Book Reviw N Book Club PLC

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Bagaimana Nak Jadikan Book Review [PPB]

Sebagai Aktiviti Book Club [PLC] Jugak?


Cikgu HailmiRabu, Mac 18, 2020
Sementara 'cuti' COVID-19 nih yang katanya ramai taktau nak buat apa, maka bolehlah isi masa
lapang yang terluang tu dengan banyak aktiviti berfaedah. Salah satunya adalah melalui
Pembacaan Buku (Book Review) yang boleh dijadikan sebagai mata PPB (Pembangunan
Profesionalisme Berterusan) untuk tambah mata kredit anda. So saya kongsikan kat sini cara
pelaksanaan, contoh format pelaporan Pembacaan Buku dan bagaimana nak jadikan dia jugak
kepada Book Club (PLC).

Bagaimana nak jadikan Book Review [PPB] sebagai Book Club [PLC] jugak?

So yang pertama kena fahamkan dulu yang anda nak buat nih Book Review yer, bukan Book
Club. Apa beza dia? Book Review nih adalah Pembacaan Buku untuk anda tingkatkan
profesionalisme anda secara individu dan boleh dikumpulkan sebagai mata PPB.

Manakala Book Club [Kelab Buku] pula adalah alat kolaboratif yang anda boleh gunakan untuk
meningkatkan profesionalisme komuniti sekolah anda secara berkumpulan dan boleh dijadikan
sebagai PLC. OK, dah faham tak?

Pembacaan Buku [Book Review]


So, untuk Book Review atau Pembacaan Buku ini anda boleh lah mulakan dengan memilih buku
yang sesuai dengan keperluan anda sebagai guru. Tak kisah lah keperluan umum atau khusus
untuk matapelajaran, janji melalui pembacaan buku tu boleh memberi peningkatan ilmu kepada
anda. Jangan buku memasak jer!
Selesai anda baca, maka anda boleh lah mendaftar untuk Pembelajaran Kendiri dalam
SPLKPM. Yer lah, baca habis satu buku, sekurang nya adalah manfaat lain juga untuk
perekodan anda kan.. So caranya nak daftar mudah saja.

Boleh bukak laman web rasmi SPLKPM kat sini ya https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/

Kemudian klik ikut arahan, SPLKPM > Pembelajaran Kendiri > Senarai > Pembacaan Buku >

Baca buku pun boleh masuk dalam SPLKPM - Sistem Pengurusan Latihan Kementerian
Pendidikan Malaysia

Nih maklumat lanjut yang dia nak, seperti,

Tajuk buku
Penulis buku
Bahasa buku
Bilangan mukasurat
Sinopsis buku
Tarikh pembacaan
Pembentangan
Jangan lupa juga isi Borang Sinopsis Individu di Sekolah sebagai bukti pembacaan anda.
Borang dia nih macam ala-ala sinopsis lah kepada apa yang kita baca dan dapat daripada buku
tersebut.
Sains-lah 2: novel inspirasi kisah benar 20 saintis muda di Malaysia

Step ketiga adalah anda kena dapatkan pengesahan daripada Pengetua melalui pembentangan.
Actually kalau tak bentang pun takpe, tapi kalau dapat bentangkan apa yang anda dapat
daripada pembacaan tu, lagi best kan? Silap haribulan punya bagus, boleh juga dikongsikan
dengan rakan guru lain juga.

Selepas selesai pengesahan oleh Pengetua, maka anda dapatlah 6 mata kredit bagi 1 buah
buku dalam PPB anda. Best kan? Ok Selesai!

Kredit: Ustaz Mohd Asrulnizam bin Yusuf, Pegawai Pendidikan Islam di JPN Kedah

Kelab Buku [Book Club]


Bagi yang rajin lebih dan nak jadikan Book Review ini sesuatu yang lebih bermanfaat kepada
rakan-rakan guru komuniti di sekolah, maka boleh lah sambung pulak dengan aktiviti PLC
(Professional Learning Communities) dengan menggunakan alat kolaboratif Kelab Buku (Book
Club). Berikut adalah objektif dan perkara yang patut diberi perhatian oleh guru.
Sebagai pendokumentasian dan evidens melaksanakan PLC ini maka jangan lupa juga sediakan
surat jemputan serta dokumentasi ringkas sebagai bukti.

Senang kerja kan?. Buat satu perkara, akhirnya ada dua perkara yang kita dapat. Semoga
dengan perkongsian ini memudahkan urusan cikgu meningkatkan lagi profesionalisme dalam
keguruan. Selamat maju jaya!

You might also like