Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

TUGASAN TUTORIAL GPM 1083 (8 APRIL 2020)

Bahaskan bahawa kepelbagaian beragama dalam sesebuah masyarakat lebih


banyak membawa kebaikan daripada keburukan. Berikan pendapat berdasarkan
rujukan dan bacaan anda

Kepelbagaian beragama dalam sesebuah masyarakat sememangnya membawa


lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Hal ini dikatakan demikian kerana,agama
memainkan peranan dalam diri seseorang individu.
Pertama sekali, agama berfungsi sebagi sumber nilai moral. Hal ini dikatakan
demikian kerana, ama menjadi kod dan nilai etika serta aturan moral yang dinamik
dan menjadi pedoman dalam mengatur kehidupan spiritual, Perkara ini akan
membawa keamanan dan keharmonian dalam sesebuah masyarakat apabila setiap
orang dalam masyarakat tersebut mempunyai pegangan agama.
Selain itu, agama juga bertindak sebagai sumber penyatuan. Hal ini dikatakan
demikian kerana, agama sangat penting kerana dapat membangunkan ikatan sosial
dan menyatukan semua individu bagi membentuk masyarakat. Agama juga
mempunyai fungsi intergratif kerana ajaran agama mengandungi nilai-nilai
pemersatuan yang ada dalam setiap doktrinnya. Upacara keagamaan dalam
sesebuah masyarakat dapat mengukuhkan intergrasi sosial dan memperbaharui
solidariti kelompok.
Seterusnya, agama juga menumbuhkan semangat kebangsaan dalam sesebuah
masyarakat. Menurut Mehden(1968), menyatakan bahawa agama sangat penting
bagi pertumbuhan nasionalisme. Perkara ini membuktikan bahawa kepalbagaian
agama juga menubuhkan semangat dalam sesebuah masyarakat.
Akhir sekali, agama dilihat sebagai sebai faktor penentu selain menjadi salah
satu aspek perpaduan. Geertz (1973) menyatakan bahawa negara yang berdaulat
timbul kerana faktor sentimen primodial.
Kesimpulan. Kepelbagaian agama dalam masyarakat sememangnya membawa
lebih banyak kebaikan berbanding keburukan dalam sesebuah masyarakat.
Kepelbagaian agama seharusnya menjadi pendorong kepada penyatuan rakyat.
Walaupun ajaran agama mempunyai pelbagai perbezaan namun secara umumnya
semua agama mempunyai tujuan yang sama.

You might also like