Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Pengenalan

Dalam Islam setiap cabang engkap melengkapi, ia berasal dari kalimah ilmu(tauhid). Ilmu dalam
Islam terbahagi kepada dua iaitu :
1. Ilmu Tanzil : Ilmu kepada Rasul-Rasul untuk disampaikan kepada mereka. Ia
mengandungi petunjuk-petunjuk ygn boleh membawa manusia ke jalan yang lurus dan
benar
2. Ilmu Pengenalan : Ilmu yang merujuk kepada diri insane khususnya dan kepada alam
dan Tuhan yang sebenar.Ilmu ini diperolehi oleh insane berdasarkan dayha usahanya
sendiri dan pengalaman hidup, pemerhati, penyelidikkan dan pengkajian. Dalam konteks
Tamadun Islam, ilmu tanzil terkandung dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.

Pelayaran

Sejarah pelayaran Islam berhubung rapat dengan perdagangan kerana pedagang-pedagang


Islam menggunakan jalan laut untuk sampai ke segenap pelusuk dunia. Tambahan pula
kedudukan Semenanjung Tanah Arab yang strategic maka banyaklah kapal-kapal dagang yang
berniaga di perairannya. Sekaligus Semenanjung Tanah Arab berperanan sebagai pusat
penyebaran Tamadun Islam. Kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyah, Abbasiah dan
Othmaniah membina limbungan kapal yang digunakan untuk tentera laut yang bertujuan untuk
pertahanan dan perluasan daerah keluasan.

Kemahiran tokoh-tokoh Islam dalam bidang pelayaran dan mencari hasil laut telah membawa
kejayaan, perubahan dan pembentukkan Negara Islam di beberapa bahagian Dunia, ini
termasuklah Pantai Timur Afrika dan Aden sebagai pusat pelabuhan ketika itu dan seterusnya
ke Asia Tenggara.

Antara tokoh-tokoh Islam yang telah lahir dalam zaman Tamadun Islam ialah ;
a. Al Maqdisi
b. Ibn Jubair
c. Al Idrisi
d. Al Biruni
e. Ibnu Batutah(merupakan ahli pelayaran Islam yang telah Berjaya menjejak kakinya di
Asia Tenggara pada 1394M)

1
Ibn Battuta
"To the world of today the men of medieval Christendom already seem remote and unfamiliar.
Their names and deeds are recorded in our history-books, their monuments still adorn our
cities, but our kinship with them is a thing unreal, which costs an effort of imagination. How
much more must this apply to the great Islamic civilization, that stood over against medieval
Europe, menacing its existence and yet linked to it by a hundred ties that even war and fear
could not sever. Its monuments too abide, for those who may have the fortunate to visit them,
but its men and manners are to most of us utterly unknown, or dimly conceived in the romantic
image of the Arabian Nights. Even for the specialist it is difficult to reconstruct their lives and
see them as they were. Histories and biographies there are in quantity, but the historians for all
their picturesque details, seldom show the ability to select the essential and to give their figures
that touch of the intimate which makes them live again for the reader. It is in this faculty that Ibn
Battuta excels."

Itulah antara kata-kata yang dipetik dari sebuah buku hasil karya penulis dan jyga pengkaji
sejarah Tokoh Tamadun Islam; "Ibn Battuta, Travels in Asia andAfrica 1325-1354" sebuah
karya edaran Routledge dan Kegan Paul.

Potret Menunjukkan gambaran Pelukis Wajah Ibn Battuta

Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta (Bahasa Arab: ‫( )أبو عبد هللا محمد ابن بطوطة‬lahir 24 Februari
1304 - 1369) merupakan seorang Berber  Maghribi dari golongan Muslim Sunni. Beliau
merupakan cendiakawan dan ulama Mazhab Maliki, dan kadang-kalanya berkhidmat

2
sebagai Qadi atau hakim. Walaubagaimana pun beliau tersohor sebagai penjelajah dan
pengembara dan menulis mengenai pengembaraanya selama hampir 30 tahun merangkumi
lebih kurang 117,000 km. Penjelajahannya meliputi daerah yang sekarang merupakan Afrika
Barat hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, jarak yang
jauh lebih hebat dari Marco Polo yang hidup hampir seera dengan beliau.

Haji Pertama

Gambaran pelukis tentang kapal yang digunakan oleh Ibn Battuta

Ibn Battuta dilahirkan di Tangier, Maghribi, pada 24 Februari 1304 era Dinasti Marinid.Dia


mempelajari mazhab Sunni Maliki di Afrika Utara.Pada Jun 1325, umur 21 tahun, Ibn Battuta
mengerjakan Haji di Mekah yang mengambil masa 16 bulan.Sejak itu dia mengembara selama
24 tahun.

Perjalanannya ke Mekah adalah melalui jalan darat mengikuti pantai Afrika Utara menyeberangi
Kesultanan Abd al-Wadid dan Hafsid. Dia melewati Tlemcen, Bejaia dan kemudian ke Tunisia di
mana dia tinggal selama dua bulan. Dia biasanya memilih untuk bergabung dengan
sebuah karavan untuk mengurangkan risiko diserang. Di bandar Sfax, beliau berkahwin untuk
pertama kali.

Pada awal 1326, selepas perjalanan lebih dari 3.500 km , Ibn Battuta tiba di
Pelabuhan Iskandariahsemasa kerajaan Mamluk Bahri. Kemudian mengembara ke
pedalaman Kaherah , sebuah bandar penting ketika itu.Dia tinggal di situ selama sebulan. Dia
berpusing-pusing ke Mekah,ke Lembah Nil,ke Laut Merah dan ke Pelabuhan Aydhab.Kemudian
dia berhadapan dengan pemberontakan tempatan.

3
Dia kembali ke Kaherah. Seterusnya ke Damsyik yang dikuasai oleh Mamluk. Dia berjumpa
dengan seorang lelaki alim yang mencadangkan beliau pergi ke Makkah melalui Syria.
Perjalanannya melalui Hebron, Baitulmuqaddis dan Betlehem .

Bulan Ramadhan berada di Damsyik dia bersama sebuah khafilah sejauh 1500 km


dari Damsyik ke Madinah iaitu lokasi makam Nabi Islam Muhammad. Setelah 4 hari di bandar,
dia meneruskan perjalanan ke Mekah. Dia mengerjakan haji di Mekah dan mendapat gelaran
haji. Seterusnya dia menuju ke Ilkhanate yang terletak di antara Iraq dan Iran.

Iraq dan Parsi

Pada 17 November 1326, dia bersama kafilah besar , dari Semenanjung Arab menuju ke Iraq.
Mulanya menuju ke utara Madinah. Pada malam hari, menuju ke timur laut di Dataran
Nejd / Najaf selama 44 hari perjalanan. Di Najaf dia mengunjungi makam Ali bin Abi
Talib iaitu Khulafa Rasyidin ke-4. Tempat ini sangat dihirmati oleh penganut mazhab Syiah.

Terus ke Baghdad dengan kafilah.Ibn Battuta menuju ke Parsi. Dari Najaf dia menuju ke Sungai
Tigris dan ke Basra. Seterusnya sampai di Kota Isfahan di Banjaran Zagros di Parsi. Dia
menuju selatan ke Syiraz, sebuah bandar berkembang dan terhindar dari seragngan Mongol di
utara. Akhirnya, dia kembali melintasi pergunungan dan tiba di Baghdad pada bulan Jun 1327.
Bandar itu rosak teruk akibat serangan tentera Hulagu Khan.

Di Baghdad beliau mendapati bahawa Abu Sa'id bersatu dengan Ilkhanid. Ibn Battuta


mengembara lagi ke Tabriz dan menuju ke Jalur Sutra.

Dia kembali lagi ke Baghdad pada bulan Julai. Dia menyusur Sungai Tigris dan tiba di Mosul,
kemudian Cizre dan Mardin kini di dalam Turki. Seterusnya melintasi Gurun Arab ke Mekah. Ibn
Battuta sakit dan letih untuk mengerjakan haji kedua.

Afrika Timur

Ibn Battuta tinggal selama beberapa waktu di Mekah. Dari September 1327 hingga musim
gugur 1330. Dia telah menghabiskan waktu hanya satu tahun dan pergi selepas Haji pada
1328.

Pada 1328 (atau 1330) dari Mekah, dia menuju ke Pelabuhan Jeddah di pantai Laut Merah.
Dengan perahu di sampai di Yaman , melawat Zabid. Kemudian Dataran Ta'izz di mana dia
bertemu dengan Rasulid Malik (raja) Mujahid Nuruddin Ali. Ibn Battuta turut

4
melawat Sana'a tetapi fakta ini diragui. Dari Ta'izz dia pergi ke Pelabuhan  Aden pada 1329.
Aden merupakan pusat transit perdagangan antara India  dan  Eropah.

Di Aden, beliau memulakan kapal pertama menuju ke Zeila di pantai Afrika Teluk Aden .
Seterusnya ke Cape Guardafui dan menyusuri pantai Afrika Timur. Menghabiskan masa
seminggu di setiap destinasi. dia melawat Mogadishu, Mombasa, Zanzibar, dan Kilwa. Dengan
kapal dia kembali ke Arab Saudi dan melawat Oman dan Selat Hormuz. Beliau kemudian
kembali ke Mekah untuk haji dari 1330 (atau 1332).

Empayar Byzantine, Golden Horde, Anatolia, Asia Tengah dan India

Setelah setahun di Makkah, Ibn Battuta memutuskan untuk dengan Sultan Delhi, Muhammad


bin Tughluq. Pada 1330 (atau 1332) di sampai di Anatolia, yang di bawah kerajaan Saljuk. Dari
sana dia ke India. Sampai di pelabuhan Syria lathqiyah  di  Genoa dengan kapal dan mendarat
di Alanya- kini Turki. Dengfan perjalanan darat ke Konya dan kemudian ke Sinope di
pantai Laut Hitam.

Menyeberangi Laut Hitam, Ibn Battuta mendarat di Caffa (sekarang Feodosiya), di Crimea, dan
memasuki tanah-tanah Golden Horde. Dia membeli sebuah gerabak dan bergabung dengan
kafilah Ozbeg milik Golden Horde's Khanmenuju ke Astrakhan di Sungai Volga.

Tiba di Astrakhan, Putri Bayalun telah hamil dianggap haram putri Maharaja Byzantine
Andronikos III Palaiologos, untuk kembali ke rumahnya di bandar Constantinople untuk
melahirkan.

Tiba di Constantinople pada akhir 1332 (atau 1334) dia bertemu dengan Maharaja Byzantine ,
Andronikos III Palaiologos. Dia melawat gereja Hagia Sophia. Setelah sebulan di situ, dia
menelusuri kembali laluan Astrakhan, kemudian melewati Kaspia dan Laut Aral menuju
ke Bukhara dan Samarkand. Dari sana dia ke selatan sampai di Afghanistan untuk
menyeberang ke India.

Kesultanan Delhi dari Dar al-Islam. Sultan Muhammad bin Tughluq telah membawa banyak


sarjana Muslim dan pegawai untuk mengkonsolidasikan kawalannya. Sementara di Makkah, Ibn
Battuta bekerja sebagai kadi ( hakim) atas lantikan sultan.

Ibn Battuta berdalih hendak mengerjakan haji. Tetapi Sultan memintanya untuk menjadi duta
ke Dinasti Yuan China.

5
Asia Tenggara dan China

Dalam perjalanan rombongannya telah diserang oleh Hindu. Dia dirompak dan hampir
kehilangan nyawa. Dia meneruskan perjalanan ke Khambhat  (Cambay). Dari sana, mereka
belayar ke Kozhikode(Calicut (dua abad kemudian, Vasco da Gama juga mendarat di tempat
yang sama). Ibn Battuta melawat sebuah masjid di tepi pantai ketika ribut taufan. Salah satu
kapal ekspedisi tenggelam. Dia telah ditawan oleh seorang raja tempatan
di Sumatera beberapa bulan kemudian.

Takut untuk kembali ke Delhi dalam kegagalan, beliau tinggal lama di selatan India di bawah
perlindungan Jamal-ud-Din. Jamal-ud-Din penguasa kecil tapi kuat Nawayath kesultanan di
tepi Sungai Sharavathi di pantai Laut Arab.Sekarang dikenali sebagai Hosapattana di Honavar
Tehsil, Kannada. Apabila Kesultanan diguling , Ibn Battuta meninggalkan India terus.Beliau
memutuskan untuk meneruskan ke China dan dalam perjalanan telah singgah di
pulau Maldives.

Sembilan bulan tinggal di Kepulauan Maldives . Penduduk pulau itu baru sahaja masuk Islam.
Dia dilantik menjadi ketua hakim dan berkahwin dengan keluarga diraja Omar dan terlibat
dalam politik tempatan .Dilihatnya wanita tempatan tanpa pakaian di atas pinggang .Kemudian
dia pergi ke Sri Lanka dan melawat Puncak Adam.

Dari Sri Lanka, kapalnya hampir tenggelam akibat ribut dan dia diserang oleh bajak laut.Dia
kembali ke Kozhikode (Calcutta). Kemudian belayar ke Maldives lagi sebelum sampai
ke Dinasti Mongol Yuan China.

Kali ini dia berjaya sampai di Chittagong, Sumatera, Vietnam, di Filipina dan


akhirnya Quanzhou di daerah Fujian , China. Dari sana, ia pergi ke utara ke Hangzhou, tidak
jauh dari Shanghai moden. Dia melalui terusan besar ke Beijing (tapi diragui).

Kembali ke rumah dan Black Death

Kembali ke Quanzhou, Ibn Battuta mengsambil keputusan untuk pulang ke Maghribi. Dia
kembali ke Calicut (Kozhikode sekarang) sekali lagi. Seterusnya melanjutkan perjalanan
ke Mekah. Kembali melalui Selat Hormuz dan Ilkhanate. Ketika itu berlaku perang saudara .

Dia kembali ke Damsyik dan mendapat tahu bapanya meninggal dunia. Dia pergi ke Sardinia,
lalu kembali ke Tangier untuk bertemu dengan ibunya yang juga meninggal dunia, beberapa
bulan sebelumnya.

6
Andalusia dan Afrika Utara

Setelah beberapa hari di Tangier, Ibn Battuta berangkat ke Andalusia. Alfonso


XI dari Kastilia dan León mengancam mengambil Gibraltar.Ibn Battuta bergabung dengan
sekelompok umat Islam meninggalkan Tangier berperang untuk membela mempertahankan
pelabuhan Gibraltar. Alfonso dapat dibunuh dan ancaman telah surut. Dia berjalan
melalui Valencia dan berakhir di Granada.

Meninggalkan Andalusia, dia memutuskan berhenti di Marrakech , yang hampir menjadi bandar
hantu akibat beberapa wabak penyakit .Ibukota dipindahkan ke Fez.

Sekali lagi ia kembali ke Tangier, dan sekali lagi ia pindah. Dua tahun dia pergi lagi
ke Kaherah .Dia berhasrat mengunjungi kerajaan Muslim di seberang Gurun Sahara.

Sahara , Mali dan Timbuktu

Pada musim gugur 1351, Ibn Battuta meninggalkan Fez dan membeli beberapa unta dan
tinggal selama empat bulan. Pada Februari 1352 , selama 25 hari perjalanan dia tiba di
lombong garam Taghaza.Bangunan dibina daripada bongkah garam oleh hamba dari
suku Masufa, yang bekerja memotong bongkah garam. Garam diangkut dengan unta. Taghaza
adalah pusat komersil dan banyak emas .Ibn Battuta tidak tertarik kerana tempat itu hanya ada
air payau dihurungi lalat.

Selepas 10 hari tinggal di Taghaza kafilah berangkat ke oasis  Tasarahla  (mungkin Bir al-
Ksaib). Dia berhenti selama 3 hari dan berjalan kaki melintasi gurun pasir yang luas.
Dari Tasarahla sampai di bandar oasis Oualata dan mengambil air untuk kafilah yang
dahaga. Oualata terletak di hujung selatan jalan perdagangan ke Empayar Mali. Khafilah beliau
menyeberangi 1.600 km selama 2 bulan dari padang pasir dari Sijilmasa.

Kemudian dia berangkat ke barat daya Sungai Nil (sebenarnya Sungai Niger) dan tiba di ibu
negara Empayar Mali.Dia bertemu Mansa Sulaiman, raja sejak 1341. Ibn Battuta melihat hamba
perempuan , pelayan, dan bahkan anak-anak perempuan sultan yang masih telanjang bulat.
Bulan Februari ,dengan unta sampai di Timbuktu yang saat itu kecil sahaja. Ibn Battuta dengan
perahu pergi ke Gao selama satu bulan. Beliau menerima mesej daripada Sultan Maghribi
memerintahkan dia pulang. Dia berangkat ke Sijilmasa pada September 1353 . Sampai
di Maghribi pada awal tahun 1354.

7
Rihla

Setelah pulang ke rumah dari perjalanannya pada 1354 dan di atas dorongan Sultan
Maghribi, Abu Inan Faris, Ibnu Battuta menulis catatan perjalanan kepada Ibnu Juzayy, seorang
sarjana yang dia pernah bertemu di Grenada. Catatan ini adalah sumber maklumat tentang
kembaranya dengan tajuk 'Rihla' atau "The Journey".

Ibn Battuta membuat catatan selama 29 tahun berdasarkan ingatan dan naskah terdahulu.
Ketika menjelaskan Damsyik, Makkah, Madinah dan beberapa tempat-tempat lain di Timur
Tengah adalah berdasarkan catatan Ibn Jubayr.Gambaran tempat di Palestin jelas disalin
daripada catatan musafir abad ke-13 Muhammad al-Abdari.

Ramai orientalis tidak percaya bahawa Ibn Battuta melawat semua tempat yang dia gambarkan.
Ibn Battuta bergantung kepada khabar angin dan pengembara dahulu. Contohnya Ibn Battuta
melakukan perjalanan di Sungai Volga .Orientalis juga mempersoalkan apakah dia benar-benar
melawat China. Namun di berhasilkan menggambarkan seluruh dunia pada abad ke-14.

Ibn Battuta sering mengalami kejutan budaya di banyak tempat yang tidak sesuai dengan
dengan latar belakang muslim ortodoks. Di Turki dan Mongol, beliau hairan melihat wanita
bebas bercakap. Bahawa laki-laki adalah pelayan wanita tetapi sebenarnya suaminya.Adat
pakaian di Maldives dan di sub-Sahara di Afrika terlalu mendedahkan.

Setelah selesainya Rihla pada 1355, sedikit yang diketahui tentang kehidupan Ibnu Battuta.
Beliau dilantik menjadi hakim di Maghribi dan meninggal dunia pada tahun 1368 atau 1369.

Pada awal 1800-an bukunya diterbitkan dalam Bahasa Jerman dan Inggeris berdasarkan


manuskrip yang dijumpai di Timur Tengah yang mengandungi versi pendek Arab Ibnu Juzayy .
Ketika tentera Perancis menduduki Algeria pada 1830-an, mereka menemukan lima naskah
Constantine termasuk dua yang mengandungi versi lebih lengkap .Naskah ini dibawa kembali
ke Bibliothèque Nationale di Paris dan dipelajari oleh sarjana Perancis, Charles
Defrémery dan Beniamino Sanguinetti. Pada 1853, mereka menerbitkan siri daripada empat jilid
mengandungi teks arab dan diterjemah ke dalam Bahasa Perancis. Sekarang telah
diterjemahkan kepada banyak bahasa lain.

8
Ibn Battuta Tokoh Yang Dilupakan

Perjalanan Ibn Battuta mendedahkan bahawa Muslim sepenuhnya mendominasi aktiviti maritim
di Laut Merah, Laut Arab, Lautan Hindi, dan perairan China. Juga terlihat bahawa walaupun
para peniaga Kristian dikenakan sekatan tertentu, sebahagian besar perundingan ekonomi
ditransaksikan atas dasar kesamaan dan saling menghormati. 
Ibn Battuta, salah satu pelayar yang paling luar biasa sepanjang masa, enam puluh tahun
melawat China selepas Marco Polo dan pada kenyataannya perjalanan beliau sebanyak 75.000
batu, lebih daripada Marco Polo. Namun Ibn Battuta tidak pernah disebutkan dalam buku-buku
geografi yang digunakan di negara-negara Muslim, apalagi mereka yang di Barat.Sumbangan
oleh Ibn Battuta terhadap geografi tidak mampu diragui lagi seperti yang dilakukan oleh ahli
geografi walaupun laporan kewangan sepanjang perjalanannya tidak dapat dikenalpasti kecuali
untuk pihak pakar. Kehilangan sumber rujukan sahih mengenai sumbangan Ibn Battuta dalam
buku geografi bukan merupakan contoh terpencil. Hampir ke semua Tokoh Muslim, sebesar
apa pun sejarah diciptanya, doktor, ahli astronomi, saintis atau ahli kimia. mereka turut
mengalami nasib yang sama.Salah satu sebab dapat diketahu mengapa masyarakat Muslim
diabaikan oleh pihak Barat. Namun ketidakpedulian pemerintah Muslim amat mengecewakan
dan sukar difahami. Dalam rangka memerangi kompleks kelemahan bahawa malapetaka umat
Islam, kita harus menemukan kembali sumbangan Muslim di bidang-bidang seperti sains,
perubatan, senibina teknik, dan astronomi. Hal ini akan mendorong kaum muda Muslim
kontemporari untuk berjuang dalam bidang ini dan tidak berfikir bahawa kejayaan besar berada
di luar liputan mereka 

9
Kesimpulan
Tokoh Islam atau Tokoh Ketamadunan Islam adalah orang yang bertanggungjawab dalam
bidang pembangunan dunia Islam suatu ketika dahulu. Kita sebagai umat Islam generasi baru
kini seharusnya mengenang dan terus mengingati hasil titik peluh mereka dalam
memperjuangkan ilmu-ilmu yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah

Pelbagai kejayaan dan usaha yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh ketamadunan Islam dalam
memperjuangkan Agama Islam dan juga dalam usaha untuk memperjuangkan ilmu-ilmu dunia.
Namun seperti yang kita lihat kini, banyak anak muda yang tidak mengenali tokoh-tokoh
ketamadunan Islam sedangkan tokoh-tokoh ini lah yang telah melahirkan kehidupan yang
selesa untuk kita hari ini.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh segenap pihak samada pihak kerajaan atau pihak bukan
kerajaan untuk menguatkan ingatan anak muda kini tentang sumbangan-sumbangan tokoh-
tokoh tamadun Islam. Sebagai anak muda yang dilahrkan dalam keadaan serba moden kini,
kita seharusnya berbangga kerana kebanyakkan ilmu yang dipelajari kini kebanyakkannya telah
di kaji oleh ilmuwan-ilmuwan Islam terlebih dahulu walaupun pihak Negara Barat telah
memperkotak-katikkan fakta tersebut.

Marilah kita mengenang segala jasa dan pengorbanan yang telah diusahakan oleh tokoh-tokoh
ketamadunan Islam dahulu.

10
Rujukan
Modul Tamadun Islam A3007 (Unit Pendidikan Islam, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah)

http://www.ummah.com/history/scholars/ibn_battuta/ (10.45 p.m, 19 Februari 2011)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibn_Battuta (10.45 p.m, 14 Februari 2011)

11

You might also like