Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,

DURIAN DAUN,
75400 MELAKA

KERJA KURSUS
SEMESTER 2 TAHUN 2021
NAMA PELAJAR: SITI AISHAH MOHAMMAD FAUZI

ANGKA GILIRAN: 2020142340292

NOMBOR KAD PENGENALAN: 010425-07-0178

KUMPULAN/UNIT: PISMP PENDIDIKAN KHAS 1 AMBILAN JUN 2020

KOD DAN NAMA KURSUS: EDUP 3033 – MURID DAN PEMBELAJARAN

NAMA PENSYARAH: PUAN SARINA BINTI MOHD. YASSIN

TARIKH HANTAR: 01 APRIL 2021

Pengakuan Pelajar Menerima Medium:-


Maklum Balas Daripada
Pensyarah Individu

Kumpulan
Kuliah
Tandatangan Tarikh
Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja
NO. MARKAH
TUGASAN Pemeriksa Pemeriksa Pemeriksa
1 2 3
1

JUMLAH

Markah Selepas Moderasi

Markah dalam 100 %


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK / AMALI)

Nama: Siti Aishah Mohammad Fauzi Angka Giliran Pelajar: 2019142310292


Tajuk Tugasan: Laporan PBS

Pensyarah: Puan Sarina binti Mohd. Yassin Kursus / Mata Pelajaran: EDUP 3033
Tarikh Hantar: 01 April 2021 Tarikh Diterima:

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa tugasan ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan: ____________________________ Tarikh: ____________________


(SITI AISHAH MOHAMMAD FAUZI)

Perincian Maklum Balas Tugasan


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan Pensyarah.


Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan
fahami.

Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar: Tarikh:


PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpahan rahmat-Nya


serta nikmat masa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya, akhirnya dapat juga saya
menyiapkan tugasan ini dengan baik.

Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
subjek EDUP 3033, Puan Sarina binti Mohd Yassin kerana tunjuk ajar serta bimbingan
daripada mereka amat membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya
juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang memberi semangat
kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan
kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya terlupa
dan membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang diajukan kepada mereka.

Akhirul kalam, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih.
Isi Kandungan

Isi Kandungan Muka surat

1.0 Pendahuluan 1
2.0 Analisis Perbezaan Individu 1-2
3.0 Implikasi Perbezaan Individu Terhadap Pengajaran dan 2
Pembelajaran
4.0 Rumusan 2
Bibliografi
Lampiran

i
1.0 PENGENALAN
Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu merupakan ketidaksamaan
aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi dalam kalangan individu.
Sepanjang lima hari menjalani sesi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di
Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, pemerhatian mengenai perbezaan
individu dari pelbagai aspek dilakukan ke atas dua orang murid pendidikan khas. Murid
A merupakan murid autisme manakala Murid B merupakan murid lembam (slow
learner).

2.0 ANALISIS PERBEZAAN INDIVIDU


Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan ke atas Murid A dan Murid B,
terdapat perbezaan dari dua aspek yang saling berkait iaitu kognitif dan latar belakang
selaras dengan pandangan Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Syed Ahmad
(2017) yang menyatakan keturunan dan persekitaran memainkan peranan penting
dalam menentukan kecerdasan kognitif seseorang individu. Saya diberi keizinan untuk
melihat fail peribadi kedua-dua murid ini dan mendapati Murid A berlatar belakangkan
keluarga yang berpendapatan tinggi iaitu ibunya seorang doktor dan ayahnya
merupakan ahli farmasi. Murid A juga mendapat pendidikan akademik seawal usia 3
tahun. Sebaliknya, Murid B pula berlatar belakangkan keluarga yang berpendapatan
rendah iaitu ayahnya seorang pemandu lori dan ibunya merupakan suri rumah
sepenuh masa. Murid B mula menerima pendidikan pada usia 6 tahun. Melalui
penelitian saya, Murid B mempunyai pencapaian yang agak rendah dalam akademik
berbanding Murid A. Di dalam kelas bahasa Inggeris, Murid A dapat memahami dan
menjawab persoalan guru dengan betul manakala Murid B kurang mahir dalam
memahami soalan yang diajukan dalam bahasa Inggeris. Hal ini memperlihatkan
bagaimana latar belakang keluarga dengan pendapatan tinggi seseorang individu
mempengaruhi kognitifnya secara positif (Amy J. Orr, 2003).
Selain itu, perbezaan yang ketara juga dapat diperhatikan dari aspek sosial.
Murid A suka menyendiri dan tidak melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti permainan
yang dijalankan bagi subjek Pendidikan Jasmani manakala Murid B menunjukkan
penglibatan yang aktif dalam aktiviti itu. Ini adalah kerana Murid A mempunyai
halangan disebabkan oleh gangguan neurologi yang mempengaruhi keupayaan untuk
berkomunikasi, berinteraksi dan bermain dalam persekitaran sosial (Hess DC et. Al.,
2009). Halangan tersebut membataskan kemampuan murid autisme untuk bermain
(Thomas & Smith, 2004). Akibatnya, mereka menghadapi masalah dalam bermain
(Wolfberg, 2009). Namun, Murid B berasa seronok melakukan aktiviti itu kerana kajian
mendapati aktiviti permainan menjadikan kanak-kanak teruja dan melibat secara aktif

1
(Sharifah Nor Puteh et. Al, 2009). Demikianlah Murid A dan B yang berbeza antara
satu sama lain. Sehubungan dengan itu, kedua-dua murid ini memerlukan pendekatan
pembelajaran yang berbeza dalam proses PdP.

3.0 IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Perbezaan individu dari aspek kognitif menyebabkan objektif pembelajaran
perlu ditentukan mengikut kemampuan murid. Robert Glazer (1962) dalam Mok Soon
Sang (2011) menyatakan bahawa objektif pengajaran perlu disesuaikan dengan
pengetahuan sedia ada murid kerana pengetahuan atau pengalaman lepas murid
akan memudahkan dan memastikan proses PdP berjalan dengan lancar. Bagi
murid yang pintar, objektif pembelajaran perlu lebih tinggi daripada murid yang lemah.
Penyelarasan objektif pembelajaran perlu mengikut aras yang dicadangkan oleh
taksonomi Bloom, iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan sintesis
(Dani Asmadi Ibrahim & Kamisah Osman, 2011). Aras kesukaran penilaian akan
berubah dari semasa ke semasa mengikut prestasi murid.
Perbezaan personaliti murid seperti personaliti introvert dan ekstrovert
menyebabkan penggunaan strategi dan kaedah divariasikan dalam PdP. Setiap
personaliti mempunyai tahap sosialisasi yang berbeza. Maka, kaedah pengajaran
yang diperlukan juga tidak sama. Child (1983) menekankan bahawa sistem pendidikan
harus disediakan untuk mengikut keperluan individu. Penentuan pendekatan,
pemilihan kaedah dan penetapan teknik-teknik tertentu akan disesuaikan dengan
personaliti murid. Strategi akan dirancang mengikut kecenderungan murid agar
berpotensi untuk merangsang minat belajar secara aktif. Dengan strategi pengajaran
yang efektif, murid akan terdorong untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran meskipun mereka mempunyai perbezaan dari aspek
sosial (Hamdiah Jailani, 2017).

4.0 PENUTUP
Kesimpulannya, sememangnya terdapat perbezaan pada setiap individu dan
perbezaan tersebut memberi kesan sama ada kesan positif mahupun kesan negatif
terhadap proses PdP individu. Oleh itu, peranan guru amatlah penting dalam
memastikan perbezaan ini tidak menjadi penghalang untuk individu memperoleh
pengajaran yang berkesan.

2
BIBLIOGRAFI

Amy J. Orr. (2003). Black-White Differences in Achievement: The Importance of Wealth.


Sociology of Education, 281-304 (24 pages).
Child. (1983). Applications of Psychology for The Teacher. London: Cassell Educational.
Dani Asmadi Ibrahim & Kamisah Osman. (2011). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi,
Pengajaran Tajuk Model Atom & Pencapaian Objektif Kursus Kimia. Seminar Majlis
Dekan-dekan Pendidikan IPTA 2011. Fakulti Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hamdiah Jailani. (2017). Kesan Strategi Kolaboratif Dalam Persekitaran Laman Sosial
Terhadap Pencapaian Kognitif, Kemahiran Menganalisis dan Pemikiran Kritis.
Hess DC et. Al. . (2009). Computationally driven, quantitative experiments discover genes
required for mitochondrial biogenesis. Journal of Education, 6(3), 178-188.
Khairul Yusri. (2007). Pelan Induk Pendidikan (PIPP). Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mok Soon Sang . (2011). Psikologi Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon P.Y. & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Sharifah Nor Puteh, Manisah Mohd Ali, Norshidah Mohamad Salleh & Aliza Alias. (2009).
Penggunaan dan pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum
permainan pendidikan awal kanak-kanak. Laporan Teknikal Projek Penyelidikan
UKM-GG-05-FRGS0003-2007. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Thomas & Smith . (2004). Autism as an executive disorder. Oxford: Oxford University Press.
Wolfberg, P. . (2016). Integrated play groups model: Supporting children with autism in
essential play experiences with typical peers. Empirically based play interventions for
children, 223-240.
LAMPIRAN
MAKLUMAT MURID A

Nama : Munzir Al-Farouqi bin Faizul Adha

Umur : 12 tahun

Kelas : 3 Dahlia

Jantina : Lelaki

Masalah : Austism Spectrum Disorder (ASD)


MAKLUMAT MURID B

Nama : Nor Farish Aleeya binti Imran

Umur : 11 tahun

Kelas : 3 Dahlia

Jantina : Perempuan

Masalah : Lembam (Slow Learner)


MAKLUMAT UMUM SEKOLAH

Bil Perkara Catatan / data

Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, 06000


1 Nama dan Alamat Sekolah
Jitra, Kedah Darulaman.

2 No. Telefon Sekolah 04-9171277


Alamat e-mel / Web
3 sksat.ppdkp@gmail.com
Sekolah
Lokasi (Bandar / Luar
4 Bandar
Bandar)
5 Nama Pengurus Sekolah Tuan Hj. Amran bin Ahmad

6 Nama PK Pentadbiran En. Mahmud Sabri bin Shahidan

7 Nama PK HEM En. Shahrelizzuan bin Ishak

8 Nama PK Kokurikulum En. Muhamad bin Hashim

9 Gred Sekolah Gred A – Sekolah Berprestasi Tinggi KPM

10 Bilangan Guru Lelaki: 19 orang

Perempuan: 69 orang

11 Bilangan Kelas 40

12 Purata Saiz Kelas 31 orang


Lain-
13 Jumlah Murid Melayu Cina India
lain
Lelaki 577 1 7 -

Perempuan 452 2 7 1
BORANG SENARAI SEMAK UNTUK MURID

Nama murid: Munzir Al-Farouqi bin Faizul Adha (Murid A)


Kelas: 3 Dahlia

Bil. Soalan Jawapan Catatan


Ya Tidak
1. Murid mendengar dan mengikut arahan / Hanya mendengar sekiranya
guru. arahan diberi berulang kali.
2. Murid berkelakuan ceria dan gembira / Sering termenung dan
dalam kelas. menunjukkan riak wajah bosan.
3. Murid melibatkan diri secara aktif dalam / Hanya melibatkan diri dalam
aktiviti PdP aktiviti yang telah menjadi
rutinnya seperti memberi salam
kepada guru.
4. Murid dapat memahami dan menjawab / Dapat memahami soalan yang
soalan yang diajukan oleh guru dengan diajukan dalam bahasa
betul. Inggeris.
5. Murid memberi perhatian dalam kelas. / Fokus mudah terganggu dan
lemah dalam menumpukan
perhatian.
6. Murid berinteksi dengan guru dan rakan / Suka menyendiri.
sekelas.
BORANG SENARAI SEMAK UNTUK MURID

Nama murid: Nor Farisy Aleeya binti Imran (Murid B)


Kelas: 3 Dahlia

Bil. Soalan Jawapan Catatan


Ya Tidak
1. Murid mendengar dan mengikut arahan / Tetapi arahan hendaklah diberi
guru. secara ringkas dan tepat.
2. Murid berkelakuan ceria dan gembira / Suka menyapa guru.
dalam kelas.
3. Murid melibatkan diri secara aktif dalam / Boleh melibatkan diri secara
aktiviti PdP berkumpulan tetapi tidak
memberi idea yang bernas.
4. Murid dapat memahami dan menjawab / Gagal memahami soalan yang
soalan yang diajukan oleh guru dengan diajukan dalam bahasa
betul. Inggeris.
5. Murid memberi perhatian dalam kelas. / Fokus mudah terganggu dan
sering menggangu rakan
sekelas.
6. Murid berinteksi dengan guru dan rakan / Sering bercakap walaupun tidak
sekelas. diminta bercakap namun, tidak
boleh menjawab sekiranya
soalan berkaitan akademik
diajukan.
GAMBAR YANG DIAMBIL SEMASA BERADA DI KELAS PPKI

Gambar 1 – Murid A menjawab soalan Bahasa Inggeris

Gambar 2 – Murid B kelihatan bingung dalam kelas Bahasa Inggeris


Gambar 3 – Murid B melibatkan diri secara aktif dala aktiviti permainan

Gambar 4 – Murid A kurang berminat untuk melibatkan diri dalm aktiviti prmaianan

You might also like