Teknik Penulisan Tugasan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TEKNIK PENULISAN TUGASAN

Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk karya yang eksklusif dan mempunyai ciri-ciri yang
tertentu. Ia sangat penting dalam menentukan nilai dan mutu serta tahap kesarjanaan setiap
penulisan yang dikemukakan oleh penulis. Selain dari pencernaan idea, penghujahan yang bernas
dan ketulenan penyelidikan, teknik penulisan dan sumber rujukan juga merupakan satu perkara
yang turut menjadi penentu kepada mutu dan tahap penulisan.

Sumber Rujukan

Terdapat lima jenis pengkelasan sumber dalam penyelidikan kualitatif.

1. Sumber Arkeologi

Merupakan bahan-bahan tinggalan sejarah yang menjadi “trade-mark” kepada satu-satu


peristiwa sejarah yang pernah berlaku di sesebuah tempat. Ia termasuklah prasasti-
prasasti, kota-kota lama, candi, bahan-bahan tembikar dan batu bersurat. Bahan-bahan ini
mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi.

2. Sumber Awalan atau Sumber Primer

Sumber-sumber yang termasuk dalam pengkelasan ini merupakan sumber yang belum
diterbitkan dan selalunya merupakan bahan simpanan peribadi dan arkib serta jabatan-
jabatan kerajaan. Bahan-bahan seperti ini termasuklah buku catatan, rekod kelahiran dan
kematian, minit mesyuarat, rekod-rekod kementerian, dokumen-dokumen awam seperti
Perbahasan Parlimen dan Perbahasan Dewan Rakyat, Kertas Perintah, Perlembagaaan,
Penerbitan Kerajaan Persekutuan dan Negeri seperti Warta Kerajaan Persekutuan, Warta
Kerajaan Negeri, Laporan Kerajaan Persekutuan dan Laporan Jawatankuasa. Terdapat
juga dokumen awam yang tidak diterbitkan seperti Dokumen Kerajaan seperti surat
menyurat yang mempunyai sebagai pengenalan pasti seperti Straits Settlements
Records, NL13 A32. 1826. Surat S.G. Bonham, Acting Resident of Singapore, kepada
John Anderson, Secretery to the Government Prince of Wales, Singapore and Malacca,
23 Disember 1826. Selain dari itu Dokumen Pertubuhan Antara bangsa seperti
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO contohnya Director- General of
UNESCO report, Paris. Selain dari itu laporan-laporan polis dan catatan mahkamah juga
merupakan sumber awalan.

3. Sumber Sekunder

Ia dikenali juga sebagai sumber kedua iaitu hasil karya yang dihasilkan berdasarkan
kepada sumber-sumber awalan. Antara jenis sumber sekunder ini termasuklah buku-buku
dan jurnal. Contoh yang baik ialah buku yang ditulis oleh Abdullah Ahmad, Tengku
Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970, Berita Publishing, Kuala Lumpur,
1987 kerana menggunakan banyak bahan-bahan awalan.
4. Sumber Tertiary

Ia juga dikenali sebagai sumber ketiga yang merupakan hasil penulisan yang sebahagian
besarnya menggunakan rujukan dari sumber kedua dan digunakan sebagai rujukan dan
bahan bacaan di peringkat sekolah menengah. Pendekatan yang digunakan dalam sumber
ketiga lebih ringkas dan merupakan isu-isu yang telah banyak diperbincangkan serta
kurang analitikal.

5. Sumber Lisan

Merupakan rekod-rekod temubual dengan tokoh yang terlibat secara langsung atau
mereka yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa yang bersejarah.

CIRI-CIRI YANG PERLU ADA DALAM TUGASAN

Tidak ada satu ketetapan yang khusus tentang perkara di atas. Ia bergantung kepada kesesuaian
jenis tugasan dan kajian yang dijalankan oleh seseorang. Namun demikian, secara umumnya
setiap tugasan selalunya perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Bahagian Pengenalan yang merupakan bahagian yang menyatakan idea-idea utama


atau garis kasar yang ingin dinyatakan dalam teks. Contohnya sekiranya tugasan
merupakan satu kajian mengenai “Sejarah Baling: Pertemuan Tunku dan Chin Peng”,
bahagian pengenalan akan menerangkan mengenai geo-strategik Pekan Baling.

2. Teks utama ataupun Isi-Isi

Bahagian ini hendaklah disusun dengan rapi agar terdapat kesinambungan hujah yang
baik dan dapat menjelaskan permasalahan yang diteliti. Ini kerana ia sangat
mempengaruhi keterangan dan penjelasan yang dikemukakan. Tugasan yang baik
ialah tugasan yang mampu memuatkan fakta-fakta yang mencukupi dan
menghujahkannya dengan berkesan. Ia dapat dilakukan hanya melalui pembacaan dan
pengumpulan bahan-bahan rujukan yang banyak.

3. Setiap fakta yang diambil dari mana-mana rujukan perlu dinyatakan sumber dengan
menggunakan kaedah APA 6th edition, nota kaki (foot notes) ataupun nota hujung
(end notes).

4. Bahagian Akhir ataupun Kesimpulan


Merupakan bahagian rumusan hujah atau analisis secara ringkas.
NOTA KAKI ATAUPUN NOTA HUJUNG

Nota kaki ata nota hujung merupakan rujukan yang digunakan dalam teks. Setiap fakta yang
dirujuk perlu diletakkan nombor secara berturutan.

Contoh-Contoh

1. R.G. Collingwood, Idea Sejarah, (terjemahan oleh Muhad Yusuf


Ibrahim), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985, hal. 323.
2. M.A. Kaplan, et al., Vietnam Settlement: Why 1973 Not 1969, American
Enteprise Institute Public Policy Research, Washinton D.C., 1973, hal. 47.

3. Sekiranya rujukan buku yang sama secara berturutan maka ia ditulis


sebagai :

Ibid., hal 48.

4. Sekiranya rujukan tersebut secara berselang dengan rujukan lain maka ia


ditulis sebagai:

Collingwood, hal. 300.

SENARAI RUJUKAN ATAU BIBLIOGRAFI

Bahagian akhir yang perlu ada dalam satu-satu penulisan ilmiah ialah senarai rujukan ataupun
bibliografi. Ia merupakan senarai rujukan yang telah digunakan sepanjang penulisan. Senarai
rujukan perlu disusun mengikut susunan abjad yang teratur.

Contoh-Contoh

1. Buku

Buku yang ditulis oleh seorang pengarang

Collingwood , R.G., Idea Sejarah, (terjemahan oleh Muhd Yusuf Ibrahim), Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985.

Buku yang ditulis oleh lebih dari 3 orang pengarang

Kaplan, M.A., et al., Vietnam Settlement: Why 1973 Not 1969, American Enteprise
Institute Public Policy Research, Washinton D.C., 1973.
2. Jurnal

Samuel Huntington, “Peradaban Barat: Unik Bukan Sejagat” dalam Pemikir, April-
Jun, Utusan Melayu , 1997, (1-14).

3. Bahan- bahan yang tidak diterbitkan seperti disertasi dan latihan ilmiah

Nik Anuar bin Nik Mahmud, “Anglo-Thai Relations 1945-1954”, PhD. Dissertation,
University of Hull, 1988.

4. Akhbar
Berita Harian, 30 Ogos 2001.

You might also like