Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Faktor

Dari segi politik pula, kuasa-kuasa barat berhasrat untuk meluaskan empayar masing-masing bagi
meningkatkan imej sebagai kuasa hegemoni di mata dunia. Kuasa barat yang mempunyai tanah
jajahan yang luas akan disanjungi dan dihormati. Persaingan dalam kalangan kuasa-kuasa barat ini
telah mempercepat lagi proses campur tangan mereka di Asia

Agama

Perang Salib telah mendorong kuasa barat mengkristiankan masyarakat tempatan di negara-negara
Asia Tenggara bagi menyaingi pengaruh agama Islam yang kukuh bertapak di Asia

kuasa-kuasa barat menghasilkan kapal berkuasa wap untuk mengharungi lautan yang luas.
Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan perjalanan dan menjimatkan kos
pengangkutan antara barat dan timur.

Selain itu penghasilan telegraf dalam bidang telekomunikasi mempercepatkan penyebaran


maklumat terutama dalam urusan perniagaan dan perdagangan. Penciptaan secara tidak langsung
telah menyebabkan hegemoni Barat berlaku.

menerusi kesan kesan globalisasi budaya di bawah :

(1) Budaya Makan : Pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan semakin popular di
seluruh dunia. Makanan Jepun pun sudah boleh diterima oleh masyarakat Malaysia. Spaghetti,
pasta, minuman bergas seperti Coca Cola tidak hanya boleh didapati di Barat malahan di seluruh
dunia.

(2) Budaya Fesyen : Anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala perubahan fesyen yang
berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek seperti Maybeline, Christian Dior dan jenama pakaian
seperti Versace, Bonia, Padini menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal harganya (Azhar
Hj. Mad Aros et aI, 2000 : 84).

(3) Budaya Kerja : Syarikat pengeluaran di era globalisasi juga terdiri daripada berbilang kaum
dari negara-negara di dunia. Umpamanya, syarikat Espirit di mana ketua grafiknya dari Jepun,
juru gambarnya dari Itali, arkiteknya dari Perancis dan Itali.

(4) Budaya Hidup : Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat serta dunia
lakonan dan pembikinan filem cara barat. Di samping itu, masyarakat dunia hari ini lebih
terdedah kepada budaya hidup yang menggunakan produk rokok yang menajakan budaya hidup
barat.

(5) Budaya Bahasa: Bahasa Inggeris adalah alat perhubungan dan komunikasi terpenting
antarabangsa dan digunakan secara globaL Ini menunjukkan kejayaan globalisasi bahasa yang
diterajui oleh Amerika. Terdapat penyebaran budaya konsumer Amerika Syarikat ke seluruh
dunia, satu proses yang disebut sebagai ' McDonaldisation of Society'. Untuk mencapai
maksud itu, budaya konsumer perlu disebarkan seluas-Iuasnya supaya lahir penyeragarnan
budaya dan gaya hidup.

(6) Budaya Muzik dan Hiburan : Muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik 'black metal' telah
mula menguasai dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland juga diadakan di luar dari negara
Amerika. Contohnya, di Jepun dengan panggilan Tokyo Disneyland (1987) dan di Marne-La-Valle
di Paris dengan panggilan Euro Disneyland (1992)

References
Tang, Q. (2014, Mei 12). Faktor Berlaku Hegemoni Barat. Dimuat turun daripada
https://www.scribd.com/doc/223471530/Faktor-Berlaku-Hegemoni-Barat

You might also like