Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

NAMA JABATAN / UNIT: JABATAN ILMU PENDIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA


LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR

TUGASAN KERJA KURSUS


(INDIVIDU)

SESI: SEM 2 / PISMP

Nama : NUR ADIBAH BINTI JAMALI

Angka Giliran : 2020212340007

Nombor Kad Pengenalan : 010928-10-0412

Kumpulan/Unit : PISMP PENDIDIKAN ISLAM A

Kod dan Nama Kursus : EDUP3033 (MURID DAN PEMBELAJARAN)

Nama Pensyarah : ENCIK MOHD HARJAZI BIN MOHD HASHIM

Tarikh Hantar : 19.03.2021

Tarikh Diterima :
(Diisi Oleh Pensyarah)

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya

fahami.

Tandatangan Pelajar : Jumlah markah:

Tarikh :

1.0 PENGENALAN
Howard Gardner telah mengemukakan Teori Kecerdasan Pelbagai berdasarkan pertikaian
beliau kepada penilaian sistem pendidikan yang hanya mengambil kira kecerdasan verbal
linguistik dan logik-matematik yang ada pada seseorang pelajar. Berdasarkan definisinya
tentang kecerdasan sebagai kebolehan untuk menyelesaikan masalah serta
menghasilkan sesuatu yang bernilai dalam konteks sosiobudaya masing-masing, Gardner
(1983) telah menyenaraikan tujuh domain kecerdasan manusia, iaitu: (a) verbal-linguistik
(VL)- kebolehan dalam pertuturan dan penulisan sesuatu bahasa serta mempelajari
banyak bahasa, (b) logik matematik (LM) – kebolehan untuk menganalisis masalah secara
logik, menyelesaikan masalah matematik serta menyiasat sesuatu isu secara saintifik, (c)
muzik (MZ) – berkemahiran dalam seni persembahan, penciptaan lagu serta mahir
menghargai karya muzik, (d) kinestetik-badan (KB) – mahir menggunakan pergerakan
seluruh anggota badan untuk menyelesaikan sesuatu perkara, (e) visual-ruang (VR) –
kebolehan untuk membuat gambaran secara visual sama ada di atas kertas atau di
minda, (f) interpersonal (IE) – kebolehan untuk memahami perasaan, motivasi serta tabiat
orang lain, (g) intrapersonal (IA) – kebolehan untuk memahami diri sendiri dan seterusnya
boleh membentuk identiti sendiri. Gardner (1999) telah mendefinisikan semula maksud
kecerdasan dan seterusnya memperkenalkan kecerdasan kelapan, iaitu naturalis (NA),
kebolehan untuk mengenal pasti dan mengkategori spesis hidupan yang ada di
persekitaran. Berdasarkan Pengalaman Berasaskan Sekolah 1 yang lalu, saya telah
menyoal dua orang murid dengan berpandukan inventori kecerdasan pelbagai yang saya
selitkan pada bahagian lampiran. Nama dua orang murid tersebut ialah Syauqi dan Ieman.
Murid ini kedua-duanya berumur 9 tahun dan merupakan dari kelas 2 Oksigen iaitu
kedudukan kelas pertama di SK Seri Makmur.

2.0 Dapatan Kajian Berdasarkan Inventori Kecerdasan Pelbagai


2.1 Domain Murid
Bagi murid yang pertama, Syauqi, domain yang tertinggi ada dua iaitu kekuatan
pada kinestetik badan serta intrapersonal. Manakala bagi Ieman, domain yang
tertinggi ialah kekuatan kinestatik badan serta visual-ruang.
2.2 Ciri-Ciri Domain
Antara ciri yang ada pada Syauqi ialah dia cenderung belajar dengan melakukan
seperti membuat amali. Ini disokong dengan pendapat menurut (Yaumi, 2013)
mengungkapkan bahawa kecerdasan jasmaniah-kinestetik adalah kemampuan
untuk menggunakan seluruh tubuh dalam mengekspresikan idea, perasaan dan
menggunakan tangan untuk menghasilkan sesuatu. Syauqi juga bersetuju sukan
sebahagian dari hidupnya, menggunakan isyarat lisan dan bukan lisan semasa
berkomunikasi, bersetuju bahawa menunjukkan secara maujud adalah lebih baik
dari menjelaskan, tidak aktif akan membuatkan dirinya lebih letih berbanding
menjadikan dirInya sibuk dan menjalankan gaya hidup sihat. Ini merupakan ciri-ciri
domain bagi murid dengan kekuatan kinestetik-badan. Bahkan perkara ini
disokong oleh Pendapat Gardner & Checkly (2013) menunjukkan bahawa
kecerdasan kinestetik itu merupakan kemampuan untuk menggunakan tangan,
jari-jari, lengan, dan berbagai perbuatan fizikal lain dalam menyelesaikan masalah,
membuat sesuatu atau dalam menghasilkan produk. Contoh yang mudah diperhati
adalah aktiviti yang disertai para atlet atau dalam pertunjukan seni seperti menari
atau berlakon (Denok, 2015).

Domain seterusnya ialah kecerdasan intrapersonal. Ciri yang ada pada diri Syauqi
antaranya suka menolong orang lain, sangat memahami kepercayaan moral,
kewajaran adalah penting menurutnya, bekerja sendiri boleh menjadi produktif
seperti bekerja dalam berkumpulan, dia perlu tahu mengapa dia perlu melakukan
sesuatu sebelum bersetuju untuknya dan akhir sekali, jika dia mempercayai
sesuatu dia akan lebih berusaha untuk melaksanakannya. Ciri tersebut
membuktikan bahawa murid ini kekuatannya pada kecerdasan intrapersonal
berdasarkan pernyataan Menurut Armstrong (2002) orang yang memiliki
kecerdasan intrapersonal adalah individu yang mampu untuk merasai pelbagai
semangat dan kespontanan, mampu bersikap tegas, memiliki harga diri dan
mengakuinya, mampu meredakan perasaan sakit pada diri sendiri, memiliki suatu
yang diperlukan untuk menguatkan niat dalam kerjanya dan hubungan, mampu
untuk menyendiri.

Domain kecerdasan bagi Ieman pula ialah kinestetik dan terbukti dengan ciri yang
sama seperti Syauqi tetapi ada ciri lain iaitu senang membuat sesuatu benda
dengan tangan (hands-on), suka menari. Ini disokong dengan pendapat Armstrong
(2002) bahawa kecerdasan kinestetik adalah suatu kecerdasan dimana seseorang
mampu menggunakan anggota tubuhnya untuk melakukan gerakan seperti berlari,
menari, mencipta sesuatu, melakukan kegiatan seni. Mereka lebih bertindak
membuat persembahan dan melakukan sesuatu secara fizikal (Gardner 2006).
Nolen (2003) dan Rubado (2002) menyatakan individu yang memiliki kecerdasan
ini akan menceburi bidang atlet, penari. Menurut Muhammad Yaumi (2012)
kecerdasan kinestetik adalah kemampuan menggunakan tangan untuk
menghasilkan atau mentransformasi sesuatu. Pendapat ini menyokong ciri yang
terdapat pada Ieman membuktikan ciri yang telah disebutkan bertepatan dengan
domain kecerdasan kinestetik.
Domain seterusnya bagi murid ini ialah kecerdasan visual-ruang. Sehubungan
dengan itu, pembelajaran seseorang murid yang mempunyai kecerdasan pelbagai
visual ruang akan menunjukkan kebolehan melakar peta minda, kerangka
konseptual membayangkan masalah dan cara penyelesaian (Gardner, 2006).
Nolen (2003) menjelaskan seseorang guru boleh membimbing pelajar dalam
pembelajaran menggunakan graf dan carta aliran untuk meningkatkan kemahiran
pelajar dalam menguasai sesuatu topik. Sebagaimana Gardner (2006)
menyatakan pandangannya bahawa kecerdasan pelbagai ini mendorong pelajar
mempersembahkan idea dalam power point, video dan gambar rajah. Malah,
murid dengan kecerdasan ini boleh mengingat sesuatu dengan gambaran mental
di mindanya (Laily, 2014) serta murid dengan kecerdasan visual ruang yang tinggi
memiliki kepekaan dalam memerhati dan untuk berfikir dalam gambar (Schmidth,
2003). Juga, kecerdasan visual mendorong murid untuk memiliki ilmu berdasarkan
pemahaman baru tentang ruang (Kim & Ham, 2016). Pernyataan yang
dikemukakan seiring dengan ciri pada inventori yang ada pada murid iaitu suka
mencipta karya seni sendiri, mengingat lebih baik dengan penggunaan penyusun
grafik membantu mengingat lebih baik, carta, grafik dan jadual membantu murid
mentafsir data dan ciri lain.
2.3 Perkara yang dilakukan dan tidak dilakukan guru bagi memenuhi perbezaan
individu
Perkara yang dilakukan guru bagi memenuhi perbezaan individu ialah dengan
meletakkan murid dalam satu kumpulan dengan kecerdasan yang pelbagai
kemudian diberi tugasan berkumpulan untuk disiapkan. Selain itu, berdasarkan
pemerhatian saya, guru memahami muridnya dengan mendalam tentang apa
minatnya kerana melalui itu, guru boleh menyediakan aktiviti di dalam kelas yang
memenuhi kecerdasan pelbagai murid. Mengikut Goodnough (2000) dalam
Schirduan (2001) menjelaskan apabila teori kecerdasan pelbagai diaplikasikan
dalam pembelajaran subjek sains didapati 85% pelajar dapat belajar dalam
suasana yang menyeronokkan. Oleh itu, jelasnya teori kecerdasan pelbagai perlu
diberi perhatian dalam pendidikan kerana ia berupaya menjadi inspirasi dalam
kurikulum dan berupaya menyumbang kejayaan pembelajaran di sekolah (Gardner
2006).

3.0 PENUTUP
Dapatan ini juga memberi gambaran bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang
mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai mampu mewujudkan suasana pengajaran
yang kondusif untuk berlakunya pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran yang
mengintegrasikan kepelbagaian unsur adalah selaras dengan konsep pembelajaran
berasaskan minda dan kurikulum bersepadu. Pengintegrasian unsur kecerdasan pelbagai
dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan mewujudkan suasana persekitaran
yang pelbagai yang merangsang otak pelajar ke arah berlakunya sinaps. Sinaps ialah
proses yang berlaku di dalam otak manusia semasa berlaku pembelajaran iaitu apabila
sel-sel neuron dalam otak saling berhubung antara satu dengan yang lain di bahagian
dendrit (Schunk, 2004). Mengikut konsep pembelajaran berasaskan minda, proses
pembelajaran akan lebih berkesan jika sering berlaku sinaps di dalam otak manusia.
Sehubungan itu, guru-guru tidak perlu ragu akan kesan daripada pengintegrasian unsur
kecerdasan pelbagai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya guru-guru
wajar mencuba sebagai variasi kaedah atau teknik pengajaran mereka bagi membantu
mengelakkan pelajar-pelajar daripada mengalami kebosanan ketika proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung selain dapat memperkembangkan potensi kecerdasan
pelbagai pelajar. Pengintegrasian unsur kecerdasan pelbagai dalam kurikulum juga wajar
menjadi agenda pendidikan di bawah konsep kurikulum bersepadu ke arah mewujudkan
generasi yang berketrampilan selaras dengan penyediaan modal insan dan kehidupan
yang lebih sejahtera.

4.0 LAMPIRAN
5.0 RUJUKAN
Gardner, H. (1983). Frames of mind: A theory of multiple intelligencs. New York: Basic
Books.

Gardner, H. (1999). Intelligence reframed. New York: Basic Books.

Yaumi, M. Nurdin, I. (2013). Pembelajaran Berbasis Kecerdasan Jamak (Multiple


Intelligences). Jakarta: Kencana Prenada Media Group.

You might also like