda, prinsip premack dan
pelupusan.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mancadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah:-
I. Mewujudkan sistem ganjaran bagi setiap individu atay kumpulan, iaitu “points” akan
diberikan kepada kumpulan yang dapat mengawal suara dan mematuhi peraturan
semasa PdPc dijalankan.
II. Menggunakan microphone untuk membesar suara pesembah.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN : 1 minggu

6. TINDAKAN SUSULAN :

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu mewujudkan sistem ganjaran dengan
menyediakan satu “papan ganjaran” yang dapat memaparkan markah setiap individu. Bagi
kumpulan yang berprestasi baik, satu “points” akan diberikan untuk ditandakan atas “papan
ganjaran”.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN : 28/9/2020

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :

Tindakan yang dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya
kenal pasti telah memberi impak yang positif. Situasi ini dapat dilihat melalui keharmonian
suasana kelas yang ditimbulkan sepanjang PdPc dijalankan. Murid- murid juga dapat
mengawal suara masing- masing dalam kelas.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA


ADA) :

Saya amat berpuas hati dengan prestasi murid yang mampu menimbulkan suasana
pembelajaran yang kondusif sepanjang PdPc dijalankan. Pendekatan ini amat berkesan.
Namun begitu, sistem ganjaran ini perlu diuruskan dengan baik supaya murid- murid tidak
terlalu bergantung terhadap sistem ganjaran ini.

RUJUKAN

Ngu Mee Kok. (2012). MENINGKATKAN KEBERKESANAN KAWALAN KELAS


MENGGUNAKAN KAEDAH GANJARAN DAN HUKUMAN UNTUK MURID-MURID
TAHUN 3. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP, 2009.

You might also like