Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Soalan Tutorial Minggu 15

Soalan 1
Jelaskan sumbangan 3 tokoh penjelajahan dan penerokaan pada zaman tamadun
awal sehingga tahun 1600.

Antara tokoh penjelajahan dan penerokaan ialah Marco Polo. Marco Polo
merupakan seorang pedagang dan pengembara yang berasal dari Venice, Itali.
Beliau berasal daripada keluarga Polo yang terkenal kerana penglibatan dalam
bidang perdagangan di Timur Tengah. Marco Polo memulakan ekspedisi pertama
dengan menyertai bapanya Niccolo Polo dan bapa saudaranya Maffeo Polo ke
China pada tahun 1271 M. Beliau menyertai aktiviti penerokaan dan penjelajahan
selama 24 tahun. Beliau menyertai ekspedisi ayahnya,Niccolo Polo ke China ketika
berusia 17 tahun. Marco Polo berpeluang melihat kemajuan yang telah dicapai oleh
masyarakat China dan mencatatnya dalam buku ‘The Travels of Marco Polo’. Antara
kemajuan yang telah dicapai oleh bangsa China ialah penggunaan wang kertas,
pencetakan blok, penggunaan asbestos, peleburan arang batu dan pembangunan
bandar-bandar besar. Beliau menulis sebuah buku yang bertajuk ‘The travels of
Marco Polo’ ketika berada dalam tahanan di Genoa. Buku ini ditejermahkan dalam
bahasa Latin, Sepanyol dan Inggeris. Buku ini menjadi sumber rujukan bagi para
pengembara Eropah khusussnya dari negara Portugal dan Sepanyol untuk
melakukan ekspedisi menjelajah ke luar. Maklumat yang terkandung dalam buku ini
mendorong pelayar-pelayar Eropah seperti Christopher Columbus mencari jalan laut
ke timur. Mubaligh-mubaligh Kristian seperti Friar Odoric dan John Monte Corvino
tertarik untuk pergi ke China selepas membaca buku tersebut. Maklumat tentang
ilmu geogarafi yang terdapat dalam buku beliau membantu pelayar-pelayar Eropah
melancarkan ekspedisi dan menghasilkan peta dunia yang lebih tepat daripada peta
yang dihasilkan oleh Ptolemy pada abad pertama masihi.
Tokoh yang seterusnya ialah Ibn Battutah. Nama sebenarnya Muhammad bin
Abdullah al-Lawati,dilahirkan pada tahun 1304M di Tanger, maghribi. Sejarah
pengembaraannya bermula ketika berusia 21 tahun. Beliau meninggalkan kampung
halamannya untuk mengerjakan ibadat haji di Makkah dan mendalami ilmu agama
Islam. Pengembaraan beliau melalui kawasan-kawasan seperti Maghribi, Palestin,
Mesir, Syam dan Madinah. Beliau dikatakan seorang yang berperibadi
mulia,berwibawa,pandai berdiplomasi, tegas, gigih dan pandai berkomunikasi dalam
bahasa asing. Contohnya: bahasa Parsi dan Turki. Sarjana atau orientalis barat
menamakannya sebagai The Prince of Muslims Travellers. Karya atau catatan
beliau menjadi sumber sejarah bagi pelbagai negara yang dilawatinya. Melalui karya
al-Rihlah, pembaca didedahkan kepada pelbagai aspek kehidupan seperti
agama,politik,sosial,ekonomi dan kebudayaan masyarakat khususnya di negara-
negara seperti Afrika barat dan India. Contohnya di India, catatannya berkisar
tentang pelbagai kepercayaan masyarakat agama Hindu, kepentingan sungai
Ganges khususnya untuk penyucian diri. Berkaitan dengan sejarah islam di India
semasa pemerintahan Muhammad Tughluq. Ibn Battutah juga menulis tentang kota-
kota seperti Iskandariah, Damsyik, Makkah,Konstantinople dll. Di samping
itu,catatan tentang tempat-tempat yang pernah dilawati di Makkah seperti Masjidil
Haram,makam Imam dan Kaabah. Catatan beliau mendapat tumpuan para sarjana
Barat di seluruh dunia. Karya ini kemudian diterjemahkan dalam bahasa
asing,termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Belanda dan Jerman.

Di samping itu, Ferdinand Magellen merupakan seorang tokoh pelayaran


yang terkenal dan banyak memberikan sumbangan besar dalam bidang
penjelajahan dan penerokaan. Ferdinand Magellen ialah seorang pelaut, ahli
geografi dan pengembara yang berasal dari Portugal. Beliau terkenal kerana beliau
adalah orang yang pertama berjaya mengelilingi dunia. Beliau memperoleh
kemahiran pelayaran ketika berkhidmat sebagai wizurai Portugis di India selama
tujuh tahun. Beliau mempunyai pengalaman pelayaran di sekitar kepulauan melayu,
Laut China Selatan dan kepulauan rempah.Ferdinand Magellen memberi
sumbangan dalam ilmu kelautan dan pelayaran. Hal ini dapat dilihat dengan
pengalaman beliau dalam menjadi wizurai dan memperoleh kemahiran pelayaran.
Beliau juga memperkembangkan lagi penggunaan alat kelautan seperti carta
pelayaran(peta), astrolob, kompas dan sebagainya. Hal ini menyebabkan alat-alat ini
menjadi satu kepentingan bagi pengembara-pengembara diseluruh dunia. Ferdinand
Magellen juga memberi sumbangan dalam penemuan jalan kapal atau jalan
perdagangan yang baru. Ini dapat dilihat apabila beliau melakukan pengembaraan
ke kepulauan rempah ataupun dikenali sebagai Filipina. Ini jelas menunjukkan
bahawa beliau dapat meneroka laluan kapal yang baru dan ini dapat dibuktikan lagi
dengan wujudnya Selat Magellen. Selain itu, Ferdinand Magellen juga memberikan
sumbangan dalam penemuan tempat baru. Antara tempat baharu itu ialah Cape
Virgins, kepulauan Aldrone, dan Filipina. Penemuan tempat-tempat baharu ini telah
menggalakkan aktiviti perdagangan hamba oleh Portugis di Filipina. Hal ini juga
mendorong kepada pembukaan jaringan aktiviti perdangangan antara Portugis
dengan Filipina.
Soalan 2

Huraikan kesan-kesan penjelajahan dan penerokaan pada masa tamadun awal.

Antara kesan penjelajahan dan penerokaan pada masa tamadun awal ialah
mengembangkan ilmu pelayaran dan geografi. Zaman Hellenistik (percampuran
budaya Yunani dan bukan Yunani khususnya Parsi) dalam sejarah Greek telah
menggalakkan penyelidikan sains. Ekspedisi-ekspedisi Iskandar Zulkarnain
merentasi Asia telah membuka bidang-bidang pengetahuan baru kepada orang
Greek dan telah membangunkan minat terhadap penyelidikan saintifik. Semasa
Iskandar Zulkarnain membuat penjelajahan ke Asia, tenteranya diiringi oleh
sekumpulan juruukur, ahli geografi, ahli matematik dan ahli astronomi. Pakar-pakar
tersebut telah memetakan wilayah taklukan yang merentang dari Sungai Indus ke
timur Mediterranean. Peta Eropah yang dibuat pada lebih 1500 tahun selepas
penjelajahan Iskandar telah menggunakan maklumat tentang Asia yang diperolehi
dari Iskandar. Orang Rom mengembangkan pengetahuan mereka tentang dunia
melalui orang Yunani dan pengetahuan tentang India melalui penjelajahan Iskandar
Zulkarnain. Selepas pelayaran Kapten Cook (1780) ke Hawaii barulah peta dunia
yang lebih sempurna dihasilkan (pada abad ke-18). Orang Rom pula belajar
membuat kapal berdasarkan bangkai kapal orang Phoenicia. Orang Phoenicia
adalah pembuat kapal dan pedagang yang terpakar di Mediterranean dan telah
menubuhkan koloni di seluruh kawasan Mediterranean pada abad ke-8.SM.

Kesan yang seterusnya ialah mempengaruhi gaya hidup sesebuah


masyarakat. Misalnya, kegiatan penjelajahan dan penerokaan Barat menyebabkan
masyarakat tempatan mula terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah. Ramai
peribumi tempatan telah menerima dan menganut agama Kristian yang dibawa oleh
mubaligh Kristian. Penjajahan yang dilakukan oleh pihak Sepanyol juga
meninggalkan kesan terhadap masyarakat tempatan. Di Amerika Tengah dan
Selatan, Sepanyol telah berperang lalu menakluk Mexico lantas menundukkan
tamadun Aztec dan menakluk Peru dengan menghapuskan tamadun Inca.
Penjajahan ini telah membawa penghijrahan beramai-ramai oleh orang Sepanyol ke
Amerika Latin dan tinggal di situ. Amerika Latin telah menjadi dunia baru kepada
rakyat Sepanyol yang berhijrah ke sana. Amerika Latin merupakan sebuah kawasan
yang dipenuhi emas dan perak. Oleh itu, rakyat Sepanyol beramai-ramai menjadikan
kawasan ini sebagai tempat untuk mendapatkan emas dan perak.

Selain itu, kegiatan penjelajahan dan penerokaan juga banyak memberi


kesan terhadap masyarakat dari segi politik dan ekonomi. Dari segi politik, akibat
penjelajahan dan penerokaan Barat, penguasa tempatan terpaksa membuat
perjanjian dengan wakil Eropah untuk mengiktiraf kekuatan kuasa Eropah. Wakil-
wakil Eropah ini terdiri daripada syarikat berpiagam yang telah diwujudkan di
Belanda, Perancis, Great Britain dan Denmark. Antara syarikat berpiagam yang
terkenal adalah seperti Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), Syarikat Hindia Barat
Belanda (WIC) dan Syarikat Hindia Timur Inggeris(EIC). Pemerintah Islam. Dari segi
ekonomi pula, daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada masyarakat
Eropah. Pusat-pusat emporium seperti di Melaka dan Goa telah dijajah oleh
Portugal. Barangan-barangan yang diperbuat di Timur telah memperkayakan lagi
ekonomi dan gaya hidup rakyat Eropah.

You might also like