‘SEKSYEN PENGURUSAN KAFA KELANTAN
(MEMO DALAMAN)
Fail: JAKIM.600-1/6/1( 38 ) Tarikh: 22 Mac 2021
TAIUK PENYELARASAN PEMBUKAAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (KAFA)
PADA TAHUN 2021
DARIPADA | Ketua SeksyenPengurusan _KAFA | Salinan:
Kelantan
Fail
wera |i _panplrs KAPA
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. __ Sukacita dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Penyelarasan KAFA telah diadakan pada 16
Mac 2021 bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Majlis Guru
Besar Negeri Kelantan.
3. Sehubungan dengan itu, mesyuarat telah bersetuju untuk membuat penyelarasan
‘mengenai pembukaan KAFA Negeri Kelantan seperti ketetapan berikut:
KAFA akan dibuka pada 4 April 2021 (Ahad) bagi Tahap 2 sahaja iaitu murid tahun 4
dan 5, manakala bagi Tahap 1 iaitu murid tahun 1,2 dan 3 pembelajaran secara
bersemuka adalah ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.
Bagi murid tahap 1 , pengajaran dan pembelajaran adalah dilaksanakan secara
Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)..
ji. Jadual KAFA bagi murid tahun 5 (tahun 2021) adalah pada hari Ahad dan Isnin
manakala bagi murid tahun 5 (tahun 2020) adalah pada hari Selasa . Pelaksanaan
KAFA kepada murid tahun 5 (tahun 2020) adalah dengan mengambil kira jadual kelas
tambahan dan program berkaitan peperiksaan UPSR (penyusunan jadual adalah
mengikut kesesuaian guru dan murid sekolah masing-masing); dan
iii, Tempoh pelaksanaan KAFA di sekolah adalah 3 jam 30 minit termasuk waktu rehat.
4, Semua Guru KAFA diwajibkan hadir bertugas pada 4 April 2021. Penyelaras KAFA dan
Guru KAFA hendaklah memastikan pelaksanaan KAFA di sekolah masing-masing berdasarkan Garis
Panduan yang telah ditetapkan termasuklah Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian
Sekolah Dalam Norma Baharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Untuk
makiuman pihak Tuan/Puan jua , Garis Panduan Pengoperasian KAFA sedang dikemaskini oleh
pihak JAKIM dan akan diedarkan kepada Tuan/Puan dalam masa terdekat.5. Oleh yang demikian , Tuan/Puan diminta untuk memaklumkan kepada ibu bapa tentang
penyelarasan pembukaan KAFA Tahun 2021 bagi memastikan pelaksanaan tersebut dapat berjalan
dengan lancar.
Kerjasama dan keprihatinan Tuan/Puan berhubung dengan perkara ini didahului dengan ucapn
terima kasi.
Sekian.