Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PERMOHONAN DANA PROJEK


PEMBANGUNAN DAN NAIK TARAF

MASJID SULTAN ABDUL JALIL


KG BENDANG PANJANG KUALA KANGSAR

BILIK PENGURUSAN JENAZAH, LALUAN OKU,TANDAS


OKU, SUDUT BACAAN DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN
FIZIKAL
1.0 PENDAHULUAN
Masjid Sultan Abdul Jalil (MSAJ) telah di calonkan sebagai bakal Masjid Bestari
Daerah Kuala Kangsar bermula tahun 2019 oleh Jabatan Agama Islam Negeri
Perak. Pihak AJK MSAJ sedang berusaha untuk menyediakan beberapa keperluan
asas bagi menambahbaik dan memenuhi kriteria yang sepatutnya di miliki oleh
sebuah Masjid Bestari.
MSAJ terletak di Kampung Bendang Panjang dan Kampung Suak Dungun manakala
di sekelilingnya terdapat 16 taman perumahan yang terdiri dari Taman RPA 1-3,
Taman Sentosa, Taman Harmoni, Taman Kenas, Taman Kenari, Taman Jasa 1-5,
Taman Maju, Taman Damai, Taman RPA 4-5, Taman Seri Pelangi, Taman Seri
Emas, Taman Mas Jaya, Taman Mas Maju, Taman Jerlun Jaya, Taman Jerlun dan
Taman Jerlun Tambahan.Kampung-kampung lain yang termasuk di bawah Kariah
Masjid ini ialah Kampung Cikgu Hamid/ bersebelahan Taman Jasa dan serbahagian
Kampung Jerlun.Kepadatan penduduk beragama Islam lebih kurang 4000 orang.

2.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan memohon dana peruntukan bagi menjayakan
pembangunan fizikal yang sangat diperlukan oleh ahli kariah MSAJ selaras dengan
kedudukannya sebagai Calon Masjid Bestari Daerah Kuala Kangsar.
Di antara keperluan-keperluan fizikal yang sangat diperlukan dan masih tidak di
miliki oleh Masjid ini ialah:
1. Bilik Pengurusan Jenazah (Bilik Mandi Mayat),
2. Membina varenda Masjid berserta laluan OKU masuk ke Masjid,
3. Tandas OKU Lelaki dan Perempuan,
4. Jalan Berturap susul keluar belakang MSAJ
5. Bilik Bacaan MSAJ
6. Tiga batang tiang elektrik lampu tambahan.

3.0 RASIONAL
3.1 Bilik Pengurusan Jenazah/Bilik Mandi Mayat
Keadaan rumah taman yang sempit dan ruang yang terhad menjadikan MSAJ
sebagai tumpuan kepada penduduk kariah ini untuk menguruskan jenazah
bermula dari mandi mayat, pengkapanan mayat, solat jenazah ,
penghantaran ke perkuburan dan pengkebumian jenazah.
Ruangan MSAJ yang luas dan selesa sesuai untuk menguruskan jenazah
berbanding dengan ruang rumah yang sempit dan terhad bagi rumah teres
atau taman perumahan.
Buat masa ini urusan mandi mayat di MSAJ ini hanya di buat di ruang dapur
yang pada amnya tidaklah begitu selesa dan sesuai.
Oleh itu sebuah Bilik Urusan Jenazah/Bilik Mandi Mayat adalah keperluan
yang sangat mendesak pada ketika ini.

3.2 Membina Varenda Masjid dan laluan khas OKU masuk ke Masjid
Kemudahan melakukan solat bagi golongan OKU sepatutnya menjadi
keutamaan di mana saja mereka berada. MSAJ masih tidak ada lalaun khas
untuk OKU masuk ke masjid. Golongan OKU hanya bersembahyang di dalam
kereta apabila mereka singgah ke masjid ini. Oleh itu keperluan kepada
perkara ini perlu disegerakan.
Laluan OKU dicadangkan di bina bersama Varenda berdampingan dengan
Masjid membolehkan ianya boleh digunakan oleh para musafir yang setiap
hari didapati singgah di masjid ini.
3.3 Tandas OKU Lelaki dan Perempuan
Keperluan tandas OKU adalah sejajar dengan keperluan kemudahan laluan
OKU untuk solat di Masjid ini. Masjid tidak ada tandas OKU baik bagi kaum
lelaki atau wanita. Keperluan kepada tandas OKU sangat mendesak dan perlu
di beri keutamaan.
3.4 Jalan Berturap susul keluar ikut belakang Masjid
Jalan tar susul keluar ikut belakang Masjid sangat di perlukan sebagai alternatif
kepada jalan masuk sedi ada. Jalan belakang sedia ada telah di ambil oleh
pemaju perumahan kerana jalan tersebut terletak di dalam tanah mereka.
3.5 Sudut (Ruang /Bilik) Bacaan
Sebuah sudut ( ruang/bilik) bacaan sagat diperlukan bagi menggalakan budaya
membaca di kalangan ahli kariah terutamanya golongan muda dan kanak-
kanak.
3.6 Tiga batang tiang lampu tambahan
Kawasan Masjid hanya ada satu lampu jalan. Dicadangkan tambah tiga batang
tiang lagi beserta lampu bagi meningkatan keceriaan Masjid.

4.0 ANGGARAN KOS PROJEK (Sila rujuk lampiran A )


Jumlah keseluruhan projek pembangunan fizikal MSAJ yang di pohon adalah
RM107 500.00 ( RM seratus tujuh ribu dan lima ratus sahaja).
LAMPIRAN A

Bi Projek Keluasan atau unit RM


l

43 200.00
1. Bilik Pengurusan
Jenazah

24 kaki x 15 kaki x RM120.00 per kaki

2. Laluan OKU dan 43 200.00


Varenda
30 kaki x 12 kaki x RM120.00
3. Tandas OKU Lelaki 10 kaki x 10 kaki x RM120.00 12 000.00
dan Wanita
4. Jalan tar susul ke
belakang Masjid

4 500.00

65meter x 2.8 meter x RM30

Sudut Bacaan/Ruang
5. bacaan 3 000.00

LS( peralatan & kerusi)

1 800.00

6. Tiang Lampu
tambahan dan lampu
jalan

3 batang X rm600.00
JUMLAH 107
500.00
5.0 JAWATANKUASA BERTINDAK
6.0 PENUTUP

You might also like