Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

011226-08-1098

1.0 Pengenalan

MUET ialah singkatan bagi Malaysian University English Test (MUET) yang mula
diperkenalkan pada tahun 1999 dan peperiksaaan ini dikendalikan oleh Malaysian
Examination Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia. MUET diperkenalkan untuk
mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar -pelajar institusi pengajian tinggi dan
juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di
peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

Selain itu , terdapat komponen MUET iaitu Band 1 hingga Band 6. Band 1-6 mini
merupakan cara bagi Majlis Peperiksaan Malaysia untuk menentukan kemampuan mereka
dalam setiap bahagian yang telah disediakan iaitu Speaking,Listening,Writing dan Essay.
Band 1 ialah pengguna yang amat terhad (jumlah markah :bawah 100) Penguasaan bahasa
yang lemah . Tidak berupaya untuk mengekspresi . Penggunaan bahasa yang tidak tepat yang
menyebabkan kerap salah faham dalam komunikasi .Pemahaman yang sedikit atau lemah
tentang bahasa dan konteks.Di samping itu , band 2 pula ialah pengguna yang terhad (jumlah
markah :101-139)Penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi , kefasihan dan
ketepatan . Penggunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan salah faham dalam
komunikasi . Pemahaman yang terhad tentang bahasa dan konteks .

Seterusnya , band 3 ialah pengguna yang sederhana (jumlah markah 140-179)


Penguasaan yang sederhana . Sederhana dari segi ekspresi , kefasihan dan penggunaan
Bahasa Inggeris yang sesuai tetapi ada kesilapan yang ketara . Pemahaman yang sederhana
tentang bahasa dan konteks . Berfungsi dengan sederhana dalam bahasa. Selanjutnya , band 4
pula ialah pengguna yang kompeten (jumlah markah :180-219) Penguasaan yang memuaskan
. Fasih , tepat dalam penggunaan Bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai
tetapi ada beberapa kesilapan . Pemahaman yang memuaskan tentang bahasa dan konteks .
Berfungsi dengan kompeten dalam bahasa. Seterusnya , band 5 ialah pengguna yang bagus
(jumlah markah :220-259) Penguasaan yang bagus . Fasih , tepat dalam penggunaan bahasa
Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada sedikit kesilapan . Pemahaman yang
baik tentang bahasa dan konteks .Berfungsi dengan baik dalam bahasa. Akhir sekali , band 6
ialah pengguna yang sangat bagus (jumlah markah :260-300) Penguasaan bahasa yang amat
bagus . Fasih , tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang
sesuai , hampir-hampir tiada kesilapan . Pemahaman yang amat bagus tentang bahasa dan
konteks . Berfungsi dengan amat baik dalam bahasa.

1
011226-08-1098

Bagi komponen Speaking MUET mempunyai 2 bahagian iaitu A dan B. Bahagian A


ialah sesi perbentangan individu . Setiap calon diberi masa 2 minit untuk menerangkan isi
yang diberi manakala bahagian B adalah perbentangan berkumpulan . Setiap kumpulan diberi
masa 10 minit untuk melakukan sesi perbentangan . Selain itu, pelajar yang menguasai
komponen Speaking ini akan lebih berkeyakinan untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris .
Mereka juga boleh menyampaikan maklumat dengan tepat . Seterusnya, pelajar yang
menguasai komponen Speaking dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian dan
apabila mereka memasuki alam pekerjaan kelak.

Pengkaji telah mendapat statistik untuk mata pelajaran MUET Speaking bagi tahun
2018 dan 2019.

Keputusan MUET Speaking pada tahun 2018


Skor Jumlah %
1-10 0 0
11-20 12 17
21-30 55 77
31-45 4 5.63
Jumlah 71 100%

Berdasarkan jadual di atas, Statistik yang diperolehi melalui mata pelajaran MUET
bagi Komponen Speaking pada tahun 2018 ialah tiada pelajar yang memperolehi skor 1
hingga 10 yang mewakili 0%. 12 pelajar daripada 71 pelajar mendapat skor 11 hingga 20
mewakili 17%. 55 pelajar daripada 71 pelajar mendapat skor 21 hingga 30 mewakili 77%
manakala 4 pelajar daripada 71 pelajar mendapat skor 31 hingga 45 mewakili 5.63%.

2
011226-08-1098

Keputusan MUET Speaking pada tahun 2019


Skor Jumlah %
1-10 2 3.2
11-20 12 19
21-30 45 71.4
31-45 4 6.3
Jumlah 63 100%

Berdasarkan jadual di atas, statistik yang diperolehi melalui mata pelajaran MUET
bagi Komponen Speaking pada tahun 2019 ialah terdapat 2 pelajar daripada 63 pelajar
mendapat skor 1 hingga 10 mewakili 3.2%. 12 pelajar daripada 63 pelajar mendapat skor 11
hingga 20 mewakili 19%. 45 pelajar daripada 63 pelajar mendapat skor 21 hingga 30
mewakili 71.4% manakala 4 pelajar daripada 63 pelajar mendapat skor 31 hingga 45
mewakili 6.3%.

Seterusnya , kajian ini dipilih kerana pengkaji mendapati pencapaian kertas Speaking
bagi mata pelajaran MUET dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 di SMK Clifford semakin
menurun dan tidak memuaskan. Hal ini kerana , pengkaji mendapati pelajar malu dan tidak
yakin untuk bercakap menggunakan Bahasa Inggeris semasa Pdpc Bahasa inggeris sedang
dilakukan. Di samping itu, pengkaji melihat bahawa tiada peningkatan MUET Speaking
disebabkan oleh sikap pelajar iaitu sering ponteng apabila adanya waktu MUET. Hal ini
menyebabkan mereka kurang menguasai mata pelajaran MUET Speaking kerana komponen
ini memerlukan latihan yang banyak di dalam kelas.

Oleh itu, pengkaji mengambil inisiatif untuk membuat kajian berkaitan dengan punca-
punca pelajar Tingkatan 6 di SMK Clifford kurang yakin apabila bercakap dalam Bahasa
Inggeris dan cara-cara Komponen Speaking MUET dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Tingkatan 6 di SMK Clifford ,
Kuala Kangsar.

3
011226-08-1098

KOMPONEN SPEAKING MUET UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN


BERKOMUNIKASI DALAM BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN ENAM DI SMK CLIFFORD, KUALA KANGSAR.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tentang punca-punca pelajar kurang yakin untuk
bercakap Bahasa Inggeris dan cara-cara meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam
Bahasa inggeris dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di Smk Clifford, Kuala Kangsar,
perak. Smk Clifford dipilih sebagai lokasi kajian kerana lokasinya yang sangat strategic dan
bersesuaian dengan kajian saya iaitu untuk mendapatkan responden daripada pelajar
Tingkatan Enam seramai 30 orang pelajar Tingkatan Enam telah dipilih sebagai responden.
Kaedah yang digunkan adalah kaedah soal selidik untuk mengenalpasti objektif di atas. Data
telah dianalisis menggunakan kaedah statistic deskriptif seperti frequency untuk melihat
kekerapan , peratusan dan purata. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan pelajar
Tingkatan Enam dapat mengetahui punca-punca pelajar kurang yakin untuk bercakap Bahasa
Inggeris iaitu pelajar kurang menonton cerita atau filem dalam Bahasa Inggeris, kekurangan
bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris yang sesuai dan menarik dan cara-cara meningkatkan
kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di
Smk Clifford, Kuala Kangsar iaitu perbanyakkan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan
mendapat khidmat guru Bahasa Inggeris. Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama
supaya pelajar dapat mempraktikkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

I
011226-08-1098

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada tuhan kerana dengan limpah dan rahmatnya telah memberikan
kenikmatan serta mengurniakan kesihatan yang sihat kepada saya dalam menyiapkan kerja
kursus serta memberi masa yang secukupnya kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini
mengikut tempoh yang telah di tetapkan.

Jutaan terima kasih kepada tuan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Tuan
Haji Roslan Bin Muhamad dan Tuan Haji Ayub Bin Mohd Ali iaitu Penolong kanan
Tingkatan Enam kerana telah memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk
melaksanakan kerja kursus ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada guru yang
telah banyak membimbing serta memberi sokongan kepada saya untuk menyiapkan kerja
kursus ini iaitu Cikgu Raja Nancita Fazura Binti R. Ahmad Ghouse sebagai guru
pembimbing kerana telah banyak memberi panduan serta tunjuk ajar kepada saya sepanjang
kerja kursus ini dijalankan.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada
kedua ibu bapa saya iaitu Zaleha Bin Zakaria dan Johari Bin Jahaya kerana telah memberi
sokongan moral dan bantuan kewangan yang kepada saya sepanjang kerja kursus ini
dijalankan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang telah banyak memberi bantuan dan
pertolongan dalam mencari bahan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Antaranya ialah Puteri
Alia Nuraina binti Mohd Dzuber, Nur Aireen Dayana binti Hashim dan kawan-kawan yang
lain.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua responden yang telah memberikan kerjasama
serta maklumat yang berguna untuk membolehkan saya menyiapkan kerja kursus ini dengan
selengkapnya. Terutamanya kepada pelajar-pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah
Kebangsaan Clifford. Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat serta
yang telah membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

iii
011226-08-1098

KOMPONEN SPEAKING MUET UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN


BERKOMUNIKASI DALAM BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN ENAM DI SMK CLIFFORD, KUALA KANGSAR

Senarai Kandungan

Bil Butiran Muka Surat


Abstrak i
Senarai kandungan ii
Penghargaan iii
1.0 Pengenalan 1-3
2.0 Objektif kajian 4
3.0 Lokasi Kajian 5-7
4.0 Metodologi kajian

4.1 Reka bentuk kajian

4.2 Sampel kajian

4.3 Instrumen kajian

4.4 Cara Pengumpulan Data

4.5 Cara Analisis Data


5.0
Dapatan kajian

5.1 Demografi responden

5.2 Punca-punca pelajar kurang yakin untuk bercakap Bahasa


inggeris dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di Smk
Clifford, Kuala Kangsar.

5.3 Cara-cara meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam


Bahasa inggeris dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di
Smk Clifford, Kuala Kangsar.

6.0 Rumusan dan Kesimpulan

Punca-punca pelajar kurang yakin untuk bercakap


Bahasa inggeris dalam kalangan pelajar Tingkatan
Enam di Smk Clifford, Kuala Kangsar.

Cara-cara untuk meningkatkan kemahiran


berkomunikasi dalam Bahasa inggeris dalam kalangan
pelajar Tingkatan Enam di Smk Clifford, Kuala
Kangsar.

Kesimpulan

Rujukan

011226-08-1098

6.0 Rumusan dan Kesimpulan

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasi punca-punca pelajar kurang yakin untuk bercakap
dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK Clifford, Kuala
Kangsar dan cara-cara untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK Clifford, Kuala Kangsar, Perak.

Berdasarkan hasil kajian, pengkaji dapat mengenalpasti punca-punca pelajar kurang


yakin untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di
SMK Clifford, Kuala Kangsar. Antara punca-punca pelajar kurang yakin untuk bercakap
dalam Bahasa Inggeris adalah kerana kekurangan bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris.
Buku-buku yang terdapat dalam Pusat Sumber di SMK Clifford tidak mempunyai buku-buku
yang dapat menarik perhatian pelajar. Hal ini disebabkan bahan bacaan yang ada di Pusat
Sumber dalam keadaan yang tidak sempurna. Contohnya, terdapat buku yang koyak dan telah
diconteng sehingga pelajar tidak dapat membaca dengan jelas. Selain itu, pelajar lebih selesa
bertutur dalam Bahasa ibunda juga adalah salah satu punca pelajar kurang yakin untuk
bercakap dalam Bahasa Inggeris. Hal ini kerana pelajar telah dibesarkan dengan
menggunakan Bahasa Ibunda masing-masing. Ini membuatkan pelajar berasa tidak yakin dan
malu untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris kerana pelajar takut untuk membuat kesalahan
semasa bertutur. Akhir sekali, punca-punca pelajar kurang yakin untuk bercakap dalam
Bahasa Inggeris adalah kerana kurangnya aktiviti yang melibatkan komunikasi dalam Bahasa
Inggeris seperti pidato, bahas dan sebagainya. Pelajar berasa tidak berminat untuk menyertai
pertandingan tersebut. Kurangnya keyakinan dalam diri membuatkan pelajar berasa malu dan
takut apabila bercakap di khalayak ramai dan secara tidak langsung membuatkan mereka
gementar semasa berada di atas pentas.

Berdasarkan hasil kajian, terdapat cara-cara untuk meningkatkan kemahiran


berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK
Clifford, Kuala Kangsar. Berdasarkan persepsi responden mereka yakin bahawa dengan
memperbanyakkan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris mampu meningkatkan skil pelajar
untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Hal ini kerana apabila pelajar sering
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris pelajar dapat menambahkan kosa kata yang baru dan
dapat menyebut cara sebutan yang betul bagi sesuatu perkataan Bahasa Inggeris. Seterusnya,
pelajar melakukan perbincangan dengan bertutur dalam Bahasa Inggeris secara berkumpulan
juga merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa
Inggeris. Hal ini akan membuatkan pelajar dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik
apabila berada di khalayak ramai. Pelajar akan menjadi lebih yakin dan tidak kekok untuk
bercakap dalam Bahasa Inggeris secara tidak langsung mereka akan menggunakan Bahasa
Inggeris ini sebagai Bahasa kedua yang penting dalam kehidupan seharian.

26

011226-08-1098

Akhir sekali, cara untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
ialah berdamping dengan kamus. Dengan cara ini pelajar boleh mencari makna bagi
perkataan yang tidak difahami dan secara tidak langsung dapat menambah kosa kata mereka .
Ini juga dapat membantu pelajar supaya bertutur menggunakan perkataan yang beraras tinggi
agar kelihatan lebih matang apabila bertutur.

Cadangan pengkaji untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa


inggeris dalam kalangan diri pelajar ialah mengadakan teknik menjawab Bahasa inggeris
untuk memperkasa penguasaan Bahasa inggeris .Dengan adanya bengkel tersebut pelajar
dapat menguasai dan dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

Kesimpulannya, pelajar perlulah memperbaiki penguasaan mata pelajaran MUET


agar dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Pelajar perlu berusaha gigih untuk
memupuk penggunaan Bahasa Inggeris dalam diri. Pelajar perlulah memperbaiki dari
sekarang agar mereka fasih bertutur dalam berbahasa inggeris.

27

You might also like