Liputan CPA - Pamer JKDM Sebagai Organisasi Yang Mantap - 07.07.2020 (Selasa)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

LIPUTAN

CAWANGAN PERHUBUNGAN AWAM


PAMER JKDM SEBAGAI ORGANISASI YANG MANTAP
Oleh: Mohd. Hisham bin Mohd. Nor, PPA JKDM Ibu Pejabat

Kuantan, 7 Julai 2020 - Warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memainkan peranan yang
besar dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pemungut cukai negara. Setiap dari
warga JKDM harus memahami peranan yang sedia ada sememangnya cukup besar dan secara
bersama mempamerkan JKDM sebagai sebuah organisasi yang mantap.

Kumpulkan pengalaman dan potensi yang ada pada setiap warga JKDM untuk sama-sama
menghasilkan satu dasar dan ketetapan. Pembentukan satu dasar baru yang mantap akan dapat
memperbetulkan raut wajah JKDM ke arah kecemerlangan.

Itulah yang dizahirkan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri
Kewangan II ketika merasmikan Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam Se-Malaysia ke-92 di Kuantan,
Pahang. Warga JKDM merupakan wira yang berperanan besar untuk memacu ekonomi negara dalam
meningkatkan kutipan hasil negara dan menjaga benteng negara daripada aktiviti penyeludupan haram
dan pendatang tanpa izin di sempadan negara.

Pembudayaan Integriti JKDM juga turut menarik perhatian beliau sebagai Timbalan Menteri Kewangan
II. Beliau menggesa supaya setiap warga JKDM menjadikan budaya dan nilai yang baik dalam
menjalankan tugas.

Beliau juga mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Dato’ Abdul Latif bin Abdul Kadir,
Ketua Pengarah Kastam Malaysia dan seluruh warga Kastam dalam pelaksanaan Pelan Strategik
2020-2024, yang menjadi panduan dan rujukan kepada semua warga JKDM.

Di akhir ucapan, beliau berharap JKDM akan terus cekal, kuat dan bersemangat dalam mengharungi
cabaran dan mengekalkanprestasi cemerlang demi berkhidmat memakmurkan negara.

Semarakkan JKDM di Mata Dunia!

Emel: cpa@customs.gov.my

You might also like