Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SALUTASI

YG BERUSAHA
EN MUHAMMAD BIN KAMARULAZIZI
FOUNDER OF KINDNESS MALAYSIA
EXECUTIVE MEMBER OF THE WORLD KINDNESS
MOVEMENT

YG BERBAHAGIA
DATIN ZAINAH BINTI AHMAD SISMAN
PENGETUA SEKOLAH MENENGAH SAINS REMBAU

YG BERUSAHA
EN SHAFIAN BIN HJ ISHAK
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

YG BERUSAHA
CIK SHARIZAN BINTI SHEIKH OSMAN
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

YG BERUSAHA
PN HASNI BINTI BAKAR
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

BARISAN PANEL
1. PN NORIDAH AB RAHMAN
2. ENCIK MUHAMAD HAZIQ BIN SAZALI
3. ENCIK AZRASHAFIQUL DANIAL BIN AZIRULAZMAK
4. SAUDARI FATIN HAMIZAH BINTI JAMILULLAIL

YANG DIHORMATI GURU-GURU DAN MURID SEMESRA SEKALIAN


Teks ucapan YBhg. Datin Zainah Binti Ahmad Sisman Pengetua
Sekolah Menengah Sains Rembau sempena Program Forum dan
Perasmian Penutup Program Kindness And Peace Week 2019

Bismillahirrahim

Asslamualaikum w.b.t. Dan salam sejahtera.

[salutasi]

1. Alhamdulillah, marilah bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi

kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana diberi kesempatan kepada kita

hari ini untuk berkumpul bagi bersama-sama di dalam Forum Program

Kindness And Peace Week 2019. Syukur juga kerana dengan izin-Nya

dapat saya hadir untuk bersama dengan guru-guru, staf sokongan

sekolah jika ada dan anak-anak yang omma sayangi sekalian dalam

program yang sangat bermakna pada malam ini.

2. Untuk makluman Yang Berusaha En Muhammad Bin

Kamarulazizi, Penganjuran Program Kindness And Peace Week 2019

pada tahun ini merupakan usaha yang telah dirancang oleh Rumah

Kelana Petra dengan tema biru yang menenangkan bagi memenuhi

tanggungjawab sosial mereka sebagai murid SEMESRA.

Tanggungjawab ini juga di lihat sebagai “ a movement” atau gerakan


untuk mewujudkan pesekitaran sekolah yang mempunyai keperibadian

murid yang unggul. Walaupun hanya 4 hari sahaja waktu diperuntukkan

untuk bersama menganjurkan program, tetapi diharapkan ianya dapat

melahirkan kesedaran dan sikap ringan tulang dan kesukarelawanan

dalam diri murid untuk mencurahkan bakti dalam kalangan murid dan

semestinya untuk guru dan juga sekolah. Selain daripada itu, semoga

dengan adanya penganjuran seperti ini, ia akan dapat merapatkan lagi

hubungan antara guru dan murid kerana ia bersesuaian dengan motto

SEMESRA “tekun bersatu berjaya terbilang” dan sememangnya

sudah menjadi tanggungjawab murid untuk berbakti kepada sekolah dan

seterusnya kembali kepada masyarakat.

Murid yang dihormati

3. Saya dimaklumkan, sepanjang program ini berlangsung, para

penganjur telah melaksanakan pelbagai aktiviti sebagai wadah dalam

menyebarkan mesej kebaikan itu sendiri. Antaranya, pertandingan

storytelling, penulisan karangan bahasa inggeris dan bahasa melayu

bertemakan kindness, menghasilkan poster, pameran, forum yang kita

telah jalankan pada malam ini serta pelancaran gerobok rezeki bagi

sambutan ramadhan yang bakal tiba.


4. Dalam pada masa yang sama, saya berasa sangat gembira

kerana program ini telah melibatkan komitmen secara langsung

daripada murid dengan bantuan guru penasihat En Noor Khairul Azwan

serta guru rumah kelana petra. Pendekatan ini di lihat mampu menyuntik

semangat dan keinginan kepada semua murid semesra untuk turut serta

dalam program kemasyarakatan dengan ikhlas tanpa meminta balasan

atau imbuhan. Ia bertepatan dengan matlamat Kementerian Pendidikan

untuk melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang akademiknya

tetapi baik akhlaknya, untuk jadi anak yang cemerlang kena pegang

formula ini anak-anak ABC (Anak Baik Cerdik).

Tuan-tuan dan puan-puan,

Suasana kampung indah dan tenang,

Saling muafakat hormat menghormati,

Baik budimu tuan akan ku kenang,

Termetri di hati tersimpul mati

5. Di kesempatan ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan

terima kasih kepada pihak Kindness Malaysia dan murid kerana

memberi kerjasama yang padu sepanjang program ini berlangsung.

Besarlah harapan saya dengan kerjasama dan komitmen daripada

semua pihak dalam menjayakan program ini dapat memberikan manfaat


kepada pihak SEMESRA seterusnya melonjakkan lagi semangat untuk

bersatu-padu. Semoga apa yang kita lakukan pada hari ini akan menjadi

mendorong kepada program-program berbentuk kemasyarakatan yang

lebih banyak pada masa-masa akan datang

6. Akhir kata, saya mengakhiri ucapan ini dengan lafaz

bismillahirahmanirrahim.

Sekian, terima kasih.

Wassalammualaikum wrt wkth

You might also like