Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN

PERSATUAN HOKI WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA


MESYUARAT PERTAMA
Bil 1/2020

Tarikh : 10 Januari 2020

Masa : 8.15 malam

Senarai Kehadiran :

Bil Nama Jawatan Tanda Tangan

1 En Jiwa A/L Mohan Pengerusi


(Mesyuarat)

2 En Muhammad Anwar Bin Mustafa

3 En Reginald Allan Netto

4 En Philip Lew Chun Foong

5 Pn Shelly Anak Bayang

6 Pn Nishalini A/P Rajasekar

7 Pn Noor Hidayah Binti Mohd Saad

8. En Samuel A/L Krishnan

9. En Muhammad Hafiz Bin Abd Rahman


Agenda:-

1) Lantikan / Ucapan Aluan Pengerusi - En Jiwa Mohan dilantik oleh ahli untuk
mempengerusikan mesyuarat

2) Resolusi Penubuhan Kelab

3) Ketetapan Alamat kelab

4) Perlantikan ahli jawatankuasa

5) Menyemak dan meluluskan perlembagaan

6) Hal-hal lain

1. Ucapan aluan Pengerusi

1.1 Beliau mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat.

1.2 Beliau menerangkan bahawa mesyuarat ini adalah mesyuarat Persatuan Hoki Wilayah
Putrajaya dan tujuan diadakan mesyuarat ini adalah untuk memutuskan dan membuat
ketetapan mengikut persetujuan bersama antara semua ahli mesyuarat yang hadir agar
persatuan ini dapat didaftarkan dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

1.3 Beliau juga menerangkan bahawa matlamat penubuhan kelab ini adalah bermotifkan kepada
pembangunan sukan hoki di peringkat kelab dan beliau mengalu-alukan kepada semua bekas-
bekas pemain hoki di sekitar Putrajaya dan juga kepada orang-orang perseorangan yang
berminat untuk bersama dalam kelab ini berdasarkan kepada persetujuan yang akan ditetapkan
dalam perlembagaan kelab ini.

1.4 Beliau amat berharap agar kelab ini dapat didaftarkan dan memohon jasa baik semua ahli
mesyuarat agar dapat memberi komitmen dan kerjasama agar niat yang murni ini dapat
diterjemahkan dengan sebaik mungkin.
2. Resolusi Menubuhkan Badan Sukan.

2.1 Persetujuan Menubuhkan Badan Sukan

2.1.1 En Anwar mencadangkan agar ditubuhkan satu kelab hoki yang akan didaftarkan
dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Keputusan : ahli mesyuarat setuju sebulat suara

2.2 Cadangan dan Sokongan Ahli mesyuarat untuk pemilihan nama rasmi badan sukan.

2.2.1 En Philip Lew mencadangkan nama kelab yang akan didaftarkan ialah Persatuan Hoki
Wilayah Persekutuan Putrajaya atau ringkasnya (PHWPj).

2.2.2 Disokong oleh Pn Nishalini.

Keputusan : Persatuan Hoki Wilayah Persekutuan Putrajaya ( PHWPj) dipersetujui secara sebulat
suara oleh ahli mesyuarat.

3. Ketetapan Alamat Badan Sukan

3.1 En Jiwa Mohan mencadangkan alamat kelab ini.

3.2 Disokong oleh Pn Nishalini.

Keputusan : Dipersetujui secara sebulat suara alamat kelab ini di .

4. Perlantikan Ahli JawatanKuasa

4.1 Mesyuarat ini telah bersetuju secara sebulat suara melantik nama-nama dibawah sebagai
Ahli Jawatankuasa Wira Penang Hockey Club seperti jawatan dibawah:

Presiden : En Anwar

Timbalan Presiden : Pn Shelly

Bendahari : Pn Nishalini

setiausaha : En Jiwa Mohan

Ajk : En Philip

Ajk : En Reganald

Ajk : Pn Nor Hidayah


5. Menyemak dan Meluluskan Perlembagaan Badan Sukan

5.1 Perlembagaan Kelab Hoki Di Bentangkan oleh Pn Nisahlini bermula dari fasal satu (1) hingga
fasal dua puluh tujuh (27).

5.2 Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan perlembagaan yang dibentangkan dan meluluskan
untuk menggunapakai perlembagaan yang dibentang sebagai perlembagaan Kelab .

5.3 Keputusan meluluskan perlembagaan kelab diterima secara sebulat suara.


5.4 Pengerusi memutuskan proses pengeluaran wang kelab mesti melalui 2 tandatangan antara
(Pengerusi,timbalan pengerusi atau bendahari)

6. Hal –Hal Lain

6.1 En. Jiwa mencadangkan supaya kelab dapat menjana pendapatan kelab dengan Scoreboard
adalah keperluan untuk menjana dana kelab.Tempat dan lokasi scoreboard perlu dikenalpasti
PENUTUP.

En. Jiwa Mohan menegaskan semua ahli mesyuarat tiada kepentingan,sama dan tiada double
standard dan saling membantu dalam memberi cadangan dan buah fikiran untuk memajukan kelab
untuk generasi akan datang

Mesyuarat ditangguh jam 10.15 malam

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

_________________ __________________

NIshalini A/P Rajasekar En Jiwa A/L Mohan


Setiausaha Pengerusi

You might also like