Tutorial Minggu 2 (Teori Penglibatan Artin)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Penubuhan persatuan yang saya cadangkan amat berkait rapat dengan Teori Penglibatan Astin

(1984). Hal ini kerana setiap penubuhan sesuatu pesatuan memerlukan penglibatan ahli secara
aktif dan berkesan bagi menghasilkan sesebuah persatuan yang bejaya. Dalam konteks
persekolahan, sudah tentu melibatkan penglibatan murid dalam persatuan yang wajib mereka
sertai. Justeru penglibatan tersebut perlu diambil kira mengikut teori penglibatan astin bagi
membina persatuan yang berjaya. Secara umumnya, Teori Penglibatan Astin ini terbahagi
kepada lima elemen. Elemen pertama ialah penglibatan tenaga fizikal dan psikologikal dalam
objek yang bervariasi. Elemen kedua adalah penglibatan yang berlaku sepanjang masa.
Elemen ketiga pula ialah penglibatan yang melibatkan bentuk kualitatif dan kualitatif. Elemen
keempat ialah penglibatan individu adalah berkait rapat dengan mana-mana program
pendidikan. Manakala, elemen kelima ialah penglibatan individu berkait rapat dengan kapasiti
polisi dan amalan dalam sistem pendidikan.

Seterusnya Astin (1984) telah memberi maksud penglibatan sebagai kadar tenaga fizikal
dan psikologi yang digunakan oleh pelajar berhubung dengan pengalaman akademik. Setiap
penglibatan dalam aktiviti ini membawa pengalaman akademik murid ke dalam tenaga fizikal
dan pikologi. Hal ini kerana pengalaman psikologikal merupakan elemen penting dalam
menjayakan keterlibatan murid semasa beraktiviti. Murid-murid akan dapat melibatkan diri
secara aktif melibatkan fizikal sekiranya psikologikalnya aktif mengaitkan aktiviti yang dilakukan
dengan pengalaman lepas yang telah dilalui. Misalnya dalam aktiviti Permainan Bola Sepak
di sekolah, murid-murid akan melibatkan fizikal mereka yang dikaitkan dengan
pengalaman yang pernah dilalui sebelum ini dalam melaksanakan aktiviti. Hal ini bersesuaian
dengan objektif penubuhan persatuan yang menitikberatkan pengukuhan pengetahuan dan
kemahiran yang diperoleh semasa berada di bilik darjah dengan mengaplikasikannya di dalam
aktiviti persatuan.

Seterusnya, menurut Astin, hubungan sosialisasi yang sihat akan tercipta dalam
kalangan ahli kumpulan yang turut terlibat semasa aktiviti dijalankan di dalam aktiviti persatuan.
Mereka akan mengenepikan soal gender, mahupun kaum. Pemusatan perhatian ini didorong
oleh psikologikal yang merangsang keseronokan dalam melaksanakan aktiviti. Pemusatan
tenaga fizikal ini akan menggerakkan individu dalam melaksanakan aktiviti. Hal ini bersesuaian
dengan objektif penubuhan persatuan yang menekankan peningkatan interaksi dan integrasi
murid-murid berbilang kaum. Akhir sekali, aktiviti di dalam sesuatu pertubuhan yang akan
ditubuhkan perlulah menyeronokkan, memberi pengalaman, kesungguhan dan kemahiran
murid dalam memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan secara
bersepadu dan berterusan supaya dapat merealisasikan pembangunan jatidiri murid seiring
dengan hasrat FPK.

You might also like