Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

TEMA:

INTEGRASI
DAN
PERPADUAN

Dibina oleh:
Puan Salmiah binti Ramli
(rasahati)

1
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

SOALAN-SOALAN STPM TAHUN-TAHUN LEPAS


2013- 2020 (SEMESTER 1)

TEMA : INTEGRASI DAN PERPADUAN

TAHUN TAJUK

S21- Selain dari aspek pemisahan fizikal, terdapat faktor-faktor lain yang menghalang
STPM pengintegrasian dan perpaduan kaum di negara ini. Ulaskan penyataan ini. (1 + 4)
2014/2015
Faktor:
1. Faktor pemisahan fizikal (wajib)
2. Faktor Sosial
3. Faktor politik
4. Faktor ekonomi
5. Faktor sosiobudaya

S21. Kebelakangan ini, generasi muda yang merupakan benteng pertahanan negara pada masa
STPM depan dikatakan kurang mempunyai semangat patriotik terhadap negara. Usaha-usaha perlu
2015/2016 dilakukan bagi menyuburkan semangat patriotik dalam kalangan mereka. Ulaskan. (3 + 2)

1. Kurang menghayati sejarah negara.


2. Sikap individualisme
3. Pengaruh budaya luar
4. Mementingkan etnik sendiri.

Usaha:
1. Meningkatkan kempen kesedaran cintai tanah air.
2. Melalui pendidikan
3. Peranan ibubapa dan institusi keluarga
4. Melalui sukan.

S22- Perpaduan kaum memainkan peranan yang penting untuk menjamin keamanan negara.
STPM Lantaran itu, kerajaan hendaklah melaksanakan pelbagai langkah untuk menyatupadukan rakyat
2016/2017 yang berbilang kaum di negara ini. Jelaskan. (3 + 2/ 2 + 3)

Kepentingan untuk menjamin keamanan negara:


1. Menjamin kestabilan politik.
2. Mewujudkan keadaan yang aman dan sentosa.
3. Meningkatkan imej negara
4. Menjamin pembangunan ekonomi.

Langkah:
1. Meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan perpaduan
2. Melalui pendidikan
3. Melalui sukan
4. Melalui aktiviti kemasyarakatan
5. Melalui dasar-dasar kerajaan

S22-Sistem persekolahan mampu memupuk perpaduan kaum di negara ini. Namun demikian,
STPM peranan pelbagai pihak lain tidak boleh diketepikan. Jelaskan. (1+ 4)
2017/2018 1. Peranan sistem persekolahan
2. Peranan Masy
3. Peranan Kerjaan
4. Peranan Keluarga
5. Peranan Pemimpin masyarakat.
6. Peranan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
7. Peranan Parti Politik pelbagai kaum.
8. Peranan Media Massa.

2
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

STPM S21- Perpaduan adalah penting untuk keharmonian dan kestabilan negara. Pelbagai langkah telah
2019/2020 dilaksanakan untuk mengukuhkannya. Jelaskan.
(3 + 2)
Kepentingan untuk keharmonian negara:
1. Menjamin kepada pembangunan ekonomi.
2. Mewujudkan suasana aman dan harmoni.
3. Mengekalkan kemerdekaan/ kedaulatan negara.
4. Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat

Langkah :
1. Memperkasa sistem pendidikan/ melalui pendidikan.
2. Jurang ekonomi rakyat dirapatkan
3. Melalui aktiviti sukan dan kebudayaan
4. Meningkatkan kesedaran awam tentang kepentignan perpaduan.

INTEGRASI DAN PERPADUAN

Kesan negatif sekiranya integrasi nasional gagal dipupuk.


FOKUS 2020
1. Keharmonian negara terjejas.
2. Masyarakat berasa tidak aman dan tenteram.
3. Pembangunan ekonomi negara terjejas
4. wujud sikap mementingkan diri dalam masyarakat.
5. Kedaulatan negara terancam/terjejas.

Kepentingan Perpaduan @ hidup bersatu padu (STPM 2019/2020)

1. Mewujudkan suasana yang aman dan harmoni.


2. Menjamin pembangunan ekonomi/ dapat memajukan ekonomi negara.
3. Meningkatkan imej negara.
4. Mengekalkan kemerdekaan/ kedaulatan negara.
5. Memupuk semangat patriotisme/ cinta akan negara dalam kalangan masyarakat

Sikap positif masyarakat yang mengukuhkan perpaduan.

1. Sikap yang dapat menerima perbezaan budaya antara kaum.


2. Sikap Saling hormati-menghormati dan bertolak-ansur.
3. Sikap yang mengamalkan budaya penyayang.

Ancaman Untuk Mencapai Perpaduan FOKUS 2020

1. Berlainan agama
2. Masalah komposisi penduduk dan kawasan penempatan
3. Pengaruh situasi politik negara
4. Tedapat akhbar pelbagai bahasa
5. Perkembangan media alternatif
6. Usaha mengubah status quo

Pihak yang cuba menjejaskan usaha mewujudkan perpaduan kaum:

1. Pihak media massa.


2. Pihak Parti-parti politik.
3. Pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO).
4. Pihak Ibu Bapa.

3
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

TRANSFOMASI SISTEM PENDIDIKAN FOKUS 2020

1. Memantapkan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan


2. Pendemokrasian pendidikan
3. Pelaksanaan Sekolah Wawasan
4. Pelaksanaan sekolah satu aliran

Langkah Kerajaan Memupuk Perpaduan Kaum (STPM 2019/2020)

1. Merapatkan jurang ekonomi antara kaum


2. Menyuntik nilai perpaduan melalui sistem pendidikan.
3. Mewujudkan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai etnik.
4. Memperbanyak Program peningkatan kesedaran tentang kepentingan perpaduan.
5. Memastikan Penggunaan satu bahasa.

Usaha Pihak Sekolah yang dapat memupuk perpaduan FOKUS 2020

1. Menerapkan prinsip Rukun Negara.


2. Melancarkan Program Pendidikan kesedaran tentang kepentingan perpaduan.
3. Mengadakan sambutan perayaan pelbagai kaum.
4. Mewujudkan Sekolah Penyayang.
5. Penerapan dalam aktiviti Kokurikulum
6. Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan

Aktiviti Masyarakat Setempat Untuk memupuk Perpaduan FOKUS 2020

1. Program Pemuafakatan Masyarakat


2. Hari Keluarga dan Sukan Rakyat
3. Acara kebudayaan dan kesenian
4. Sambutan perayaan semua kaum
5. Aktiviti Riadah

Peranan Rakyat bagi mengukuhkan Perpaduan FOKUS 2020

1. Rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum.


2. Anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran tetangga.
3. Ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa,
4. Institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan
pelajar berbilang kaum.
5. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar
berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama satu kaum sahaja.
6. Golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan
negara.
7. Rakyat malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum.
8. Masyarakat setempat juga boleh memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini
melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, program rukun tetangga, dan kempen
bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum.

Langkah Kerajaan Memupuk Perpaduan Dalam Pelbagai Bidang

1. Menerusi bidang pendidikan


2. Menerusi bidang Kebudayaan
3. Menerusi bidang Sukan
4. Menerusi bidang ekonomi
5. Menerusi bidang politik

4
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Sikap Generasi Muda Yang Menjejaskan Usaha Perpaduan FOKUS 2020

1. Sikap yang sentiasa sibuk dengan urusan seharian.


2. Sikap selalu leka dengan gajet.
3. Sikap tidak ambil peduli.

Usaha menggalakkan generasi muda mementingkan perpaduan. FOKUS 2020

1. Menggalakkan penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan.


2. Memperbanyak Program peningkatan kesedaran dan pendidikan.
3. Meningkatkan Peranan ibu bapa.

Peranan Remaja bagi mengukuhkan Perpaduan FOKUS 2020

1. Remaja mestilah mengamalkan dan menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan rakan sebaya.
2. Remaja juga hendaklah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara.
3. Remaja mestilah mengasimilasikan budaya pelbagai kaum dalam kehidupan seharian.
4. Remaja hendaklah mengelakkan diri daripada mementingkan diri dan kelompok etnik sendiri.

FOKUS 2020
Punca Perubahan Sistem Kehidupan Masyarakat:-

Soalan:
Malaysia yang berpotensi untuk mengancam perpaduan kaum. Pelbagai langkah untuk melahirkan masyarakat yang
harmonis hendaklah dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini.
Bincangkan.

Punca Berlakunya Perubahan Sistem Kehidupan Masyarakat

1. Sikap yang sentiasa sibuk dengan urusan seharian.


2. Perkembangan teknologi
3. Kesibukan bekerja
4. Perbezaan taraf hidup
5. Faktor migrasi dan urbanisasi

Langkah Untuk Melahirkan Masyarakat Yang Harmonis/ Harmoni


1. Dasar Pendidikan Negara
2. Prinsip Rukun Negara
3. Program riadah untuk masyarakat
4. Penyertaan dalam sambutan Hari Kebangsaan

Kepentingan Semangat Kejiranan

1. Mengukuhkan institusi masyarakat


2. Memupuk perpaduan kaum
3. Menyemai nilai-nilai murni
4. Membendung masalah sosial setempat
5. Meningkatkan keselamatan tempat tinggal .

5
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

IDENTITI KEBANGSAAN/SEMANGAT PATRIOTISME/ NASIONALISME

Soalan:
Pemeliharaan identiti kebangsaan sentiasa diberi perhatian oleh pemimpin negara. Terangkan usaha-usaha yang telah
dilaksanakan untuk tujuan tersebut.

Usaha Kerajaan dalam memelihara Identiti Kebangsaan

1. Memperkasakan Bahasa Melayu/ Bahasa kebangsaan


2. Meningkatkan penghayatan Rukun Negara
3. Memelihara warisan kebudayaan negara
4. Mengukuhkan perpaduan negara
5. Menambah baik sistem pendidikan negara

MAKSUD SEMANGAT PATRIOTISME:

 Patriotisme berasal dari kata Patriot, yang artinya adalah: pecinta dan pembela tanah air.
 Patriotisme maksudnya adalah semangat cinta tanah air. Pengertian Patriotisme adalah sikap Untuk selalu
mencintai atau membela tanah air, seorang pejuang sejati, pejuang bangsa yang mempunyai semangat, sikap
dan perilaku cinta tanah air, dimana ia sudi mengorbankan segala-galanya bahkan jiwa sekalipun demi kemajuan,
kejayaan dan kemakmuran tanah air.
 Patriotisme juga dapat diartikan sebagai rasa kekaguman pada adat kebiasaan bangsanya, kebanggaan terhadap
sejarah dan kebudayaannya serta sikap pengabdian demi kesejahteraan bersama. Dalam patriotisme terkandung
pengertian rasa kesatuan sebagai bangsa.

Sikap Patriotisme

Sikap patriotisme dapat diwujudkan dalam semangat cinta tanah air dengan beberapa cara sebagai berikut.

1. Sikap Rela Berkorban Mempertahankan Negara


2. Bersikap untuk Mengisi Kelangsungan Hidup Negara

Kepentingan Semangat Patriotik

1. Mengekalkan kedaulatan negara.


2. Pemangkin kemajuan ekonomi negara.
3. Memupuk perpaduan negara.
4. Menaikkan imej negara.

Usaha Memupuk Semangat Patriotisme dalam masyarakat

1. Program pendidikan kesedaran awam tentang cinta akan negara.


2. Meningkatkan Peranan Kerajaan.
3. Mempelbagaikan Peranan Sekolah.
4. Memperkukuh Peranan Ibubapa.

Punca Semangat Nasionalisme Semakin Luntur dalam kalangan masyarakat

1. Masyarakat lebih mementingkan Diri Sendiri


2. Tiada Perasaan Cinta akan Negara
3. Terpengaruh dengan Budaya luar.
4. Kurang Menghayati Perjuangan Tokoh-Tokoh Tempatan
5. Leka Dengan Lambakan Hiburan
6. Nasionalisme Berasaskan Kaum
7. Pengaruh Media Cetak / Media Massa / Internet

6
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

KESAN POSITIF PERPADUAN KEPADA NEGARA

1. Ekonomi Negara berkembang.


 Ekonomi akan berkembang jika rakyat pelbagai kaum bersatu menjalankan aktiviti secara bersama
 Memberi keyakinan kepada pelabur asing.
 Banyak pelaburan dari luar negara boleh meningkatkan pendapatan negara
 Pertumbuhan ekonomi berkembang dengan penglibatan semua kaum.

2. Pembangunan sosial meningkat.


 Pelbagai kemudahan disediakan untuk rakyat pelbagai kaum
 Tiada diskriminasi kaum dan jantina dari segi kemudahan dan infrastruktur yang hendak digunakan
 Akses pendidikan juga dapat dilakukan oleh rakyat pelbagai kaum dan berlainan wilayah

3. Keselamatan Negara terjamin.


 Kadar jenayah akan berkurangan kerana rakyat saling memahami dan berusaha melindungi antara satu sama
lain
 Keamanan negara dapat dipelihara dengan baik kerana rakyat saling hormat-menghormati.

4. Meningkatkan imej negara


 Menunjukkan pemerintahan yang adil kepada dunia luar
 Persefahaman dalam menjalani kehidupan
 Boleh bekerjasama walaupun berbeza agama dan kaum
 Menjadi role model kepada negara luar

IMPAK/KESAN POSITIF PERPADUAN RAKYAT KEPADA NEGARA DAN RAKYAT

6. Rakyat berasa selamat dan bebas bergerak


 Perpaduan membolehkan segala urusan kehidupan harian dilaksanakan dengan licin dan lancar
 Aktiviti perdagangan dalam dan luar negara dijalankan dengan baik untuk membangunkan negara

7. Hubungan mesra keluarga dan semangat muhibah terjalin.


 Hubungan sesama ahli keluarga dan kaum lain akan terjalin dengan baik.
 Semangat muhibah akan bertambah erat dengan amalan berkunjung ke rumah terbuka apabila sesuatu
perayaan disambut bersama

8. Pelbagai adat dan budaya dapat dipelajari.


 Rakyat beruntung kerana dapat mempelajari pelbagai warisan, budaya dan adat resam kaum lain
 Kekayaan kebudayaan yang dimiliki oleh negara akan menjadi kebanggaan rakyat untuk diperkenalkan
kepada masyarakat luar

9. Semangat patriotik/ cintakan negara meningkat.


 Membuahkan semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan rakyat
 Rakyat sentiasa sepakat dengan pihak pemerintah dalam menentukan arah tuju negara
 Negara akan lebih kukuh dan ancaman luar dapat ditangkis dengan terbinanya rakyat yang bersatu padu.

7
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

MAJLIS RUMAH TERBUKA DAPAT MENGUKUHKAN PERPADUAN KAUM

Kebaikkan majlis rumah terbuka kepada perpaduan kaum:

Amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam kalangan rakyat Malaysia apabila tiba hari-hari
perayaan utama. Konsep rumah terbuka ini memang perlu diteruskan dan dijadikan amalan kerana banyak
kebaikannya. Dengan adanya rumah terbuka, mudahlah seseorang itu untuk mengunjungi rumah saudara mara, jiran-
jiran dan rakan-rakan kerana tarikh dan masanya sudah ditetapkan. Seterusnya amalan ini sudah tentu akan
mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama anggota masyarakat.

1. Mengeratkan silaturrahim.
 Medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara kaum sesama jiran
tetangga dan rakan sekerja.
 Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra dengan tetamu yang
lain. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka berbual mesra dan saling memahami antara
satu sama lain.
 Pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum dapat bertemu, bergaul dan berbual sambil menikmati juadah.

2. Meningkatkan keharmonian antara kaum


 Amalan rumah terbuka memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai perpaduan yang
harus wujud untuk mengelakkan sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum
 Mewujudkan masyarakat yang harmoni tanpa syak wasangka antara satu sama lain
 Boleh duduk bersama-sama berbincang dan bertukar maklumat tanpa ada rasa perbezaan

3. Menghormati budaya kaum lain


 Para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan memahami budaya dan adat resam kaum lain. Mereka
akan merayakan perayaan itu bersama-sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama.
 Mendidik rakyat untuk menerima kepelbagaian budaya yang wujud di negara ini dan menimbulkan rasa
hormatterhadap amalan bangsa lain
 Sebagai contohnya, orang-orang Cina, India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri
bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya.
 Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya.

FAKTOR GENERASI MUDA KURANG BERMINAT MENGHADIRI RUMAH TERBUKA

1. Sibuk dengan urusan seharian.

2. Mengamalkan sikap antisosial.

3. Aktiviti tidak memenuhi cita rasa generasi muda.

4. Pengaruh teknologi elektronik.

5. Sila cari isi tambahan.....

Arahan:
Sila tulis esei penuh bagi tajuk di atas....

You might also like