DLP MESYUARAT KALI PERTAMA

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MESYUARAT KALI PERTAMA

PROGRAM DLP
SK BANDAR TANGKAK
2016

TARIKH / HARI : 14 Jan 2016 (Rabu)


MASA : 1.10 tengahari
TEMPAT : Bilik Gerakan SKBT

KEHADIRAN : PN. NORSIHA BT SULAIMAN


EN. MOHD ZAINI BIN KORIS
EN. KAMARUDDIN BIN YAHYA
PN. FARIDAH BT AR’BAIN
PN. SABARIAH BASIR
PN. SUHAILAH BT SUPARMAN
PN. SABARIAH BT OTHMAN
PN. ROSLIZA BT KAMALRO

AGENDA

1. Ucapan Guru Besar


1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih pada guru-guru yang hadir di mesyuarat
Program DLP kali pertama merangkap mesyuarat pelarasan program DLP.
1.2 Guru menyatakan senarai AJK Program DLP di peringkat sekolah iaitu :
Pengerusi : Pn. Norsiha Bt Sulaiaman
(Guru Besar)
Naib Pengerusi : En. Mohd Zaini Bin Koris
GPK 1
Setiausaha : Pn. Suhailah Bt Suparman
Bendahari : Pn. Faridah Bt Arbain
AJK : Pn. Sabariah Bt Basir
En. Kamaruddin Bin Yahya
Pn. Sabariah Othman (KP BM)
Pn. Rosliza Bt Kamalro (KP BI)

2. Program Dual Language Programme (DLP)


2.1 GB memaklumkan konsep dan maksud DLP mengikut taklimat yang beliau terima.
GB memaklumkan proses perjalanan program DLP melalui carta gantt yang telah
dibekalkan oleh pihak KPM. Beliau juga telah memaklumkan pendekatan oleh pihak
PPD telah melepasi 3 langkah sehingga Nov 2015.
2.2 GB memaklumkan program ini dijalankan atas kehendak PPD dan sehubungan
dengan itu jumlah guru BI akan ditambah dan prasarana akan dibekalkan
secukupnya.
2.3 GB memaklumkan agar guru-guru yang terlibat menjadikan ia sebagai cabaran
2.4 Beliau juga menyatakan sekolah ini dipilih kerana prestasi sekolah yang cemerlang
dan mempunyai prestasi yang mantap dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Faktor
ibu bapa menyokong program ini dijalankan turut menguatkan lagi pemilihan
sekolah ini
2.5 GB memaklumkan bahawa program ini adalah di bawah program Memantapkan BM
Mengukuhkan BI (MBMMBI).
2.6 GB memaklumkan model OPSME yang dibekalkan boleh digunakan sebagai
pengenalan kepada PdP. Beliau juga meminta Ketua Panitia BI membantu guru-guru
dalam PdP yang menggunakan sepenuhnya Bahasa Inggeris.
2.7 GB menyatakan bahawa pihak PPD akan memantau program dari semasa ke semasa
menggunakan instrument pemantauan yang disediakan.
2.8 GB memaklumkan laman web yang boleh dilayarai bagi mendapatkan maklumat DLP
iaitu di www.bitly.com1/bpk_dlp dan spp.moe.edu.my

3. Aktiviti DLP 2016


3.1 GB meminta guru-guru Tahun 4 mengadakan kelas tambahan bagi memperkenalkan
murid dengan istilah-istilah subjek Sains dan Matematik bagi membantu murid
memahami konsep dengan lebih jelas lagi.
3.2 GB memaklumkan Pegawai SISC Plus terdiri daripada En. Pavetren a/l Govindan dan
Pn. Khairani Makhsus dari PPD Tangkak akan memantau dan membantu guru-guru.
3.3 Perkongsian maklumat di group media social “telegram “ juga akan membantu guru
mendapat maklumat berkaitan DLP bersama-sama sekolah yang terbabit dengan
Program DLP di negeri Johor.
3.4 Guru-guru DLP perlu mengumpulkan istilah-istilah yang dipelajari untuk dibukukan
bagi panduan murid dengan bantuan guru-guru BM dan BI.

4. Lain-lain hal
4.1 GB memaklumkan bahawa kod fail program DLP adalah sama seperti program
MBMMBI.
4.2 GB menyatakan bahawa guru-guru boleh menggunakan semula bahan-bahan PPSMI
jika bersesuaian.
4.3 GB menyatakan bahawa buku-buku teks versi PPSMI dan buku-buku rujukan akan
dibekalkan sebagai buku rujukan murid dan ia akan disimpan di dalam stok PSS.
Buku-buku teks tersebut akan dikeluarkan dan dipinjamkan kepada semua murid
yang terlibat.

Mesyuarat ditangguhkan pada 2.40 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………………….. …………………………………………
(SUHAILAH BT SUPARMAN) ( NORSIHA BT SULAIMAN )
Setiausaha Program DLP, Guru Besar,
SK Bandar Tangkak. SK Bandar Tangkak.

You might also like