Kritikan Luaran Notes

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Proses seterusnya ialah ujian tulisan tangan.

Ahli sejarah menjalankan ujian


ke atas tulisan tangan yang digunakan. Kebanyakan sumber atau teks ditulis dengan
menggunakan tulisan tangan keran pada masa dahulu tiada mesin taip atau
komputer. Ujian tulisan tangan ini dapat dijalankan terhadap dokumen atau sumber
yang ditulis dengan tangan sahaja bukannya dokumen atau sumber yang ditaip dan
dicetak. Ahli sejarah iaitu Garragham menyatakan bahawa tulisan tangan
mempunyai satu ciri yang tersendiri. maksudnya, setiap tulisan tangan yang ditulis
oleh penulis berbeza-beza dengan penulis yang lain. Melalui ujian ini pakar-pakar
boleh mengenalpasti dan mengesan perbuatan meniru tulisan tangan orang lain.
walaupun tulisan tangan antara seorang individu sama tidak mungkin sama 100%
tetapi mungkin hanya 90% sahaja. Tulisan tangan seseorang akan berubah
mengikut peredaran zaman. Sebagai contoh, Buku Harian Hitler pernah dipalsukan
oleh seseorang yang mempunyai kepentingan yang tersendiri. Dalam kes
pemalsuan Buku Harian Hitler dapat dibongkarkan apabila terdapat ahli sejarah
yang sangsi terhadap buku ini dan meminta ahli paleografi untuk melakukan ujian
tulisan tangan ke atas buku tersebut. Apabila ujian dijalankan dengan
membandingkan tulisan dalam dokumen lain yang ditulis oleh Hitler sendiri, melalui
ujian itu, didapati bahawa tulisan dalam buku tersebut berbeza-beza. Dengan itu,
ujian tulisan tangan ini dapat mengenalpasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan
tulisan yang dihasilkan oleh seseorang yang sama ataupun individu yang berlainan.

Proses yang terakhir ialah ujian bahan-bahan. Ujian ini dilakukan dengan
mengkaji bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu dokumen dan
sumber sejarah. Ujian ini juga menentukan sama ada bahan yang digunakan dalam
sesuatu teks atau dokumen itu memang sudah wujud pada masa yang ditarikhkan
dalam dokumen itu sendiri. Ahli sejarah perlu mempunyai kemahiran dalam
mengenalpasti bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu sumber.
Hal ini dapat menyelesaikan masalah-masalah yang wujud terhadap bahan yang
digunakan. Sebagai contoh, Jika sesiapa sahaja mengatakan bahawa kertas yang
digunakan sebelum tahun 1150 T.M ia sememangnya dokumen itu palsu kerana
pada ketika itu hanya kulit kambing digunakan sebagai kertas dokumen. Begitu juga
dengan sebuah dokumen yang tulisannya dibuat dengan pensil dan didakwa telah
dikeluarkan pada abad ke-15. Maka, dokumen tersebut adalah palsu kerana pensil
hanya mula digunakan pada sekitar abad ke-16.
Secara kesimpulannya, Kritikan luaran sangat penting untuk menentukan
ketulenan, keasliandan kesahihan sesuatu dokumen dan sumber. Bukan itu sahaja,
kritikan ini juga dapat mengenalpasti kepalsuan yang dicetuskan oleh sesuatu
sumber tersebut. Krtikan luaran juga mengelakkan fakta yang kurang tepat dan
meragukan. Oleh itu, setiap hasil atau karya penulisan sejarah amat bergantung
kepada proses kritikan sumber iaitu kritikan luaran.

You might also like