Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Soalan 2: Bincangkan pencapaian dan relevannya Tamadun Cina dan Tamadun India dengan

Malaysia.

TAMADUN INDIA

*KESENIAN

o Seni tarian merupakan aspek kebudayaan kaum India di Malaysia, tarian yang kaya dengan
pelbagai langkah yang menarik telah mewujudkan suasana yang berwarna warni di Malaysia
yang memang kaya dengan pelbagai bangsa dan budaya muzik di India terbahagi kepada dua
iaitu tradisi muzik Hindustan di utara dan tradisi muzik Karnatak di selatan. 

*KEBUDAYAAN (ADAT RESAM MELAYU & PEMAKANAN & PEMAKAIAN)

 Adat berinai juga merupakan adat tamadun Hindu yang diikuti oleh masyarakat Melayu.

 Adat membelah mulut bayi. Adat ini merupakan upacara mencecah garam ke mulut bayi
yang baru lahir dan bagi upacara ini ia bersamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu
dan minyak sapi ke bibir bayi seperti yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu panjang
umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya. Tapi bagi Islam adat ini diganti dengan
mencecapkan air zam-zam atau kurma ke bibir bayi tersebut. Pembacaan mentera yang
biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga telah digantikan dengan pembacaan surah
al-Fatihah dan surah al-Ikhlas kemudian dibacakan doa.

 Tamadun India juga telah mempengaruhi tamadun Melayu di Malaysia dari segi makanan.
Antara contoh makanan tradisional tamadun India ialah roti canai,paratha dan puri.
Makanan ini merupakan makanan kegemaran kaum india. Namun kini, makanan ini semakin
digemari oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan agama. Terutamanya, roti canai berjaya
meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak yang merupakan makanan tradisional
tamadun Melayu dan ini amat diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia sekarang.

 Selain itu ada sejenis makanan tradisional India yang tidak kurang hebatnya iaitu nasi
beriani. Nasi berianai ini ada terdiri daripada dua iaitu nasi beriani ayam atau kambing.
Boleh didapati di kedai-kedai mamak dan sebagainya. Selain dari yang tersenarai, ada
banyak lagi makanan tradisional tamadun India yang memberi kesan kepada rakyat di
Malaysia.

 Kurta juga merupakan pakaian tradisional India yang digemari dan sering dipakai oleh lelaki
kaum India. Kurta ini merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat
daripada kain kapasdan sutera. Akan tetapi, akhir-akhir ini pemakaian kurta telahpun
menjadi pakaian trend dan kesukaan bagi kaum lelaki melayu di Malaysia.
*SENI BINA

o Seni bina yang bercirikan India di Malysia juga dapat dilihat dalam beberapa reka bentuk
bangunan di Malaysia. Sebagai contoh, reka bentuk Taj Mahal yang begitu unik dan penuh
dengan ukurin kreativiti tamadun India. Pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia
yang terletak di Putrajaya mengambil contoh reka bentuk Taj Mahal di India. Ini jelas
menunjukkan bahawa tamadun India begitu mahir dalam seni ukiran sehinggakan reka
bentuk bangunan yang mereka hasilkan dijadikan sebagai asas pembinaan pusat
penttadbiran di Malaysia.

You might also like