Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Teori Seni dalam Islam

Kesenian Islam adalah unik dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Ia terdapat
dalam pelbagai cabang seni iaitu seni rupa, seni suara, seni tulisan, seni lukisan, seni
pakaian dan seni kesusasteraan. Di setiap cabang-cabang ini, terdapat pelbagai pecahan
yang menggambarkan bahawa Islam amat menitikberatkan fitrah manusia yang sukakan
seni yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. Bagi tidak mensasarkan umat Islam
dalam melampaui batas sesuatu kesenian itu, para ulama telah memberi garis panduan
agar umat Islam dapat menikmati kesenian tanpa melebihi had yang ditetapkan dan tidak
menyerupai Barat di dalam menikmati kebudayaan dan kesenian mereka.

Contoh kesenian dalam Islam ialah seni khat. Seni khat atau kaligafi merupakan
satu bidang kesenian yang unik seta mempunyai identiti keislaman yang
tersendiri.Dimana seni khat adalah fenomena seni rupa yang indah,menarik,unik dan
tersusun,digolongkan sebagai kemuncak etika kesenian islam yang begitu tinggi. Selain
itu, Islam juga mempunyai garis panduan dalam seni lakonan. Kesenian dalam islam
sering dikaitkan dengan hukum haram dan harus. Di kalangan ahli sufi islam menyatakan
bahawa seni persembahan yang tergolong di dalamnya,seni muzik merupakan wahana
penting dalam meningkatkan kerohanian,kedamaian rasa di samping membentuk jiwa
yang lembut.

Di samping seni khat dan seni lakonan, dalam Islam juga terdapat seni suara yang
diagungkan sejak dahulu lagi. Antara seni suara dalam Islam ialah azan, qasidah, syair
dan puisi. Sejak dahulu lagi azan berkumandang dengan pelbagai lagu mahupun seni
yang tersendiri mengikut sesuatu kawasan mahupun kaum. Oleh itu, tidak hairanlah
bahawa seni suara sudah wujud sejak sekian lama. Selain itu, orang–orang Arab juga
mempunyai seni persembahan yang dinamakan Qasidah yang asalnya dalam bentuk
puisi yang pada asalnya mempunyai 50 – 100 baris. Qasidah biasanya diiringi dengan
muzik dan biasanya memperkatakan tentang kehidupan orang – orang Arab di padang
pasir.

You might also like