Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

XBOS3203 OCCUPATIONAL SAFETY II

TAJUK:
“TAHAP KESEDARAN TENTANG KESELAMATAN KEBAKARAN
DI KALANGAN PEKERJA DAN PIHAK PENGURUSAN”

1.0 PENGENALAN
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan dua perkara yang berbeza. Apakah yang
dimaksudkan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan? Menurut Strasser, Aron &
Bohn (1981) dalam Ismail Bahari (2006), keselamatan membawa maksud perbuatan atau
peristiwa yang tidak dirancang yang menyebabkan kecederaan atau kematian kepada
individu atau kerosakan kepada harta benda. Menurut Colling (1990) pula, keselamatan
merujuk kepada peristiwa yang tidak dirancang atau dikawal yang disebabkan oleh faktor
manusia, faktor keadaan persekitaran ataupun gabungan mana-mana faktor (Ismail Bahari,
2006). Keadaan ini akan mengganggu proses kerja bahkan boleh menyebabkan
kecederaan, kesakitan, kematian, kerosakan harta benda ataupun peristiwa lain yang tidak
dikehendaki. Menurut World Health Organization (WHO) dalam Tan Sri Lee Lam Thye
(2013), kesihatan adalah sesuatu yang sempurna daripada segi mental dan fizikal.
Kesihatan adalah kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi, mental, rohani dan
kecergasan biologi individu hasil daripada adaptasi individu terhadap persekitaran.

Terdapat empat jenis kemalangan yang sering berlaku ditempat kerja iaitu
keselamatan kebakaran, keselamatan elektrik, keselamatan ruang terkurung dan bekerja
pada ketinggian. Antara keempat-empat jenis kemalangan yang sering berlaku ini,
kemalangan kebakaran yang paling bahaya. Hal ini kerana apabila berlaku kemalangan
kebakaran semasa bekerja atau semasa tempoh beroperasi, ia boleh membahayakan
keselamatan hampir kesemua pekerja yang berada di dalam bangunan atau bilik yang
terbakar. Keadaan mangsa atau pekerja yang terdedah kepada bahaya ini boleh rentung
atau cedera parah. Justeru, penyelidikan ini lebih berfokus kepada kemalangan kebakaran.

Sebelum saya menghuraikan secara terperinci tentang sorotan literatur dan


penyelidikan berkaitan kemalangan kebakaran. Saya akan menghuraikan secara terperinci
tentang faktor berlakunya kemalangan kebakaran di tempat kerja. Umum mengetahui
bahawa setiap kemalangan kebakaran yang berlaku adalah disebabkan oleh beberapa
faktor. Sebahagian pihak sentiasa mementingkan diri sendiri dan menunding jari tanpa
mengetahui bahawa sesuatu kemalangan berlaku berpunca daripada diri kita sendiri. Faktor
pertama yang menyebabkan kemalangan kebakaran boleh berlaku adalah disebabkan
kegagalan pengurusan organisasi pekerjaan. Umum mengetahui bahawa setiap organisasi
seharusnya menyediakan tempat kerja yang selamat untuk para pekerja mereka. Walau
XBOS3203 OCCUPATIONAL SAFETY II

bagaimanapun, masih terdapat banyak organisasi yang tidak mematuhi standard piawaian
yang telah ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. Pihak pengurusan
organisasi seperti pegawai atau kontraktor yang bertugas tidak mengambil peduli terhadap
para pekerjanya yang terdedah kepada bahaya (hazard). Dalam sektor pembuatan,
terutamanya para pekerja, yang sebahagian besar daripada mereka semua bekerja dengan
menggunakan mesin. Dalam erti kata lain, kerja harian mereka bergantung kepada
penggunaan mesin di tempat kerja mereka. Justeru, kelalaian pihak pengurusan dengan
tidak melakukan servis dan penyemakan keselamatan mesin secara kerap boleh
mengakibatkanelas di sini bahawa pihak pengurusan hanya memikirkan keuntungan tanpa
berfikir panjang mengenai hazard di persekitaran tempat kerja. Sebahagian besar pihak
pengurusan mereka tidak memberikan kursus yang secukupnya mengenai cara
pengendalian mesin.

Selain itu, pihak pengurusan juga gagal menyediakan perkara asas keselamatan di
tempat kerja dimana mereka tidak menyediakan polisi keselamatan, tidak menubuhkan
jawatankuasa kecil bagi sesuatu projek dan tidak meletakkan sebarang papan tanda
keselamatan pada tempat yang sepatutnya. Contohnya, di kilang, pihak pengurusan
sepatutnya meletakkan papan tanda ‘hazard’ pada mesin-mesin tertentu yang lebih
terdedah kepada risiko kebakaran agar dapat memberi amaran dan peringatan kepada para
pekerja haruslah mengutamakan keselamatan terlebih dahulu ketika masuk ke kawasan
tapak pembinaan.

Seterusnya, pihak pengurusan tidak mengawal perkara penting di kilang atau


bangunan operasi seperti kawalan bahan kimia yang berbahaya, kawalan kemudahan
keselamatan, kawalan kemudahan kesihatan dan perlindungan pekerja serta kawalan
terhadap sistem kerja di mana kurangnya penyeliaan daripada pihak atasan sewaktu kerja-
kerja operasi dijalankan. Kelemahan pihak pengurusan dalam kerja-kerja operasi juga boleh
dilihat daripada penggunaan mesin atau loji serta peralatan yang sudah lama dan berkarat
bahkan berpotensi terdedah kepada bahaya. Perkara seperti berikut boleh mengundang
kemalangan ketika berkerja. Masalah komunikasi turut menjadi salah satu faktor
kemalangan ditempat kerja kerana maklumat yang disampaikan itu mungkin kurang jelas
ataupun bahasa yang kurang difahami menyebabkan berlakunya salah faham ketika
membuat kerja.

Faktor kemalangan kebakaran juga boleh berlaku disebabkan oleh kelemahan


pekerja itu sendiri. Antara kelemahan pekerja yang boleh dilihat adalah masalah peribadi
XBOS3203 OCCUPATIONAL SAFETY II

pekerja tersebut. Contohnya, masalah penglihatan dan masalah kesihatan. Terdapat


sebahagian pekerja mengabaikan masalah peribadi semata-mata untuk mencari rezeki.
Namun begitu, mereka tidak pula memikirkan mengenai bahayanya akibat yang bakal tiba.
Contohnya, sekiranya terdapat seorang pekerja yang ada masalah peribadi dan sedang
mengelamun sedang mengendalikan bahan-bahan asid dan bahan-bahan mudah terbakar
telah melakukan sedikit kecuaian, maka tidak mustahil kemalangan kebakaran boleh berlaku
sekelip mata. Seterusnya, pengabaian dalam memakai ‘Personal Protective Equipment’
(PPE) sewaktu berada di dalam kilang yang mana keselamatan adalah paling penting. Hal
ini adalah bertujuan untuk melindungi diri kita daripada bahaya bahan kimia.

Selain itu, sebahagian besar pekerja yang kurang mempunyai sifat bertanya pada
penyelia turut mengundang risiko untuk berlakunya kemalangan. Pekerja tidak bertanya
mengenai sesuatu yang tidak difahami tetapi hanya mengikuti kata-kata orang sahaja tanpa
menyiasat kebenarannya. Terdapat juga pekerja yang kelayakan akademiknya rendah
ataupun bidang yang dipelajari itu berlainan menyebabkan berlakunya ketidakcekapan
dalam pemahaman dan penerimaan arahan mahupun dalam membuat kerja. Tambahan
lagi, sebahagian pekerja tidak gemar bekerja secara berpasukan dan lebih suka membuat
kerja secara sendiri tanpa bantuan orang. Sikap begini adalah tidak elok kerana jika ada
kerja yang tersalah buat tanpa disedari, ia akan menimbulkan masalah pada orang lain dan
melambatkan proses kerja serta penghasilan produktiviti akan berkurang. Kadang-kadang
ada sesetengah pekerja gemar mengambil jalan pintas ketika membuat kerja tanpa
mengetahui baik buruknya kesan daripada itu. Tidak berdisiplin ketika membuat kerja juga
boleh mengundang kepada berlakunya kemalangan contohnya bergurau kasar ketika
membuat kerja.

Seterusnya, pekerja kurang kesedaran tentang kepentingan keselamatan dan


kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Kurangnya daya tumpuan ketika bekerja boleh
mengundang bahaya terutamanya bila pekerja tersebut cepat panik apabila berlaku sesuatu
yang tidak diigini. Hal ini boleh menyebabkan berlaku kemalangan dan melibatkan orang di
sekeliling tempat kejadian. Contohnya, seorang pekerja yang mempunyai masalah keluarga
dan membawa masalah tersebut ke tempat kerja sehingga hilang fokus sewaktu bekerja.
Segelintir pekerja yang suka bersosial seperti ke kelab malam selepas pulang dari kerja
turut menjejaskan keadaan persekitaran di tempat kerja. Apabila pekerja tidak mendapat
rehat yang cukup, mereka pasti mengantuk ketika melakukan kerja pada keesokan hari. Hal
ini boleh menjejaskan prestasi kerja dan mengganggu orang lain meneruskan tugasan
mereka jika ada kerja yang perlu dibuat bersama pekerja lain.
XBOS3203 OCCUPATIONAL SAFETY II

2.0 LATAR BELAKANG PENYELIDIKAN


Mutakhir ini, Malaysia sering dikejutkan dengan berita kebakaran premis-premis dan
bangunan di mana puncanya adalah daripada kemudahan atau peralatan yang berada di
dalam bangunan tersebut. Perenggan di bawah menunjukkan sebuah kenyataan berita
kebakaran yang berlaku di pejabat Kumpulan Simpanan Wang Pekerjaan (KWSP).

“Petaling Jaya: Kebakaran di pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP)


di sini dipercayai berpunca daripada percikan api semasa kerja penyelenggaraan
sedang dijalankan di tingkat satu bahagian luar bangunan berkenaan. Timbalan
Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid
berkata, bangunan berkenaan didapati menggunakan bahan pelapis iaitu 'polyfoam'
yang mudah terbakar. "Daripada kajian dan siasatan awal, dinding bangunan ini
dipasang menggunakan bahan mudah terbakar dan tidak diluluskan oleh mana-
mana pihak. "Kebakaran bermula dari tingkat satu yang sedang dijalankan kerja
penyelenggaraan. Beliau berkata kebakaran melibatkan bahagian luar bangunan
serta sebahagiannya di dalam tingkat enam bangunan itu. Bagaimanapun kata
Soiman, seramai 527 orang pekerja yang berada di bangunan itu ketika kejadian
telah dikeluarkan dan ditempatkan di kawasan lapang berdekatan. "Pihak bomba
menerima panggilan kecemasan pukul 11.52 pagi dan tiba tujuh minit kemudian,
Operasi memadam kebakaran mengambil masa kira-kira 30 minit." katanya.
Sementara itu, beliau berkata ini kali pertama kejadian kebakaran melibatkan
'cladding' (bahan pelapis) yang mudah terbakar berlaku di negara ini. Katanya,
mana-mana bangunan yang menggunakan bahan mudah terbakar dan tidak
memenuhi spesifikasi ditetapkan telah melanggar Undang-undang Kecil Bangunan
Seragam 1984. "Secara tidak langsung, bangunan (KWSP) telah melanggar undang-
undang ini," katanya.”
(Mashariman Ku Mahmod, 2018)

Perenggan artikel akhbar di atas, jelas menunjukkan isu kebakaran yang telah tular dua
tahun yang lepas telah membuka mata pelbagai pihak untuk lebih berhati-hati dan peka
terhadap bangunan operasi syarikat. Isu kebakaran di atas jelas menunjukkan kecuaian
daripada pihak keselamatan pekerjaan KWSP yang kurang peka terhadap Undang-undang
Kecil Bangunan Seragam 1984 berkenaan bahan pelapis. Hal ini telah menyebabkan KWSP
telah dikenakan saman kerana telah melanggar undang-undang tersebut. Berdasarkan isu
XBOS3203 OCCUPATIONAL SAFETY II

ini dan beberapa artikel yang telah dipilih dan dilakukan pembacaan secara analitikal, saya
memilih bidang keselamatan kebakaran kerana bidang ini amat penting dan wajar untuk
dilakukan penyelidikan bagi mendapatkan maklum balas daripada beberapa pengurusan
syarikat khususnya bahagian keselamatan pekerjaan berkenaan kesedaran tentang
keselamatan kebakaran. Hal ini kerana, kecuaian dan kurang kesedaran pihak pengurusan
boleh meragut nyawa dan membahayakan keselamatan pekerja-pekerja yang berada di
dalam sebuah bangunan atau bilik apabila berlaku kebakaran.

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Empat artikel telah dipilih dan dilakukan pembacaan serta dianalisis bagi menilai
kekurangan kajian untuk diperhalusi dan diisi kekosongan tersebut. Artikel yang pertama
merupakan penulisan penyelidikan daripada Maswan Mukhtar (2001) yang bertajuk Tahap
Pengetahuan Tentang Tahap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Kalangan Pekerja
Kilang Elektronik Di Shah Alam. Kajian ini lebih memfokuskan terhadap masalah kurangnya
pengetahuan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sebuah kilang elektronik
yang terletak di Shah Alam. Menurut Maswan Mukhtar (2001), data mendapati bahawa
hampir 80% pekerja kurang pengetahuan berkenaan perundangan, hak pekerja dan
prosedur keselamatan dan kesihatan sekiranya terjadi sebarang kemalangan di premis
pekerjaan. Setelah diteliti hasil penyelidikan di sini, penulis tegas menyatakan bahawa tahap
pengetahuan di kalangan pekerja amat penting supaya risiko menghadapi sebarang
kemalangan adalah rendah. Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa kesedaran
perlu timbul di kalangan pekerja atau pihak pengurusan agar individu rasa
bertanggungjawab mengikut Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan bagi
mengelakkan daripada berlakunya sebarang kemalangan.

Artikel yang kedua ditulis oleh Siti Nakiah, Noor Raudhiah dan Azharuddin pada
tahun 2015 berkenaan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesedaran Pekerja Terhadap
Amalan Keselamatan Pekerjaan.
XBOS3203 OCCUPATIONAL SAFETY II

Tajuk yang akan difokuskan di dalam penyelidikan ini adalah berkenaan “Tahap
Kesedaran Tentang Keselamatan Kebakaran Di Kalangan Pekerja dan Pihak Pengurusan”.
Tajuk ini diperoleh setelah melakukan beberapa penyelidikan dan pembacaan beberapa
artikel terutamanya isu-isu berkenaan keselamatan pekerja. Mengapakan tajuk ini begitu
penting untuk dikupas dan dikaji? Hal ini kerana kebakaran yang berlaku tidak boleh
dijangka bila, dimana dan bagaimana. Namun, kesedaran pekerja dan pihak pengurusan
menentukan tahap keselamatan kebakaran di setiap premis. Kesedaran ini yang
menentukan kepekaan pihak pengurusan untuk melakukan pemeriksaan dan audit setiap
struktur bangunan dan kemudahan di premis. Selain itu, kesedaran ini juga menentukan
cara berfikir dan bertindak para pekerja apabila menghadapi situasi kebakaran dan
menentukan usaha yang dilakukan untuk mencegah kebakaran.

4.0 OBJEKTIF PENYELIDIKAN

Objektif kajian ini adalah:

i. Mengenal pasti tahap kesedaran pihak pengurusan terhadap keselamatan


kebakaran.
ii. Mengenal pasti tahap kesedaran pekerja terhadap keselamatan kebakaran.

5.0 SOALAN PENYELIDIKAN

Berdasarkan kepada objektif yang telah ditetapkan, antara soalan-soalan yang akan dijawab
untuk menghasilkan laporan ialah;
XBOS3203 OCCUPATIONAL SAFETY II

i. Sejauhmana tahap kesedaran pihak pengurusan dan pekerja terhadap keselamatan


kebakaran?

6.0 METODOLOGI

7.0 RUJUKAN

Mashariman Ku Mahmood. (2018). Percikan Api Punca Kebakaran Bangunan KWSP.


Diakses pada 14 Julai 2020 dari https://www.bharian.com.my
Buku
Datuk Dr. Hj Mohd Ismail Merican. 2008. Garis Panduan Pencegahan Kemalangan di
Tempat Kerja. Putrajaya: Unit Kesihatan Pekerjaan. Hal. 20.
Ismail Bahari. 2006. Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi Kedua.
Universiti Kebangsaan Malaysia: Mc Graw Hill. Hal. 87.
Ismail Bahari. 2002. Pengaturan Sendiri di Dalam Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Hal. 69.
XBOS3203 OCCUPATIONAL SAFETY II

Kamal Halili Hassan. 2001. Undang-undang Keselamatan Industri di Malaysia. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 112.
Maimunah Aminuddin. 2013. Malaysian Industrial Relations & Employment Law. 8th Ed.
Shah Alam: Mc Graw Hill. Hal. 86.
Artikel
Hapriza Binti Ashari 2004. “Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan: Tanggungjawab siapa?”
Jurnal kemanusiaan bil, (99)
Internet
Herney Aqilah Kay. 2012. Maksud Keselamatan, Kesihatan dan Kemalangan
http://www.slideshare.net/herneyaqilah/maksud-keselamatan-kesihatan-dan-
kemalangan Diakses pada 1 Mei 2016.
Zakaria M Yusof. 2015. Isu-Isu Semasa Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Dalam Industri Pembinaan Malaysia https://www.researchgate.net/publication
/265315355_ISUISU_SEMASA_PENGURUSAN_KESELAMATAN_DAN_KESIHATA
N PEKERJAAN_DALAM INDUSTRI_PEMBINAAN_MALAYSIA Diakses pada 4
April 2016.
Tan Sri Lee Lam Thye. 2013. Pastikan sistem pengurusan keselamtan dilaksanakan di
tempat kerja http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130613/
re_03/Pastikan-sistem-pengurusan-keselamatan-dilaksanakan-di-tempat-kerja
Diakses pada 1 Mei 2016.
Borneo Post October 6, 2015. Usaha Kurangkan Kemalangan di Tempat Kerja Kepada 2.58
Kes Bagi Setiap 1,000 Pekerja Tahun Depan http://www.theborneopost.com /2015
/10/06 /usaha kurangkan-kemalangan-di-tempat-kerja-kepada-2-58-kes-bagi-setiap-
1000-pekerja-tahun- depan/ Diakses pada 15 Mei 2016.
Sinar Harian Online mei 4, 2016. Tidak Patuhi SOP Punca Kemalangan Tempat Kerja
http://www.dosh.gov.my/index.php/en/resources/in-the-news/1699-tidak-patuhi-sop-
punca-kemalangan-tempat-kerja-sinar-harian-online. Diakses pada 8 Mei 2016.

You might also like