Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Berdasarkan artikel yang telah dipilih bertajuk “Kesepaduan Sosial Dan Kejiranan Di Kawasan

Rukun Tetangga” ini akan mengetengahkan tentang perkara perkara yang ditekankan oleh
penulis tentang kesepaduan sosial dengan lebih terperinci.

Pada permulaan artikel, penulis memberi penerangan tentang kesepaduan sosial. Penulis
juga menekankan bahawa kesepaduan sosial ini adalah salah satu sebab yang membawa kepada
kesepaduan komuniti yang aman dan harmoni malahan penulis juga memberikan beberapa
negara contoh yang maju kerana mengamalkan konsep kesepaduan sosial seperti Kanada,
Amerika Syarikat dan lain-lain. Penulis juga mengetengahkan tentang Bapa Sosiologis yang
memperkatakan keadaan kesepaduan mekanikal dan kesepaduan organik iaitu Emile Durkheim
dan tokoh-tokoh yang meneruskan perkara tersebut. Malahan, penulis juga ada mengatakan
bahawa Shamsul Amri Baharuddin merupakan salah satu tokoh yang mengetengahkan konsep
ini dan menjadikan sebagai formula penting bagi mengurus masyarakat plural di Malaysia. 

Selain daripada itu, penulis juga ada membincangkan tentang lokasi yang berlakunya
kesepaduan sosial di Malaysia iaitu dari kawasan yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan
etnik seperti di kawasan bandar dan pinggir bandar. Penulis juga ada memberikan pandangan
bahawa masyarakat yang terasing seperti ini bakal menghadapi cabaran kesepaduan dan integrasi
sesame mereka dan penulis menegaskan bahawa ini jurang yang terhasil ini merupakan salah
satu kesan daripada pemodenan dan industrialisasi yang semakin maju. Secara tidak langsung,
penulis juga menegaskan bahawa masyarakat yang terasing ini sering berubah berdasarkan
kepercayaan mereka sahaja dan mereka sering berusaha untuk mengubah nasib demi
mendapatkan pendidikan yang lebih baik. Penulis juga mengatakan kerajaan juga ada telah
berusaha untuk memastikan perubahan dan meningkatkan peningkatan kesepaduan sosial yang
dialami oleh masyarakat. Ini kerana apabila kesepaduan antara rakyat tidak dapat dibina,
kesepaduan sosial diantara rakyat juga akan dialami masalah yang besar. 

Oleh itu, penulis mengatakan bahawa langkah untuk mencegah perkara tersebut daripada
berlaku, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah ditubuhkan bagi
menjalankan dasar polisi terhadap komuniti kejiranan. Malah, penulis juga mengatakan bahawa
program tersebar yang pernah dilakukan adalah Rukun Tetangga yang terus menjadikan Rukun
Tetangga sebagai organisasi penting yang mengerakkan aktiviti rakyat. 

Selain itu, penulis juga ada mengetengahkan bahawa Emile Durkheim iaitu Bapa
Sosiologi pernah mengatakan bahawa melalui kerajaan dan undang-undang yang terbentuk,
kesepaduan sosial diantara rakyat dapat dikekalkan. Serta, penulis memberikan beberapa contoh
konsep kesepaduan seperti konsep solidarisme, anomi dan alienation bagi mewujudkan rakyat
yang bekerjasama diantara satu sama lain. Malahan penulis juga mengatakan bahawa melalui
tokoh-tokoh lain juga mempunyai matlamat akhir yang sama iaitu mewujudkan kesejahteraan
dalam masyarakat. Menurut penulis, United Kingdom ada membahaskan isu konsep kesepaduan
sosial bagi melahirkan kesepaduan sosial dari kepelbagaian etnik dan budaya. Konsep yang
diterapkan di United Kingdom adalah kesepaduan diantara komuniti yang telah diterima oleh
kaum rusuhan etnik yang telah berlaku pada tahun 2001 di utara England. Serta, penulis juga
mengatakan bahawa negara yang maju seperti negara Kesatuan Eropah (EU) menggunakan
konsep kesepaduan sosial sebagai polisi baharu yang berasaskan masalah masa lalu bagi menjadi
salah satu cara untuk menyelesaikan masalah.
Serta, penulis juga mengetengahkan isu kejiranan. Penulis menyatakan bahawa JPNIN
memberikan definisi kejiranan itu membawa maksud kepada masyarakat yang pelbagai tinggal
di dalam satu kawasan perumahan. Jika dilihatkan secara tradisional, asas kejiranan adalah
pertemuan yang membawa ke arah perkara seperti kerjasama, asimilasi dan lain-lain. Penulis
menyatakan bahawa menurut Wan Abdul Halim (1982), hidup bermasyarakat sudah menjadi
lumrah dan dimensi tolong-menolong merupakan asas kepada pembinaan komuniti dalam
masyarakat. Selain itu,penulis menyatakan bahawa menurut Yahaya Ibrahim (1922)  terdapat
beberapa prinsip asas kepada pembinaaan kesepadua sosial terhadap komuniti yang kekal hingga
sekarang seperti jiran yang mempunyai pemikiran yang positif, kejiranan yang mempunyai sikap
bertanggung jawab dan bekerjasama, selain hormat-menghormati, mengambil tahu keadaan
semasa jiran dan menyertai aktiviti yang dianjurkan komuniti penduduk dan akhir sekali, sikap
jujur sesama jiran yang merupakan salah satu perkara penting yang perlu ditanamkan dalam diri
seseorang untuk menggapai komuniti kejiranan yang lebih harmoni.

Seterusnya, penulis juga mengetengahkan rukun tetangga. Penulis memberikan definisi


rukun tetangga iaitu pertubuhan sukarela. Malahan, penulis ada mengatakan bahawa JPNIN
merupakan penaung bagi pertubuhan rukun tetangga di Malaysia. Penulis juga mengatakan
bahawa pertubuhan rukun tetangga mencatatkan pertambahan sebanyak 51 peratus bermula
Januari 2011 hingga Oktober 2012. Penulis menyatakan pada tahun 2001, Rukun Tetangga
ditubuhkan dan ia mempunyai fokus utama terhadap aspek pembangunan kepada komuniti.
Penulis juga ada menceritakan beberapa konsep Rukun Tetangga iaitu salah satunya adalah
meningkatkan keupayaan komuniti, meningkatkan kualiti kehidupan dan lain-lain. Menurut
Rashid Saad (2004) penekanan yang patut diberikan dalam membangunkan sesuatu komuniti
adalah dengan membantu golongan yang miskin dan terpinggir.

Penulis juga mengetengahkan kesepaduan sosial dalam sesuatu komuniti. Penulis


menegaskan bahawa pembentukan terhadap ekonomi berkait rapat dengan kedudukan seseorang
itu dibesarkan termasuk aspek fizikal seperti bentuk, saiz dan lain-lain. Penulis juga memberikan
aspek kedua iaitu kemudahan yang tersedia seperti sistem pengairan, penempatan yang luas
untuk pertanian dan lain-lain. Selain itu, penulis menyatakan bahawa pembentukan masyarakat
juga perlu diperhatikan kerana semakin kecil jumlah orang yang mereka kenali, semakin mereka
cenderung untuk tidak melahirkan sifat berkomuniti dalam diri. Seterusnya, penulis telah
memberikan beberapa perkara yang diperlukan bagi membentuk komuniti yang pelbagai.

Akhir sekali, penulis mengetengahkan aktivitiyang membawa kepada kesepaduan sosial.


Sanusi Osman (1985) menyatakan bahawa semangat diantara kejiranan dapat wujud dalam sifat
yang terlindung. Oleh hal itu, penulis memberikan antara aspek yang penting untuk mengukur
pola hubungan diantara kejiranan seperti kunjung-mengunjungi, menghulurkan bantuan, kenal-
mengenal antara jiran dan bergotong-royong. Melalui aspek-aspek tersebut penulis mengatakan
bahawa kesepaduan sosial bakal terbentuk malah negara juga lebih maju.

You might also like