Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Berita Isu Perintah Kawalan Pergerakan

67 Langgar PKP Ditahan Di Sarawak

KUCHING, 30 Mac - Seramai 67 individu yang mengingkari Perintah Kawalan


Pergerakan (PKP) ditahan di Sarawak dalam operasi yang dilaksanakan 8 pagi
semalam hingga 8 pagi ini.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan kerana melanggar PKP di negeri ini
sejak Khamis lalu meningkat kepada 229 orang.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, mereka ditangkap kerana tidak
dapat memberi alasan yang sah untuk berada di jalan raya atau tempat awam.

Beliau berkata, Sibu mencatat jumlah tertinggi dengan 14 orang diikuti Miri (12 orang),
Kota Samarahan (12), Bintulu (7), Padawan (6), Kuching (5), Lawas (4), Saratok (3),
Betong (2), Serian (1) dan Marudi (1).

“Daripada 67 yang ditangkap, 65 adalah lelaki manakala dua lagi ialah wanita dan
siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1)
Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-
Langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020,” katanya.

Beliau berkata, sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara sehingga dua tahun
dan denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

“Kesemua 67 yang ditahan dalam tempoh 24 jam sejak pagi semalam sudah
dibebaskan dengan jaminan polis selepas percakapan dirakam dan menunggu untuk
didakwa di mahkamah,” katanya.

You might also like