Awas Kucing Anda Mungkin Menghidap Fip

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

AWAS, KUCING ANDA MUNGKIT PENGHIDAP FIP

Oleh Wan Buanan bin Wan Hussain

Anda mungkin pencinta haiwan yang sangat sayang akan haiwan peliharaan
terutama kucing. Kebanyakkan masyarakat di seluruh dunia amat mencintai haiwan
peliharaan ini. Keletah dan tingkah lakunya amat menghiburkan. Kucing (juga
dikenali sebagai harimau bela yang jinak) ialah mamalia karnivor kecil daripada
subspesis cactus. Hari ini, kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang
paling terkenal di Malaysia. Pelbagai baka kucing domestik wujud; ada yang tidak
berbulu ataupun berekor, dan mereka wujud dalam pelbagai warna yang berlainan
dan ada juga yang mempunyai banyak warna. Kucing ialah pemangsa yang mahir
dan diketahui bahawa mereka memburu lebih daripada seribu spesies haiwan lain
sebagai makanan. Mereka juga ialah haiwan yang pintar dan ada yang
berkebolehan untuk menggunakan mekanisme ringkas seperti tuil pintu atau tandas
manusia. Mereka berhubung dengan mengiau ("ngiau"), mengeluarkan bunyi 'purrr',
berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan masih baru dijinakkan,
oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan
membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing
dipuja dalam dongengan dan legenda daripada beberapa bangsa, contohnya Mesir
Purba, Viking dan juga Cina. Bagaimanapun terdapat sejenis penyakit yang boleh
menyerang kucing dewasa dan anak kucing hingga mengakibatkan sistem
badannya menjadi lumpuh atau lebih teruk lagi ialah mati.
Penyakit peritonitis yang menular dalam kalangan kucing ialah penyakit yang
tidak dapat dielakkan. Penyakit ini terjadi pada populasi kucing atau anak kucing
yang sangat kecil disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai feline coronavirus.
Feline coronavirus ialah virus yang menjangkiti kucing melalui kontak dengan kucing
yang telah dijangkiti penyakit tersebut. Jadi, umum mengenali penyakit ini dengan
nama Feline Infectious Peritonitis atau ringkasnya FIP. Jadi, FIP atau radang
peritoneum infeksius pada kucing adalah penyakit menular pada kucing akibat
infeksi virus Feline Coronavirus (FCoV). Manifestasi klinikal yang sering ditemukan
ialah radang pada peritoneum, selaput tipis yang melapisi rongga perut. Penyakit ini
bersifat mematikan, dapat menyerang semua jenis kucing pada semua peringkat
umur, dan dilaporkan dihidapi kucing di seluruh dunia. Penyakit itu juga dikatakan
boleh menjangkiti kucing ketika kucing-kucing saling menjilat, atau ketika mereka
menggunakan penampung kotoran, mangkuk makanan, atau peralatan perawatan
yang sama. Penyakit FIP disebabkan oleh virus dari kelompok Coronaviridae.
virus RNA rantai tunggal berbahaya itu mampu menjangkiti pelbagai spesies
makhluk hidup. Beberapa penyakit yang disebabkan oleh Coronavirus itu
seperti sindrom pernapasan akut berat (SARS) dan sindrom pernafasan Timur
Tengah (MERS) yang banyak menyerang manusia, bronkitis infeksius yang banyak
menjangkiti burung (avian infectious bronchitis), gastroenteritis yang banyak menular
pada babi (swine transmissible gastroenteritis), dan radang peritoneum yang banyak
menjangkiti kucing (FIP).
Sebenarnya Feline Coronavirus itu terbahagi kepada dua jenis iaitu Feline
Enteric Coronavirus (FECV) yang kurang patogen dan Feline Infectious Peritonitis
Virus (FIPV) yang sifatnya lebih patogen. Virus FECV mennjangkiti sel epitelial usus
yang menyebabkan diaria atau tidak langsung menunjukkan tanda-tanda sama
sekali. Dalam tubuh kucing, virus FECV dapat mengalami mutasi genetik hingga
menjadi FIPV yang menyebabkan penyakit FIP yang boleh membawa maut. Virus
FIPV sendiri memasuki sel darah putih seperti monosit dan makrofag. Berdasarkan
sifat genetiknya, virus FIPV terbagi dua jenis iaitu basah (wet atau effusive) dan
kering (dry atau noneffusive). Jenis basah sering ditemui dan sifatnya lebih ganas
daripada kering. Bagaimanapun cara penyakit FIP menyerang bergantung kepada
reaksi kekebalan tubuh kucing tersebut. Jika kekebalan tubuh mempunyai tindak
balas yang cepat biasanya kucing itu akan diserang FIP jenis kering. Sebaliknya,
jika tahap kekebalan tubuh kucing itu rendah maka FIP basah akan menyerangnya.
FIP kering yang melibatkan masalah saraf dan sering dilihat pada anak kucing di
bawah umur 6 bulan. Wet FIP yang menyebabkan busung air pada abdomen dan
juga thorax. Penyakit FIP ini berlaku apabila virus bermutasi menyebabkan sistem
immunity badan memakan sel dan organ badan sendiri. Seterusnya menyebabkan
radang tanpa kawalan di otak, saraf dan otot menyebakan masalah saraf dan otot.
Manakala radang pada saluran usus dan sel-sel peparu boleh menyebabkan
‘leakage’ cecair badan bertakung di dalam ruangan abdomen atau thorax yang
mengganggu pernafasan. Walau bagaimanapun, jika tahap kekebalan tubuh kuat
dan tanpa menunjukkan sebarang tanda klinikal kucing itu akan menjadi pembawa
dan dapat menularkan virus selama beberapa tahun hingga kekebalan tubuhnya
berkurang sedikit demi sedikit. Seiring dengan tahap kekebalan tubuhnya yang
semakin berkurang, penyakit akan semakin berkembang hingga timbul tanda-tanda
klinikal dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Simptom yang kerap dilihat pada peringkat awal sesekor kucing yang
dijangkiti FIP ialah mengalami masalah pernafasan, mata berair, cirit, dan juga
lemah dan kerap sakit kerana immuniti badan yang semakin menurun.

Gejala biasa dari FIP jenis basah:


 Tekanan pada abdomen kerana pengumpulan cecair
 Kesukaran bernafas kerana tekanan pada paru paru
 Demam berpanjangan dan tidak sembuh
 Tiada selera makan
 Kekurangan berat badan
 Depresi
Gejala biasa dari FIP jenis kering:
 Demam berpanjangan dan tidak sembuh
 Tiada selera makan
 Depresi
 Kekurangan berat badan
 Pelbagai tanda tanda lain yang berkaitan dengan kegagalan organ (buah
pinggang, hati, pankreas, sistem saraf, mata)

FIP bukanlah penyakit yang mudah berjangkit sebenarnya, Cuma virus


tersebut lebih mudah menjangkiti kucing yang immunitinya lemah dan sering berlaku
kepada kucing yang hidup dalam persekitaran kucing yang banyak serta mempunyai
risiko jagkitan Virus corona yang sangat tinggi untuk populasi kucing kelompok itu.
Selalunya virus banyak dikeluarkan pada air liur (saliva) dan najis (cirit) bagi kucing
yang tengah terjangkit. Untuk pencegahan, asingkan kucing yang sakit dan pastikan
tangan dan pakaian anda dibersihkan dahulu sebelum pegang kucing lain.
Bagaimanapun FIP dikatakan boleh membawa maut dan tiada penawar. Apa yang
doktor veterinar boleh lakukan selalunya memastikan keselesaan fizikal dan
pernafasan pada kucing tersebut dan juga melengahkan tempoh rebakkan virus di
dalam badan. Lazimnya rawatan simptomatik akan diberikan untuk melegakan
simptom sementara. Doktor veterinary juga biasanya mencadangkan beberapa
langkah sokongan, termasuk pengaliran cecair yang berlebihan boleh menyediakan
bantuan sementara. Pelbagai ubat yang direka untuk mengurangkan tindak balas
imuniti yang tidak normal terhadap virus atau mengurangkan keupayaan virus untuk
membiak telah dicuba dan mungkin memberikan sedikit kelegaan daripada penyakit
itu. Tindakan mencegah coronavirus adalah cara terbaik untuk mengatasi penyakit
FIP.
Sebenarnya memelihara kucing di dalam rumah ialah satu langkah
menawarkan perlindungan kepada kucing berkenaan sebaliknya kita juga membawa
kucing coronavirus-negatif ke dalam rumah sendiri tanpa sedar. Bagaimanapun ada
vaksin yang dapat membantu mengatasi masalah penyebaran FIP. Vaksin diberikan
di hidung dan direka untuk menghasilkan tindak balas untuk mencegah virus
daripada terus akses kepada dalam badan. Walau bagaimanapun vaksin berkenaan
tidak 100 peratus berkesan dan mesti diberikan sebelum kucing berkenaan dibiarkan
terdedah kepada persekitaran semula jadi yang boleh memungkinan coronavirus
menjangkitinya semula. Oleh sebab itu vaksin FIP perlu digunakan secara kerap dan
berjadual seperti disarankan oleh doktor atau klinik veterinar. Doktor anda boleh
mencadangkan penggunaan vaksin FIP yang sesuai untuk kucing anda. Jadi, awasi
kucing anda dan ketahui sifat-sifatnya agar anda dapat menjauhkannya daripada
FIP.

You might also like