Ekopelancongan Dan Impak Kepada Ekonomi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Ekopelancongan dan impak kepada

Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar


Info Ekonomi Alam Sekitar

 by Saiful Bahari
 
 06/03/2019
 
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Isu Semasa
 

Oleh : Nor Hizami Hassin


Fakulti Sains Bumi Universiti Malaysia Kelantan

Ekopelancongan merupakan salah satu produk pelancongan yang semakin


popular dewasa ini. Ia telah diperkenalkan bukan sahaja di luar negara
malah termasuk di Malaysia. Ekopelancongan telah diberi perhatian dan
mula dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK ke-7) dan
Rancangan Malaysia Kelapan (RMK ke-8) dan dilaksanakan secara serius
melalui penubuhan Pelan Ekopelancongan Kebangsaan (2016-2025) pada
tahun 2015. Ekopelancongan berbeza dengan pelancongan buatan manusia
seperti di Menara Berkembar KLCC, Menara Kuala Lumpur, Zoo Negara
dan sebagainya. Ia juga berbeza dengan konsep pelancongan massa “mass
tourism” yang hanya memberi tumpuan dalam mempromosikan dan
membangunkan destinasi pelancongan tanpa mengambil kira tentang
penjagaan alam sekitar. Ini kerana, ekopelancongan adalah berkonsepkan
alam semula jadi dan melibatkan elemen pendidikan dan pembelajaran
kepada pelancong dan penduduk tempatan melalui kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi serta menyumbang
faedah kepada ekonomi setempat disamping mereka boleh berhibur,
merasai keseronokan dan menikmati keindahan alam. Aktiviti
ekopelancongan akan memberi peluang kepada pelancong melawat
kawasan-kawasan yang agak belum dimajukan untuk menyemai dan
membangkitkan semangat penghargaan, penyertaan dan kepekaan
penduduk tempatan khususnya dan pelancong. Pelancong dan penduduk
setempat akan didedahkan tentang bagaimana mereka perlu menghargai
alam sekitar di samping menikmati keindahannya pada masa yang sama. Di
Malaysia terdapat banyak destinasi ekopelancongan yang telah diwujudkan
untuk memberi pengalaman kepada pelancong sama ada dari dalam dan
luar negara menikmati keindahan di kawasan semula jadi. Antara destinasi
ekopelancongan yang popular yang boleh disenaraikan ialah di Taman
Negara Kuala Tahan (Pahang), Taman Negara Pulau Pinang (Pulau
Pinang), Pulau Perhentian dan Pulau Redang, (Terengganu), Taman Negara
Gua Mulu (Sarawak), Santuari Gajah Kuala Gandah (Pahang), Taman Geo
Kilim Karst, Langkawi (Kedah), Pulau Sipadan dan Pulau Mabul (Sabah),
Firefly Park Kuala Selangor, dan lain – lain destinasi ekopelancongan
yang telah dibangunkan di seluruh negara.

Impak Ekopelancongan terhadap Ekonomi

Tidak dapat dinafikan ekopelancongan merupakan salah satu aktiviti


pelancongan yang semakin popular dan digemari oleh pelancong pada
masa kini. Secara amnya, produk ekopelancongan dilihat amat memberikan
impak yang positif dari sudut pembangunan industri pelancongan negara
dan juga menghasilkan faedah dalam bentuk ekonomi kepada penduduk
tempatan dan kerajaan. Ini dapat dilihat contoh destinasi ekopelancongan
di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang
di mana wujudnya kepelbagaian sumber ekonomi dan peluang pekerjaan
kepada komuniti setempat dalam usaha pembangunan diri dan komuniti
dalam ruang pembangunan tersebut. Dengan kehadiran pelancong yang
ramai bukan sahaja dalam negara bahkan pelancong dari luar negara dapat
meningkatkan lagi ekonomi setempat dan juga ekonomi negara khususnya
melalui pendapatan tukaran wang asing yang mengalir masuk ke dalam
negara.

 
Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Lanchang, Pahang
 

Impak Ekopelancongan terhadap Sosial dan Sosio Budaya

Dari sudut sosial, ekopelancongan mempunyai elemen pelancongan yang


memfokuskan dan menghidupkan pelancongan yang berasaskan kepada
sejarah, alam semula jadi suatu kawasan dan termasuk budaya aslinya.
Kewujudan ekopelancongan membolehkan usaha pengekalan serta
perkongsian mengenai budaya warisan tempatan untuk jangka masa
panjang kepada pelancong. Di samping itu, pada masa yang sama
ekopelancongan dapat mendedahkan perspektif sejarah mengenai penduduk
orang asli, flora dan fauna kepada pelancong dan dapat menggalakan
komuniti setempat untuk menghargai dan menerima faedah daripada aset
budaya dan sumber semulajadi. |Aktiviti ekopelancongan yang telah
dibangunkan seperti di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang dan Taman
Negeri Royal Belum, Perak telah menyebabkan adanya peningkatan dalam
kemudahan infrastruktur dan komunikasi setempat yang dibekalkan oleh
pihak kerajaan seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air, perkhidmatan
telekomunikasi seperti telefon awam, kemudahan pengangkutan awam dan
sebagainya. Melalui kewujudan ekopelancongan juga secara tidak
langsung telah menyebabkan peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris dari
kalangan masyarakat setempat seperti destinasi pelancongan di kawasan
pulau-pulau peranginan di mana kebanyakan pelancong yang datang adalah
daripada luar negara. Pada masa yang sama pelancong asing boleh
mempelajari budaya tempatan malah boleh fasih dalam Bahasa Malaysia
seperti pelancong asing yang telah menjadi selebriti di Malaysia iaitu “Mat
Dan” atau nama sebenarnya adalah Mohammad Kareef Daniel Abdullah
yang berasal dari Bristol, United Kingdom.

Titian Kanopi Taman Negara Kuala Tahan, Pahang


Landmark Taman Negeri Royal Belum, Perak
 

Impak Alam Sekitar

Kebaikan daripada kewujudan aktiviti ekopelancongan boleh digunakan


untuk melindungi alam semula jadi, hidupan liar, dan pelbagai jenis spesis
di hutan di samping dapat membantu penduduk tempatan menjadi sebuah
masyarakat yang bertamadun dan berpendidikan dengan menyedari akan
kepentingan memelihara sumber yang ada di hutan semula jadi. Bukan
sahaja masyarakat tempatan yang memperolehi faedah daripada aktiviti
ekopelancongan tetapi ia juga memberi manfaat yang besar kepada
pelancong yang datang dari seluruh dunia untuk mengambil peluang
menghargai dan berada dalam persekitaran semulajadi yang dilindungi.
Disamping itu, potensi ekopelancongan boleh memberi motivasi kepada
penambahan penetapan kawasan semula jadi untuk tujuan pemuliharaan
dan perlindungan pada masa akan datang seperti di kawasan
ekopelancongan baru yang akan dibangunkan di Tanah Tinggi Lojing, Gua
Musang untuk pemuliharaan bunga terbesar di dunia iaitu Bunga Rafflesia
(Rafflesia Keirri).
 

Sedikit Perkongsian Potensi Negatif Aktiviti Ekopelancongan

Walau bagaimanapun, ekopelancongan juga berpotensi menghasilkan


kesan negatif kepada alam sekitar. Berdasarkan sensitivitinya, budaya dan
sumber semula jadi serta persekitaran destinasi ekopelancongan yang
biasanya dikenali sebagai kawasan perlindungan yang asli boleh terjejas
dengan mudah melalui aktiviti pelancong terutamanya apabila strategi
pengurusan pengunjung tidak berfungsi dengan baik. Keadaan
infrastruktur dan kegiatan pelawat yang tidak diuruskan secara lestari
melalui aktiviti ekopelancongan juga boleh menyebabkan tekanan dan
kesan negatif terhadap sesebuah kawasan alam semulajadi seperti yang
terjadi di Pulau Perhentian, Terengganu di mana kebanyakan terumbu
karang boleh dikatakan telah terjejas akibat aktiviti pelancongan yang
tidak terkawal. Oleh itu, menjadi sangat penting untuk mewujudkan
strategi pengurusan ekopelancongan yang lestari kerana alam semula jadi
bersifat rapuh “fragile environment”. Kaedah pengurusan yang tidak cekap
untuk melindungi alam sekitar boleh menyebabkan matlamat utama
ekopelancongan sebagai langkah konservasi akan terhalang sekiranya tidak
diiuruskan dengan baik kerana ia merupakan salah satu sistem sokongan
yang penting untuk kelestarian sumber alam sekitar.

Rujukan
Buckley, R. (2000). Tourism in the most fragile environments. Tourism
Recreation Research, 25 (1), 31-40.

Hunter, C., (1997) Sustainable tourism as an adaptive paradigm. Annals of


Tourism Research, 24 (4), 850-67.

Kredit Foto : Traveloka

You might also like