Ciri Masy Maritim Portugal

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Soalan :Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 dan 17 Masihi.

Rangka Jawapan
Pendahuan
• Masyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut.
• Kemunculan masyarakat maritim di negara-negara Eropah dapat dikesan sejak abad ke-15 Masihi.
• PortugaJ muncul sebagai kuasa kelautan yang terunggul di Eropah menjelang abad ke-16 Masihi.
• Kebangkitan Portugal sebagai kuasa maritim telah menyebabkan muncul masyarakat maritim di negara tersebut.

Isi-isi penting
(a) Kegiatan ekonomi
• Kegiatan ekonomi utama masyarakat maritim ialah perdagangan.
• Masyarakat maritim membekalkan hasil tempatan kepada pedagang-pedagang asing yang singgah di pelabuhan.
• Mereka juga terlibat dalam membeli dan mengedarkan barang dagangan kepada pedagang-pedagang asing yang singgah di
pelabuhan.
• Orang Portugis melancarkan ekspedisi perdagangan ke timur untuk menguasai perdagangan rempah.
• Pedagang-pedagang Portugis mendirikan pangkalan-pangkalan perdagangan di Sri Lanka, Sumatera, Jawa dan Kepulauan
Rempah.

(b) Petempatan
• Masyarakat maritim lazimnya tinggal berhampiran pesisir pantai, lembah sungai dan kepulauan.
• Dari segi geografi petempatan masyarakat maritim terletak berhampiran dengan laut.
• Kedudukan negara Portugal yang dikelilingi laut menyebabkan masyarakat Portugis terdedah kepada pengaruh kelautan.
• Kedudukan berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan laut.

(c) Kemahiran pembinaan kapal


• Masyarakat maritim di Portugal juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal.
• Mereka mempunyai kemampuan membina kapal-kapal yang besar seperti Caravel yang boleh belayar di lautan luas.
• Kemajuan dalam pembinaan kapal menyebabkan muncul industri pembinaan kapal di Portugal.

(d) Kemahiran teknologi pelayaran


• Masyarakat maritim di Portugal mempunyai kemahiran dalam teknologi pelayaran.
• Mereka mempunyai kemahiran menentukan arah pelayaran dengan menggunakan kompas magnetik dan astrolab.
• Mereka juga mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu nautika.
• Masyarakat maritim mempunyai pengetahuan dalam penciptaan peta-peta pelayaran.
• Putera Henry mendirikan sebuah sekolah pelayaran untuk melatih ahli pelayaran dan jurumudi di Sagres.

(e) Penjelajahan dan penerokaan


• Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang terdedah kepada kegiatan penerokaan dan penjelajahan.
• Mereka mempunyai kemahiran dalam merancang dan melancarkan ekspedisi penerokaan dan penjelajahan.
• Menjelang abad ke-15, orang Portugis melancarkan beberapa ekspedisi mencari jalan laut ke timur.
• Umpamanya Vasco Da Gama melancarkan beberapa ekspedisi atas permintaan Raja Manuel I sekitar tahun 1497.
• Ekspedisi tersebut terdiri daripada 180 anak kapal dan empat buah kapal seberat 120 ton setiap satu.

(f) Keupayaan menguasai laluan laut


• Masyarakat maritim mempunyaiyaan dan kebolehan dalam inenguasai laluan laut.
• Orang Portugis mengatur langkuk mencari dan menguasai laluan laut ke timur sejak abad ke-15 Masihi.
• Menjelang tahun 1460-an, oratugis berjaya menguasai rangkaian pelabuhan sepanjang laluan laut dari Madeira hingje Verde.
• Orang Portugis mendirikan pan perdagangan di Sri Lanka, Sumatera, Jawa dan Kepulauan Rempah.
• Kejayaan orang Portugis menguasai pusat-pusat perdagangan disebabkan oleh keupayaan mereka menguasai laluan laut.

(g) Sifat ingin tahu


• Masyarakat maritim mempunyai sifat ingin tahu yang mendorong mereka melakukan penerokaan dan penjelajahan.
• Semangat ini mendorong mereka menjalankan kajian mengenai bentuk muka bumi dan iklim sesuatu tempat.
• Semangat ini menyebabkan mereka ingin mengetahui adat resam, budaya dan sejarah masyarakat lain.

Kesimpulan
• Perkembangan dalam aktiviti penjelajahan dan penerokaan menyebabkan muncul masyarakat maritime di negara Sepanyol.
• Masyarakat maritim memberikan sumbangan dalam mengukuhkan kedudukan Portugal sebagai sebuah kuasa maritim yang
unggul di benua Eropah.

You might also like