Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

No Ruj.

: PTKTI/2030-09-PRK/
Jld 1 Bil (50)

Yang Berhormat Datuk Dr. Mohd. Radzi bin Md. Jidin


Menteri Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
Blok E8, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya, Malaysia.

YB Datuk,

MOHON PENJELASAN TERHADAP ISU PENGIKTIRAFAN MAJLIS PEMBAKUAN BAHASA


TAMIL MALAYSIA (MPBTM) DAN BUKU PANDUAN „PERAYAAN PONGGAL‟ KELUARAN
MPBTM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Terlebih dahulu ingin kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak


Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah mewujudkan Majlis Pembakuan Bahasa Tamil
Malaysia (MPBTM) yang bertujuan untuk menyelarasan dan membaku bahasa Tamil di
Malaysia. Kewujudan MPBTM yang terdiri daripada pegawai cendikiawan Bahasa Tamil yang
berkaliber daripada golongan yang dipercayai bagi mejalankan tanggungjawab yang diberi di
bawah Kementerian Pendidikan (KPM) amat dialu-alukan. Kami sedia maklum bahawa sebuah
buku telah dikeluarkan sebagai panduan dan diskripsi mengenai perayaan kaum Tamil iaitu
‘Ponggal’ yang merangkumi fakta menerusi pelbagai penyelidikan diterbitkan dalam 3 bahasa,
iaitu Bahasa Tamil, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di bawah MPBTM. Justeru itu, saya
mewakili Persatuan Tamil Kurinjith Thittu, Ipoh, ingin menyatakan sokongan penuh tanpa
prejudis terhadap Majlis Pembakuan Bahasa Tamil Malaysia (MPBTM) dan buku panduan
tersebut. Kami juga dimaklumkan bahawa buku tersebut akan diedarkan kepada semua jenis
institusi pendidikan, jabatan-jabatan serta agensi kerajaan secara umum.

3. Bagi pengetahuan pihak YB Datuk, Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Saravanan A/L
Murugan juga telah menyifatkan perayaan Ponggal ini sebagai perayaan kebudayaan kaum
Tamil dan perayaan ini disambut tanpa mengira agama di Negara ini. Kami percaya menerusi
pengedaran buku panduan tersebut, stigma berkaitan dengan perayaan ini dapat di atasi dan
seterusnya perpaduan interkaum Tamil dapat diwujudkan. Kami juga telah meneliti isi
kandungan buku panduan ini dengan teliti dari segi fakta yang terkandung ianya adalah tepat
dan dapat mencapai objektif MPBTM dalam pemahaman nilai norma serta kebudayaan kaum
Tamil yang relevan pada masa kini.
4. Akan tetapi, pada 17 Februari 2021, Encik Gunaseelan selaku pegawai khas YB
Senator Dato' Dr. Mah Hang Soon, telah mengeluarkan kenyataan rasmi KKM menerusi
akhbar Bahasa Tamil „Malaysia Nanban‟ bahawa penubuhan Majlis Pembakuan Bahasa
Tamil dan Buku Panduan Perayaan Ponggal adalah tidak di iktiraf oleh kerajaan Pakatan
Nasional. Kenyataan ini dibuat sebagai kenyataan rasmi KPM oleh pegawai tersebut. Hal
ini telah mencetuskan pelbagai reaksi negatif dalam masyarakat Tamil yang berlatarkan
pelbagai agama. Pelbagai spekulasi dan berita palsu berkaitan Majlis Pembakuan Bahasa
Tamil dan Buku Panduan Perayaan Ponggal sedang disebarkan melalui media sosial. Kami
dan beberapa badan NGO yang lain telah menyatakan pendapat dan sokongan kami
kepada Dato' Dr. Mah Hang Soon melalui emel rasmi namum tiada tindak balas yang
diberi dan perkara ini amat mengecewakan. Perkara ini patut dihentikan dengan secepat
mungkin melaui campur tangan pihak YB Datuk. Beberapa persatuan dan badan bebas bukan
kerajaan juga telah menyatakan ketidakpuas hati dan pandangan yang bertentangan dengan
kenyataan rasmi yang dibuat melalui akhbar Berikutan dengan ini, kami ingin mengetengahkan
hal ini kepada pihak Datuk dan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin tanpa sebarang
prejudis dan berat sebelah.

5. Mohon agar pihak Datuk akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan kami juga
berharap agar dengan wujudnya MPBTM di bawah KPM, segala aktiviti berkaitan dengan
bahasa, kebudayaan dan perkara yang berkaitan dengan kaum Tamil akan dapat diselia dan
menjadi rujukan kepada semua masyarakat kaum Tamil di Negara ini pada masa kini dan
depan. Kami juga ingin memaklum YB Datuk bahawa kami juga sedia untuk dipanggil sekiranya
diperlukan mengenai hal ini. Bagi sebarang pertanyaan mengenai hal yang berkaitan, sila
hubungi pengerusi persatuan di talian 016-5478113.

Sekian untuk tidakan pihak YB Datuk, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(EN. PRABHU A/L KRISHNA)


Pengerusi,
Persatuan Tamil Kurinjith Thittu
Ipoh Perak.

S.k : YAB Perdana Menteri Malaysia


YB Menteri Sumber Manusia
Majlis Pembakuan Bahasa Tamil

You might also like