Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1.

Nyatakan kemahiran-kemahiran persepsi motor yang perlu diperkembangkan oleh

pelajar untuk pembinaan koordinasi motor?

Menurut Magill (1989), kemampuan individu untuk mempamerkan perubahan dan


peningkatan yang kekal dalam kemahiran motor hasil daripada praktis atau pengalaman.
Bidang pengajian pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi
keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan
latihan. Pembelajaran kemahiran motor dipengaruhi oleh beberapa pembolehubah iaitu
perbezaan individu dan pemindahan pembelajaran. Dalam aspek kebolehan motor boleh
dinilai berpandukan dua taksonomi keupayaan motor yang dikemukakan olehnya iaitu
keupayaan persepsi motor dan kecekapan fizikal. Kemahiran-kemahiran persepsi motor
ialah koordinasi pelbagai anggota iaitu melibatkan interaksi semua anggota badan yang
terlibat dalam sesuatu pergerakan. Contohnya, menangkap bola dan membuat hantaran
memerlukan koordinasi mata-tangan dan koordinasi tangan-kaki. Selain itu, ketepatan
kawalan yang merujuk kepada keupayaan mengawal kualiti pergerakan yang dihasilkan.
Seterusnya, orientasi respons yang merujuk kepada keupayaan untuk menghasilkan respon
yang sesuai dengan keperluan persekitaran. Contohnya keupayaan penjaga gol bola sepak
untuk mengurangkan sudut penjaring bagi menjaringkan gol dan keupayaan pemain
badminton untuk memberikan respons yang paling berkesan. Tambahan pula, masa reaksi
yang merujuk kepada tempoh yang diambil untuk memulakan pergerakan selepas menerima
rangsangan. Contohnya masa yang diambil oleh seorang pelari 100m untuk memulakan
larian selepas mendengar tembakan permulaan. Di samping itu, kelajuan pergerakan
tangan. Keupayaan untuk mengubah tangan daripada kedudukan asal ke kedudukan lain
dengan pantas. Seterusnya, kadar kawalan. Kebolehan mengubahsuai kelajuan tangan dan
kaki supaya selaras dengan respon persekitaran. Sebagai contoh, seorang pemain
badminton yang menukar rentak permainan dan pukulan balas secara tiba-tiba agar dapat
mengelirukan pihak lawan. Selain daripada itu, Ketangkasan manual. Keupayaan
pergerakan keseluruhan bahagian tangan memanipulasi alatan yang bergerak. Selain itu,
Kecekapan jari. Keupayaan jari memanipulasi objek-objek kecil. Sebagai contoh,
penggunaan jari-jari dalam permainan dart dan pitching dalamsofbol. Lain lagi, ketegapan
tangan. Keupayaan untuk mengubah kedudukan tangan dengan tepat supaya dapat
meminimakan kekuatan dan kelajuan. Sebagai contoh seorang pemain tenis melakukan
hantaran kilas. Ketegapan tangan yang tegap untuk melakukan hantaran kilas. Selain itu,
Kelajuan jari dan pergelagan tangan. Keupayaan jari dan pergelangan tangan dalam
melakukan pergerakan alternatif dengan pantas. Sebagai contoh seorang pemain
badminton yang boleh melakukan pukulan kilas dengan laju dan tepat. Akhir sekali,
Membidik atau mensasar. Kebolehan membidik atau mensasar sesuatu objek dengan tepat
menerusi pergerakan pantas. Sebagai contoh, dalam acara menembak, memanah dan
menjaringkan gol.

2. Huraikan tiga kemahiran persepsi motor yang anda ketahui.

Tiga kemahiran persepsi motor ialah masa reaksi yang merujuk kepada
tempoh yang diambil untuk memulakan pergerakan selepas menerima rangsangan.
Contohnya masa yang diambil oleh seorang pelari 100m untuk memulakan larian
selepas mendengar tembakan permulaan. Selain itu, Koordinasi pelbagai anggota
iaitu melibatkan interaksi semua anggota badan yang terlibat dalam sesuatu
pergerakan. Contoh menangkap bola dan membuat hantaran memerlukan koordinasi
mata-tangan dan koordinasi tangan-kaki. Seterusnya, Seterusnya, kadar kawalan.
Kebolehan mengubahsuai kelajuan tangan dan kaki supaya selaras dengan respon
persekitaran.Sebagai contoh seorang pemain badminton yang menukar rentak
permainan dan pukulan balas secara tiba-tiba agar dapat mengelirukan pihak lawan.

You might also like