Teori Seni Dalam Islam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Teori Seni dalam Islam

Kesenian Islam adalah unik dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Ia terdapat
dalam pelbagai cabang seni iaitu seni rupa, seni suara, seni tulisan, seni lukisan, seni
pakaian dan seni kesusasteraan. Di setiap cabang-cabang ini, terdapat pelbagai
pecahan yang menggambarkan bahawa Islam amat menitikberatkan fitrah manusia
yang sukakan seni yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. Bagi tidak
mensasarkan umat Islam dalam melampaui batas sesuatu kesenian itu, para ulama
telah memberi garis panduan agar umat Islam dapat menikmati kesenian tanpa
melebihi had yang ditetapkan dan tidak menyerupai Barat di dalam menikmati
kebudayaan dan kesenian mereka.

Contoh kesenian dalam Islam ialah seni khat. Seni khat atau kaligafi merupakan
satu bidang kesenian yang unik seta mempunyai identiti keislaman yang
tersendiri.Dimana seni khat adalah fenomena seni rupa yang indah,menarik,unik dan
tersusun,digolongkan sebagai kemuncak etika kesenian islam yang begitu tinggi. Selain
itu, Islam juga mempunyai garis panduan dalam seni lakonan. Kesenian dalam islam
sering dikaitkan dengan hukum haram dan harus. Di kalangan ahli sufi islam
menyatakan bahawa seni persembahan yang tergolong di dalamnya,seni muzik
merupakan wahana penting dalam meningkatkan kerohanian,kedamaian rasa di
samping membentuk jiwa yang lembut.

Di samping seni khat dan seni lakonan, dalam Islam juga terdapat seni suara
yang diagungkan sejak dahulu lagi. Antara seni suara dalam Islam ialah azan, qasidah,
syair dan puisi. Sejak dahulu lagi azan berkumandang dengan pelbagai lagu mahupun
seni yang tersendiri mengikut sesuatu kawasan mahupun kaum. Oleh itu, tidak
hairanlah bahawa seni suara sudah wujud sejak sekian lama. Selain itu, orang–orang
Arab juga mempunyai seni persembahan yang dinamakan Qasidah yang asalnya
dalam bentuk puisi yang pada asalnya mempunyai 50 – 100 baris. Qasidah biasanya
diiringi dengan muzik dan biasanya memperkatakan tentang kehidupan orang – orang
Arab di padang pasir.

You might also like