Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KENT

NAMA PELAJAR : AISHAH SALSABILA AHSIM

ANGKA GILIRAN : 2020062340052

NOMBOR KAD PENGENALAN : 010308-07-0830

KUMPULAN/UNIT : PISMP BM (SK) 1 AMBILAN JUN 2020

KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB3033 (KESUSASTERAAN MELAYU)

NAMA PENSYARAH : PUAN PARIDAH BINTI MAMAT

TARIKH HANTAR : 24 FEBRUARI 2021

TUGASAN 1 : PENULISAN ESEI

MARKAH KERJA KURSUS :

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Saya telah menerima maklum balas kerja kursus tugasan 1, 2 dan 3 melalui GC.

Nama Pensyarah: Puan Paridah binti Nama Pelajar: Aishah Salsabila Ahsim
Mamat

Tandatangan tarikh: Tandatangan :

Tarikh: Tarikh:
Penghargaan

Alhamdullilah, bersyukur hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya yang


dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya
amat berbangga kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan usaha saya sendiri.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih yang amat tinggi kepada pensyarah
kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan beliau telah memberikan tunjuk ajar dan bimbingan
untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tanpa bimbingan beliau, saya tidak akan
dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan lengkap dan sempurna.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa
kerana menjadi tulang belakang saya dalam menjayakan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan sokongan serta bantuan dari segi kewangan dalam menjayakan kerja kursus ini.
Tanpa sokongan mereka berdua, tidak mungkin saya dapat menyiapkan kerja kursus ini
dengan jayanya.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dari segi
sokongan moral. Mereka telah banyak membantu dalam melakukan sesi perbincangan di dalam
kelas. Kami saling bertukar-tukar pendapat bagi mendapat jalan solusi untuk menjayakan kerja
kursus ini.

Konklusinya, terima kasih diucapkan kepada mereka semua yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam membantu saya menjayakan kerja kursus ini.

2
ISI KANDUNGAN

BIL (BAHAGIAN A) TAJUK MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1

2.0 Sejarah Perkembangan Sastera Melayu : 2


tahun 1980 an hingga 2019

3.0 Evolusi Penulisan Sejarah 3

4.0 Lima Genre Kreatif Puisi dan Prosa Melayu 6


Moden
Sajak
Cerpen
Drama
Novel
5.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 9

6.0 Analisis Kajian Teks Sastera Puisi Moden

7.0 Kesimpulan

8.0 Sumber Rujukan

9.0 Lampiran

3
1.0 Pengenalan

Kesusasteraan Melayu ialah perkara yang tidak asing dalam kalangan masyarakat Melayu.
Bidang kesusasteraan ialah bidang yang perlu dipelihara kerana merupakan warisan negara
yang sangat berharga. Disebabkan bidang ini masih relevan sehingga kini, ianya bidang yang
disifatkan seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas memandangkan ianya membawa
imej kebudayaan Melayu. Istilah kesusasteraan berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu daripada
perkataan „su‟ yang bererti elok, indah, cantik, perkataan „sas‟ bermaksud memberikan panduan
dan „tera‟ ialah media, karya, bahan atau pemikiran pengarang. Dalam erti kata lain, „susastera‟
ialah karya bahasa yang mempunyai ciri-ciri istimewa dan terkandung elemen seni dalam
penciptaannya. Penambahan imbuhan apitan „ke…an‟ pada perkataan susastera menjadikan
dapat difahami sebagai kesenian yang bersifat halus, indah dan kata-kata suci (Md. Hasri,
2013).

Dalam konteks pendidikan, sastera didefinisikan sebagai karya asli dan primitif yang tercatat
dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan gaya bahasa yang terdiri
daripada pelbagai penceritaan seperti dalam karya cerpen, novel, drama, sajak, prosa
tradisional atau puisi tradisional. Setiap karya yang ditulis ini bertujuan mengimbangi
perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan
dan citra masyarakat. Istilah kesusasteraan menurut tokoh diertikan sebagai hasil pengkaryaan
seseorang, iaitu hasil daripada pengamatan, kepekaan, sensitiviti dan daya kecelikan intelek
pengarang terhadap pelbagai fenomena kehidupan sekitarnya (Mana Sikana, 1990). Melalui
karya yang dihasilkan, tersimpul pelbagai pengalaman, perasaan, sikap dan pemikiran.
Kesusasteraan sebagai karya bahasa yang menyatakan pengalaman dan perasaan manusia
secara kreatif (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003). Menurut tafsiran daripada (KPM),
sastera ialah karya asal yang ditulis dalam bahasa Melayu termasuk karya jenis bertulis
mahupun karya jenis lisan yang direkodkan. Selain itu, karya yang berfungsi sebagai alat
pendidikan untuk mengimbangi perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani.

Sastera yang bertapak di Malaysia sejak dahulu lagi mempunyai sejarah perkembangannya
yang tersendiri. Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah merupakan antara bentuk karya
sastera lama iaitu dari abad ke-17. Dengan perkembangan sastera sejarah mengikut peredaran
zaman, pelbagai corak pengarang dapat dilihat berpandukan beberapa kajian dan dijadikan
rujukan. Dengan itu, mucul pelbagai teori-teori sastera janaan sarjana sastera Melayu yang

4
mencetus fenomena baharu dalam dunia sastera di Malaysia. Kemuculan teori-teori difaktorkan
oleh kelemahan-kelemahan teori sastera Barat yang disifatkan oleh beberapa sarjana sastera
Melayu di Malaysia sebagai tidak dapat menjelaskan makna dalam sesebuah teks hasil karya
penulis Melayu Islam, atas alasan teori-teori sastera Barat tidak menitikberatkan aspek agama
dan elemen jati diri Melayu ( Abdul Halim Ali, 2013). Daripada kajian kepustakaan, terdapat
empat asas yang dijadikan sandaran teori, iaitu Islam, Melayu, estetika bahasa dan potensi
kreatif. Dalam Islam, Teori Takmilah dan Pengkaedahan Melayu berasaskan kepada Melayu
dan Islam.

5
2.0 Sejarah Perkembangan Sastera Melayu : tahun 1980 an hingga 2019

Perkembangan sastera Melayu pada tahun 1980 telah memasuki fasa kesusasteraan
melayu moden yang berkembang dari tahun 1980 sehingga tahun 1989. Tema kepengarangan
karya pada ketika itu berteraskan kepada tema Islamik. Perkembangan karya sastera tempatan
dapat dilihat melalui gaya penulisan pengarang yang menggunakan pendekatan teori sendiri
dalam menghasilkan karya mereka berteraskan peradaban Melayu dalam Islam.

3.0 Evolusi Penulisan Sejarah

Abdullah Munsyi dikenali sebagai pelopor sastera moden. Pada permulaan karya beliau,
didasari dengan peristiwa-peristiwa tertentu dan pengalaman yang dialami sendiri
menggunakan pendekatan jurnalistik. Gaya penulisan beliau lebih tertumpu kepada nilai
modenisme seperti realistik, tiada fantasi dan mengkritik secara terus sesuatu peristiwa. Beliau
juga merupakan tokoh pertama yang berani memberikan kritikan-kritikan tajam, realistik dan
berani terhadap masalah-masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu.
Shamsiah Mohd. Nor, Zaharah Ibrahim, Siti Aishah Murad, Nina Kirana, Webah Salleh, Ghazali
Ngah Azia, Marsli N.O, Hasanuddin Mat Isa dan Abu Hassan Morad merupakan antara penulis
yang muncul pada perkembangan sastera moden pada 1980-an. Kebanyakan sastera yang
dihasilkan pada waktu itu bertemakan novel popular, novel remaja, sajak dan cerpen. Keris Mas
pula menghasilkan novel yang menceritakan keadaan semasa bertajuk Saudagar Besar dari
Kuala Lumpur dan hingga kini, pelbagai prosa moden telah diterbitkan.

4.0 Lima Genre Kreatif Puisi dan Prosa Melayu Moden

Terdapat lima genre iaitu puisi yang terdiri daripada sajak dan prosa moden iaitu cerpen,
novel dan drama.

4.1 Sajak

Sajak ialah genre puisi Melayu moden dan merupakan ciptaan kesenian yang dihasilkan
secara bebas dan tidak terikat pada pola-pola tertentu dalam menyampaikan sesuatu mesej
(Khairuddin Mohamad, 2015). Oleh itu, sajak ialah sebuah karangan berangkap dengan bentuk
bebas yang sudah menyimpang daripada bentuk puisi lama ( Abd. Rahim Ismail & Khairuddin
Mohamad, 2017). Pada tahun 1980-an, pemikiran yang dibawa dalam sajak adalah tentang
perubahan yang perlu dilaksanakan oleh anggota masyarakat terhadap pertembungan budaya

6
Timur dan Barat, maruah bangsa, pembangunan minda masyarakat, kepentingan alam sekitar,
ketuhanan dan hal-hal kewanitaan. Pemikiran-pemikiran ini terus diserap oleh penyajak pada
tahun 1990-an hingga kini. Pemikiran-pemikiran baharu ini turut mendapat tempat dalam
kalangan penyajak lama dan penyajak baharu.

4.2 Prosa Melayu

Prosa Melayu moden terdiri daripada tiga komponen utama iaitu cerpen, drama dan
novel. Definisi cerpen ialah satu kisah rekaan yang ringkas dengan jumlah perkataannya kira-
kira 500 hingga 15000 patah perkataan. Cerpen mengandungi kesatuan yang dapat dicapai
terutamnya melalui plot di samping beberapa unsur lain seperti tema, latar, watak, gaya dan
sebagainya. Drama pula bermaksud satu kisah yang diceritakan dalam bentuk lakonan oleh
pelakon yang memegang watak dalam cerita tersebut. Novel pula ialah kisah rekaan panjang
yang diceritakan dalam bentuk prosa.

4.2.1 Cerpen Kanak-Kanak dan Remaja

Cerita pendek ialah sebuah genre yang diproduksikan berdasarkan kisah-kisah


kehidupan sama ada peristiwa sebenar atau rekaan semata-mata dalam bentuk naratif ringkas
dan mudah. Penerbitan cerpen disertakan dengan ilustrasi untuk menjelaskan cerita serta
menjadikan cerita dan pembacaannya lebih menarik. Penelitian yang diberikan ialah
mempunyai tema iaitu gagasan cerita atau pokok persoalan kepada pembaca. Contohnya,
tema penegmbaraan, kepahlawanan, kekeluargaan, fiksyen sains, penyiasatan, pelajar,
hubungan kaum, kekeluargaan, haiwan dan hantu. Perkembangan penghasilan cerpen semakin
rancak pada tahun 1990-an.

4.2.2 Drama Kanak-Kanak dan Remaja

Pada awal 1980-an, kebanyakan buku drama kanak-kanak terdiri daripada kumpulan
beberapa buah skrip drama pendek. Contohnya, terdapat skrip dengan helaian muka surat
antara sembilan hingga 14 halaman muka surat sahaja. Pada waktu ini lebih ditekankan aspek
dialog berbanding lakonan. Skrip drama mempunyai senarai pelakon dan memaparkan situasi
lakonan secara ringkas sahaja. Malah, terdapat skrip drama yang bertujuan memberi panduan
khusus untuk guru-guru sekolah membantu murid berlakon. Contohnya, menerangkan
perkataan yang sukar, menunjukkan gaya pertuturan yang betul dan memilih murid-murid yang
sesuai untuk melakonkan watak-watak tertentu. Jenis-jenis drama yang berkembang dari 1982
ialah drama realisme yang menyentuh kehidupan masyarakat seharian seperti kehidupan

7
berkeluarga, sekolah dan pergaulan kanak-kanak. Selain itu, drama fantasi alam haiwan dan
tumbuh-tumbuhan seperti Dewi Bunga pada tahun 1981, drama sejarah seperti kisah
perjuangan menuntut kemerdekaan seperti Sarjan Hassan, drama muzikal yang mengandungi
nyanyian dan muzik seperti Lagu Tiga Kupang dan Dewi Bunga yang menyelitkan lagu-lagu
rakyat seperti Geylang Si Paku Geylang, Ikan Kekek, Trek-Tek-Tek dan Tarian Piring. Drama
fiksyen sains dikesan pada tahun 1982 berjudul Mengembara ke Planet X.

4.2.3 Novel Kanak-Kanak dan Remaja

Sejarah perkembangan novel kanak-kanak dan remaja pada tahun 1980-an bermula
dengan kemunculan novel bertajuk Merbuk karya Mokhtar Hj. Jamaludin yang merupakan jenis
novel satira dan realisme. Jenis novel ini menyentuh tentang alam haiwan dan benda. Novel-
novel realisme pula banyak mengkaji kehidupan pelajar seperti novel Fadhila karya Othman
Puteh, Buang Yang Keruh dan Murni karya Nazel Hashim Mohd. dan Bukan Satu Jalan
Bahagia karya Shahidan Mohd Noh. Terdapat juga novel menyorot dunia gadis seperti novel
Siti Dasimah karya Rahimy. Pada awal dekad 1980-an, muncul tema-tema baharu seperti tema
sukan dalam novel Bintang Harapan karya Abdul Ahmad dan kisah tentang budaya tempatan
seperti novel Bercuti Bersama Nenek karya Abdul Rahman Che Mat. Novel ini mengisahkan
tentang penenunan songket songket, kilang batik dan pembuatan keropok.

Peranan Pejabat Karang Mengaran Sultan Idris Training College (SITC) amat penting
dalam memberikan sumbangan kepada perkembangan novel kanak-kanak dan remaja. (SITC)
telah menganjurkan Peraduan Mengarang Cerita-cerita Panjang (Novel) dan menjadi semakin
rancak khususnya pada tahun-tahun 1970-an.

4.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Dewan Bahasa dan Pustaka yang dahulunya dikenali sebagai Balai Pustaka memainkan
peranan penting iaitu sebagai perintis dalam dunia penerbitan buku di Malaysia daripada
penggubalan Akta DBP 1959 (Pindaan 1978) yang memperuntukkan untuk menerbitkan buku,
majalah, risalah dan bentuk persuratan lain ke dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa
lain. Penubuhan DBP sehingga kini telah berjaya menerbitkan pelbagai bahan bacaan yang
merangkumi buku umum, buku teks, ensiklopedia, kamus, glosari dan majalah. Dalam konteks
sastera berkenaan antolologi kreatif, DBP telah melibatkan diri kepada industri kreatif (Rohaya
Md. Ali, 2018). Oleh itu, penyebaran dan pendedahan sastera khususnya sastera moden
kepada masyarakat dapat dipertingkatkan. Contohnya, penerbitan kreatif Dasar Industri Kreatif

8
Negara (DIKN) seperti penerbitan layar, lagu, digital dan sebagainya. Penglibatan DBP dapat
dilihat iaitu penerbitan adaptasi novel ke bentuk drama mahupun telefilem. Menurut rekod pada
tahun 2006, DBP telah bekerjasama dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk
mengadaptasi novel dan cerpen seperti Mufarakah karya Rahman Shaari, Senjakala karya
Baharuddin Kahar, cerpen Cahaya Pada Jiwa karya Faisal Tehrani. Pada tahun 2008, turut
diterbitkan drama bersiri iaitu Lepaskan Aku Kembali Ke Laut karya Rahman Shaari. Selain itu,
DBP juga memasarkan bahan terbitan. Contohnya, menghasilkan Klip Video Lagu Puisi (DVD)
dan Koleksi Puisi Bermontaj. Malahan, DBP juga perlu mamasuki industri kreatif melalui
platform media terkini misalnya Youtube dan Spotify supaya dapat menarik penonton
khususnya remaja supaya kekal relevan (Saifulilizan Yahaya & Mohd Hafizi Ahmad (2018).

5.0 Sastera Digital

Teknologi digital merupakan medium penyampaian terkini sebagai wadah untuk


mengembangkan bidang kesusasteraan kepada masyarakat yang tidak asing lagi dengan
penggunaan gajet. Beberapa sastera rakyat Melayu berkembang menjadi industri kreatif dan
menyumbangkan kepada peningkatan ekonomi malahan ditayangkan di luar negara dapat
ditelusuri melalui tiga adaptasi utama. Pertama ialah adaptasi sastera rakyat kepada filem. Hal
ini dapat dilihat seperti Hikayat Merong Mahawangsa pada tahun 2011 terbitan KRU studio
yang merupakan sebuah filem epik sejarah Melayu. Malahan, bagi pasaran dunia di United
Kingdom berjudul Clash of the Empires. Kedua ialah adaptasi sastera rakyat kepada animasi.
Pada Zaman Dahulu yang diterbitkan pada 2011 merupakan antara animasi popular terbitan
Les‟ Copaque Production. Animasi ini mengisahkan siri cerita Sang Kancil yang diadaptasi
daripada cerita rakyat iaitu cerita binatang dan manuskrip Melayu dalam pemuliharaan dan
secara digital. Contohnya, Hikayat Ular Nangkawan (1842) yang dipelihara dalam bentuk digital.
Manuskrip Melayu ini antara yang unik di Perpustakaan Negara Malaysia .

9
7.0 Analisis Kajian Teks Sastera Puisi Moden

Kajian tentang puisi moden yang akan dianalisis ialah sajak nukilan sasterawan negara iaitu
Zurinah Hassan berjudul “Belajar Dari Itik” dengan mengaplikasikan teori sastera tempatan
yang berfokuskan kepada teori pengkaedahan Melayu. Berdasarkan sajak ini, penulis
menggunakan laras bahasa yang mudah difahami oleh pembaca dan menggunakan
pendekatan teori pengkaedahan Melayu yang berkategorikan pengkaedahan alamiah.

Pendekatan yang digunakan dalam pengkaedahan alamiah ini ialah pendekatan moral.
Terdapat pengajaran dan nilai moral yang berkaitan dengan pengalaman hidup sama ada
positif atau negatif. Pengajaran yang diperoleh ialah kita mestilah berusaha untuk mendidik
anak dengan kaedah yang betul. Hal ini dapat dibuktikan apabila watak ibu muda itu cuba untuk
belajar daripada anak itik yang dilihat tenang mengikut ibunya di hadapan. Pengalaman yang
diluahkan dalam sajak merupakan contoh teladan yang baik untuk diikuti. Karya sastera
menepati konsep pustaka yang terkandung pengajaran dan pengetahuan (Hashim Awang,
2001).

Pengkaedahan alamiah yang digunakan lebih berfokus kepada pendekatan moral dan
pendekatan gunaan. Oleh itu, pengkaedahan alamiah ini menggunakan pendekatan
berdasarkan cara dan sikap hidup masyarakat Melayu. Pada rangkap pertama sajak,
pendekatan gunaan iaitu adanya tempat seperti tasik dan taman yang menjadi objek alam
ciptaan manusia. Sajak ini menggambarkan cara hidup dan sikap masyarakat Melayu yang
mempunyai kaitan yang kuat dengan alam sebagai sebahagian daripada diri dan kehidupan.
Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan elemen alam iaitu tasik yang digambarkan cantik.
Penulis juga menggunakan rima a,b,a,b untuk dalam menceritakan kisah yang ingin diutarakan.

Konsep alamiah bertitik tolak daripada masyarakat Melayu yang memiliki kehidupan yang
sangat erat, intim dan akrab dengan alam. Masyarakat Melayu menjadikan alam sebagai
pengajaran dalam kehidupan seharian. Dalam rangkap ketiga, penulis menonjolkan watak ibu
muda yang dilihat cakna dengan keadaan sekeliling seperti adanya ibu itik yang berada di atas
tasik bersama-sama dengan anaknya. Hal ini menepati konsep yang diutarakan dalam
pengkaedahan alamiah iaitu masyarakat Melayu begitu sensitif terhadap persekitaran yang
berlaku di sekeliling mereka.

10
Dalam rangkap ini, penulis menggunakan unsur alam sebagai sumber daya kreativiti
mereka untuk mengungkap dan merakam segala kejadian dan peristiwa alam. Oleh itu, unsur
pendekatan gunaan digunakan dalam pengkaedahan Melayu contohnya seperti itik yang
menjadi objek kepada konsep alamiah dengan memerhati kedudukan ibu dan anak itik.
Malahan, dalam barisan yang tenang merupakan peristiwa sekeliling bahawa habitat itik berada
di dalam air.

Masyarakat Melayu mempunyai hubungan akrab dengan alam yang merangkumi alam
tumbuhan, alam haiwan dan alam cakerawala. Penulis telah menyentuh jenis alam iaitu haiwan
dan cakerawala. Hal ini kerana, teori ini berdasarkan semua aspek kehidupan manusia yang
merangkumi cara dan sikap hidup, kepercayaan dan kebudayaan setempat dalam masyarakat
Malaysia. Contoh dalam rangkap sajak seperti berikut:

Nilai murni seperti bertanggungjawab dapat dilihat dalam watak ibu muda yang mahu
memberikan didikan yang terbaik kepada anaknya dengan menjadikan watak itik sebagai
contoh terdekat. Contohnya, ibu muda itu menimbulkan persoalan kepada dirinya dengan
membuat refleksi diri untuk berusaha membimbing anak supaya menjadi anak yang kaya
dengan adab dan sopan santun. Dalam gagasan pengkaedahan Melayu, jelaslah bahawa nilai-
nilai tepat, padat dan menyeluruh sesuai dengan kehidupan masyarakat Melayu yang amat
peka dengan alam persekitaran.

Teori Pengkaedahan
Melayu

Pengkaedahan Keagamaan
Pengkaedahan Alamiah
1. Pendekatan Dakwah
1. Pendekatan Gunaan
2. Pendekatan
2. Pendekatan Moral
Kemasyarakatan
3. Pendekatan Firasat
3. Pendekatan Seni
11
Rajah 7.1 menunjukkan Teori Pengkaedahan Melayu

12
8.0 Kesimpulan

Bidang sastera mempunyai pelbagai cabang yang boleh dipelajari seperti adanya
kesusasteraan Melayu, teori dan kritikan yang merupakan khazanah ilmu yang tidak ternilai.
Seiring dengan peredaran zaman dan kecanggihan teknologi masa kini, karya-karya sastera
tradisional seharusnya dijaga dan disimpan supaya boleh ditunjukkan kepada generasi muda.
Pelbagai pendekatan sesuai dilakukan seiring dengan revolusi maklumat yang dapat kita lihat
pada sejarah perkembangan sastera Melayu. Genre sastera yang mempunyai identiti sendiri
menunjukkan akan akal dan keistimewaan orang Melayu untuk mengekspresikan seni bahasa
semasa berkomunikasi. Dalam konteks mengajar, murid juga boleh mengasah kosa kata
bahasa semasa membuat aktiviti secara berkumpulan. Pendedahan awal seharusnya dilakukan
oleh badan yang bertanggungjawab seperti DBP untuk menggalakkan murid mendalami ilmu
sastera. Oleh itu, peranan insitusi seperti DBP seharusnya dijalankan dengan sebaik mungkin
supaya sentiasa relevan dengan keperluan semasa. Dengan itu, bidang sastera tidak luput dek
hujan, tidak lekang dek panas memandangkan sastera ialah khazanah dan menonjolkan identiti
Melayu itu sendiri.

13
9.0 Sumber Rujukan

Abd. Rahim Ismail & Khairuddin Mohamad (2017), Kesusasteraan Melayu, Petaling Jaya:
Sasbadi Sdn. Bhd
Hashim Awang (2001), Kritikan Kesusastraan Teori dan Penulisan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Rohaya Md. Ali (2018), Sastera Rakyat Media Digital, diambil daripada
https://www.researchgate.net/publication/323906061_SASTERA_RAKYAT_MEDIA_DIG
ITALpdf pada 23.02.2021
Abdul Halim Ali (2013), Asas Pembinaan Teori Sastera Oleh Sarjana Sastera di Malaysia,
diambil daripada https://core.ac.uk/download/pdf/322457055.pdf pada 23.02.2021
Khairudin Mohamad (2015), Genre Kesusasteraan Melayu dalam PdP Bahasa Melayu,
Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
Mana Sikana (1990), Pendekatan Kesusasteraan Moden, Bandar Baru Bangi: Penerbit
Karyawan
Md Hasri (2013), Keunikan dan Keistimewaan Kesusasteraan, diambil daripada
https://www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU pada 23.02.2.21
Zurinah Hassan (2021), Belajar Dari Itik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

14
10.0 Lampiran

Zurinah Hassan (2021), Belajar Dari Itik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

15

You might also like