Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KATA TUNGGAL

 Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar.
 Kata tunggal tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.
 Contoh:
pokok
Stor
tulang
 Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata.

Bentuk Kata Tunggal Ada 5:

i.Kata tunggal satu suku kata


Contoh:
am - VK
had - KVK
wang - KVK
brek- KKVK
skrip- KKKVK

ii. Kata tunggal dua suku kata


Contoh:
aku { a + ku }V + KV
syahdu { syah + du} KVK + KV
bulat{ bu + lat }KV + KVK
buih { bu + ih} KV + VK
bengkok{ beng + kok}KVK +KVK

iii. Kata tunggal tiga suku kata


Contoh:
bahaya{ba+ha+ya} KV+KV+KV
mentua{men+tu+a} KVK+KV+V
isyarat {i+sya+rat} V+KV+KVK
Gembira {gem+bi+ra} KVK+KV+KV
Matlamat {mat+la+mat}KVK+KV+KVK

iv. Kata tunggal empat suku kata atau lebih


Contoh:
anugerah {a+nu+ge+rah} V+KV+KV+KVK
masyarakat {ma+sya+ra+kat}KV+KV+KV+KVK
universiti {u+ni+ver+si+ti} V+KV+KVK+KV+KV
klasifikasi {kla+si+fi+ka+si}KKV+KV+KV+KV+KV
personifikasi {per+so+ni+fi+ka+si} KVK+KV+KV+KV+KV+KV
KATA MAJMUK
 Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan
menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.
 Kata majmuk bertindak sebagai satu unit walaupun dieja terpisah.
 Kata majmuk boleh dieja terpisah atau tercantum.
 Contoh kata majmuk dieja terpisah.
kata kunci
meja makan
sudut tepat
kerani kanan
 Contoh kata majmuk dieja tercantum
antarabangsa
jawatankuasa
tanggungjawab
bumiputera

TUGASAN 1: Baca buku teks BM muka surat 4 hingga 5, kemudian senaraikan kata tunggal
dan kata majmuk.

Maksud kata tunggal dan kata majmuk dalam buku teks.


1. wabak = sejenis penyakit menular/ berjangkit dan merebak .Contohnya wabak taun, wabak
H1N1, wabak Covid-19
2. influenza =demam selesema
3. mutasi=perubahan pada bahan genetik sesuatu organisma (tumbuhan, haiwan, dan sebagainya)
yang mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tersebut
4. gejala = sesuatu hal yang menjadi tanda akan terjadinya sesuatu; tanda akan berlakunya
sesuatu: Sekarang ini terdapat ~-~ yang menunjukkan perpecahan dlm pimpinan parti. 2
keadaan yang menjadi tanda(-tanda) penyakit: ~-~ demam campak ialah panas badan dan
tumbuh bintil-bintil merah pada kulit

TUGASAN 2: Bina ayat daripada kata tunggal dan kata majmuk berikut.
1. wabak -
2. influenza -
3. mutasi-
4. gejala -
5. garis panduan -
6. pelitup muka-
7. sapu tangan-
8. kakitangan-
9. bandar raya -
10. makan angin-

Ayat 1: Wabak influenza ketika ini dalam keadaan terkawal.

TUGASAN 3: Bina ayat daripada rangkai kata berikut.


1. semangat kesukanan -
2. sembang santai -
3. berdaya tahan -
4. mencipta nama -
5. Menjanakan pendapatan -
6. rahsia kejayaan-

You might also like