Professional Documents
Culture Documents
Akta Polis & PTKPN-1-1
Akta Polis & PTKPN-1-1
Akta Polis & PTKPN-1-1
NO. 41 – 1967
Akta Polis ialah suatu akta untuk menyatukan dan meminda undang-undang mengenai
pertubuhan, tatatertib, kuasa-kuasa dan tugas-tugas Pasuka Polis Diraja Malaysia dan
untuk menyediakan perkara-perkara yang bersangkut paut dengannya.
SEK 2 MAKNA PERKATAAN
A) KETUA PEGAWAI POLIS
Pegawai polis yang diberi kuasa oleh Ketua Polis Negara untuk
mengawal pasukan polis didalam sesebuah kawasan atau negeri.
B) PEGAWAI PEMERINTAH
Pegawai polis yang diberi kuasa oleh Ketua Polis Negara untuk
mengawal pasukan polis di sesuatu negeri, kawasan, tempat atau
daerah polis.
C) MATA-MATA / KONSTABEL
Seseorang pegawai polis yang berpangkat bawah dari Koperal
termasuklah rekrut pelatih.
D) PEGAWAI RENDAH POLIS
Mana-mana pegawai polis yang berpangkat dari Koperal hingga Sub
Inspektor.
E) MENTERI
Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan pasukan polis.
F) PEGAWAI POLIS
Mana-mana juga anggota polis yang berkhidmat dalam pasukan Polis
Diraja Malaysia.
G) PEGAWAI KANAN POLIS
Mana-mana pegawai polis yang berpangkat dari Inspektor percubaan
hinggalah Ketua Polis Negara.
SEK 3 PERLEMBAGAAN PASUKAN POLIS
a) Mengekalkan undang-undang dan ketenteraman.
b) Menjaga keamanan dan keselamatan persekutuan.
c) Mencegah dan mengesan jenayah.
d) Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah.
e) Mengumpul risikan keselamatan.
SEK 7 MENGGUNAKAN PASUKAN DIMASA DARURAT
a) Dalam masa peperangan atau darurat, DYYM Agong boleh
menggunakan pasukan atau mana-mana bahagian pasukan polis untuk
berkhidmat bersama-sama angkatan bersenjata persekutuan atau
mana-mana pasukan tempatan yang ditubuhkan.
b) Dengan syarat pasukan yang digunakan itu akan terus dibawah
Ketua Polis Negara.
SEK 8 LANTIKAN PEGAWAI POLIS TAMBAHAN
a) Pesuruhjaya Polis atau Ketua Polis Negeri dengan persetujuan
Ketua Polis Negara boleh melantik mana-mana orang untuk
berkhidmat sebagai pegawai polis tambahan – boleh dilantik sehingga
pangkat Sarjan Mejar.
b) Pegawai polis tambahan akan berkhidmat dari bulan ke bulan
iaitu mulai satu haribulan dan tamat pada akhir bulan itu (mulai
01/01/1989 tetap dan berpencen).
c) Boleh diberhentikan atau memohon berhenti dengan sebulan
notis secara bertulis kepada Pesuruhjaya Polis atau Ketua Polis
Negeri.
d) Syarat-syarat perkhidmatan polis tambahan:
i) Akan berkuasa dan menikmati keistimewaan serta
kuasa-kuasa dan disiplin sebagaimana anggota polis biasa yang
setaraf dengannya.
ii) Hendaklah mematuhi ketuanya perintah disegi
perlaksanaan tugas-tugasnya .
SEK 9 LANTIKAN KONSTABEL PENJAGA / MATA-MATA PENGAWAL
a) Pesuruhjaya Polis atau Ketua Polis Negeri dengan persetujuan
Ketua Polis Negara boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi
mata-mata pengawal.
b) Dengan syarat permohonan itu dibuat kerana menjalankan
tugas-tugas khas.
c) Pembiayaan ditanggung oleh pemohon bagi mengadakan tempat
kediaman dan membayar uniform kepada mata-mata pengawal itu.
SEK 13 SUMPAH PEGAWAI POLIS DIWAKTU LANTIKAN
a) Tiap-tiap pegawai polis dan pegawai polis tambahan sebelum
menjalankan tugas hendaklah mengangkat sumpah.
b) Sumpah akan dilafazkan dihadapan pegawai polis yang tidak
kurang pangkat penguasa polis.
SEK 14 SIJIL LANTIKAN
a) Setiap pegawai polis termasuk pegawai polis tambahan akan
diberi kad kuasa yang menerangkan perlantikannya.
b) Sijil lantikan akan ditandatangani oleh pegawai pemerintah atau
pegawai kanan polis yang diberi kuasa olehnya.
SEK 15 MELETAK JAWATAN SEMASA PERANG ATAU DARURAT
a) Pegawai polis tidak boleh meletak jawatan atau bersara dari
pasukan dalam masa perang ataui darurat masih diisytiharkan.
b) Melainkan seseorang itu mendapat sokongan dan kebenaran
bertulis dari Ketua Polis Negara.
SEK 16 MELETAK JAWATAN SEMASA MENUNGGU TINDAKAN
TATATERTIB
a) Setiap pegawai polis yang menunggu tindakan tatatertib atau
sebarang pendakwaan mahkamah tidak boleh meletak jawatan.
b) Melainkan seseorang itu mendapat sokongan dan kebenaran
bertulis dari Ketua Polis Negara.
SEK 17 SENJATA, KELENGKAPAN DAN SEBAGAINYA HENDAKLAH
DISERAHKAN APABILA BERHENTI DARIPADA PASUKAN
a) Seseorang pegawai polis yang berhenti dari pasukan hendaklah
menyerahkan segala kelengkapan yang telah diberikan sebagai hak
kerajaan termasuklah sijil perlantikannya, uniform dan sebagainya.
b) Dalam sesuatu perkara khas, Ketua Polis Negara boleh memberi
kuasa untuk menyimpan barang-barang yang tertentu selain daripada
senjatapi dan peluru.
c) Jika tidak mengikut arahan ini, boleh didenda tidak lebih RM
100.00 atau dipenjara tidak lebih 3 bulan dan sebagai hukuman
tambahan mahkamah boleh memerintahkan membayar dan
menentukan nilai barang itu..
SEK 19 PEGAWAI POLIS DIKIRAKAN BERTUGAS
a) Setiap pegawai polis dan pegawai polis tambahan dianggap
sentiasa dalam bertugas apabila dikehendaki berbuat demikian.
b) Hendaklah menjalankan tugas dan kuasa-kuasa yang diberi
kepadanya dibawah akta ini atau undang-undang lain dimana-mana
tempat dalam persekutuan.
SEK 20 TUGAS-TUGAS AM POLIS
a) Menangkap semua orang yang ia berkuasa menangkap mengikut
undang-undang.
b) Menjalankan risikan keselamatan.
c) Menolong menjalankan kehendak undang-undang mengenai
cukai, kesihatan, imigresen dan pendaftaran.
d) Menolong mengekalkan ketenteraman di perlabuhan, pengkalan
dan lapangan terbang.
e) Menjalankan pendakwaan.
f) Menjalankan saman, waran dan sapina yang dikeluarkan oleh
pihak berkuasa.
g) Menghebahkan maklumat.
h) Menangkap binatang yang merayau-rayau dan dimasukkan ke
dalam pound awam.
i) Menjaga harta yang tidak dituntut atau tercicir dan mencari
tuannya.
j) Menolong menyelamatkan nyawa dan harta benda orang ramai.
k) Menjaga harta orang ramai daripada hilang atau rosak.
l) Menghadiri mahkamah dan menjaga ketenteraman didalamnya.
m) Mengiring dan eskot orag salah yang didalam jagaan Polis.
SEK 21 TUGAS POLIS DIJALANRAYA
Adalah menjadi tugas polis dijalanraya untuk:
a) Mengatur, mengawal dan mengubah perjalanan lalulintas.
b) Menjaga ketenteraman dijalanraya, lebuh, lorong dan tempat-
tempat yang menjadi kunjungan orang ramai.
c) Mencegah halangan-halangan semasa perhimpunan dan
perarakan dijalanraya yang mana jalanraya tersebut akan menjadi
penuh sesak.
SEK 22 HARTA YANG TIDAK DITUNTUT
a) Harta yang dijumpai atau penjaga harta itu tiada, hendaklah
diserahkan kepada Ketua Polis Balai dan akan ditampalkan kenyataan
dengan menyatakan jenis barang itu untuk dituntut dalam tempoh 2
bulan.
b) Jika jenis lakas rosak, hendaklah dijual dan hasil jualan
serahkan kepada Ketua Polis Daerah untuk dipulangkan kepada yang
menuntut setelah ditolak apa-apa perbelanjaan yang patut.
c) Harta yang tidak dituntut dalam tempoh 2 bulan, boleh dijual
atau dimusnahkan dengan perintah oleh Ketua Polis Negeri.
d) Hasil jualan hendaklah dibahagikan seperti berikut:
i) Sebahagian hasil jualan boleh diberi kepada orang
yang menjumpai.
ii) Jika bakinya kurang daripada RM 50.00 akan di
masukan ke dalam tabung.
iii) kumpulan wang Polis.
iv) Dan jika ada bakinya (lebih RM 50.00) akan
dimasukkan ke dalam Hasil Am Persekutuan.
SEK 24 KUASA PEGAWAI POLIS MEMERIKSA LESEN, KERETA DAN
SEBAGAINYA
a) Seseorang pegawai polis boleh menahan dan memberhentikan mana-
mana orang yang:
- Dilihat melakukan suatu perbuatan atau ada dalam miliknya sesuatu
barang; atau
- Mempunyai alasan untuk mengsyaki telah melakukan kesalahan yang
mana lesen, permit atau surat kuasa dikehendaki oleh mana-mana
undang-undang bertujuan untuk dikemukakan apabila diperiksa.
b) Jika orang itu tidak mempunyai lesen, permit atau surat kuasa, boleh
ditangkap tanpa waran melainkan ia memberi nama dan alamatnya
untuk menjawab saman atau apa-apa tindakan lain terhadapnya.
c) Jika seseorang itu enggan memberhentikan kenderaan setelah
diisyaratkan berhenti atau menghalang pegawai polis menjalankan
tugas, boleh ditangkap tanpa waran melainkan ia memberi nama dan
alamatnya untuk menjawab saman atau apa-apa tindakan lain
terhadapnya.
d) Apabila sesebuah kenderaan di bawa ke balai polis kerana disyaki
telah melakukan sesuatu kesalahan.
- Ketua Polis Daerah boleh memeriksa dan menahan kenderaan itu
sehingga siasatan selesai tidak lebih 48 jam.
- Jika terdapat sesuatu kesalahan berlaku, boleh ditahan sehingga hari
perbicaraan; atau
- Jika Ketua Polis Daerah berpuashati boleh melepaskan kenderaan itu
kepada tuannya dengan mengikat jamin atau membayar cagaran
sehingga perbicaraan.
SEK 25 KUASA MENAHAN DAN MEMERIKSA KAPAL TERBANG
a) Seseorang pegawai kanan polis, tanpa waran boleh memeriksa
kapal terbang yang sedang berjalan diatas landasan atau udara dan
mmerintahkannya berhenti mendarat di tempat yang diarahkan.
b) Dengan syarat:
- Ada alasan untuk mempercayai kapal terbang itu telah digunakan
dalam melakukan kesalahan yang boleh ditangkap; atau
- Untuk menangkap seseorang yang telah melakukan kesalahan yang
berada didalam kapal terbang itu.
c) Sebelum kapal terbang itu diperintah berhenti atau mendarat, terlebih
dahulu hendaklah memberitahu pegawai pengawal trafik udara dan
tindakan selanjutnya dibawah arahannya.
SEK 26 KUASA MELETAKKAN SEKATAN JALANRAYA
a) Mana-mana pegawai polis berkuasa mengadakan / membuat sekatan
jalanraya atau lorong jika difikirkan patut dan mustahak untuk:
- Menjaga dan mengekalkan undang-undang serta ketenteraman; atau
- Mencegah dan mengesan jenayah.
b) Mana-mana orang atau kenderaan yang tiada isyarat untuk berhenti
boleh didenda tidak lebih RM 1,000.00 atau penjara tidak lebih 1
tahun.
c) Boleh juga ditangkap tanpa waran melainkan ia memberi nama dan
alamatnya untuk menjawab saman atau apa-apa tindakan lain
terhadapnya.
d) Pegawai polis tidak boleh didakwa terhadap apa-apa kehilangan,
kecederaan atau kerosakan kepada mana-mana orang didalam perkara
ini.
SEK 27 KUASA MENGATUR PERHIMPUNAN, MESYUARAT DAN
PERARAKAN
a) Ketua Polis Daerah atau pegawai polis yang diberi kuasa bertulis
olehnya boleh mengarahkan diadakan perhimpunan, perarakan atau
mesyuarat dalam daerah itu sebagaimana patut dari segi:
- Kegunaan jalanraya.
- Tempat-tempat bebas.
- Bilangan orang atau kenderaan.
- Masa yang tertentu.
b) KPD boleh menolak atau membatalkan lessen dengan alasan tertentu
yang bertentangan dengan kehendak lesen berkenaan.
c) Mana-mana pegawai polis boleh memberhentikan atau mengarahkan
bersurai sesuatu perhimpunan, perarakan atau mesyuarat sekiranya:
- tidak mempunyai lesen; atau
- lesen telah dibatalkan, atau
- melanggar syarat-syarat lesen.
d) Seseorang pegawai polis yang boleh tangkap tanpa waran mana-
mana orang yang melakukan kesalahan dibawah seksyen ini.
e) Seseorang yang tidak berpuashati kerana keengganan KPD
untuk mengeluarkan lesen, boleh buat rayuan kepada pesuruhjaya
atau KP negeri dalam masa 48 jam – keputusan KP negeri adalah
muktamad.
SEK 27 (A) KUASA MEMBERHENTIKAN AKTIVITI YANG DIBUAT SELAIN
DITEMPAT AWAM
a) Jika sebarang aktiviti dibuat selain di tempat awam (dalam
bangunan / premis).
b) Dapat menarik perhatian orang luar bangunan / premis dan
menyebabkan kehadiran 20 orang atau lebih; atau
c) Aktiviti akan menyebabkan mudarat kepada keselamatan
persekutuan atau kekacauan keamanan.
d) Mana-mana pegawai polis boleh mengarahkan aktiviti itu
diberhentikan atau bersurai.
e) Jika 3 orang atau lebih enggan mematuhi perintah – aktiviti itu
akan dianggap sebagai aktiviti haram.
f) Mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran
mana-mana orang yang disyaki melakukan kesalahan dibawah seksyen
ini.
SEK 27 (B) MENGGUNAKAN KEKERASAN UNTUK MENYURAIKAN ATAU
MENANGKAP ORANG-ORANG DIBAWAH SEK 27 ATAU SEK 27
(A)
a) Mana-mana pegawai polis atau orang lain yang membantu polis
boleh menggunakan segala langkahan yang perlu untuk menyuraikan
atau menangkap mereka.
b) Jika menentang boleh gunakan kekerasan yang munasabah
sahaja.
SEK 28 KUASA MENGATUR PERMAINAN MUZIK DI TEMPAT BEBAS
KPD atau pegawai kanan polis yang diberi kuasa bertulis didalam daerah
itu boleh mengikut keadaan yang difikirkan patut, mengatur permainan
alat-alat muzik di tempat bebas didalam daerahnya.
SEK 31 KUASA MEMBUAT PERINTAH BERKURUNG
a) Seseorang Pesuruhjaya Polis atau KP negeri jika difikirkan
mustahak demi kepentingan keselamatan persekutuan atau
ketenteraman awam.
b) Boleh menghendaki orang ramai berada dalam rumah pada masa
dan kawasan yang ditetapkan tidak lebih 24 jam.
c) Menteri boleh melanjutkan perintah berkurung tidak lebih dari
14 hari.
d) Orang yang dikecualikan:-
- DYMM agong.
- Pasukan tentera / Polis yang bertugas.
- Mana-mana orang yang dikecualikan dalam perintah
berkurung.
e) Seseorang boleh memohon permit pengecualian daripada:
- Pesuruhjaya Polis atau KP Negeri.
- Pegawai polis tidak kurang pangkat Sub Inspektor.
- Pegawai awam yang diberi kuasa bertulis oleh pesuruhjaya polis atau
KP negeri.
SEK 35 ANGGOTA SUKARELA SIMPANAN
a) Mana-mana orang yang bukan anggota pasukan bersenjata atau
pasukan lain yang ditubuhkan mengikut undang-undang yang sah.
b) Berumur tidak kurang 18 tahun (tidak lebih 54 tahun) dan
mempunyai kelayakan / kelulusan yang ditetapkan boleh diterima
sebagai anggota sukarelawan simpanan.
SEK 36 PERLANTIKAN ANGGOTA SUKARELAWAN POLIS
a) Berpangkat ASP ke atas dilantik, dinaikkan pangkat atau buang
kerja oleh KPN dengan persetujuan menteri bagi pihak DYYM
Agong.
b) Berpangkat Inspektor hingga Cif Inspektor dilantik, dinaikkan
pangkat atau buang kerja oleh KPN.
c) Pegawai Rendah Sukarelawan simpanan dan konstabel dilantik,
dinaikkan pangkat atau buang kerja oleh pegawai pemerintah.
d) Segala lantikan, kenaikan pangkat, perletakkan jawatan atau
buang kerja yang berpangkat ASP ke atas hendaklah disiarkan dalam
warta kerajaan.
SEK 38 ANGGOTA SUKARELAWAN SIMPANAN DIMINTA
MELETAKKAN JAWATAN
Seseorang anggota sukarelawan simpanan boleh diberhentikan jika
didapati tidak menjalankan tugas dengan memuaskan dimana ia
dikehendaki membuatnya dari masa ke semasa.
SEK 39 SUMPAH OLEH PEGAWAI POLIS SUKARELAWAN SIMPANAN
a) Sebelum menjalankan tugas, setiap pegawai polis sukarelawan
simpanan dikehendaki mengangkat sumpah.
b) Sumpah dilafazkan dihadapan pegawai polis yang tidak kurang
pangkat ASP.
SEK 41 MELETAK JAWATAN
a) Setiap pegawai polis sukarelawan simpanan dibenarkan melatak
jawatan dengan memberi sebulan notis secara bertulis kepada
pegawai pemerintah.
b) Dengan syarat apabila dikehendaki berkhidmat, tidak boleh
meletak jawatan melainkan mendapat kebenaran pegawai pemerintah.
SEK 45 KUASA PEGAWAI POLIS SUKARELAWAN SIMPANAN
a) Pegawai polis sukarelawan simpanan yang sedang menjalankan
tugas polis mempunyai kuasa-kuasa dan tugas yang sama dengan
anggota polis biasa.
b) Berhak mendapat perlindungan dan dikenakan disiplin /
tatatertib mengikut taraf pangkatnya mengikut pegawai polis biasa.
SEK 47 PERLANTIKAN POLIS BANTUAN
a) KPN dengan persetujuan menteri boleh melantik atau
menaikkan pangkat pegawai polis bantuan dengan berpangkat
kehormat dari Inspektor ke Penguasa.
b) Pegawai pemerintah atau mana-mana pegawai polis yang diberi
kuasa bertulis olehnya boleh melantik pegawai polis bantuan dengan
pangkat kehormat dari konstabel hingga sub Inspektor.
SEK 48 SUMPAH OLEH PEGAWAI POLIS BANTUAN
Setiap pegawai polis bantuan sebelum menjalankan tugas hendaklah
mengangkat sumpah jawatan di hadapan pegawai kanan polis yang tidak
kurang pangkat ASP.
SEK 52 TANGGUNGAN UNTUK BERKHIDMAT DALAM SIMPANAN
a) Setiap pegawai polis warganegara malaysia yang telah bersara
adalah disenaraikan dalam simpanan pasukan PDRM.
b) Melainkan persaraan itu disebabkan oleh kesihatan atau
kecacatan tubuh badan atau bersara umur lebih 65 tahun.
SEK 55 PANGGILAN BERKHIDMAT
a) Anggota polis simpanan boleh dipanggil untuk berkhidmat
dengan perintah DYMM Agong apabila berlakunya pengisytiharan
darurat.
b) Dikehendaki melapurkan diri pada masa dan tempat seperti
yang diarahkan oleh KPN (ruj. Sek 56).
SEK 68 PENUBUHAN KADET KOR
a) Menteri boleh dengan perintah menubuhkan Kadet Kor di sekolah-
sekolah dengan mendapat kelulusan DYMM Agong.
b) Pasukan kadet kor hendaklah bergabung dengan pasukan polis tetapi
bukanlah sebagai anggota polis biasa.
SEK 69 ANGGOTA KADET KOR
a) Perlantikan anggota kadet kor bukanlah dari anggota pasukan
bersenjata persekutuan atau lain-lain pasukan yang ditubuhkan di
bawah mana-mana undang-undang.
b) Seseorang yang berumur lebih 21 tahun dan tidak lebih 55 tahun
boleh dilantik sebagai pegawai kanan kadet kor.
c) Pasukan kadet kor juga boleh ditubuhkan di sekolah-sekolah
sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
SEK 70 LANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PEMBUANGAN
ANGGOTA KADET KOR
a) Pegawai kanan kadet kor yang berpangkat ASP ke atas yang
ditetapkan oleh menteri boleh dilantik, naik pangkat atau buang kerja
oleh KPN.
b) Berpangkat Cif Inspektor termasuk Inspektor dilantik, naik pangkat
atau buang kerja oleh KPN.
c) Pegawai rendah kadet kor dilantik, naik pangkat atau buang kerja
oleh Pegawai Pemerintah.
SEK 73 PEMBUBARAN
Menteri dengan persetujuan DYMM Agong boleh memerintahkan sesebuah pertubuhan
kadet kor dibubarkan jika difikirkan mustahak.
SEK 74 PEGAWAI POLIS TERTAKLUK KEPADA PERATURAN
TATATERTIB
Semua pegawai polis adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan
tatatertib yang dibuat oleh DYMM Agong dari masa ke semasa dibawah
ceraian 132 (2) perlembagaan persekutuan atau SEK 96 akta ini.
SEK 75 DENDA DI KAMAR TATATERTIB
a) Denda-denda yang dikenakan di kamar tatatertib boleh diperolehi
daripada memotong atau menahan gaji tetapi tidak termasuk elaun-
elaun dan elaun kemahiran.
b) Jumlah potongan tidak boleh melebihi 1/7 gaji bulanan seseorang
anggota itu.
c) Jika lebih dari satu hukuman denda dikenakan, mestilah tinggalkan
¾ daripada gajinya tidak termasuk elaun-elaun lain.
SEK 76 PEGAWAI POLIS TIDAK BOLEH MENERIMA GAJI SEMASA
MENINGGALKAN PEKERJAAN ATAU DALAM PENJARA
a) Pegawai polis yang meninggalkan pekerjaan atau berada dalam
penjara tidak boleh menerima gaji, elaun atau elaun kemahiran
kecuali elaun sewa rumah.
b) Melainkan dengan pertimbangan pihak berkuasa tatatertib boleh
membenarkan gajinya dibayar tidak lebih ½ daripada gaji
bulanannya termasuk elaun sewa rumah.
SEK 78 TAHAN KERJA
a) Apabila difikirkan mustahak demi kepentingan orang ramai,
seseorang pegawai polis itu boleh diberhentikan daripada
menjalankan kuasa-kuasa dan tugas-tugas jawatannya dengan serta
merta.
b) Pihak berkuasa tatatertib boleh menahan kerja / tugas pegawai itu
sementara menunggu penyiasatan kelakuannya dibawah akta ini.
c) Pegawai polis yang ditahan kerja masih dianggap seolah-olah tidak
ditahan kerja dan akan tertakluk kepada kuasa-kuasa dan disiplin
pasukan.
d) Seseorang yang ditahan kerja sementara menunggu perbicaraan
mahkamah atau kamar tatatertib akan dibayar ½ gajinya dan elaun-
elaun lain.
e) Elaun sewa rumah akan dibayar sepenuhnya tetapi elaun kepandaian
(trade pay) tidak boleh dibayar semasa ditahan kerja.
f) Pihak berkuasa tatatertib boleh mengizinkan pembayaran gaji dan
elaun lebih dari yang diterima seperti di atas kepada pegawai itu
apabila difikirkan patut.
SEK 79 LEMBAGA PENYIASAT DIATAS KEMATIAN ATAU
KECEDERAAN PEGAWAI POLIS ATAU KEHILANGAN DAN
KEROSAKAN HARTA
a) Seseorang pegawai pemerintah boleh mengarahkan diadakan satu
lembaga penyiasat berkenaan dengan:
- kematian atau kecederaan mana-mana anggota polis.
- kehilangan atau kerosakan harta benda kerajaan yag diamanahkan
kepada pasukan polis.
b) Lembaga penyiasat akan mengandungi:
- Yang Dipertua - Seorang pegawai polis tidak kurang
pangkat ASP.