Tugasan 2 Rbts (Anith & Fatin)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 41

INSTITUT

PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG


IBRAHIM JOHOR

PISMP JUN 2018 SEMESTER 4


PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
(RBTS 3232)

TUGASAN 2: PENULISAN ILMIAH

NAMA FATIN ALAWIYAH BT NUR ANITH AQILAH


AHMAD SAHIMI BT MOHD RANI
OPSYEN 4 PISMP SAINS 1(SK) 4 PISMP SAINS 2 (SK)

NOMBOR KAD 990327-08-5858 990805-03-5098


PENGENALAN
NOMBOR MATRIK 2018122340057 2018122340082

NAMA PENSYARAH EN. HJ. SANIF BIN SAPAAT

TARIKH HANTAR 12 MAC 2020

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
Nama :FATIN ALAWIYAH BT AHMAD SAHIMI Angka Giliran:2018122340057
NUR ANITH AQILAH BT MOHD RANI 2018122340082
Kod: RBTS 3232 Nama Kursus: PENDIDIKAN PERNIAGAAN
DAN KEUSAHAWANAN

Pensyarah : EN. HJ SANIF BIN SAPAAT

Tarikh Hantar : Tarikh Terima

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar :_______________________
(
Perincian Maklum Balas Kerja Kursus

Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)

Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan (jika ada)


Tanda tangan pelajar: ___________________ Tarikh:
(FATIN ALAWIYAH)
____________________
( NUR ANITH AQILAH )
SENARAI ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGHARGAAN
2.0 RINGKASAN TUGASAN
3.0 TUJUAN TUGASAN
4.0 LATAR BELAKANG PROJEK/TUGASAN
5.0 JADUAL PERLAKSANAAN PROJEK
6.0 RINGKASAN EKSEKUTIF / ABSTRAK
7.0 PENGENALAN
8.0 TUJUAN
9.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
10.0 LATAR BELAKANG PEMILIK
11.0 LATAR BELAKANG PROJEK
12.0 RANCANGAN ORGANISASI
13.0 RANCANGAN PEMASARAN
14.0 RANCANGAN PENGELUARAN ATAU OPERASI
15.0 RANCANGAN KEWANGAN
16.0 JADUAL PERLAKSANAAN PROJEK
17.0 RUMUSAN
18.0 RUMUSAN TUGASAN
19.0 BIBLIOGRAFI
20.0 LAMPIRAN

1.0 PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi di atas limpah dan kurnianya, dapat kami
menyiapkan projek kerja lapangan ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan dengan penuh
jayanya. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Sanif Bin Sapaat, Pensyarah
Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan (RBTS 3232), di atas tunjuk ajar dan bimbingan
yang telah diberikan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Beliau banyak membantu kami
sepanjang proses kerja lapangan ini dari segi konsep dan idea- idea perniagaan serta kaedah
untuk memperoleh sumber maklumat mengenai perniagaan. Di sini, saya ingin merakamkan
tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cik Nurfadhila Nadia Ain Binti Azman atas
kesudian beliau berkongsi pengalaman dan ilmu perniagaannya. Beliau tidak lokek untuk
berkongsi ilmu bagaimana beliau telah mengusahakan sebuah perniagaan restoran yang

3
terletak di Lahad Datu, Sabah Malaysia yang bernama Restoran Selera Borneo Helen.
Walaupun kami menghadapi sedikit masalah untuk menemubual Cik Nurfadhila secara
bersemuka, namun kami masih berupaya untuk berhubung dan memperoleh maklumat
mengenai perniagaannya melalui media telekomukasi secara maya. Kami telah menemu ramah
beliau melalui aplikasi Calling Video Whatsapp sepanjang proses untuk memperoleh maklumat
mengenai perencangan sebuah perniagaan ini. Sesungguhnya segala jasa kerjasama yang
telah diberikan amat-amat kami hargai. Kami juga ingin menyusun sepuluh jari memohon
ampun dan maaf sekirannya terdapat kekasaran bahasa yang menyinggung mana-mana pihak
dalam tempoh kami melaksanakan tugsan projek ini.

2.0 RINGKASAN TUGASAN

Tugasan penyediaan rancangan perniagaan ini dilaksanakan secara berkumpulan iaitu


terdiri daripada 2 orang ahli. Tugasan penghasilan Rancangan Perniagaan di sebuah syarikat
ini telah kami laksanakan berkenaan dengan sebuah syarikat perniagaan restoran yang terletak
di sabah. Kami telah menemubual pemilik Restoran Selera Borneo Helen iaitu Cik Nurfadhila
Nadia Ain Binti Azman untuk mendapatkan maklumat dan menyetahui pengalaman beliau
sebelum dan semasa menjalankan perniagaan. Oleh hal yang demikian, melalui temubual dan
perlaksanaan tugasan ini, kami mengetahui proses dan prosedur penubuhan sesebuah
perniagaan dengan lebih jelas. Di samping itu, kami mendapat pengetahuan baru tentang
perangcangan dan strategi perniagaan supaya dapat bersaing secara sihat dengan peniaga
lain. Akhir sekali, kami juga dapat menguasai cara untuk membuat rancangan perniagaan
dengan menyiapkan tugasan ini dengan membuat rujukan daripada berbagai sumber.

3.0 TUJUAN TUGASAN

Tujuan tugasan ini dilaksanakan adalah untuk memberi gambaran awal tentang
penubuhan rancangan perniagaan bagi sesebuah syarikat. Antara elemen yang perlu ada
dalam sesebuah perancangan perniagaan ialah isi kandungan, ringkasan, abstrak, pengenalan,
tujuan, latar belakang perniagaan, latar belakang pemilik, latar belakang projek, rancangan
organisasi dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, untuk menubuhkan sesebuah perniagaan
perancangan perniagaan perlu disediakan terlebih dahulu bagi memudahkan proses
pengurusan perniagaan dan perancangan yang rapi dapat diwujudkan. Oleh itu, dengan

4
menjalankan tugasan ini, kami dapat mempelajari prosedur-prosedur penghasilan perancangan
perniagaan dengan lebih teliti dan terperinci dengan bantuan oleh pemilik restoran. Selain itu,
tugasan ini dilaksanakan bertujuan untuk member pendedahan kepada kami untuk berhubung
dengan masyarakat luar dan menimba pengalaman menemu ramah pengusaha perniagaan.
Akhir sekali, tugasan ini bertujuan untuk melatih kami sebagai bakal guru untuk mencari
maklumat daripada pelbagai sumber dalam proses penghasilan rancangan perniagaan ini.

4.0 LATAR BELAKANG PROJEK/TUGASAN

Pada 1 Mac 2020, kami telah diberikan satu tugasan projek kerja lapangan yang
mengkehendaki kami menghasilkan satu rancangan perniagaan di sebuah syarikat yang dipilih.
Tugasan RBTS (3232) pada kali ini berkaitan dengan konsep-konsep dan cara penubuhan
sebuah perniagaan dan keusahawanan. Tambahan, ia juga memberi pengetahuan kepada
kami bagaimana kaedah untuk menghasilkan rancangan perniagaan bagi perniagaan bersaiz
kecil atau sederhana. Ia juga membuka peluang kepada kami untuk menimba pengetahuan
mengenai perniagaan yang boleh diceburi di sekeliling pelajar pada masa kini. Bagi tugasan
projek ini, kumpulan kami telah memilih bidang perniagaan jenis restoran dan katering.
Makanya, kami telah memilih Restoran Selera Borneo Helen sebagai rujukan kami untuk
menghasilkan rancangan perniagaan. Bagaimana kami boleh memilih perniagaan ini sebagai
rujukan tugasan projek kami, adalah kerana tuan pemilik restoran ini merupakan saudara
kepada kenalan rapat kami di kampus ini. Beliau menetap di Kota Kinabalu, Sabah dan diberi
nama Nurfadhila Nadia Ain Binti Azman. Berumur 30 tahun dan mempunyai sijil kursus
perniagaan restoran & katering dari Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU). Beliau
telah banyak berkongsi maklumat dan ilmu yang berkaitan kepada kami sehingga kami dapat
menghasilkan rancangan perniagaan berpandukan perniagaan restoran beliau. Tambahan,
beliau merupakan seorang yang ramah dan mudah untuk bekerjasama, dimana kami menemu
ramah beliau hanya melalui mediuk telekomunikasi secara maya bagi memperolehkan data. Hal
ini kerana, kami menghadapi kekangan untuk bersua muka secara berhadapan disebabkan
jarak lokasi penempatan kami yang sangat jauh. Namun begitu, kami masih berupaya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tunjuk ajar dan perkongsian yang diberikan dalam
mengendalikan perniagaan ini, akan kami jadikan sebagai panduan sekirannya suatu hari nanti
kami berupaya menubuhkan sebuah perniagaan seawall usia Cik Nurfadhila. Terima kasih
kerana sudi membantu kami untuk tugasan projek ini dan kami berharap agar perniagaan Cik
Nurfadhila sentiasa sukses dan berkembang maju pada masa hadapan.

5
5.0 JADUAL PERLAKSANAAN PROJEK

FEBRUARI MAC
Bulan/
(Minggu 1 2 3 4 1 2 3 4
)
Perancangan

Taklimat

Proses Merancang

Pelaksanaan

Penghantaran Tugasan

Jadual 5.1: Pelaksaan projek

6.0 RINGKASAN EKSEKUTIF / ABSTRAK

Kertas kerja rancangan perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan suntikan
modal tambahan untuk modal permulaan pembiayaan kewangan dari Tabung Ekonomi
Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di bawah Skim Pembiayaan Sederhana (SPS) bagi projek
yang akan saya jalankan iaitu Restoran Selera Bornea Helen yang berlokasi di KM 78, Danum
Valley, P.O Box 61174, 91120 Lahad Datu, Sabah Malaysia.

Berbekalkan pengetahuan melalui kursus perniagaan restoran & katering anjuran


INSTITUT Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU) dan pengalaman bekerja di restoran selama
2 tahun di sebuah restoran di Beaufort, Sabah saya bercadang membuka restoran saya.
Restoran Selera Bornea Helen ini adalah restoran yang menyediakan menu utama
berkonsepkan masakan barat dan masakan melayu. Kelebihan restoran ini juga adalah ia turut
menyediakan menu istimewa iaitu makanan tradisional pelbagai etnik rakyat negeri Sabah.

Anggaran kos projek yang saya perlukan adalah sebanyak RM102,600. Daripada jumlah
tersebut, saya bercadang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan dari Tabung Ekonomi
Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di bawah Skim Pembiayaan Sederhana (SPS) sebanyak
RM90,000 manakala sumbangan saya adalah sebanyak RM12,600. Pembiayaan RM90,000

6
tersebut akan digunakan bagi tujuan pembelian stok permulaan, peralatan dan kelengkapan
restoran, deposit sewa & utiliti dan juga modal pusingan. Manakala sumbangan saya sebanyak
RM12,600 akan digunakan untuk Deposit Sewa & Utiliti dan Stok Permulaan.

KM 78, Danum Valley, P.O Box 61174, 91120 Lahad Datu, Sabah Malaysia menjadi
lokasi pilihan saya kerana lokasinya yang strategik untuk perniagaan Restoran & Katering
kerana walaupun jauh dari pembangunan bandar tetapi lokasinya sebagai sebagai Hutan
Simpan Kelas Pertama (1) di bawah Kawasan Pengurusan Hutan Yayasan Sabah yang
menjadi pusat pelancongan dan terkenal di seluruh tanah air. Dengan tahap persaingan yang
sederhana dari 5 buah Restoran sedia ada di sekitar pusat perniagaan tersebut, saya yakin
dapat bersaing dengan mereka dengan menguasai lebih kurang 5% daripada saiz pasaran
dengan kekuatan pada keenakan masakan dan kepelbagaian menu, kualiti perkhidmatan dan
harga yang berpatutan. Saya berharap dengan bantuan Skim Pembiayaan Sederhana (SPS) ini
akan dapat merealisasikan rancangan perniagaan restoran saya ini.

7.0 PENGENALAN

Restoran Selera Borneo Helen merupakan perniagaan milikan tunggal yang akan
didaftarkan pada awal April 2019. Restoran ini berlokasi di KM 78, Danum Valley, P.O Box
61174, 91120 Lahad Datu, Sabah Malaysia dan akan beroperasi pada jam 8.00 pagi hingga 12
malam. Pemilihan untuk menceburi bidang perniagaan restoran adalah berdasarkan
pengalaman saya bekerja di restoran selama 2 tahun dan seterusnya mengikuti kursus
perniagaan restoran & katering yang dianjurkan oleh INSTITUT Teknologi Kulinari Anjung Utara
(ITKAU). Perniagaan restoran ini adalah bercirikan seni bina moden dan berlatarbelakangkan
Lembah Danum ini memberikan satu pengalaman yang sangat bermakna untuk penduduk
tempatan mahupun pelancong untuk mengenali suasana kawasan borneo.

Menu utama yang disediakan oleh Restoran Selera Borneo Helen adalah berkonsepkan
masakan barat dan masakan melayu. Kelebihan restoran ini yang menjadikan restoran ini lebih
menarik adalah menu istimewa selera kampung iaitu masakan berkonsepkan makanan
tradisional pelbagai etnik rakyat negeri Sabah. Hal ini adalah salah satu alternatif untuk
memperkenalkan makanan tradisi pelbagai etnik sabah di pasaran antarabangsa dan
seterusnya memartabatkan budaya dan warisan etnik sabah. Tujuan penyediaan masakan
seumpama ini ada untuk memperkenalkan makanan tradisi pelbagai etnik rakyat Negeri Sabah
di pasaran antarabangsa. Disamping memartabatkan budaya dan warisan etnik rakyat Sabah.

7
Restoran Selera Borneo Helen juga menyediakan menu Tempahan/Katering untuk Kursus,
Seminar, Bengkel, Majlis Rasmi dan Perkhawinan.

8.0 TUJUAN

Antara tujuan rancangan perniagaan ini disediakan adalah:

a) Memberi penerangan menyeluruh tentang perniagaan yang akan diceburi


b) Membentangkan perancangan perniagaan yang meliputi aspek pengurusan,
pemasaran, pembekal, perkhidmatan dan kewangan perniagaan
c) Memperlihatkan daya maju projek yang dirancang
d) Sebagai garis panduan untuk memastikan pengurusan perniagaan dapat dijalankan
dengan lancar dan membawa keuntungan
e) Mempermudah pengagihan sumber perniagaan dengan cekap dan efektif
f) Satu cara untuk menjangkakan masalah yang mungkin timbul

9.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

a) Nama Perniagaan : Restoran Selera Borneo Helen


b) Alamat Tetap Perniagaan : KM 78, Danum Valley, P.O Box 61174,
91120 Lahad Datu, Sabah Malaysia.
c) No. Telefon / Faks : 088 - 1234 5678 / 088 - 1234 5679
d) Taraf Pendaftaran : 100% Bumiputera
e) Tarikh Pendaftaran Perniagaan : 26/10/2018
f) No. Pendaftaran : 001234567-V
g) Jenis / Bentuk Pendaftaran : Milikan Tunggal
h) Jenis Perniagaan : Restoran & Katering
i) Modal Sendiri : RM 12 600
j) Modal Pinjaman : RM 90 000
k) Modal Keseluruhan : RM 102 600
l) Tarikh Mula Berniaga : 1/7/2020
m) Nama Bank : Bank Simpanan Nasional
n) No. Akaun Bank : 111114100023500

10.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

8
a) Nama Pengurus : Nurfadhila Nadia Ain Binti Azman
b) No Kad Pengenalan : 901026-12-7502
c) Alamat Tetap : Lot No 3 Taman Putatan Baru 88000
Kota Kinabalu Sabah
d) Alamat Surat Menyurat : Km 78, Danum Valley, P.O Box 61174,
91120 Lahad Datu, Sabah Malaysia.
e) No Telefon : 018-9101727
f) Tarikh Lahir : 26 Oktober 1999
g) Umur : 30 Tahun
h) Jantina : Perempuan
i) Taraf Perkhawinan : Bujang
j) Kelayakan Akademik : BBA (hons), KUIM
k) Kursus Yang Pernah Dihadiri : Kursus Perniagaan Restoran &
Katering anjuran INSTITUT Teknologi
Kulinari Anjung Utara (ITKAU)
l) Pengalaman Yang berkaitan : Bekerja di kedai makan

11.0 LATAR BELAKANG PROJEK

11.1 Kelulusan
Lesen dan lain-lain kebenaran untuk melaksanakan projek daripada pihak berkuasa
(lampiran)

11.2 Lokasi Tapak Projek

6.2.1 Lokasi Perniagaan


Restoran Selera Borneo Helen KM 78, Danum Valley, P.O Box 61174 91120
Lahad Datu, Sabah Malaysia.

6.2.2 Peta Lokasi

9
6.2.3 Laluan Ke Lembah Danum Lahad Datu Sabah

From Kota Kinabalu to Lahad Datu Distance: 404 KM


Flights Operated by MASWings BKI - LDU - BKI - 50 Minutes (1 way) MH3010
@ 0700 hrs MH3023 @ 1725 hrs From Sandakan to Lahad Datu Distance: 175
KM

Express Bus Daily: 3 Hours (1 way) Taxi / Chartered Vehicles: 2 Hours (1 way)
From Tawau to Lahad Datu Distance: 151 KM

Express Bus Daily: 3 Hours (1 way) Taxi / Chartered Vehicles: 2 Hours (1 way)
From Semporna to Lahad Datu Distance: 161 KM

10
Taxi / Chartered Vehicles: 2 Hours (1 way) From Lahad Datu to Borneo
Rainforest Lodge

Scheduled Transfer Operated By BRL: Lahad Datu - BRL 0930 hrs BRL - Lahad
Datu 1330 hrs

Quick Links
MAS Wings: http://www.maswings.com.my
Air Asia: http://www.airasia.com

11.3 Kemudahan Asas

 Restoran Selera Borneo Helen memiliki segala kemudahan asas seperti


bekalan air dan elektrik, telefon dan laluan jalan raya.
 Perkhidmatan internet / wifi percuma disediakan
 Keindahan persekitaran Lembah Danum memberikan pengalaman
kepada setiap pelanggan yang berkunjung ke restoran
 Ruang niaga yang luas dan selesa mampu menampung ramai pelanggan
dalam satu masa

11.4 Bangunan

Jenis, struktur, keadaan dan bentuk restoran adalah seperti gambar di atas. Lokasinya
sebagai sebagai Hutan Simpan Kelas Pertama di bawah Kawasan Pengurusan Hutan

11
Yayasan Sabah yang menjadi pusat pelancongan dan terkenal. Seni bina moden dan
berlatarbelakangkan Lembah Danum ini memberikan satu pengalaman yang sangat
bermakna untuk penduduk tempatan mahupun pelancong untuk mengenali suasana
kawasan borneo.

11.5 Projek Yang Dicadangkan

Projek yang akan dilaksanakan adalah sebuah restoran yang dinamakan


Restoran Selera Borneo Helen Restoran yang berlokasikan KM 78, Danum Valley, P.O
Box 61174, 91120 Lahad Datu, Sabah Malaysia. Lokasi restoran ini berlatarbelakangkan
Lembah Danum yang memberikan satu pengalaman yang sangat bermakna kepada
pelanggan disamping dapat merasai keenakan makanan tradisi rakyat tempatan Negeri
Sabah. Perniagaan restoran ini bercirikan seni bina moden yang menyediakan menu
makanan berkonsepkan masakan barat dan masakan melayu serta makanan tradisional
pelbagai etnik di negeri Sabah. Kepentingan melaksanakan projek restoran ini adalah
untuk menjadi peneraju restoran halal yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia dan
seterusnya memperkenal dan memartabatkan makanan tradisional pelbagai etnik rakyat
Sabah di seluruh dunia. Selain itu, membuka peluang pekerjaan dan menjana ekonomi
negara.

12.0 RANCANGAN ORGANISASI

PEMILIK/PENGURUS/
JURUWANG
NURFADHILA NADIA AIN
BT AZMAN

PENOLONG PENGURUS/
KETUA TUKANG MASAK

TUKANG MASAK I TUKANG MASAK II TUKANG MASAK III TUKANG MASAK IV


Akan Dilantik Akan Dilantik Akan Dilantik Akan Dilantik

PEMBANTU RESTORAN I PEMBANTU RESTORAN II PEMBANTU RESTORAN III PEMBANTU RESTORAN IV


Akan Dilantik Akan Dilantik Akan Dilantik Akan Dilantik

12
7.1Senarai Pekerja Utama Dan Tugas

7.1.1 PEMILIK/ PENGURUS / JURUWANG

Nama : Nurfadhila Nadia Ain Bt Azman


Umur : 40 Tahun
Jawatan : Pemilik / Pengurus/ Juruwang
Pengalaman Kerja :
Gaji Bulanan : Rm2,500.00
Tugas : Mengurus keseluruhan operasi restoran dan juga
sebagai juruwang

7.1.2 PENOLONG PENGURUS/ KETUA TUKANG MASAK

Nama : PENOLONG PENGURUS/ KETUA TUKANG MASAK


(akan dilantik)
Umur : xx tahun
Jawatan : Penolong pengurus/ Ketua tukang masak
Pengalaman Kerja : Sekurang-kurangnya pernah bekerja sebagai
Penolong Pengurus Gerai atau restoran
Gaji Bulanan : Rm1,800.00
Tugas : Membantu pengurusan dalam operasi keseluruhan
restoran, merangkap ketua tukang masak dan juga
juruwang kedua.

7.1.3 TUKANG MASAK

Nama : TUKANG MASAK I, II, III, IV (akan dilanti)


Umur : xx tahun
Jawatan : Tukang masak
Pengalaman Kerja : Sekurang-kurangnya setahun pengalaman memasak
di restoran/gerai/katering
Gaji Bulanan : RM1,000.00
Tugas : Memasak masakan mengikut menu yang ditentukan
oleh Ketua Tukang Masak dan juga tempahan oleh
pelanggan

7.1.2 PEMBANTU RESTORAN

Nama : PEMBANTU RESTORAN I, II, III, IV (akan dilantik)

13
Umur : xx tahun
Jawatan : Pembantu Restoran Pengalaman
Pengalaman Kerja : Pengalaman bekerja di restoran/gerai/ warung adalah
diutamakan
Gaji Bulanan : RM700.00
Tugas : Mengambil tempahan pelanggan, mengemas,
membersih dan membantu pengurus dan penolong
pengurus dan kerja-kerja am restoran.

13.0 RANCANGAN PEMASARAN


13.1 Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan
 Menu utama yang disediakan adalah berkonsepkan masakan barat dan
masakan melayu
 Menyediakan menu istimewa selera kampung iaitu makanan tradisional
pelbagai etnik di negeri Sabah
 Menyediakan menu tempahan/catering untuk kursus, seminar, bengkel,
majlis rasmi dan perkhawinan

13.2 Sasaran Pemasaran


Sasaran pelanggan Restoran Selera Borneo Helen adalah pelancong dari dalam
mahupun luar negara. Selain itu, masyarakat setempat yang berkunjung ke
Lembah Danau untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan.

Demograf

Umur : Semua peringkat umur


Pekerjaan : Semua latar belakang pekerjaan
Lokasi : Dari serata dunia
jantina : Semua

Psiko Grafik

Keinginan : Suka pada makanan


Cita rasa : Makanan tradisi
status : semua

13.3 Saiz Pemasaran

14
Saiz pasaran ialah jumlah keluasan pasaran atau lebih tepat lagi, jumlah potensi
pasaran untuk satu-satu kawasan dalam jangka masa setahun. Pasaran sasaran
terdiri daripada para pelancong dari luar negara dan juga tempatan negeri
sabah.
Hasil kajian:
Pelanggan walk in: RM974, 100 Sebulan
Tempahan luar / katering: RM270, 000 Sebulan

Berdasarkan saiz pasaran jika 12 bulan (1 tahun)


(RM974, 100 x 12 bulan) + (RM270, 000 x 12 bulan) =
RM11, 689,200 + RM3, 240,000 = RM14, 929,200

13.4 Pesaing utama


Pesaing utama produk kami ialah Thein Boat Restaurant dimana restoran ini
menyediakan makanan orang cina dan menjadi tarikan utama kepada pelanggan atau
pelancong berbangsa selain melayu dan bukan beragama Islam.

13.5 Kekuatan dan kelemahan pesaing

KEKUATAN KELEMAHAN
Menepati citarasa pelanggan bukan Tidak menyediakan menu masakan halal
beragama islam
Menyediakan masakan tradisi cina Tidak menyediakan perkhidmatan
tempahan luar / katering

13.6 Syer pasaran

Berdasarkan maklumat berkaitan kekuatan dan kelemahan pesaing iaitu Thein Boat
Restaurant, dimana anggaran syer pasaran yang dicadangkan adalah seperti berikut:-

Thein Boat Restaurant 20%, Restoran Selera Borneo Helen 80%

Syarikat kami meramalkan jualan purata bulanan sebanyak 80% x RM14, 929,200 =
RM11, 943,360

Jualan pada bulan Mac, Mei, Julai, November dan December dianggarkan akan
meningkat kerana musim perayaan dan cuti sekolah. Oleh itu, jumlah jualan tahunan
pertama dianggarkan sebanyak RM 91,565,920

15
13.7 Anggaran Jualan Bulanan Restoran Selera Borneo Helen

Jan 20 Feb 20 Mac 20 Apr 20 May 20 Jun 20 Jumlah


RM RM RM15,92480 RM11, RM15,92480 RM11, 50,958,400
11, 943,360 11,943,360 943,36 943,360
0
July 20 Aug 20 Sep 20 Oct 20 Nov 20 Dec 20 Jumlah
RM15,9248 RM11, RM11, RM11, RM15,92480 RM15,92480 40,607,520
0 943,360 943,360 943,36
0
Jumlah RM
91,565,920

13.8 Strategi pemasaran


a) Perkhidmatan

Perkhidmatan berkualiti adalah garis panduan yang digunakan dalam menyediakan


perkhidmatan kepada pelanggan. Restoran kami menggunakan strategi untuk
menawan hati pelanggan dengan memberi perkhidmatan berkualiti dan pengalaman
yang tidak dapat dilupakan ketika berkunjung ke restoran kami. Contoh
perkhidmatan yang disediakan termasuklah:
i) Harga yang berpatutan: Harga yang menarik bagi mencapai target pasaran,
pelancong dan juga masyarakat setempat.
ii) Brosur: Memudahkan untuk menarik pasaran sasaran utama iaitu pelancong
atau pelanggan.

b) Produk

i) Masakan barat dan masakan melayu dengan menggunakan bahan-bahan


masakan yang segar
ii) Masakan istimewa selera kampung borneo asli dengan menggunakan
bahan-bahan masakan yang segar
iii) Menyediakan perkhidmatan tempahan luar / katering

16
13.9 Strategi Promosi

Strategi promosi adalah cara yang kami gunakan untuk memperkenalkan perkhidmatan
dan menu restoran kami sediakan kepada pelanggan. Selain itu, ianya adalah cara
bagaimana pelanggan mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan dan menu yang
disediakan oleh restoran kami.

a) Pengiklanan
i) Memasang banner di kawasan-kawasan strategi atau kawasan tumpuan
ramai
ii) Memasang signboard yang menarik di depan premis
iii) Memasang papan iklan mengenai restoran di pintu utama ke Lembah Danum

b) Harga
i) Menyediakan pakej sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang
ii) Menyediakan pakej harga untuk kanak-kanak.
iii) Harga istimewa untuk pakej tempahan luar / katering.

Strategi promosi yang dilaksanakan tidak terhad kepada penyediaan risalah dan edaran
dalam premis tetapi juga menggunakan pelbagai saluran media pengiklanan seperti
media cetak dan media elektronik. Contohnya menggunkan akaun media sosial untuk
mempromosi restoran seperti “Facebook”, “Instagram” dan “Youtube”. Di samping itu,
Restoran Selera Borneo Helen akan menyertai ekspo atau pertandingan seperti
pertandingan memasak serta pertandinagn restoran terbersih sekiranya diadakan.

14.0 RANCANGAN PENGELUARAN ATAU OPERASI


14.1 Pengenalan

17
Rancangan pengeluaran atau operasi adalah salah satu aspek penting yang
perlu dititikberatkan untuk mewujudkan perniagaan yang efektif dan
menguntungkan. Rancangan pengeluaran atau operasi membolehkan kita
mengetahui bagaimana sesuatu operasi perniagaan dijalankan. Untung rugi
sebuah perniagaan yang diusahakan dapat ditentukan melalui rancangan
operasi ini. Penelitian sepenuhnya haruslah diambil kira bagi mencapai
keuntungan pada tahap maksimum dengan penggunaan kos yang minimum.

Rancangan operasi ini juga merupakan satu rangkaian aktiviti-aktiviti seperti


merancang, mengguna dan mengawal sumber yang ada bagi menghasilkan
sesuatu keluaran dan perkhidmatan. Ia adalah berasaskan sumber-sumber dari
segi tenaga pekerja, bahan mentah, mesin dan peralatan, kaedah pemprosesan
teknologi maklumat dan modal.

14.2 Carta Alir


i) Buffet

masak masakan
sediakan bahan hidang masakan di
mengikut menu
masakan bekas buffet
harian

pelanggan memilih pelanggan menikmati juruwang mengira


makanan hidangan harga

pelanggan membayar
di kaunter

ii) Tempahan pelanggan walk in

18
Pelanggan Masak Makanan
Menempah Mengikut
Makanan Tempahan

Hidang Masakan Pelanggan


Kepada Menikmati
Pelanggan Hidangan

Pelanggan
Juruwang
membayar di
Mengira Harga
kaunter

iii) Tempahan Luar (Kursus, Seminar, Bengkel, Majlis Rasmi dan


Perkhawinan)

Pelanggan Membuat
Masak Makanan
Tempahan Untuk
Mengikut Tempahan
Majlis / Acara

Hantar Masakan Ke Pelanggan Membuat


Lokasi Tempahan Bayaran

iv) Katering (Kursus, Seminar, Bengkel, Majlis Rasmi dan Perkhawinan)

19
Pelanggan Membuat
Masak Makanan Hantar makanan ke
Tempahan Untuk
Mengikut Tempahan lokasi tempahan
Majlis / Acara

Susun Masakan
Pelanggan Membuat
Dalam Bekas
Bayaran
Katering

14.3 Strategi Perkhidmatan


Strategi perkhidmatan yang diatur dan akan diguna pakai oleh Restoran Selera
Borneo Helen adalah seperti berikut:
 Menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan menangani segala
masalah dan rungutan pengguna dengan baik.
 Menerima kerja mengikut keupayaan dan kapasiti yang mampu disiapkan
sahaja agar kualiti kerja dapat dikekalkan.
 Kualiti kerja seperti pengawasan dan kesedaran akan kepentingan dalam
memberikan perkhidmatan terbaik serta pengalaman yang bermakna
kepada pelanggan apabila berada di restoran ini.
 Pengurus akan memastikan Tukang Masak menyediakan semua
masakan dan makanan menepati piawaian makanan sihat dan halal serta
mestilah dalam keadaan yang baik sepanjang masa.
 Kualiti makanan seperti rasa dan kesegaran sentiasa dijaga sepanjang
masa mengikut yang ditetapkan oleh Tukang Masak.
 Pegawai Pemasaran akan sentiasa mencari peluang-peluang baru bagi
mempromosikan restoran ini.
 Pegawai Pengeluaran akan memastikan semua stok bahan mentah
sentiasa mencukupi bagi memenuhi keperluan semasa pelanggan dan
memastikan semua bahan mentah basah adalah segar dan selamat
digunakan.

20
 Setiap produk yang dikeluarkan untuk penghantaran mestilah diletakkan
logo Syarikat supaya dapat dikenali pengguna sebagai tanda perniagaan.

14.4 Waktu Operasi / Unit Pengeluaran

Waktu operasi perniagaan: 16 jam/hari


Hari beroperasi: Isnin – Ahad
Shift bekerja: 3 Shift
Jumlah kerja sehari 9 jam termasuk waktu rehat Kerja lebih masa dibayar RM6
per jam

14.5 Menu dan senarai harga


Menu sarapan pagi (Buffet)

N MENU CADANGAN HARGA


O (RM)
1. Roti canai melayu 1.20
2. Roti sardine 2.00
3. Roti telur 2.00
4. Nasi lemak kukus 2.00
5. Nasi goreng biasa 3.50
6. Nasi goring 3.50
7. Mee goring 3.50
8. Telur goring 1.50
9. Ayam goring 4.50
10. Kuih muih 0.80
11. Roti bakar 1.20
12. Roti kukus 1.20

Menu makan tengahari (Buffet)

No Menu cadangan Harga (RM)


1. Ikan bakar Ikut saiz &
jenis
2. Daging bakar 4.00
3 Ayam kampung goreng 5.00

21
4 Ayam madu 5.50
5 Ayam goreng 4.50
6 Asam pedas kepala ikan 5.00 – 8.00
(ikut saiz)
7 Sup tulang 4.50
8 Sup kambing 4.50
9 Sup cendawan 4.00
10 Sotong sumbat 4.50
11 Sotong masak pedas 4.00
12 Udang tumis petai 4.00
13 Daging gulai 4.00
14 Bergedil ayam 2.50
15 Pucuk ubi masak lemak 3.00
16 Nangka muda masak lemak 3.00
17. Sambal tempe kacang ikan bilis 2.50

Menu makan tengahari (Tempahan)

N MENU CADANGAN HARGA PER


O ORANG (RM)
Menu 1 11.00
Ayam Goreng Berempah
Daging Masak Stew
Sup Cendawan
Isi Ikan Sweet Sour
Sambal Belacan + Ulam
Buah
Minuman Kordial
Menu 2 10.50
Nasi Putih
Ayam Goreng Bercili
Daging Masak Kicap
Sup Tomyam Campur
Buah
Minuman Kordial
Menu 3 9.00
Nasi Putih
Ikan Masak Taucu
Masak Lemak Cili Api Ikan Masin

22
Kerabu Pucuk Paku
Ayam Masak Kicap Bercili
Salad + Timun + Sambal
Buah
Minuman Berkordial
Menu 4 9.00
Nasi Putih
Ikan Bawal Masak Cuka
Ayam Masak Rose
Masak Lemak Nangka Muda + Udang
Kobis + Lobak Merah Goreng
Buah
Minuman Berkordial
Menu 5 9.00
Nasi Putih
Ayam Masak Lada Hitam
Masak Cili Api Ikan Bawal
Sambal Tumis Terung
Sup Makaroni Sayuran
Buah
Minuman Kordial
Menu 6 8.00
Nasi Putih
Ikan Bawal Masak Kicap
Masak Lemak Cili Api Berkentang
Sup Sayuran Bebola
Ikan Sambal Belacan + Ulam
Buah
Minuman Kordial

Menu Tempahan / Katering] (Kursus / Seminar / Bengkel / Majlis Rasmi)

Menu 1
Pagi Tengahari Malam
Bihun atau Mee Nasi Putih Ayam Bubur Manis
atau Kueyteow Goreng (Kacang/pulut hitam/

23
Goreng 2 jenis Berempah jagung/ pengat pisang)
kuih (1 manis, 1 Daging/Ikan 1 jenis kuih (pedas)
pedas) Teh/kopi Goreng Berkicap Teh/kopi
Masak Lemak
Labu Manis
Sayur Goreng
Campur Buah
Minuman Kordial

Menu 2
Nasi Lemak Nasi Putih Ayam Goreng Bubur Manis 1 jenis kuih
Sambal Ikan Bilis Bercili Daging/ Ikan Teh/kopi
2 jenis kuih (1 Masak Kari Kacang
manis, 1 pedas) Panjang Goreng Tempe
Teh/kopi Tauhu Jepun Soso
Minuman Kordial Tiram Buah

Menu 3
Lontong atau Nasi Putih Ayam Roti Jala + Kari Ayam 1
Soto Ayam 2 Goreng Halia jenis kuih Teh/kopi
jenis kuih (1 Sup Tomyam
manis, 1 pedas) Campur atau
Teh/kopi Sup Tulang
Rawan
Berkentang
Sambal Tumis
Sotong Sambal
Belacan dan
Ulam Buah
Minuman
Berkordial

Harga : RM18.00 seorang

24
Menu Tempahan / Katering (Perkahwinan)

NO MENU CADANGAN HARGA PER


ORANG (RM)
1. Menu 1 10.00
Nasi Beriani atau Nasi Minyak atau Nasi Tomato
Ayam Masak Merah
Daging Masak Rendang Tok Dalca
Sayuran Acar
Buah
Nasi Putih
Masak Lemak Cili Api Nangka Muda
Sambal Ikan Bilis Petai
Ikan Masin Goreng
Sambal Belacan dan Ulam
Buah
Minuman Berkordial

2. Menu 2 10.00
Nasi Beriani atau Nasi Minyak atau Nasi Tomato
Ayam Goreng Berempah
Daging Rendang Dalca
Sayuran Acar Rampai
Nasi Putih
Ikan Tenggiri Masak Kari
Ikan Masin Goreng
Sambal Belacan dan Ulam
Buah
Minuman Berkordial
3. Menu 3 10.00
Nasi Beriani atau Nasi Minyak atau Nasi Tomato
Ayam Masak Kari Dalca
Tulang atau Daging Daging Masak Rendang
Pajeri Nenas
Nasi Putih

25
Sambal Tumis Sotong Kering
Masak Lemak Cili Api Nenas
Ikan Masin
Sambal Belacan + Ulam
Buah
Minuman Berkordial

4. Menu 4 8.00
Nasi Minyak
Kari Daging + Tulang + Kentang
Ayam Masak Merah
Acar Timun + Nenas
Buah
Minuman Berkordial

5. Menu 5 8.00
Nasi Tomato
Ayam Masak Kuzi Dalca
Sayuran + Daging Acar Timun + Lobak Merah
Buah
Minuman Berkordial
6. Menu 6 8.00
Nasi Minyak
Ayam Masak Merah
Daging Masak Kurma + Kentang
Kacang Panjang Goreng
Buah
Minuman Berkordial

26
7. Menu 7 8.00
Nasi Beriani
Ayam Masak Kicap Bercili
Daging Masak Rendang
Pajeri Nenas
Buah
Minuman Berkordial

Menu Minuman

No Menu Harga
Panas Sejuk
1. Milo 4.00 4.50
2. Teh Tarik 3.50 4.00
3. Kopi 3.50 4.00
4. Sirap bandung 4.00 4.50
5. Nescafe 4.00 4.50
6. ABC 6.00
7. Cendol 5.00
8. Laici kang 3.50 4.00
9. Air buah (Fresh juice) 7.00
10. Air buah (Kordial) Free Free
12. Cream caramel 3.50
13. Ice water Free Free

Menu Istimewa Selera Kampung tradisi etnik Negeri Sabah (Buffet)

No Menu cadangan Harga (RM)

1. Serunding tuhau kacang ikan bilis 5.00

2. Tuhau tumis 4.50

3. Sup pinarasakan sada (Ikan) 3.50

4. Kodop + Lada Putih 3.50

5. Butod Panggang (Ulat Sagu) 6.50

27
6. Sate Butod (Sate Ulat Sagu) x 3 cucuk 6.50
7. Tuntu Mundok (Daun Pucuk Ubi Kayu) Masak Lemak 3.50

8. Mee Goreng Tuaran 5.00

9. Hinava 4.50

Menu yang ditunjukkan adalah menu contoh sahaja. Menu yang lengkap boleh didapatkan di
restoran.

14.6 Keperluan bahan

a) Stok Bekalan Bahan Mentah

Stok bekalan bahan-bahan akan dikawal kuantiti dari semasa ke semasa bagi
mengelakkan kerosakan serta bagi mempastikan bahan-bahan tersebut sentiasa
dalam keadaan baik dan berkualiti agar menjamin penghasilan produk yang baik.
Namun demikian, apabila pusat penyimpanan telah didirikan, bekalan bahan-
bahan tidak menjadi masalah kerana dapat disimpan sendiri dan dapat
menjimatkan kos perbelanjaan.

b) Pembekal dan Bekalan Bahan Mentah


Restoran Selera Borneo Helen telah pun mengenal pasti pembekal yang dapat
membekalkan pelbagai kelengkapan serta bahan-bahan mentah secara
berterusan dengan harga berpatutan.

Senarai Pembekal Bahan Mentah dan Barangan

Bil Pembekal Lokasi Bahan Terima


mentah / (kredit/tunai)
barangan
1. Kunkun Enterprise Kundasang Sayuran dan Tunai
sabah buah-buahan
2. En Damit B. Doyot Ranau sabah Sayuran Tunai
kampung
3. Jalil Jalal Kota kinabalu Ikan air tawar Tunai
(bahan mentah untuk dan hasil laut

28
menu tradisi sabah)
4. Ayah Mat Tambunan Daging Tunai
(bahan mentah untuk sabah mentah,
menu tradisi sabah) payau, dan
ayam hutan
5. Kedai runcit Pak Tam Lahad datu Barangan Tunai
runcit

14.7 Tenaga kerja

Struktur Organisasi

Struktur Organisasi yang dibentuk oleh Restoran Selera Borneo Helen


merangkumi keseluruhan aspek pengurusan sebagai sebuah perniagaan secara
keseluruhannya.

Fungsi Dan Tanggungjawab

Restoran Selera Borneo Helen telah menyusun fungsi dan tanggungjawab


berikut bagi melicinkan lagi pengurusan perkhidmatan pengusaha.

Mesin Dan Peralatan

Dalam melaksanakan perniagaan, mesin dan alatan sangat penting untuk


melicinkan aktiviti yang ingin dijalankan.

Jadual Mesin dan Peralatan

Jenis Pembekal Kuantiti Harga/unit Jumlah


(RM)
Komputer Azhar 2 1500 3000
komputer
Telefon dan Telekom 6 250 1500
tax malaysia
Alat tulis Kedai buku 1 1 200 200
malaysia
Papan notis Kedai buku 1 1 100 100
malaysia
Pemadam api Bomba 1 70 70
penyelamat

29
lahad datu
sabah
Meja pejabat Perabot 6 150 900
cempaka
Kerusi Perabot 6 90 540
cempaka

15.0 RANCANGAN KEWANGAN

15.1 Permohonan Dan Cadangan Struktur Pembiayaan

a) Permohonan Pembiayaan

Kemudahan pembiayaan yang dipohon adalah bagi membiayai keperluan pembelian stok
permulaan, peralatan dan kelengkapan restoran, deposit sewa & utiliti dan juga modal pusingan
seperti berikut :

Senarai pembiayaan

No Keperluan Harga (RM)


1. Pengubahsuaian 17000
2. Peralatan & kelengkapan restoran 15000
3. Stok permulaan 14 600
4. Deposit sewa & Utiliti 20 000
5. Modal pusingan 25000
6. Lain-lain 10000
Jumlah 102 600

b) Cadangan Struktur Pembiayaan

Jumlah pembiayaan dipohon adalah setelah menolak modal sendiri usahawan sebanyak
RM50000.

Cadangan struktur pembiayaan

Sumbangan / pembiayaan RM
Usahawan 12 600

30
Tekun 90 000
Jumlah 102 600

15.2 Anggaran Pengiraan Pembiayaan

Pengiraan keuntungan pembiayaan kewangan adalah menggunakan kaedah garis urus bagi
memudahkan penyediaan anggaran aliran tunai dan anggaran bayaran balik selepas
pembiayaan.

Bayaran bulanan sebenar adalah lebih kecil jika menggunakan kaedah baki berkurangan

Pengiraan pembiayaan :-

Nilai pembiayaan: RM 90,000,

Tempoh: 7 Tahun

Kadar Keuntungan: 4% Setahun

Keuntungan Pembiayaan = RM90, 000 x 4% x 7 Tahun

= RM 25 200 x 84 bulan

= RM 300

Sebulan Jumlah Pembiayaan: RM 90, 000 + RM 25, 200 = RM 115, 200

Bayaran Balik Bulanan: RM 90, 000 / 84 Bulan

= RM3600.00 + RM 300.00

Bayaran Bulanan: RM3900.00

Keuntungan Pembiayaan: RM390.00 – RM360.00 = RM300

10.3 Keperluan kewangan

Senarai ramalan jualan

No Keperluan RM
1. Pengubahsuaian 17000
2. Peralatan dan kelengkapan restoran 15000
3. Stok permulaan 25000
4. Deposit sewa 15000
5. Modal pusingan 25000
Jumlah 97000

31
15.4 Anggaran kos jualan / Margin untung kasar

Pelanggan Menu Anggaran Anggaran Anggaran


sumbangan margin untung purata margin
jualan % kasar % untung kasar %
Sarapan pagi Kuih muih 5.12 40.00 2.05
Nasi lemak
Roti canai
Makan tengahari Lauk pauk /
ulam
Ikan bakar
Ayam kampung
Kuih muih
Minum petang Kuih muih
Teh / kopi
Makan malam Nasi / mee
goreng
Sup ayam
Pattaya
Tempahan luar / Pakej RM8.00
katering per orang
Lauk pauk
Sayuran
Minuman
Buahan
Jumlah

32
15.5 Gaji / KWSP/ SOCSO

JAWATAN GAJI ELAUN/OT/GANJARAN KWSP SOCSO JUMLAH


(RM) (12%) (2%) (RM)

Pengurus 2500 300 50 2850


Pembantu 1800 216 36 2052
pengurus /
Ketua
tukang
masak
Tukang 1000 120 20 1140
masak
Pembantu 700 84 14 798
restoran

15.6 Sewa Premis

Kadar sewa premis adalah RM10,000 sebulan. Tempoh sewaan adalah selama 5 Tahun
dengan pilihan penyambungan atau sebaliknya. Pemilik premis adalah Cik Nur Hazwani Atiqah
yang boleh dihubungi melalui telefon 012-3456789. Deposit Tanda Jadi (Earnest Deposit)
sebanyak RM45,000 telah dibayar kepada beliau pada.

15.7 Strategi Kewangan

Kami ingin memastikan orang ramai lebih menyedari kewujudan restoran ini. Oleh itu, kami
menawarkan pelbagai pakej makanan yang berkualiti, sedap dan segar dengan harga yang
berpatutan. Tambahan pula, restoran ini turut menyediakan hiburan muzik yang
mendendangkan lagu tempatan negeri Sabah serta perkhidmatan karaoke untuk pengunjung
yang datang. Restoran ini juga menyediakan persembahan tarian, nyanyian secara langsung
daripada artis-artis tempatan yang diundang khas untuk memeriahkan restoran ini pada masa-
masa tertentu. Berdasarkan strategi yang kami rancang, kami harap kami dapat menguasai
hampir keseluruhan dari peratus syer pasaran di kawasan ini. Kami memperuntukan masa

33
selama 3 tahun terawal ini untuk melihat kesan yang ditunjukan dari implimentasi rancangan
pemasaran yang disediakan.

Bagi memastikan objektif ini tercapai, kami akan memberi penekanan kepada :

 Menyediakan pakej sarapan pagi, minum petang dan makan malam.


 Penetapan harga makanan yang berpatutan dan tidak menjejaskan pendapatan
syarikat.
 Strategi sebaran maklumat melalui kerjasama syarikat pengangkutan awam dan agensi
pelancongan.
 Mengiklankan pakej restoran melalui Yellow pages, internet banking, pelbagai lama
sosial seperti Facebook dan Instagram serta mewujudkan laman web sendiri.
 Menggunakan sebaran maklumat melalui edisi akhbar tempatan.
 Menyediakan kemudahan tempahan.
 Pasukan pekerja terlatih.
 Menyediakan tempat makan yang bersih, selesa dan tidak diragui akan kemahiran
tukang masaknya.

16.0 JADUAL PERLAKSANAAN PROJEK

No Pelaksanaan Tarikh jangkaan


1. Pemohonan pembiayaan 4/5/2019
2. Temuduga pertama 11/5/2019
3. Temuduga kedua 18/5/2019
4. Kelulusan 21/5/2019
5. Proses dokumentasi & Guaman 22/05/2019 – 4/6/2019
6. Pengeluaran wang 5/6/2019
7. Ubahsuai premis dan dekorasi 6/6/2019 – 13/6/2019
8. Pembelian peralatan kedai dan premis 12/6/2019
9. Pembelian stok 13/6/2019
10. Perniagaan operasi sepenuhnya 1/7/2019
Jadual 16.1: Jadual Pelaksanaan Projek

17.0 RUMUSAN

Perniagaan Restoran Selera Borneo Helen amat optimis bahawa perniagaan yang dirancang
amat berdaya maju, mampu berkembang pada masa hadapan dan mampu memberikan

34
pulangan yang menguntungkan. Unjuran yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas
mendapat pembiayaan adalah amat konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan
pada peringkat awal iaitu membuat pemasaran untuk membekal kepada pelanggan organisasi.

Oleh itu, Saya berharap dengan bantuan kewangan dari Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha
Niaga (TEKUN) di bawah Skim Pembiayaan Sederhana (SPS) ini akan dapat membantu saya
merealisasikan projek restoran cadangan saya dan memberikan peluang kepada saya untuk
memulakan perniagaan sendiri. Melalui bantuan kewangan ini saya dapat memajukan potensi
yang ada pada diri saya untuk melaksanakan projek restoran yang mempunyai pasaran yang
besar dan menggalakkan. Semoga pihak TEKUN dapat mempertimbangkan permohonan ini
demi pembangunan perniagaan Bumiputera dalam bidang peruncitan amnya dan restoran
khususnya.

18.0 RUMUSAN TUGASAN

Kami amat bersyukur, akhirnya tugasan RBTS 3232 ini dapat kami selesaikan dengan
jayanya pada masa yang telah ditetapkan. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami En Sanif Bin Sapaat kerana beliau
telah banyak membantu saya dan rakan-rakan saya dari segi memberi penerangan serta
panduan bagaimana cara untuk melaksanakan kerja kursus ini seperti yang diperuntukkan.
Penerangan beliau mengenai tugasan telah banyak menolong kami dan rakan-rakan untuk
menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan mudah.
Pada mulanya, apabila menerima tugasan projek bagi kursus RBTS 3232 Pendidikan
Perniagaan dan Keusahawanan ini, kami beranggapan bahawa tugasan ini agak sukar untuk
dilaksanakan memandangkan ia merupakan sesuatu yang baru kepada kami. Kami berasa
begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada
tentang perniagaan amatlah sedikit. Tambahan lagi, kami juga perlu menemu ramah syarikat-
syarikat atau perniagaan yang telah diusahakan bagi memperoleh maklumat bagi menghasilkan
rencangan perniagaan. Namun dengan bantuan pensyarah, rakan – rakan, kami dapat
menyiapkan tugasan ini walaupun terdapat beberapa cabaran yang dihadapi. Tuntasnya,
tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan untuk pemarkahan sahaja,
namun ia memberi kekuatan dan pengetahuan yang lebih meluas mengenai ilmu perniagaan
dan sebagainya. Tambahan, berbagai maklumat dan input yang berguna dapat kami perolehi

35
melalui tugasan yang diberikan ini. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, kami perlulah
mempunyai semangat yang kental dan berani menerima cabaran.
          Akhir kata, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada pensyarah,
penguasaha Restoran Selera Bornea Helen dan rakan-rakan yang telah banyak membantu
kami dalam menyiapkan tugasan ini dengan agak sempurna dan baik. Kami amat berpuas hati
dangan rancangan perniagaan kami hasilkan.Sesungguhnya tanpa bantuan anda semua, tidak
dpat kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

RUJUKAN

36
Kotler, Philip, AB. Susanto, (2000). Manajemen Pemasaran di Indonesia, Buku 2, Salemba
Empat.

Mustafa Dakian, Rosshita Mansor, Sarina Seth @ Ibrahim & Nor Siah Daud. (2017). Buku Teks
Tingakatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prihastuti Ekawatiningsih, Kokom Komariah & Sutriyati Purwanti.(2008). Restoran. Jakarta:


Direktorat Jenderal Manajemen Pendidikan Dasar dan Menengah.

Wan Sabri Wan Hussin. (2004). Etika dan Amalan Perniagaan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Yusof, Ab. Aziz and Aziz, Ahmad Bashir (2008) Pengurusan perniagaan Islam: Konsep, isu dan
pelaksanaan. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok. ISBN 9789833827664

Zaiton Hussin, Zakiyah Jalun & Mokhtar Pet. (2016). Buku Teks Perniagaan Tingkatan 4. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

20.0 LAMPIRAN

37
38
39
40
21.0 LAMPIRAN TEMUBUAL BERSAMA PEMILIK RESTORAN

Temubual dijalankan dengan menggunakan


aplikasi Whats App secara atas talian.bersama
pemiik restoran

41

You might also like