Laporan in House KSSR RBT

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN PELAKSANAAN KURSUS ORIENTASI/PENATARAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH

RENDAH (KSSR) TAHUN 4 (SEMAKAN 2017)


SK TAMAN TAWAU

1. Pengenalan :

i. Reka bentuk Dan Teknologi adalah satu matapelajaran yang di perkenalkan dalam KSSR
2017 dan menambahbaik DSKP sedia ada.
ii. Bermula 2020 RBT di ajar selama 1 jam seminggu dan tanpa penggiliran dengan subjek
TMK.
iii. Mata Pelajaran RBT memberi penekanan kepada mereka bentuk dalam penghasilan
produk berasaskan teknologi
iv. RBT bertujuan untuk melahirkan murid yang boleh berkarya dalam menghasilkan
produk yang mudah dan bermakna.

2. Objektif Kursus :

i. Memberi pendedahan kepada guru-guru RBT tentang perubahan DSKP RBT bagi Tahun
4, 2020
ii. Meningkatkan daya kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk yang boleh di
komersialkan
iii. Pemantapan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Reka
Bentuk Dan Teknologi
iv. Memberi pendedahan kepada guru Reka Bentuk Dan teknologi mengenai pelbagai
kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Dan
Teknologi.

3. Pelaksanaan Kursus :
Tarikh : 04 Oktober 2019 / Jumaat
Mata Pelajaran : RekaBentuk Dan Teknologi
Tempat Kursus : Bilik Perdana, Sk Taman Tawau
Bil. Peserta : 6 Orang ( Guru RBT dan TMK tahun 4, 5 dan 6 )

4. Isu-Isu Semasa Pelaksanaan Kursus

i. Pendedahan DSKP Reka Bentuk Semakan April 2018. Tahun 2020, DSKP Tahun 4 ada 6 tajuk
yang perlu di dedahkan sepanjang tahun iaitu :
a) Keselamatan bengkel
b) Pengenalan kepada Reka bentuk
c) Pengenalan kepada teknologi
d) Teknologi Rumah Tangga
e) Reka Bentuk makanan
f) Reka bentuk Pengaturcaraan
ii. Pendedahan penggunaan Modul Buku Panduan Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi
(Semakan 2017) Tahun 4.
iii. Template Pelaporan PBD Reka bentuk Dan Teknologi.
iv. Penyediaan RPH Reka Bentuk Dan Teknologi

5. Kelemahan

i. Bahan mencukupi tetapi tempoh masa kursus adalah terhad kerana kekangan tugas yang
perlu dilaksanakan oleh guru-guru.

6. Kekuatan

i. Semua guru RBT dan TMK dapat pendedahan awal dengan bahan-bahan pengajaran RBt
Tahun 4.
ii. Semua guru memberi kerjasama dan kehadiran guru menggalakkan.
iii. Kursus dalaman dapat di jalankan mengikut masa yang telah di tetapkan.
iv. Perkongsian bahan kursus dalam group Telegram RBT.

7. Syor/Cadangan

i. Melaksanakan kursus dalaman RBT bagi guru yang mengajar RBT Tahun 4 bagi tahun 2020.
ii. Aktiviti ini akan dimasukkan dalam perancangan takwim panitia pada tahun 2020.
iii. Salah satu aktiviti yang perlu di masukkan bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru
yang mengajar RBT pada tahun hadapan.

8. Rumusan

Kursus dalaman ini diberikan bertujuan untuk memberi peluang kepada guru-guru dalam
memberi kefahaman mengenai proses pengajaran dan pembelajaran RBT Tahun 4. Selain itu guru-
guru juga dapat memperluaskan lagi tahap kemahiran dan mempelbagaikan kaedah dan teknik untuk
mengajar RBT yang menyeronokkan dan bermakna. Diharapkan kursus ini akan meningkatkan lagi
pengetahuan dan tahap profesionalisme guru-guru RBT di masa akan datang dalam usaha
mewujudkan guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
9. Gambar-Gambar Berkaitan Kursus

Lampiran :
A. Jadual Kursus
B. Senarai Nama Peserta

Disediakan oleh,

---------------------------
( Atirah Binti Jatjo )

Disemak dan disahkan,

--------------------------------

You might also like