Laporan Perniagaan Ain

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN..............................................................................................................2

2.0 AHLI JAWATANKUASA...................................................................................................3

3.0 STRATEGI PEMASARAN................................................................................................4

4.0 PELANGGAN................................................................................................................... 5

5.0 KEWANGAN.................................................................................................................... 6

6.0 SWOT.............................................................................................................................. 8

7.0 KESIMPULAN..................................................................................................................9

REFLEKSI PROJEK INDIVIDU DAN KUMPULAN..............................................................10

RUJUKAN......................................................................................................................... 122
Laporan Projek Perniagaan Individu

Tarikh: 19 & 23 September 2019

Hari: Isnin & Khamis

Tempat: Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

1.0 PENGENALAN

Keusahawanan adalah penting dalam dunia globalisasi hari ini serta menjadi pemangkin
kepada perubahan dan perkembangan ekonomi sesebuah negara. Melihat kepada isu
pengangguran siswazah kini, pihak kementerian merasakan kursus keusahawanan wajar
didedahkan kepada pengusaha (Fazurawati Che Lah, 2019). Sehubungan itu, pelbagai
usaha dilakukan IPT bagi melengkapkan siswa dengan elemen minda keusahawanan
berserta ciri keusahawanan sebagaimana digariskan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia. Maka, Kursus KUWS3013 (Keusahawanan) ini disediakan bagi
mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan kepada guru pelatih melalui
projek perniagaan sekaligus mencipta pengalaman dalam aspek perniagaan.
Keusahawanan ialah satu proses pewujudan dan pengembangan perniagaan secara
berterusan yang menyumbang kepada proses pembangunan ekonomi (Norashidah Hashim,
2009). Menurut Zafir Makhbul & Fazilah Hasun (2006), usahawan merupakan individu atau
kumpulan individu yang menerajui perniagaan sendiri serta mengembangkannya dari
semasa ke semasa.

Perancangan perniagaan yang merangkumi aspek pengurusan kewangan,


perkhidmatan, peluang pasaran serta risiko yang bakal dihadapi perlu diambil kira dalam
mengendalikan sesuatu projek keusahawanan (Abu Bakar Hamed, 2005). Bagi
melengkapkan tugasan kursus KUWS3013, pengusaha telah memilih projek keusahawanan
berupa perniaagaan “Puding Milo Oreo” yang dijalankan pada 23 & 26 September 2019 iaitu
pada hari Isnin dan Khamis bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.
Perancangan jualan Puding Milo Oreo ini dipilih memandangkan pelanggan sangat
menggemari makanan berupa pencuci mulut. Selain itu, tinjauan yang dilakukan di kafeteria
IPGK Gaya menunjukkan makanan berupa pencuci mulut kurang disediakan dan dijual.
Pengusaha juga mendapati kos modal bagi membeli bahan membuat puding adalah murah,
berpatutan dan tidak membebankan. Selain itu, cara penyediaan puding adalah senang dan
mudah disediakan. Pengusaha juga dilengkapi dengan peralatan dapur seperti peti sejuk

2
dan tempat memasak di rumah sekaligus memberi kelebihan dan kemudahan kepada
pengusaha untuk membuat puding sebagai projek jualan milikan tunggal.

Perancangan pemilihan tempat dilakukan di dalam Institut Pendidikan Guru Kampus


Gaya menggunakan perkhidmatan COD (Cash On Delivery) secara percuma. Pada hari
Isnin, penghantaran dilakukan selepas tamat waktu kuliah manakala pada hari Khamis,
jualan dilakukan di astaka IPGK Gaya setelah tamat aktiviti senamrobik. Seterusnya,
perancangan masa penghantaran dianggarkan sekitar pukul 10.00 pagi hingga 12.00
tengah hari. Perancangan masa ini amat sesuai kerana pelanggan memiliki waktu rehat
yang selari dengan masa penghantaran. Pada hari Khamis pula, aktiviti senamrobik telah
tamat pada pukul 8:30 pagi dan proses penghantaran bermula sejurus selepas itu. Dalam
pada itu, masa penghantaran dan cuaca persekitaran juga berpotensi melariskan jualan
kerana cuaca yang panas membuatkan pelanggan ingin mendapatkan sesuatu makanan
yang sejuk dan sesuai dinikmati pada cuaca panas. Tambahan pula, penghasilan puding
dengan campuran rasa Oreo dijadikan kreativiti untuk menarik minat pelanggan membeli
puding ini. Akhir sekali, harga jualan bagi Puding Milo Oreo hanya RM 2.00 sahaja dan
mampu dibeli oleh pelanggan.

2.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengurusan dan
pentadbiran
Siti Nuraine

Pengurus Operasi
Penghantar
kewangan perkhidmatan
Siti Nuraine Siti Nuraine Siti Nuraine
Rajah 1: Struktur Organisasi

Dalam sesebuah perniagaan, struktur organisasi merupakan jaringan formal bagi


menggambarkan hubungan antara pelbagai tahap pengurusan (Norita Deraman,

3
Nizammudin Zainuddin, & Oemar Hamdan, 2005). Ini menunjukkan bahawa penghasilan
struktur organisasi memerlukan pengagihan tugasan, tanggungjawab dan kuasa dalam
kalangan individu mahupun kumpulan bagi mengatur sistem pengurusan secara
sistematik. Memandangkan projek perniagaan Puding Milo Oreo merupakan perniagaan
hak milikan tunggal, maka pengusaha jualan ini hanya terdiri daripada seorang individu
yang memegang semua jawatan seperti pengurusan dan pentadbiran, pengurus
kewangan dan operasi serta penghantaran jualan. Namun, struktur organisasi turut
disediakan bagi mengetahui dengan lebih jelas tentang tugasan bagi setiap
jawatankuasa yang ditetapkan. Melalui jawatan yang dipegang, pengusaha telah
mempengusahai pelbagai kaedah untuk menjalankan perniagaan menerusi pencarian
maklumat di laman sesawang, perbincangan rakan sekuliah dan membuat tinjauan.
Jawatan yang dipegang tidaklah semudah yang disangka kerana semua kerja dilakukan
secara berseorangan. Namun, kesulitan yang dialami juga dapat diselesaikan dengan
baik dan teratur.

3.0 STRATEGI PEMASARAN

Strategi pemasaran merupakan aspek penting yang dapat menentukan perusahaan


mencapai misi dan dan tujuan dengan cara terbaik (Siti Faaizah Ismail, 2009). Dalam
perancangan dan pelaksanaan strategi pemasaran, terdapat empat komponen asas yang
perlu ditekankan.Empat komponen asas ini dipanggil 4P’s yang merangkumi Produk, Harga,
Promosi dan Saluran Pengedaran. Menurut Sazelin Arif (2009), produk ialah satu barangan,
perkhidmatan atau idea yang akan dapat memenuhi keperluan pengguna. Bagi memenuhi
kehendak pengguna, produk yang dihasilkan perlulah berkualiti tinggi dan mempunyai
keunikan yang tersendiri. Sebagai contoh, pemilihan bahan seperti Milo dan Oreo telah
dipastikan berada dalam keadaan baik dan tidak tamat tempoh. Dari aspek strategi harga
produk pula, pengusaha telah memastikan harga jualan adalah berpatutan dan mampu
dibeli oleh kebanyakkan pelanggan. Hal ini kerana, harga produk tidak boleh terlalu tinggi
kerana akan menyebabkan pelanggan memilih produk saingan. Harga bagi sebekas puding
ditetapkan hanya serendah RM 2.00.

Selain itu, strategi promosi merupakan langkah yang diambil oleh pengusaha untuk
menyebarkan maklumat tentang produk jualan kepada para pelanggan agar mendapat
perhatian dan seterusnya mampu melariskan jualan. Pengusaha telah mempromosikan
produk jualan secara atas talian melalui aplikasi Whatapps dan Telegram yang
memudahkan pengusaha dan pelanggan untuk berkomunikasi. Menurut Sohana Abdul

4
Hamid (2016), media massa merupakan salah satu bentuk kemajuan teknologi dalam
bidang informasi dan komunikasi. Hasilnya, penyebaran maklumat melalui media massa
amat memudahkan proses penyebaran maklumat dengan pantas begitu juga melalui
kaedah penyebaran poster yang turut sama diguna pakai oleh pengusaha.

. Kelebihan strategi pengedaran pula dilakukan di sekitar Institut Pendidikan Guru


Kampus Gaya bagi bagi memudahkan proses penghantaran. Khidmat penghantaran dari
bilik ke bilik di asrama Selangan Kaca dan Meranti Gaya juga telah dilaksanakan dengan
sebaiknya.

4.0 PELANGGAN

Produk jualan ini disasarkan kepada pengusaha IPGK Gaya sahaja. Pengusaha cuba
mendapatkan maklumat melalui temu bual bersama pelanggan tentang makanan kesukaan
yang sukar diperolehi di kampus ini. Ternyata ramai pelanggan yang berminat dengan
makanan berunsurkan pencuci mulut memandangkan ia tidak dijual di kafeteria dan
koperasi kampus. Melalui modal yang dimiliki, jualan produk ini terhad dan tidak tersebar
luas kepada pelanggan luar. Pengusaha juga membuat pencarian maklumat tentang resepi
puding yang sedap dan tidak pernah dijual di kampus ini. Melalui sedikit pengubahsuaian
resepi dengan penambahan biskut Oreo, ternyata pelanggan sangat berminat kerana
puding sebegini belum pernah dijual di kampus. Di samping itu, lokasi penghantaran adalah
sekitar kawasan IPGK Gaya seperti di Astaka, Kolej Kediaman Selangan Kaca dan Meranti
Gaya serta kawasan berdekatan. Ini memudahkan urusan penghantaran dilakukan dengan
cekap.

5
5.0 KEWANGAN

5.1 Keperluan Bahan


Jadual di bawah merupakan keperluan bahan dan kos penyediaan Puding Milo Oreo untuk 2
hari.

Bil. Jenis Perbelanjaan Harga seunit Bilangan Jumlah (RM)


(RM)
1. Nestle Milo (400 g) 7.99 1 7.99
2. Nona Agar-Agar 2.45 1 2.45
Powder (90g)
3. Susu Full Cream 5.00 1 5.00
4. Oreo 2.90 1 2.90
5 Bekas Plastik 2.00 4 8.00
Jadual 1: Perbelanjaan bahan

5.2 Pengurusan Alatan

Mesin/ Peralatan Harga Kuantiti Cara Perolehan


Aset – Mini Portable Stove - 1 buah Pinjaman daripada
(pinjaman sementara) Naziyatul
Sudu plastik - 35 Derma daripada Izz
Jadual 2: Pengurusan Alatan

5.3 Pendapatan Perniagaan

Hari Harga Sebekas (RM) Bilangan Puding Pendapatan (RM)


Milo Oreo yang
dijual
19/09/2019 2.00 15 30.00
23/09/2019 2.00 20 40.00
Jumlah 70.00
Jadual 3: Pendapatan Perniagaan

6
5.4. Penyata Kewangan
Aliran Wang Tunai
_________________________________________________________________________

RM
Penerimaan:
Jumlah hasil: 70.00
Jumlah: 70.00

Perbelanjaan:
Milo 7.99
Susu Krim Penuh 5.00
Oreo 2.90
Serbuk agar-agar 2.45
Bekas plastik 8.00

Jumlah 26.34

Aliran Tunai Bersih 43.66

Baki akhir 43.66

Penyata Pendapatan Jualan Puding Milo Oreo 2 hari berakhir pada 23/09/2019

RM RM
Jualan 70.00
Belian 13.60 26.34
Untung kasar 43.66
Untung bersih 43.66

Hasil perniagaan ini telah mendapat keuntungan. Jumlah hasil yang diterima adalah
sebanyak RM 70. Setelah menolak perbelanjaan belian bahan mentah dan alat-alat yang
diperlukan iaitu sebanyak RM 26.34, keuntungan bersih adalah sebanyak RM 43.66.

7
6.0 ANALISIS SWOT

WEAKNESS
STRENGTH
-Diminati dan menepati cita rasa - Tidak mempunyai tenaga kerja
golongan remaja mencukupi untuk menyediakan dan
membuat penghantaran.
- Kawasan perniagaan strategik dan
menggunakan kaedah perkhidmatan - Tidak mempunyai kenderaan bagi
penghantaran secara percuma. memudahkan pergerakan
- Produk jualan mudah disediakan - Bahan yang dibeli adalah berjenama
mempunyai kos yang tinggi
- Peralatan memasak disediakan di
rumah sewa

SWOT
Threads
- Terdapat peniaga lain yang sedang
OPPOTUNITIES mengadakan jualan yang pelbagai.
- Perniagaan boleh berkembang - Keadaan puding yang perlu dalam
secara meluas. keadaan sejuk untuk mengekalkan rasa
yang lebih enak dan perlu disimpan di
- Boleh berkolaborasi dengan para tempat yang sesuai
pelngusaha yang ingin berniaga untuk
mengadakan jualan secara bersama- - Pengusaha mempunyai lebihan bahan
sama. yang tidak digunakan

Rajah 2: Analisis SWOT

8
7.0 KESIMPULAN

Intihanya, pengusaha berpendapat bahawa perniagaan yang dijalankan ini mampu


melangkah lebih jauh dalam bidang perniagaan dan bersaing secara sihat dengan peniaga-
peniaga yang lain yang sedia ada di pasaran. Pengusaha juga boleh menggunakan peluang
yang ada dengan menjual produk di gerai-gerai yang disediakan di kafeteria. Secara tidak
langsung, ini akan memberi penambahbaikan dari segi masa dan tenaga kerja kerana tidak
memerlukan proses penghantaran dan lokasi yang menjadi tumpuan pelanggan di IPGK
Gaya. Pengusaha boleh melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa serta
meminta nasihat daripada orang yang pakar dalam bidang perniagaan sekiranya ingin
mengembangkan perniagaan dengan lebih jauh. Projek perniagaan Puding Milo Oreo
Sandwich ini banyak memberi manfaat dan mengajar pengusaha untuk berdikari dan
membuka mata untuk menceburi bidang perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.
Jelasnya, penglibatan diri dalam dunia peniagaan menerusi kerja kursus ini dapat
membantu pengusaha untuk meningkatkan keyakinan serta menangani pelbagai rintangan
dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Disediakan oleh: Tarikh:01 Oktober


2019

......................................

(SITI NURAINE BINTI ISMAIL)

Pengusaha Puding Milo Oreo

9
REFLEKSI PROJEK INDIVIDU DAN KUMPULAN

Pada tarikh 19 & 23 September 2019, saya telah melaksanakan aktiviti jualan Puding Milo
Oreo di sekitar Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya selama 2 hari. Saya juga turut
mengadakan projek jualan berkumpulan bersama rakan sekumpulan iaitu Clevina dan
Norazmiera pada 26 dan 27 September. Bagi projek berkumpulan, kami melaksanakan
aktiviti jualan Keropok Sumandak di sekitar IPGK Gaya. Pengajuran projek perniagaan ini
dilakukan bagi menyiapkan dua tugasan kerja kursus bagi elektif keusahawanan
KUWS3013. Sememangnya, tugasan ini banyak memberi manfaat terutamanya kepada
saya yang berperanan sebagai pengurus projek jualan Puding Milo Oreo dan pentadbir
kewangan bagi projek jualan Keropok Sumandak. Rentetan itu, saya sebagai pengusaha
projek memanjatkan kata kesyukuran kerana telah berjaya menyiapkan tugasan projek
keusahawanan individu dan berkumpulan dengan jayanya mengikut masa yang telah
ditetapkan.

Tujuan aktiviti jualan ini diadakan bagi melihat sejauh manakah pelajar-pelajar
mengambil manfaat daripada teori keusahawanan dan kajian kes yang diajar oleh
pensyarah. Berkat tunjuk ajar dan nasihat yang telah diberikan oleh pensyarah elektif
keusahawanan iaitu Encik Lee Chee Huat, sedikit sebanyak saya telah mendapat gambaran
dan memahami kehendak serta tatacara pelaksanaan tugasan kerja kursus. Selain itu,
aktiviti jualan ini juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang tidak pernah
mengendalikan sesuatu perniagaan suapaya dapat merasai pengalaman menjalankan
perniagaan walaupun hanya sekadar perniagaan kecil-kecilan. Contohnya, bagi kumpulan
saya, tiada seorang pun ahli kumpulan yang mempunyai pengalaman dalam aktiviti
perniagaan. Secara tidak langsung, pengalaman berniaga di institusi merupakan
pengalaman pertama bagi kami. Lantaran itu, terdapat banyak kelemahan yang boleh saya
perbaiki melalui pengalaman projek keusahawanan individu dan berkumpulan ini.

Salah satu kelemahan projek individu yang dapat dikenalpasti adalah ketiadaan
kenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk membeli bahan-bahan dan
menghantar pesanan. Walau bagaimanapun, saya berterima kasih kepada rakan serumah
kerana banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya semasa melaksanakan
projek ini. Berkat pertolongan daripada rakan serumah yang mempunyai kenderaan, saya
boleh bergerak dengan lebih senang ke pasaraya untuk mencari bahan yang diperlukan.
Saya juga bersyukur kerana banyak ilmu baharu yang dipelajar dan diaplikasi bagi
menjayakan projek keusahawanan individu dan kumpulan iaitu seperti cara membuat poster
yang menggunakan aplikasi di internet untuk menarik minat pelanggan.

10
Bagi projek berkumpulan pula, saya amat berbangga dengan usaha rakan
sekumpulan saya kerana dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam
melaksanakan jualan ini. Mereka banyak membantu terutamanya dalam memberikan
pendapat dan idea yang bernas bagi tujuan meningkatkan promosi jualan. Tambahan pula,
kami melakukan peranan masing-masing dengan cekap. Secara tidak langsung, saya dapat
membandingkan kelebihan dan kekurangan antara menjalankan projek secara individu dan
berkumpulan. Walau bagaimanapun, kedua-dua projek tersebut mempunyai pro dan kontra
yang tersendiri.

Akhir kata, melalui tugasan kerja kursus ini, saya mendapati kedua-kedua projek ini
mempunyai kelebihan iaitu projek jualan tidak mengalami sebarang kerugian. Di samping
itu, saya dapat menjalankan projek perniagaan individu dengan jayanya walaupun
berbekalkan modal yang sedikit. Namun, saya sangat bersyukur kerana projek jualan ini
berjaya meraih keuntungan sebanyak 43.66 dan tidak mengalami sebarang kerugian. Begitu
juga dengan tugasan projek berkumpulan yang hanya bermodalkan RM13.60 tetapi mampu
mencapai keuntungan bersih sebanyak RM 36.40. Maka, setiap rakan kongsi turut
mendapat keuntungan sebanyak RM 12.13 seorang. Walaupun pulangan untung yang
diperoleh tidak seberapa, namun saya berasa semakin bersemangat dan berminat untuk
menceburi bidang perniagaan jika berpeluang pada masa akan datang. Saya banyak belajar
erti kesabaran dan tidak berputus asa di samping keseronokan semasa melaksanakan
projek perniagaan ini. Diharapkan projek perniagaan sebegini dapat diadakan lagi pada
masa akan datang serta dapat memberi pendedahan tentang pendidikan dan sikap
keusahawanan kepada pelajar lain.

11
9.0 RUJUKAN

Abu Bakar Hamed. (2005). Keusahawanan & Pengurusan Perniagaan Kecil. Universiti
Utara Malaysia
Fazurawati Che Lah. (2019). Keusahawanan Atasi Pengangguran. Diakses pada 28
September daripada
https://www.hmetro.com.my/bestari/2019/04/442230/keusahawanan-atasi-
pengangguran
Norashidah Hashim. (2009). Asas Keusahawanan. Universiti Utara Malaysia: Sintok.

Norita Deraman, Nizammudin Zainuddin, & Oemar Hamdan. (2005). Ciri-ciri personaliti
keusahawanan dalam kalangan usahawanan bumiputera. JurnalPengurusan Dan
Perniagaan, 22-36.
Sazelin Arif. (2009). Potensi Keusahawanan dan ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan
pengusaha. International Conference on Arts, Social Science & Technology, 1-22.
Siti Faaizah Ismail. (2009). Didik Anak Jadi Usahawan. Bentong: PTS Profesional.

Sohana Abdul Hamid. (2016). Pengaruh Media Massa Terhadap Perubahan Sosial
Masyarakat. Universiti Kebangsaan Malaysia: Selangor
Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohamad Hasun. (2006). Menjadi Usahawan. Selangor:
PTS Publications Professional Publishing Sdn. Bhd.

12
LA
M
PI
RA
N 13
Rajah 1: Bahan-bahan yang digunakan dan hasil puding Milo Oreo yang telah siap

14
Rajah 2: Kaedah promosi dan tempahan melalui aplikasi Whatsapp dan Telegram

Rajah 3: Penghantaran di sekitar IPGK Gaya dan Asrama Meranti Gaya

15
Rajah 4: Poster jualan

Rajah 5: Bahan-bahan dan hasil projek jualan berkumpulan iaitu ‘Keropok Sumandak’

16
Rajah 6: Proses penghantaran ke bilik pelanggan

17

You might also like