Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PANTUN MELAKA NEGERI BERSEJARAH.

Kumpulan 3 – Fatin, Afrina, Syifa, Anis, Hadirah

Si bunga seroja si bunga cempaka,

Dipakai oleh nak dara jelita,

Siapa tak kenal Negeri Melaka,

Negeri bersejarah di Malaysia tercinta.

Dato' Parameswara pembuka bicara,

Melihat sang kancil bersama anjingnya,

Pohon Melaka bermula segalanya,

Sejarah terpahat selamanya,

Pahlawan Melaka lima bersaudara,

Sanggup bermatian untuk raja tercinta,

Baba dan nyonya janganlah dilupa,

Satu Malaysia di bumi Melaka.

Melaka negeri penuh budaya,

Khazanah bangsa tidak terkira,

Sejarah Melaka kebanggaan negara,

Warisan dunia sama dijaga


SKRIP LAKONAN PENDEK
TAJUK: ASAL USUL NAMA MELAKA
TEMA: KESULTANAN MELAYU MELAKA
Kumpulan 3

Watak: 1. Hulubalang - Syifa


2. Bendahara parameswara - Anis
3. Pencerita - Fatin
4. Parameswara- Hadirah
5. Temagi- Afrina

Pencerita : Parameswara merupakan Raja di Palembang. Beliau engganmembayar


ufti kepada Raja Jawa. Wakil kerajaan Majapahit telahmenghantar tentera untuk
menghalau Parameswara dari Sumatera.

Babak 1
Hulubalang : Ampun Tuanku..

Parameswara : Gerangan apakah tuan hamba menghadap beta...

Hulubalang : Tentera Majapahit telah datang menyerang keranaTuanku enggan


membayar ufti kepada mereka.

Parameswara : Apa???? tentera Majapahit!!! Beta sudahmenjangka kedatangan


mereka. Bendahara!!

Bendahara parameswara : Iya, Tuanku.

.Parameswara : Arahkan semua pendekar bersiap sedia.

Bendahara parameswara : Baik Tuanku... (berpaling dari Parameswara


danmenghadap Pengawal). Pengawal, kumpulkan pendekar-pendekarkita, Kita akan
menyerang Majapahit sekarang..

Pencerita : Parameswara sudah menjangka kedatangan tentera Majapahit.Beliau


telah melancarkan serangan mempertahankan wilayahPalembang. Tentera Majapahit
terlalu kuat... namun Parameswara tetap ingin berjuang hingga ke hujung nyawa.

hulubalang : (Berlari menghadap Parameswara) Ampun Tuanku..Kita harus berundur


sekarang juga.
Parameswara : Beta pantang mengundur.
Hulubalang : Tetapi angkatan tentera Majapahit terlalu besar. Ramaipendekar kita yang telah
terkorban

Parameswara : (sedih sedikit) Baiklah, arahkan semua pendekarkita berundur..

hulubalang : Menerima arahan, Tuanku.

Pencerita : Parameswara dan pengikutnya berlayar ke tempat seterusnya iaitu,


Temasik.

BABAK 2
Pencerita: Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan kerajaan Majapahit.
Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi
gagal. Setelah gagal, Parameswara telah melarikan diri ke Temasik.Temasik pada ketika
itu berada di bawah naungan Siam.Di Temasik...........

Temagi: Apa khabar?Beta Temagi.Siapakah nama kamu?

Parameswara: Khabar baik.Hamba ialah Parameswara.Hamba seorang putera raja yang


berasal dari Palembang.

Temagi: Oh!Maafkan Beta.Beta tidak kenal tuan hamba.

Parameswara: Tak mengapa.Terima kasih kerana menyambut baik hamba.

Temagi: Sama-sama.Alang-alang di sini,marilah ke istana beta untuk ayapan hidangan.

Pencerita
Parameswara sambil berjalan ke istana melihat suasana di Temasik.Dia mencipta azam
untuk merampas Temasik dari Temagi kerana Temasik boleh berkembang dengan baik
sekali.Apabila sampai di istana..........

Parameswara: Bolehkah hamba tidur di dalam istana tuanku?Hamba dan bendara hamba tiada
tempat untuk beradu.

Temagi: Apa salahnya,pintu istana beta memang akan terbuka luas untuk tuan hamba.Mari ke
arah sini Parameswara.

Parameswara:Terima kasih.Hamba berasa kenyang pula.Maafkan hamba,hamba tidak mahu


makan lagi.
Temagi: Kalau begitu tidak mengapalah.Bendahara,tunjukkan bilik tidur Parameswara.

Pencerita
Parameswara dengan gembira merancangkan sesuatu dengan bendaharanya.Sampai
sahaja waktu malam,Parameswara memulakan rancangannya

Parameswara: Beta mahu kamu mulakan rancangan kita!

Pembantu Parameswara: Baiklah tuanku

Pencerita
Tanpa disedari Temagi,bendaharanya yang sedang mengawal biliknya telah hilang
dibunuh oleh bendahara parameswara.Selepas itu,Parameswara memasuki bilik Temagi
dengan perlahan-lahan dan memancung lehernya.Parameswara membuang mayat
Temagi dan bendaharanya di dalam sungai berdekatan istana itu.Parameswara berusaha
menuntut hak pertuanannya untuk menjadi pemerintah Temasik kerana Temasik pernah
menjadi naungannya.Setelah Temagi mati,Parameswara berusah pula memajukan
Temasik supaya kegemilangan kerajaan Srivijaya dapat diwujudkan semula.
Pembunuhan Temagi oleh Parameswara menyebabkan kerajaan Siam ingin menuntut
bela dan kerajaan Majapahit cuba untuk menaklukinya.Untuk mengelakkan serangan
daripada kedua-dua pihak,Parameswara bersama-sama bendaharanya berpindah ke
Muar.Selepas itu,Parameswara dan juga bendaharanya melalui Sening Ujung dan Bertam
menuju ke utara.Mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan.Penduduknya terdiri
daripada orang Melayu,Orang Laut,dan Orang Asli.Di sana............

Parameswara: Wah!Beta berpendapat bahawa kedudukan tempat ini amat baik kerana
berhampiran dengan laut yang menjadi laluan kapal dagang.Bekalan air bersih juga mudah
diperoleh disini.

Bendahara Parameswara: Selain itu juga,bentuk muka bumi yang berbukit-bakau boleh
dijadikan petunjuk bagi pelayar memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.Pertahanan dan
pelindungan pun sudah ada tuanku.

Parameswara: Betullah.Angin monsun pula tidak akan mengganggu kegiatan perdagangan


kerana muara sungainya terlindung daripada tiupan angin tersebut.Mari kesana untuk berjumpa
dengan orang yang tinggal di sini.

Bendahara Parameswara: Baiklah tuanku.

Parameswara: Kamu.Beta ialah seorang putera raja yang berasal dari Palembang.Mulai hari
ini,beta akan mengusai tempat ini.Beta mahu kamu semua mendengar arahan bendahara
beta.Faham!

Orang Asli,Orang Melayu,Orang Laut: Oh(sambil berbisik antara mereka).Baiklah tuanku.


BABAK 3
Asal usul nama Melaka

Pencerita
Menurut sejarah melayu,semasa Parameswara sedang berehat di bawah pokok
melaka,Parmeswara telah melihat suatu peristiwa.Peristiwa itu ialah...............

Parameswara: Beta sungguh penat,beta ingin berehat di sini!

Bendahara Parameswara: Baiklah tuanku.

Pencerita
Tiba-tiba,seekor pelanduk berdekatan di kawasan itu telah menendang anjing pemburuannya

Pelanduk
(Pelanduk menendang anjing pemburuan Parameswara)

Parameswara: Wah!Sungguh luar biasa sekali pelanduk itu

Pencerita
Peristiwa ini dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan anjing.

Parameswara: Apakah nama pokok ini?

Bendahara Parameswara: Pokok melaka tuanku

Parameswara: Oh!Jadi,beta akan mendirikan sebuah kerajaan disini.Beta akan memberi nama
tempat ini sebagai Melaka.

Bendahara Parameswara: Baiklah tuanku

Pencerita
Parameswara memilih tempat tersebut untuk mendirikan kerajaan.Parameswara
menamakan tempat tersebut sempena nama pokok yang beliau rehat tadi.

SKRIP LAKONAN PENDEK


TAJUK: BULI
TEMA: BUDI BAHASA
Kumpulan 3
Watak: 1. Pembuli - Syifa
2. Mangsa buli - Anis
3. Rakan Pembuli - Fatin
4. Rakan Mangsa buli- Hadirah
5. JPP- Afrina

Babak 1: - Anis sedang membasuh baju


- Sedang Anis membasuh baju datang Syifa yang kebetulan ingin membasuh baju.
- Syifa memaksa Anis untuk membasuh
- Anis menolak, tetapi dia dimarahi dan akur dgn tindakan tersebut.
- Fatin datang meyokong Syifa

Babak 2: -Anis duduk didalam kelas sambil membuka bag.


-Sekumpulan murid masuk kedalam kelas dan meminta duit dari Anis.
- Hari ni kau ada bawa duit tak? Kitaorang lapar ni duit dah habis.
-Nak beli makanan di kantin masa balik nanti. Mana duit?? Minta duit!
-Saya tak ada banyak duit bang, saya sudah gunakan semasa rehat tadi.
-Penipu!! Bagi aku beg duit kau! (sambil memukul Anis)
-(bagi beg duit) hek elehhh seringgit jaaaa????
Jadilahh dapat beli air sirap. Jom2 kita balik

Babak 3: – Anis bersendirian


- Datang Hadirah menyapa dan mengajak Anis makan bersama
- Pelawaan ditolak oleh Anis kerana ketiadaan duit
- Hadirah sangat kesian mendengar cerita Anis lalu mengajak Anis melaporkan
perkara tersebut kepada JPP.

Babak 4: - Hadirah membawa Anis berjumpa ahli JPP untuk tindakan lanjut
- Anis takut tetapi memberanikan diri untuk bersemuka
- Memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara yang dilalui
- JPP mengambil keputusan untuk memanggil pembuli dan memberi nasihat untuk
berbudi bahasa dengan semua orang tidak kira tua atau muda.

You might also like